MiLo SuaM |
- Panas! Skandal Scorpene dilapor dalam akhbar Vietnam
- Dr Mahathir bayangkan hanya orang bodoh dalam Umno
- Tarian K-Pop versi PKR: penaja hantar surat mohon maaf
- Panas! Gambar TG Nik Aziz salam wanita bukan muhrim
Panas! Skandal Scorpene dilapor dalam akhbar Vietnam Posted: 06 Jun 2012 07:36 PM PDT AKHBAR online berbahasa Inggeris berpengaruh Vietnam pada 4 Jun lalu menyiarkan laporan berhubung isu skandal kapal selam Scorpene yang membabitkan orang nombor satu negara. "Submarine deal resurfaces to haunt Malaysia's top man" (Pembelian kapal selam timbul kembali menghantui pemimpin teratas Malaysia), itulah tajuk yang tersiar di The Phnom Penh Post. Di bawah ini ReJaM© cuba terjemah tulisan yang dilaporkan di akhbar tersebut. Kalau ada cikgu Bahasa Inggeris di sini, tegurlah mana-mana yang silap. Keputusan yang telah dibuat di Paris bulan lalu bermakna bahawa episod paling sensasi di rantau ini akan timbul kembali bersama dendam. Ianya bermula 12 tahun lalu semasa Perdana Menteri Malaysia memegang portfolio pertahanan dan telah memesan dua buah Kapal Selam Scorpene dari pembuat kapal selam Perancis, DCNS berharga US$400 juta setiap satu. Pembelian melalui orang tengah Razak Baginda, yang menerajui Institut Kajian Strategi Malaysia, yang dibiayai oleh Najib dan direka untuk memperluaskan kerjaya politiknya. Sebagai pendedahan penuh, biar saya dedahkan bahawa saya selalu bertemu dengan Razak semasa bertugas di Kuala Lumpur sekitar tahun 1990 an dan sering bertemu beliau setiap kali ke Malaysia. Bagaimanapun, ketika beliau dipilih untuk pembelian Scorpene, saya telah meninggalkan Kuala Lumpur dan tidak lagi berjumpa dengannya sehinggalah kami berjumpa semula di Venice, Italy sewaktu persidangan ASEAN-EROPAH 2002. Razak hanya hadir sebentar, dan bila saya bertanya kepadanya mengapa begitu tergesa-gesa, katanya dia diperlukan di Paris untuk satu rundingan penting pertahanan. Kemudian diketahui di parlimen Malaysia bahawa komisyen terhadap sub kontrak itu adalah 114 euro juta, atau sekitar $160 juta pada waktu itu. Wang itu telah dibayar ke dalam sebuah akaun bank di Kuala Lumpur milik Perimekar, sebuah syarikat yang baru sahaja ditubuhkan oleh Razak sebelum kontrak tersebut ditandatangani dan ia langsung tidak memiliki rekod menguruskan perolehan pertahanan sebelum ini. Adalah didakwa $160 juta telah dibahagi-bahagikan di antara Razak, Najib dan tokoh-tokoh lain di dalam United Malays National Organization, Umno sebuah parti yang dominan di dalam gabungan parti pemerintah Malaysia. Berdasarkan dakwaan ini, polis Perancis telah menggeledah pejabat-pejabat DNS dan merampas longgokan dokumen-dokumen menunjukkan pembayaran rasuah yang sangat besar. Dan bulan lalu, selepas memeriksa dokumen-dokumen tersebut, hakim Roger Le Loire telah mengarahkan satu siasatan jenayah dilakukan. Kebarangkalian tinggi ia akan melibatkan subpoenas (memanggil sebagai saksi) kedua-dua Razak dan Perdana Menteri Najib untuk hadir ke mahkamah. Bagaimanapun, sebelum menumpukan kepada isu yang dramatik itu kita harus ingat bahawa ketika rundingan dibuat terhadap kontrak tersebut, sesuatu yang luar biasa berlaku kepada Razak. Dia telah jatuh cinta. Meskipun Razak seorang yang mementingkan keluarga dengan imej umum yang berprofil tinggi dan sudah lama mencontohi mentornya Najib yang suka merayu wanita, hubungan kali ini jelas sekali berbeza. Dia sudah tersangkut dan terpesona terhadap wanita itu - seorang model Monggolia yang begitu mempersonakan bernama Altantuya "Tuya" Shaaribuu. Tidak lama selepas bertemunya di Hong Kong, Razak membawanya menjelajah ke eropah menaikki ferrari merahnya, makan dan minum (wine) di kesemua tempat-tempat menarik dan ia berakhir di Paris di mana mereka bertemu Najib. Altantuya yang cantik manis dan memahami banyak bahasa ini juga cukup bijak dan cepat belajar tentang rasuah besar tehadap rundingan kapal selam. Dia dikatakan meminta bahagian untuk dirinya. Namun dia tidak henti-henti mengugut Razak, manakala Razak yang bimbang perbuatan itu akan menjatuhkannya, cuba untuk menamatkan hubungan mereka. Dia tidak akan dapat bahagiannya, dan dalam keadaan terdesak, Razak telah memberitahu Najib dan polis telah dipanggil untuk menyahkannya. Dua pegawai Cawangan Khas telah melakukan tugas itu dan menculiknya. Mereka merogolnya, menembak kepalanya dan meletupkan badannya dengan bom C4 yang diperolehi dari kementerian pertahanan Najib - sebagai langkah keselamatan, mereka telah memadam data kemasukan Altantuya ke Malaysia daripada rekod-rekod imegresen. Hasilnya, Altantuya lenyap. Namun terima kasih kepada tekanan yang berterusan daripada keluarga dan kedutaan Mongolia, jenayah tersebut akhirnya didedahkan dan mereka yang terlibat telah ditangkap - kesemuanya tentu sekali kecuali Najib. Selepas perbicaraan panjang yang begitu mendebarkan, dua orang polis telah dihukum mati manakala Razak dibebaskan. Bagaimanapun dengan siasatan yang dilancarkan oleh hakim Le Loire di Paris, nampaknya dia akan dipanggil kembali ke mahkamah. Dan PM Najib juga takkan terlepas begitu mudah, kerana isu ini akan dibangkitkan di parlimen minggu hadapan dan akan memberi kesan kepada pilihanraya umum yang akan datang. Maka kematian Tuya yang begitu mengerikan tidak akan sia-sia. Sumber: [The Phnom Penh Post] ReJaM© "Penat betul translate, menyesal gua translate kah kah kah... " |
Dr Mahathir bayangkan hanya orang bodoh dalam Umno Posted: 06 Jun 2012 03:43 PM PDT SEMALAM sekeping gambar "photoshop failed" memaparkan gambar Tuan Guru Nik Aziz kononnya tersenyum gembira bersalaman dengan wanita bukan muhrim (Ambiga) disebarkan oleh cybertrooper upahan Umno. Gambar itu dilihat sengaja direkacipta untuk menjatuhkan maruah Tuan Guru Nik Aziz, rujuk sini [Nik Aziz salam wanita bukan muhrim] Ramai pembaca yang terkejut melihat gambar yang begitu jelas diedit atau dengan kata lainnya superimpose tahap budak sekolah tadika. Kalau difikirkan, kenapa agaknya cybertrooper upahan Umno ini begitu bodoh? Sebenarnya tidak ada apa yang menghairankan, sebelum ini Tun Mahathir pernah membayangkan bahawa hanya orang-orang kurang bijak dan takut kedudukannya tergugat sahaja yang tinggal di dalam Umno. Berikut petikan berita (screenshot) dari akhbar online milik The Star, rujuk sini [mStar] Tun Mahathir menjelaskan bahawa, kebanyakkan orang muda yang cerdik pandai seperti jurutera dan doktor telah menyertai Parti Islam, PAS. Maka beliau jelas membayangkan bahawa hanya pemimpin-pemimpin yang kurang bijak sahaja tinggal di dalam Umno. Tidak hairanlah mereka menghalang mahasiswa yang bijak pandai daripada berpolitik, kenakan pelbagai undang-undang untuk menghalang orang-orang bijak pandai berpolitik. Apa yang tinggal hanyalah mat rempit bohsia bohjan dibiarkan menjadi pencacai yang mudah dipergunakan untuk mengekalkan kuasa. ReJaM© "Kalau pemimpin pun dah kurang bijak apa lagi cybertrooper? " |
Tarian K-Pop versi PKR: penaja hantar surat mohon maaf Posted: 06 Jun 2012 12:23 PM PDT SEJAK semalam kecoh di internet terutama di blog-blog pro Regime Barisan Nasional berhubung isu tarian K-Pop wanita separuh bogel di program "Bertam Nite" anjuran PKR rujuk sini [Tarian separuh bogel]. Pihak penganjur telah memberi penjelasan berhubung hal ini, mereka mendakwa pihak penaja Public Pavilion Holding Sdn Bhd tidak peka kepada kehendak penganjur rujuk sini [Tarian K-POP PKR]. Hal ini benar-benar mencalarkan imej Parti Keadilan Rakyat, ReJaM© mendapat maklumat bahawa DS Anwar betul-betul marah dengan hal ini dan meminta laporan lengkap daripada penganjur program tersebut. Penganjur difahamkan segera meminta penjelasan pihak penaja dan meminta mereka mengakui kesalahan agar tidak mencemarkan nama baik KEADILAN. Hasilnya, pihak penaja telah menghantar satu surat rasmi permohonan maaf kepada pihak penganjur. Di bawah ini surat permohonan maaf yang dimaksudkan. Nampaknya nama baik pihak penaja, Public Pavilion Holding Sdn Bhd sudah tercemar kerana terpaksa menanggung akibat daripada ketidakpekaan mereka. Apa pun mereka wajar dipuji kerana bersikap "gentlement" dengan pantas memohon maaf. Apa pun perkara dah berlaku, yang salah tetap salah dan patut dikecam agar tidak berulang di lain hari. Apa yang pasti Ketua Umum KEADILAN, DS Anwar Ibrahim dan Presiden, Dr Wan Azizah betul-betul marah dengan ketidakcekapan penganjur sehingga perkara ini boleh berlaku. Difahamkan, pihak penganjur akan dikenakan tindakan tegas kerana memburukkan nama KEADILAN. info lanjut rujuk sini [ASD] ReJaM© "Janganlah ikut perangai Umno... " |
Panas! Gambar TG Nik Aziz salam wanita bukan muhrim Posted: 06 Jun 2012 01:09 AM PDT GAMBAR ini diambil dalam blog sahabat. Korang tengok gambar ni baik-baik, korang percaya ke TG Nik Aziz akan buat perkara macam ini? Korang percaya ke TG Nik Aziz akan bersalam dengan perempuan bukan muhrim dengan sengaja seperti ini? Difahamkan, gambar ini sedang rancak disebarkan oleh cybertrooper upahan Regime Umno dan BN di internet. ReJaM© agak skeptical, betul ke sebodoh ini cybertrooper Umno punya propaganda? Apa-apa hal korang tengok sendiri dalam blog yang dimaksudkan di atas, rujuk sini [Batu vs kayu] ReJaM© "Kalau betul cybertrooper Umno yang buat, mereka membodohkan diri sendiri... " |
You are subscribed to email updates from MiLo SuaM To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan