Selasa, 12 Jun 2012

A Mum Of Three Mohd

A Mum Of Three Mohd


Ooouuchh!! Najib ditimpa bala 'Haram jadah'

Posted: 12 Jun 2012 05:38 AM PDT


 Di sini merompak. Di sana menipu

Apa nak jadi...??Apa nak jadi..??
Najib ditimpa bala lagi.

Hahahaha.... 
Bala 'haram jadah' kot??

Satu soalan..??
Mengkalor udah jadi roper ini...
Jadi ke bermenantukan orang tu??

[Citernya di sini]

Tipah Tertipu...

Posted: 11 Jun 2012 11:41 PM PDT


Tu ler... percaya sangat dengan akhbar pencaci dan penjilat, bukan ke dah tertipu. PDRM dan Jabatan Peguan Negara pulak se kata yang kena repot polis tu ialah pemimpin pembangkang..... laju jer demer dakwa. Saja suka naya orang!!

Padan muka!! Belum hapa-hapa lagi orang yang merepot dah serender angkat tangan mintak maaf dengan Mat Sabu kerana sedar dia dah terpedaya dengan berita akhbar pencacai. 

Mungkin juga dia dah sedar yang kes tak boleh nak menang dan takut kena saman balas, maka dia mohon maaf dan perbetulkan semula keadaan. Siap mintak mahkamah bebaskan Mat Sabu. [sini]

Apa-apa pun, satu pujian untuk bekas polis ni kerana berani mengaku salah dan balik ke pangkal jalan. Puak pencacai apa macam?? 

Hahahahaa.... nampak gayanyer menggigit jari ler tak dapat nak penaya hero Pakatan Rakyat. Yang paling syiuk.... apa yang berlaku dalam kes ini telah membuka mata rakyat tentang betapa terdesaknya kerajaan UMNO/BN mahukan isu segar untuk tarnish imej Pakatan Rakyat.

Kesian mereka, tak der isu nak hentam kita. Mereka terpaksa gali semula isu yang dah mati dan yang dah ditanam seperti isu wang RM3 billion, yang kononnyer dimiliki Anwar Ibrahim, untuk akihkan perhatian rakyat terhadap kepincangan-kepincangan kerajaan UMNO, yang satu persatu didedahkan. 

Weh.... lumrah manusia sukakan sesuatu yang segar dan fresh. Rakyat mahu tahu tentang isu dan skandal yang fresh dan masih hot ler. Bukan yang basi. Yang basi... orang tak mahu. Tak laku!!

Nak jadi menteri ??

Posted: 11 Jun 2012 07:30 PM PDT



Kah kah kah kah.... 

Kedua-dua samdol di atas dapat jadi menteri dalam kabinet dapur Najib kerana telah memenuhi kriteri yang diperlukan.

Sesapa yang ada pasang hajat nak jadi menteri... tirulah macam mereka. InsyaAllah.... hajat akan dimakbulkan oleh Najib.

Kah kah kah kah

Lawak bodoh

Posted: 11 Jun 2012 05:30 PM PDT


Si Hassan Ali al Jati berkata... Anwar akan serah kuasa kepada Lim Guan Eng setelah 3 bulan menjawat jawatam Perdana Menteri.

Hahahahaha..... Ini bermakna, indirectly dia pun was-was yang UMNO/BN boleh menang dalam PRU13 nanti. Dia tak punya 100% keyakinan yang UMNO akan menang. Kalau UMNO tak boleh menang bermakna yang menang ialah Pakatan Rakyat!! Yaahooo!!

Guan Eng pulak kata.... dia tak berminat untuk jadi PM. Anwar lebih layak Rasanyer dia lebih selesa terajui Pulau Mutiara. Dia tak geragok jawatan macam Hassan Ali al Jati. Hahahaha... Tak dapat jadi MB, khianati parti. Busuk hati betoi!! 

Hassan Ali al Jati.... Hassan Ali al Jati....

Dakwaan itu merupakan dakwaan murahan untu terus memperbodohkan dan menakut-nakut Melayu. Mungkin juga dia mahu bikin Melayu hilang kepercayaan pada Anwar Ibrahim. Sebenarnya, semua dakwaan bangang ini adalah kerana dia tahu banyak Melayu sudah mula beralih sokongan kepada Pakatan Rakyat.

Situasi sekarang menunjukkan Melayu, Cina dan India semua bersama Pakatan Rakyat. UMNO... parti Melayu yang disanjungnyer itu sudah semakin goyang. Tunggu masa jer nak runtuh!!

Lantas... kerana mengelentong memang kepakarannya, maka dia pun mainkanlah propaganda murahan tersebut dengan harapan kot-kot rakyat khususnya Melayu akan terpedaya. Malangnya... dakwaannyer itu jadi bahan ketawa saja. 

Badut bodoh buat lawak.... habis-habis orang ketawa jer ler. Ketawa jer...  percaya tidak, ya??

Kah kah kah kah....


Bersekongkol mengkhianati negara??

Posted: 11 Jun 2012 09:43 AM PDT


Dah tau sangat dah... Kalau usul itu ada kena mengena dengan salah laku pihak kerajaan, sure punyer ditolak. Mengapa ditolak??

Parlimen dan Speaker Dewan kena cover line menteri yang bikin taik. Walau pun taik dah terdedah tapi kena cover jugak untuk menjaga kedudukan mereka yang sudah parah. Takut-takut PRU13... mereka bungkus masuk kubor!!

Di Malaysia.... Parlimen sudah bertukar fungsi. Peranan utamanya sekarang adalah menjaga kepentingan kerajaan yang memerintah serta kepincangan tata laku para menterinya.

Sebab tu,  Malaysia hancuss. Apakah kita nak biarkan keadaan ini terus berlaku??

Weh.... negara kita tanggung jawab kita. Kita kena perbetul segala kepincangan yang berlaku ini. Kita kena berubah. Ubah untuk kita jadikan Malaysia negara yang lebih bermaruah dengan menjaga kedaulatannya.

Kita tak boleh berdiam diri kerana apa yang berlaku merupakan satu pengkhianatan kepada kedaulatan negara. Kita tak boleh biarkan para pengkhianat ini terus bermaharaja lela. Apa kita nak buat??

PRU13 nanti.... kita ubah kerajaan. Demi rakyat dan demi kedaulatan negara, UMNO/BN mesti kita kuburkan.

Usul tergempar isu jual rahsia negara ditolak
Usul tergempar supaya Kementerian Pertahanan menjawab dakwaan penjualan dokumen rahsia berkaitan kapal selam Scorpene kepada syarikat pertahanan Perancis ditolak.

Speaker Dewan Rakyat menolak usul yang difailkan anggota parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar pada Khamis lalu yang dibuat bawah Perintah Tetap 18(11).

Peguam Perancis Joseph Breham, yang mewakili NGO hak asasi manusia Suaram sebelum ini mendakwa, syarikat berkenaan membayar 36 juta euro (RM142 juta) kepada Terasasi (Hong Kong) Ltd, untuk kerja-kerja "kejuruteraan komersial".

Breham berkata hakim siasatan Perancis yang menyiasat kes yang difailkan terhadap syarikat pembuat kapal Perancis DCNS, atas dakwaan rasuah, mahu tahu tujuan bayaran itu dan meminta laporan transaksi kewangan daripadanya.-Mkini

Lagi berita di sini.



Tiada ulasan: