Kelab Greenboc |
- Sekat PTPTN: Tindakan Menteri Terus Terima Kecaman
- Berbeza Dengan PAS, Perjuangan Umno Terhenti Hanya Setakat Lubang Kubur
- Sekat PTPTN: Semua Pihak Kutuk & Kecam Langkah Menteri
- Isu "Haram Jadah": Najib Bakal Disaman Malu Oleh ANAK
- [VIDEO] Khalid Samad Dedah Video Agen Umno-BN Cuba Beli MP PKR RM2juta
- Isu PTPTN: Semuga Allah Segera Turunkan Pengajarannya Kepada Dua Menteri Ini
Sekat PTPTN: Tindakan Menteri Terus Terima Kecaman Posted: 08 Jun 2012 12:34 AM PDT PTPTN-Unisel: Gamis gesa batal segera sekatan GABUNGAN Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) membantah dan mengecam tindakan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang melaksanakan pembekuan sementara pinjaman PTPTN ke atas pelajar Universiti Selangor (Unisel) khususnya kepada pelajar baru ambilan bulan April yang lepas. Tindakan tersebut jelas sekali menunjukkan sikap tidak bertanggungjawab Kerajaan Malaysia dan bercanggah dengan moto "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan". Bantahan dan kecaman ini berasaskan kepada perkara-perkara berikut : PTPTN ditubuhkan adalah bertujuan untuk memberi pinjaman pendidikan kepada pelajar yang mengikuti pengajian di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) tempatan bagi menyara yuran pengajian dan kos sara hidup. Sejumlah RM43 billion yang diluluskan oleh kerajaan dan dengan hanya RM27.5 billion yang dibayar kepada para peminjam, sepatutnya menjadikan PTPTN berkemampuan menjalankan fungsinya ke atas semua IPT yang berkaitan tanpa pengecualian ke atas IPT tertentu. KPT atau PTPTN tidak selayaknya menafikan hak para pemohon yang berkelayakan dan memohon dengan mengikut prosedur yang telah ditetapkan apatah lagi ke atas para mahasiswa di sebuah IPT berprestij seperti Unisel yang telah terbukti melahirkan ramai graduan berkualiti. Kegagalan menyediakan pinjaman pengajian tersebut akan merencatkan prestasi akademik para pelajar. Pembekuan pinjaman PTPTN dengan alasan untuk menguji kemampuan Kerajaan Negeri Selangor yang diperintah oleh Pakatan Rakyat untuk menyediakan pendidikan percuma dan menghapuskan pinjaman pendidikan tersebut adalah tindakan yang tidak profesional bahkan amat jelek sekali kerana telah menjadikan mahasiswa sebagai mangsa. Oleh hal yang demikian, Gamis menuntut supaya: PTPTN segera mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung isu pembekuan pinjaman PTPTN ke atas mahasiswa Unisel dengan menyatakan sebab-sebab pembekuan tersebut dibuat. PTPTN dan KPT segera menamatkan polisi pembekuan tersebut serta membuka semula dan menerima permohonan yang dibuat oleh mahasiswa Unisel. Tan Sri Muhyiddin Yassin (Timbalan Perdana Menteri), Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin (Menteri Pengajian Tinggi) dan Datuk Ismail Mohamed Said (Pengerusi PTPTN) sebagai pihak yang bertanggungjawab berhubung isu, memohon maaf kepada mahasiswa Unisel dan Kerajaan Negeri Selangor. -SH PTPTN Unisel: Abim anggap hasil politik memualkan klik untuk baca |
Berbeza Dengan PAS, Perjuangan Umno Terhenti Hanya Setakat Lubang Kubur Posted: 07 Jun 2012 11:20 PM PDT Umno semakin resah dan gelisah. Tun Dr Mahathir Mohamad, mantan perdana menteri juga semakin resah dan gelisah. Kebanjiran lebih 100,000 penyokong PAS pada Himpunan Hijau ke Putrajaya di Stadium Darul Aman, Alor Setar pada 1 Jun lalu membuat Umno dan Dr Mahathir semakin resah dan gelisah. Hingga terpantul dari mulut Dr Mahathir mendakwa peserta Himpunan Hijau diupah untuk hadir di himpunan tersebut dan ini menunjukkan reaksi spontan mereka yang membayangkan keresahan dan kegelisahan. Kebangkitan rakyat seramai itu memang tidak diduga, bukan sahaja oleh Dr Mahathir dan pemimpin-pemimpin Umno terutama di Kedah tetapi oleh PAS sendiri. Kesilapan Dr Mahathir kerana beliau menyangka penyokong dan ahli PAS boleh diupah, dibeli dengan wang ringgit seperti yang berlaku secara berleluasa dalam Umno. Beliau menyangka ahli PAS boleh dibeli, disogok dengan wang ringgit. Kesilapan beliau kerana menganggap PAS seperti Umno. Beliau sendiri akui Umno sudah rosak kerana bergelumang dengan rasuah hingga menjadi budaya, cara hidup dan darah daging. Malang sekali kerana Dr Mahathir tidak dapat membezakan di antara parti sekular dan parti teologi, di antara Umno dan PAS. Umno ialah sebuah parti sekular lagi perkauman manakala PAS sebuah parti yang mendokong perjuangan Islam berdasarkan Al Quran dan As- Sunnah. Manusia berfikiran sekular tidak akan dapat memahami dan membezakan di antara perjuangan sebuah parti yang berasaskan Islam dan perjuangan parti yang berasaskan sekular dan kebangsaan. Perjuangan PAS mengadunkan aktiviti dakwah dan politik. Perjuangan Umno mengambil kebangsaan dan menolak agama (Islam). Barangkali beliau tidak sedar bahawa penyokong PAS yang hadir di Himpunan Hijau terpaksa membayar RM60 sebagai tambang bas menggunakan wang poket sendiri untuk menyertai Himpunan Hijau di Alor Setar. Ini tidak termasuk lagi makan minum dan tempat tinggal yang kesemuanya ditanggung sendiri oleh penyokong PAS dengan penuh kerelaan. Berbeza dengan ahli Umno, seperti yang Dr Mahathir sendiri menyedarinya, semuanya dibayar. Makan minum, tambang pengangkutan, tempat tinggal semuanya dibayar. Ahli PAS sudah ditarbiyyah Semua ahli PAS ditarbiyyah untuk bekerja untuk parti dengan ikhlas, kerana Allah SWT semata-mata, jauh sekali dari matlamat untuk mendapatkan habuan dan harta benda. Perjuangan PAS adalah berdasarkan ayat 10 dan 11, Surah As-Saff. Firman Allah SWT bermaksud: "Wahai orang-orang beriman! Mahukah aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya? "Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan RasulNya serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengah harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya)." Mana mungkin manusia sekular seperti Dr Mahathir yang mempunyai pemikiran yang keliru dan salah menurut pandangan Al Quran memahami ayat-ayat ini. Perjuangan yang berasaskan sekular dan kebangsaan terhenti setakat di lubang kubur sahaja manakala perjuangan berasakan Islam sampai di akhirat. Kebimbangan Dr Mahathir ini juga mungkin tercetus ekoran kebangkitan parti Islam, Ikwanul Muslimun di Mesir yang diambang mencapai kemenangan pada pilihan raya presiden yang sedang berlangsung selepas kejatuhan Hosni Mubarak. Mubarak, 84 yang hampir sebaya dengan Dr Mahathir, dikenakan hukuman penjara seumur hidup di atas kesalahan menyebabkan kematian ratusan penunjuk perasaan di Dataran Tahrir awal tahun ini. Kebangkitan Arab Spring inilah yang dibimbangi oleh pemimpin-pemimpin Umno, termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menuduh parti pembangkang mahu mengguling kerajaan. Pemimpin-pemimpin Umno di Kedah juga turut resah dan gelisah apabila menyaksikan kebangkitan rakyat, penyokong PAS lebih dari 100,000 orang hadir, membanjiri stadium itu sehingga melimpah ruah. Kenyataan Setiausaha Umno Kubang Pasu, Samsuddin Ahmad yang meremeh-temehkan Himpunan Hijau ini dalam satu wawancara dengan FMT semalam, juga mencerminkan rasa resah dan gelisah yang selama ini tertanam di lubuk hati. -FMT |
Sekat PTPTN: Semua Pihak Kutuk & Kecam Langkah Menteri Posted: 07 Jun 2012 08:01 PM PDT Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) tidak wajar menyekat penuntut Universiti Selangor (Unisel) daripada terus menikmati kemudahan pinjaman agensi itu walaupun pembangkang berpendirian ia patut dimansuhkan, kata Khairy Jamaluddin hari ini. Ketua Pemuda Umno menegaskan, para penuntut tidak seharusnya menjadi mangsa dalam perbalahan antara PTPTN dan Kerajaan Selangor. "Walaupun terbukti Kerajaan Selangor gagal untuk memberikan pendidikan percuma kepada negeri yang ditadbir oleh mereka, perkara sebegini tidak seharusnya berlaku kerana keutamaan harus diberi kepada pelajar. "Mereka ini datang daripada pelbagai kelompok, bukan semua berkemampuan untuk membayar yuran pengajian. "Oleh itu PTPTN harus mengambil kira perkara tersebut sebelum membuat sebarang keputusan mengenai pembekuan itu," kata beliau dalam satu kenyataan SMS hari ini. Semalam, pemimpin-pemimpin PKR termasuk Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengecam tindakan PTPTN menyekat kemudahan pinjaman kepada pelajar Unisel. Unisel terletak di bawah Kerajaan Negeri Selangor. Mereka mendakwa PTPTN mengambil tindakan itu atas arahan Khaled. Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli mendakwa Khaled menyekat kemudahan PTPTN kepada penuntut-penuntut Unisel. "Saya mencabar Datuk Seri Khaled Nordin untuk menjelaskan kepada rakyat sama ada tindakan menyekat pinjaman PTPTN kepada pelajar Unisel ini adalah arahan beliau sendiri? "Jika itu benar, tindakan itu perlu dikutuk dan beliau wajar meletakkan jawatan kerana mengamalkan politik berdendam yang tidak lagi sesuai dengan arus politik mutakhir," kata beliau. Selepas mesyuarat Exco Kerajaan Negeri semalam, Khalid berkata, Kerajaan Persekutuan tidak ada hak untuk menyekat permohonan pinjaman Perbadanan PTPTN pelajar-pelajar baru yang akan mendaftar di Unisel. Sehubungan itu tegas Menteri Besar, tidak wajar mengheret pelajar yang tidak bersalah ke kancah politik. -SH MCA, MIC disagree with PTPTN freeze Sekat PTPTN mempercepat kejatuhan BN Beku PTPTN UNISEL, Bukti BN Politikkan Pendidikan Ulasan GB Tak sampai 1 hari GB berdoa agar Allah Segera Turunkan Pengajarannya Kepada Dua Menteri Ini, berduyun-duyun pemimpin masyarakat, kerajaan dan pembangkang mengutuk dan mengecam tindakan menteri yang bertanggungjawab menyekat PTPTN ke atas mahasiswa UNISEL. Satu bentuk kezaliman dan kekejaman hasil dari perhitungan politik busuk oleh Khaled Nordin dan Muhyiddin Mohd Yassin yang menjadikan "pelajaran" sebagai bahan untuk menganiaya dan menekan keraaan PR di Selangor. Semalam GB tulis: Berlagak seolah-olah kamu "Tuhan" paling berkuasa di atas dunia dengan menganiaya nasib para pelajar UNISEL. Cuba menunjukkan kononnya kamu paling pintar untuk menguji kerajaan Selangor. Mujurlah Kerajaan Selangor cepat membuat keputusan untuk mencairkan aset bagi membantu mahasiswa berkenaan. Muga-muga kerajaan PR Selangor berjaya mengatasi masalah ini dengan bijak dan biar rakyat menilai dan Allah menghukum tindakan UMNO BN yang zalim itu. klik untuk baca |
Isu "Haram Jadah": Najib Bakal Disaman Malu Oleh ANAK Posted: 07 Jun 2012 05:07 PM PDT Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) akan menghantar notis menuntut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membuat permohonan terbuka berhubung ucapannya yang menyebut 'haram jadah' kepada peneroka, 8 Mei lalu. Presiden Anak, Mazlan Aliman berkata notis itu akan dihantar ke kediaman rasmi Najib di Putrajaya pada 15 Jun, selepas solat Jumaat. "Peguam Anak telah meneliti beberapa kali ucapan Najib dan ternyata ia mengandungi kenyataan berniat jahat, jijik dan dan tidak sepatutnya. "Kita akan serah notis dan kalau notis ini juga tidak dilayan, kita akan teruskan hasrat saman malu terhadap Najib," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut, dekat sini hari ini. Beliau juga memberitahu, Anak akan menganjurkan perhimpunan besar-besaran membantah penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (Berhad), dijangka pada bulan ini. Mazlan berkata, pihaknya akan menghimpunkan sekurang-kurangnya 20,000 orang di Kuala Lumpur terdiri daripada pelbagai badan bukan kerajaan (NGO) bagi tujuan itu. Katanya, perhimpunan itu merupakan kemuncak kepada usaha Anak selepas usaha dilakukan selepas segala pendekatan diplomasi mereka tidak diendahkan. "Sebelum ini Anak sudah guna semua saluran undang-undang. Memorandum pernah dihantar kepada perdana menteri, kita pergi ke Suruhanjaya Koperasi Malaysia, pergi ke Suruhanjaya Sekuriti, tapi mereka tidak mahu dengar pandangan kami," kata beliau. Mazlan yang juga penyelaras Gerakan Selamat Felda (GSF) berkata, pihaknya mengisytihar perang terhadap Datuk Seri Najib Razak, Tan Sri Isa Samad, Ahmad Maslan dan pihak yang menyokong penyenaraian FGVH yang akan dimuktamadkan pada 28 Jun ini. "Oleh kerana pandangan kita tidak diendah, Anak umumkan isytihar perang ke atas mereka dan akan akan adakan kempen radikal selama tiga minggu ini," katanya. Mazlan juga yakin himpunan itu akan mendapat sambutan berdasarkan maklumbalas yang diterima daripada pelbagai NGO dan orang perseorangan yang tidak berpuas hati dengan penyenaraian FGVH. "Saya yakin Anak mampu himpunkan jumlah yang besar kerana sebelum ini ramai yang dah hubungi saya tanya samaada Anak merancang himpunan atau tidak dan saya rasa inilah masanya," katanya sambil manambah lokasi dan tarikh perhimpunan tersebut akan diumumkan minggu hadapan. -HD klik untuk baca |
[VIDEO] Khalid Samad Dedah Video Agen Umno-BN Cuba Beli MP PKR RM2juta Posted: 07 Jun 2012 08:14 AM PDT Shah Alam : MP Shah Alam, Khalid Samad hari ini secara eksklusif mendedahkan rakaman video yang menunjukkan cubaan agen Umno-BN yang didakwa terlibat dalam rundingan untuk membeli wakil rakyat PKR dengan nilai RM2 juta tahun lalu. Video gambar stil berdurasi empat minit di salah sebuah restoran di Lembah Klang itu menunjukkan perbincangan antara lima individu yang dikatakan cuba merasuah MP PKR terbabit supaya lompat parti. Khalid yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor berkata, dua daripada lima individu itu didakwa sebagai wakil Umno-BN, manakala dua lagi iaitu seorang lelaki dan seorang wanita dikenalpasti sebagai wakil PKR bagi MP tersebut. Sementara seorang lagi, kata Khalid adalah pemandu bagi salah seorang agen Umno-BN berkenaan. "Rakyat Malaysia harus sedar bahawa ini adalah taktik kotor Umno-BN dalam cubaan untuk membeli MP Pakatan yang telah dipilih oleh rakyat untuk mewakili pihak lain tetapi dengan tawaran jutaan ringgit, mereka akan belot. "Tetapi ini merupakan satu cubaan yang selama ini telah disebut banyak kali tetapi ini mungkin kali pertama kita dedahkan buktinya," katanya. Beliau berkata, video asal berdurasi tiga jam itu hanya akan didedahkan sepenuhnya Selasa depan bersama pendedahan MP Pakatan yang cuba dibeli. Tambahnya, beliau turut mempunyai bukti lanjut yang mendedahkan pertemuan agen Umno-BN dengan niat untuk membeli serta merasuah 15 pimpinan Pakatan supaya belot terhadap parti mereka. Bagaimanapun jelasnya, laporan polis terhadap perkara tersebut hanya akan dibuat selepas pendedahan video itu selesai dilakukan. "Kalau Umno-BN cuba nak menafikan, kita akan beri mereka peluang sehingga Selasa depan untuk buat kenyataan. Kalau mereka mahu tonton video ini dulu pun, terpulang kepada mereka. "Tetapi hakikatnya pembelian MP yang dilakukan secara bersungguh-sungguh dengan agen-agen yang mengenalpasti calon untuk lompat parti telah gagal. MP yang ditawarkan dengan duit itu akan tampil memberi keterangan," ujarnya. Sidang media dan pendedahan rakaman video tersebut boleh di ikuti dibawah. -selangorku |
Isu PTPTN: Semuga Allah Segera Turunkan Pengajarannya Kepada Dua Menteri Ini Posted: 07 Jun 2012 05:34 AM PDT Menteri sahkan PTPTN beku pinjaman siswa Unisel Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengesahkan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) membekukan pinjaman kepada mahasiswa baru Universiti Industri Selangor (Unisel) milik kerajaan Selangor. Pembekuan itu bertujuan memberi peluang kepada Pakatan Rakyat membuktikan mereka mampu memberikan pendidikan percuma di negeri itu, lapor Utusan Malaysia. Mohamed Khaled dipetik sebagai berkata, pihaknya beranggapan Unisel bersedia memberikan pendidikan percuma kepada para pelajar, sekali gus menolak PTPTN. "Kita percaya kesungguhan kerajaan Selangor yang dikuasai PKR untuk melaksanakan pendidikan percuma, maka ia dilihat pinjaman PTPTN tidak diperlukan. "Sehubungan itu, PTPTN menangguhkan buat sementara waktu kepada para pelajar baru Unisel. Bagaimanapun, ia tidak termasuk kepada pelajar yang sedang menuntut kerana masih terikat dengan perjanjian," beliau dipetik sebagai berkata kepada akhbar Umno itu. Malaysiakini kelmarin melaporkan permohonan mahasiswa baru Unisel untuk mendapatkan pinjaman PTPTN dibekukan dan difahamkan ia dimaklumkan secara dalaman tanpa sebarang pekeliling. Tinjauan Malaysiakini di laman forum PTPTN turut mendapati terdapat jawapan bahawa pinjaman itu "ditangguhkan buat sementara waktu". Muhyiddin: 'Adil' untuk PTPTN uji dasar PKR Ulasan GB Kami menyatakan bahawa PTPTN dihapuskan hanya apabila kami menakluk Putrajaya, dimana pembelajaran akan diberikan percuma apabila wang negara diselamatkan daripada terus disalahguna dan disonglap oleh kroni-kroni kamu yang menyebabkan negara kini tidak dapat menyediakan pelajaran kepada para pelajar selain daripada terpaksa menanggung bebanan hutang yang tinggi selepas graduasi. Muhyiddin berkata kepada wartawan: "Soalan kamu sangat berniat jahat". Kita jawab tindakan kamu yang menyekat PTPTN kepada mahasiswa itu lebih jahat dan lebih zalm! Berlagak seolah-olah kamu "Tuhan" paling berkuasa di atas dunia dengan menganiaya nasib para pelajar UNISEL. Cuba menunjukkan kononnya kamu paling pintar untuk menguji kerajaan Selangor. GB pernah ulas sebelum ini Langkah PTPTN membekukan pinjaman kepada para pelajar UNISEL adalah satu bentuk kekejaman dan kezaliman UMNO BN ke atas kerajaan PR Selangor dimana kali ini para pelajar dijadikan mangsa selagai langkah amat terdesak UMNO BN merampas negeri Selangor. Teruskan sekatan jika dengan cara itu kamu kira boleh meruntuhkan kerajaan PR di Selangor. Kami akan berdoa ke hadhrat Ilahi agar Dia menurunkan pengajaran kepada kamu dan parti kamu berdua supaya kamu menyedari bahawa tindakan kamu itu menyalahi hukum kebenaran dan keadilan dan perbuatan kejam dan zalim kamu itu layak untuk dibalas dengan setimpal oleh Allah swt. |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan