Anak Sungai Derhaka |
- Terpedaya dengan Utusan rupanya.. sebab itulah pesara Polis ini fitnah Mat Sabu..
- UMNO Pulau Pinang menggigit jari lagi...
- Usul tergempar isu jual rahsia negara ditolak.. apa yang Najib cuba sembunyikan dari rakyat sebenarnya?
- Tuduhan Anwar miliki RM3 Billion tidak berasas kata Bekas pengarah siasatan BPR pada tahun 2009..
- Anwar sahkan rundingan dengan MP dari Sabah..
- WWW1 Sultan Johor, WWW15 Liow Tiong Lai.. PKR1 siapa pula nak cuba?
Terpedaya dengan Utusan rupanya.. sebab itulah pesara Polis ini fitnah Mat Sabu.. Posted: 11 Jun 2012 04:57 AM PDT PULAU PINANG: Perbicaraan kes Haji Mohamad Sabu yang didakwa kerana dikatakan memfitnah polis Bukit Kepong di bawah seksyen 500 Kanun Keseksaaan menyaksikan kegemparan apabila pengadu kes tersebut beberapa kali meminta maaf kepada beliau dan meminta Mahkamah membebaskannya dari pertuduhan. Saksi pendakwa tersebut Visvanathan a/l Muthu iaitu seorang pesara polis yang memberi keterangan beliau hari ini berulang-ulang kali meminta maaf kepada Mat Sabu sambil mengangkat tangannya kepada Mat Sabu dan meminta mahkamah membebaskan beliau. Beliau berkata demikian apabila di soal balas secara panjang lebar oleh peguambela Mat Sabu, Mohamed Hanipa Maidin di Mahkamah Sesyen hari ini. Semasa pemeriksaan balas tersebut beliau mengakui bahawa laporan polis yang beliau pada 27 Ogos 2011 adalah semata-mata berdasarkan laporan Utusan Malaysia pada tarikh yang sama. Berikut adalah antara lain petikan soal balas Hanipa dengan saksi tersebut. Soalan peguambela (S): Kamu setuju kamu sendiri tak dengar ceramah Mat Sabu? Jawapan saksi(J): Ya, setuju. S: Kamu setuju apabila kamu tak dengar apa yang Mat Sabu kata, kamu sebenarnya tak tahu apa yang Mat Sabu kata? J: Ya. Setuju. S: Cuba kamu lihat laporan laporan akhbar Utusan dan petikan ucapan Mat Sabu, setuju tak apa yang ditulis oleh Utusan adalah tidak sama dengan apa yang Mat Sabu kata? J : Ya, setuju. S : Mat sabu tak ada kata perkataan komunis langsung dalam ucapan beliau tapi Utusan ada kata, betul tak? A : Betul. S: Kamu setuju atau tidak apa yang kamu tulis dalam laporan polis kamu yang katakan Mat Sabu menfitnah polis dan menyokong komunis adalah tidak betul? J : Ya, setuju. S : Jadi laporan polis kamu tidak betul dan saya katakan bukan Mat Sabu yang memfitnah polis tetapi kamu yang sebenarnya memfitnah Mat Sabu dalam laporan polis kamu? J : Ya, saya setuju. Saya mahu minta apology (maaf) kepada beliau (sambil tunjukkan tangan minta maaf pada Mat Sabu yang ada di kandang orang kena tuduh). S : Dalam laporan polis kamu ada sebut minta polis ambil tindakan undang-undang Mat Sabu, kamu masih mahu 'stick' kepada apa yang kamu katakan? J : Tidak, saya mahu minta maaf pada Mat Sabu dan 'he is now my brother'. Saya mahu Mat Sabu dibebaskan. S: Kamu kata Mat Sabu derhaka pada Yang Dipertuan Agong, saya ingin tanya pada kamu macam mana kamu boleh kata dia derhaka kepada Agong, sedangkan pada masa peristiwa Bukit Kepong Malaysia belum wujud dan Yang Di Pertuan Agong pun belum ada. Macam mana Mat Sabu boleh derhaka pada benda yang belum ada? J :Saya tidak boleh jawab soalan itu. S: Jadi kamu setuju kamu tidak cakap benda betul dalam laporan polis kamu? A: Setuju. Saski juga mengakui dia tidak tahu di mana Bukit Kepong dan apabila terus ditanya oleh Hanipa beliau menyatakan Bukit Kepong terletak di Selangor dan Hanipa lantas menyampuk "Itu Kepong bukan Bukit Kepong!" Saksi tersebut yang mengidap diabetik beberapa kali terpaksa berhenti memberi keterangan kerana dikhuatiri akan pengsan kerana berdiri terlalu lama. Apabila disoal semula oleh pihak pendakwa saksi sekali lagi meminta maaf pada Mat Sabu dan berkata beliau menyesal (kerana buat laporan polis ke atas Mat Sabu). Selepas selesai memberikan keterangan saksi tersebut dilihat berjalan menuju ke kandang Mat Sabu dan terus bersalam dengan beliau dan meminta maaf sekali lagi. Kes kemudiannya ditangguhkan ke 13,16 dan 17 Julai depan kerana Hanipa memaklumkan mahkamah bahawa Mat Sabu sedang menunggu tarikh rayuannya di Mahkamah Rayuan bagi membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi Pulau Pinang yang enggan membatalkan pertuduhan ke atas beliau. Mat Sabu diwakili oleh Mohamed Mohamed Hanipa Maidin, Amin Zulkifli dan Nasar Khan manakalan Encik Husaini mewakili pihak pendakwa. Galeri Mahkamah yang dipenuhi pemerhati turut menyaksikan kehadiran Ustaz Salleh Man, Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang dan Ahli Majlis dari DAP iaitu saudara Francis. - Harakahdaily Laporan Utusan yang disiarkan pada 27 Ogos 2011 Kenyataan Mat Sabu kurang ajar PUTRAJAYA 27 Ogos - Bekas tentera di negara ini menyelar Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu yang menganggap pengganas komunis hero sebenar tragedi Bukit Kepong dan menyifatkan kenyataannya sebagai biadab dan kurang ajar. Ketua Penerangan Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM), Mohd. Jurit Ramli yang amat terkejut dengan kenyataan Mohamad Sabu itu menegaskan, ia jelas satu penghinaan besar terhadap seluruh bekas anggota pasukan keselamatan negara serta keluarga arwah yang terkorban melawan komunis pada era darurat. Serentak itu, bekas tentera yang pernah berkhidmat dalam pasukan Malbatt Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu menyeru semua bekas tentera dan polis bersatu untuk 'menyerang hendap' Pas pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) nanti. "Jika dia (Mohamad Sabu) sekali kurang ajar, kita (bekas tentera) akan lebih 10 kali kurang ajar terhadap dia. "Kita pasti janjikan 'serang hendap' terhadap Mohamad Sabu dan Pas pada PRU13 jika Mohamad Sabu tidak memohon maaf secara terbuka kepada seluruh bekas tentera dan keluarga arwah-arwah yang terkorban menentang komunis. "Kita nak tengok semasa PRU13 itu sama ada Mohamad Sabu hendak dapatkan bantuan komunis ke atau tidak. "Kita harap dia faham mesej keras kita ini, tapi yang jelas Mohamad Sabu ni memang tak tahu bersyukur dan mengenang budi... bekas tentera sungguh terluka dan sedih dengan kenyataan tidak berperikemanusiaan ini," katanya yang juga Setiausaha Gabungan NGO Malaysia (GNM) kepada Mingguan Malaysia, hari ini. Dianggarkan ketika ini terdapat lebih 300,000 bekas tentera di negara ini manakala di sebelah pasukan polis seramai 150,000 orang. Mohamad Sabu dalam ceramahnya di Tasek Gelugor, Pulau Pinang pada 21 Ogos lalu, menganggap pengganas komunis dalam Kompeni Pasukan Keempat Parti Komunis Malaya yang membunuh anggota keselamatan serta keluarga mereka dalam tragedi Bukit Kepong sebagai hero sebenar. Menurutnya, Muhammad Indera, lelaki Melayu yang bersekongkol dengan Goh Peng Tun dan 200 anggota komunis adalah hero sebenar, bukannya 25 anggota polis dan keluarga mereka yang mempertahankan diri ketika serangan di balai polis itu. Dalam ceramahnya itu, Mohamad turut mendakwa Datuk Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman tidak layak dianggap pejuang kemerdekaan kerana kedua-dua tokoh itu pegawai British. Mohd. Jurit berkata, sepatutnya pada bulan Ramadan yang mulia ini dan menjelang sambutan Hari Kemerdekaan ke-54, Mohamad Sabu menyedekahkan Fatihah kepada arwah-arwah anggota tentera yang terkorban melawan komunis dan menjaga keselamatan negara. "Ini tidak, melalut tak tentu arah...kita harapkan Mursyidul Am Pas (Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat) dapat memberikan tazkirah kepada Mohamad Sabu...ramai tentera dan bekas tentera marah dengan kenyataan yang tidak disangka-sangka ini," katanya. Utusan Online | ||||||
UMNO Pulau Pinang menggigit jari lagi... Posted: 11 Jun 2012 01:55 AM PDT Inilah yang terjadi apabila kita melakukan sesuatu hanya berlandaskan nafsu tanpa menggunakan otak.. kononnya mahu menyaman bagi pihak UMNO.. tetapi diri sendiri tak berhak berbuat begitupun dia tak tahu.. Hasilnya ialah hanya membuang masa, membuang duit dan membuang tenaga.. Kesimpulannya ialah UMNO Pulau Pinang dah buat kerja bodo!! mai kita pakat gelak kat depa..ha..ha..ha.. KUALA LUMPUR - Kes saman fitnah RM30 juta Pengerusi Umno Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman ke atas Ketua Menteri, Lim Guan Eng dan tiga yang lain ditolak oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, hari ini. Hakim Mahkamah Tinggi, Amelia Tee Hong Geok Abdullah menolak kes itu dengan kos. Peguam Guan Eng, Jagdeep Singh Deo berkata, mahkamah menerima hujah pihaknya bahawa Zainal Abidin tiada hak perundangan untuk menyaman keempat-empat defendan, diterima. Dipetik Star Online, dalam penghakiman 11 muka surat, Hakim Amelia berkata, mahkamah berpandangan bahawa Zainal Abidin bukan seorang yang diberi kuasa untuk mengambil tindakan bagi pihak Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang memandangkan beliau bukan pegawai yang didaftarkan sebagai penjawat awam di Pejabat Pendaftar Pertubuhan bagi tujuan memulakan saman bagi pihak jawatankuasa Umno negeri. "Plaintif tidak boleh," kata beliau. Selain itu, Hakim Amelia juga memutuskan bahawa tindakan berperwakilan tidak boleh diambil dalam prosiding saman fitnah. Zainal Abidin memfailkan saman itu pada 24 Oktober lalu dengan menamakan Guan Eng, yang juga Setiausaha DAP, PKR selaku pemilik laman berita elektronik 'Keadilan Daily' dan akhbar 'Suara Keadilan', Segmen Fleksibel Sdn Bhd yang merupakan syarikat penerbitan 'Keadilan Daily' dan 'Suara Keadilan', dan ketua penyuntingnya, Fazallah Pit sebagai defendan. Zainal Abidin menuntut ganti rugi RM30 juta, faedah, kos dan relif lain yang difikirkan wajar oleh mahkamah dan suatu injunksi bagi menghalang kesemua defendan daripada terus mengeluarkan atau menyiarkan kenyataan fitnah. - Sinar Harian Laporan berkaitan.. UMNO Pulau Pinang saman Guan Eng RM30 Juta KUALA LUMPUR: Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman hari ini memfailkan saman malu berjumlah RM30 juta terhadap Ketua Menteri, Lim Guan Eng, berhubung kenyataannya mengaitkan UMNO dengan demonstrasi dan cubaan membakar ibu pejabat DAP di Pulau Pinang pada Julai lalu. Beliau memfailkan saman itu di pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Sivil di sini, hari ini melalui Tetuan Jahaberdeen & Co. Selain Lim yang juga Setiausaha DAP, turut dinamakan sebagai defendan ialah Parti Keadilan Rakyat selaku pemilik laman berita elektronik Keadilan Daily dan akhbar Suara Keadilan; Segmen Fleksibel Sdn Bhd yang juga syarikat penerbitan Keadilan Daily dan Suara Keadilan serta ketua penyuntingnya, Fazallah Pit. Peguam Jahaberdeen Mohamed Yunoos, yang mewakili Zainal Abidin, 51, memberitahu pemberita bahawa saman itu difailkan atas kapasiti peribadi pemimpin UMNO Pulau Pinang itu. Dalam pernyataan tuntutan itu, Zainal Abidin mendakwa pada 3 Julai lalu, Lim menerbitkan satu kenyataan akhbar melalui emel yang kemudiannya disiarkan di Keadilan Daily pada 3 Julai dan di akhbar Suara Keadilan pada 5 Julai lalu. Zainal Abidin berkata, kenyataan Lim itu antara lain membawa maksud kononnya beliau terbabit dalam kegiatan mengguling Ketua Menteri Pulau Pinang melalui cara yang salah serta menyembunyikan pembabitannya dalam satu demonstrasi ganas yang berlaku di KOMTAR dan Jambatan Pulau Pinang pada 1 Julai lalu. Beliau berkata, pada 18 Ogos lalu, Lim mengeluarkan satu lagi kenyataan menyinggung di hadapan sekumpulan wartawan yang disiarkan di laman berita elektronik, The Malaysian Insider, pada hari yang sama. Zainal Abidin berkata, antara lain kenyataan itu membawa maksud kononnya beliau merancang untuk mensabotaj premis parti DAP di Pulau Pinang, dan kononnya beliau terbabit dalam mencetuskan cubaan membakar premis itu. Beliau berkata, akibat kenyataan itu, ia merosakkan reputasinya dan menjejaskan kepercayaan parti induk terhadapnya. Zainal Abidin menuntut ganti rugi RM30 juta, faedah, kos dan relif lain yang difikirkan wajar oleh mahkamah dan satu injunksi bagi menghalang kesemua defendan daripada terus mengeluarkan atau menyiarkan kenyataan fitnah itu. - BERNAMA | ||||||
Posted: 10 Jun 2012 11:50 PM PDT Bagai yang telah dijangkakan usul tergempar yang dibawa oleh Nurul Izzah untuk membahaskan tentang penjualan dokumen sulit TLDM dalam kes Scandal Scorpene hari ini telah ditolak oleh Speaker. Usul berkenaan boleh di baca di ( SINI ) Alasannya beliau tidak nampak mana dokumen itu dan hal ini pula hanya dinyatakan oleh Peguam SUARAM. "Di mana dokumen itu? Hal ini hanya dikata peguam SUARAM." kata Speaker. Tindakan Speaker ini membuatkan semakin ramai rakyat Malaysia tertanya-tanya kenapakah isu yang membabitkan keselamatan dan kedaulatan negara ini ditolak begitu sahaja. Apa yang Kerajaan yang dikepalai oleh Najib mahu sorokkan dari rakyat? Jika tiada apa yang mahu disorokkan sewajarnya ianya dibahaskan kerana isu ini amat penting buat negara kerana ianya melibatkan keselamatan negara. Penolakan ini juga sebenarnya membuktikan kepada kita semua.. bagi pemimpin-pemimpin UMNO apa saja yang melibatkan dan bakal menyusahkan mereka ianya perlu disembunyikan.. hatta melibatkan keselamatan negara sekalipun... Bukankah pepatah ada mengatakan.. berani kerana benar.. takut kerana salah.. kenapa Najib takut agaknya jika isu ini dibahaskan? Usul tergempar isu jual rahsia negara ditolak
Speaker Dewan Rakyat menolak usul yang difailkan anggota parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar pada Khamis lalu yang dibuat bawah Perintah Tetap 18(11). Peguam Perancis Joseph Breham, yang mewakili NGO hak asasi manusia Suaram sebelum ini mendakwa, syarikat berkenaan membayar 36 juta euro (RM142 juta) kepada Terasasi (Hong Kong) Ltd, untuk kerja-kerja "kejuruteraan komersial". Breham berkata hakim siasatan Perancis yang menyiasat kes yang difailkan terhadap syarikat pembuat kapal Perancis DCNS, atas dakwaan rasuah, mahu tahu tujuan bayaran itu dan meminta laporan transaksi kewangan daripadanya - Malaysiakini Baca juga laporan-laporan polis yang dibuat oleh rakyat yang cintakan kedaulatan negara dari beberapa buah negeri di SINI | ||||||
Tuduhan Anwar miliki RM3 Billion tidak berasas kata Bekas pengarah siasatan BPR pada tahun 2009.. Posted: 10 Jun 2012 08:44 PM PDT Perlu kita ketahui bahawa fitnah yang dilemparkan oleh Muhyiddin terhadap DS Anwar Ibrahim kononnya beliau memiliki RM3 Billion telah dibuktikan tidak berasas pada tahun 2009. Beberapa hari lalu Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah melemparkan fitnah terhadap DS Anwar Ibrahim kononnya beliau memiliki 20 akaun induk membabitkan aset, saham dan wang bernilai RM3 bilion. Oleh itu beliau menggesa Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan segera dakwaan berhubung pemilikan 20 akaun induk membabitkan aset, saham dan wang bernilai RM3 bilion seperti terkandung dalam akuan berkanun bekas Penolong Gabenor Bank Negara Datuk Abdul Murad Khalid, 13 tahun lepas. Rentetan dari fitnah Muhyiddin itu beberapa orang pencacai UMNO telah turut menggesa agar pihak SPRM menyiasat dakwaan Muhyiddin itu.. Mungkin kerana sememangnya mereka itu bodoh atau telah selamat menjadi mangsa pembodohan pemimpin UMNO, mereka terlupa bahawa Bekas pengarah siasatan BPR, Abdul Razak Idrus memberitahu mahkamah tinggi bahawa siasatan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwa menyorok RM3 bilion dalam akaun asing dan mempunyai kaitan dengan kepentingan Barat, didapati tidak berasas. Berikut adalah laporan dari Malaysiakini pada Nov 11 2009 Bekas pengarah siasatan BPR, Abdul Razak Idrus memberitahu mahkamah tinggi hari ini bahawa siasatan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwa menyorok RM3 bilion dalam akaun asing dan mempunyai kaitan dengan kepentingan Barat, didapati tidak berasas. Abdul Razak, 60, yang kini telah bersara tetapi menjadi pengarah dalam beberapa syarikat, berkata BPR telah menyiasat perkara itu ekoran dakwaan yang dibuat dalam akuan bersumpah bekas penolong gabenor Bank Negara, Abdul Murad Khalid. Katanya, sepasukan pengawai BPR telah ke Singapura dan United Kingdom untuk menyiasat dakwaan tersebut. "Kami berjumpa dengan Murad dan beberapa saksi di Britain. Tetapi siasatan mendapat 'tiada kes' terhadap Anwar berhubung dakwaan dalam akuan bersumpah Murad," katanya. Oleh itu, katanya, beliau membuat kesimpulan bahawa dakwaan dalam akuan bersumpah itu adalah tidak berasas dan mengarahkan supaya siasatan ditutup. Murad menandatangani akuan bersumpah itu pada 20 Oktober 1999 - kira-kira sebulan selepas Anwar ditahan selepas dipecat sebagai timbalan perdana menteri pada awal bulan September tahun berkenaan. Abdul Razak kemudiannya membuat akuan bersumpahnya mengenai perkara itu dan mengemukakannya kepada mahkamah. Bekas pegawai kanan BPR itu memberi keterangan dalam kes saman fitnah RM100 juta yang difailkan oleh Anwar terhadap News Straits Times Press (M) Bhd dan bekas ketua pengarang kumpulannya, Datuk Abdullah Ahmad.Artikel yang didakwa berunsur fitnah itu, disiarkan pada 2 Mac 2002. "Kami berjumpa dengan Murad dan beberapa saksi di Britain. Tetapi siasatan mendapat 'tiada kes' terhadap Anwar berhubung dakwaan dalam akuan bersumpah Murad, -Bekas pengarah siasatan BPR, Abdul Razak Idrus - Malaysiakini Berikut pula adalah fitnah Muhyiddin itu.. Muhyiddin gesa Anwar jelas dakwaan berhubung pemilikan 20 akaun induk June 09, 2012 MUAR, 9 Jun — Tan Sri Muhyiddin Yassin menggesa Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan segera dakwaan berhubung pemilikan 20 akaun induk membabitkan aset, saham dan wang bernilai RM3 bilion seperti terkandung dalam akuan berkanun bekas Penolong Gabenor Bank Negara Datuk Abdul Murad Khalid, 13 tahun lepas. Timbalan Perdana Menteri berkata dakwaan berkenaan bukan perkara kecil dan dengan itu Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu perlu bertanggungjawab untuk menjelaskan perkara berkenaan kepada rakyat. "Angka (RM3 bilion) yang disebut adalah besar. Jadi, ia merupakan tanggungjawab Ketua Pembangkang untuk memperjelaskannya. Apakah benar atau tidak. Rakyat hendak tahu...pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang membuat tuntutan supaya penjelasan dibuat pun mewakili kumpulan rakyat yang bukan sedikit. "Kalau tidak betul, Anwar harus mengambil tindakan terhadap pihak yang membuat dakwaan termasuk bekas Penolong Gabenor Bank Negara," katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran program Kasihi Pekebun peringkat negeri di Dataran Sarang Buaya, di sini, hari ini. Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata kewibawaan dan integriti Anwar akan terjejas sekiranya Ketua Pembangkang berkenaan tidak menjelaskan dakwaan itu. Selasa lepas, Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Datuk Ibrahim Ali dilaporkan media menimbulkan persoalan mengenai status siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap pendedahan Abdul Murad hampir 13 tahun lepas. Sumber info : Kedahkini | ||||||
Anwar sahkan rundingan dengan MP dari Sabah.. Posted: 10 Jun 2012 06:00 PM PDT Ketua Umum PKR, DS Anwar Ibrahim telah mengesahkan pada lewat petang semalam bahawa pihak PKR telah berunding dengan beberapa orang pemimpin dari Barisan Nasional Sabah yang dilaporkan sebelum ini kana meninggalkan Barisan Nasional... Maka dengan itu tak tahulah berapa kilo Ringgit Malaysia akan diterbangkan ke Sabah bagi menyelamatkan keadaan oleh pihak Najib. Semalam Free Malaysia Today melaporkan Presiden Parti Progressive Sabah (SAPP) Yong Teck Lee memgumumkan akan memberikan sokongan kepada Anwar Ibrahim dan juga Pakatan Rakyat dalam PRU13 ini. Selain dua ahli parlimen, beberapa lagi tokoh dari Sabah dikatakan akan turut menyertai KEADILAN sepertimana dilapor beberapa blog. Mereka ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Banggi, Datuk Amir Kahar Tun Mustapha, Naib Presiden Perkasa, Datuk Yahya Lampong, dan Ketua Pegawai Eksekutif syarikat milik kerajaan negeri, Ibrahim Menudin. Anwar confirms talks with Sabah BN leaders KOTA KINABALU: PKR de facto leader Anwar Ibrahim confirmed here this evening that the party had been in communication with some Barisan Nasional leaders from Sabah who are said to be on the verge of leaving the ruling coalition. "Of course we have been in communication with many people including some of those people mentioned," he said when asked to comment on reports that prominent leaders now in Umno and at least one other BN coalition party, UPKO, would be joining PKR. Anwar's arrival here this afternoon was delayed after his flight to the state capital was diverted to Labuan due to bad weather. The delay caused him to miss a 3pm function in Kota Belud which he had been scheduled to attend together with Tuaran MP Wilfred Bumburing, one of those who has been vocal about the ruling coalition's shoddy treatment of Sabah and is speculated to be in two minds about remaining in his party. Anwar, when met at the airport, said the question of Bumburing's status and if he would be joining PKR was best put to the MP himself. He cautiously limited himself to adding that there had been "greater awareness in Sabah over the last few years" and that the people were being more critical. "This (awareness and criticism) reflect not only on the failure of the state government of Sabah but also the national leadership … that no matter what, the present leadership must not be supported at all cost. "You must accept the stark reality that Sabah and Sabahans are ready for change," he said. Online media reports have been repeatedly stating for several days now that several Sabah BN leaders would be joining the PKR and that Anwar would most likely be accepting them during his visit to Sabah this weekend. Among them were Bumburing and Beaufort MP Lajim Ukim. Both could not be contacted for comment. Other BN leaders named as possibly leaving the BN are former Sabah chief minister Osu Sukam, Upko vice-president Senator Maijol Mahap, former Banggi assemblyman Amir Kahar Mustapha, former federal minister Kasitah Gaddam and Upko Sepanggar divison chief Steven Kutai. Free Malaysia Today | ||||||
WWW1 Sultan Johor, WWW15 Liow Tiong Lai.. PKR1 siapa pula nak cuba? Posted: 10 Jun 2012 09:50 AM PDT Kebelakangan ini kita telah melihat nombor pendaftaran kenderaan telah menjadi isu.. bermula dengan WWW 1 dan kemudiannya WWW 15 .. No. pendaftaran WWW 1 telah mencetuskan kontroversi dengan harganya yang mencatat sejarah iaitu RM520,000 selain itu ianya juga telah menyaksikan Bekas MB Perak, DS Nizar turut disiasat oleh pihak Polis berikutan kenyataan dilaman twitter beliau. Bagaimanapun sehingga kini tiada tindakan yang diambil oleh pihak Polis terhadap Akhbar Kosmo yang mempersendakan isu ini dengan menterjemahkannya sebagai karikatur dalam akhbar mereka. sila lihat di ( SINI ) Mungkin juga pihak Polis hanya memantau atau membaca twitter tidak surat khabar, oleh itu mereka tidak sedar akan keujudan karikatur yang mempersendakan isu ini.. No. pendaftaran tersebut telah dimiliki oleh Sultan Johor setelah Baginda membidanya pada harga RM520,000 mengalahkan 9,998 pebida lain yang turut membida nombor tersebut. Dengan harga RM520,000 ianya telah tercatat sebagai No. pendaftaran kenderaan paling mahal dalam sejarah Malaysia mengalahkan No. pendaftaran kenderaan MCA 1 yang dijual dengan harga RM300,000 dua tahun yang lalu. Teka teki tentang kereta yang mana satukah akan dipakaikan dengan pendaftaran WWW 1 oleh Sultan Johor terjawab, bilamana tersebar gambar sebuah Satria Neo dengan no. pendaftaran WWW 1 dengan baginda Sultan berdiri di sampingnya. Selang beberapa hari No. pendaftaran kenderaan WWW 1 kecoh dialam maya ini, muncul pula WWW 15 menjadi kontroversi. WWW 15 telah dimiliki oleh Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai dengan bidaan setinggi RM24,200. Liow Tiong Lai mempertahankan tindakannya membida WWW 15 dengan harga RM24,200 kerana menurutnya ianya untuk kereta rasmi Kerajaan lagipun menurutnya lagi seorang Menteri layak untuk mendapatkannya. Bagaimanapun, pembohongan Liow Tiong Lai itu terserlah apabila Sin Chew Daily memetik seorang pegawai sebagai berkata, tiada peruntukan untuk menteri membida nombor pendaftaran untuk kereta baru. Lebih menarik lagi Menteri Kesihatan itu juga telah mengatakan beliau tidak tahu siapa yang membayar RM24,200 untuk WWW 15 itu. Sidang media yang menyaksikan Menteri Kesihatan itu gelabah menjawab soalan dari wartawan sila baca di ( SINI ) Liow Tiong Lai diselamatkan oleh pihak JPJ bilamana secara rasmi pihak JPJ mengeluarkan kenyataan bahawa nombor plat WWW 15 akan diberikan kepadanya secara percuma. Tindakan pihak JPJ menyelamatkan Liow Tiong Lai menimbulkan lebih banyak persoalan tentang tadbir urus kerajaan BN, terutamanya mengenai kuasa budi bicara luas menteri (discretionary powers) dan sistem amalan tender terbuka. Selain itu untuk membuat tawaran di bawah kategori sebagai seorang individu, pemohon perlu mengisi borang JPJ MV10, dimana pemohon mesti melampirkan salinan kad pengenalan beliau dan secara peribadi menandatangani dokumen itu. Di samping itu, pemohon mestilah membayar sebuah draf bank yang bernilai setengah harga sebutan. Proses tawaran terdapat beberapa langkah dan melibatkan aktiviti perbankan dan oleh itu hanya boleh dilakukan dengan pengetahuan penuh dan penyertaan aktif pemohon. Rahim Thamby Chik juga dikatakan telah membida salah satu dari no. pendaftaran WWW ini dengan harga belasan ribu Ringgit. Itu kisah tentang no. plet kenderaan WWW yang dibida oleh beberapa pemimpin dari UMNO/BN yang sanggup mengeluarkan puluhan ribu ringgit hanya kerana mahu mendapatkan no. plet kenderaan yang diidamkan mereka. Bidaan bagi nombor kenderaan 'PKR' telah bermula 21 Mei dan berakhir pada 4 June. Keputusannya akan kita ketahui pada 21 Jun ini.. Hujung Mei lalu dengan memetik laporan dari Oriental Daily, The Star melaporkan beberapa orang pemimpin dari PKR dikatakan berminat untuk membida nombor plet kenderaan 'PKR'. Bagaimanapun pembantu Khas DS Anwar Ibrahim dilaporkan telah menyatakan bahawa Ketua Umum PKR tersebut tidak berminat untuk membida 'PKR 1'. Kata Pembantu Khas DS Anwar Ibrahim, Zainol Abidin ketuanya bukanlah seorang yang suka menunjuk-nunjuk dan beliau tidak diarahkan untuk membida sebarang nombor. Lagipun menurut Zainol lagi beliau tidak mendengar sebarang berita mengatakan bahawa Anwar Akan membeli sebarang kereta baru jadi untuk apa dibida sebarang nombor. Oleh kerana JPJ akan menjadi lebih telus dalam bidaan yang melibatkan plet kenderaan 'PKR' yang khabarnya majoriti yang membida adalah ahli-ahli PKR bukan saja dari Pulau Pinang tetapi dari seluruh Malaysia kita pasti akan melihat siapa pemimpin dalam PKR yang perangainya sama dengan pemimpin-pemimpin dari UMNO/BN. Pemimpin yang sanggup menghabiskan puluhan ribu Ringgit hanya untuk mendapatkan no. plet kenderaan yang diidamkan mereka. Jika Liow Tiong Lai diselamatkan oleh JPJ.. pemimpin-pemimpin PKR jangan harap anda akan diselamatkan juga oleh JPJ.. mungkin SPRM akan menyelamatkan anda. Walau apa jua alasan yang akan disediakan.. ketahuilah akar umbi parti memerlukan dana untuk bergerak dalam Pilihanraya yang akan datang ini, jadi jangan membazir tak tentu hala.. Bak kata Anwar Ibrahim.. "Jangan buat kerja BENGONG!!" Oleh itu.. kalau ada otak sila fikirkan yang mana satu lebih penting, plat no. kenderaan atau jentera pilihanraya parti. Jika dirasakan dengan memandu kenderaan baru yang mempunyai no. plet bermula dengan 'PKR' contohnya 'PKR 1998' anda akan menang bergaya dalam pilihanraya akan datang ini.. teruskanlah hasrat anda itu.. Satu kemungkinan yang pasti adalah akan adanya pihak yang membida samada PKR 1 atau PKR 111 ataupun PKR 7777 sebagai hadiah buat seseorang agar jasanya dikenang dimasa akan datang.. Mungkin yang berminat untuk menjawat jawatan 'Menteri hal ehwal Anwar Ibrahim' andaikata Pakatan Rakyat ke Putrajaya selepas PRU13 ini akan membida dan menghadiahkannya buat Anwar Ibrahim.. Jadi.. jangan biarkan diri anda disamakan dengan pemimpin-pemimpin dari UMNO/BN.. kerana dalam PKR ini, pemimpin datang, pemimpin pergi (tak nampak lagi ka dah berapa puluh orang melompat?) tapi kami rakyat yang menyokong perjuangan tetap disini!!! Bagaimanapun… alangkah indahnya jika Harrier ini memiliki no. plet kenderaan 'PKR' bukannya 'PKM'.. tambah lagi kalau 'PKR 11'.. he..he..he.. Tengok gambar Harrier di bawah ni… bakal meletup isu ni… Pisau.net , Media Permatang Pauh dan juga Minda Intelek Melayu (MiM).. tentu sedang giat mencari siapa pemilik Harrier ini... |
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan