Kerabu Bersuara ® |
- Gambar Membicarakan Malam Ini Adalah Malam Kebangkitan Rakyat!
- Kesian! Awang Adek Kena Tipu Dengan Guru-Guru Kelantan
- Gambar Terkini Mengenai Jerebu Yang Melanda Negara
- Daniyar Nazarbayev kini di Sandhurst, walaupun ada keraguan latar belakang akademik
- Sketsa Jumaat: Ketua Kampung, Perompak dan UMNO
Gambar Membicarakan Malam Ini Adalah Malam Kebangkitan Rakyat! Posted: 16 Jun 2012 09:40 AM PDT Malam Ini Adalah Malam Kemenangan Penyokong Pakatan Rakyat |
Kesian! Awang Adek Kena Tipu Dengan Guru-Guru Kelantan Posted: 16 Jun 2012 03:57 AM PDT Awang Adek: Majoriti 30,000 guru Kelantan sokong BN Wartawan Sinar Harian BACHOK - Majoriti lebih 30,000 guru di Kelantan kini menyokong Barisan Nasional (BN) yang menjadi penanda aras bahawa parti komponen itu mampu merampas tampuk pemerintahan Kelantan daripada PAS pada pilihan raya umum kelak. Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata golongan itu juga sanggup bekerja keras bagi memastikan BN kembali berkuasa. "Mereka telah memberi keyakinan yang tinggi pada setiap program (Umno) yang diadakan sejak akhir-akhir ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Perhimpunan Kesejahteraan Guru 1Malaysia di Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) di sini. Lebih 1,000 guru yang berpakaian merah menyertai perhimpunan itu, yang turut dihadiri Pengarah Jabatan Pelajaran Kelantan Hussin Awang dan Pegawai PPD Bachok Saufi Abdul majid. Awang Adek, yang juga Timbalan Menteri Kewangan, berkata perspektif buruk sangka kaum guru terhadap kerajaan pusat kini sudah berubah apabila mereka benar-benar memahami dasar baru yang diperkenalkan kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Beliau berkata guru mempunyai pengaruh besar di kalangan masyarakat dan mampu memperjelas dasar itu kepada penduduk dengan tepat supaya rakyat tidak mudah dipengaruhi pembangkang. Sementara itu, Hussin ketika berucap berkata golongan guru tidak mempunyai sebab untuk tidak menyokong kerajaan sedia ada kerana kepentingan mereka sudah diambil kira, dan kesemua janji kepada mereka ditunaikan. "Ini termasuk peluang kenaikan pangkat yang lebih luas dan tawaran gaji yang lebih lumayan berbanding sebelum ini," katanya. - Bernama |
Gambar Terkini Mengenai Jerebu Yang Melanda Negara Posted: 16 Jun 2012 01:11 AM PDT Sultan? Perdana Menteri? Menteri Besar? Ketua Menteri? Tiada yang berkuasa selain dari Allah. |
Daniyar Nazarbayev kini di Sandhurst, walaupun ada keraguan latar belakang akademik Posted: 16 Jun 2012 01:05 AM PDT Oleh Jahabar Sadiq Editor June 16, 2012 KUALA LUMPUR, 16 Jun — Daniyar Nazarbayev telah mendaftar di Maktab Tentera Sandhurst sejak tahun lepas, walaupun terdapat keraguan terhadap bakal menantu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak apabila kelayakan akademik untuk memasuki Universiti Columbia di Amerika Syarikat. The Malaysian Insider difahamkan dari sumber-sumber keluarga yang pemuda berusia 24 tahun itu adalah dalam perjalanan pentauliahan untuk tentera biasa pegawai yang mengambil masa 48 minggu. "Daniyar berada di Sandhurst sekarang. Mereka menerimanya tahun lepas," kata sumber kepada The Malaysian Insider. Menurut laman web kolej tersebut, Akademi Ketenteraan Diraja Sandhurst di Surrey adalah dimana "semua pegawai Tentera British dilatih dan bertanggungjawab memimpin tentera." "Lebih 80 peratus Pegawai Kadet adalah penuntut lepasan universiti, namun sebahagiannya dengan A-Level dan yang setaraf. Yang lainnya adalah tentera yang berkhidmat dan dipilih untuk menjalani latikan Pegawai dan ada dari luar negara, dipilih oleh tentera sendiri untuk berlatih di akademi terkenal dunia. "Tidak mustahil untuk mana-mana pihak menjalani latihan menggunakan duit mereka sendiri," kata laman web tersebut. Ibu Daniyar, Maira menafikan dakwaan semalam yang yang beliau dan anaknya disaman oleh suaminya, dan menegaskan perkahwinannya masih bertahan. Beliau juga menambah pertunangan dengan anak Najib masih berterusan walaupun timbulnya surat dari mahkamah yang difailkan suaminya di mahkamah di New York. Selasa lalu, beberapa akhbar luar negara termasuk New York Post melaporkan Daniyar disaman dengan ibunya kerana menipu bapa tirinya Bolat Nazarbayez, abang kepada Presiden Kazakhtan Nursultan Nazarbayev. Beliau juga didakwa menipu kelayakan akademiknya untuk memasuki Universiti Columbia di Amerika Syarikat. Pertunangan Daniyar dengan anak perempuan Najib Nooryana Najwa dilakukan dengan penuh neriaj di sini Jun tahun lalu. "Saya tidak pernah bertengkar dengan suami saya," kata Maira Nazarbayev kepada New York Post dalam satu temu ramah yang disiarkan Jumaat lalu. "Saya menganggap kami masih berkahwin dan mempunyai hubungan yang baik dengan suami saya. Dan saya tidak pernah melihat dokumen berkaitan perceraian. Saya tidak pernah menandatangani sebarang dokumen," tambahnya. Namun, New York Post memetik dokumen mahkamah yang difailkan Bolat Nazarbayez di New York, menuduh Daniyar menipunya sejumlah US$20 juta (RM63 juta) rumah kondominium di Wall Street disamping memasuki universiti terbaik melalu "penipuan" kertas kelayakan daripada sekolah tinggi di Kazakhtan yang tidak dimasukinya. Daniyar, dikatakan bertemu Nooryana di Columbia, graduan lepasan Ivy League pada 2010. Akhbar itu turut melaporkan Maira telah menukar nama keluarga Daniyar daripada Kesikbayev kepada Nazarbayev untuk setaraf dengan presiden Kazakhtan selepas mengahwini Bolat pada 2001. Maira berkata Bolat terkejut mengetahui perkara itu apabila dihubunginya beberapa minggu lalu, dan menegaskan beliau tidak mengambil sebarang tindakan perunangan terhadap dirinya dan Daniyar. Beliau turut menafikan tuduhan Daniar dibuang sekolah dan menipu untuk memasuki Columbia University, berkata ianya di reka dan satu penipuan. Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) menolak ianya tidak berkaitan dengan pentadbiran Najib berhubung khabar angin tersebut. Pemimpin BN berkata kepada The Malaysian Insider awal minggu ini ia hanyalah "isu peribadi" dan tidak menjejaskan reputasi presiden Umno itu. Ini bukan kali pertama hubungan Najib dan Kazakhtan menjadi isu. Akhbar Indonesia, Kompas juga pernah mendakwa pada Ogos tahun lalu bahawa bakal menantu Najib mempunyai hubungan dengan mafia di Rusia. "Maira Nazarbayev, yang menetap di a la Imelda Marcos, dikaitkan dengan mafia Rusia," kata akhbar berkenaan yang disiarkan pada 4 Ogos, 2011. Bagaimanapun, akhbar itu tidak mengesahkan dakwaannya. Najib menafikan dakwaan akhbar itu dan akhbar berkenaan juga telah mengemukakan permohonan maaf. Maira dalam satu kenyataan juga menegaskan keluarganya telah merancang untuk bercuti di Eropah beberapa minggu lagi dan beliau akan " memperuntukkan masa berharga itu dengan keluarganya dan yang tersayang." |
Sketsa Jumaat: Ketua Kampung, Perompak dan UMNO Posted: 15 Jun 2012 07:04 PM PDT Baru-baru ini ada seorang hamba Allah sempat bersembang dengan saya dan menyuruh saya supaya bersyukur kepada UMNO/BN. Bila saya tanya mengapa, dia menjawab kerana BN telah membangunkan Negara ini dengan pelbagai jenis pembangunan dan seterusnya mula menyenaraikan segala jenis pembangunan yang mampu difikirkannya satu persatu. Selesai dia bercakap, maka saya menjawab balik, "adakah patut saya bersyukur kepada BN yang membina sesuatu dengan harga RM 500 Juta sedangkan benda yang sama boleh dibina dengan harga RM 300 Juta? Kalau tuan merupakan Pengarah Syarikat dan salah seorang kakitangan tuan membayar RM500 untuk barang yang bernilai RM300 adakah tuan akan berterima kasih dengan dia?" Dia kemudianya diam tidak berkata apa-apa. Bagi memudahkan seseorang memahami apa yang ingin kita sampaikan, perumpamaan adalah amat berkesan. Dalam soal apa yang berlaku di bawah kerajaan UMNO/BN ini, saya selalu berikan beberapa perumpamaan supaya ianya bertambah mudah untuk difahami. Dua perumpamaan mudah yang boleh difikirkan bersama adalah begini: Satu kumpulan penduduk yang tinggal di sebuah kampung berpakat melantik salah seorang dari mereka menjadi Ketua Kampung. Kerana kedudukan kampung tersebut yang jauh dari bandar menyukarkan mereka dalam urusan jual beli, maka mereka kemudiannya mengutip duit dari setiap anggota dan diserahkan kepada ketua mereka untuk membeli makanan di bandar berhampiran. Ketua ini mengambil 30% untuk dirinya dan menggunakan baki 70% itu untuk membeli makanan. Setelah dibeli maka diserahkan kepada anggota lain untuk memakannya. Maka ada yang bertanya, "kenapa sikit sangat?" Ketua itu menjawab,kamu sepatutnya berterima kasih dengan apa yang telah saya berjaya belikan untuk kamu. Di kampung sebelah sana, habis semua duit diambil oleh ketua yang mereka lantik! Di sini sekurang-kurangnya kamu dapat juga makanan! Pada masa yang sama, sebuah rumah di kampung yang berhampiran telah dimasuki perompak. Setelah mengikat tuan rumah sekeluarga maka perompak tersebut mula mengaut barang kemas dan wang yang dijumpainya. Tuan rumah yang diikat mula mengutuk perbuatan tersebut dan menyatakan bahawa perbuatan mencuri harta keluarganya adalah zalim dan tidak bertamadun. Lalu dengan satu nafas perompak itu menjawab, "kamu patutnya bersyukur kerana saya tidak bawa lori dan curi seluuuruh isi kandungan rumah kamu! Saya berbaik hati meninggalkan TV serta peti sejuk dan saya tidak mencederakan ahli keluarga kamu. Kalau pencuri lain, habis licin dia kerjakan kamu!" Sebenarnya inilah apa yang berlaku di bawah BN. Mereka khianat dan mencuri tetapi mereka ingin rakyat bersyukur kepada mereka dan terus mengundi mereka. Mereka tunjuk pada pembangunan yang telah mereka lakukan tetapi hakikatnya ianya hanya sebahagian (mungkin 70%) dari apa yang mampu dilakukan. Mereka telah mencuri sebahagian (mungkin 30%) dari kekayaan Negara untuk diri sendiri dan kroni mereka tetapi pada masa yang sama mereka minta rakyat bersyukur atas 'pemberian' mereka! WaLlahu 'Alam KHALID SAMAD |
You are subscribed to email updates from Kerabu Bersuara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan