MiLo SuaM |
- Harussani pertikai orang bertakbir dalam ceramah (video)
- Sekat pinjaman pelajar baru Unisel PTPTN sudah jadi ejen BN
- Lagi 957 peneroka saman Felda RM 525 juta
- Pakar ramal Facebook akan lenyap dalam masa 8 tahun
- Tarian Kpop versi PKR : Penjelasan penganjur
- Tarian separuh bogel K-Pop versi PKR?
Harussani pertikai orang bertakbir dalam ceramah (video) Posted: 05 Jun 2012 11:56 PM PDT MUFTI Perak, Tan Sri Harussani dalam sebuah wacana anjuran Sinar Harian yang turut dihadiri oleh Tuan Ibrahim Tuan Man, mempertikaikan amalan bertakbir di dalam ceramah. Kritikan itu dilihat ditujukan kepada para penyokong Parti Islam, PAS yang sering bertakbir dalam setiap ceramah yang dianjurkan mereka. Menurut Harussani, sepanjang 72 umurnya beliau tidak pernah melihat amalan itu kecuali kebelakangan ini. Beliau juga menjelaskan, amalan bertakbir di dalam ceramah ini boleh mengganggu penceramah yang sedang bersyarah. Beliau menyifatkan ia sebagai "bukan tempatnya" untuk bertakbir di dalam ceramah-ceramah. ReJaM© tidak berhasrat untuk memberi ulasan kepada kenyataan beliau. Beliau seorang mufti, dan berumur ilmu agama dan pengetahuannya tentu sekali jauh kalau nak dibandingkan dengan ReJaM© sekadar blogger jalanan. Apa pun, Tuan Ibrahim Tuan Man diakhir rakaman mengulas ringkas, "Saya rasa takbir ni lebih baik daripada hidup melayulah. Daripada kita dok ceramah hidup Melayu, hidup Melayu pahala tak dapat apa pun tak dapat". Tambah beliau lagi "Sekurang-kurangnya jika kita takbir, kita ingat pada Allah, kita tak lagha. Tan Sri kata terganggu penceramah mungkin sebab tak biasa dengar, kalau biasa dengar (orang bertakbir) ok..." Berikut video yang dimaksudkan. ReJaM© "Ulama berselisih pendapat itu suatu rahmat... " |
Sekat pinjaman pelajar baru Unisel PTPTN sudah jadi ejen BN Posted: 05 Jun 2012 10:06 PM PDT ANGKATAN Muda Keadilan Malaysia (AMK) menyelar tindakan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang bertindak menggantung sebarang permohonan pelajar Universiti Selangor (Unisel) untuk mendapatkan pembiayaan pengajian mereka. Ini dimaklumkan kepada mahasiswa-mahasiswi IPT berkenaan sewaktu taklimat oleh Pengurusan IPT yang diadakan minggu ini sempena pembukaan semester baharu dan pengambilan baharu mahasiswa ke IPT berkenaan. Tindakan ini, menunjukkan bagaimana PTPTN telah menjadi ejen politik Umno-BN melalui cengkaman Kementerian Pengajian Tinggi untuk menekan IPTS khususnya yang beroperasi di Negeri-negeri Pakatan Rakyat, dalam konteks ini di Selangor. Ini tidak mengejutkan sementelahan sebelum ini juga, Umno-lah yang galak mengasak Kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor untuk membiayai pengajian mahasiswa/i khususnya di Unisel dan KUIS. Berikutan ketegasan PR menolak diskriminasi dan cengkaman hutang PTPTN ke atas mahasiswa/i, kini mereka dijadikan mangsa dengan penafian permohonan ini. Harus ditegaskan bahawa penjelasan telah diberikan malah diperincikan oleh Pengarah Strategi KEADILAN sewaktu berdebat dengan Ketua Pemuda Umno baru-baru ini berhubung isu konsesi melampau melibatkan pembinaan dan pengurusan Unisel dan KUIS yang menyebabkan Kerajaan Negeri terpaksa menanggung kos melebihi yang sewajarnya. Sungguhpun begitu, dalam Dialog AMK bersama Menteri Besar Selangor baru-baru ini, YAB Dato' Menteri Besar telah membayangkan kebarangkalian PTPTN menghentikan pembiayaan kepada mahasiswa/i Unisel dan KUIS akan berlaku. Dan AMK telah mencadangkan agar bagi kes sebegini, Kerajaan Negeri Selangor boleh menyusun pelan tindakan untuk menanggung kos pengajian mahasiswa/i yang baharu mendaftar di Unisel dan KUIS. Justeru, AMK melihat wujud kewajaran mendesak untuk Kerajaan Negeri Selangor mempertimbangkan opsyen menanggung kos pengajian tersebut. Buat PTPTN, 'sekalung tahniah' kerana berjaya mengesahkan bahawa mereka 'secara rasmi' telah menjadi ejen Umno untuk melaksanakan politik dendam Umno kepada PR. Tentunya tindakan ini menzahirkan satu lagi 'amalan diskriminasi kepada negeri Selangor. AMK menyarankan agar PTPTN meneruskan agenda membalas dendam sebegini, kerana ini secara relatifnya memudahkan tugas PR untuk terus meyakinkan rakyat bahawa pemansuhan PTPTN adalah sesuatu yang relevan dan harus dilakukan, melalui kuasa undi di dalam PRU-13 akan datang. Shamsul Iskandar Mohd Akin Ketua Angkatan Muda Keadilan Malaysia ReJaM© "Lihat bagaimana pemerintah menggunakan kuasa menzalimi pelajar! " |
Lagi 957 peneroka saman Felda RM 525 juta Posted: 05 Jun 2012 09:02 PM PDT RENTETAN daripada berhasilnya saman peneroka terhadap FELDA pada tahun 2010 apabila FELDA terbukti menipu peneroka selama lebih 17 tahun, kini lebih ramai peneroka bangkit menuntut hak mereka. Sebelum ini seramai 770 peneroka membabitkan lapan rancangan dari Felda Chini dan Felda Chini Timur, Pekan memfailkan saman serta menuntut ganti rugi sebanyak RM442 juta di Mahkamah Tinggi. Kali ini, Seramai 957 peneroka dari Felda Keratong 1 hingga 10, Rompin memfailkan saman dan tuntutan ganti rugi sebanyak RM525 juta berhubung penipuan serta pecah amanah terhadap Felda dan Felda Palm Industries Sdn Bhd di Mahkamah Tinggi [Sinar]. Selepas ini dijangka lebih ramai peneroka yang sedar mereka ditipu oleh Felda selama lebih 17 tahun akan tampil menuntut hak mereka di mahkamah. Biarlah Najib nak kata peneroka ini pengkhianat, tak mengenang budi atau apa sekalipun, apa yang jelas Felda dilihat telah menipu peneroka selama berbelas tahun, biarlah mahkamah yang tentukan. ReJaM© "Durian runtuh ambil, saman tetap saman... " |
Pakar ramal Facebook akan lenyap dalam masa 8 tahun Posted: 05 Jun 2012 02:44 PM PDT KEJATUHAN nilai saham Facebook akibat apungan pasaran saham syarikat barangkali menunjukkan perkara yang lebih buruk bakal berlaku. Seorang penganalisis senior pelaburan meramalkan syarikat itu akan mengalami kejatuhan dan lenyap dalam masa lapan tahun. Eric Jackson, dari syarikat Ironfire Capital meramalkan bahawa Facebook mengalami kejatuhan yang sama seperti bekas gergasi internet seperti Yahoo, kerana ia bersaing dengan syarikat-syarikat yang lebih baru. Menurutnya seperti yang dilaporkan oleh NBC, Facebook terpaksa berjuang dengan laman sesawang mobile yang lebih moden dan akhirnya ia akan lenyap. "Dalam masa lima hingga lapan tahun ia akan lenyap sama seperti bagaimana Yahoo lenyap. Yahoo masih menghasilkan wang, ia masih menguntungkan, masih memiliki 13,000 pekerja yang berkhidmat untuknya, namun nilainya kini hanya 10% daripada nilai pada tahun 2000" Kata Jackson. Faktor utama yang menjadi bencana kepada facebook menurut ramalan Jackson terhadap laman sosial ialah, ia akan menjunam kerana perubahan teknologi - ia terpaksa berjuang terhadap perpindahan pengguna kepada teknologi mudah alih. Facebook dilihat begitu agresif mensasarkan pengguna mudah alih dengan penghasilan pelbagai aplikasi baru, namun ia mesti menghasilkan aplikasi yang menguntungkan tanpa iklan yang begitu mengganggu. Jackson membahagikan syarikat-syarikat gergasi internet kepada 3 generasi - laman sesawang seperti Yahoo, laman sosial seperti Facebook dan syarikat mudah alih. "Apabila meneliti ketiga-tiga generasi ini, tidak kira betapa berjayanya anda di dalam satu generasi, nampaknya anda tidak akan mampu melakukannya dalam generasi seterusnya, tak kiralah berapa banyak wang anda di dalam bank, tak kira berapa banyak bijak pandai yang memiliki PhD bekerja untuk anda" tambah Jackson lagi. "Lihat betapa susahnya Google untuk berganjak kepada laman sosial, dan saya fikir Facebook akan menghadapi kesukaran yang sama untuk berganjak kepada applikasi mudah alih" tambahnya lagi. Menurutnya lagi, "Dunia bergerak semakin pantas, semakin banyak pesaing, tidak akan berkurangan, dan saya fikir mereka yang dominan sewaktu generasi awal tentu akan menghadapi kesukaran pada generasi seterusnya". Sumber: [Free Malays] ReJaM© "Biasalah, mana ada benda kekal di dunia ni... " |
Tarian Kpop versi PKR : Penjelasan penganjur Posted: 05 Jun 2012 05:56 AM PDT VIDEO rakaman tarian Kpop separuh bogel versi PKR yang heboh disebarkan di internet mendapat penjelasan pantas pihak yang terlibat. Rujuk sini [KPOP versi PKR] Salah seorang yang terlibat secara langsung di dalam majlis "Bertam Nite" anjuran PKR itu tampil memberikan penjelasan di laman sosial facebook milik beliau. Beliau menjelaskan bahawa berlaku kesilapan akibat penaja non-muslim yang tidak peka terhadap kehendak penganjur dan lari daripada persetujuan mesyuarat yang telah diadakan tiga kali sebelum itu. Malah beliau juga mengakui bahawa beliau sendiri telah bertindak pantas menghentikan tarian separuh bogel tersebut. Namun video yang disebarkan dilihat sengaja menyembunyikan hal ini. [Facebook] Nampaknya Umno cuba menanamkan persepsi bahawa PKR juga menganjurkan persembahan KPOP separuh bogel seperti yang dilakukan oleh mereka di himpunan Belia baru-baru ini dengan belanja jutaan ringgit. ReJaM© "Nice try, but you failed! " |
Tarian separuh bogel K-Pop versi PKR? Posted: 05 Jun 2012 04:11 AM PDT SEORANG pembaca mengirim video melalui email memaklumkan bahawa PKR juga ada menganjurkan persembahan penari separuh bogel, Kpop dalam "Bertam Nite" baru-baru ini. Tambah memeranjatkan, pengirim ini mendakwa ada menyimpan video tarian separuh bogel Kpop di dalam salah sebuah ceramah Parti Islam se Malaysia, PAS. Pengirim ini memaklumkan, rakaman penari separuh bogel dalam simpanannya menari dengan berlatar belakangkan bendera PAS. ReJaM© tak mahu percaya terus dengan berita ini, kerana seperti ada yang tak kena. Kalau dilihat video rakaman yang disiarkan ini tidak nampak seperti persembahan, kerana penari separuh bogel yang menari di atas pentas berlatar belakangkan bendera PKR, nampak seperti tidak bersedia. Mereka seperti menari ikut suka, dan berterabur. Maka agak sukar dipercayai jika penari ini sedang membuat persembahan tarian separuh bogel. Tambah lagi tiada rakaman penonton yang hadir. Jika benar persembahan ini wujud, pimpinan PKR patut mengambil tindakan ke atas penganjur yang memburukkan imej Parti Keadilan Rakyat. Seolah-olah PKR sama perangai seperti Umno. Di bawah ini video yang dimaksudkan, sila tonton dan nilai sendiri. ReJaM© "Adakah ini merupakan 'black operation' oleh pencacai Umno? " |
You are subscribed to email updates from MiLo SuaM To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan