Rabu, 13 Jun 2012

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


[WASPADA] Pekerja Ladang Dirogol Penjual Karpet

Posted: 13 Jun 2012 12:37 AM PDT

Bentong – Seorang pekerja ladang dirogol penjual karpet warga asing dalam semak di Kilometer 24 Jalan Karak-Kuala Pilah, ketika wanita itu sedang berjalan pulang, kira-kira jam 1.30 petang, kelmarin.

Gambar: Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Baru, Tan Kam Sang (kanan) ketika melawat mangsa di rumahnya. Turut kelihatan bapa tiri mangsa (kiri).

Mangsa yang berusia 45 tahun itu sedang berjalan kaki apabila penjual karpet itu, yang menunggang motosikal, menghampiri dan mengheretnya ke kawasan semak, 50 meter dari situ. Pemangku Ketua Polis Daerah Bentong, Deputi Superintendan Mohamad Mansor Mohd Nor berkata, lelaki terbabit memberhentikan motosikalnya dan mengheret mangsa ke semak berhampiran kira-kira 50 meter dari jalan utama.

"Mangsa menjerit meminta tolong, namun lelaki terbabit merogolnya, sebelum melarikan diri," katanya kepada Sinar Harian. Mohamad Mansor berkata, orang awam yang nampak motosikal itu di tepi jalan berasa curiga. Mereka pergi ke kawasan itu dan menemui wanita itu.

"Polis menahan suspek berusia 25 tahun pada hari yang sama ketika cuba melarikan diri di kawasan ladang berhampiran," katanya. Lelaki itu direman seminggu. -SH

[Video] Najib Guna Wang Rakyat Tabur RM1.5 juta Untuk Setiap MP BN

Posted: 12 Jun 2012 09:34 PM PDT

Taktik bom: RM1.5 juta tambahan tiap parlimen BN

KUALA LUMPUR: Dakwaan bahawa BN akan menggunakan 'taktik bom' menabur wang kepada rakyat agar mengundi parti itu mungkin benar apabila semalam perdana menteri meluluskan pemberian RM1.5 juta kepada setiap parlimen BN.

Difahamkan dalam pertemuan pre-coucil dengan ahli-ahli parlimen BN semalam, Datuk Seri Najib Razak juga membenarkan mereka membelanjakan RM1,000 hingga RM5,000 secara tunai kepada pengundi.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika mengulas perkara itu berkata, tindakan tersebut menunjukkan sikap terdesak dan cemas BN.

"Menampakkan sikap yang agak terdesak yang membenarkan ahli parlimen boleh belanja wang tunai RM1,000 hingga RM5,000 kepada pengundi.

"Ini mengikut kefahaman saya dalam peraturan kewangan, sangat tidak wajar," katanya pada sidang media Pakatan Rakyat hari ini.

Turut serta pada sidang media itu Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Penasihat DAP Lim Kit Siang.

Difahamkan juga, sejumlah RM300,000 awal akan diberikan kepada setiap parlimen BN pada Khamis ini.

"Dia (Najib) beritahu minta disegerakan dan tumpu kepada pemuda dan wanita, kalau perlu RM1,000 bagi RM5,000 bagi, kerajaan akan pertahankan tindakan itu.

"Langkah paling baik adalah bantahan rakyat dan pilihan raya," katanya.

Sebelum ini, bekas menteri kabinet yang isytihar keluar Umno, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir mendedahkan, BN sedang menggunakan 'taktik bom' iaitu menabur wang untuk membeli undi di kampung-kampung. -HD

MP BN bakal terima RM1.5M, kemungkinan PRU selepas Bajet

KUALA LUMPUR, 12 Jun — Para ahli Parlimen (MP) daripada Barisan Nasional (BN) dijangka akan menerima sejumlah RM1.5 juta bagi mempertahankan kerusi mereka, ekoran pentadbiran Najib berkemungkinan hanya mengadakan pilihan raya ke-13 selepas pengumuman Bajet 2013 pada 28 September depan.

The Malaysian Insider difahamkan peruntukan itu diumumkan sewaktu mesyuarat BN semalam, namun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak masih lagi berteka-teki dengan tarikh pilihan raya.

Sumber mengesahkan ia akan mengambil masa tiga bulan untuk projek-projek tersebut dikenalpasti dan dijalankan, dan pengumuman lain ketika bajet 2013, termasuk pemberian wang tunai Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) yang memerlukan tempoh lama untuk dilaksanakan.

Ahli-ahli Parlimen BN enggan mendedahkan jumlah sebenar tetapi mereka berkata sebahagian dana tersebut "boleh diperolehi berdasarkan permintaan."

"Kami perlu mintanya untuk projek spesifik," kata Timbalan Menteri Sains, Teknologi, dan Inovasi, Datuk Fadillah Yusof.

Bekas menteri Kabinet, Tan Sri Shahrir Samad (gambar), turut berkata perdana menteri terlalu "berhati-hati" ketika menyuarat malam itu.

"Jika tiada peruntukan, pilihan raya akan datang sangat dekat", kata ahli Parlimen Johor Baru tersebut yang ditanya bagaimana dana tersebut memberi kesan kepada tempoh masa pilihan raya yang mana Najib akan mengetuai kempen BN untuk kali pertamanya.

Walaupun pengerusi BN yang juga presiden Umno pada mulanya dilihat akan membubarkan Parlimen bulan ini untuk pilihan raya pada Julai ini, beliau mengumumkan akan membentangkan Bajet 2013 pada 28 September, dan dilihat bakal ada kemungkinan untuk pemberian wang tunai BR1M untuk keluarga berpendapatan rendah.

Bayaran wang tunai RM500 itu kepada hampir lima juta keluarga dengan kos RM2.6 bilion awal tahun ini menunjukkan kadar kedudukan Najib meningkat kepada 69 peratus, disebabkan peningkatan dalam kalangan isi rumah kaum miskin.

Namun insiden keganasan polis dan para penunjuk perasaan yang mengambil bahagian dalam protes Bersih pada 28 April menyaksikan penurunan populariti beliau kepada 65 peratus bulan lalu.

The Malaysian Insider melaporkan pada 28 May, berkemungkinan pilihan raya pada bulan September namun pengumuman Najib bahawa Bajet 2013 hanya akan dibentangkan pada 28 September telah memaksa pakar strategi parti untuk mencari tarikh yang sesuai bagi memastikan apa-apa manfaat bajet boleh sampai ke peringkat akar umbi.

Ibadah Haji pada 26 Oktober, Deepavali pada 13 November dan cubaan Barisan Nasional menarik sokongan pengundi Cina dan belia memungkinkan pilihan raya pada bulan November, menurut sumber, yang menambah, Najib masih lagi mengenal pasti calon untuk meraih kemenangan majoriti untuk BN.

Sumber BN turut mengesahkan beberapa kajian sebelum ini menunjukkan parti perlu bekerja keras terutamanya meyakinkan pengundi baru yang berjumlah sekitar 2.2 juta orang.

Difahamkan hasil kajian mendedahkan BN mampu menang hingga 146 kerusi Parlimen dengan 80 yakin menang, lebih 140 daripada Pilihan Raya 2008.

Bagaimanapun, kaji selidik terbaru oleh unit khas BN menunjukkan BN hanya mampu menang 118 kerusi, memaksa pakar strategi menunda pilihan raya.

Najib mengambil alih pentadbiran negara daripada Tun Abdullah Badawi pada April 2009 untuk menaikkan imej BN yang kalah teruk dalam PRU 2008, yang mana BN hilang kuasa dua pertiga dewan dan lima negeri.
-TMI





Ulasan GB

Pemerintahan Najib adalah kemuncak terhadap segala kebobrokan pemerintahan UMNO BN di negara ini bermula dari dari cara beliau naik untuk menjawat jawatan Perdana Menteri sehingalah ke hari ini, bagaimana beliau sanggup "melakukan apa saja" untuk mempertahankan kuasanya sekalipun dengan kaedah keji dan di luar batas undang-undang apatah lagi hukum agama.

Beliau menggunakan kaedah Abu Lahab dan Qarun, menggunakan harta kekayaan untuk mempertahankan kuasanya.

Kisah Najib dan pemerintah-pemerintah zalim UMNO BN sebelumnya seperti Mahathir dan Abdullah Badawi, telah pun berlaku di zaman silam. Ia hanya satu perulangan sejarah dengan pertukaran watak-watak sahaja.

Firman Allah:

"Binasalah kedua tangan Abu Lahab dan sesungguhnya dia akan binasa. Tidaklah berfaedah kepadanya harta bendanya dan apa yang ia usahakan. Kelak dia akan masuk ke dalam api yang bergejolak. Dan (begitu pula) isterinya, pembawa kayu bakar. Yang di lehernya ada tali dari sabut." (QS. Al Lahab: 1-5)

"Dan (juga) Qarun, Fir'aun dan Haman. Dan sesungguhnya telah datang kepada mereka Musa dengan (membawa bukti-bukti) keterangan-keterangan yang nyata. Akan tetapi, mereka berlaku sombong di (muka) bumi, dan tiadalah mereka orang-orang yang akan lepas (dari kehancuran itu).

Maka masing-masing (mereka itu) Kami siksa disebabkan dosanya, maka diantara mereka ada yang Kami timpakan kepadanya hujan batu, kerikil dan diantara mereka ada yang ditimpa suara keras yang mengguntur, dan diantara mereka ada yang Kami benamkan ke dalam bumi, dan diantara mereka ada yang Kami tenggelamkan, dan Allah sekali-kali tidak hendak menganiaya mereka, akan tetapi merekalah yang menganiaya diri mereka sendiri."
(al-`Ankabut: 39-40)

Mereka boleh terus cuba untuk pertahan lagi kebatilan yang mereka bawa, namun kita akan tetap berjuang dan berdoa semuga Allah memberikan balasan yang setimpal di atas segala dosa mereka terhadap kita.

Kes WWW1-Nizar, Sama Seperti Kes Bukit Kepong-Mat Sabu

Posted: 12 Jun 2012 08:00 PM PDT

Fitnah plat WWW1: NIZAR bakal saman TV3, Utusan

Mantan Menteri Besar Perak Datuk Seri Nizar Jamaluddin tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan mahkamah terhadap media kawalan UMNO, TV3 dan Utusan Malaysia, kerana memutarbelitkan kenyataan tweet beliau berkaitan bidaan plat kereta WWW1.

Nizar yang juga Ahli Parlimen Bukit gantang berkata, pandangan peribadinya melalui tweeter tidak ditujukan kepada sesiapa pun tetapi merupakan pandangan seorang warga marhaen.

"Ramai yang salah anggap mengenai kenyataan tweeter saya dan saya akan menyaman TV3 dan Utusan kerana menimbulkan persepsi buruk ke atas saya," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini hari ini.

Beliau juga bersedia untuk menghadap Sultan Johor bagi memohon ampun atas kekeliruan yang ditimbulkan TV3 dan Utusan, serta ingin menjelaskan apa sebenarnya yang berlaku.

Sementara itu, Dr Raja Ahmad Iskandar yang mewakili Dewan Pemuda PAS Perak mendedahkan bahawa sebenarnya isu mempersoalkan bidaan RM520,000 ini telah dimulakan oleh akhbar KOSMO yang dimiliki oleh Utusan Malaysia.

"Pada 8 April 2012, KOSMO mengeluarkan kenyataan di muka depan 'Sanggupkah anda bayar RM520,000 untuk plat ini'.

"Pada 25 Mei pula, KOSMO sekali lagi mengeluarkan laporan yang memberitahu bahawa plat WWW1 sudah dibida dan membandingkan dengan empat perkara yang rakyat boleh diperoleh dengan sejumlah RM520,000 tersebut," katanya.

Menurutnya lagi, pada 28 Mei 2012, KOSMO telah menyiarkan sebuah kartun yang dikaitkan dengan harga plat WWW1.

Dengan menunjukkan kepada pemberita semua keratan dari akhbar KOSMO tersebut, beliau menunjukkan bahawa pada hari berikutnya 30 Mei, akhbar tersebut telah mengesahkan bahawa tuanku sultan Johor merupakan pemilik WWW1 manakala pada 31 Mei, berita mengenai anakanda Sultan Johor mempertahankan ayahandanya dikeluarkan.

"Laporan mengenai dakwaaan Datuk Seri Nizar mengkritik Sultan Johor pula telah dikeluarkan pada 31 Mei 2012 sedangkan beliau tidak pun mengkritik Tuanku Sultan," jelas beliau.

Dr Raja Ahmad yang juga Naib Ketua Pemuda PAS Pusat mempersoalkan mengapa polis tidak mengambil tindakan terhadap KOSMO sedangkan satu laporan polis telah pun dibuat oleh Pemuda PAS Perak pada 4 Jun 2012.

"Apa agenda sebenar KOSMO memainkan isu ini dan kita merasakan ada agenda tersembunyi untuk mengaibkan Sultan Johor," soal beliau.

Raja Ahmad Iskandar juga berkata bahawa Pemuda UMNO Johor telah berbohong rakyat Johor dan Tuanku Sultan sehingga isu ini terus dimainkan dan menimbulkan persepsi buruk di kalangan rakyat.

"Kita juga sedia untuk berdebat dengan Pemuda UMNO Johor," ujarnya. – Roketkini



Ulasan GB

Semua orang kenal dan tahu peranan Utusan di dalam memainkan isu ini.

Sama kesnya dengan isu Bukit Kepong dahulu dimana kumpulan akhbar Utusan memainkan peranannya untuk memburukkan Mat Sabu dan pada ketika itu 942 laporan polis dibuat di seluruh negara terhadap Mat Sabu.

Mat Sabu dihadapkan ke mahkamah. Tetapi kebenaran dan keadilan sejagat terdedah. Saksi utama kes tiba-tiba meminta maaf kepada Mat Sabu dan meminta supaya Mat Sabu dibebaskan. Baca: [DEDAH] Kes Bukit Kepong: Perbicaraan Baru Bermula, Mat Sabu Dah Menang Dulu.

Kini episod WWW1 melibatkan Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin.

Kumpulan akhbar yang sama memainkan peranan untuk memburukkan pimpinan PAS.

Digendangkan secukup-cukupnya untuk menghasut rakyat Johor supaya membuat laporan polis dan hasilnya terdapat 49 laporan polis dibuat. Diberitakan 30,000 berhimpun (itu angka BERNAMA, GB kata dulu jika perhimpunan itu melibatkan UMNO, ia perlu dibahagikan 10, iaitu 3,000) di istana Johor untuk menunjukkan kesetiaaan kepada Sultan Johor.

Sedangkan semua orang tahu UMNO itulah sebenarnya pengkhianat dan penderhaka kepada Raja. Baca : [VIDEO] Siapa Menteri Umno Ugut Raja Melayu Diseret Di Jalan Raya, Campak Ke Kawah?

Demikian jeleknya kewartawanan longkang amalan kumpulan akhbar Utusan. Mencari makan dengan menulis berita berunsur fitnah, bergambar lucah dan seumpamanya sudah menjadi resam mereka.

Dari pemerhatian GB, hukum kebenaran dan keadilan akan menghantar Utusan ke tong najis akhirnya.

Kita akan sentiasa berdoa agar Allah memberikan pengajaran kepada kumpulan akhbar ini.

Ya Allah ya Tuhan kami, Kau tunjukkanlah yang kebenaran itu sebagai kebenaran, dan kurniakanlah kami kekuatan untuk mengikutinya (memperjuangkannya), dan tunjukkanlah yangg batil itu sebagai batil dan kurniakanlah kami kekuatan untuk menjauhinya (menghapuskannya).

Amin Ya Allah Amin Ya Rabbail 'alamin.



[GEMPAR] Fenomena Awan Luar Biasa Di Sabah 12 Jun 2012

Posted: 12 Jun 2012 05:39 PM PDT

Awan pelik iaitu Awan Arcus terbentuk pada pagi 12 Jun..Ketika gambar diambil, cuaca stabil tanpa angin dan hujan... Namun begitu, menjelang tengahari, ribut kencang berserta hujan melanda seluruh kawasan Pantai Barat Sabah.

Share dan kongsikan gambar fenomena luar biasa ini!

Photo by :Eone Zurfazlie,Nezz Pitwork Irwandy, Hazuan Zuan, Shaenam Sawal, Suzan Jammy,Mimie ColouRfull, Mimie ColouRfull.












Penjelasan untuk 'Fenomena Awan Luar Biasa'. Awan tadi dipanggil awan Arcus. Ia hanya kejadian alam normal tetapi jarang berlaku. -ghaflah

Ulasan GB

Setiap sesuatu yang Allah jadikan itu tidak sia-sia.

Sepertimana tsunami yang berlaku pada tahun 2006 dahulu melanda utara Semenanjung yang membawa perubahan lanskap politik negara pada pilihanraya 2008.

Apakah fenomena awan arcus itu petunjuk baru kepada perubahan politik akan melanda negeri Sabah pada PRU13 ini nanti?

Sama-sama kita nantikan.

"Lembu-lembu" Nak Tunjuk Punggung Kepada Ahmad Zahid Hamidi Pula

Posted: 12 Jun 2012 08:37 AM PDT

Menteri didakwa tak tunai janji, veteran tentera akan demo

Persatuan Veteran Tentera Malaysia (PVTM) akan mengadakan satu lagi demonstrasi - kali ini dengan mensasarkan Kementerian Pertahanan dan menterinya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Presiden persatuan itu, Mohd Ali Baharom berkata, demonstrasi pada 29 Jun itu akan dibuat kerana PVTM kecewa dengan menteri yang antara lainnya didakwa tidak menunaikan janjinya sebelum ini.

"Veteran kecewa kerana tidak dihargai sebagai contoh tentang isu kebajikan dan layanan menteri kepada persatuan bekas tentera.

"Sebelum ini juga Datuk Zahid ada berjanji seperti nak beri pencen kepada bekas tentera. Tetapi tak beri.

"Kemudian beliau juga berjanji nak memberi saguhati kepada bekas tentera yang tak pencen," katanya ketika menghubungi Malaysiakini semalami.

Beliau menjangkakan seramai 2,000 orang bekas tentera akan menyertai demonstrasi pada 11.30 pagi di hadapan bangunan Kementerian Pertahanan di Kuala Lumpur.

PVTM yang diketuai Mohd Ali sebelum ini meraih populariti melalui demonstrasi "senaman punggung" ke atas pengerusi bersama BERSIH 2.0 pada 15 Mei.

Susulan perhimpunan pada 15 Mei, PVTM menerima kecaman pelbagai kecaman daripada pelbagai pihak, termasuk oleh ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin.

PVTM yang berang dengan kritikan tersebut kemudiannya mengancam untuk mengadakan satu lagi demonstrasi ke atas Khairy.

Bagaimanapun, cadangan untuk ke mengadakan demonstrasi di hadapan rumah MP Rembau itu dibatalkan kerana Mohd Ali mengatakan, ketua pemuda itu telah memohon maaf kepadanya.

Ulasan GB

Ini kes tak dapat duit kopi yang dijanji ler ni.

Hati panas. Dah puas menonggeng alih-alih UMNO tak bayar. UMNO tak bayar sebab senaman tersebut telah menyebabkan "saham" UMNO merudum teruk ketika itu yang UMNO sendiri tak menjangkanya.

Sekarang Ahmad Zahid Hamidi, apa lagi... tunggu depan MINDEF nanti.

"Ada Masalah Keluarga, Bukan Nak Bunuh Diri," Kata Bapa Chong Wei

Posted: 12 Jun 2012 05:49 AM PDT

Bapa Chong Wei nafi mahu bunuh diri

Ah Chai berharap orang ramai tidak salah faham dengan tindakan yang dilakukannya.
GEORGETOWN - Bapa pemain badminton nombor satu dunia, Lee Ah Chai, 59, menafikan laporan media yang mengaitkannya cuba membunuh diri di atas Jambatan Pulau Pinang di sini, awal pagi kelmarin.

Beliau yang dihubungi Exco Belia dan Sukan, Pembangunan Wanita dan Komuniti, Ong Kok Fooi kelmarin mengakui ada memberhentikan kenderaan di atas jambatan, namun bukan berniat untuk membunuh diri.

"Ketika itu, saya dalam perjalanan dari pantai Queensbay dan mahu pulang ke rumah. Ketika melalui Jambatan Pulau Pinang saya berasa tidak selesa lalu menghentikan kenderaan di tepi jalan untuk mengambil angin dan tenangkan fikiran.

"Namun orang lain telah salah sangka dan menganggap saya ingin bunuh diri...ini tidak betul," katanya.

Sementara itu, Kok Fooi ketika dihubungi Sinar Harian semalam berharap orang ramai tidak salah faham dengan kejadian ini.

Beliau berkata, media juga tidak perlu menghebahkan lagi perkara ini kerana ia adalah masalah keluarga dan boleh diselesaikan oleh keluarga Ah Chai sendiri.

"Saya difahamkan, Ah Chai telah ke Kuala Lumpur untuk bertemu dengan anaknya, Datuk Lee Chong Wei.

"Kita harap semua masalah yang dihadapi akan dapat diselesaikan dengan baik," katanya. -SH

[MENDIDIH] Bakal Menantu Najib Seorang Penipu & Penyangak Rupanya

Posted: 12 Jun 2012 05:05 AM PDT

Bakal menantu PM didakwa tipu AS$20 juta

Dokumen mahkamah Amerika Syarikat mendakwa warganegara Kazakhtan Daniyar Nazarbayev, yang bertunang dengan anak perempuan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, terlibat dalam penipuan.


Dokumen mahkamah yang difailkan di Mahkamah Agung Manhattan mendakwa, dia menipu bapa tirinya seunit kondominium bernilai AS$20 (RM62 juta) dan memasuki Universiti Columbia menggunakan dokumen palsu.

Menurut The New York Post hari ini, dokumen mahkamah itu menyebut, Daniyar memalsukan dokumen untuk memberikan gambaran bahawa dia berkelulusan daripada sekolah tinggi di Kazakhstan.

Bagaimanapun, sumber akhbar itu berkata, dia sebenarnya bersekolah di Switzerland dan tidak menamatkan pelajaran.

Rekod Columbia masih menunjukkan Daniyar masih dalam senarai bekas pelajar dan bergraduasi pada 2010.

The New York Post melaporkan jurucakap Columbia sudah dihubungi tetapi enggan mengulasnya. -mk

Ulasan GB

Di dalam satu carian google yang lain, iaitu di Dailymail U.K menyiarkan gambar Daniyar - Najwa dengan caption yang menanyakan integriti Daniyar sebagai conman (penyangak).



Bak kata Abdul Wahub dalam Tiga Abdul.... dah kena le tu.. penyamun bertemu penyangak...

Bukankah GB dah kata sebelum ini, akan lebih banyak "haramjadah" menimpa Najib lagi selepas ini.... tunggu dan lihat. Apa yang GB kata sudah jadi kenyataan.

Najib berbelanja besar untuk menggilap imejnya dan isterinya, Rosmah di dalam dan laurnegara. Tetapi hukum kebenaran dan keadilan tetap berjalan. Hukum berkenaan tidak boleh dijual beli.

Blog GB juga pernah menerbitkan satu tulisan mengenainya sempena lawatan Presiden Kazakhtan ke Malaysia baru-baru ini, sila baca:



Tiada ulasan: