Jumaat, 22 Jun 2012

A Mum Of Three Mohd

A Mum Of Three Mohd


Lu berani kalu.. lu buat??

Posted: 22 Jun 2012 07:25 AM PDT

 
Pepatah Melayu kata.... berani buat berani tanggung. So... lu berani kalu... lu buat??
 
Najib pertahan p'raya di musim haji

 
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mempertahankan langkah mengadakan pilihan raya ketika musim haji dengan alasan, perkara seperti itu pernah dijalankan sebelum ini.

Katanya pilihan raya ketika musim haji itu pernah diadakan sebelum ini.
"Saya takkan terikat pada apa-apa desakan pada PAS dan pemimpinnya. Dalam sejarah kita, kita pernah buat pilihan raya masa musim haji.
"Musim haji pernah diadakan masa (seorang bekas perdana menteri) pada tahun 86 atau 82," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno petang ini.

Pada ketika itu, seorang anggota jawatakuasanya dicalonkan dalam pilihan raya tersebut.

Namun calon berkenaan tidak dapat dihubungi kerana berada di Mekah pada waktu itu.

"Jadi bila dia balik, dia terimalah hakikat bahawa dia tidak dapat jadi wakil rakyat," katanya.

Dalam pada itu beliau turut mengambil peluang untuk menyindir timbalan presiden PAS Mohamad Sabu yang memintanya bertanggungjawab sekiranya pilihan raya umum diadakan pada waktu itu.

"Dia lebih daripada Tuhan tentukan soal dosa dan pahala. Sebab kita tak sekat sesiapa nak pergi haji. Dia (orang nak pergi haji) pergi haji, pergilah.

"Dan itu mesti diutamakan bukan soal apa-apa urusan lain termasuk pilihan raya. Kalau dah buat ketetapan nak tunai haji, kita mesti teruskan," kata Najib.

Pinda perlembagaan

Sementara itu, Bernama melaporkan Najib sebagai berkata bahawa Perlembagaan Persekutuan perlu dipinda jika pilihan raya umum hendak diadakan selepas tempoh mandat pentadbiran kerajaan sedia ada mencukupi lima tahun dan bukannya lebih awal.

Katanya, tiada apa-apa yang menyekat kerajaan untuk mengadakan pilihan raya umum lebih awal atau menunggu sehingga cukup tempoh lima tahun mentadbir negara.

"Perlembagaan negara membenarkan Perdana Menteri pada masa berkenaan untuk menasihati Yang di-Pertuan Agong membubarkan Parlimen, tapi tidak lewat dari tempoh lima tahun. Itu peruntukan Perlembagaan.

"Selagi tak ubah peruntukan Perlembagaan, kita tak boleh kata kita perlu buat lebih awal sebagai satu ketetapan atau sampai penghujung lima tahun sebagai satu ketetapan. Maknanya kuasa budi bicara itu dibenarkan oleh Perlembagaan," katanya.

Beliau mengulas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz di Parlimen semalam bahawa kerajaan sedang melakukan gerakan kecil-kecilan untuk mempertimbang bahawa pilihan raya umum diadakan apabila tempoh mandat pentadbiran kerajaan sedia ada mencukupi lima tahun dan bukannya lebih awal- Mkini

You don't have to be 'Superman' Just be true..

Posted: 21 Jun 2012 07:29 PM PDT


Dia letak jawatan sebab dia tak boleh jadi 'Superman'. Dia cuma ada dua tangan jer. Tak tergelut dia untuk kejor buat kerja yang semakin menimbun.

Lantaran itu.... dia mesti set priority dan fokus pada priority yang top dalam list. So... PRU13 menjadi priority dan fokus utama dia buat masa ini. 

Well... in a way it's a good move, a good strategy dan tak pentingkan diri. Dengan berlapang dada, dia lepas jawatan CEO Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor.

Jawatan itu tak penting but most importantly ialah menyusun strategi mantap bagi mnghadapi PRU13 agar Selangor terus kekal milik Pakatan Rakyat. Kalau Selangor terus menjadi milik kita.... ekonomi Selangor juga akan kita kuasai dan kebajikan rakyat Selangor dapat terus terbela.

Kalau itulah citernyer.... good luck bro. You don't have to be a superman, just be true and be our hero. That will do...

And... and... takyah ler nak bersunat sampai dua kali. Hahahahaha... Takut terkodong nanti. Kesian kat bini...

Rafizi Ramli: 'Saya bukan Superman'
G MANIMARAN
22 Jun 2012

SHAH ALAM - Sambil menafikan tindakannya meletakkan jawatan Ketua Eksekutif Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor bukan bermakna wujud masalah dengan kepimpinan PKR, Rafizi Ramli menyifatkan dirinya "bukan Superman."

Sehubungan itu, Pengarah Strategi PKR ini berkata, beliau mahu memberi tumpuan sepenuhnya ke atas kerja-kerja dan strategi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibahim merupakan Penasihat Ekonomi Selangor, dilantik lebih dua tahun lalu.
Kata Rafizi, beliau tidak berbalah dengan Anwar atau Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagaimana didakwa dan dianggap oleh sesetengah pihak.
"Kerja saya semakin hari semakin bertambah. Saya bukan 'Superman'. Tidak boleh melakukan dua tiga perkara dalam satu masa.

"Saya boleh melihat beban dan tanggungjawab ini semakin meningkat, dan akan meningkat dalam  beberapa minggu akan datang," kata beliau ketika dihubungi Sinar Harian Online dengan merujuk kepada spekulasi mengenai tarikh PRU13.

Rafizi juga menegaskan bahawa jawatan-jawatan lain dalam parti kekal dan akan meneruskan tanggungjawab yang diberikan.

"Kepada mereka yang ragu-ragu, (kononnya) saya akan lompat parti, saya berjanji akan bersunat sekali lagi kalau lompat parti. Patut semua wakil rakyat kena janji macam ini," katanya menerusi satu mesej Twitter tengah malam tadi.

Rafizi menghantar surat meletakkan jawatan Ketua Eksekutif Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor semalam.

"Saya menghantar notis hari ini (semalam)," kata Rafizi, yang mengumumkan keputusan itu menerusi mesej Twitter sekitar 3 petang semalam.

Dalam mesej Twitternya semalam, beliau berkata, "letak jawatan proses biasa."

"Perlu sedikit rehat, letih buat dua kerja di kerajaan negeri dan parti. Ramadan dah dekat, tumpu ibadah.

"Saya tidak pernah tugas (berkhidmat) lebih dari dua tahun pada satu-satu jawatan. Yang ini dah melebihi dua tahun, masanya untuk terus bergerak. Tidak ada kaitan politik dengan itu," kata pemimpin muda ini yang akhir bulan lalu menyertai Debat Sinar bersama Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin.

Ketika dihubungi malam tadi, Rafizi yang menyandang jawatan itu sejak dua tahun lalu berkata: "Saya sebenarnya telah memutuskan untuk melepaskan jawatan ini akhir tahun lalu."

"Tetapi oleh kerana tarikh PRU13 tidak menentu, saya meneruskan khidmat saya.

"Sekarang kita sudah boleh agak bila PRU13. Saya rasa ini adalah masa yang sesuai, jadi, saya beri notis satu bulan. Cuma ia diumumkan secara kebetulan ketika cetus isu berkaitan Faekah (Husin, Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor," katanya.

"Cuma secara kebetulan masanya tidak kena, itu saja. Bagi saya ini tiada kaitan, letak jawatan perkara biasa," kata beliau lagi.

Rafizi dijangka bertanding kerusi Parlimen pada PRU13.-Sinar Harian

Tiada ulasan: