A Mum Of Three Mohd |
- OMG.. Apa nak jadi negeri Dato Onn ni?
- InsyaAllah, kali ini kita punyer!!
- Mengapa awek ni boleh jadi menteri... ??
- The Tata Titi Tipu Gang
OMG.. Apa nak jadi negeri Dato Onn ni? Posted: 13 Jun 2012 09:00 AM PDT Apa nak jadi.... Apa nak jadi.... BN mentadbir hutang makin tinggi... Apa nak jadi..... Eh.. eh... eh.... pandainyer UMNO/BN mentadbir, yek?? Sebaliknya negeri-negeri yang Pakatan Rakyat tadbir, hasil negeri meningkat tinggi dan hutang pulak makin sedikit. Eh... eh... eh... Nape jadi macam tu, ya?? Yang kononnyer pandai mentadbir negeri.... hampeh tetapi yang dimomokkan kononnyer tak mampu nak tadbir negeri pulak... WOW!! Itu buktinyer dakyah dan propaganda kerajaan UMNO/BN tak boleh pakai. Jangan percaya. Lihat saja betapa WOW-nyer negeri-ngeri yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat. Bukti dah ada depan mata, nak tunggu apa lagi... Sudah-sudah ler tu dengan UMNO/BN. Adventurous ler sikit dalam berpolitik. Jangan jumud sangat. Jangan totok amat. Jom kita ubah. Ubah kepada Pakatan Rakyat yang dah terbukti WOW. Johor negeri kaya, rakyat tanggung hutang 13 June 2012 JOHOR BAHRU, 13 JUN: Barisan Nasional Johor bangga dengan wilayah pembangunan Iskandar tetapi negeri kini mempunyai jumlah hutang mencecah RM1.38 billion sejak RM700 juta hutang dikumpulkan pada zaman Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi Menteri Besar Johor. Pengerusi DAP Johor, Dr. Boo Cheng Hau berkata, jumlah hutang terkumpul itu memalukan negeri Johor yang dibanggakan sebagai kubu kuat UMNO-BN. Menurutnya lagi, sebahagian besar dari jumlah tersebut telah digunakan untuk membangunkan infrastruktur air "Buat masa ini, Syarikat Air Johor (SAJ) iaitu syarikat berkaitan kerajaan atau GLC yang dipertanggungjwabkan menguruskan air untuk negeri telah mengurangkan kadar air tidak terhasil (NRW) dari 49 peratus ke 29 peratus. "Pada masa yang sama, tarif air untuk Johor juga telah meningkat beberapa kali hampir tiga kali dari Pulau Pinang dan merupakan tarif paling tinggi dalam negara," katanya kepada Roketkini. Walau pun kerajaan Johor mendapat mendapat hasil yang baik dari air, beliau mempersoalkan mengapa negeri yang dikuasai UMNO-BN itu masih gagal membayar hutang berkaitan. Dr Boo yang juga ADUN Skudai, mendedahkan bahawa kini SAJ telah pun diserahkan kepada Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) yang merupakan agensi bekalan air Kerajaan Persekutuan. "Pengurusan sumber air merupakan salah satu dari bidang kuasa negeri yang mana kerajaan negeri mempunyai kedaulatan ke atasnya. Bagaimana pun penyerahan ini menunjukkan perluasan kuasa pusat yang semakin kuat. Ini seolah-olah mengkhianati kepercayaan rakyat," tambahnya. Selain itu, Dr. Boo menjelaskan, pengurusan kewangan Johor di bawah kerajaan UMNO-BN juga lemah berbanding negeri-negeri Pakatan Rakyat yang hanya diberikan peruntukan tahunan yang kecil. Beliau memberikan contoh perbandingan di mana kerajaan Pakatan Rakyat Selangor telah berjaya meningkatkan rizab tunai negeri dari Mac 2008 sehingga 2010 dari sekitar RM400 juta kepada RM918 juta pada tahun 2010. "Tetapi bagi negeri Johor, rizab tunai kerajaan negeri telah jatuh dari RM100 juta kepada RM38 juta sahaja dari tahun 2007 sehingga 2010. Di manakah akauntabiliti kerajaan negeri menguruskan kewangan?" soalnya. – Roketkini.com |
InsyaAllah, kali ini kita punyer!! Posted: 13 Jun 2012 06:06 AM PDT Oooo... dulu, Sabak Bernam kita tak dapat dan Pandan pun kita melepas. Tak per... Tak per... Itu dulu tapi masa akan merubah segalanya. Rakyat pasti akan mengubahnyer. Dulu, Rafizi orang tak berapa nak kenal, tapi sekarang auranya, fullaamakk!! Giler babi wa cakap lu... Macam ini punyer anak mudaler yang kita mahu. Bijak, berani bertanggung jawab dan ada integriti. Tepat dan tak silap lagi.... Rafzi for Pandan!! InsyaAllah... PRU13, Parlimen Pandan kita punyer!! Pakatan perkenal Rafizi sebagai calon Pandan Barisan pemimpin Pakatan Rakyat pada malam tadi memperkenalkan Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli sebagai calon untuk kawasan parlimen Pandan. Ucapan pemimpin berkenaan termasuk Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim juga penuh dengan pujian kepada Rafizi. Dalam ceramah di Taman Seraya, dalam kawasan parlimen Pandan itu, Anwar berkata Rafizi merupakan antara individu yang bertanggungjawab menjalankan penyelidikan untuk dasar Pakatan, termasuk tawaran gaji minimum. Nama Rafizi juga tidak putus-putus meniti di mulut pemimpin lain yang berucap, termasuk ADUN Teratai Janice Lee serta anggota parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua. Pua dalam ucapannya di program dihadiri lebih 2,000 orang itu berkata, DAP tidak akan bertanding di kerusi Pandan kerana yakin dengan Rafizi yang disifatkannya sebagai individu yang bijak dan bertanggungjawab. Ketika ditemui selepas itu, Rafizi yang memakai ves jentera pilihan raya PKR untuk kawasan parlimen P100 itu bagaimanapun berkata pengumuman tersebut bukanlah sesuatu yang dirancang. Oleh sebab itulah beliau tidak berucap panjang dalam ceramah tersebut, katanya lagi yang tidak putus-putus dikerumuni oleh golongan muda yang ingin bergambar dan mendapatkan tandatangannya. Cabaran sengit bertemu Tee Kiat Katanya, beliau juga tidak tahu sekiranya beliau akan dipertandingkan di Kemaman pula di saat terakhir. "Tentulah keputusan akan dibuat di saat akhir... Tapi orang Pandan tahu saya sudah lama turun ke kawasan ini," katanya. Rafizi mengakui bahawa beliau akan berdepan cabaran sengit di kerusi tersebut, yang kini disandang bekas presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat. Namun beliau yakin PKR akan mempunyai peluang yang baik di kawasan kerusi campuran dengan 25 peratus golongan miskin bandar dan 50 peratus golongan pengundi muda itu. "Saya rasa keputusan 2008 bukan disebabkan Ong Tee Keat tetapi kerana pengundi memilih berdasarkan kaum. "Pengundi Cina sudah membuat keputusan bahawa pilihan raya kali ini akan menjadi referendum kepada BN. "Ong Tee Keat mempunyai sokongan kuat tapi kita akan pecahkan undi masyarakat Cina," katanya lagi yang terpaksa menghentikan perbualan dengan wartawan beberapa ketika untuk melayan permintaan individu yang ingin bergambar dengannya. Beliau yakin, strategi kempen dengan menonjolkan jenama Pakatan itu akan membuahkan hasil untuk memecahkan blok pengundi berkenaan. Selain Sabak Bernam, Pandan merupakan kawasan parlimen yang gagal dimenangi PKR dalam pilihan raya lalu di Selangor.-Mkini |
Mengapa awek ni boleh jadi menteri... ?? Posted: 12 Jun 2012 07:45 PM PDT Kejab kata lagu tu, kemudian cakap roper ini, esok... entah hape-hape lagi... Dulu keluor fatwa mengatakan BERSIH 3.0 haram... Siang malam pagi petang.... haram... haram.. haram. Media elekronik pencacai riuh mengatakan, 'haram'. Media cetak penjilat demer apa kurangnyer, haram... haram... Fuuuh.. !! Melotop perkataan 'haram'. Popular bebenor tu hingga piem 1Malaysia pun tak nak ketinggalan menggunakan perkataan bombastik tu. Uuuuu... bombastik lu!! Tapi... dia tambah satu lagi perkataan untuk kasik gempaq lagi iaitu.... JADAH!! Haram jadah!! Tup-tup... apa ke jadahnyer, pompuan iaitu kawan si Jamil Khir ni pulak kata.... haramnya BERSIH 3.0 bukan fatwa pulak dah.... tetapi nasihat jek. [sini] Hotak kau!! Apa dia hingat rakyat Malaysia mudah lupa ke?? Silap besor le minah ni. Apa yang kerajaan UMNO durjana buat dan kata... rakyat tak lupa, tau?? Rakyat peka dan ingat. Melekat dalam otak yong oooii!! So, usah nak torak ler... Udah plip-plop, banyak songeh lak... [sini] Bercakap pasal flip-flop ni.... komer ingat tak N3 M3M bebaru ni di sini. Ala.... pasal kriteria nak jadi menteri?? Hahahahaha.... Cer komer tengok, betoi tak minah ni dapat jadi menteri kabinet dapor Najib, sebab dia memenuhi kriteria yang dikehendaki. Dulu.... demer buat kenyataan macam tu dan kini... demer perlembu awek ni untuk cakap macam ni pulak dan tak mungkin selamanyer... akan terus bolak-balik, berplip dan berplop kenyataan-kenyataan mereka untuk kepentingan politik demer. Hampehh!! Sebab tu, dulu, kini dan selamnyer.... malaon dan samdol-samdol UMNO ni, tak boleh pakai. Lidah bercabang... ekor bertaik dan muka bertopeng kerana nak tutup kehodohan rupa paras demer. Oleh itu... jom kita ubah. Kita cari para pemimpin yang lebih kredibel dan berintegriti daripada mereka. Dalam Pakatan rakyat berlambak. Kita pilih jer Pakatan Rakyat. Bukak chapter baru... What say you kengkawan?? |
Posted: 12 Jun 2012 06:09 PM PDT |
You are subscribed to email updates from A Mum Of Three Mohd To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan