MIMPI SENJA |
- Hang jangan nak bohong la Zamil - Khalid Samad
- MP Gopeng dihalau Midah ... ni la perangai puak2 haramjadah
- Disangka pistol mainan, kanak-kanak 7 tahun maut tembak kepala sendiri
- Terima Kasih Nizar Jamaluddin
- Timbalan Ketua Polis Kuala Krai maut dalam kemalangan
- PRU 13 - Selepas Aidilfitri?
- Yang hang kalot sangat pasai rm3 billion tu pasai apa, yang puak2 hampa kemut berbillion2 tu awat hang tak pi report?
Hang jangan nak bohong la Zamil - Khalid Samad Posted: 16 Jun 2012 10:02 PM PDT KUALA LUMPUR, 16 Jun — Khalid Samad hari ini mempertahankan pendirian beliau bahawa bekas Ketua Pemuda PKR Kedah, Zamil Ibrahim merupakan agen Umno-Barisan Nasional (BN) yang terlibat dalam "pembelian" ahli Parlimen PKR untuk melompat parti. Khalid yang juga merupakan Ahli Parlimen Shah Alam menegaskan, kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan Zamil jelas menunjukkan bahawa pemimpin Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) Kedah itu "tidak masuk akal" dan membuktikan beliau adalah agen Umno-BN. "Kalau dia (Zamil) bukan agen, kenapa dia beritahu ada wakil rakyat PKR datang jumpa dia? Apa kuasa yang dia ada. "Mana dia dapat duit nak tawarkan kepada wakil rakyat PKR kalau dia bukan agen Umno-BN. Daripada perbincangan dalam video jumlahnya RM2 juta, itu bukan jumlah yang kecil," tegas Khalid (gambar) kepada The Malaysian Insider. Zamil dalam sidang media di Kedah baru-baru ini berkata,"ramai wakil rakyat PKR menemui saya dan lebih 30 daripada mereka menyatakan tidak puas hati dengan sikap Anwar dan isterinya (Datin Seri Dr) Wan Azizah serta Azmin Ali dan isterinya Shamsidar Taharin." Bagaimanapun, Zamil tidak menolak jika lelaki dalam video itu adalah dirinya. "Jika benar sekali pun gambar dalam klip video itu adalah saya, tidak salah. Saya akan rasa puas dan seronok dapat memberi sumbangan kepada negara dengan membawa mereka keluar daripada parti yang tidak layak mentadbir negara." Khalid, yang merupakan Timbalan Pesuruhjaya II PAS Selangor turut menegaskan, beliau tetap akan mempertahankan dakwaannya Zamil merupakan agen kepada Umno-BN dalam cubaan membeli wakil rakyat PKR. "Daripada kenyataannya itu jelas Zamil telah mendedahkan modus operandi yang digunakannya. "Saya akan dedah lebih banyak bukti rakaman video. Ada seorang lagi wakil yang akan didedahkan, dan itu lebih jelas, kemudian kita akan lihat mereka bertelagah," katanya. Khalid turut menafikan kenyataan Zamil yang mendakwa mereka pernah berjumpa di sebuah restoran Cina di Kajang dua tahun lepas semasa keanggotaannya dalam PAS digantung. "Saya sendiri tidak kenal siapa Zamil. Kalau betul pun apa yang diperkatakannya, kenapa saya perlu berjumpa dengannya?" soal Khalid. "Dia perlu konsisten. Kalau dia bukan agen, kenapa wakil rakyat PKR nak jumpa beliau," tambahnya. Zamil sebelum ini turut memberi peringatan kepada Khalid bahawa beliau turut mempunyai simpanan rakaman tingkah laku wakil rakyat PKR. "Saya nak ingatkan Khalid, banyak rakaman tingkah laku membabitkan ahli Parlimen dan Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Pakatan Rakyat disimpan rakan-rakan saya. "Bila-bila pun boleh didedahkan, biar rakyat lihat dan nilai betapa buruknya kepimpinan pakatan pembangkang terutama PKR," katanya. Khalid, pada Khamis lalu telah membuat pendedahan rakaman video berdurasi lima minit rundingan bagi membeli wakil rakyat pembangkang di lobi Parlimen. Beliau turut menayangkan rakaman video menunjukkan lima orang termasuk seorang agen yang dakwanya menyerupai Zamil sedang berbincang dengan pemimpin pembangkang. Zamil bagaimanapun menegaskan, jika benar klip video yang ditayangkan Khalid itu mengenai perbincangan membeli Anggota Parlimen pembangkang, ia tidak akan dilakukan direstoran dan dihadiri pemandu. Khalid bagaimanapun turut menegaskan, beliau juga tidak akan menarik balik dakwaannya berhubung perkara itu, sebaliknya akan terus mempertahankannya dengan mendedahkan lebih banyak video. "Buat apa nak tarik-tarik. Kenyataan dia pun tak munasabah." -TMI |
MP Gopeng dihalau Midah ... ni la perangai puak2 haramjadah Posted: 16 Jun 2012 08:48 AM PDT Radzi terkejut Datuk Hamidah halau Ahli Parlimen Gopeng Pengkalan Pegoh- 16 Jun 2012 Program Ramah Mesra dan Dialog YB Datuk Hamidah ADUN Sungai Rapat bersama penduduk Taman Pegoh Aman cukup mengecewakan dan memalukan UMNO selaku parti memain peranan bessar dalam isu Sekolah Agama Rakyat Taman Pegoh Aman. Peristiwa Datuk Hamidah menghalau Ahli Parlimen Gopeng Dr Lee Boon Chye dan Radzi Zainon (Penyelia Pusat Khidmat PAS DUN Sg Rapat) dari majlis Ramah Mesra berkenaan menampilkan jelas sikap angkuh dan sombong beliau terhadap rakyat, lawan dan kawan. Datuk Hamidah yang sepatutnya hadir pada pukul 3 petang hanya muncul pada pukul 4.10 petang selepas terkedu dengan kehadiran Radzi zainon pencabar rapatnya serta YB Dr Lee selaku Ahli Parlimen Gopeng yang hadir untuk berdialog dan memberi pandangan secara muhibbah. "Dia halau Ahli parlimen yang kami pilih, ini bermakna dia (Datuk hamidah) juga menghalau kami penduduk taman Pegoh Aman yang berbangsa Cina dan India kerana kami yang pilih Dr. Lee", demikian luahan beberapa wanita berbangsa Cina yang turut hadir. Menurut saudara Anuar Ibrahim Ketua cawangan PAS Pengkalan Pegoh, majlis itu bukan majlis penyokong UMNO tetapi majlis ADUN bersama rakyat menjelaskan isu bangunan misteri yang dikatakan untuk Sekolah Agama Rakyat yang dipertikaikan kerana menggunakan tanah padang rakyattanpa sebarang perundingan. Malah menurut Anuar, program itu dihebahkan melalui masjid-masjid ternyata ia majlis umum dan layak dihadiri oleh radzi mahpun YB Dr Lee sendiri. " Saya tidak faham mengapa beliau mengahalau kami sedangkan kehadiran kami bersama penduduk berbangsa Cina dan India serta penyokong pakatan rakyat adalah untuk berdialog. Kenapa beliau katakan ini bukan majlis dialog dan tertutup untuk penyokong beliau sahaja. Mengapa saya katakan begini, kerana wanita yang hadir dalam khemah majoritinya bukan penduduk taman pegoh Aman yang bermasalah dengan bangunan misteri itu, sebaliknya mereka diangkut dari taman Desa Aman, Taman Pengkalan Pegoh dan Lahat Baru. Ini jelas menampilna beliau hanya ingin bercakap dengan penyokong UMNO tetapi diletakkan nama ramah mesra bersama rakyat", jelas Radzi zainon panjang lebar kepada Media Sungai Rapat. Rata-rata pengundi Taman Pegoh Aman tidak bersetuju dengan tindakan Datuk Hamidah membina bangunan di padang yang digazetkan untuk kegunaan penduduk taman itu malah mereka membayarnya sebanyak RM 1000 seorang semasa membeli rumah di taman berkenaan. Selepas sahaja penyokong pakatan rakyat dan penbduduk berbangsa Cina dan India beredar dari khemah majlis yang diadakan di bangunan dewan Orang Ramai Pegoh Aman, Datuk Hamidah mula berceramah menghentam rakyat berbangsa Cina yang dikatakan cuba menentang hasrat umat Islam membina sekolah agama. Lebih memalukan, Haji Nawawi Ketua Cawangan UMNO Desa Aman telah mengeluarkan kata-kata kesat terhadap seorang belia Cina dengan ungkapan 'lancau lu punya padang'. Adakah ini sikap sebenar seorang pemimpin melayu Islam? Terdahulu Pakatan rakyat Gopeng telah membuat sidang media pada 6 Jun 2012 berhubung sikap Datuk Hamidah yang menyelar rakyat Pegoh Aman yang dikatakan cuba menentang sekolah agama rakyat. Walaupun penduduk telah memberi memorandum pada 4 Mei yang lalu untuk berdialog secara muhibbah dengan ADUN berkenaan, beliau bukan sahaja tidak melayani permintaan itu malah menyelar serta menemplak rakyat dalam 2 kenyataan Sinar Harian pada 31 Mei dan 2 Jun 2012. Kini beliau hadir atas nama dialog bersama penduduk tetapi menghalau penduduk taman yang sebenarnya, kemudian hanya berucap di hadapan penyokong UMNO sahaja. Rakyat Taman Pegoh Aman berkata mereka akan menggandakan booklet khas yang disediakan oleh Sekreteriat Pakatan Rakyat Gopeng untuk menangkis isu fitnah terhadap penduduk Cina Taman Pegoh Aman dan akan memastikan rakyat sekitar taman berkenaan menolak calon UMNO di DUN Sungai Rapat. Muhammad Nuruddin Bashah Media Sungai Rapat |
Disangka pistol mainan, kanak-kanak 7 tahun maut tembak kepala sendiri Posted: 16 Jun 2012 07:34 AM PDT KOTA BAHARU, 16 Jun – Kerana menyangkakan ia pistol mainan, seorang kanak-kanak tujuh tahun mati akibat tertembak di dahinya, manakala datuk saudaranya cedera parah dalam kejadian di rumah neneknya, di pekan Ketereh, di sini, malam tadi. Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata dalam kejadian kira-kira pukul 9 malam itu, mangsa, Muhammad Faris Faizal Noor Hissham yang baru sahaja menyambut hari lahirnya dikatakan bermain pistol milik datuk saudaranya yang merupakan seorang anggota polis di sebuah negeri lain selepas selesai majlis kenduri ibu saudaranya di sini. "Kerana menyangkakan pistol itu barang mainan, kanak-kanak itu dipercayai tertembak dengan peluru pistol itu menembusi dahinya sebelum mengenai dada bapa saudaranya, Helmi Ghazali, 32. "Murid tahun satu Sekolah Kebangsaan Pohon Tanjung, Pasir Mas itu disahkan meninggal dunia ketika dibawa ke Klinik Kesihatan Ketereh, manakala Helmi, yang juga seorang kerani sekolah dilaporkan stabil dan dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), di sini," katanya dalam sidang akhbar di sini, hari ini. Jalaluddin berkata sewaktu kejadian, anggota polis itu sedang menunaikan solat Isyak dan senjata api berkenaan disorokkan dalam laci sebuah meja namun ditemui mangsa yang menyangkakan ia adalah pistol mainan. "Laporan bedah siasat mengesahkan punca kematian kerana tertembak dan polis menyiasat kes itu mengikut Seksyen 304(A) Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kematian dan laporan sebagai mati mengejut," katanya. Beliau yang menyifatkan insiden itu sebagai kes terpencil berkata anggota polis itu akan disiasat dan tindakan susulan akan diambil. Jenazah Muhammad Faris, anak sulung daripada dua beradik itu dikebumikan di Tanah Perkuburan Ketereh, petang ini selepas selesai bedah siasat itu dilakukan. Menurut ibu Muhammad Faris, Fadhilah Rifa'in, 27, dia menetap di Pasir Mas dan datang ke Ketereh untuk majlis perkahwinan adiknya. Katanya, pada masa sama dia sempat menyambut hari lahir anaknya itu secara kecil-kecilan dan sebelum kejadian beliau berada di luar rumah untuk mengemas meja dan kerusi sementara menunggu pembekal khemah datang mengambil barangan yang disewa selepas selesai majlis perkahwinan itu. "Tiba-tiba saya terdengar bunyi dentuman kuat dan saya tidak tahu apa yang berlaku. Sebaik saya masuk ke dalam rumah, saya lihat anak saya terkulai di atas lantai. "Suasana menjadi kelam-kabut apabila seorang lagi ahli keluarga saya meraung kesakitan akibat luka di dada," katanya dan menambah anaknya itu dibawa ke klinik Kesihatan Ketereh sebelum disahkan meninggal dunia. Sementara itu, nenek Muhammad Faris, Norizan Abd Wahab, 46, berkata,selepas terdengar bunyi dentuman kuat di luar rumah, dia masuk ke dalam rumah dan melihat Helmi meraung kesakitan, manakala cucunya dalam keadaan kaku. "Ketika itu, ramai ahli keluarga yang melihat keadaan menantu saya (Helmi) kerana cucu saya diam saja. "Saya segera melihat cucu saya dan mengangkatnya ke dalam lori pembekal khemah yang baru tiba untuk dibawa ke Klinik Kesihatan Ketereh sebelum disahkan meninggal dunia," katanya. Sementara itu, ibu saudara Muhammad Faris, Nor Ain Farhana Yasin, 15, yang berada di dalam rumah berkata, kejadian berlaku begitu pantas dan dia hanya mendengar bunyi satu das tembakan dilepaskan. – Bernama |
Posted: 16 Jun 2012 02:35 AM PDT Share Rupanya beginilah wajah sebenar orang umno, apa saja isu yang boleh mereka lakukan untuk menagih simpati rakyat, akan mereka putar dan belit sehingga jadi isu besar, terbaru isu panas di selatan tanah air, isu tentang nombor plat kereta. "tukanglawan" malas nak ulas isu itu, suka hati la jika ada duit banyak, nak buat apa, al-maklumlah, duit bukan boleh bawak sampai dalam kubur, jadi atas dunia inilah agaknya duit itu perlu dihabiskan. Seperti kata Mohd Sayuti Omar dalam portal Harakah Daily, isunya timbul bila Nizar dikatakan menulis dalam twitternya yang plat itu dibida dengan menggunakan wang rakyat. Pihak sultan menjelaskan ia dibida dengan wang sendiri. Nizar minta maaf atas salah tulis dan salah tafsirkan itu. Ia kecil saja. Isu seperti ini tidak menjadi isu pun bagi politik Barat. Tetapi kerana ada penyamun yang hendak menyamun isu menerusi isu itu ia diperpanjangkan, tambahan lagi memang Puak umno mahu jadikan nizar ini mangsa seolah-olah dia itu memang seorang penderhaka. Biarlah penderhaka dimata puak umno, asalkan dia seorang wira dalam hati rakyat. Kalau benar Nizar itu seorang penderhaka, bagaimana dengan ribuan malah puluh ribu lagi yang mengeluh tentang isu plat itu, seperti yang pernah "tukanglawan tulis dulu, gara-gara JPJ mahu untung besar, rakyat dan sultan sendiri dijadikan mangsa. seeloknya nombor plat itu tidak dijajakan, simpan saja supaya tidak jadi rebutan, tidak jadi taruhan. Tak apalah, nanti kalau "tukanglawan" ulas panjang isu itu, "tukanglawan" pun akan dianggap penderhaka. Orang melayu islam ini lebih sensetif sebenarnya bila sultan mereka ditegur, sedikit saja teguran sama seperti menderhaka, sedangkan bila para ulama di hina terang-terangan, di tohmah di fitnah dan ada kalanya di ancam, mereka sedikit pun tidak rasa apa, bagi mereka itu biasa. sedikit tidak terkesan rasa sedih atau apa pun dalam jiwa mereka saat pewaris nabi dicerca. Orang melayu yang itulah bila kes nombor plat ini berhimpun beramai-ramai, bawa sepanduk dan bersatu kononnya, tapi dalam banyak kes lain kemana mereka ini, semasa isu Pulau Batu Putih, isu penjulan pasir ke Singapura, isu Jambatan Bengkok mereka tidak pun bangkit pegang lembing dan kayu untuk mempertahankan sultan mereka, mempertahan negeri dan kedaulatan negara mereka.. itulah sikap sebenar puak melayu itu, satu wajah punya dua rupa. Dan setiap perkara ada hikmahnya, kita patut berterima kasih pada Nizar sebenarnya, kerana dialah topeng muka melayu yang itu nampak jelas, apa saja perlu dilakukan untuk mendaulatkan sultan, tapi jika ia berkaitan dengan kedaulatan tanah air, tak kisah lah jika mereka menjadi lembik pun, perkara itu jelas terlihat bukan, seperti yang terbaru berkaitan isu pengerang, mereka diam padahal itu berkaitan dengan keselamatan mereka sendiri. Selepas ini kita lihat sama ada melayu itu akan bangkit bangun bila kedaulatan tanahair dan "daulat" hidup mereka dilanggar oleh kapitalis umno sendiri?, atau apa yang mereka lakukan dalam kes nombor plat ini hanya sandiwara sahaja?. Dalam kes ini, Nizar yang pedulikan rakyat itu tertikam diri sendiri kerana kejujurannya. dalam negara malaysia ini, mana mungkin kejujuran dan kebaikan itu dapat melawan segala jentera umno yang jahat itu. Masih sekali lagi melayu umno itu bermain dengan sentimen Raja mereka bilaman Sentimen Kaum sudah tidak lagi laku, dan bila sentimen agama sudah terlalu sukar mereka mainkan, kali ini mereka agak berjaya dengan permainan raja dan penderhaka mereka sehingga umno itu terlupa, mereka dulu lah penderhaka sebenarnya. Tak apalah, namun apakah kita masih ingat lagi cerita ini? Satu ketika dulu ketika nabi dan pengikutnya kelaparan, mereka mengikat batu di perut bagi menahan lapar, pengikut nabi mengikat 1 ketul batu, namun nabi mengikat 2 ketul batu kerana terlalu kasih pada umatnya dan tidak mahu umatnya kelaparan... Wallhualam... tukanglawan |
Timbalan Ketua Polis Kuala Krai maut dalam kemalangan Posted: 16 Jun 2012 02:24 AM PDT MACHANG: Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Krai Deputi Supritendan Abdul Wahab Yaacob dan dua lagi terbunuh dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta dan kenderaan pacuan empat roda di Km35, Jalan Kota Baharu-Kuala Krai di sini awal pagi Jumaat. Abdul Wahab, 56, dan Sarjan Abd Kadir Kumin, 48, yang dalam perjalanan dari Kota Baharu ke Kuala Krai, maut di tempat kejadian apabila kereta yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah pacuan empat roda dari arah bertentangan. Kejadian kira-kira 1 pagi itu turut mengorbankan Membunga Mamat, 60, dari Rancangan Kemajuan Tanah Paloh 1, Gua Musang, manakala pemandu kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki Membunga, Mohd Saari Asmawi, 36, dilaporkan dalam keadaan kritikal di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII), Kota Baharu. Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata jenazah Abdul Wahab akan dihantar ke Kuala Lumpur untuk dikebumikan di Segambut pada Jumaat. Allahyarham meninggalkan isteri dan empat anak. "Jenazah Abd Kadir pula akan dihantar ke Ulu Cheka, Jerantut sebelum dikebumikan di kampung halamannya itu," katanya melalui sistem pesanan ringkas (SMS) kepada Bernama. Allahyarham Abd Kadir meninggalkan isteri dan enam anak. Lebih 30 anggota keluarga ketiga-tiga mangsa tidak dapat menahan kesedihan ketika ditemui di Hospital Machang semasa menunggu bedah siasat selesai. Anak sulung Abd Kadir, Farid Ikhwan, 21, berkata beliau menerima panggilan kira-kira 2.30 pagi daripada seorang saudaranya mengenai kemalangan yang menimpa ayahnya yang baru sebulan bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Krai. Sejurus menerima panggilan mengenai nahas yang menimpa bapanya, beliau yang tinggal di Kubang Kerian bergegas ke tempat kejadian. "Kali terakhir saya bertemu dengan ayah ialah dua minggu lalu ketika ayah pulang bercuti," katanya. -BERNAMA |
Posted: 16 Jun 2012 12:44 AM PDT Proses antara hari Parlimen dibubar-mengundi SHAH ALAM - Spekulasi tarikh Pilihan Raya Umum ke -13 (PRU13) berterusan! Sementara bulan Ramadan akan bermula dalam lima minggu manakala Bajet 2013 pula akan dibentangkan akhir September ini, spekulasi sebelum ini bahawa PRU kemungkinan besar dipanggil awal bulan depan dilihat 'terpaksa' dilupakan banyak pihak. Ahli-ahli politik, pemerhati dan anggota panel Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mempunyai pertimbangan dan perkiraan sendiri mengapa tarikh PRU13 sebelum Ramadan hanya tinggal ramalan. Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar berkata, mengambil kira perkembangan sejak kebelakangan ke arah persiapan mengadakan pilihan raya, pihaknya memerlukan masa dalam lingkungan sebulan untuk menuju hari pengundian. Sehubungan itu, beliau mengakui bahawa jika hari pengundian PRU13 mahu diadakan sebelum bermulanya Ramadan, Parlimen sewajarnya dibubarkan dalam beberapa hari. "Nampak gaya begitulah (tidak mungkin pilihan raya sebelum Ramadan)," kata beliau ketika ditanya sama ada SPR mempunyai masa yang selesa untuk memanggil pilihan raya jika Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (Dun) tidak dibubarkan awal minggu depan. Sebelum ini, beliau pernah memberitahu Sinar Harian Online bahawa SPR akan selesai 99.9 peratus persiapan mengadakan pilihan raya pada akhir bulan ini. Taklimat pusingan kedua kepada pengurus pilihan raya akan selesai awal minggu akhir bulan ini. "Kita tidak tahu bila Parlimen akan dibubarkan, tetapi apabila Parlimen dibubarkan, kami memerlukan masa untuk menyelesaikan siri proses ke arah pengundian," katanya. Kerja-kerja itu termasuklah mengemaskinikan daftar pemilih, yang akan dihantar ke seluruh negara; menyediakan writ dan notis pilihan raya, memanggil mesyuarat khas yang akan menetapkan tarikh penamaan calon, menyediakan kertas undi termasuk bagi pengundian pos dan awal serta normal, dan menentukan hari mengundi. Apabila Perdana Menteri mengumumkan pembubaran Parlimen, menjadi tanggungjawab SPR dalam menetapkan tarikh-tarikh berkaitan dengan pilihan raya iaitu tarikh keluar writ dan notis, hari penamaan calon, tempoh berkempen dan hari pengundian. SPR diperuntukkan 60 hari untuk memanggil pilihan raya jika Parlimen dan Dun dibubarkan. Wan Ahmad berkata, proses-proses itu memerlukan masa antara tiga hingga empat minggu. Bulan Ramadan akan bermula pada 20 atau 21 Julai iaitu Jumaat atau Sabtu. Jika mengikut tradisi hari pengundian PRU ditetapkan Sabtu atau Ahad, pengundian PRU13 perlu dilangsungkan pada 14 atau 15 Julai supaya pengundi beragama Islam membuat persiapan menyambut Ramadan pada minggu berikutnya. Jika mengambil kira kemungkinan itu, bagi membolehkan SPR mengadakan hari pengundian pada 14 atau 15 Julai, Parlimen perlu dibubarkan Isnin atau Selasa ini. Parlimen juga sedang bersidang sekarang. "Apa pun, sama ada hendak bubar Parlimen atau tidak, itu adalah hak Perdana Menteri. Jika dibubarkan, kami akan mengadakan pilihan raya dalam tempoh 60 hari bermula daripada tarikh kekosongan (Parlimen)," kata Wan Ahmad lagi. Mengambil kira keadaan itu, Pengarah Eksekutif Merdeka Center, Ibrahim Suffian juga mengakui bahawa spekulasi bahawa PRU13 akan berlangsung awal bulan depan akan meleset sekali lagi. "Setakat ini pun saya tidak nampak apa-apa 'keghairahan akan ada PRU dalam beberapa minggu ini. Nampak gaya, kita kena menunggu sehingga selepas Aidilfitri," katanya lagi. Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, pembubaran Parlimen "adalah keputusan politik" yang hanya akan diputuskan oleh Perdana Menteri dengan mengambil kira pelbagai faktor yang beliau rasakan sesuai. "Sebagaimana saya telah katakan sebelum ini, ia keputusan politik. Parlimen boleh dibubarkan bila-bila masa, sekarang, bulan depan ataupun sebagainya. Tiada halangan kepada Perdana Menteri dalam undang-undang," katanya lagi. "Pastinya beliau akan mengambil kira sama ada kesemua agenda dan program sudah dilaksanakan ataupun belum. Jika beliau merasakan sesuai, beliau boleh membubarkan," kata Ahli Parlimen ini. Sehubungan itu katanya, mengambil kira perkembangan dalam masa lima minggu akan datang, "satu-satunya halangan yang ada hanyalah bulan Ramadan." "Masyarakat Islam, orang Melayu tidak mahu pilihan raya diadakan pada bulan Ramadan. Sambutan Gawai dan Pesta Kaamatan baru selesai, sekarang bulan Ramadan," katanya - SH |
Posted: 16 Jun 2012 12:14 AM PDT KUALA NERANG : Pergerakan Pemuda Umno Kedah hari ini membuat laporan polis berkaitan 20 akaun individu bernilai RM3 bilion, yang dikawal oleh Ketua Pambangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim. Ketua Pemuda Umno Kedah Badrol Hisham Hashim berkata laporan polis itu dibuat bagi mendesak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menyiasat sumber wang yang begitu banyak dan ke mana hilangnya wang tersebut. "Ini satu kes yang sangat serius dan perlu diambil perhatian segera oleh kerajaan dan perlu siasatan rapi," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Padang Terap di sini Ahad. Beliau berkata siasatan mesti dibuat bukan sahaja terhadap Anwar, sebaliknya 20 individu lain juga perlu disiasat. "Dengan terbongkarnya isu ini, rakyat boleh lihat dan nilai sendiri siapa Anwar yang sebenar. Anwar juga perlu membuat penjelasan tentang isu ini supaya rakyat tahu apa yang telah beliau lakukan," katanya. (Bernama) antara komen awal Abangku Sendiri pun kena siasat juga..Apa yang hang ada pun..Pak hangpun bukan orang senang juga, setakat guru ja..sendiri pun harta dah istihar ka..?Betulkan diri dulu, baru kacau orang lain..Ni sendiri pun tak betui nak tegur dan kacau orang..buat malu ja.Cermin diri dulu di mana hang tu..Dalam UMNO pun belambak yang dah report tak siasat pun..Paku dulang kayu serpih la ni... SABAHKINI |
You are subscribed to email updates from MIMPI SENJA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan