Rabu, 6 Jun 2012

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


TGNA: "UMNO Nak Melaga-lagakan Orang, Dah Tak Dak Point"

Posted: 06 Jun 2012 12:09 AM PDT

Muzakarah: Nik Aziz bertelagah rekaan Umno

KOTA BHARU: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata laporan media arus perdana yang menyifatkan beliau bertelagah dengan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang adalah cerita rekaan Umno menjelang Pilihan Raya Umum ketiga belas (PRU13).

Gambar: Tuan Guru Nik Abdul Aziz mengiringi Sultan Muhammad V melawat gerai ekspo pertanian.

Perkembangan terbaru, media menggambarkan beliau berbalah dengan presiden parti mengenai isu 'Muzakarah PAS dengan Umno' menyebabkan sehingga kini muzakarah itu tertangguh.


Namun beliau yang juga Menteri Besar Kelantan menyifatkan itu adalah 'cerita Umno'.

"Cerita dia nak melaga-lagakan orang, dia sendiri tak dak hujah, tak dak point. Kerja dia melaga-lagakan orang (pimpinan PAS)," katanya sambil menambah perkara itu bukan menjadi 'isu' baginya.

Mengulas muzakarah itu, beliau hanya menyokong cadangannya adalah atas cadangan Presiden PAS, namun apabila cadangan itu ditarik balik, beliau pun menarik balik.

Tuan Guru Nik Aziz bercakap demikian kepada pemberita pada Majlis Perasmian Ekspo Pertanian Negeri Kelantan 2012 di pekarangan Stadium Sultan Muhammad IV di sini semalam.

Ekspo bertemakan 'Bertani Satu Ibadah, 'Kelantan Ke Arah Pertanian Organik' bermula semalam hingga 10 Jun itu disempurnakan perasmiannya oleh Sultan Muhammad V. -HD

[BERGAMBAR] ‎"Ku Lihat HIJAU" Lagi... ALLAHU AKBAR !!! -updated

Posted: 05 Jun 2012 10:37 PM PDT

Suntikan Semangat bagi Pejuang-Pejuang Tuntutan Royalty Minyak & Gas Kelantan & juga Pendaratan Hasil Minyak & Gas Perairan Negeri Kelantan ke Bachok, Kelantan...

Tuanku Sultan Muhammad ke-V hari ini berkenan menurunkan tanda-tangan Baginda ke atas Plak yang tertulis Titah Baginda pada sessi Pembukaan Sidang DUN yang lepas iaitu:

"Beta berharap GAS ini dapat didaratkan di negeri ini kerana Kelantan telah menyediakan ZON INDUSTRI PETROLEUM di Bachok seluas 4,000 ekar sejak tahun 1990-an lagi".

Sejurus selepas Tuanku menurunkan tandatangan Baginda, Tuanku meminta Tuan Guru Nik Abdul Aziz supaya menurunkan juga tandatangan beliau diatas Plak yang sama sebagai sokongan rakyat Kelantan menuntut royalti minyak.

Sumber:FB

Sultan tandatangani plak tuntutan royalti

KUALA LUMPUR: Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V berkenan mencemar duli menandatangani plak Tuntutan Royalti Petroleum.

Baginda berkenan melawat booth Royalti sebuah Gabungan Profesional Kelantan Menuntut Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas Ke Kelantan, bersempena Ekspo Pertanian Kelantan 2012 di pekarangan Stadium Sultan Mohamad IV, semalam.

Turut mengiringi baginda adalah Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga menurunkan tandatangan sokongan, lapor laman web Gerakan Menuntut Royalti Petroleum Kelantan http://royaltikelantan.com

Setiausaha Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti Kelantan (Gegar) Muhammad Hishamuddin Ghazali berkata sokongan Sultan Kelantan merupakan satu anjakan terbesar terhadap kempen tuntutan rakyat yang berterusan.

Ini juga menunjukkan bahawa perjuangan tersebut perlu disokong semua rakyat Kelantan.

Beliau mengulas tindakan Sultan Muhammad V yang menurunkan tandatangan pada plak semasa kempen tersebut diadakan di Ekspo Pertanian Kelantan 2012 yang berlangsung selama lima hari dari 5 Jun hingga 10 Jun 2012.

"Tindakan sokongan baginda yang merupakan ekspresi rakyat Kelantan atas dasar baginda Sultan sebagai pemimpin rakyat Kelantan.

Perjuangan Gegar tidak mengira sentimen politik kerana kami menuntut hak rakyat Kelantan yang dinafikan," Hisahmuddin mengulas.

Gegar meneruskan kempen tandatangani kain rentang selepas beberapa siri diadakan berjaya mengumpul lebih 50,000 tandatangan.

Gegar akan terus bergerak untuk menyemarakkan lagi kempen sehingga tuntutan rakyat ini berjaya.

Kerajaan Negeri Kelantan membuat tuntutan royalti berdasarkan perjanjian di bawah Akta 144 Petroleum Development Act 1974 yang ditandatangani oleh Kerajaan Negeri dan Persekutuan.

Laporan dari Jabatan Perangkaan bahawa cari gali petroleum itu telah beroperasi sejak 2004 dan tuntutan royalti lebih RM1 bilion itu dikira bermula dari 2004 hingga kini.
-HD










Tetapi,
tiada gambar yang lebih bermakna dan yang lebih indah
dari yang ini



Rais Yatim Naik Jobo Lagi! - Sakmongkol

Posted: 05 Jun 2012 07:09 PM PDT

Masyarakat Melayu harus bersatu demi kemenangan Barisan Nasional dalam pilihan raya umum akan datang bagi memastikan hak mereka tidak diketepikan pembangkang, kata menteri Kabinet hari ini dan mendakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim "tidak sayangkan Melayu, sistem beraja atau budaya Melayu." Dalam menarik undi masyarakat Melayu, Menteri Penerangan, Komunikasi, dan Kebudayaan, Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim (gambar) turut menuduh negeri Pakatan Rakyat (PR) mengabaikan tanggungjawab terhadap masyarakat Melayu.

Penyakit apa yang mengenai Rais Yatim ni? Apa hal mesti bersatu di belakang UMNO? Apa yang special dengan UMNO Mahathir ini? adakah ianya memberi kita kebebasan bertindak mengatasi undang2? Dalam UMNO kita kena bertindak tertakluk kepada undang2- di luar UMNO pun sama, kita semua mesti operate di bawah undang2. Jadi tidak ada special nya berada dalam UMNO. Perkara yang boleh di perjuangkan bersama UMNO, boleh juga di perjuangkan diatas wadah bukan UMNO. Berada dalam UMNO, adakah ianya memberi kita kekuatan luar biasa? Tidak ada. Jadi kenapa mesti kita bernaung di bawah UMNO yang telah membawa kerosakan kepada bangsa Malaysia?

Semenjak 2008, UMNO telah kehilangan standing untuk bercakap bagi pihak bangsa Melayu. Lebih besar jumlah orang Melayu yang tidak menyokong UMNO. UMNO hanya dapat 2.381 juta undian. Jika kita andaikan 380 ribu pengundi ketika itu adalah bukan Melayu, maka calun2 UMNO hanya dapat 2 juta undi. Baca sekali lagi- 2 juta undi!

Apa sudah jadi dengan dakwaan UMNO ada 3.2 juta ahli? Ini membuktikan bahawa 1.2 juta ahli UMNO sendiri telah menolak UMNO. Adakah 1.2 juta ini di rundung mala petaka kerana UMNO tidak menjaga mereka?


PAS adalah parti orang Melayu yang lebih Melayu dari UMNO. Maka jika kita guna lojik ekau-den Rais ni, maka orang Melayu are better off menyokong PAS dari UMNO. Amacam? Mari kita pakat ramai2 sokong parti PAS.

Adakah mereka jatuh sengsara kerana tidak menyokong UMNO? Melayu di Selangor, Kelantan, Pulau Pinang dan Kedah tidak pun musnah kerana tidak menyokong UMNO. Inilah yang terjadi apabila mulut lagi pantas dari otak dan inilah yang akan terjadi bila apa yang sepatutnya keluar dari lubang bawah, keluar dari lubang atas. Hanya Rais sahaja yang boleh lakukan perkara ini.

Apa yang kita perolehi kalau berada dalam UMNO ialah rasa selamat kerana berada dalam kumpulan. Safety in numbers. Itu sahaja. Perasaan yang sama di perolehi kelau orang Melayu bersatu kerana meyetujui suatu matlamat. Melayu bersatu dibawah perasamaan matlamat. Orang Melayu bersatu sesama sendiri tidak sama dengan MESTI bersatu di bawah hegemony UMNO. Bersatu sesama sendiri tidak semestinya bersatu di bawah telunjuk UMNO. UMNO tidak memberi orang Melayu matlamat. UMNO hanya memberi alasan untuk segelintir Melayu mengambil kesempatan.

Bagaimana orang Melayu memperjuangkan hak mereka? Tentu sekali bukan dengan bergantung kepada UMNO. Orang Melayu mencapai hak mereka dengan bersandar pada undang undang. Orang Melayu mencapai hak mereka dengan melayakkan diri mereka dengan berkerja kuat, dengan menyokong pendaulatan undang undang dan dengan memutuskan tali pergantungan kepada UMNO. UMNO hanya mengeksploitasi dan mengambil kesempatan keatas amanah yang di berikan orang Melayu.

UMNO telah memudaratkan orang Melayu dengan dasar dasar yang meruntuhkan orang Melayu. Kita ambil contoh layanan UMNO keatas warga Felda.

Orang Melayu FELDA suatu hari nanti akan jadi buruh estet yang menjual hasil mereka kepada syarikat FGV yang di miliki dan di kuasai oleh pihak ke3. Dari memiliki harta dan asset yang boleh di kuasai secara lansung, orang Melayu menggadai masa depan anak dan cucu mereka. Orang Felda yang menyokong penyeneraian FGV adalah pengkhianat kepada bangsa Melayu.

Bagaimana peneroka hari ini mahu mempertahan diri mereka dari di tuduh membeloti kepentingan masyarakat Felda? Tidak kah kita malu terlompat dan terkinja kinja menerima wang RM 15 ribu untuk sogokan menyerahkan jiwa dan raga Felda kepada bank2 dan perunding? Dan setiap keluarga hanya dapat RM 800 sahaja manakala pihak lain , yang sebermulanya tidak ada kena mengena dengan Felda, dapat lebih besar dari itu? kamu telah menggadai masa depan semua warga Felda apabila bersetuju menyerahkan segala asset dalam Felda Holdings kepada pihak putar alam. Jadi siapa yang mengkhianati bangsa Melayu dan siapa yang tidak sayangkan bangsa Melayu?

Bangang punya montori. -sakmongkol

[ZALIM] Sekatan Pinjaman PTPTN Untuk Pelajar UNISEL Percepat Runtuhkan UMNO BN

Posted: 05 Jun 2012 05:00 PM PDT

PTPTN 'beku' pinjaman untuk siswa baru Unisel

Permohonan siswa baru Universiti Selangor untuk mendapatkan pijaman melalui Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) telah dibekukan, menurut perbadanan tersebut.

Seorang pegawai PTPTN ketika dihubungi melalui talian pertanyaan badan tersebut mengesahkan bahawa perkara itu dimaklumkan secara dalaman melalui emel.

Katanya lagi, tiada pekeliling secara hitam putih dikeluarkan berkenaan langkah tersebut.

Tinjauan Malaysiakini di satu laman forum PTPTN hari ini turut mendapati bahawa pinjaman kepada pelajar baru Unisel "ditangguhkan buat sementara waktu."

Ruangan forum berhubung syarat permohonan pinjaman kendalian Kementerian Pengajian Tinggi itu turut menyatakan bahawa PTPTN tidak lagi memberi pinjaman kepada pelajar Unisel.

Perkara itu dinyatakan salah seorang moderator laman forum berkenaan yang menggunakan nama "ptptn1" ketika menjawab satu soalan berhubung pinjaman PTPTN untuk pelajar Unisel pada 8 Mei lalu.

Pinjaman 'ditangguhkan'

Dalam satu lagi jawapannya pada 31 Mei berhubung isu sama, moderator berkenaan menyatakan bahawa "pinjaman bagi pelajar yang ingin menyambung pengajian di Unisel ditangguhkan buat sementara waktu."

Mengulas tindakan itu, naib canselor Unisel Prof Dr Anuar Ahmad berkata perkara itu mula disedari apabila pelajarnya cuba memohon pinjaman tersebut melalui sistem dalam talian sejak April lalu.
Katanya, permohonan pinjaman untuk siswa kampus tersebut buat masa ini dibekukan.

Katanya, Unisel kemudiannya mengadakan perbincangan dengan PTPTN berhubung keputusan tersebut sejak minggu lalu.

Bagaimanapun, sebab pembekuan itu tidak dapat didedahkan kerana perbincangan masih berjalan, katanya lagi.

"Kita sedang berbincang dengan PTPTN jadi tidak banyak yang boleh didedahkan. Jika hujung minggu ini tiada makluman dari PTPTN kita akan hubungi mereka semula," katanya.

'Mangsa politik'

Tambahnya, tindakan tersebut mungkin menjejaskan pengajian lebih seribu pelajar yang baru mendaftar di Unisel.

"Jadi mereka ini kita benarkan meneruskan pengajian dan kita cuma minta bayar yuran pendaftaran RM500 sahaja," katanya.

Sementara itu, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah sewaktu dihubungi berkata beliau tidak dapat memberikan sebarang ulasan mengenai perkembangan tersebut.

"Saya sukar hendak komen hal ini. Minta maaf," katanya.

Exco pendidikan Selangor, Dr Halimah Ali pula dalam satu kenyataan berkata PTPTN seharusnya bersikap profesional dan tidak menjadikan siswa berkenaan sebagai "mangsa politik pihak tertentu."

Katanya, PTPTN tiada sebab untuk mendiskriminasi pelajar dari IPT tertentu yang memohon pembiayaan.

"Namapun Satu Malaysia, tetapi mengapa wujud sikap pilih kasih terhadap pelajar Unisel," kata anggota lembaga pengarah Unisel itu lagi seperti dipetik laman TV Selangor. -mk

Dr Halimah: PTPTN Digesa Bersikap Professional

SHAH ALAM 5 JUN : Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) digesa bersikap professional dan tidak menjadikan para pelajar Universiti Selangor (Unisel) sebagai mangsa politik pihak tertentu, tegas Dr Halimah Ali.

Dr Halimah yang merupakan Exco Pendidikan,Pendidikan Tinggi Dan Pembangunan Insan,yang dihubungi mengulas isu pembekuan pinjaman PTPTN berharap perkara itu dapat diselesaikan segara demi memastikan masa depan pelajar agar tidak terjejas.

"Sepatutnya isu pendidikan tidak wajar dijadikan dijadikan isu politik, malahan tujuan PTPTN itu diwujudkan adalah untuk membantu golongan yang memerlukan pembiayaan," kata Dr Halimah.

Tambah beliau, tiada sebab untuk pihak PTPTN mendiskriminasikan mana-mana pelajar institut pengajian tinggi bagi mendapatkan pembiayaan itu jika berkelayakan.

Tindakan tersebut menurut Dr Halimah mungkin menjejaskan pengajian lebih seribu pelajar yang baru mendaftar di Unisel.

"Namapun Satu Malaysia, tetapi mengapa wujud sikap pilih kasih terhadap pelajar Unisel," ujarnya.

Dr Halimah juga berkata, ibu-bapa pelajar berkenaan berhak mengambil tindakan undang-undang jika hal demikian berlanjutan tanpa penyelesaian.

"Perkara ini boleh diselesaikan dengan cepat jika pihak PTPTN bersikap professional dalam hal ini," katanya.

Sebelum ini, portal Malaysiakini melaporkan bahawa di satu laman forum PTPTN bahawa pinjaman kepada pelajar baru Unisel "ditangguhkan buat sementara waktu."

Ruangan forum berhubung syarat permohonan pinjaman kendalian Kementerian Pengajian Tinggi itu turut menyatakan bahawa PTPTN tidak lagi memberi pinjaman kepada pelajar Unisel.

Perkara itu dinyatakan salah seorang moderator laman forum berkenaan yang menggunakan nama "ptptn1″ ketika menjawab satu soalan berhubung pinjaman PTPTN untuk pelajar Unisel pada 8 Mei lalu.
-selangorku



Ulasan GB

Langkah PTPTN membekukan pinjaman kepada para pelajar UNISEL adalah satu bentuk kekejaman dan kezaliman UMNO BN ke atas kerajaan PR Selangor dimana kali ini para pelajar dijadikan mangsa selagai langkah amat terdesak UMNO BN merampas negeri Selangor.

Sepertimana UMNO BN telah menganaktirikan Kelantan selama lebih dua dekad dengan menyekat pembangunan dan menafikan hak royalti negeri tersebut, kini mereka melakukan kaedah yang serupa untuk menekan kerajaan PR Selangor.

Namun hukum kebenaran dan keadilan menyatakan setiap perencanaan yang jahat itu akan kembali menimpa si perencana tersebut.

Justeru itu, pada hemat GB, langkah sekatan pinjaman kepada para pelajar UNISEL bakal mempercepatkan keruntuhan kerajaan UMNO BN di Putrajaya.

Allah sudah berfirman:


Sambil bersikap sombong di bumi dan berusaha merancangkan rencana jahat, dan tidak ditimpakan dengan rancangan yang jahat itu melainkan orang yang merancangkannya sendiri. Maka tiada yang mereka tunggu melainkan seperti berlakunya kebinasaan ke atas orang yang telah lalu. Kerana engkau tidak akan mendapati perubahan bagi Sunnatullah, dan engkau tidak akan mendapati Sunnatullah itu menyimpang. [Fatir: 43]



Saiz dan Ketinggian Nabi Adam

Posted: 05 Jun 2012 09:23 AM PDT


Baju ini adalah replika baju Nabi Adam dibuat di Arab Saudi. Ia mengambil masa 18 hari dan 40 gulung kain diperlukan. Panjang pakaian itu adalah 29 meter, 9m antara bahu, lebar 12m panjang bawah, 10m lengan dan lebar 2m leher.

Baju ini direka semata-mata unutk melihat ketinggian sebenar Nabi Adam..Tinggi Nabi Adam adalah 60 hasta,lebih kurang 30 meter..

"Allah menciptakan adam dengan tinggi enam puluh hasta. Kemudian setelah Adam, makhluk itu semakin berkurang tingginya seperti sekarang ini" (HR.Bukhari)

Hadis ini juga terdapat dalam riwayat Imam Muslim dan Imam Ahmad.





Najib Tak Malu: Perlekeh Pakatan Kemudian Ciplak

Posted: 05 Jun 2012 03:32 AM PDT

Kuala Lumpur 5 Jun: "Najib tak malu, dalam memperlekehkan Pakatan Rakyat, diam-diam meniru satu persatu," kata Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli.

Beliau berkata demikian mengulas ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bahawa kerajaan bertanggungjawab adalah yang memulangkan hasil kepada rakyat dan bukan menjanjikan sesuatu yang tidak mungkin ditunaikan atau akhirnya memudaratkan negara.

Najib turut memberi contoh janji pihak tertentu (Pembangkang) yang hendak menurunkan harga minyak, menghapuskan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), tol dan meletakkan gaji minimum yang tinggi.

"Dari awal Disember 2010 ketika Pakatan lancarkan Buku Jingga lagi, Najib berulang kali mengatakan negara akan bankrap dengan segala tawaran yang Pakatan sediakan.

"Dalam diam Najib akhirnya meniru juga apa yang Pakatan laksanakan contohnya bila negeri Pakatan menyalurkan bantuan rakyat antaranya Jom Shopping dan bantuan untuk warga emas, BN juga meniru kaedah yang sama dengan memberi bantuan seperti Skim Bantuan Rakyat 1Malaysia," kata Rafizi ketika dihubungi Keadilan Daily.

Rafizi turut memberi contoh apabila Najib menolak cadangan Pakatan yang menawarkan penurunan harga dan pemansuhan tol tetapi dalam diam akhirnya turut berbuat demikian untuk mendapat kepercayaan rakyat.

"Kita tidak bimbang beliau nak perlekehkan cadangan Pakatan Rakyat tetapi apa yang memalukan ialah apabila seorang Perdana Menteri mencuri idea dan berbohong kepada rakyat," katanya.

"Kita tahu dalam beliau memperlekehkan tapi dia meniru kerana beliau sedar semua cadangan Pakatan adalah hasrat rakyat dan digunakannya untuk mendekati mereka," kata beliau lagi. -KD

Tiada ulasan: