Selasa, 19 Jun 2012

Kerabu Bersuara ®

Kerabu Bersuara ®


Fitnah: Anwar menang kes saman Datuk Nalla

Posted: 19 Jun 2012 04:16 AM PDT


Wartawan Sinar Harian

SHAH ALAM - Datuk Seri Anwar Ibrahim menang kes saman fitnah yang dibawa Ketua Pembangkang itu ke atas bekas rakan sukan tenisnya, Datuk S. Nallakaruppan berhubung kenyataan kononnya menerima wang sebanyak RM60 juta.

Satu kenyataan dikeluarkan hari ini menyebut, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membuat keputusan memihak kepada Anwar petang ini.

Kenyataan Akhbar KGT Berkenaan Isu Tuduhan Salah Laku Pegawai Mereka

Posted: 19 Jun 2012 01:41 AM PDT

KENYATAAN AKHBAR

Tarikh: 19 Jun 2012

Sepanjang pengetahuan Kelantan Golden Trade Sdn. Bhd. ("KGT"), tidak ada laporan polis pernah dibuat ke atas mana-mana pegawai kami, khususnya KGT sendiri sebagai sebuah syarikat. Bilangan pegawai KGT juga adalah kecil.

Sukacita jika nama pegawai berkenaan disebut supaya KGT tidak secara liar dikaitkan dengan gambaran yang salah. Pada masa yang sama, suka ditegaskan KGT tidak pernah melibatkan diri dalam apa-apa aktiviti lain selain menempa, mengedar dan menjual koin-koin dinar dan dirham Kerajaan Negeri Kelantan.

Saya berharap pihak-pihak berkenaan lebih teliti dan professional dalam laporan dan kenyataan mereka serta tidak sewenang-wenangnya merosakkan nama baik KGT. Sementara itu kami sedang mendapatkan nasihat perundangan bagi melindungi integriti dan reputasi KGT terhadap dakwaan-dakwaan yang tidak benar.

Sekian.



Mahadi Mokhtar

Pengurus Besar

Kelantan Golden Trade (KGT)

Krisis ekonomi di Pulau Pinang jika pelabuhan negeri diswastakan

Posted: 19 Jun 2012 01:26 AM PDT


KUALA LUMPUR, 19 JUN: Pulau Pinang akan mengalami krisis ekonomi jika Pelabuhan Pulau Pinang diswastakan kepada Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhary yang mungkin melakukan langkah-langkah yang bakal menjejaskan kepentingan negeri.

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berkata, Syed Mokhtar sebagai pemilik Seaport Terminal (Johor) Sdn. Bhd. mungkin meminta harga akhir Pelabuhan Pulau Pinang untuk dikurangkan daripada RM450 juta kepada RM150 juta sebagai usaha untuk tidak melakukan kerja-kerja pendalaman yang memakan belanja RM353 juta.

Katanya, Seaport Terminal Johor akan membawa tujuh unit kren dari Super Port Panamax Pulau Pinang ke PTP (Pelabuhan Tanjung Pelepas) manakala enam kren dermaga dari Pelabuhan Johor akan ditempatkan di Pulau Pinang.

"Pada asasnya, Seaport Terminal dilihat cuba mengecilkan asset mereka (asset stripping) dan kren yang lebih kecil pula tidak mampu untuk mengendalikan 4000 TEU dan digunakan di atas kapal. Akhirnya Seaport Terminal kemungkinan tidak akan mendalamkan pelabuhan Pulau Pinang," kata Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP dalam satu sidang akhbar di lobi Parlimen di sini hari ini.

Pengerusi DAP Pulau Pinang Chow Kon Yeow pula menjelaskan bahawa kerja-kerja pendalaman Pelabuhan Pulau Pinang yang menelan belanja RM353 juta telah tergendala setelah Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dilantik oleh kerajaan persekutuan Barisan Nasional untuk menjadi Pengerusi Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang pada November 2010.

Katanya, bekas Presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat telah mendedahkan bahawa rancangan penswastaan pelabuhan tersebut oleh Syed Mokhtar turut dipromosikan sendiri oleh Chua.

"Pada April 2010, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin juga telah mencadangkan kerja-kerja pendalaman dijalankan melalui pelan perluasan dan penambahbaikan perniagaan PPSB 2008 hingga 2012 dengan peruntukan sejumlah RM1.1 billion pelaburan di bawah Wilayah Ekonomi Koridor Utara NCER.

"Walau bagaimana pun kerja-kerja pendalaman ini tidak dijalankan seperti dalam rancangan," ujar Chow yang juga Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Beliau juga mengalu-alukan pendirian Pengerusi BN Pulau Pinang Teng Chang Yeow yang kini
mahu kerajaan persekutuan mengkaji semula cadangan menswastakan pelabuhan tersebut.

"Kami menyeru Teng Chang Yeow agar tidak berbelah bagi menyertai kempen 'Kembalikan Pelabuhan kepada Pulau Pinang' yang dianjurkan oleh DAP.

"Kami juga mahu Teng mendesak kerajaan persekutuan untuk menjalankan kerja-kerja pendalaman Pelabuhan Pulau Pinang dengan segera, sebagaimana yang telah dijanjikan oleh kerajaan persekutuan sebelum ini," katanya.

Chow yang juga Ahli Parlimen Tanjung berkata, kuasa untuk menghentikan penswastaan Pelabuhan Pulau Pinang terletak di tangan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang juga Menteri Kewangan. – Roketkini.com

Exco Pahang Datuk Tan Mohd Aminuddin meninggal dunia

Posted: 18 Jun 2012 08:03 PM PDT



Exco Pahang Datuk Tan Mohd Aminuddin Ishak, 64, meninggal dunia di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh pagi ini, selepas hampir dua minggu dirawat di unit rawatan rapi (ICU) hospital itu.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Hal Ehwal Felda Pahang itu menghembuskan nafas terakhir pada kira-kira 9 pagi ini, menurut anak saudara allahyarham, Saiful Azman Mokhtar Affendi.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri Datin Nooraihan Mohamad dan dua orang anak.

Saiful Azman berkata isteri Allahyarham juga sedang dirawat di hospital yang sama akibat tekanan darah tinggi.

Tan Mohd Aminuddin dimasukkan ke hospital itu pada 8 Jun lepas kerana mengalami cirit-birit serta muntah muntah dan kemudiannya ditempatkan di ICU akibat komplikasi penyakit lain termasuk sakit jantung dan kencing manis.

Anak jati Chenor itu merupakan Ketua Umno Bahagian Maran dan telah lima penggal menjadi anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Chenor.

Beliau juga pernah menjawat jawatan timbalan menteri besar Pahang sebelum ini.

Jenazah Allahyarham dijangka dikebumikan petang ini di Tanah Perkuburan Islam Chenor.

-Bernama

Adakah Mahathir masih mahu menghidupkan semula Mahathirisme sebagai senjata rahsia Barisan Nasional dalam pilihanraya umum yang akan datang?

Posted: 18 Jun 2012 08:01 PM PDT



Kenyataan media oleh Lim Kit Siang di Parlimen pada hari Isnin, 18hb Jun 2012:

Adakah Mahathir masih mahu menghidupkan semula Mahathirisme sebagai senjata rahsia Barisan Nasional dalam pilihanraya umum yang akan datang?

"Dr M: Najib mesti tegas"

"Proses pembaharuan boleh membawa kepada ektremisme, amaran Dr M kepada Najib"

"Dr M: Pembaharuan boleh mencetus pergolakan"

Ketiga-tiga kenyataan tersebut menjadi tajuk utama portal media internet dalam temubual bersama bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bersama agensi media asing, AFP.

Mesej Mahathir amat jelas.

Beliau menentang spektrum pelbagai program transformasi walaupun program-program transformasi ini sebenarnya cakap kosong sahaja tanpa apa-apa tindakan dan juga kes-kes serius yang sudah lama tertangguh dalam pimpinan Najib – daripada Model Ekonomi Baru 1Malaysia, daripada Program Transformasi Ekonomi kepada Program Transformasi Politik.

Amaran telah diberikan bahawa kebebasan yang melampau akan membawa risiko yang akan membawa malapetaka etnik yang dahsyat, kata Mahathir.

"Kini oleh kerana kita mahu menjadi lebih liberal, apa yang sedang berlaku pada zaman ini adalah 'kesedaran diantara kaum' sudah mula dijana. Hari ini, rakyat mula menuduh satu sama lain sebagai rasis."

Tetapi malangnya, Mahathir sudah lupa untuk memberi gambaran sebenar – meskipun beliaulah pemangkin konsep Bangsa Malaysia dalam visi Wawasan 2020 kira-kira 21 tahun yang lalu pada tahun 199, tetapi kini merempuh konsep 1Malaysia Najib dengan objektifnya untuk membentuk negara Malaysia dimana setiap rakyat warga Malaysia akan menganggap diri mereka sebagai rakyat Malaysia dulu dan identity kaum kemudian.

Mahathir dengan jelas telah menyokong Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam deklarasi beliau bahawa beliau "Melayu dahulu dan kemudian baru rakyat Malaysia" apabila dicabar untuk membuktikan kesetiannya kepada konsep 1Malaysia yang diperkenalkan oleh Najib.

Jika satu kajian yang neutral dan bebas yang dijalankan keatas kepimpinan Najib dalam tempoh tiga tahun untuk menyelidik punca pecah belah diantara kaum dalam satu masa apabila polisi 1Malaysia dilaung-laungkan sebagai dasar negara ini oleh Perdana Menteri, Mahathir dan organisasi-organisasi yang berada dibawah naungannya seperti Perkasa akan dinobatkan tempat pertama sebagai pencetus ketidaktenteraman diantara kaum.

Persoalannya adalah adakah benar Mahathir masih mahu menghidupkan semula Mahathirisme sebagai senjata rahsia Barisan Nasional dalam pilihanraya umum yang akan datang?

*Lim Kit Siang, Ketua Parlimen DAP & Ahli Parlimen Kawasan Ipoh Timor

Wasatiyyah Cara Najib Rosmah. Ulama Mesir Takda Cakap Apa Ke?

Posted: 18 Jun 2012 06:07 PM PDT

http://a2.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc6/s720x720/252717_3446803943122_324809654_n.jpg

Tiada ulasan: