MiLo SuaM |
- Sebar! Respon pemenang Nobel Keamanan terhadap Hijab
- Panas! Ceramah Ustaz Azhar Idrus disabotaj!
- Plat WWW 1 dipasang pada Proton Satria Neo (Gambar)
Sebar! Respon pemenang Nobel Keamanan terhadap Hijab Posted: 09 Jun 2012 06:10 PM PDT TAWAKKULl Karman ialah seorang wanita yang memenangi Anugerah Nobel (Noble Laureate) Keamanan berasal dari Yaman. Beliau juga lebih dikenali sebagai Ibu Revolusi Yaman. Apabila wartawan bertanya kepada beliau mengenai pakaiannya yang menutup aurat, Hijab (tudung kepala) yang disifatkan sebagai tidak sesuai untuk tahap intelektual dan pendidikan beliau, Tawakkul Karman telah menerangkan dengan cukup jelas untuk kita semua renungi dan ambil iktibar. Apa jawapan Tawakkul Karman? "Manusia di zaman awal peradaban hampir telanjang, seiring dengan pencapaian ilmu dan tamaddun manusia, mereka mula mengenakan pakaian. Makin lama makin banyak untuk menutupi tubuh badan mereka. Apa yang saya pakai hari ini melambangkan pencapaian tertinggi peradaban manusia dan ianya bukan satu langkah kebelakang. Malah, manusia yang mula meninggalkan pakaianlah orang yang ingin mundur dan kembali ke zaman purba." ReJaM© "Semoga perkongsian ini ada manfaatnya... " |
Panas! Ceramah Ustaz Azhar Idrus disabotaj! Posted: 09 Jun 2012 03:43 PM PDT PELIK tapi benar, ceramah agama pun ada juga orang yang tergamak melakukan sabotaj. Difahamkan ada pihak cuba menyebarkan maklumat yang salah tentang lokasi ceramah Ustaz Azhar Idrus melalui sms berantai. Hal ini didedahkan oleh salah seorang pihak penganjur yang terlibat menguruskan ceramah beliau di seluruh negara (pihak Studio Mukmin). Beliau memaklumkan melalui akaun facebook bahawa ada segelintir pihak cuba menyebarkan sms palsu mengatakan kononnya ceramah Ustaz Azhar Idrus esok (malam ini) berpindah lokasi ke Masjid Jamek Parit Jawa. Namun sebenarnya lokasi ceramah penceramah bebas terkenal itu masih kekal akan diadakan di Masjid Jamek Sungai Abong, Muar. Di bawah ini printscreen kenyataan beliau [facebook]. Menyaksikan sambutan anak muda yang sangat luar biasa terhadap ceramah agama yang disampaikan oleh Ustaz Azhar Idrus, nampaknya sudah ada pihak yang busuk hati dan sanggup melakukan perbuatan khianat. Adakah semua ini rentetan kemunculan Ustaz Azhar Idrus memberikan ceramah agamanya di Himpunan Hijau yang dianjurkan oleh Parti Islam, PAS baru-baru ini menyebabkan Gerombolan Songkok Tinggi mula melakukan sabotaj? ReJaM© "Perbuatan jahat akan dibalas jahat... " |
Plat WWW 1 dipasang pada Proton Satria Neo (Gambar) Posted: 09 Jun 2012 02:10 AM PDT SALAH seorang sahabat pembaca mengirimkan gambar nombor plat yang menjadi kontroversi baru-baru ini iaitu WWW1. Nombor plat ini dimiliki oleh Sultan Johor yang dibida pada harga RM520,000. Tentu ramai yang tertanya-tanya mengenai kereta kenderaan apakah yang akan menggunakan nombor plat paling mahal ini. Ini berikutan Sultan Johor memiliki banyak koleksi kereta-kereta mewah termasuk supercar paling mahal di dunia. Teka-teki mengenai kereta manakah yang bakal menggunakan nombor plat termahal itu akhirnya terjawab apabila ia dilihat terpasang pada sebuah kereta buatan Malaysia, Proton Satria Neo. ReJaM© "Harga No plat boleh beli sepuluh biji Satria Neo... " |
You are subscribed to email updates from MiLo SuaM To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan