Ahad, 10 Jun 2012

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


Seluar Muhyiddin Terlondeh, Lupa Siapa Bayar Sewa Rumahnya Semasa Jadi Menteri

Posted: 10 Jun 2012 01:16 AM PDT

Kajang: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mencabar Tan Sri Muhyiddin Yassin menjelaskan kepada rakyat siapakah yang membayar sewa rumahnya ketika dia mula-mula menjadi menteri di Kuala Lumpur.

"Saya nak tanya siapa bayar sewa rumah dia tatkala dia jadi menteri di Kuala Lumpur.

"Saya tahu sebab masa itu saya bos dia, saya timbalan perdana menteri.

"Jawab la...nak lawan sangat," katanya dalam nada mencabar.

Beliau berkata demikian sewaktu menyampaikan ceramah Merdeka Rakyat di Stadium Kajang di sini malam tadi.

Menurut Anwar, selepas menjadi menteri besar Johor, Muhyiddin dilantik menjadi menteri dan ketika itulah sewa rumahnya dibayar oleh orang lain.

Beliau membuat cabaran itu bagi menjawab gesaan Muhyiddin semalam yang mahu Anwar menjelaskan dakwaan yang dihadapinya 13 tahun lalu kononnya mempunyai aset dan wang tunai bernilai RM3 bilion.

Anwar turut mengulangi kesediaanya untuk sedia mendedahkan akaun banknya dengan syarat Muhyiddin yang juga timbalan perdana menteri sedia berbuat perkara sama.

"Muhyiddin Yasin, kamu nak siasat saya tiada masalah.

"Ok, cek akaun kamu, dan cek akaun saya," katanya.

Dalam pada itu, lebih 5,000 orang membanjiri stadium kajang malam tadi.

Biarpun hujan renyai-renyai, mereka tidak berganjak mendengar kupasan isu-isu terbaru dari pimpinan Pakatan rakyat.

Selain Anwar, antara pimpinan utama lain yang turut berceramah malam tadi adalah Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shaharin, AJK PAS Pusat Dr. Mujahid Yusof dan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim.

Pada ceramah terbut juga menyaksikan 150 orang menyerahkan borang menyertai PKR cabang Hulu Langat.

Ceramah malam tadi diakhiri dengan tembakan bunga api sejurus selesai ucapan Anwar. -HD



Ulasan GB

Begitu segera Allah memperkenankan doa GB sebelum ini. Khaled Nordin telah terima "imbuhan"nya terlebih awal apabila terpaksa menarik balik sekatan PTPTN terhadap pelajar UNISEL baru-baru ini. Sekarang giliran Muhyiddin pula. Kita bukan takbur, tetapi demikianlah hukum kebenaran dan keadilan serta janji RasulNya: doa orang yang dizalimi itu tiada hijab diantaranya dengan Allah.

Isu PTPTN: Semuga Allah Segera Turunkan Pengajarannya Kepada Dua Menteri Ini

Sekarang ini mari sama-sama kit berdoa agar Allah menurunkan pengajarannya kepada SPR, JPN, SPRM, PDRM, JPM dan lain-lain yang melakukan kerja-kerja khianat untuk memenangkan UMNO BN di dalam pilihanraya akan datang.

Setelah tuntutan kita supaya daftar pemilih dibersihkan dan Suruhanjaya Diraja dibentuk untuk menyiasat task-force pemberian Mykad kepada warga asing tidak diindahkan, maka tiada pilihan lain, selain mengadu kepada Allah swt supaya semua perancangan mereka digagalkan dan mereka diberikan pengajaran sewajarnya untuk tidak berlaku khianat kepada rakyat.

GB yakin Allah akan memperkenankan doa kita. Allah telah memperkenankan banyak doa-doa kita dan salah satu yang terbesar ialah munajat menghalau parasit UG dari PAS dahulu:

Penutup Bagi Isu Hassan Ali: Munajat Yang Diterima Allah


Kematian Koperal Mustaghni, Seorang Anggota Polis Trafik Ditahan Reman

Posted: 09 Jun 2012 10:20 PM PDT

Klang: Polis menahan reman seorang anggota polis trafik berusia 51 tahun mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan untuk membantu siasatan kes kematian Koperal Mustaghni Tabri, 48, kelmarin.

Gambar: Allahyarham Mustaghni Tabri yang meninggal dunia akibat terkena balingan objek disyaki dari seorang anggota polis lain.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusop berkata, anggota trafik yang direman itu berpangkat koperal yang disyaki membaling satu objek ke arah mangsa.

Arwah Mustaghni terbabit dalam insiden itu ketika bertugas dalam operasi mencegah lumba haram di Lorong Bunga Raya berhampiran Kampung Raja Uda di sini, jam 1.45 pagi, Ahad lalu.

"Dia direman bermula hari ini (semalam) sehingga Khamis bagi membantu siasatan berhubung kes.

"Empat lagi anggota yang ditahan bersamanya kelmarin dibebaskan dengan jaminan polis," katanya ketika dihubungi Metro Ahad di sini, semalam.

Ditanya berhubung perkembangan siasatan terhadap beberapa objek yang dirampas polis dari lokasi kejadian, Mohamad berkata, semua objek terbabit akan dihantar ke Jabatan Kimia, esok.

"Kita belum boleh dedahkan apa-apa maklumat berhubung objek itu selagi laporan siasatan mengenainya belum selesai." katanya.

Kelmarin, lima anggota polis ditahan jam 4 pagi di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan.

Lima anggota polis berusia 45 hingga 51 tahun itu ditahan selepas siasatan terkini mendapati kecederaan parah Koperal Mustaghni sehingga membawa kematiannya berpunca daripada lontaran objek seorang daripada anggota polis terbabit dan bukan akibat libasan topi keledar mat rempit sebagaimana dinyatakan sebelum ini.

Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah, dipetik berkata, punca sebenar kematian mangsa masih disiasat, namun kecederaan disahkan bukan kerana dipukul dengan topi keledar tetapi akibat terkena lontaran objek keras.


"Siasatan dijalankan menjurus pelbagai aspek bagi membongkar kejadian sebenar, termasuk kemungkinan ia dilakukan untuk mempertahankan diri atau terkena pada mangsa.

"Kami merampas beberapa objek yang dipercayai boleh membantu siasatan dan harap tiada pihak yang membuat sebarang spekulasi sehingga siasatan selesai," katanya, semalam. -MA

Ulasan GB

Kebelakangan ini banyak kejadian lemparan batu dan besi berlaku. Ramai yang tidak mengaku melakukan perbuatan tersebut. Dan polis seperti tidak mengindahkan lansung aduan-aduan yang dilakukan mangsa.

Hukum kebenaran dan keadilan pun menjelma. Kes di atas terkena kepada batang hidung anggota polis sendiri dan seorang anggotanya yang tak berdosa menjadi mangsa.

Barulah polis bangkit untuk menyiasat. Tup tup, anggota polis sendiri yang membaling!

Laporan sebelum ini
klik untuk baca






Apabila UMNO Dibelasah Ahlinya, Ia Petanda Jelas UMNO Di Penghujung Usia

Posted: 09 Jun 2012 08:03 PM PDT

Zam: Kesilapan besar Tunku dan Dr Mahathir

Tan Sri Zainuddin Maidin mendakwa banyak pihak tidak menyedari bahawa Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dan Tun Dr Mahathir Mohamad telah melakukan "kesilapan besar" semasa menyandang jawatan perdana menteri iaitu masing-masing dalam kes Singapura menyertai Malaysia dan membawa masuk Datuk Seri Anwar Ibrahim ke dalam kerajaan dan Umno.

Wartawan veteran dan bekas Menteri Penerangan itu berkata, tindakan Tunku Abdul Rahman membawa masuk Singapura ke dalam Malaysia pada 1963, yang mana turut sama membawa bersamanya dasar 'Malaysian Malaysia' telah memberikan kesan kepada negara.

Singapura keluar dari Malaysia dua tahun kemudian.

Dalam pada itu, Zainuddin juga mendakwa Dr Mahathir membawa masuk Datuk Seri Anwar Ibrahim juga satu kesilapan kerana tindakannya yang dikatakan memporak-perandakan perpaduan bangsa.

"Ramai antara kita tidak menyedari, dua pemimpin Agung dari Kedah, Tunku Abdul Rahman dan Dr. Mahathir telah membuat dua kesilapan besar yang menjadi masalah kepada negara ini hingga sekarang.

"Tunku membawa masuk Singapura ke dalam Malaysia yang mana turut sama membawa bersamanya Malaysian Malaysia sementara Dr. Mahathir membawa masuk Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kemudianya telah memporakperandakan perpaduan bangsa," katanya lagi.

Dr Mahathir memecat Anwar pada September 1998. Ketika dipecat, Anwar merupakan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.

"Di sebalik kesilapan Tunku dan Dr Mahathir mempunyai terlalu banyak tugu-tugu jasa yang mereka bina bagi melindungi kelemahan mereka," kata beliau yang dipetik dari entri blognya.

Zainuddin yang lebih dikenali sebagai Zam juga berkata, "tercatit sebagai sejarah mulia, dengan sokongan kuat seorang nasionalis rakyat, Allahyarham Tun Ghafar Baba, Dr Mahathir dengan berani menunjukkan kuasa rakyat bila maruah mereka mula terjejas dengan mengingatkan raja-raja tentang Raja Berperlembagaan demi untuk mengikis feudalisme."

Beliau yang turut memuatkan kenyataan Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri yang pertama berkata, walaupun berketurunan diraja, beliau tetap menyedari kuasa rakyat yang disebutkan dalam tulisannya.

"Ketika itu beliau berada dalam krisis dengan Sultan Selangor dan juga dengan abangnya Sultan Kedah. Saya akan mendedahkannya dalam ruangan Z fail di blog ini," katanya.

Zainuddin yang mula aktif sebagai blogger menggunakan moto 'Setiakawan Demi Warisan, Kemanusiaan dan Kerukunan' memaparkan tiga ruang utama pendedahan maklumat untuk dikongsi dengan rakyat sepanjang penglibatan beliau sebagai wartawan sehinggalah menjadi seorang menteri Kabinet.

Antara ruangnya Z fail, Pintas dan cerita Zam merupakan rangkuman daripada pengalaman kewartawanan yang dilalui yang telah diterbitkan dalam bentuk buku pada tahun 1980 bertajuk 'Pertama dan Terakhir'. -SH

Thamrin nasihat ahli tinggalkan Umno

PETALING JAYA: Agak melucukan apabila seorang veteran Umno menasihati ahli-ahli Umno supaya meninggalkan parti yang usang itu dalam ceramahnya.

Bekas Exco Pergerakan Pemuda Umno Thamrin Ghafar berkata, Umno dahulu dan Umno sekarang sudah tidak sama dan lebih baik ahli- ahli Umno meninggalkan parti itu untuk menjamin masa depan yang lebih cerah.

"Pemimpin Umno dahulu berjuang dengan ikhlas, kerana bangsa dan agama tetapi pemimpin Umno sekarang lebih berminat untuk menimbun kekayaan dan terlibat dengan rasuah," katanya dalam satu ceramah di Markas PAS Titi Seorang, Parit Buntar semalam.

Beliau yang masih menjadi ahli Umno meluahkan rasa kesalnya dengan perkembangan mutakhir ini di mana perjuangan Umno jauh menyimpang dari matlamat asalnya.

Menurut Thamrin, banyak penipuan berlaku dalam daftar pemilih di antaranya, dengan membawa masuk warga asing dari Kemboja untuk menjadi pengundi pada pilihan raya umum (PRU) ke 13 nanti.

"Umno sudah tidak betul, tidak gentleman, banyak penyelewengan dan rasuah serta mereka merasa bimbang untuk berdepan dengan rakyat pada PRU13," ujar beliau.

Mengenai perhimpunan Bersih 3.0 beliau berkata, Barisan Nasional mungkin boleh jatuh sekiranya lebih ramai rakyat bangkit untuk menentang kezaliman dan kejahatan mereka.

Bersih 3.0 katanya, ialah suatu usaha murni yang harus disokong kerana NGO itu menuntut lapan perkara bagi menjamin pilihan raya yang bersih dan adil.

Beliau berjanji untuk mendedahkan lebih banyak lagi keburukan dan kedurjaan Umno pada masa-masa yang akan datang.

Mengenai pendedahan ini dengan menggunakan pentas PAS beliau berkata, "biar Umno pesat saya, saya tidak hairan."

Lebih 1,000 penyokong PAS dan Pakatan Rakyat hadir pada majlis ceramah itu. Turut hadir Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang dan juga Ahli Parlimen Parit Buntar, Mujahid Yusof Rawa.
-FMT




[Bergambar] Fenomena Ustadz Azhar Idrus

Posted: 09 Jun 2012 05:01 PM PDT

Ustaz Azhar Idrus, penceramah dari Terengganu yang semakin mendapat tempat di hati masyarakat khususnya remaja. Setiap kali beliau berceramah, tidak kira dimana, ribuan yang hadir.

Dahulunya Ustaz seorang gitaris dalam satu kumpulan band muzik sekitar Kuala Terengganu "band boy". Dan sempat membuat beberapa persembahan di stadium-stadium.

Setelah kumpulan muziknya mengambil keputusan untuk buat rakaman, Ustaz menarik diri kerana tujuanya hanya suka-suka sahaja menyertai kumpulan muzik bukannya untuk mencari glamor.

Ustaz yang aktif bersukan dan pernah mewakili Terengganu dalam acara berbasikal pada tahun 1980an. Dan menjadi rutin kelapangan masa waktu malam, Ustaz akan berbasikal meronda sekitar Bandar Kuala Terengganu bersama-sama kawan-kawan. Dan ada juga yang meminta Ustaz untuk merasmikan program berbasikal.

Ustaz Azhar pernah bekerja dengan Utusan Malaysia cawangan Kuala Terengganu sebagai artis grafik. Selepas berkahwin seminggu pada tahun 1990, Ustaz mengambil keputusan berhenti kerja dan bekerja sebagai mencanting batik dan ketika inilah beliau memperlajari bidang ilmu agama secara bersungguh-sungguh.

Tiada alasan baginya hujan dan ribut. Beliau yang pergi mencari guru-guru agama dan belajar dirumah guru berkenaan.

Perubahan diri Ustaz kearah menjadi seorang yang bersungguh belajar agama kerana kawan baiknya seorang ketua "Punk" menghilang diri selama 5 tahun dan apabila muncul kembali kawannya ini satu perubahan yang amat ketara daripada pemakaian dan tingkahlakunya. Tahulah Ustaz bahawa kawannya ini belajar di Patani.

Apabila melihat kehebatan kawannya ini, timbul rasa ingin menjadi sepertinya juga.

Berikut adalah butiran biodata mengenai beliau yang ditemui di beberapa blog.

# Bersekolah di Sekolah Inggeris Sultan Sulaiman Kuala Terengganu hingga Tingkatan 6.
# Pernah menjadi seorang guru muzik pada tahun 1985
# Mulai belajar agama sekitar tahun 1990.
# Belajar secara talaqqi lebih kurang dengan lapan orang guru dalam tempoh 12 tahun.
# Antara guru beliau ialah Tuan Guru Haji Muhammad Zin Pondok Lubuk Pandan Wakaf Tapai.

Boleh tengok video ceramah kat bawah ni yang diambil dari salah satu kuliah beliau, Ustaz Azhar Idrus cerita sendiri sejarah dan riwayat hidupnya:




Lampiran:







S: Saya masih muda, mana patut saya pilih dulu, haji atau kahwin?
Ust:Kalo kamu tengok tiang lampu nampak macam awek, wajib kahwen dulu.

S: Selepas dengar ceramah ustaz malam ini apa patut dibuat?
Ust: Balik rumah makan nasi la, tanya aku plak, mana aku tau.

S: Ular dan Kala jengking sunat dibunuh, boleh ustaz terangkan tentang haiwan ini?
Ust: Buka channel Astro "Animal Planet". Aku bukan pakar hewan.

S: Apa hukum besarkan payudara?
Ust: Adoi macam-macam, guna bahan kekal seperti silikon haram, tp dgn cara bersenam, nak besar mana pon boleh..

S: Bolehkah bergambar bersama dengan makwe?
Ust: Boleh jika bertiga, dan bapak makwe tu duduk ditengah-tengah.

S: Apa hukum asyik teringat kekasih lama?
Ust: Ini soal hati, x berdosa,sedangkan selipar jepun yang hilang pon kita teringat2

S: Ketika berwudhu' saya selalu terasa nak terkentut,Tolong saya ust..
Ust: Nak kentut pon mintak tolong aku..Kentut kena tahan sendirilah.

S: Betul ke ustaz kata pakai tudung tu xwajib?
Ust: Betul, boleh tutup rambut pakai baldi asalkan x nampak..tapi tebuk sikit lubang untuk mata..

S: Dimana ustaz beli kopiah?
Ust: Mentang2 boleh tanya soalan, itupon tanya, nasib baik xtanya kat mana aku beli underware..


Rafizi Terbit Filem ‘Lembu NFC 2012′

Posted: 09 Jun 2012 08:38 AM PDT

Dalam usaha memberi tekanan dan memastikan rakyat mengingati skandal National Feedlot Corporation, Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli menerbitkan sebuah filem yang menyindir projek berkenaan.

Kartun karya kartunis Zunar ini mungkin boleh dijadikan 'poster' untuk filem terbaru Rafizi

Selaku penerbit tidak rasmi filem itu, kata Rafizi, filem komedi bercorak satira itu merupakan kaedah baru yang digunakan untuk memberi tekanan kepada kerajaan dan pihak yang terlibat dalam penyelewengan NFC.

"Kita akan umumkan secara terpeinci dalam masa terdekat. Kita sudah bersetuju tentang nama-nama pelakon dan tajuk filem yang boleh mengingatkan rakyat tentang sandiwara NFC,"

"Kita nak filem lembu ini menjadi filem top untuk tahun 2012," katanya ketawa ketika dihubungi keadilan Daily.

Rafizi berkata, 'skrip' bagi filem itu sudah siap dan dijangka bakal menjalani pengambaran tidak lama lagi.

Berbeza dengan video-video klip di internet sebelum ini, katanya, filem berkenaan bakal menampilkan kelainan baru di ruang maya, selain sesuai dijadikan tayangan dalam program atau ceramah anjuran KEADILAN.

Bagaimanapun, beliau tidak dapat memberitahu nama pengarah dan pelakon terlibat sebelum pengumuman dibuat, yang dijangka pada minggu hadapan.

Dalam pada itu, Rafizi berkata pihaknya akan terus mendedahkan penyelewengan pinjaman mudah oleh kerajaan itu ketika perbicaraan saman yang difailkan Datuk Seri Shahrizat Jalil bermula Ogos ini.

"Bila kita disaman, kita akan gunakan peluang di mahkamah dan pastikan segala penyelewengan ini dibawa kepada rakyat," katanya.

Skandal NFC menggemparkan negara apabila pendedahan demi pendedahan dilakukan KEADILAN berhubung penyelewengan dana sebanyak RM250 juta dilakukan NFCorp yang dimiliki keluarga Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Jalil.

Hasil tekanan KEADILAN, suami Shahrizat yang juga pengerusi Esekutif NFCorp, Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail dihadapkan ke mahkamah atas dua tuduhan pecah amanah dan dua tuduhan melanggar Akta Syarikat.

Sebelum ini, KEADILAN mendedahkan pinjaman RM250 juta digunakan untuk tujuan selain penternakan lembu. Antaranya membeli dua unit kondominium mewah di Kuala Lumpur, tiga unit kondo di Singapura, dua lot tanah di Putrajaya dan kereta Mercedez Benz selain sebuah apartmen mewah di Kazakhstan. -KD

Pelajar Kolej Ditahan Khalwat Di Pangsapuri

Posted: 09 Jun 2012 05:34 AM PDT

Beri alasan tumpang tidur

AMPANG - Seorang pelajar wanita memberi alasan menumpang tidur di rumah teman lelakinya ketika ditahan anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan Pegawai Masjid Al-Azim, di sebuah pangsapuri di sini, awal pagi semalam.

Pasangan yang ditahan disoal siasat oleh penguat kuasa Jais.

Pasangan berusia 20 tahun itu ditahan bersama tiga lelaki lain di rumah sama pada jam 12.40 pagi.

Pegawai Masjid Al-Azim, Ahmad Nawi Othman berkata, selepas mendapat maklumat penduduk, beliau bersama anggota penguat kuasa pergi ke rumah berkenaan.

"Difahamkan jiran berkenaan mahu menegur kerana keadaan bising di rumah sewa lelaki itu sehingga mengganggu ketenteraman awam sebelum mendapati terdapat seorang wanita di rumah tersebut

"Ketika disoal siasat, wanita itu yang merupakan penuntut sebuah kolej itu memberi alasan menumpang tidur kerana tandas di asramanya rosak.

Difahamkan wanita berkenaan sudah seminggu berada di rumah tersebut," katanya.

Operasi itu dijalankan mengikut Seksyen 29, Enakmen Jenayah Syariah Jais 1995, jika disabit kesalahan boleh didenda RM3,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali. -SH

Ulasan GB

Dasyat betul kehidupan remaja masakini. Boleh tumpang tidur di rumah "teman".

Sudah terlalu jauh dengan nilai keagamaan.

Tiada ulasan: