Rabu, 20 Jun 2012

Blog-list Malaysia

Blog-list Malaysia


Isa Samad Tak Berani Datang Mesyuarat Agung Felda

Posted: 19 Jun 2012 10:30 PM PDT

Polis berkawal di AGM KPF, Isa tak hadir

Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi Permodalan Felda (KPF) ke-31 berlangsung pagi ini dengan saringan polis yang agak ketat di pintu masuk dewan mesyuarat.

Anggota polis kelihatan berkawal di pintu masuk ke Dewan Perdana Felda, tempat mesyuarat akan berlangsung.

Tinjauan ringkas Malaysiakini di kalangan perwakilan di luar dewan rata-rata berpendapat kehadiran polis sedikit lebih ramai pada mesyuarat tahun ini berbanding tahun lepas.


Pihak urusetia mesyuarat mengesahkan Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad tidak akan hadir ke mesyuarat kali ini.

Keahlian Isa dalam KPF sebelum ini menimbulkan pertikaian dan
bantahan beberapa pihak kerana beliau bukan seorang peneroka, anak eneroka mahupun kakitangan Felda.

Mohd Isa merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Bagan Pinang, Negeri Sembilan dan beliau dilantik secara kontrak sebagai pengerusi Felda.

Semalam, mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah membekukan sementara keahlian Isa dalam koperasi tersebut.

Hakim Abang Iskandar Abang Hashim berkata terdapat merit untuk membenarkan empat peneroka Felda mencabar keahlian Isa dalam KPF.

Jika keahliannya tidak dibekukan, Isa dipercayai akan dicadang untuk
dilantik sebagai pengerusi KPF yang baru dalam mesyuarat hari ini.


Bimbang Orang Tak Datang Kenduri, Bendera Umno Dicabut

Posted: 19 Jun 2012 07:30 PM PDT

SEORANG penduduk DUN Pasir Panjang yang diwakali Dato Seri Nizar Jamaluddin memberitahu saya tentang kejadian di Sungai Tiram, satu lokaliti di Dun itu yang mulai ramai didiami pendatang Indonesia.

Kampung itu ialah sekitar kewasan kelahiran isteri Dato Seri Zambry, Menteri Besar Perak. Ramai kerabatnya di situ.

Dalam haba pilihan raya yang entah bila itu jalan di Sungai Tiram itu penuh dipacak dengan bendera UMNO. Agaknya bendera Dacing. Penduduknya bercampur antara pengundi BN dan penyokong Pakatan Rakyat.


Ada satu kenduri kahwin di kampng itu baru-baru ini. Habis bendera UMNO berdekatan dengan tempat kenduri itu dicabut oleh Indon.

Jawab mereka, 'Takut orang tak datang kenduri kahwin' itu.

Tidak pula saya tanya orang yang kenduri itu penyokong mana-mana parti. Tetapi tidak pula mereka cabut semua bendera di sepanjang jalan kampung itu. Bendera yang berdekatan dengan tempat kenduri saja yang diturunkan.

Setengah pendatang di situ sudah biasa dengan penduduk sekitarnya.

Pemberitahu saya itu percaya ia adalah keprihatinan kaum pendatang itu sendiri. Berani pula mereka mencampuri urusan politik negara ini.

Mungkin pendatang yang bertambah di situ adalah orang-orang yang sudah atau baru didaftarkan sebagai pengundi. Menteri Besar tentulah mengenali penduduk kampung mertuanya itu dan dalam kepercayaan umum ramai pendatang yang diberi Mykad bagi melayakkan jadi pengundi, tidak mustahil suka kejadian seperti sebagai satu cara merampas negeri itu dari pengaruh pembangkang.

Yang menariknya ialah pendatang Indon itu cabut bendera UMNO supaya kenduri kahwin itu dihadiri oleh semua orang.

Ertinya pendatang-pendatang itu ada kesedaran politik.

Ada yang percaya warga pendatang Indon begitu berhati-hati dengan perkembangan politik di negara ini menjelang PRU 13 ini. Mereka seperti orang yang berjalan di jalan yang penuh duri. Berhati-hati supaya tidak terkena duri seperti sikap orang taqwa yang pernah disifatkan oleh Saidina Umar al-Khatab.

Antara orang Indonesia yang sudah dijadikan pengundi di Malaysia, mengikut pengamatan seorang penulis tetap Cina di Harakah menyebut antara mereka tidak tertarik untuk mengundi BN.

Sebabnya kerajaan BN tidak mampu memendung kenaikan barang dan keadaan ini akan bertambah parah apabila BN menang lagi. Perbelanjaan hidup yang sudah tinggi sekarang adalah pertahan - tidak turun dan tidak naik – sementara sampai hari mengundi.

Keadaan itu bertahan kerana menghadapi pilihan raya supaya tidak menyokong pembangkang. Tetapi apabila ia menang kembali, maka keadaan itu tidak dapat dikawal lagi.

Kebanyakan pendatang baik dari Indonesia mahu pun Bangladesh pendapatannya tidak banyak bertambah. Kerajaan BN sekarang mulai mengalih ke negara lain untuk mendapatkan pembantu rumah setelah Indonesia membekukan pengiriman tenaga pembantu rumah sehinggalah majikan bersetuju memberi RM700 sebulan.

Kerajaan UMNO mahu mencari tenaga kerja yang lebih murah.

Perbelanjaan sekarang tidak lagi dirasakan oleh pendatang betapa Malaysia lagi jadi syurga seperti dulu. Berbelas-belas tahun lalu ketika kos hidup belum tinggi, pendapatan setiap Indon dapat menghantar pulang perbelanjaan yang secukupkan kepada keluarga masing-masing.

Dengan perbelanjaan yang tinggi sekarang, buruh bangunan dan ladang sudah tidak dapat memberi sebanyak dulu kepada keluarga di desa mereka. Dan jika kenaikan yang diduga akan terjadi selepas pilihan raya nanti, maka jumlah yang dapat dikirim pulang bertambah susut sedang perbelanjaan mereka sendiri pun tidak mencukupi.

Tetapi Pakatan Rakyat menawarkan janji bagi menurunkan harga minyak dan gas yang menjadi punca kepada naik turunnya perbelanjaan hidup. Minyak turun akan diikuti dengan kawalan lain-lain harga barang.

Pakatan menjanjikan untuk memerangi rasuah. Rasuah inilah yang menyakitkan kehidupan mereka di Indonesia. Ialah yang menghalang kestabilan dalam semua perkara. Rasuiah inilah yang mulai merosakkan kehidupan di Malaysia. BN tidak mampu membendungnya.

Jika janji Pakatan itu dapat dilaksanakan, maka pendatang akan mereka mereka lebih terbela. Maka mengapa mereka tidak boleh mengundi Pakatan. Soal mereka dibayar untuk jadi pengundi dan mengundi adalah rezeki yang datang menggolek. Dengan undi rahsia itu tidak dijamin pengundi Indon akan memilih kehidupan yang lebih payah.

Sumber: indon-cabut-bendera-umno


Debat - Salahuddin VS Saifuddin

Posted: 19 Jun 2012 09:48 AM PDT

Keputusan undian sinar harian menunjukkan YB Salahuddin Ayub menang besar dalam debat malam ini. tahniah bakal MB Johor

DEBAT SINAR: Hujah siapa yang anda lihat konstruktif:

Saifuddin Abdullah 14 % (140)
Salahuddin Ayub 81 % (803)
Kedua-dua pendebat 5 % (54)
Jumlah Undian: 997


Salahuddin: 'Tiada demo jika kerajaan beri cukup ruang'


SHAH ALAM - Salahuddin Ayub menegaskan bahawa demonstrasi jalanan tidak akan berlaku sekiranya parti atau pembangkang diberi ruang yang secukupnya untuk memperjuangkan hak kebebasan bersuara mengikut Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan.

Naib Presiden Pas berkata pihak-pihak yang tidak bersetuju dengan kerajaan yang memerintah terpaksa mengambil tindakan seumpama itu apabila ruang untuk bersuara secara aman dan teratur disekat dan dihalang.

"Ruang bersuara ketika pilihan raya kecil dan pilihan raya umum umum terlalu kecil, maka rakyat yang ada hanya lidah dan gigi ini turun ke jalan raya untuk menuntut hak mereka," kata beliau ketika mengambil bahagian dalam Debat Sinar di Auditorium Kompleks Media Karangkraf di sini, malam ini.

Ahli Parlimen Kubang Kerian berkatal, pemimpin negara tidak sewajarnya berfikiran sempit, sebaliknya perlu melihat demonstrasi jalanan sebagai hak peluang rakyat untuk bersuara.

"Ini setiap kali ada perhimpunan, mesti ada gas, tu yang jadi huru hara," katanya lagi.

Salahuddin berkata, hak asasi manusia tidak boleh dibunuh dalam demokrasi.
Justeru, katanya pemimpin harus urus dan pimpin tangan anak muda tidak secara sempit tetapi secara adil dan seimbang seperti di negara Korea.

Katanya, sekiranya cukup ruang,tidak perlu demonstrasi jalanan dan tidak perlu menyatakan secara jalanan.

Dalam perbahasan ilmiahnya katanya, bagi negara yang berpura-pura dengan keadilan demokrasi, demonstrasi jalanan itulah yang melahirkan demokrasi.

Salahuddin berkata, demonstrasi secara aman boleh dijadikan sebagai alat untuk menghentikan kemelut kepada negara yang impikan demokrasi.

"Jika ada pengasingan kuasa, kerajaan tidak akan jatuh sebaliknya kerajaan penakut sahaja yang takut kepada demonstrasi jalanan.

" Masalahnya, kami tidak dapat secara lembut (kebebasan bersuara) jadi demontrasi jalanan adalah cara terbaik untuk kukuhkan demokrasi,"
katanya.

Salahuddin berkata, perlu diingat ketika zaman Nabi Muhammad SAW, sewaktu perang Badar dan Qubra juga bermula daripada protes.

Maka dalam konteks Bersih 3 katanya, ia perlu dilihat dengan niat yang betul dan diterjemahkan secara jelas.

Sehubungan itu katanya, perlunya ditubuhkan suruhanjaya diraja yang benar-benar bebas untuk menyiasat secara jelas pihak yang mencetuskan provokasi.

"Polis kata ada video, tetapi sampai sekarang tidak juga ditayang. Jika begitu, kami juga ada video dakwaan polis mengasari peserta perhimpunan," katanya.

http://www.sinarharian.com.my/nasional/salahuddin-tiada-demo-jika-kerajaan-beri-cukup-ruang-1.58155


Panas!!! Anwar Ibrahim menang kes Saman Nallakaruppan!

Posted: 19 Jun 2012 04:31 AM PDT

Anwar Ibrahim menang kes saman fitnah yang dibawa Ketua Pembangkang itu ke atas bekas rakan sukan tenisnya, Nallakaruppan a/l Solaimalai berhubung kenyataan kononnya menerima wang sebanyak RM60 juta.

Satu kenyataan dikeluarkan hari ini menyebut, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membuat keputusan memihak kepada Anwar petang ini.

Pada 26 Mac lalu, Anwar Ibrahim telah memfailkan saman RM100 juta terhadap bekas pembantunya yang juga Presiden Parti Kebangsaan India Malaysia (MUIP), S Nallakaruppan dan akhbar Utusan Meloya.


Saman tersebut dibuat di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Jalan Duta oleh ahli parlimen Subang yang juga peguam Anwar, Sivarasa Rasiah.

Saman itu difailkan di pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Sivil di sini melalui syarikat guaman Tetuan Daim & Gamany.

Selain menamakan Nallakaruppan sebagai defendan pertama, Anwar juga menamakan Utusan Melayu (Malaysia) Bhd sebagai defendan kedua dan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Meloya Datuk Abdul Aziz Ishak sebagai defendan ketiga.

Dalam saman pemulanya, beliau mendakwa perkataaan-perkataan fitnah seperti yang dinyatakan di dalam laporan itu adalah palsu, tidak berasas dan disiarkan dengan niat jahat untuk memburukkan dan mencemarkan reputasinya sebagai ketua pembangkang serta sebagai seorang ahli politik.

Anwar menuntut ganti rugi am sebanyak RM100 juta, ganti rugi teruk, ganti rugi teladan, kos dan relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

Beliau memohon satu injunksi bagi menghalang semua defendan dan ejen mereka daripada terus menyatakan atau menerbitkan perkataan-perkataan berunsurkan fitnah.

Selepas tempoh 48 jam yang diberikan untuk menari balik artikel yang diterbitkan oleh akhbar itu pada 20 Mac tamat, Anwar mengarahkan para peguamnya supaya meneruskan saman terhadap kedua-dua defendan.



Nallakaruppan dalam kenyataannya mencabar Anwar supaya mengheretnya ke mahkamah kununnya untuk membuktikan bahawa Anwar seorang pengamal biseksual (dua jenis) dan disiarkan di Utusan pada keesokannya.

Utusan pula yang berdepan dengan pelbagai tuntutan saman tidak dapat memberikan ulasan setelah dimaklumkan sebentar tadi.

Nallakaruppan mendakwa pernah melihat Anwar mengadakan hubungan seks dengan pelacur tetapi tidak dapat memberikan bukti kukuh serta hanya berdasarkan keterangan mulut dan percakapan yang dibuat oleh seorang lagi bekas pembantu Anwar, Ezam Mohd Noor dan Ummi Hafilda.

Ini sekaligus mematikan fitnah ahli parlimen Bayan Baru, Zahrain Mohamed Hashim yang menuduh Anwar tidak akan berani menyaman Nalla kerana takut rahsia terbongkar.


Geledah pejabat Nizar kerja tak normal!

Posted: 19 Jun 2012 03:49 AM PDT

Apabila terbaca berita mengenai Pejabat Datuk Seri Nizar digeledah polis, penulis termenung seketika. Termenung memikirkan akan negara kelahiran ini. Tertanya-tanya di benak fikiran ini, apakah negara ini sedang diuruskan oleh orang kemaruk atau orang gila?

Macam mana penulis tidak kata kemaruk dan gila, hanya menegur demi kebaikan, kesalahannya kalau tidak melebihi penjenayah, nampaknya dilayan oleh Sang Hamman bagaikan menyamai kesalahan seorang penjenayah!

Penulis sedar tidak semua pengkritik itu betul tapi sebagai orang Islam yang beriman kepada Allah Yang Esa, kalau teguran itu tak baik sekali pun, bagi tahu sahaja ianya tak baik menegur Sultan begitu, dan mohon penegur itu tarik balik dengan kenyataan memohon ampun kepada baginda Sultan, habis cerita! Tidak akan ada langsung maruah yang tercemar malah ianya amat disanjung oleh Islam!


Tapi yang menulis menjadi termenung memikirkannya ialah teguran yang penuh dengan kebaikan itu boleh menjadi penegurnya bagaikan sama taraf dengan penjenayah atau pengganas! Sampai kuncu-kuncu hamman boleh geledah rumah dan pejabat lagi? Nak cari bukti apa lagi? Bukankah bukti yang nyata ialah batang tubuh itu sendiri dan tulisannya telah pun tertulis di twitter itu. Itulah buktinya, nak geledah apa lagi?

Memang gila sebenarnya keadaan sekarang! Penulis terfikir nampaknya keadaan 1Malaysia di bawah UBN hari ini telah menjadi tidak normal lagi! Sungguh luar biasa kerana nampaknya Sang Hamman berada di mana-mana dan terlalu berlebih-lebihan serta tidak mengajak mentaati hanya kepada Tuhan Yang Maha Esa! Sang Hamman telah menjadikan teguran Nizar itu sebagai kesalahan yang terlalu maha besar nampaknya! Kerana para Hamman ini, nampaknya yang baik menjadi jahat, yang mulia mungkin tak akan menjadi mulia lagi! Na'uzubillah!

Semoga para Hamman ini tidak merosakkan Institusi Raja yang kita kasihi!

Pejabat Nizar digeledah

Normawati Adnan


19 Jun 2012


IPOH – Tiga pejabat operasi Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin masing-masing di Ipoh, Bukit Gantang dan Pasir Panjang digeledah polis Johor, semalam.


Sinar Harian dimaklumkan, operasi yang bermula kirakira jam 11.30 pagi itu dibuat di Pejabat Pas Negeri, di sini, Pusat Khidmat Ahli Parlimen Bukit Gantang, Taiping dan Pusat Khidmat Dun Pasir Panjang, Lumut.


Turut menerima situasi sama, kediaman Ahli Parlimen Bukit Gantang itu di Sungai Rokam di sini, bagaimanapun tiada sebarang serbuan dilakukan berikutan ketiadaan Mohammad Nizar di rumah berkenaan.


Jurucakap Pas Perak, Safarizal Saleh ketika dihubungi berkata, sepasukan polis berkenaan hadir bersama waran kebenaran daripada mahkamah yang menyatakan serbuan dibuat di lokasi berkaitan bagi mencari bahan bukti.


Bagaimanapun menurutnya, kehadiran pasukan itu yang menjalankan operasi secara serentak di empat kawasan berkenaan agak mengejutkan kerana tiada makluman awal dibuat.


"Sepanjang penyiasatan itu berlangsung, kita memberikan kerjasama yang baik, malah beberapa peguam kita turut serta dalam operasi berkenaan.


"Saya dimaklumkan, operasi mengambil masa antara 30 hingga 45 minit, namun tidak dapat dipastikan sama ada bahan bukti yang dicari dijumpai atau tidak," katanya yang memaklumkan, tiada sebarang soal siasat dijalankan membabitkan kakitangan di tiga pejabat operasi berkenaan.


Safarizal berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan penyiasatan yang dilakukan, semalam berkaitan dengan isu mesej Twitter Mohammad Nizar berhubung keputusan bidaan nombor pendaftaran WWW 1.


Menurutnya, apa juga keadaan yang berlaku sekarang, beliau berharap siasatan yang dilakukan itu berjalan dengan baik. "Meskipun didatangi secara mengejut, kita sudah berikan kerjasama, harap apa yang mereka lakukan hari ini (semalam) bukan bertujuan untuk memburukkan lagi keadaan," katanya.


Ketika serbuan dijalankan semalam, Mohammad Nizar masih berada di Parlimen dan hanya mengetahui situasi berkenaan setelah dihubungi salah seorang anaknya yang memaklumkan terdapat beberapa anggota polis membuat rondaan di sekitar kediamannya di Sungai Rokam, di sini.


Sementara itu, di Johor, Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff sewaktu dihubungi enggan mengulas berhubung perkara tersebut.


Sumber:sinarharian

Dipetik dari - http://garamlada.blogspot.com/2012/06/geledah-pejabat-nizar-kerja-tak-normal.html


Tiada ulasan: