MiLo SuaM |
Bukti gambar, Daniyar Nazarbayev sebenarnya di Malaysia? Posted: 28 Jun 2012 09:50 PM PDT SEJAK dua menjak ini kecoh cerita tentang bakal menantu Perdana Menteri, Najib Razak yang sebelum ini dilaporkan akan didakwa di mahkamah atas tuduhan menipu. Bakal menantu Perdana Menteri ini juga didakwa menggunakan kelulusan palsu untuk memasuki Universiti Colombia. Dia didakwa menipu dokumen bagi menunjukkan kononnya bersekolah di sekolah tinggi Kazakhstan sedangkan yang sebenarnya dia bersekolah di Switzeland tetapi gagal menamatkan pelajaran [Daily Mail]. Baru-baru ini pula difahamkan, keluarga Daniyar Nazarbayev telah memberitahu pihak media bahawa bakal menantu perdana menteri itu telah mendaftar di Sandhurst Military College, sebuah Kolej Ketenteraan yang berprestij [TMI ]. Namun nampaknya pembohongan tersebut terkantoi di situ. Beberapa keping gambar yang diambil ketika Daniyar sedang dalam latihan ketenteraan langsung tidak menggambarkan beliau berada di Sandhurst. Lihat gambar di bawah ini baik-baik, keadaan bangunan persekitaran langsung tidak menampakkan ciri-ciri bangunan British. Mat Saleh tiru reka bentuk bangunan di Malaysia ke? Lihat pula gambar di bawah ini. Lihat persekitaran latihan serta beberapa anggota di belakangnya langsung tidak nampak seperti "Mat Saleh" sebaliknya nampak seperti Mohd Bin Salleh. Bila orang sudah mula menipu, maka dia akan terus menipu untuk menutup penipuan pertamanya. Ini namanya gali lubang tutup lubang, setiap kali lubang ditutup dia akan meninggalkan satu lubang. ReJaM© "Sandhurst Military College Cawangan Port Dickson? Kah kah kah... " Sumber: [Malaysia Today] |
Salinan Waran tangkap bakal besan Najib, terlibat 6 kes jenayah Posted: 28 Jun 2012 10:51 AM PDT SEBELUM ini MiLo SuaM pernah mendedahkan bagaimana bakal besan Najib dan Rosmah, Maira Nazarbayev diburu Polis Antarabangsa, Interpol rujuk sini [Maira Nazarbayev]. Sejak siang tadi pula, bakal besan Najib dan Rosmah itu diberitakan telah ditangkap oleh Polis Antarabangsa, Interpol mewakili pihak berkuasa Kazakhstan atas dakwaan jenayah culik dan peras ugut rujuk sini [Maira Nazarbayev ditangkap]. Bagi menguatkan lagi berita tersebut, di bawah ini disiarkan salinan waran tangkap beliau yang berbahasa Kazakhstan. Perempuan itu didakwa memiliki enam kes jenayah. Baca terjemahan waran tangkap ini di sini, klik [ASD] ReJaM© "Kita tunggu waran tangkap bahasa Monggolia pulak... " |
You are subscribed to email updates from MiLo SuaM To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan