A Mum Of Three Mohd |
- Badut PPP berisiko tinggi
- Hangpa ingat dia takut??
- Tolong!! Tolong!! Bangsa Melayu dalam bahaya.!!
- Lawan Tokeh
- Boleh caya ke??
- Dah nak kojol dah, ya??
Posted: 11 Jun 2012 02:00 AM PDT No wonder ler calon PPP susah nak menang dalam pilihan raya. Mereka... otak yeilek!! Yang mereka pandai.... bodek mahu jadi calon, sedangkan mereka bukannyer calon winnable. Dalam suasana politik sekarang, kalau merek bertanding, sure kiok punyer. Tapi... nak bodek punyer pasal, sanggup bikin diri nampak bodoh. Tak caya kalu.... baca apa kata Presidennya. Gadis cantik tak akan keluar mengundi' Cadangan melaksanakan penggunaan dakwat kekal dalam sistem pilihan raya adalah langkah ke belakang dan ibarat "kembali ke Zaman Batu", kata Presiden Parti Progesif Penduduk (PPP) Datuk Seri M Kayveas. Menurutnya, negara seperti India dan Pakistan melaksanakan sistem dakwat kekal kerana mereka tiada sistem pendaftaran warganegara yang sistematik seperti MyKad di negara ini. Dakwanya lagi, langkah itu juga adalah membazir dan akan menakutkan sesetengah pihak untuk keluar mengundi. "Gadis-gadis cantik dengan kuku mereka yang dirias rapi, mereka tidak akan keluar dan mengundi. "Adakah mereka akan menyembunyikan (jari yang dicalit dakwat kekal) selama tiga bulan dari teman lelaki mereka?" kata Kayveas secara berseloroh di Konvensyen PPP Wilayah Persekutuan petang tadi. Dalam ucapannya, Kayveas turut menempelak Pakatan Rakyat yang menurutnya berkempen "setiap malam selama 365 hari" tetapi mempertikaikan tempoh kempen sedia ada selama tujuh hari. "Saya nak cadangkan kepada SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya), kalau hari ini calon dinamakan, esok kita mengundi," katanya separa serius disambut gelak tawa kira-kira 1,000 perwakilan dalam Dewan Tun Ismail PWTC.- [ Seterusnya klik sini] Kayveas.... Kayveas.... nape ler dangkalnyer pemikiran kamu?? Otak tu ada kat mana?? Bontot, ek?? Patutler cakap merapu dan buat lawak bodoh. Alahai.... badut ler katakan. Patut ler.... Gelagat badut memang bodoh!! Referee dalam sesebuah pilihan raya mesti bebas dan profesional. Mesti ada integriti. Malangnyer, referee kat sini... 'lembu' yang kena cucuk hidung dan dijadikan balaci. Aha... balaci UMNO. Kalau balaci tak atur strategi penipuan.... UMNO/BN dah lama tumpor. Sebab dah banyak kali sangat kita kesan penipuan referee balaci inilah, maka kita nak pakai dakwat kekal sebagai satu langkah untuk mengelakkan berlakunyer penipuan. Usihh... banyak lagi negara yang guna pakai kaedah ini aaaiihh. India, Pakistan dan negara Timur Tengah umpamanyer. Tak der masalah pun. Sebab mengapa mereka guna pakai dakwat kekal ialah urusan negara mereka. Di pihak kita.... kita nak pakai sebagai langkah untuk elak berlakunya penipuan. So, apa masalahnyer?? Mengapa takut sangat?? Yang mamat badut PPP ni sibuk sangat tu apasal?? Dalam PRU 12 yang lalu, kita tak guna dakwat pun.... tapi dia kalah teruk juga. Apa maknayer?? Itu bermakna... PPP tak popular dalam kalangan rakyat Malaysia. Sebab tu, Presidennyer pun, rakyat tolak dan sekarang terpaksa membodek dan mengemis untuk dapatkan kerusi agar dapat terus bertanding dalam PRU13 nanti, sedangkan UMNO dah kata.... hanya calon winnable jer yang akan pilih. Calon PPP yang mungkin dua tiga kerat tu, calon winnable ke?? Mungkin UMNO pun dah tahu, kalau letak calon PP... sure kalah punyer. Sudahlah UMNO/BN sedang menghadapi saat-saat nazak. So... buat apa ambil risiko. Hahahahaha.... Don't perasan dan pergi cermin lu orang punya muka la. You all.... calon berisiko tinggi. Calon bakal kalah, wa cakap lu!!! So... Kayveas, poooraaaah!! |
Posted: 10 Jun 2012 11:30 PM PDT Repot jangan tak repot!! Siasat jangan tak siasat!! 'Sivaji the Boss' mesti di'padam'kan UMNO dalam bahaya kerana dia. Kah kah kah kah... Isu 20 akaun: Pemuda Umno Kedah buat laporan polis 10 Jun 2012 KUALA NERANG - Pergerakan Pemuda Umno Kedah hari ini membuat laporan polis berkaitan 20 akaun individu bernilai RM3 bilion, yang dikawal oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim. Ketua Pemuda Umno Kedah, Badrol Hisham Hashim berkata, laporan polis itu dibuat bagi mendesak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menyiasat sumber wang yang begitu banyak dan ke mana hilangnya wang tersebut. "Ini satu kes yang sangat serius dan perlu diambil perhatian segera oleh kerajaan dan perlu siasatan rapi," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Padang Terap di sini hari ini. Beliau berkata siasatan mesti dibuat bukan sahaja terhadap Anwar, sebaliknya 20 individu lain juga perlu disiasat. "Dengan terbongkarnya isu ini, rakyat boleh lihat dan nilai sendiri siapa Anwar yang sebenar. Anwar juga perlu membuat penjelasan tentang isu ini supaya rakyat tahu apa yang telah beliau lakukan," katanya. Selain itu, Badrol Hisham berkata beliau juga meminta supaya pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia mendedahkan 20 individu yang turut terlibat dengan akaun tersebut. - Bernama [sumber] |
Tolong!! Tolong!! Bangsa Melayu dalam bahaya.!! Posted: 10 Jun 2012 09:15 PM PDT Woit...!! Mana PERKASA?? Mana PERKASA?? Dengor cadangan PPP ni. Semua bangsa dalam negara 1Malaysia ni udah nak jadi bumiputera. Habislah orang Melayu oooiiii!! Tercabar ler kebumiputeraan bangsa Melayu ooooiii....!! Kedudukan bangsa Melayu tergugat ler ooiii. Hilang ler hak bangsa Melayu sebagai bumiputera yop oiii!! Kita semua akan jadi sama!! Kita seupa oiii!! Ibrahim Ali mana mu?? Keluarler dari bawah tempurung tu!! Tolong....!! Tolong....!! Bangsa Melayu dalam bahaya!! PPP WP cadang bumiputera untuk semua Konvensyen Parti Progresif Penduduk (PPP) Wilayah Persekutuan petang semalam meluluskan usul agar warganegara Malaysia yang lahir selepas merdeka diberikan taraf bumiputera tanpa mengira bangsa. Perwakilan dari cawangan Bukit Petaling, Kamaraj Marappan mencadangkan usul itu dan dipersetujui tanpa sebarang bantahan oleh perwakilan-perwakilan konvensyen. "Saya cadangkan agar Datuk Seri Najib Razak menimbang usul ini dengan baik dan memberi perhatian agar semua rakyat berbilang kaum dilayan dengan adil dan saksama selaras dengan gagasan 1Malaysia. "Dasar kerajaan adalah untuk melindungi hak rakyat dan saya percaya dasar ini boleh diubah untuk alaf ini dan untuk menentukan masa hadapan kita," kata Kamaraj. Menurutnya lagi, cadangan itu digagaskan agar tiada lagi pihak memanipulasi isu bumiputera dan bukan bumiputera untuk kepentingan mereka. "Kita tidak harus memberi ruang kepada mana-mana pihak untuk memanipulasi isu-isu seperti ini dan terus menjuarai rakyat bukan bumiputera," katanya. Sewaktu ditemui Malaysiakini, Kamaraj mengakui usul yang digagaskan agak sensitif. Namun, beliau bersetuju bahawa ia digagaskan untuk membuka ruang perbincangan baru dalam arena politik Malaysia. Buat masa ini, status 'bumiputera' merujuk kepada warganegara berketurunan Melayu, orang Asal, serta pribumi Sabah dan Sarawak. Bumiputera mempunyai beberapa keistimewaan antaranya berhubung tanah rizab dan kuota universiti.-Mkini |
Posted: 10 Jun 2012 08:00 PM PDT |
Posted: 10 Jun 2012 06:30 PM PDT |
Posted: 10 Jun 2012 05:30 PM PDT |
You are subscribed to email updates from A Mum Of Three Mohd To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan