A Mum Of Three Mohd |
Posted: 06 Jun 2012 04:23 AM PDT Slogan 1 Malaysia, Rakyat didahulukan... terbukti lagi satu retorik murahan kerajaan Najib/UMNO, apabila pinjaman PTPTN kepada para pelajar UNISEL dihentikan. [sini dan sini] Siapa punya kerja?? Sudah pastilah pihak yang ada kuasa seperti Kementerian Pengajian Tinggi. Kementerian di bawah kerajaan apa?? UMNO. Siapa menterinya?? Orang UMNO. Jahat.... jahat.... Busuknya hati!! Inikah yang dikatakan rakyat didahulukan?? Rakyat bukan didahulukan tetapi dizalimi. Itu bukti nyata yang slogan itu retorik kerajaan UMNO semata-mata untuk perdaya kita agar sukakan mereka. Usah percaya ler..... Apabila rakyat tolak mereka.... mereka aniaya rakyat. Inilah yang berlaku pada para pelajar baru UNISEL. Mereka dinafikan pinjaman PTPTN. Nampak gayanyer... pelajar universiti Selangor dahulu kena kesan dendam kesumat kerajaan UMNO. Mengapa Selangor jadi sasaran?? Nak hajor bebudak muda dan bior demer marah dan salahkan Pakatan Rakyat pasal isu PTPTN. Kemudian... hoping demer akan kembali menyokong UMNO. Hahahaha.... Hello, masih bermimpi ke?? Itulah jahatnya UMNO. Isu masa depan dan pendidikan anak-anak muda pun, demer nak politikkan. Cilakess betoi!! Kejinya UMNO. Mereka praktikkan politik ugut dan balas dendam. Politik busuk hati!! Eeee... so politik kampung. Tak professional langsung!! Pada aku.... politik macam ini patut kita kuborkan bersama-sama mereka yang mengamalkannyer. Alang-alang selok perkasam, biar sampai ke pangkal lengan. Genggam bara api, biar sampai jadi abu. Hahahahaha.... Alang-alang lawan UMNO, biar sampai ia tumpor!! Hancor UMNO!!! |
Racun atau gula-gula berkhasiat?? Yang mana pilihan anda?? Posted: 05 Jun 2012 05:30 PM PDT Ek ele.... Noh Omar pertikaikan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor beri diskaun 20 hingga 25 peratus bayaran cukai pintu kepada semua penghuni rumah pangsa kos rendah. [sini] Apa hal mamat ni?? Bila Pakatan Rakyat nak bagi.... dia orang punya suka ler. Apa masalahnya?? Bukankah ini salah satu elemen dalam dasar merakyatkan ekonomi Selangor?? Pemberian diskaun kepada golongan yang susah merupakan satu cara kerajaan PR Selangor membantu rakyanyer. Kuranglah sikit beban rakyat... Kerajaan kurang sikit hasilnyer, tak per... asalkan rakyat tak terbeban. Sama-sama merasa. Win-win situation gitu... Sebenarnya, si Noh Omar tu jeles dan tak suka tengok rakyat Selangor yang susah.... senang sikit hidup mereka. Kalau boleh.... dia nak mereka terhimpit kehidupannyer, macam zaman UMNO/BN memerintah dulu. Dengan itu, senangler puak-puak lahanat ni nak meng-kunta kinte-kan rakyatnyer, agar menyokong UMNO. Eleh.... orang buat baik, dia kata orang bagi gua-gula politik. Ater, apa salahnya kerajaan PR Selangor jamu rakyatnya dengan gula-gula yang 'berkhasiat', demi kesejahteraan hidup mereka?? PR Selangor prihatin akan kesejahteraan hidup rakyat, sebab tu mereka bagi 'gula-gula yang berkhasiat. Bukan macam kerajaan UMNO.... mereka bagi rakyat 'racun'!! Ya... racun yang buat kehidupan rakyat menderita dan melarat. Weh... Kenaikan tarif elektrik tu racun ler beb!! Aha... mereka 'racun' kita hidup-hidup dan dalam diam-diam jer!! Tetiba mencanak jer bil elektrik kita naik. Tak ke buat hidup kita merana dan sengsara?? Aaarr.... jangan tak tau, itulah kerajaan yang 'sembelih' leher rakyatnya sendiri. So, Noh Omar.... lu boleh blah!! Mana satu kerajaan yang baik?? Kerajaan yang bagi kita 'racun' atau kerajaan yang sanggup berkongsi 'gula-gula yang berkhasiat' dengan kita, agar sama-sama kita hidup sejahtera?? So, yang mana satu pilihan anda?? Fikir-fikirkanlah... |
Posted: 05 Jun 2012 09:46 AM PDT Najib tak malu perlekeh Pakatan Rakyat kemudian ciplak (Oleh Aisha Geoffrey) KUALA LUMPUR 5 Jun: "Najib tak malu, dalam memperlekehkan Pakatan Rakyat, diam-diam meniru satu persatu," kata Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli. Beliau berkata demikian mengulas ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bahawa kerajaan bertanggungjawab adalah yang memulangkan hasil kepada rakyat dan bukan menjanjikan sesuatu yang tidak mungkin ditunaikan atau akhirnya memudaratkan negara. Najib turut memberi contoh janji pihak tertentu (Pembakang) yang hendak menurunkan harga minyak, menghapuskan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), tol dan meletakkan gaji minimum yang tinggi. "Dari awal Disember 2010 ketika Pakatan lancarkan Buku Jingga lagi, Najib berulang kali mengatakan negara akan bankrap dengan segala tawaran yang Pakatan sediakan. "Dalam diam Najib akhirnya meniru juga apa yang Pakatan laksanakan contohnya bila negeri Pakatan menyalurkan bantuan rakyat antaranya Jom Shopping dan bantuan untuk warga emas, BN juga meniru kaedah yang sama dengan memberi bantuan seperti Skim Bantuan Rakyat 1Malaysia," kata Rafizi ketika dihubungi Keadilan Daily. Rafizi turut memberi contoh apabila Najib menolak cadangan Pakatan yang menawarkan penurunan harga dan pemansuhan tol tetapi dalam diam akhirnya turut berbuat demikian untuk mendapat kepercayaan rakyat. "Kita tidak bimbang beliau nak perlekehkan cadangan Pakatan Rakyat tetapi apa yang memalukan ialah apabila seorang Perdana Menteri mencuri idea dan berbohong kepada rakyat," katanya. "Kita tahu dalam beliau memperlekehkan tapi dia meniru kerana beliau sedar semua cadangan Pakatan adalah hasrat rakyat dan digunakannya untuk mendekati mereka," kata beliau lagi.-KeadilanDaily |
You are subscribed to email updates from A Mum Of Three Mohd To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan