Rabu, 13 Jun 2012

MiLo SuaM

MiLo SuaM


BN lupa mereka pembangkang di Pulau Pinang

Posted: 12 Jun 2012 09:02 PM PDT

LAPORAN berita ini dipetik daripada Agensi Berita Kebangsaan, BERNAMA bertajuk "BN Pulau Pinang guna pendekatan serang dan terang jawab tohmahan pembangkang" [Bernama].

Apa yang peliknya kenapa BN nak serang tohmahan BN sendiri di Pulau Pinang? Oh mereka lupa bahawa pembangkang di Pulau Pinang adalah diri mereka sendiri kah kah kah...



ReJaM© "Tahun depan Najib jadi Ketua Pembangkang Malaysia, Insya Allah... "

Panas! Bakal besan Najib diburu polis antarabangsa

Posted: 12 Jun 2012 03:40 PM PDT

KECOH sejak semalam kisah bakal menantu Najib, "conman" kelahiran Kazakhstan yang dilapor memalsukan dokumen untuk melanjutkan pelajaran ke Colombia University tempat dia bertemu anak perempuan Najib.

Dia juga dilapor menipu bapa tirinya seunit kondominium yang bernilai AS$20 (RM62 juta) di mana dia meletakkan nama ibunya Maira Nazarbayev yang sepatutnya diletakkan dengan nama bapa tirinya.

Maira Nazarbayev kemudian menjual semula kondo itu kepadanya dengan harga 1AS$ (RM3.20) rujuk sini [Tunang anak Najib].

Sebuah lagi akhbar berpengaruh antarabangsa New York Post pula mendedahkan bahawa Daniyar Nazarbayev telah menghilangkan diri dan gagal dikesan. Pencarian di lima buah negara termasuk Malaysia menemui jalan buntu.

Bakal besan Najib, Maira Nazarbayev pula dikatakan memiliki beberapa nama samaran dan kini sedang diburu oleh polis antarabangsa (interpol) dan pihak berkuasa Kazakhstan berhubung jenayah penculikan dan peras ugut [New York Post].



Sebelum ini MiLo SuaM ada mendedahkan bahawa bakal besan Najib ini pernah dilaporkan di akhbar tempatan Kazakhstan sebagai terlibat dengan sebuah kes penculikan ahli perniagaan terkenal Kazakhstan rujuk sini [bakal besan Rosmah].

Pendedahan New York Post ini menguatkan lagi artikel tersebut.

ReJaM© "Ini namanya penyangak jual perompak culik penyamun... "

Tiada fatwa pengharaman Bersih 3.0 kata Mashitah

Posted: 12 Jun 2012 09:42 AM PDT

SEBELUM ini kita digemparkan dengan laporan oleh akhbar propaganda Utusan Malaysia mengenai fatwa pelik pengharaman Himpunan Bersih 3.0 [Utusan]. Heboh orang kampung ayam itek lembu dan kambeng berbicara hal ini.

Fatwa itu disifatkan sebagai mempergunakan agama untuk kepentingan politik kerana ia jelas bercanggah dengan fatwa Presiden Ulama Dunia Sheikh Yusuf Al-Qaradhawi yang mengharuskan umat Islam menyertai demonstrasi aman.



Bagaimanapun, laporan putar belit Utusan Malaysia itu terbongkar di dewan parlimen hari ini apabila timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mashitah Ibrahim mengesahkan bahawa tiada fatwa pengharaman perhimpunan Bersih dikeluarkan.

Sebaliknya, timbalan menteri itu mendakwa muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan hanya sekadar mengeluarkan kenyataan media sebagai nasihat berhubung hal itu [Sinar].



ReJaM© "Bersedia untuk Bersih 4.0... "

Isu WWW 1: Nizar saman Utusan Malaysia dan TV3

Posted: 12 Jun 2012 04:58 AM PDT

UTUSAN Malaysia sebelum ini dilihat begitu jelas memutar belitkan fakta apabila sengaja membuat laporan berniat jahat terhadap kenyataan Twitter Bekas Menteri Besar Perak, Dato Seri Nizar Jamaluddin.

Akhbar propaganda itu dengan sengaja melaporkan perkara yang tidak ditulis oleh Nizar. Utusan tanpa rasa bersalah melaporkan kononnya Nizar menuduh Sultan Johor menyalahgunakan wang rakyat. Rujuk Screenshot Utusan Online di bawah.



Hal ini pernah disiarkan di MiLo SuaM baru-baru ini dan ReJaM© turut mencadangkan agar Nizar mengambil tindakan undang-undang ke atas Utusan Malaysia rujuk sini [Nizar patut saman Utusan]

Menurut Nizar di Sidang media Parlimen hari ini:

"Mesej tweeter saya tidak lebih daripada pandangan seorang rakyat. RM520,000 boleh dibelanjakan kepada perkara lain yang lebih bermanfaat. Itu hanya pandangan.

"Tapi TV3 dan Utusan Malaysia putar belit. Mereka lapor saya tuduh Sultan Johor guna wang rakyat untuk beli nombor plat,"


Lantaran keceluparan akhbar propaganda itu, hari ini Nizar mengambil tindakan saman ke atasnya. Turut disaman ialah stesen TV propaganda Regim BN, TV3 Al-Musyrikin.

ReJaM© "Asyik kena saman dan kalah, itulah Utusan Syaitan... "

Tunang anak perempuan PM didakwa tipu AS$20 juta

Posted: 12 Jun 2012 01:29 AM PDT

MAJLIS pertunangan anak perempuan Najib sebelum ini menjadi kontroversi apabila sebuah dokumen didedahkan mendakwa ia ditanggung oleh Jabatan Perdana MEnteri sebanyak RM409,767 sekaligus menunjukkan wang rakyat digunakan.

Kali ini Dokumen dari mahkamah Amerika Syarikat mendakwa warganegara Kazakhtan Daniyar Nazarbayev, yang bertunang dengan anak perempuan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, terlibat dalam penipuan.

Dokumen mahkamah yang difailkan di Mahkamah Agung Manhattan mendakwa, dia menipu bapa tirinya seunit kondominium bernilai AS$20 Juta (RM62 juta) dan memasuki Universiti Columbia menggunakan dokumen palsu.



Dokumen mahkamah itu menyebut, Daniyar memalsukan dokumen untuk memberikan gambaran bahawa dia berkelulusan daripada sekolah tinggi di Kazakhstan.

Bagaimanapun, sumber akhbar itu berkata, dia sebenarnya bersekolah di Switzerland dan tidak menamatkan pelajaran.

Rekod Columbia masih menunjukkan Daniyar masih dalam senarai bekas pelajar dan bergraduasi pada 2010.

Sebelum ini bakal bapa mertua Daniyar Nazarbayev terkenal di seluruh dunia kerana mendapat liputan luas media antarabangsa berhubung kes rasuah kapal selam, kali ini bakal menantu Rosmah pula menjadi terkenal sebagai kaki tipu.

Sumber: [Daily Mail]

ReJaM© "Suka aibkan orang, sekarang Allah buka aib kamu..."

Tiada ulasan: