Rabu, 13 Jun 2012

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Tengok nih!! Mudahnya Noh Omar diperbodohkan oleh TIBAI

Posted: 13 Jun 2012 08:50 AM PDT


Malam tadi di pejabat ADUN Peramatang, Bt 3, Sg Terap , Tanjung Karang, Selangor diadakan ceramah Perdana anjuran TIBAI.


Dua penceramah jemputan ialah Senator Ezam Mat Noor dan YB Zul Nordin Kulim..

Walaupun DS Noh Omar wakil Parlimen Tg Karang, beliau tidak dimaklumkan dan dijemput langsung pada awalnya. Pada malam tadi Ezam dan Zul Nordin langsung tak nampak kelibat dan bayang mereka.


Penganjur dah merah padam malu muka...Kelam kabut talipon Noh Omar supaya datang segera dengan memberi alasan kononnya jentera PKR Tg Karang, Sekinchan dan Kuala Selangor dibubarkan dan lumpuh.

Lebih lawaknya tu, pendengar lelaki yang hadir diberikan setiap seorang kopiah putih secara percuma untuk dipakai bagi mengambarkan yang penyokong PAS ramai yang hadir.

Noh Omar kelihatan amat sedih pilu dan kecewa dengan acara yang disandiwarakan oleh penganjur ceramah TIBAI..


Sepanjang malam itu muka dia kelihatan sunggul muram saja.

Dia tahu yang beliau sudah kena main. Selepas upacara sandiwara lawak giler selesai, beliau kelihatan bergegas meninggalkan majlis.

Maunya tidak, dah lah kehadiran ciput sampai budak kecil diangkut dan kerusi kosong disusun berdiri, kena main lagi..

 
 
 
 
 
 
 

 Sumber : Omak Kau!!

Anwar saman New Straits Times kerana fitnah beliau..

Posted: 13 Jun 2012 05:51 AM PDT


Dah nak sama tarafnya New Straits Times dengan Utusan Malaysia nampaknya.. mungkin kerana edisi cetak Utusan Malaysia kurang mendapat sambutan maka UMNO terpaksa menggunakan New Straits Times pula..

Disaman banyak mana sekalipun mereka tidak serik...

Pada sekitar November 2009 lalu  Mahkamah Tinggi telah memerintahkan New Straits Times Press (NSTP) membayar RM100,000 kepada Anwar Ibrahim kerana memfitnah mantan timbalan perdana menteri itu.

NSTP juga diarah membayar RM20,000 bagi menampung kos mahkamah dan tambahan faedah 8 peratus selagi pampasan itu tidak dibayar.

NST diheret ke mahkamah selepas akhbar itu menyiarkan rencana pada 2 Mac 2002, mendakwa Anwar kononnya menyorokkan RM3 billion di akaun-akaun bank luar negara.

Akhbar itu turut menfitnah Anwar dengan melaporkan Anwar kononnya menggunakan pertubuhan tertentu di Amerika Syarikat untuk mempromosi dirinya.

Pesuruhjaya kehakiman Datuk Harminder Singh berkata akhbar itu gagal membuktikan kesahihan laporan yang disiarkannya.

Pampasan yang diberikan oleh mahkamah kepada Anwar jauh lebih rendah daripada 100 juta ringgit yang dituntut oleh peguam Ketua pembangkang itu.


Hari ini dalam satu kenyataan yang diterima dari N.Surendren, dimaklumkan Anwar Ibrahim akan saman New Straits Times sekali lagi.
 
Ini berikutan laporan tersebut didapati berniat jahat selain dari melemparkan fitnah... dengan menyiarkan satu laporan dengan tajuk 'Anwar Gave Order' dimuka hadapan terbitannya..

Continue yours reading HERE

PRESS RELEASE: Anwar issues legal demand to NST on false allegation of transfer of monies


I refer to the report published by the New Straits Times on 12 June 2012 alleging that oppostion leader Datuk Seri Anwar Ibrahim had ordered a bank CEO to transfer monies to other accounts.

These are politically motivated allegations which were falsely and maliciously published by the UMNO-owned newspaper.

The report was published prominently in the front page under the headline " Anwar gave order', in an attempt to cause maximum political damage to the opposition leader.

We note with concern an escalating trend of false and dishonest reporting by BN owned media which is seriously undermining the right of the public to fair reporting. In the circumstances Datuk Seri Anwar Ibrahim has today through his solicitors issued a demand to the New Straits Times Press(M) Bhd and its editor calling for the allegations to be withdrawn, and a correction and apology be published in the front page of the NST.

Datuk Seri Anwar Ibrahim also demands an undertaking from the NST not to publish any further such false allegations and claims damages.

In the public interest, we call upon Prime Minister Najib and the BN to cease further false and libellous personal attacks upon opposition leaders, and instead fairly debate us on national policies and issues.


Issued by,

N SURENDRAN
VICE PRESIDENT
KEADILAN

13 JUNE 2012

Nazri Aziz kata Garam dan botol air boleh guling kerajaan?.. dia buat lawak ke?

Posted: 13 Jun 2012 02:06 AM PDT


Aku kurang pasti samada Nazri Aziz ini serius dalam memberikan jawapan atau sekadar buat lawak... pasal aku tak dapat bayangkan bagaimana sesebuah kerajaan itu boleh digulingkan dengan menggunakan  garam dan botol air mineral..

Kata Nazri "jangan remehkan kuasa garam dan botol...kerajaan yang berpengaruh di Mesir dan Tunisia jatuh hanya dengan telefon bimbit sahaja Yang Berhormat, jadi jangan diremehkan,".

Telefon bimbit boleh digunakan untuk menyampaikan mesej... tapi garam dan botol air mineral?

Kalau garam dan botol air mineral boleh menggulingkan sesebuah kerajaan.. kenapa tidak diharamkan saja?

'Garam dan botol air boleh guling kerajaan'

KUALA LUMPUR - Garam dan botol air mineral yang menjadi 'perisai' peserta perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April lalu tidak harus dipandang remeh kerana ia mungkin boleh menjadi instrumen berkuasa untuk menjatuhkan kerajaan, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ni.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, kuasa garam dan botol air mineral mungkin boleh menjadi seperti kuasa telefon bimbit yang menyebabkan jatuhnya regim berpengaruh di Mesir dan Tunisia.

"Jadi jangan remehkan kuasa garam dan botol...kerajaan yang berpengaruh di Mesir dan Tunisia jatuh hanya dengan telefon bimbit sahaja Yang Berhormat, jadi jangan diremehkan," katanya.

Mohamed Nazri berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur) yang bertanya sama ada kerajaan bersedia meminta maaf kerana mendakwa perhimpunan Bersih 3.0 sebagai cubaan rampasan kuasa oleh pembangkang.

"Adakah perdana menteri sedia minta maaf dan tarik balik dakwaan cubaan rampasan kuasa...bolehkah garam dan botol air mineral gulingkan kerajaan," soal Lim.

Terdahulu, menjawab soalan asal Lim, Mohamed Nazri berkata perhimpunan jalanan di ibu kota pada 28 April lepas itu sememangnya merupakan percubaan untuk menggulingkan kerajaan oleh pembangkang.

"Cubaan itu dilaksanakan melalui taktik seumpamanya yang digunapakai di Dataran Tahrir di Mesir, Green Square di Libya dan Martyrs' Square di Syria,"

kata Mohamed Nazri bagi menjawab soalan tambahan lain oleh Lim yang meminta kerajaan menyatakan bukti dakwaan bahawa perhimpunan itu adalah satu cubaan rampasan kuasa oleh pembangkang untuk menjatuhkan kerajaan.

Beliau berkata keengganan pihak penganjur perhimpunan haram itu berkompromi dan tindakan ganas serta provokatif sebahagian peserta Bersih 3.0 pada hari berkenaan mencermikan matlamat mereka yang sebenar iaitu untuk melihat pihak berkuasa bertindak balas bagi menegakkan undang-undang dan melindungi kepentingan awam.

"Mereka menggunakan insiden yang berlaku bagi membuktikan kepada masyarakat Malaysia dan antarabangsa bahawa kerajaan Malaysia bertindak ganas terhadap perhimpunan yang kononnya aman.

"Ia bermatlamat menimbulkan kesan berantai yang akhirnya berhasrat menjatuhkan kerajaan yang dipilih secara demokratik," katanya.

Mohamed Nazri berkata, matlamat dan niat murni majoriti peserta perhimpunan Bersih 3.0 juga telah dirampas oleh pihak pembangkang yang mempunyai agenda untuk memberi tekanan kepada kerajaan.

"Ia dilakukan kerana ada pihak-pihak tertentu yang tidak yakin bahawa melalui pilihan raya yang bebas dan adil seperti yang dilaksanakan kini, mereka akan berpeluang untuk membentuk kerajaan, katanya.

Beliau berkata, sebagai tindakan yang bersifat preamtif, pihak ini cuba menimbulkan kesangsian di hati dan fikiran rakyat bahawa sistem pilihan raya negara ini adalah tidak adil dan tidak bebas.

"Jika mereka kalah di dalam pilihan raya yang diadakan kelak, maka mereka akan mendabik dada bahawa mereka telah dibuktikan benar," katanya. - Bernama

UMNO/BN Pulau Pinang masih tak sedar diri.. ini buktinya!!

Posted: 13 Jun 2012 12:28 AM PDT


Meskipun tampuk pemerintahan Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah bertukar tangan hampir empat tahun, para pemimpin UMNO/BN Pulau Pinang masih tidak boleh menerima hakikat…

Mereka masih menganggap bahawa Pakatan Rakyat yang kini memerintah Pulau Pinang adalah pembangkang padahal mereka sendiri adalah pembangkang di negeri ini.

Buktinya.. dalam satu sidang media baru-baru ini.. Pengerusi BN negeri Teng Chang Yeow dari GERAKAN yang tidak ada sebarang kerusi di Pulau Pinang telah melabelkan Pakatan Rakyat sebagai pembangkang.

Pengerusi BN negeri berkata "Pendekatan ini memberi fokus terhadap pembongkaran isu yang sering dimainkan kerajaan pakatan pembangkang bagi meraih sokongan rakyat terhadap mereka.

"Sebagai contoh kerajaan negeri mendakwa hutang negeri telah diselesaikan namun sebenarnya urusan melangsaikan hutang itu diserahkan kepada kerajaan persekutuan," katanya kepada pemberita selepas Majlis Penerangan Strategi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), di sini.

Tengok apa yang BERNAMA laporkan ini..

Khairy punca UMNO tunggang langgang dan tak layak jadi Menteri? kata bekas Menteri

Posted: 12 Jun 2012 09:22 PM PDT


Menurut Bekas Menteri Penerangan, terlalu banyak kesilapan Khairy dan rakan-rakannya dari tingkat 4 untuk diceritakan semula, tetapi ini bukanlah masanya, walaubagaimanapun... dia cerita jugak keburukkan Khairy..


"Khairy dan beberapa orang rakannya tidak dapat membasuh tangan, bahawa percaturan politik mereka telah memberikan sumbangan ke arah ketidak setabilan politik dalam parti dan juga keruntuhankepada asas-asas ikatan perpaduan negara yang diletakkan oleh Perdana Menteri kedua, Tun Abdul Razak Hussein dan diperkukuh serta digemilangkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad," tulis dalam entri blognya, www. zamkata.blogspot.com yang bertajuk,  Khairy boleh jadi PM pada hari tua, semalam.

'KJ boleh jadi PM pada hari tua'

SHAH ALAM - Bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin mengingatkan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin supaya bertindak bijak untuk memastikan peluangnya menjadi perdana menteri pada masa depan tidak  terjejas.

Zainuddin yang lebih dikenali sebagai Zam berkata, Khairy telah melakukan kesilapan di tangga awal pendakiannya, namun diberi peluang oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang tidak mengamalkan politik balas dendam.

"Khairy dan beberapa orang rakannya tidak dapat membasuh tangan, bahawa percaturan politik mereka telah memberikan sumbangan ke arah ketidak setabilan politik dalam parti dan juga keruntuhankepada asas-asas ikatan perpaduan negara yang diletakkan oleh Perdana Menteri kedua, Tun Abdul Razak Hussein dan diperkukuh serta digemilangkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad," tulis dalam entri blognya, www. zamkata.blogspot.com yang bertajuk,  Khairy boleh jadi PM pada hari tua, semalam.

Menurutnya, dalam beberapa hal, percaturan ini dilanjutkan sehingga selepas Tsunami 2008, yang menampakkan ada usaha untuk membawa Datuk Seri Anwar Ibrahim kembali ke dalam Umno sehingga ke peringkat membawa pasport antarabangsa kepadanya untuk berubat patah tengkuk di luar negara. "Tetapi ternyata Khairy salah membaca sikap orang Umno," tulis Zam.

Dalam menghadapi pilihan raya 2008, sesetengah media menjadi alat kepada memecahbelahkan Umno dan asas ketatanegaraan dengan laporan negatif terhadap orang yang tidak disukai oleh bakal pemimpin muda.

"Yang paling  menyedihkan ialah Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Syed Razak Syed Zain dihina dan diperkecil dalam keadaan dia sakit, pada hal dia berjasa besar kerana pulihkan kekuatan BN di Kedah." Zam menulis, berita-berita sensitif yang  menyakitkan hati orang Melayu dan Islam dipermainkan dengan bebas oleh media berkenaan.

"Sorak megah pilihan raya 2004 berakhir dengan kehilangan maruah pada 2008 kerana kesombongan dan keegoan beberapa orang muda yang 'berkuasa'. Apabila saya buat kenyataan yang disiarkan Utusan Malaysia dan Sinar Harian, bahawa Tsunami 2008 menggagalkan cita-cita pemimpin muda dalam Umno untuk mengambil alih kuasa, salah seorang dari tingkat 4 telah menelefon dan memarahi Utusan," kata Zam.

Menurutnya, terlalu banyak kesilapan Khairy dan rakan-rakannya untuk diceritakan semula, tetapi ini bukanlah masanya.

"Ini adalah masa untuk lebih memfokuskan kepada pemulihan perpaduan dan seperti kata Tun Dr Mahathir, walaupun dia tidak suka seseorang calon, tetapi jika itu pilihan parti, maka dia akan mengundinya.

"Demikianlah juga dengan Khairy, sekalipun dosanya terlalu besar kepada keruntuhan asas-asas perpaduan negara kerana idealismenya dan kerana nafsu politiknya, tetapi Khairy harus diberikan kesempatan untuk memperbaiki kesilapannya, dan dia sedang melakukan ini sekarang. Kesempatan ini diberikan oleh Datuk Seri Najib yang memahami erti politik dan tidak ada perasaan membalas dendam, sekalipun usaha untuk mencegah kenaikannya, dilakukan sehingga saat terakhir," katanya.

Zam mengakui, Khairy kembali menyerlah kerana kegigihannya. "Bakat dan karisma politiknya terserlah," kata beliau.





Sinar Harian

Tanah rizab Melayu dimiliki keluarga pemimpin MCA.. angkara siapa?

Posted: 12 Jun 2012 06:00 PM PDT


Lot 305 Seksyen 1 Bandar Tumpat merupakan tanah rizab Melayu, tetapi anehnya mengapa pula dalam geran tertera nama bekas pemimpin BN, Datuk Foo Chow Yong.

Sedangkan kawasan itu diduduki penduduk Melayu sebelum air bah merah (sekitar 1925) iaitu ketika Kelantan berada di bawah pemerintahan Siam.

Namun generasi ketiga yang mendiami lot berkenaan sekarang diarah berpindah kerana cucu kepada Chow Yong dikatakan mahu membangunkan kawasan itu.

Inilah nasib yang menimpa 39 penduduk Kampung Masjid yang terletak di tengah-tengah pekan Tumpat. Di situlah mereka membesar dan menumpang berteduh dengan membina kediaman sendiri.

Dan setiap tahun sejak belum merdeka mereka membayar sewa sebanyak RM1 kepada wakil tuan tanah. Bayaran akhir pada 2007 antara RM10 hingga RM70 setahun, bergantung kepada saiz rumah.

Resit bayaran sewa itu masih disimpan sehingga ke hari ini, sebagai bukti mereka dibenarkan menumpang di atas tanah berkenaan.

Pada Mac lalu mereka menerima surat peguam yang mengarah mengosongkan tanah tersebut, tanpa sebarang perbincangan dibuat.

Jurucakap kumpulan penduduk terbabit, Azizah Ibrahim, 57 memberitahu penduduk begitu hairan tanah yang mereka duduki sejak berpuluh tahun lalu boleh bertukar menjadi milik pemimpin politik MCA.

"Datuk nenek kami memberitahu kalau hendak baiki rumah kena minta izin dengan tuan tanah dahulu. Begitu juga kalau hendak tebang pokok kelapa kena bayar antara RM50 hingga RM100 sebatang sebagai ganti rugi.

"Saya difahamkan lot 305 dikeluarkan geran atas nama Foo Chow Yong pada 1981 di atas tanah rezab Melayu yang didiami penduduk Melayu," katanya ketika ditemui selepas berbincang masalah tersebut di pejabat peguam Hisham Fauzi di sini petang semalam.

Beliau bersama 38 lagi pemilik rumah di lot 305 datang beramai-ramai bagi menandatangani surat pelantikan peguam bagi mengendalikan kes berkenaan.

Pada 1981 Kelantan diperintah kerajaan Barisan Nasional (BN). Ada penduduk merumuskan geran dikeluarkan dengan mudah kepada pemimpin MCA terbabit kerana beliau juga merupakan anggota Exco kerajaan negeri ketika itu.

Semasa pilihanraya awal 1980-an, Chow Yong calon tunggal MCA menang di kerusi DUN Sungai Keladi, Kota Bharu kemudian dilantik sebagai anggota Exco kerajaan negeri.

Difahamkan dengan kedudukan sebagai wakil rakyat memudahkan pemimpin terbabit mengambil kesempatan memiliki tanah diduduki penduduk kampung.

Adun Kelaboran, Mohd Zaki Ibrahim berkata, kemungkinan pemimpin terbabit menggunakan kedudukannya sebagai anggota Exco mendapatkan tanah bagi kepentingan peribadi dan keluarga tidak dapat dinafikan.

Azizah juga berharap kerajaan negeri dan pihak istana campur tangan bagi menyelesaikan masalah tersebut kerana kehidupan mereka terumbang ambing sekarang.

Ikuti pendedahan lanjut dalam Harakah edisi cetak keluaran akan datang

Baca dan sebarkan jika anda sayang saudara Islam anda di Myanmar..

Posted: 12 Jun 2012 09:30 AM PDT


Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (SHURA) dan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) mengesa kerajaan dan pemimpin Islam di Malaysia dan seluruh dunia segera mengambil berat perkembangan yang sedang berlaku ke atas umat Islam Rohingya di Myanmar sekarang ini.


(Gambar antara 8 orang pendakwah islam dalam perjalanan dari daerah Akyab ke Yangon ( ibu negera Myammar) melalui jalan darat tongu.Mereka telah dibunuh secara kejam oleh sekumpulan peganut Budhan dan NASAKA secara secara kejam antara tindakan kekejaman merekakencing keatas mayat dan membaling botol arak kepada mayat tersebut, ini merupakan penghinaan dan keganasan terhadap terhadap umat islam minoriti yang tertindas di Myanmar)

Sejak 3 hb Jun 2012 baru-baru ini 10 orang Muslim di Taunggote , daerah Tongu di bunuh dalam sebuah bas yang sedang pulang dari majlis Tabligh untuk kembali ke Rangoon, oleh sekumpulan pengganas dan kumpulan rasis etnik Rakhine.

Mereka diserang setelah seorang wanita Rakhine dikatakan telah dirogol dan dibunuh oleh orang Rohingya.


Lanjutan itu kami dimaklumkan puak pengganas Rakhine Buddha telah menyerang semua penduduk Islam di Akyap , ibu negeri Arakan.

Manakala kampung Sara Prang dan Tarang Shong di daerah Rathidong telah di bakar semuanya sehingga tidak ada seorang pun lagi yang tinggal.

Akibatnya ketegangan telah tercetus bila orang Islam Rohingya terus dijadi sasaran oleh Buddhis Rakhine termasuk dikawasan kampung lain diseluruh wilayah Arakan.


Setakat ini pertempuran antara pendudukan etnik Rohingya Muslim dan pihak keselamatan telah merebak ke beberapa perkampungan lain. Laporan yang diterima , polis menembak ke arah penduduk dan sehingga kelmarin beberapa orang telah terbunuh sementara ramai yang cedera.

Dari maklumat langsung dari Maungdaw kami diberi informasi bahawa sebenarnya ramai umat Islam Rohingya yang telah dibunuh dalam tempuh beberapa hari yang lalu. Dari berita Kaladan Press Network , dilaporkan 100 orang Rohingya telah ditembak mati dan lebih 500 orang lagi cedera di Maungdaw.

Namun mayat mereka yang dibunuh telah diangkut oleh tentera dan polis dan sehingga ini tidak diserah kepada keluarga yang berkenaan . Oleh sebab itu tidak ada maklumat tepat bilangan yang terbunuh sehingga ini.

Namun pelarian Rohingya di Malaysia melaporkan kepada kami mereka berhubung langsung dengan keluarga di Arakan dan mendapati ramai yang tercedera tapi tidak dibenarkan mendapat rawatan di hospital. Akibatnya ramai yang mati dalam keadaan tidak mendapat ubat dan rawatan yang diperlukan.


Lebih memeranjatkan kami , pihak keselamatan , polis dan tentera , kini dilaporkan telah bekerjasama dengan etnik Rakhine untuk melancarkan serangan ke atas etnik Rohingya Muslim.

Walaupun dharurat di istiharkan di Maungdaw dan kini diseluruh Arakan , pihak polis dan pengganas Rakhine dilaporkan terus menyerang penduduk Rohingya tanpa belas kasihan.

Pihak berkuasa telah menguatkuasakan Akta 144 yang menghadkan pergerakkan penduduk , namun etnik Rakhine telah dibiar bebas berkeliaran dibawah pengawasan polis untuk membakar rumah dan merampas barangan penduduk Rohingya.


Setakat ini , berita yang diterima , empat perkampungan telah diserang dan dibakar. Rumah penduduk di sebuah kampung Samamia Para @ Myothu Gi telah dibakar termasuk sebuah masjid turut dirosakkan.

Rumah orang Rohingya dikawal rapi oleh pihak keselamatan , namun bukan untuk melindungi mereka , akan tetapi untuk menembak mereka jika mereka keluar rumah . Lantaran itu penderitaan umat Islam Rohinga dalam beberapa hari ini bertambah parah bila mereka tidak dapat keluar dari rumah untuk membeli keperluan makanan seharian.


Kelmarin , 9 hb Jun 2012 , sebuah kampung iaitu Hazmia Para telah juga diserang dan dibakar.


Terbaru , 10hb Jun 2012 , dua kampung paling besar , iaitu Warlispara dan Saki Para ( dua kampung paling ramai umat Islam Rohingya ) yang mempunyai Madrasah dan ribuan pelajar telah diserang oleh pihak Rakhine. Dilaporkan ramai yang terbunuh , masjid dan Madrasah di kampung tersebut juga dibakar.

Dari maklumat terkini , semua perhubungan terputus dari Arakan termasuk tidak membenarkan sebarang rakaman mengenai apa yang berlaku di Arakan. hanya melalui rangkaian telekomunikasi dari bandar sempadan dengan Bangaladesh iaitu Maungdaw sahaja telefon boleh berfunsgsi untuk mendapat maklumat.


Kami mengutuk dengan keras terhadap pihak berkuasa Myanmar yang sejak 1982 telah melancarkan penghapusan etnik terhadap kaum Rohingya . Umat Islam Rohingya pernah diperlaku secara kejam oleh regim tentera Myanmar pada tahun 1942 yang mengakibat 100,000 orang Rahingya terbunuh.


 Kini lebih 400,000 pelarian Rohingya berada di kem pelarian di Bangladesh , 60,000 di Thailand , 150,000 di Pakistan ,40,000 di Malaysia . Puluhan pelarian di kem pelarian di Kutupalong dan Coax Bazar di Bangladesh berada dalam keadaan sangat dhaif kerana pihak berkuasa Bangladesh tidak memberi sebarang bantuan.


Nasib umat Islam Rohingya yang berada di Myanmar berada dalam keadaan yang sangat buruk dan sangat tenat. Undang-undang dan operasi keselamatan Nasaka sejak 1982 telah mengakibat kesengsaraan yang berat keatas Umat Islam Rohingya yang maseh berada di wilayah Arakan , Myanmar .

Antara penderitaan yang dialami ialah perampasan rumah , tanah , ternakan , pemusnahan masjid , arahan tidak dibenarkan membaikki mana-mana Masjid , ratusan Masjid dimusnah dan diganti dengan Pagoda Buddha , perkahwinan dan pergerakkan yang dihadkan hanya dengan keizinan tentera , penangkapan , penyiksaan tanpa bicara , perkosaan wanita dan pemaksaan keluar dari Islam dan dipaksa menganut Buddha.

Penduduk Rohingya didera sehingga tidak dibenarkan memilikki walaupun pisau atau parang untuk kegunaan di rumah kecuali dengan izin tentera. Malah mereka juga tidak boleh memilikki telefon bimbit. Ada yang ditangkap dan dipenjara sehingga 7 tahun hanya kerana memilikki telefon bimbit.

Kami dengan ini mendesak kerajaan Malaysia segera mengambil tindakan untuk mengerakkan inisiatif dari pihak ASEAN agar pembunuhan ini dapat dihentikan dan etnik Rohingya dibela dan dilindungi . Sekretariat ASEAN perlu melaksanakan polisi melindungi hak Asasi Manusia dikalangan anggotanya terutama selepas Persidangan Kemuncak ASEAN pada 2009.

Kami juga menyeru supaya kerajaan Malaysia menyatakan pendiriannya mengenai pembunuhan Umat Islam oleh regim tentera Myanmar yang memberi kerjasama kepada golongan rasis nasionalis Rakhine Buddha.
Kami menegaskan jika penyembelihan umat Islam di Myanmar berterusan , kami akan bertindak dengan lebih tegas dan berkesan supaya regim tentera Myanmar tidak sewenangnya menzalimi Umat Islam Rohingya di Myanmar.

Abdul Ghani Samsudin
Pengerusi SHURA

Mohd Azmi Abdul Hamid
Setuausha Agong MAPIM


Sumber : IKRAM

Tiada ulasan: