Rabu, 6 Jun 2012

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Surat mohon maaf dari Penaja tarian K-Pop di Bertam Nite..

Posted: 06 Jun 2012 05:03 AM PDT


Berikut adalah surat permohonan maaf dari pihak penaja 'Tarian Tradisional' di Bertam Nite yang telah dianjurkan oleh Jentera Pilihanraya Pakatan Rakyat DUN Bertam pada 3 June 2012 yang telah mencetuskan kontroversi.

Dalam tajuk surat terdapat sedikit kesilapan iaitu yang dinyatakan 'anjuran Parti Pakatan Rakyat' sepatutnya hanya Pakatan Rakyat sahaja..

Surat ini telah ditandatangani oleh Pengurus Besar syarikat Public Pavillion Holdings Sdn. Bhd. Iaitu Tuan Kenny Zhu.

Difakskan kepada Pejabat Penerangan PKR Negeri dan ditujukan kepada Tuan Haji Johari Kassim pada 6 June 2012.

Menurut apa yang tertera dalam surat ini pihak Public Pavillion Holdings Sdn. Bhd. mengakui bahawa mereka adalah pihak yang menaja 'Tarian Tradisional' di Bertam Nite pada 3 June lalu.

Pihak mereka juga mengakui kesilapan dalam menentukan pakaian para penari dalam salah satu persembahan mereka dan ianya adalah disebabkan oleh kesilapan komunikasi (communication errors).

Ianya adalah tidak disengajakan dan oleh itu pihak mereka memohon ribuan kemaafan atas segala kesulitan yang telah timbul.


Penjelasan dari pihak penganjur sila baca di ( SINI )

Nik Aziz difitnah lagi!! kali ini pegang tangan perempuan pula...

Posted: 06 Jun 2012 02:42 AM PDT


Tak habis-habis sebar fitnah puak-puak pencacai UMNO.. tak takut mati ke? Apa korang ingat dengan memiliki kad keahlian UMNO tu boleh terlepas dari api neraka ke?

Kesal dengan sikap manusia dimuka bumi Allah ini tidak takut pada dosa dan pahala dan selalu ingkar akan arahan dan larangan Allah s.w.t. Dengan sewenangnya menabur kata-kata kesat , menfitnah dan menghina para ulama serta hukum Allah itu sendiri.

Kerana keuntungan sedikit didunia yang fana mereka sanggup menempahan dosa untuk diri sendiri. Aku bukalah nak membodek sangat pada Nik Aziz tapi kalau di lihat pada gambar sungguh menampakan kebodohan manusia itu sendiri.

Kalau di tanya 100% aku tak mempercayai gambar yang disebar oleh cybertropper Umno ini yang sengaja mereka cipta untuk kerja bodoh mereka.Jadi untuk mengesahkan gambar itu betul betul fitnah aku lampirkan gambar( 2 ) yang asli kemudian di potong gambar Haliry Clinton kemudian di paste gambar Tok Guru...,adakah anda percaya TGNA akan melakukan benda yang diharamkan oleh Allah?

Maka kita tidak hairan akan fitnah ini kerana fitnah sex, rasuah , menyalahgunaan kuasa dari pucuk sehingga ke bawah dalam parti Umno sudah sebati umpama aur dengan tebing. Busuk sampai keusus kata Mahathir..

Firman-Nya yang bermaksud: Dan fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhannya. (Surah al-Baqarah, ayat 191)

Rasulullah SAW bersabda bermaksud: Akan muncul suatu ketika di mana ilmu Islam dihapuskan, muncul pelbagai fitnah, berleluasa sifat kedekut dan banyak berlaku jenayah. (Hadis riwayat Muslim)

Firman Allah bermaksud:Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan.รข€ (Surah al-Hujurat, ayat 6)

Gambar sebenar sila lihat di ( SINI )

Khaled Nordin 'gembira' siswa tak dapat pinjaman?.. tengok Twitter dia ni..

Posted: 06 Jun 2012 12:41 AM PDT

Pengarah strategi PKR Rafizi Ramli berkata menteri pengajian tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin perlu meletak jawatan sekiranya terbukti benar bahawa menteri tersebut mengarahkan supaya Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional menghentikan pinjaman kepada siswa Universiti Selangor.

Katanya, beliau mengesyaki demikian kerana Khaled menurutnnya "sangat gembira apabila pelajar kita tidak dapat wang (pinjaman PTPTN).

"Di sini kita ada seorang menteri, bila ada keputusan diambil untuk hentikan pinjaman senyap-senyap kepada seribu pelajar, (bukannya) menunjukkan keprihatinan kepada kebajikan pelajar (tetapi) meraikan dan bermegah-megah mengenai.

"Ini jelas satu perbuatan dendam," katanya lagi mengulas kenyataan Khaled di Twitter semalam.

Katanya lagi, Khaled selaku menteri pengajian tinggi seharusnya bersikap matang dan "paling intelek" dan bukannya "sikap kebudak-budakan untuk berdendam dan hukum pelajar."

"(Khaled) patut matang dan bukan salah guna kuasa untuk arahkan PTPTN terjerumus dalam politik murahan Umno," katanya lagi.

Khaled dalam tulisannya itu berkata Unisel sepatutnya membatalkan yuran untuk memenuhi kempen untuk memberikan pendidikan percuma.

Khaled menulis demikian malam tadi susulan laporan Malaysiakini bahawa PTPN membekukan pinjaman untuk siswa baru Unisel.


Malaysiakini

Bukti TNB naikkan tarif elektrik dalam diam...

Posted: 05 Jun 2012 10:04 PM PDT


KUALA ROMPIN - Rata-rata pengguna di sekitar Bandar Kuala Rompin, di sini, merungut berikutan kenaikan kadar tarif elektrik sambil menyifatkan kadar itu terlalu membebankan pengguna.

Peniaga dan penduduk mendakwa, kenaikan tarif elektrik itu ­dianggap sebagai tidak munasabah kerana terpaksa membayar sekurang-kurangnya sekali ganda berbanding sebelum ini.

Keadaan itu merunsingkan pengguna terutama bagi golongan ­berpendapatan rendah yang ­terpaksa ­mengimbangi kenaikan kos sara ­hidup dan bahan mentah lain.

Pengguna mendesak agar Tenaga Nasional Berhad (TNB) Cawangan Rompin menyemak semula tarif ­elektrik di daerah itu kerana ia menimbulkan rasa tidak puas hati ­dengan ­kenaikan mendadak berkenaan.

Penyata bil mengelirukan

Kasmah menunjukkan berlaku peningkatan bil elektrik mendadak bil pada April

lalu berbanding Mac.
Seorang suri rumah, Balkish Mohd Isa, 42, berkata, dia ­kecewa kerana terpaksa membayar bil ­elektrik tertunggak selama dua ­bulan ­kemungkinan dipercayai akibat dari-pada kesilapan teknikal TNB.

Menurutnya, pada pertengahan April lalu, dia menerima bil elektrik yang dihantar melalui pos dengan tertera jumlah semasa adalah RM0.

Namun, katanya, pada Mei lalu, dia terkejut apabila bil elektrik yang diterimanya tiba-tiba naik sekali ­ganda iaitu sebanyak RM94.45 hingga ­mengundang keraguannya terhadap pemeriksaan meter yang dijalankan pihak terbabit.

"Sangkaan saya mungkin bulan ini kami boleh berjimat kerana ­bulan lepas kami tidak ada tunggakan bil elektrik, namun sangkaan itu ­meleset apabila kami terpaksa membayar sekali ganda daripada kebiasaannya," ­katanya kepada Sinar Harian.

Balkish berkata, sebagai peng­guna, timbul keraguan apabila mendapati bil yang diterima itu tidak menunjukkan tarikh sebenar bilakah bil ia dikeluarkan.

"Perkara ini seharusnya tidak terjadi kerana membebankan ­pengguna memandangkan terdapat kekeliruan pada penyata bil yang diberikan," katanya.

Peniaga Kedai Makan, Tan Jit Fong, 46, berkata, dia terkejut apabila bil elektriknya pada Mei naik ­sebanyak RM225.88.

Jit Fong berkata, penggunaan elektrik di kedainya itu adalah sama seperti sebelum ini, namun kesal apabila terpaksa membayar caj lebih mahal.

Katanya, dia turut diberi notis pemotongan bekalan elektrik daripada TNB sekiranya gagal menjelaskan bayaran tertunggak tersebut.

"Biasanya jumlah bil elektrik yang perlu dijelaskan tidaklah sebanyak ini, namun saya hairan kerana jumlah tersebut berlipat kali ganda hingga membebankan kami untuk membayarnya," katanya.

TNB disaran tingkat mutu perkhidmatan pelanggan

Pengusaha Kedai Dobi, Zanariah Buyong, 39, berkata, pada bulan lalu bil elektriknya naik kepada RM68.78 berbanding hanya RM40 pada April lalu.

Menurutnya, terdapat per­bezaan hampir RM30 yang terpaksa di­bayarnya pada bulan lalu sekali gus menyebabkan perniagaannya ­sedikit terjejas.

Katanya, peniaga kedai dobi ­bukan sahaja terpaksa bersaing ­dengan peniaga kedai mencuci pakaian lain, malah kini, mereka pula dihimpit kebimbangan dengan kenaikan tarif elektrik yang mendadak.

"Masalah bekalan elektrik yang sering terganggu dan kelewatan memperbaiki kerosakan antara sebab kenaikan itu perlu dikaji semula selain perlu penambahbaikan dari segi perkhidmatan pelanggan," katanya.

Peniaga gerai makan, Kasmah Surat pula berkata, pada bulan ini, bil elektrik yang diterimanya hampir dua kali ganda apabila terpaksa memba­yar RM377 pada April lalu berbanding hanya RM188 bulan sebelumnya.

Menurutnya, jumlah bil yang terpaksa dibayarnya itu membebankan kerana jumlah bil elektrik biasanya ­tidak melebihi RM200 setiap bulan.

"Bagi peniaga seperti saya, ­jumlah itu terlalu tinggi dan membebankan kerana terpaksa ambil kira kos ­sampingan lain yang terpaksa di­bayar termasuk upah pekerja dan modal ­pusingan perniagaan," katanya.

Pas serah memorandum bantahan kepada TNB

Sementara itu, Pas Kawasan Rompin menyerahkan satu memorandum bantahan kenaikan tarif elektrik kepada TNB dan menuntut agar ia dikaji secara menyeluruh sebelum kenaikan dibuat pihak terbabit.

Timbalan Pengarah Pilihan Raya Pas Dewan Undangan Negeri (Dun) Tioman, Mohd Fadzli Mohd Ramly berkata, memorandum itu diserahkan memandangkan ramai pengguna di Rompin merungut berhubung hal itu.

Menurutnya, Pas melihat kenaikan sehingga 200 peratus atau tiga kali ganda yang dihadapi sesetengah pengguna terlalu membebankan rakyat dan ia tidak seharusnya berlaku dalam keadaan taraf hidup yang semakin meningkat.

"Penyerahan memorandum ini dibuat adalah kerana kami mahu TNB mengkaji secara menyeluruh sebab kenaikan bil yang naik mendadak selain mengenal pasti apakah tindakan yang perlu diambil bagi memastikan bil yang tinggi itu mampu dibayar golongan berpendapatan rendah," katanya.

Selain itu, beliau juga merayu agar TNB tidak membuat tindakan penguatkuasaan seperti pemotongan bekalan elektrik sekiranya pengguna tidak berupaya membayar bil yang tinggi.

"Kita minta budi bicara TNB supaya pengguna yang terbeban dengan kenaikan ini dapat membayar sebahagian daripada jumlah bil tersebut bagi memastikan mereka terus boleh menikmati bekalan elektrik berterusan," katanya.

TNB nafi berlaku kenaikan tarif elektrik

Sementara itu Jurucakap TNB Pahang menafikan ­berlakunya ­kenaikan tarif elektrik hingga ­menyebabkan pengguna terbeban dengan situasi tersebut.

Katanya, terdapat beberapa ­kemungkinan menyebabkan bil yang diterima pengguna itu tinggi termasuk pembacaan meter anggaran yang dibuat TNB melalui Kedai Tenaga berhampiran.

Bagaimanapun, katanya, pem­bacaan anggaran itu akan diselaraskan semula pada bulan berikutnya bagi menentukan jumlah sebenar yang ­sepatutnya dibayar pelanggan.

"Sekarang ini kita akan baca meter dua bulan sekali termasuk satu bulan yang dibaca berdasarkan anggaran daripada Pusat Khidmat Pelanggan TNB Rompin yang kemudiannya bil itu akan dihantar dari rumah ke rumah melalui pos," katanya.

Katanya, pengguna tidak perlu khuatir dengan keadaan itu sebaliknya mereka boleh merujuk hal itu di Pusat Khidmat Pelanggan TNB Rompin yang berhampiran bagi mengutarakan masalah yang dihadapi.


Sinar Harian

Jika kerana K-Pop di Bertam Nite PKR dikatakan teruk.. bagaimana pula dengan video ini?

Posted: 05 Jun 2012 08:52 PM PDT


Meskipun aku sudah mendapatkan penjelasan dari tiga individu yang telah terlibat secara langsung dalam makan malam bagi mengumpul dana Jentera Pilihanraya Pakatan Rakyat tentang isu tarian K-Pop di Bertam Nite itu, ada juga pihak yang mendakwa menyokong Pakatan Rakyat tidak boleh menerima penjelasan mereka itu.

Malah kebanyakkannya meletakkan kesalahan tersebut diatas bahu Jentera Pilihanraya PKR Bertam biarpun program itu telah dilaksanakan secara bersama dengan wakil-wakil dari komponen Pakatan Rakyat.

Kebanyakkan mereka seperti bersetuju dengan akta yang baru dipinda SKMM yang telah dikuatkuasakan pada 1 June lalu.

Dimana antara yang terdapat dalam  Akta Keterangan (Pindaan) 2012 ialah sekiranya seseorang memulakan halaman Facebook, Twitter, blog mahupun sebarang perkara menggunakan nama dan gambar anda dan menerbitkan kandungan yang bertentangan dengan undang-undang serta memfitnah seseorang melaluinya, maka anda akan didapati bersalah, dan perlu membuktikan sebaliknya.

Tanpa sabar menantikan sidang Media penjelasan dari pihak yang terbabit mereka terus menghukum pihak penganjur Majlis.

Jika video tarian K-Pop di Bertam Nite itu ( lihat di SINI )dikatakan cukup baik untuk dijadikan senjata oleh pihak UMNO/BN dalam menyerang Pakatan Rakyat, aku rasa ianya kurang tepat...

Kerana dalam hal tarian K-Pop di Bertam Nite hanya penari-penari itu yang terkijna-kinja di atas pentas dan tidak ada seorangpun pemimpin dari PKR ataupun PAS dan DAP turut sama terkinja-kinja di atas pentas itu.

Lagipun tarian K-Pop di Bertam Nite itu telah diadakan tanpa sebarang persetujuan dari Pihak Penganjur, tambahan pula pihak penganjur telah meminta maaf akan insiden itu..

Cuba bandingkan antara video K-Pop di Bertam Nite itu ( SINI ) dan video Program 'Saya Sayang Barisan Nasional' anjuran Pusat Khidmat Masyarakat DUN Behrang di Pangkor Village Resort pada 30/5/2012-31/5/2012 di bawah ini..

Yang mana lebih teruk? dalam video ini terpapar jelas beberapa pemimpin UMNO menari dengan seorang lelaki yang berpakaian perempuan.. 




Part 3 dan Part 4 sila lihat di SINI

Kini Ceramah Hassan Ali lebih banyak kerusi dari orang... (Gambar)

Posted: 05 Jun 2012 06:00 PM PDT

 

Jelas sekali....ceramah Hasan Ali dengan JATI Tiga Jalurnya di Negeri Selangor Darul Ehsan semakin hari semakin tidak mendapat sambutan.

Terbaru ceramah beliau di Padang Awam Selayang Indah ( Belakang NSK ) berhampiran dengan Pasar Borong Lama, Selayang. jam 8.30 malam hari Selasa 5hb Jun 2012.

 

Lebih banyak kerusi kosong dari yang diduduki manusia.

Rakyat sudah mula sedar....Hasan Ali jenis cakap tak serupa bikin.. janji tak pernah ditunaikan..

Apabila janji nak dedahkan video murtad tidak dilunaskan dengan memberi pelbagai alasan, maka rakyat sudah lihat tembelang busuk siapa beliau sebenarnya...

Pada awal Roadshownya memang ada sedikit sambutan.. itu tidak dapat dinafikan...sambutan pun sekadar ingin tahu...

Janji diawal semasa mengumumkan roadshownya...dia akan kata sekadar nak selamatkan "aqidah" umat Islam...tetapi sebenarnya, lebih kepada membelasah Pakatan Rakyat dengan menghasut rakyat supaya jangan beri satu undi pun kepada PR pada PRU 13 nanti.

Maka bertepatanlah , bila para pemimpin tertinggi PAS membuat keputusan supaya tidak melayan kerenah dan gelagat Hasan Ali... kisahnya akan mati secara beransur-ansur..Kini sudah terbukti lihatlah!!




 

Tiada ulasan: