MiLo SuaM |
Zamil kata Khalid Samad bodoh dan memalukan Posted: 16 Jun 2012 07:53 PM PDT BEBERAPA hari lalu, Ahli Parlimen Parti Islam, PAS Shah Alam, Khalid Samad mendedahkan video rakaman bagaimana Bekas Ketua Pemuda KEADILAN Kedah, Zamil Ibrahim menjadi ejen Umno cuba membeli ahli parlimen Pakatan Rakyat didakwa dengan bayaran RM2 juta [Sumber]. Pendedahan itu nampaknya dibalas dengan maki hamun orang yang terlibat, apabila dia berkata Khalid Samad bukan sahaja bodoh malah memalukan [Bernama]. Kenapa nak maki hamun derr? Kalau kita lihat, Zamil Ibrahim ini memang bijak. Lihat sahajalah bagaimana beliau dahulu yang hanya merupakan seorang peniaga burger ketika bersama KEADILAN, kini sudah berjaya mengumpul harta kekayaan mewah. Ketika bersama KEADILAN hanya memiliki Proton Satria tetapi setelah keluar KEADILAN bersama Ezam Mad Nor, beliau sudah mampu memandu 'S-Class', malah dirumah banglonya juga terdapat sebuah Roll Royce. Hebatnya Zamil ini, anda tahu apa resepi kejayaan beliau untuk berjaya sebagai penjual burger? Jawapannya mudah, tinggalkan KEADILAN, tinggalkan Anwar Ibrahim maka dengan serta merta perniagaan burgernya menjadi laris dan maju. Tahniah diucapkan. ReJaM© "Sebab itu ramai orang nak tinggalkan KEADILAN dan masuk Umno " |
Bukti bergambar Rumah TG Nik Aziz didakwa berharga RM500 ribu Posted: 16 Jun 2012 01:19 AM PDT LIHAT gambar rumah ini baik-baik, inilah rumah yang menjadi kontroversi baru-baru ini, kononnya ia dibina oleh Menteri Besar Kelantan, TG Nik Aziz berharga RM500,000 menggunakan duit rakyat Kelantan. Salah seorang sahabat di laman sosial Facebook yang pulang ke kampung halamannya di Perlis sempat ke lokasi rumah yang didakwa dan membawakan kepada kita gambar rumah yang menjadi kontroversi itu. Rumah ini sebenarnya terletak di Kampung Utan Ibus, Kayang Perlis kepunyaan seorang pemilik kilang beras bernama Man Dibuk. Gambar papan tanda projek Barisan Nasional di bawah ini membuktikan kebenaran dakwaan di atas. Ternyata cerita bohong gerombolan songkok tinggi baru-baru ini terkantoi di situ. ReJaM© "Dia ingat kalau ambik gambar ceruk kampung orang tak boleh cari... " |
You are subscribed to email updates from MiLo SuaM To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan