Anak Sungai Derhaka |
- Digertak isteri Zahid Hamidi.. Pasukan Senaman Punggung tak jadi nak demo..
- Najib kata debat bukan budaya kita...
- Cikgu Normala sahkan Blogger UMNO fitnah dia.. dan akan saman!
- Untuk kali kedua Utusan disahkan fitnah Guan Eng dan diarah bayar RM200,000..
- Kenapa saya letak jawatan dari Kerajaan Selangor? - Rafizi Ramli
- Alahai Terengganu.. Runtuh lagi...
- UMNO Parti Perkauman - Kayveas kata...
Digertak isteri Zahid Hamidi.. Pasukan Senaman Punggung tak jadi nak demo.. Posted: 22 Jun 2012 05:57 AM PDT Ingatkan berani sangat pasukan senaman punggung ni.. baru digertak oleh isteri Zahid Hamidi terus cancel nak buat demo depan MINDEF... Sama saja perangai pencacai UMNO ni dengan Presiden UMNO tu rupanya. Depan rumah Ambiga hari tu berani sangat.. kenapa? mungkin Ambiga tak gertak depa.. Yang ada di Penang ni pulak.. sebelum kena sergah dengan Jingga 13 boleh dikatakan tiap-tiap hari jumaat depa buat demo.. dah disergah oleh Ikhwan dari Jingga 13 terus sunyi Penang dari demo depa tu.. Tengok video PERKASA Penang disergah Jingga 13 tu di ( SINI ) Berapa minggu dah depa tak demo ni?? takkan fobia lagi kot?? Veteran tentera dakwa terima amaran dari isteri menteri Persatuan Veteran Tentera Melayu menangguhkan rancangannya untuk berdemonstrasi di hadapan Kementerian Pertahanan pada 29 Jun ini, kata presidennya Mohd Ali Baharom. Menurut Ali, penangguhan itu dilakukan kerana Menteri Pertahanan, Datuk Seri Zahid Hamidi tidak berada di pejabat Kementerian Pertahanan (Mindef) pada tarikh tersebut. "Kami dapat risikan Datuk Seri Zahid Hamidi tiada di Mindef pada tarikh itu. Dia ingin lari ke kem komando Mersing untuk rehat selama dua hari," katanya. Pada masa yang sama juga, Ali mendakwa isteri Zahid Hamidi juga menghantar SMS memberikan amaran kepadanya berhubung perhimpunan tersebut. Ali kemudian menunjukkan satu kiriman SMS di telefon bimbitnya yang berbunyi: "Perlu diingat Datuk Seri Zahid Hamidi bukan sendirian dan (dia) bermaruah. Saya tak fikir orang-orang akan berdiam diri dan senang-senang nak buat kacau bilau depan Mindef". Sementara itu, ketika dihubungi, isteri Zahid Hamidi, Datin Seri Hamidah Khamis enggan memberikan sebarang komen berkenaan dakwaan Ali itu. Beliau sebaliknya mencadangkan Malaysiakini menghubungi Zahid sendiri berhubung perkara tersebut. Pada masa sama, Ali berkata SMS itu tidak sedikit pun menggentarkan semangat PVTM untuk terus berdemo dan menuntut pembelaan buat veteran tentera. "Kalau saya tiup wisel, beribu-ribu (ahli PVTM) akan turun ke Mindef. Saya tak ambil 'pot' pun dengan SMS itu," katanya dengan nada tegas dan yakin pada sidang media petang tadi. Beliau bagaimana pun tetap menggesa Zahid mengambil berat akan kebajikan veteran tentera terutamanya mereka yang bersara tanpa pencen. Beliau menggariskan 11 tuntutan veteran tentera dan di antaranya adalah pemberian saguhati tahunan kepada mereka yang tidak berpencen. Ali menggesa Jabatan Hal Ehwal Veteran Tentera (JHEV) supaya mengagihkan dana rayuan Hari Pahlawan kepada presiden-presiden kelab tentera secara adil dalam program khas. Selepas membacakan tuntutan-tuntutan itu, beliau memberikan Zahid tempoh 136 jam untuk berdialog dengan PVTM. Jika gagal berbuat demikian, PVTM akan menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk memecat Zahid. "Kita ramai-ramai akan turun Mindef (minta Najib) pecat Zahid Hamidi sebagai Menteri Pertahanan," katanya. Malaysiakini |
Najib kata debat bukan budaya kita... Posted: 22 Jun 2012 04:59 AM PDT Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak terus mengelak apabila ditanya mengenai cabaran yang dikemukakan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengadakan debat. Katanya debat tidak semestinya dilihat sebagai satu budaya tetapi mesti dilihat mengikut kepada keadaan. "Kita tengok keadaan. Kalau perlu debat antara pemimpin, perlulah ada debat. Tapi ia bukan budaya politik secara menyeluruh dalam sistem kita. "Yang penting sekali rakyat ada maklumat secukupnya (dalam) membuat pilihan. "Dan kita beri peluang parti-parti politik untuk menyiarkan manisfesto masing-masing bila sampai pada masanya," katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat majlis tertinggi Umno di ibu negara petang ini. Ditanya sekiranya lanjut sekiranya beliau menolak untuk berdebat dengan Anwar, Najib sekadar berkata rakyat ada maklumat secukupnya untuk membuat keputusan. "Saya tak kata apa. Saya kata itu bukan... Yang penting sekarang ini rakyat ada maklumat secukupnya untuk membuat keputusan sama ada agenda kita lebih baik atau pembangkang," katanya. Najib turut berkata, bukan soal debat yang menjadi keutamaan, sebaliknya, maklumat kepada rakyat mesti dikhabarkan. "Sama ada kemampuan kita laksanakan, tunaikan ataupun pembangkang (yang) lebih meyakinkan rakyat," kata Ñajib lagi. Malaysiakini |
Cikgu Normala sahkan Blogger UMNO fitnah dia.. dan akan saman! Posted: 22 Jun 2012 01:43 AM PDT Bekas calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Tenang, Johor, Normala Sudirman hari ini menafikan dirinya mengisi borang keahlian Umno. Normala berkata, dakwaan tulisan blog 'Khazanah Minda Politik Melayu' itu hanya fitnah jahat yang sengaja direka orang Umno. Penulis blog itu mendakwa wujud perselisihan antara Normala dengan PAS Johor berkaitan bantuan kewangan selepas beliau meletakkan jawatannya sebagai guru dan tewas bertanding pada tahun 2010. Menurut blog yang disiarkan sejak kelmarin itu, disebabkan kecewa dengan janji yang tidak tertunai, Normala tekad meninggalkan PAS dan berjanji akan mendedahkan beberapa janji yang ditawarkan PAS kepada umum. "PAS Johor atau Pusat tidak pernah membuat apa-apa janji terhadap mana-mana petugas atau ahlinya. Kami berjuang (dalam parti) hanya untuk mencari keredhaan Allah," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat PAS di sini hari ini. Katanya, jika benar Umno ikhlas mahu membantu, beliau mahu suaminya Cikgu Maarof Abd Mutalib yang ditukarkan dari Sekolah Menengah (SMK) Tenang Stesen sejauh 275km ke SMK Tanjong Pengelih, Pengerang, di Kota Tinggi, dikembalikan semula ke tempat asal. Beliau menuntut supaya penulis blog tersebut segera memohon maaf dan hentikan fitnah itu dengan segera kerana menjatuhkan maruahnya. "Jika tidak ada sebarang respon, saya tidak akan teragak-agak mengemukakan tindakan mahkamah," katanya yang menganggap ini bukan kali pertama dirinya difitnah Umno sejak menjadi calon Dun Tenang. Turut hadir sidang media Ketua Muslimat PAS Pusat Siti Zailah Mohd Yusoff, Timbalan Ketua Muslimat PAS Dr Mariah Mahmud dan Naib Ketua Muslimat Senator Mumtaz Md Nawi - FMT Ini pula adalah hujah penyebar fitnah untuk mempertahankan fitnahnya.. Apa nak jadi dengan pencacai UMNO ni?? bahagiakah hidup dengan mencari makan melalui fitnah?? |
Untuk kali kedua Utusan disahkan fitnah Guan Eng dan diarah bayar RM200,000.. Posted: 21 Jun 2012 11:32 PM PDT Sekitar December 2011, Mahkamah Tinggi Pulau Pinang telah mengesahkan Ketua Menteri Y.A.B Tuan Lim Guan Eng bukanlah anti Melayu atau anti Islam sebagaimana yang difitnahkan oleh akhbar Utusan Malaysia. Oleh itu Hakim Vargahse a/l George Varughese dalam penghakiman kewangan mengarahkan Utusan membayar denda RM200,000 kepada Guan Eng dan RM25,000 kos kehakiman. Laporan berkenaan sila baca di ( SINI ) Dan hari ini pula sekali lagi Guan Eng memenangi satu lagi saman fitnah ke atas Utusan Malaysia di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang. Saman itu berhubung satu laporan pada 15 Mac 2008 yang disiarkan akhbar milik Umno tersebut, mengenai dakwaan untuk menghapuskan Dasar Ekonomi Baru. Mahkamah Tinggi Pulau Pinang telah mendapati Utusan Malaysia bersalah kerana meniarkan satu artikel berbentuk fitnah dan oleh itu Utusan telah diarah membayar RM200,000 kepada Guan Eng dan RM25,000 kos kehakiman. Ini adalah denda yang dikenakan kepada Lidah Rasmi UMNO @ Utusan Malaysia dalam masa enam bulan… **************************************** Guan Eng wins second defamation suit against Utusan KUALA LUMPUR, June 22 — The Penang High Court today found Utusan Malaysia guilty of defaming Lim Guan Eng, the second such ruling in six months, and ordered the Umno daily to pay him RM200,000 in damages and RM250,000 in costs. The Penang chief minister had claimed a March 12, 2008 article headlined "Tiada Lagi DEB (No More NEP)" in the Malay-language newspaper which said he would abolish the New Economic Policy was inaccurate. The DAP secretary-general said he had merely said his administration would be free from the "cronyism, corruption and systematic inefficiency" stemming from the policy. The Bagan MP claimed damages as the article implied that he was an "irresponsible and unworthy" leader. Although he had repeatedly clarified to the media on March 13 and 14 of the same year that he did not want to abolish the NEP, Utusan Malaysia continued to make the claim, Lim said. The series of articles led to an Umno-led protest against Lim by about 1,000 people around the state government headquarters in Komtar after Friday prayers on March 14. The ruling follows the December 2011 judgment by the Penang High Court that an Utusan article titled "Kebiadapan Guan Eng" had "maliciously defamed Lim, and made him and the DAP look as if they are anti-Malay and anti-Islam." In his statement of claim, the Air Putih assemblyman said the words used, among others, were meant to portray him as a racist who objected to anything related to Malays. The Malaysian Insider |
Kenapa saya letak jawatan dari Kerajaan Selangor? - Rafizi Ramli Posted: 21 Jun 2012 07:44 PM PDT Sambil menafikan tindakannya meletakkan jawatan Ketua Eksekutif Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor bukan bermakna wujud masalah dengan kepimpinan PKR, Rafizi Ramli menyifatkan dirinya "bukan Superman." Sehubungan itu, Pengarah Strategi PKR ini berkata, beliau mahu memberi tumpuan sepenuhnya ke atas kerja-kerja dan strategi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibahim merupakan Penasihat Ekonomi Selangor, dilantik lebih dua tahun lalu. Kata Rafizi, beliau tidak berbalah dengan Anwar atau Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagaimana didakwa dan dianggap oleh sesetengah pihak. "Kerja saya semakin hari semakin bertambah. Saya bukan 'Superman'. Tidak boleh melakukan dua tiga perkara dalam satu masa. "Saya boleh melihat beban dan tanggungjawab ini semakin meningkat, dan akan meningkat dalam beberapa minggu akan datang," kata beliau ketika dihubungi dengan merujuk kepada spekulasi mengenai tarikh PRU13. Rafizi juga menegaskan bahawa jawatan-jawatan lain dalam parti kekal dan akan meneruskan tanggungjawab yang diberikan. "Kepada mereka yang ragu-ragu, (kononnya) saya akan lompat parti, saya berjanji akan bersunat sekali lagi kalau lompat parti. Patut semua wakil rakyat kena janji macam ini," katanya menerusi satu mesej Twitter tengah malam tadi. Rafizi menghantar surat meletakkan jawatan Ketua Eksekutif Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor semalam. "Saya menghantar notis hari ini (semalam)," kata Rafizi, yang mengumumkan keputusan itu menerusi mesej Twitter sekitar 3 petang semalam. Dalam mesej Twitternya semalam, beliau berkata, "letak jawatan proses biasa." "Perlu sedikit rehat, letih buat dua kerja di kerajaan negeri dan parti. Ramadan dah dekat, tumpu ibadah. "Saya tidak pernah tugas (berkhidmat) lebih dari dua tahun pada satu-satu jawatan. Yang ini dah melebihi dua tahun, masanya untuk terus bergerak. Tidak ada kaitan politik dengan itu," kata pemimpin muda ini yang akhir bulan lalu menyertai Debat Sinar bersama Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin. Ketika dihubungi malam tadi, Rafizi yang menyandang jawatan itu sejak dua tahun lalu berkata: "Saya sebenarnya telah memutuskan untuk melepaskan jawatan ini akhir tahun lalu." "Tetapi oleh kerana tarikh PRU13 tidak menentu, saya meneruskan khidmat saya. "Sekarang kita sudah boleh agak bila PRU13. Saya rasa ini adalah masa yang sesuai, jadi, saya beri notis satu bulan. Cuma ia diumumkan secara kebetulan ketika cetus isu berkaitan Faekah (Husin, Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor," katanya. "Cuma secara kebetulan masanya tidak kena, itu saja. Bagi saya ini tiada kaitan, letak jawatan perkara biasa," kata beliau lagi. Rafizi dijangka bertanding kerusi Parlimen pada PRU13. Difahamkan beliau akan mencuba nasib di kawasan Pandan, yang kini disandang oleh bekas Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat. Sinar Harian Online |
Alahai Terengganu.. Runtuh lagi... Posted: 21 Jun 2012 05:00 PM PDT Lepas satu satu yang runtuh di negeri Terengganu. Selepas runtuhnya Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin dan beberapa lagi kejadian yang menuruti selepas itu, termasuk Institut Oseanografi yang dalam pembinaan di Universiti Malaysia Terengganu (UMT). Ini satu lagi runtuhan di negeri Terengganu.. kali ini ianya juga melibatkan bangunan yang sedang dalam pembinaan di Jertih.. Astaka di Jertih runtuh, enam terperangkap BESUT - Sebuah astaka yang masih dalam pembinaan di Padang Astaka, Jertih di sini runtuh jam 1.30 petang tadi menyebabkan enam pekerja warga Indonesia terperangkap dalam runtuhan. Sehingga jam 3 petang, seramai empat pekerja berjaya dikeluarkan dan dihantar ke Hospital Besut untuk mendapatkan rawatan. Pasukan penyelamat telah mengeluarkan kesemua mangsa yang terperangkap dan mangsa hanya mengalami kecederaan - Jkkk Fan Club Guane Ganu kite nih?? Ada orang ambik komisyen banyak sangat ke?? Laporan tentang Institut Oseanografi yang runtuh tu sila baca di ( SINI ) |
UMNO Parti Perkauman - Kayveas kata... Posted: 21 Jun 2012 09:30 AM PDT "Bila pergi ke AGM Umno, contohnya, mereka kata 'hidup Melayu', MCA dengan agenda Cina, dan MIC hanya berkenaan kuil dan sekolah Tamil," kata Kayveas. "Kanak-kanak yang kita arahkan bergaul dengan semua orang akan keliru kenapa orang dewasa melakukan sebaliknya," kata Kayveas lagi.. Jadi tak perlulah dikatakan bahawa UMNO itu memperjuangkan nasib keseluruhan rakyat Malaysia yang berbilang kaum.. ianya hanya memperjuangkan nasib Melayu dalam UMNO saja... Kayveas: Rakyat sedia untuk politik bukan perkauman, BN masih belum KUALA LUMPUR, 21 Jun — Rakyat Malaysia sedia untuk menerima parti Barisan Nasional (BN) tunggal yang bukan berteraskan perkauman, namun ahli politik dalam BN mungkin menolak cadangan dan idea tersebut kerana khuatir akan kehilangan kuasa, kata Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP) Datuk M. Kayveas. Cadangan untuk sebuah parti tunggal itu sudah diutarakan sejak pilihan raya 2008, namun Pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak hanya mempersetujui keahlian terus yang menyerupai zaman Parti Perikatan. "Ia sukar untuk berfungsi seperti ini. Kita tidak boleh arah anak-anak kita pergi ke sekolah dan bergaul dengan kaum lain sedangkan parti politik itu sendiri tidak melakukannya. "Bila pergi ke AGM Umno, contohnya, mereka kata 'hidup Melayu', MCA dengan agenda Cina, dan MIC hanya berkenaan kuil dan sekolah Tamil," kata Kayveas. "Kanak-kanak yang kita arahkan bergaul dengan semua orang akan keliru kenapa orang dewasa melakukan sebaliknya," kata Kayveas kepada The Malaysian Insider dalam satu temuramah khas. Beliau turut mendedahkan percubaan untuk mencadangkan idea berkenaan, namun ia ditentang pemimpin lain yang mengatakan mereka tidak bersedia untuk mengubah sistem sedia ada. Apabila ditanya mengapa, Kayveas menjelaskan, pemimpin-pemimpin ini khuatir BN dengan pelbagai bangsa akan menggunakan sistem merit dalam melantik pemimpin, bukan menggunakan sistem kuota kaum seperti sekarang. Jelas beliau, ini mungkin membolehkan kumpulan minoriti mengambil alih jawatan tertinggi dalam parti. "Sebuah jawatankuasa, katakanlan 45 orang, dalam hieraki BN mungkin bercampur, kumpulan terbuka. Ia mungkin berdasarkan merit, berdasarkan siapa yang dilantik. Kemudian, ketakutan sesetengah komuniti, walaupun besar, wakil mereka mungkin jadi lebih kecil. "Ini mungkin menjadi kerisauan utama mereka, berdasarkan apa yang saya lihat," katanya. Walaupun terdapat respon negatif daripada komponen parti BN, Kayveas menegaskan bahawa BN sebagai parti tunggal dengan pelbagai kaum adalah kunci kepada penghapusan politik nepotisme dan kronisme. "Semua ini dapat dielakkan," katanya. Bekas senator dan juga timbalan menteri ini bagaimanapun memuji tindakan BN memperkenalkan "kemasukan terus" pada 2010 sebagai langkah meruntuhkan tembok perkauman tersebut. Tambahnya, jika penyertaan ke dalam BN meningkat dengan signifikasi yang besar, ia menjadi petunjuk BN berjaya untuk melangkaui parti berteraskan kaum. "Ia akan menunjukkan BN sudah bersedia," katanya. Hanya selepas dua tahun menjadi perdana menteri, Najib mengumumkan pada November 2010 bahawa BN akan menerima keahlian terus, dan berkata ini akan menjadi platform kepada mereka yang tidak berminat menjadi ahli komponen 13 parti dalam keluarga BN. Kayveas berkata rakyat Malaysia sudah lebih bersedia untuk berubah, menyuarakan keyakinannya bahawa pengundi sekarang memilih calon berdasarkan merit, bukan lagi perkauman. Menurutnya, alasan yang sering digunakan oleh pemimpin BN adalah mereka memerlukan parti berunsurkan perkauman bagi memastikan kemenangan dalam pilihan raya. "Selama ini, saya berada dalam parti pelbagai kaum, dan saya menerima cabaran daripada parti berunsurkan perkauman. Saya khuatir mereka akan terus menggunakan kad perkauman ini, '[bahawa] saya perjuangkan bangsa saya, jika tidak, saya tidak akan dipilih'. "Tapi, kamu tidak diundi kerana parti itu berteraskan perkauman. Jika kamu hapuskan politik perkauman, kamu bakal diundi jika kamu seseorang pemimpin yang bagus," jelasnya. Kayveas turut menambah, ada juga khabar yang mengatakan komuniti majmuk di negara ini tidak saling membantu satu sama lain. "Persoalannya adalah - adakah kita sedia untuk bermula? Namun kita tidak akan bersedia jika kita hanya membangkitkan persoalan ini ... bila idea itu sudah ada, jangan tunggu lama," katanya. "Jadi, ia bukan persoalan persediaan. Ia adalah alasan menggunakan frasa 'belum bersedia' apabila tidak mahu bersedia." The Malaysian Insider |
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan