Kerabu Bersuara ® |
- Panda disusukan, orang utan sendiri mati kebuluran? – Oleh Wong Ho Leng
- Pakatan Rakyat ucap tahniah untuk Parti Pembebasan dan Keadilan Mesir
- PKR Perlu Selesai Segera Konflik Dalaman, Fokus Usaha Tumbangkan BN
- Semua Kaum Perlu Bersatu Tolak Umno-BN
- Audit Negara Perlu Siasat Kontrak RM30.8 juta Kepada Anak Menteri
- Rakaman Perbahasan Dato Seri Anwar Ibrahim Di Parlimen,Cabar MP UMNO BN Isu Akaun 3 bilion
- Utusan Malaysia Fitnah KGT
- Dr Rani : Perlu Menang Hati Melayu Selangor Utara
Panda disusukan, orang utan sendiri mati kebuluran? – Oleh Wong Ho Leng Posted: 21 Jun 2012 08:26 AM PDT Pada 15 Jun lalu, kerajaan Malaysia telah menandatangani perjanjian dengan Persatuan Pemeliharaan Hidupan Liar China (CWCA) yang mana Malaysia akan dipinjamkan dua ekor beruang panda selama 10 tahun. |
Pakatan Rakyat ucap tahniah untuk Parti Pembebasan dan Keadilan Mesir Posted: 21 Jun 2012 08:24 AM PDT KUALA LUMPUR 21 JUN: Pakatan Rakyat mengucapkan tahniah atas kejayaan Pengerusi Parti Pembebasan dan Keadilan (FJP), Dr. Muhammad Morsi dengan undi melebihi 50 peratus di dalam Pilihanraya Presiden Mesir. |
PKR Perlu Selesai Segera Konflik Dalaman, Fokus Usaha Tumbangkan BN Posted: 21 Jun 2012 05:55 AM PDT
|
Semua Kaum Perlu Bersatu Tolak Umno-BN Posted: 20 Jun 2012 11:07 PM PDT ![]() SABAK BERNAM 21 JUN : Pakar Perlembagaan, Dr Abdul Aziz Bari meminta semua kaum di negara ini bersatu dan menolak pentadbiran Umno-BN. Katanya, hal itu kerana ramai pemimpin Umno-BN banyak mencetuskan masalah kepada rakyat dan akan berlagak hero untuk menyelesaikan masalah itu. "Mereka ini pemimpin yang berpura-pura. Jadi kita mesti berubah untuk menolak dan membuang mereka. "Contohnya, saya dimaklumkan, terdapat lebih 300 nelayan Cina di Sabak Bernam memohon untuk mendapatkan geran tanah tempat tinggal mereka tetapi tiba-tiba mereka dapati bahwa tapak rumah mereka itu dikenal pasti adalah tanah rizab melayu. "Saya pelik bagaimana penempatan nelayan kaum Cina yang sudah berusia lebih 100 tahun boleh bertukar status. Kita dapat lihat, ini bukan kerja kita tetapi kerja Umno-BN yang mahukan pemimpin mereka bangunkan tanah terbabit," katanya ketika berucap di hadapan kira-kira 2,000 penduduk dalam Program Merdeka Rakyat, di sini semalam. Hadir sama Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar, Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin dan Ahli Parlimen Kapar, S Manikavasagam. Turut hadir, Ketua Cabang PKR Sabak Bernam, Badrolamin Baharon, Pengerusi PKR Johor, Datuk Chua Jui Meng, Adun Hutan Melintang, S Ke savan, Adun Batu Caves, Amirudin Shari dan Adun Seri Muda, Shuhaimi Shafiei. Sementara itu, Chua Jui Meng berkata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak berani untuk mengumumkan Pilihan Raya Umum ke -13(PRU13) kerana khuatir Umno-BN akan tergugat. "Saya diberitahu oleh sumber-sumber yang boleh dipercayai, jika Najib umumkan pembubaran parlimen, Johor bukan lagi kubu kuat Umno-BN tetapi akan jadi kubu kuat Pakatan Rakyat. "Kerana di Johor sekarang angin sudah meniup, apabila Johor bergoyang maka Umno-BN di seluruh negara akan tergugat," katanya. Selain itu, Zuraida yang juga Ketua Wanita PKR memberitahu pemberian saguhati RM50 sebulan kepada wanita seluruh negara akan dilaksanakan sekiranya Pakatan Rakyat memenang PRU13. Katanya, pemberian tersebut yang dinamakan Program Caruman Wanita Nasional adalah salah satu daripada program yang dirangka khusus bagi membela kaum wanita. "Ia untuk membantu wanita tersebut sekiranya ditimpa perkara yang tidak diingini kepadanya, suami atau keluarganya. Maknanya wanita ada sesuatu untuk membantu mereka sekiranya ditimpa kesusahan," katanya. |
Audit Negara Perlu Siasat Kontrak RM30.8 juta Kepada Anak Menteri Posted: 20 Jun 2012 11:06 PM PDT SHAH ALAM 21 JUN : PKR menggesa Jabatan Audit Negara menyiasat kontrak bernilai RM30.8 juta yang didakwa ditawar secara rundingan terus oleh Kementerian Belia dan Sukan kepada syarikat milik anak Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin. Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata projek bagi membekalkan kelengkapan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Bandar Penawar Johor itu diberikan kepada Istijuara Sdn Bhd yang dimiliki oleh anak Raja Nong Chik, Raja Farhana Raja Nong Chik yang berusia 26 tahun. "Ketua Audit Negara juga wajar mengesahkan keadaan peralatan yang dibekalkan oleh Istijuara kepada IKBN Bandar Penawar," katanya dalam kenyataan media. Tambah Nik Nazmi, jawapan Raja Nong Chik bahawa kontrak ini dianugerahkan sebelum beliau menjadi menteri tidak menjawab persoalan berkenaan kontrak dimeterai pada tahun 2010 itu ketika beliau sudahpun menjadi menteri. "Pendedahan ini sendiri tidak dinafikan Raja Nong Chik apabila berhadapan dengan media baru-baru ini," ujar Nik Nazmi. Jelas Nik Nazmi, sewajarnya Raja Nong Chik boleh menjadi contoh kepada anggota kabinet yang lain dengan tampil ke hadapan bagi mengisytiharkan asetnya. "Dengan ini beliau dapat memulihkan kewibawaan imej pimpinan Umno yang mendapat projek-projek kerajaan secara terus selama ini," katanya. |
Rakaman Perbahasan Dato Seri Anwar Ibrahim Di Parlimen,Cabar MP UMNO BN Isu Akaun 3 bilion Posted: 20 Jun 2012 07:39 PM PDT |
Posted: 20 Jun 2012 07:35 PM PDT |
Dr Rani : Perlu Menang Hati Melayu Selangor Utara Posted: 20 Jun 2012 07:33 PM PDT KLANG, 20 JUN: Pakatan Rakyat perlu memberikan tumpuan untuk meningkatkan undi masyarakat Melayu sekiranya ingin mempertahankan kuasa di Selangor dan menakluki Putrajaya. Pesuruhjaya Pas Selangor, Dr Abdul Rani Othman berkata, kawasan utara Selangor yang mempunyai majoriti Melayu yang tinggi perlu diberi perhatian kerana pengundi Melayu menjadi penentu kepada kemenangan Pakatan. "Fokus kita adalah untuk meraih undi masyarakat Melayu. Kita bukan tidak mmberikan tumpuan kepada kaum lain tetapi di kawasan bandar tidak menjadi masalah kerana mempunyai capaian maklumat yang baik. "Sabak Bernam dan Tanjong Karang mempunyai majoriti Melayu. Orang Melayu sebenarnya yang akan menentukan calon-calon Pas khususnya," katanya di satu temuramah program Fokus Isu terbitan TV Selangor. Tambah beliau, 'calon boleh menang' akan diketengahkan untuk pilihanraya kali ini dengan syarat mereka disenangi oleh masyarakat setempat dan melakukan gerak kerja di peringkat bawah. Abdul Rani yang juga ADUN Meru menegaskan, tidak ada sebarang jaminan untuk mana-mana ahli menjadi calon di kerusi yang dipertandingkan meskipun mempunyai jawatan di dalam parti sama ada di peringkat negeri mahupun pusat. Pas yang bertanding 20 kerusi Dun Selangor akan menamakan tiga calon untuk setiap kawasan dan keputusan calon ditentukan diperingkat Pusat. Untuk PRU-13, Pas mensasarkan kemenangan di 16 kerusi yang ditandingi. Sehingga kini, Pas Selangor merupakan negeri terawal yang memuktamadkan senarai calon. Menurutnya lagi, gerak kerja penerangan perlu dipertingkatkan terutamanya cetakan akhbar SelangorKini yang semakin mendapat sambutan rakyat ekoran batasan penyiaran maklumat berkaitan Pakatan Rakyat di media arus perdana. Bagi pihak DUN Meru, akhbar SelangorKini dihantar ke setiap rumah selain menerbitkan Buletin Meru setiap dua bulan sekali bagi memaparkan semua aktiviti ADUN bersama masyarakat. |
You are subscribed to email updates from Kerabu Bersuara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan