MiLo SuaM |
Apa kebihan anak Raja Nong Chik dapat projek RM30 juta secara rundingan terus? Posted: 19 Jun 2012 09:38 PM PDT BEBERAPA blog telah mendedahkan bagaimana syarikat milik anak Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Raja Nong Chik bin Raja Zainal Abidin telah dianugerahkan projek kerajaan bernilai RM30.8 juta secara rundingan terus oleh Kementerian Belia dan Sukan. Pendedahan ini sendiri tidak dinafikan Raja Nong Chik apabila berhadapan dengan media baru-baru ini. Projek bagi membekalkan kelengkapan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Bandar Penawar Johor ini telah diberikan kepada Istijuara Sdn Bhd yang dimiliki oleh anak Raja Nong Chik, Raja Farhana binti Raja Nong Chik yang berusia 26 tahun. Beberapa persoalan yang timbul: a) Mengapakah projek ini diberi secara tender terbuka? Adakah Istijuara Sdn Bhd mempunyai rekod yang baik untuk projek-projek yang sama sebelum ini? Adakah Istijuara Sdn Bhd mempunyai prestasi kewangan yang baik? b) Apakah peranan Raja Farhana, anak Raja Nong Chik di dalam projek ini? Adakah beliau menjadi wakil kepada kepentingan Raja Nong Chik di dalam Istijuara? c) Adakah Istijuara menerima sebarang lagi projek kerajaan? KEADILAN menyeru agar Jabatan Audit Negara memeriksa kontrak ini untuk memastikan tidak wujud sebarang salahguna kuasa di dalam penganugerahan kontrak ini. Ketua Audit Negara juga wajar mengesahkan keadaan peralatan yang dibekalkan oleh Istijuara kepada IKBN Bandar Penawar. Jawapan Raja Nong Chik bahawa kontrak ini dianugerahkan sebelum beliau menjadi menteri tidak menjawab persoalan mengapa kontrak dimeterai pada tahun 2010 ketika beliau sudahpun menjadi menteri. Pada masa yang sama, Raja Nong Chik boleh menjadi contoh kepada anggota kabinet yang lain dengan tampil ke hadapan bagi mengisytiharkan asetnya. Dengan ini beliau dapat memulihkan kewibawaan imej pimpinan UMNO yang mendapat projek-projek kerajaan secara terus selama ini. NIK NAZMI NIK AHMAD PENGARAH KOMUNIKASI PARTI KEADILAN RAKYAT Sent from my BlackBerry® |
Taktik kotor halang ceramah Pakatan Rakyat di Johor Posted: 19 Jun 2012 06:33 PM PDT SALAH seorang sahabat pembaca MiLo SuaM telah menghantar beberapa keping gambar menunjukkan taktik kotor yang digunakan untuk menghalang ceramah Pakatan Rakyat di Johor. Menurut pengirim, gambar diambil di daerah Kulaijaya, Johor di tempat membasuh tangan (singki) salah sebuah kedai makan di daerah itu. Difahamkan, notis pemberitahuan seperti ini ditampal di banyak lokasi tumpuan orang ramai di sekitar Kulaijaya berhubung ceramah Pakatan Rakyat yang bakal diadakan di daerah itu. Notis berkenaan dipercayai dikeluarkan oleh pihak Polis. Tujuannya pula dikatakan untuk menyuruh para penduduk setempat agar membuat bantahan terhadap ceramah yang bakal diadakan sekaligus memberi alasan untuk Polis menghalang ceramah tersebut. Persoalannya, mengapa jika program ceramah anjuran United Malays National Organization, Umno tiada pula notis begini ditampal? Tindakan ini dilihat membuka ruang kepada gerombolan songkok tinggi membuat bantahan beramai-ramai kononnya sebagai mewakili penduduk setempat bagi membolehkan polis menghalang ceramah dengan alasan ada bantahan. Wahai polis, rakyat Johor bukan bodoh, mereka nak datang ceramah biarlah mereka pergi, mereka ada otak, ada akal fikiran, kalau ceramah Pakatan Rakyat penuh penipuan dan fitnah mereka juga tak bodoh untuk terus percaya. Kenapa sibuk sangat nak halang ceramah? Pergi tangkap perompak, pencuri, perogol. ReJaM© "Patutlah banyak kes tak settle, Polis sibuk jaga ceramah... " Kredit Gambar: Sihat Selalu |
You are subscribed to email updates from MiLo SuaM To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan