Selasa, 12 Jun 2012

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Himpunan BERSIH 'haram' bukan fatwa tapi nasihat kata Mashitah

Posted: 12 Jun 2012 08:24 AM PDT


6 Mei lalu, Utusan telah melaporkan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia hari ini memutuskan adalah haram untuk umat Islam menyertai perhimpunan atau demonstrasi yang bertujuan tidak baik, melanggar undang-undang serta mencetuskan huru-hara dan kekacauan dalam negara.

Pengerusinya, Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Abdul Shukor Husin berkata, jawatankuasa memandang serius isu itu kerana sebahagian umat Islam telah bertindak sebagai perusuh jalanan dalam banyak perhimpunan atau demonstrasi termasuk seperti yang berlaku pada perhimpunan di ibu negara 28 April lalu.

Tapi... hari ini pula...


Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan tidak pernah mengeluarkan sebarang fatwa berhubung pengharaman demonstrasi jalanan di ibu negara pada 28 April lepas seperti mana yang didakwa parti pembangkang.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Mashitah Ibrahim berkata jawatankuasa itu sebaliknya hanya mengeluarkan kenyataan media sebagai nasihat daripada anggota muzakarah jawatankuasa berkenaan yang bersidang awal bulan lepas.

"Perkara ini telah dipersetujui oleh semua ahli muzakarah supaya nasihat mengenai penglibatan umat Islam yang bertindak sebagai perusuh jalanan yang telah membawa kerosakan dan musibah kepada negara dikeluarkan melalui satu kenyataan media," katanya.

Mashitah berkata demikian ketika menjawab ucapan penangguhan oleh Ahmad Kasim (PKR-Kuala Kedah) mengenai fatwa pengharaman perhimpunan jalanan yang didakwa dikeluarkan oleh jawatankuasa berkenaan.

Menjelas lanjut Mashitah turut menegaskan bahawa anggota jawatankuasa itu yang dilantik atas perkenan Majlis Raja-Raja tidak mempunyai sebarang kepentingan politik melainkan untuk kepentingan agama dan ummah.

"Oleh itu nasihat jawatankuasa fatwa adalah bebas daripada pengaruh mana-mana pihak dan tidak terikat dengan kepentingan individu mahupun mana-mana organisasi," katanya.

Mashitah berkata antara isi kandungan kenyataan media itu menyebut anggota muzakarah memandang serius tindakan sebahagian masyarakat, khususnya umat Islam yang bertindak sebagai perusuh jalanan seperti mana yang berlaku pada demonstrasi itu yang telah membawa kerosakan dan musibah kepada negara.

"Sebagai umat Islam seharusnya kita mensyukuri keamanan, kemakmuran dan perpaduan yang telah dinikmati dan diwarisi sekian lama.

"Pegangan Ahli Sunnah Waljamaah yang menjadi tunjang pegangan kita sebagai umat Islam di Malaysia sejak sekian lama wajib kita pertahan daripada apa jua anasir negatif kerana pegangan inilah yang menjadi perisai kepada umat Islam daripada terjebak dengan perlakuan yang dimurkai oleh Allah dan rasulnya," katanya.

Mashitah berkata sebagai sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi, banyak saluran perbincangan yang lebih bermanfaat boleh dilaksanakan tanpa perlu menggadai keamanan negara.

Justeru, mereka yang terlibat di dalam demonstrasi itu khususnya umat Islam perlu sedar dan insaf bahawa perbuatan itu bukan ajaran Islam kerana Islam tidak pernah menyuruh umatnya secara tidak hak mengancam nyawa sesama manusia, menimbulkan huru hara dan merosakkan negara demi mencapai sesuatu agenda, katanya.

Persidangan Dewan disambung esok. - Bernama

SD bekas Pengarah BPR yang membuktikan Anwar tidak miliki RM3 Billion..

Posted: 12 Jun 2012 03:57 AM PDT

Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mengemukakan satu kenyataan bersumpah (SD) yang membebaskannya daripada dakwaan bahawa beliau mempunyai aset dan wang tunai bernilai RM3 bilion.

Beliau mendakwa kenyataan bersumpah itu dibuat oleh oleh seorang bekas pengarah siasatan Badan Pencegah Rasuah (BPR, kini Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia).

Katanya, beliau meminta supaya satu suruhanjaya bebas dibentuk untuk menyiasat semua akaunnya dan akaun anggota keluarga terdekatnya, apabila kes tersebut timbul pada awal 1999.


Selain menyiasat akaun tersebut, di dalam dan luar negara, beliau juga meminta supaya suruhanjaya tersebut menyiasat akaun perdana menteri pada masa itu, Tun Dr Mahathir Mohamad dan pemimpin lain.

Namun, permintaannya itu tidak mendapat maklum balas daripada kerajaan, katanya.

Katanya lagi, BPR juga muncul di penjara Sungai Buloh dan meminta beliau memberi kenyataan terperinci berhubung kes tersebut.

"Mereka menjalankan penyiasatan yang sangat terperinci," katanya dalam sidang media di bangunan Parlimen hari ini. - Malaysiakini


Menurut akuan bersumpah di bawah ini yang telah ditandatangani oleh Abdul Razak Bin Idris yang merupakan bekas Pengarah Siasatan Badan Pencegah Rasuah (BPR) pada tahun 2009.

Beliau telah mengarahkan satu siasatan dijalankan dibawah Akta Pencegahan Rasuah 1997 keatas akuan bersumpah yang telah dibuat oleh Datuk Abdul Murad bin Khalid berkenaan pemilikan RM3 Billion oleh DS Anwar Ibrahim.

Siasatan telah dijalankan secara mendalam, menyeluruh dan teliti termasuk keluar Negara seperti Singapura dan United Kingdom.

Hasil siasatan mendapati tiada sebarang kes terhadap DS Anwar Ibrahim atau sesiapa berhubung Akuan Bersumpah tersebut.

Oleh itu beliau telah mengarahkan agar siasatan ditutup..





Bakal Menantu Najib dituduh menipu USD20 Juta..

Posted: 12 Jun 2012 12:37 AM PDT


Menurut The New York Post hari ini, dokumen mahkamah yang difailkan di Mahkamah Agung Manhattan mendakwa, Daniyar memalsukan dokumen untuk memberikan gambaran bahawa dia berkelulusan daripada sekolah tinggi di Kazakhstan.

Dokumen mahkamah Amerika Syarikat mendakwa warganegara Kazakhtan Daniyar Nazarbayev, yang bertunang dengan anak perempuan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, terlibat dalam penipuan.

Dokumen tersebut yang difailkan di Mahkamah Agung Manhattan mendakwa, dia menipu bapa tirinya seunit kondominium bernilai AS$20 (RM62 juta) dan memasuki Universiti Columbia menggunakan dokumen palsu.

Bagaimanapun, sumber akhbar itu berkata, dia sebenarnya bersekolah di Switzerland dan tidak menamatkan pelajaran.

Rekod Columbia masih menunjukkan Daniyar masih dalam senarai bekas pelajar dan bergraduasi pada 2010.

The New York Post melaporkan jurucakap Columbia sudah dihubungi tetapi enggan mengulasnya.


Kazakhstan president's nephew cheated his way into Columbia University: lawsuit

Daniyar Nazarbayev — whose stepdad is the brother of Kazak President Nursultan Nazarbayev — landed at the college using "fraudulent and fabricated" paperwork from a high school he didn't actually attend, the court papers say.

When applying, Daniyar allegedly claimed he had graduated from a high school in Kazakhstan.

He actually went to high school in Switzerland — and never graduated, sources said.

Even Daniyar's influential last name isn't real, the court papers say.

His actual surname is Kesikbayev. His mother, Maira, allegedly had his birth certificate changed after she married Bolat Nazarbayev in 2001.

The marriage was annulled last year.

Daniyar, now 24, graduated from Columbia in 2010. A knowledgeable source said that the allegations were reported to Columbia but that it was unclear whether school officials had taken action.

Daniyar's name is still in the school's alumni directory.

A Columbia spokesman refused to comment.

The allegations are part of Bolat's suit against Maira and her son in Manhattan Supreme Court, where he has accused them of taking advantage of his trust to swipe the Plaza pad and help themselves to two other multimillion-dollar apartments on Wall Street.

Bolat says he has discovered that Maira has had several aliases — and that she's wanted by Interpol and Kazakh authorities for crimes including kidnapping and extortion.

But Maira, 50, now lives in her son's condo at The Plaza, a four-bedroom, 4,000-square-foot apartment with 3 1/2 bathrooms. It has been listed as a $68,000-a-month rental.

She was unable to be reached for comment. There was no phone number for the apartment, and The Post was not allowed by Plaza security to knock on her door last week.

Daniyar, meanwhile, is missing.

In court filings, Bolat's lawyers said they have searched for him in five countries — including Malaysia, where he's reportedly engaged to the prime minister's daughter, Nooryana Najwa, whom a source said he met at Columbia.

Bolat had been looking to buy a New York apartment in 2008, and Maira and Daniyar got him to give them power of attorney so they could close the deal without him present.

The suit says Daniyar was supposed to put the apartment in his stepdad's name but added his mom's. About eight months later, she sold it to Daniyar for $1, court papers say.


New York Post

UMNO bukan parti Asobiyah kata Ahmad Maslan..

Posted: 11 Jun 2012 09:04 PM PDT


Perjuangan Umno bukan berbentuk "asabiyah" sebaliknya lebih bersifat "wasatiyyah", kata Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan.

Dia nak perbodohkan siapa pulak kali ni?

Kata-kata beliau itu memang boleh diterima oleh orang-orang yang tidak faham bahasa Arab dan juga bahasa Melayu.. atau Ahmad Maslan sendiri yang tak faham apa yang dia cakap tu..

Asobiyah dalam bahasa Melayu bermaksud kebangsaan dan perkataan wasatiyah pula membawa maksud kesederhanaan..

UMNO atau United Malay National Organisation sendiri telah menjelaskan bahawa mereka adalah parti yang berteraskan asobiyah jadi bagaimana Ahmad Maslan boleh berkata UMNO bukan parti asobiyah?

Asas UMNO ditubuhkan suatu masa dulu ialah untuk memperjuangkan Bangsa Melayu, bukannya untuk menipu bangsa Melayu seperti UMNO Baru yang ada sekarang ini..

Jika UMNO ditubuhkan untuk memperjuangkan nasib bangsa-bangsa lain yang ada didalam Malaysia ini maka tak perlulah ada MIC yang memperjuangkan bangsa India, MCA untuk memperjuangkan bangsa Cina dan GERAKAN.. err memperjuangkan bangsa apa GERAKAN ni?

Atau mungkinkah Ahmad Maslan cuba menyatakan bahawa UMNO kini sudah tidak memerlukan MIC, MCA dan GERAKAN lagi?


******************************************

Ahmad Maslan: 'Perjuangan Umno bukan asabiyah'


MELAKA - Perjuangan Umno bukan berbentuk "asabiyah" sebaliknya lebih bersifat "wasatiyyah", kata Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan.
 
Beliau yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, Umno mengamalkan dasar yang adil, sederhana, seimbang dan tidak fanatik terhadap kaum Melayu sahaja.
 
"Perjuangan kita (Umno) selaras dengan konsep wasatiyyah ini dan yang bukan Islam jangan khuatir, kita ini bukan asabiyah sebagaimana tuduhan pembangkang," katanya kepada kepada pemberita selepas menghadiri perhimpunan bulanan penjawat awam dan seminar pemahaman wasatiyyah dan gagasan 1Malaysia yang dirasmikan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam di sini, semalam.
 
Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.
 
Katanya, Gagasan 1Malaysia yang dicetuskan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengiktiraf peranan semua kaum dan bukannya menindas kaum lain.
 
"Konsepnya itu besar... asabiyah itu maksudnya fahaman perkauman sempit, naikkan bangsa sendiri, jatuhkan bangsa lain tetapi kita gagasan 1Malaysia kita nak sama-sama naik (maju)," katanya.
 
Sementara itu, mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mahu jentera penerangan parti komponen Barisan Nasional (BN) turun padang menjelaskan kepada rakyat fakta sebenar berhubung sesuatu isu, Ahmad berharap jentera di peringkat bahagian dapat bergerak agresif dalam melaksanakan saranan itu.
 
Beliau berkata, pelbagai program dilaksanakan di peringkat pusat namun terdapat sesetengah bahagian yang dilihat tidak begitu aktif menjalankan program yang direncanakan. - Bernama

Apahal Mashitah dengki sangat kat Ustaz Azhair Idrus ni?

Posted: 11 Jun 2012 05:00 PM PDT


Hari ini, ramai orang yang dipanggil ustaz, ustazah, tok guru atau tuan guru. Ada yang memang layak diberi gelaran itu, ada juga yang jenis instant. Gelaran ini besar maknanya dari segi peranan dan tanggungjawab yang datang  bersamanya.

Kalangan penceramah juga bukan semua adalah pendakwah, begitu juga sebaliknya. Seorang pendakwah berkredibiliti adalah berpengetahuan, berpengalaman dan diiktiraf kebolehannya pihak berkuasa agama.

Mengikut Dr Yusof al-Qardawi, matlamat berdakwah adalah membawa manusia kepada Islam, dalam melaksanakan ketetapan dan taat ALLAH SWT di muka bumi dan mengajak kepada kebajikan dan kebaikan. Oleh itu, seseorang pendakwah mestilah  ilmuwan agama, cekap dan bertauliah.

Hakikatnya dalam masyarakat hari ini, wujud pendakwah meragukan dari segi latar belakang dan ilmu mereka. Andainya selebriti berkongsi pengalaman kerana mahu mendalami agama atau didorong penghijrahan diri, ini dibolehkan. Namun tidak bermakna mereka sebagai pendakwah berwibawa.

Apabila ada pula ustaz bermain alat muzik dan menyanyi sepanjang berceramah tanpa isi yang jitu atau berseloroh hampir sepanjang ceramah bagaikan Maharaja Lawak. Ini juga mewujudkan suasana keliru.

Masyarakat lebih celaru jika penceramah yang tidak layak tetapi mempertikai keputusan Majlis Fatwa atau mengeluarkan fatwa songsang, misalnya menghalalkan perkara yang haram dan menyeru pengikut berbuat kerosakan.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Agaknya apa akan jadi pada akhir zaman apabila wanita mula bangkit memberontak, anak muda sudah hilang akhlak dan kamu pula rasa tidak perlu lagi untuk berjihad." Sahabat bertanya:  "Ya Rasulullah, apa mungkin akan berlaku akhir zaman begini? Nabi berkata: "Ya, akan berlaku.

Lagi dahsyat akan berlaku." Sahabat bertanya. "Apakah ada lagi yang lebih dahsyat daripada suasana wanita memberontak, anak remaja sudah hilang akhlak dan umat Islam tidak berminat lagi untuk berjuang?"

Nabi berkata, "Orang sudah tidak peduli lagi soal dakwah. Orang sudah tidak mengambil kira lagi untuk mengajak kepada kebaikan atau mencegah kepada kemungkaran."

Sahabat bertanya: "Ya Rasulullah, apakah mungkin keadaan ini akan berlaku?" Nabi SAW menjawab: "Yang lebih dahsyat lagi akan berlaku dari itu.'

Sahabat bertanya: "Apa yang lebih dahsyat?" Kata Nabi: "Apabila ada pendakwah yang keliru, tidak tahu membezakan mana yang baik, mana yang buruk. yang mungkar nampaknya makruf dan makruf seperti mungkar."

Sahabat terkejut dan bertanya: "Ya Rasulullah, apa mungkin akan berlaku keadaan begitu?" "Ya, lebih buruk akan berlaku" kata Rasulullah, "apabila yang buruk disuruh, yang makruf dilarang, " Apa mungkin berlaku, ya Rasulullah  begini?

Kata Nabi SAW: "Inilah satu keadaan dugaan besar untuk umat Islam sehingga orang yang baik pun akan menjadi keliru." Agama Islam dasarnya ilmu kefahaman dan keyakinan terhadapnya dibina daripada wahyu. Bukan  boleh cakap sembarangan atau guna akal semata-mata.

Perlu ada kepakaran dalam mentafsir al- Quran, hadis dan falsafah hukum. Bukan sekadar memetik ayat tertentu untuk kepentingan tertentu. Ceramah agama bukan tempat mengumpat dan mengaibkan saudara seagama. Untuk  memartabatkan profesion berdakwah, seseorang pendakwah mestilah berkredibiliti.

Di Malaysia, syarat untuk mengajar agama dan berdakwah mestilah memiliki tauliah. Inilah asas keputusan Mahkamah Persekutuan yang dibuat sebuah panel yang diketuai Ketua Hakim Negara, Tan Sri Arifin Zakaria, yang mengikat  kepada semua mahkamah di negara ini, termasuk Mahkamah Syariah.

Adalah menjadi kesalahan bagi seseorang Islam mengajar tanpa tauliah. Jika bersabit kesalahan, hukuman yang dijatuhkan ke atas pesalah adalah sah dan  mengikut Perlembagaan Persekutuan.

Sinar Harian

Pemimpin UMNO yang mana nak seret Raja dan campak dalam kawah ni? (Video Inside)

Posted: 11 Jun 2012 09:53 AM PDT


Seorang Kerabat Diraja Negeri Sembilan, mendedahkan Almarhum Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Ja'afar Tuanku Abdul Rahman pernah menerima panggilan ugutan dari seorang menteri kanan Umno pada tahun 1993.


Tunku Harny Tunku Hanan, anak saudara kepada Almarhum Tuanku Ja'afar, berkata panggilan tersebut dibuat ketika isu pemindaan Perlembagaan terhadap kuasa Raja-raja Melayu pada tahun itu.

Tunku Harmy Tunku Hanan berkata beliau mengetahuinya setelah diberitahu oleh Almarhum Tuanku Ja'afar sendiri melalui satu panggilan telefon.

"Jadi tuan-tuan, ada suatu malam kira-kira jam 11.00 malam, saya mendapat satu panggilan telefon daripada Almarhum Tuanku Jaafar masa tu dia adalah Timbalan Yang Dipertuan Agung.

"Dia tanya, Harmy buat apa tu? Tak tidur ke? Belum Tuanku.

"Ni esey ni dapat panggilan telefonlah. Telefon apa Tuanku?

"Tadi ada senior minister baru telefon sekejap tadi, dia kata, Tuanku … kalau Tuanku tak hendak sain isu (pindaan) perlembagaan ini, saya akan tiupkan seruling pemberontakan di seluruh negara.

"Raja-raja Melayu akan saya seret ke jalan raya dan akan kami campakkan ke dalam kawah," ujar Tunku Harmy yang enggan mendedahkan indentiti menteri kanan itu.

Tunku Harmy berkata demikian ketika berucap dalam program "Diskusi Isu Terkini Lembah Pantai" semalam.

Menurut Tunku Harmy, tindakan menteri kanan tersebut membuktikan sikap sebenar pemimpin Umno-BN yang tidak menghormati Raja-raja Melayu.

Tambah beliau, ketika itu pemimpin Umno-BN mengadakan kempen menjatuhkan maruah Raja-raja Melayu di seluruh negara.

Tunku Harmy turut menggesa masyarakat memikirkan perkara yang sanggup dilakukan pemimpin Umno-BN terhadap rakyat sekiranya mereka terus berkuasa.

"Itu Raja, yang tuan-tuan hormat dia nak masukkan ke dalam kawah. Yang tuan-tuan ni disiang-siangnya, disalai-salai, dibuang, diberi makan anjing," kata beliau.

Tunku Harmy yang merupakan sepupu kepada baginda Dipertuan Besar Negeri Sembilan hari ini, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.

Tiada ulasan: