Jumaat, 8 Jun 2012

MiLo SuaM

MiLo SuaM


Gabungan Mahasiswa Islam kecam pembekuan PTPTN Unisel

Posted: 07 Jun 2012 06:12 PM PDT

GABUNGAN Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) membantah dan mengecam tindakan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan Perbadanan Tabung Pinjaman Tinggi Nasional (PTPTN) yang melaksanakan pembekuan sementara pinjaman PTPTN ke atas pelajar Universiti Selangor (Unisel) khususnya kepada pelajar baru ambilan bulan April yang lepas. Tindakan tersebut jelas sekali menunjukkan sikap tidak bertanggungjawab Kerajaan Malaysia dan bercanggah dengan moto"Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan".

Bantahan dan kecaman ini berasaskan kepada perkara-perkara berikut :

PTPTN ditubuhkan adalah bertujuan untuk memberi pinjaman pendidikan kepada pelajar yang mengikuti pengajian di Institut Pengajian Tinggi (IPT) tempatan bagi menyara yuran pengajian dan kos sara hidup. Sejumlah RM43 billion yang diluluskan oleh kerajaan dan dengan hanya RM27.5 billion yang dibayar kepada para peminjam, sepatutnya menjadikan PTPTN berkemampuan menjalankan fungsinya ke atas semua IPT yang berkaitan tanpa pengecualian ke atas IPT tertentu.

KPT atau PTPTN tidak selayaknya menafikan hak para pemohon yang berkelayakan dan memohon dengan mengikut prosedur yang telah ditetapkan apatah lagi ke atas para mahasiswa di sebuah IPT berprestij seperti Unisel yang telah terbukti melahirkan ramai graduan berkualiti. Kegagalan menyediakan pinjaman pengajian tersebut akan merencatkan prestasi akademik para pelajar.

Pembekuan pinjaman PTPTN dengan alasan untuk menguji kemampuan Kerajaan Negeri Selangor yang diperintah oleh Pakatan Rakyat untuk menyediakan pendidikan percuma dan menghapuskan pinjaman pendidikan tersebut adalah tindakan yang tidak professional bahkan amat jelek sekali kerana telah menjadikan mahasiswa sebagai mangsa.

Oleh hal yang demikian, GAMIS menuntut supaya :

PTPTN segera mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung isu pembekuan pinjaman PTPTN ke atas mahasiswa Unisel dengan menyatakan sebab-sebab pembekuan tersebut dibuat.

PTPTN dan KPT segera menamatkan polisi pembekuan tersebut serta membuka semula dan menerima permohonan yang dibuat oleh mahasiswa Unisel.

Tan Sri Muhyiddin Yassin (Timbalan Perdana Menteri), Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin (Menteri Pengajian Tinggi) dan Dato' Hj. Ismail Hj. Mohamed Said (Pengerusi PTPTN) sebagai pihak yang bertanggungjawab berhubung isu, memohon maaf kepada mahasiswa Unisel dan Kerajaan Negeri Selangor.

GAMIS, Inspirasi Anak Muda

Akram Ikrami Taib Azamudden
Presiden Gamis

BN cuba beli ahli parlimen Pakatan Rakyat RM2 Juta

Posted: 07 Jun 2012 03:22 AM PDT

SEBELUM ini, banyak dakwaan bahawa Regime Barisan Nasional menggunakan wang untuk terus berkuasa. Sering kali dakwaan cubaan membeli ahli parlimen Pakatan Rakyat dilaporkan namun belum ada bukti yang jelas atau sekadar dakwaan mulut.

Namun kali ini menjelang pilihanraya umum ke 13, YB Khalid Samad Ahli Parlimen Shah Alam daripada Parti Islam, PAS nampaknya telah bersedia mendedahkan rakaman cubaan sebuah NGO yang bertindak sebagai ejen BN untuk membeli pemimpin PR agar melompat parti [Sinar].



Ahli parlimen Pakatan Rakyat yang terlibat ditawarkan wang berjumlah RM2 Juta agar melompat parti oleh dua ejen sebuah Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang mewakili BN.


ReJaM© "BN dan rasuah tidak dapat dipisahkan, tak percaya tanya Mahathir... "

Panas! Usul tergempar parlimen berhubung skandal Scorpene

Posted: 07 Jun 2012 02:32 AM PDT





Rujukan Anda :
Rujukan Kami : P121-LEMBAH PANTAI/PARLIMEN/12/06/USUL 01
Tarikh : 07 Jun 2012 / 17 Rejab 1433H


Yang Berhormat Tan Sri Datuk Seri Panglima Pandikar Amin Haji Mulia
Yang di-Pertua Dewan Rakyat
Parlimen Malaysia
Bangunan Parlimen
50680 Kuala Lumpur


Assalamualaikum w.b.t Tan Sri Datuk Seri Yang di-Pertua,

PERKARA: USUL MENANGGUHKAN MESYUARAT DI BAWAH PERATURAN MESYUARAT 18

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

Merujuk kepada Peraturan Mesyuarat 18 (1) dan (2), dengan ini saya mohon mencadangkan supaya Majlis Mesyuarat ditangguhkan dengan tujuan merundingkan perkara tertentu berkenaan kepentingan orang ramai yang berkehendak disegerakan.

Saya, Nurul Izzah Anwar ( Lembah Pantai ) mohon mencadangkan:

"Bahawa Dewan ini mendesak agar Kerajaan Malaysia dan Kementerian Pertahanan Malaysia menjelaskan secara terperinci berkenaan dengan isu komisen dan penjualan dokumen rasmi sulit dalm kes Kapal Selam Scorpene.

Pendedahan isu komisen dan penjualan dokumen rasmi sulit Kementerian Pertahanan Malaysia mengenai Kapal Selam Scorpene kepada Syarikat Pertahanan Perancis seperti yang didakwa oleh SUARAM di Bangkok pada 30 Mei 2012 yang dikatakan menggugat keselamatan dan kedaulatan negara."

Tan Sri Yang di-Pertua,

Suatu dokumen yang sangat sulit iaitu penilaian Tentera Laut Malaysia terhadap Kapal Selam kelas Scorpene yang akan dibeli oleh kerajaan itu didakwa telah "dibeli" oleh sebuah Syarikat Pertahanan Perancis.

Laporan yang didedahkan oleh Peguam Perancis, Joseph Breham, yang mewakili NGO hak asasi manusia, Suaram, mendakwa syarikat berkenaan didakwa membayar 36 juta euro (RM142 juta) kepada Terasasi (Hong Kong) Ltd, dikatakan untuk kerja-kerja "kejuruteraan komersial". Dokumen rahsia tersebut oleh Tentera Laut Malaysia adalah satu penilaian untuk tempahan kapal selam berkenaan, yang merupakan laporan yang sangat sulit.

Tan Sri Yang di-Pertua,

Pendedahan ini perlu diperjelaskan kepada Dewan Yang Mulia ini dan kepada Rakyat Malaysia betapa seriusnya isu ini lebih-lebih lagi melibatkan Rahsia Pertahanan Negara. Kita tidak mahu rahsia negara boleh digadaikan begitu sahaja demi kepentingan politik sesetengah pihak.

Dalam isu ini, saya menggesa Kerajaan Malayisa menjelaskan secara terperinci peranan Terasasi (Hong Kong) Sdn Bhd yang didakwa menjual rahsia negara kepada syarikat Perancis berhubung urusniaga RM 4 bilion untuk membeli kapal selam Scorpene.

Dewan Yang Mulia ini juga tidak pernah dimaklumkan berkenaan dengan peranan Terasasi dan juga peranan yang dimainkan Abdul Razak Baginda dalam transaksi yang melibatkan kertas penilaian Scorpene.

Saya memohon agar Dewan yang Mulia membincangkan serta merta perkara ini yang melibatkan rahsia pertahanan Negara dan perkara ini perlu dibahaskan dan diperjelaskan kepada rakyat Malaysia.

Akhir sekali, demi memelihara maruah Malaysia dan rahsia pertahanan Negara, atas perkara yang tertentu ini yang melibatkan kepentingan rakyat umum yang perlu disegerakan, saya mohon usul ini dibahaskan.

"Demi Malaysia Yang Lebih Baik"

Sekian. Wassalam.

Yang berkhidmat,





Nurul Izzah Anwar
Ahli Parlimen Lembah Pantai



S.k Yang Berbahagia Datuk Roosme Binti Hamzah
Setiausaha Dewan Rakyat
Parlimen Malaysia
Bangunan Parlimen
Jalan Parlimen
50680 Kuala Lumpur



Tiada ulasan: