Biaqpila |
- LIVE EURO2012: Poland vs Czech Republic & Russia vs Greece
- KEPUTUSAN LIGA SUPER 16/6/2012
- Sekumpulan Samseng serang sekolah SMK Cheras Perdana.
- [Video] Dalam Radar Khas – Demokrasi di Malaysia : PM bukan Melayu?
- AWAS!!! TISU POWER BOLEH AKIBATKAN MATI PUCUK
- Mat Sabu cabar pengerusi Majlis Fatwa ketuai BERSIH
- Nizar Tidak Perlu Layan Isu WWW 1
- KEPUTUSAN EURO2012 16/6/12
LIVE EURO2012: Poland vs Czech Republic & Russia vs Greece Posted: 16 Jun 2012 11:40 AM PDT Live Streaming Video Football : UEFA Euro 2012 Sunday (17 June) 02:45 (GMT +8) KLIK DI SINI KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK |
KEPUTUSAN LIGA SUPER 16/6/2012 Posted: 16 Jun 2012 10:28 AM PDT |
Sekumpulan Samseng serang sekolah SMK Cheras Perdana. Posted: 16 Jun 2012 05:00 AM PDT Gambar Hiasan Kurang ajar punya budak. Dah kena buang, buatlah cara kena buang. Ada ka menyemak serang budak2 sekolah dan guru? Patutlah kena buang. Sepatutnya hantar dia pergi sekolah juvana. Biar dia rasa sendiri macam mana hidup kat sekolah macam tue. Bayangkan ek, sekumpulan samseng tersebut boleh bawa kayu, cota, besi nak belasah budak2 sekolah dan guru? Biadap sungguh. Apa sangatlah yang dia sakit ahti sampai nak membelasah budak2. Macam nak membunuh. Saranan kerajaan baru2 ini untuk meletakkan polis di setiap sekolah nampaknya memang perlu dilaksanakan segera. Baca kat bawah neh ; KAJANG: Bagaikan pertempuran kumpulan kongsi gelap. Itulah gambaran saksi yang melihat lebih 30 remaja bersenjatakan kayu, besi, cota dan topi keledar menyerang lebih 30 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Cheras Perdana, di sini semalam. Kejadian jam 12.30 tengah hari yang menyebabkan lebih 10 pelajar dan seorang guru penolong kanan sekolah cedera parah, berlaku sejurus murid tingkatan tiga, empat dan lima keluar dari pekarangan sekolah selepas tamat sesi pagi. Menurut saksi, pelajar yang berjalan kaki keluar sekolah diserang secara tiba-tiba oleh kumpulan remaja yang menunggu sejak 11.30 pagi di luar kawasan sekolah. "Mereka memukul menggunakan topi keledar, kayu, besi dan cota sebelum beberapa pelajar lain dari dalam kawasan sekolah keluar membantu rakan mereka yang diserang. Keadaan bertambah buruk selepas kumpulan pelajar keluar dan menyerang balas serta menyelamatkan rakan. Sejurus selepas itu, seorang guru penolong kanan keluar bagi meleraikan mereka dan menarik pelajar masuk kembali ke dalam kawasan sekolah," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian. Namun, guru itu diserang beberapa remaja menggunakan topi keledar sehingga parah pada kepala dan dihantar ke hospital oleh seorang guru dan beberapa pelajar. Katanya, kumpulan penyerang adalah bekas pelajar yang dibuang sekolah dibantu beberapa rakan dewasa dengan memukul pelajar yang berada berhampiran mereka. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Mohd Adnan Abdullah, berkata polis akan menjalankan siasatan menyeluruh dan meminta semua pihak tidak membuat spekulasi, sebaliknya menyerahkan siasatan kepada polis. Sementara itu, seorang lagi pelajar berkata, dia melihat penyerang bertempiaran lari selepas beberapa anggota polis bermotosikal menuju ke lokasi kejadian. "Mereka melarikan diri kawasan perumahan berhampiran dan meninggalkan motosikal mereka yang kemudiannya dihumban ke dalam longkang oleh pelajar," katanya. Dia berkata, lebih 10 pelajar cedera dibelasah. Rakannya pula mengesyaki serangan adalah susulan pergaduhan mereka dengan pelajar sekolah berkenaan petang kelmarin._ Bh sozcyili KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK |
[Video] Dalam Radar Khas – Demokrasi di Malaysia : PM bukan Melayu? Posted: 16 Jun 2012 02:00 AM PDT Dalam Radar Khas – Demokrasi di Malaysia : PM bukan Melayu? Tarikh: 6 Jun 2012 Moderator: Sdr. Syed Munawar Panelis: Part 1: Part 2: Ihsan: Antara Pos — Team Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Malaysia shamsuliskandar KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK |
AWAS!!! TISU POWER BOLEH AKIBATKAN MATI PUCUK Posted: 15 Jun 2012 09:00 PM PDT Tisu yang mengandungi bahan kimia yang dikatakan boleh menjejaskan keupayaan lelaki. IPOH – Bukan sekadar tisu biasa, penggunaannya yang dipercayai boleh tampil hebat di ranjang boleh juga menjadi punca lelaki mengalami masalah mati pucuk dan bengkak saraf. Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Penguatkuasa Farmasi, Mazlan Ismail berkata, tisu yang di seludup dari Indonesia dan China itu dikesan mengandungikimia Benzocaine, Lidnocaine dan Anastetic yang digunakan sebagai ubat bius dalam pembedahan. Menurutnya, tisu yang boleh dibeli semurah RM3 setiap bungkus itu mengakibatkan alat kelamin rasa kebas selepas disapu tisu berkenaan. "Ramai yang menyangka ia dihasilkan dengan ekstrak tumbuh-tumbuhan berikutan kandungan kimia tidak dinyatakan pada bungkusan produk. Maklumat palsu juga disebarkan mendakwa tisu ini juga mempunyai kebaikan untuk mencegah penularan penyakit kelamin seperti siplis, gonorrhea dan Aids," katanya. Mazlan berkata, pihaknya telah merampas sejumlah tisu itu ketika melakukan pemeriksaan mengejut di sebuah kedai ubat di Sungai Siput. "Kandungan tisu ini mempunyai banyak bahan kimia keras dan kimia perosak menjadi punca urat saraf lelaki rosak seterusnya akan mati pucuk jika disapu berterusan. "Orang ramai dinasihatkan tidak mudah percaya terhadap produk rangsangan seks sebaliknya mendapatkan khidmat nasihat doktor terlebih dahulu," katanya. SH KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK |
Mat Sabu cabar pengerusi Majlis Fatwa ketuai BERSIH Posted: 15 Jun 2012 07:15 PM PDT Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu mencabar Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan (MFK) Prof Emeritus Tan Sri Datuk Dr Abdul Shukor Husin untuk mengetuai perhimpunan BERSIH jika ia diadakan sekali lagi pada masa akan datang. Katanya, ia tugas ulama untuk "menentang kemungkaran dan menegakkan kebenaran" seperti mana dilakukan "ayatullah" di Iran yang memimpin anak muda dalam revolusi Islam negara itu pada 1979 (bawah). "Kenapa di Malaysia ini golongan agama khas yang duduk dalam kerajaan menjadi penonton dan pembela kepada golongan penyeleweng? "Kalau (pengerusi bersama Datuk) Ambiga tak sesuai dan Datuk A Samad Said tak sesuai, barangkali rambutnya tak ikut sunah atau misai dia panjang ka, elok pengerusi Majlis Fatwa mempengerusi BERSIH," katanya. Bercakap dalam temubual bersama saluran atas talian Radio Bangsar Utama (RABU) malam tadi, Mohamad mendakwa sekiranya Abd Shukor enggan berbuat demikian, "kita nampak dia menyokong (pihak yang) kotor". Mohamad menjawab soalan kartunis Zunar berhubung kredibiliti keputusan MFK berhubung isu perhimpunan BERSIH berbanding fatwa ulama tersohor Dr Yusuf Al-Qaradhawi yang menyeru rakyat Mesir turun ke Dataran Tahrir. Sebelum ini, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam dilapor memutuskan haram untuk umat Islam menyertai perhimpunan atau demonstrasi yang bertujuan tidak baik, melanggar undang-undang serta mencetuskan huru-hara dan kekacauan dalam negara. Abdul Shukor Husin dilapor berkata jawatankuasa memandang serius isu itu di mana sebahagian umat Islam bertindak sebagai perusuh jalanan dalam banyak perhimpunan atau demonstrasi termasuk seperti yang berlaku pada perhimpunan di ibu negara 28 April lepas. Bagaimanapun Selasa lalu, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Mashitah Ibrahim dilapor berkata Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan tidak pernah mengeluarkan sebarang fatwa berhubung pengharaman demonstrasi BERSIH (atas). MK KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK |
Nizar Tidak Perlu Layan Isu WWW 1 Posted: 15 Jun 2012 06:54 PM PDT [MSO] Mulanya saya malas ulas dan sentuh mengenai isu plat kereta WWW 1 yang membabitkan bekas MB Perak setahun Nizar Jamaluddin dengan Sultan Johor. Kepada saya isu itu remeh temeh dan bukan pun membangun politik negara. Jauh sekali untuk membangun minda rakyat negara ini. Sepatutnya isu seperti itu tidak dimasuk pun dalam kepala. Apalah sangat dengan isu itu. Sultan Johor pun boleh biarkan begitu saja. Rasanya tidak jatuh martabat sultan itu kalau baginda tidak murka dan ikut terpanggil dengan isu itu. Adalah bijak kalau sultan mendiamkan sahaja. Lebih bijak kalau baginda memaafkan Nizar. Rasanya bagi Nizar masih ada isu lebih besar dan penting dari isu plat kereta itu untuk beliau bercakap dijadikan modal politik. Isunya Nizar dikatakan menulis dalam twitternya yang plat itu dibida dengan menggunakan wang rakyat. Pihak sultan menjelaskan ia dibida dengan wang sendiri. Nizar minta maaf atas salah tulis dan salah tafsirkan itu. Ia kecil saja. Isu seperti ini tidak menjadi isu pun bagi politik Barat. Tetapi kerana ada penyamun yang hendak menyamun isu menerusi isu itu ia diperpanjangkan. Bangkitlah rakyat yang angkat sepanduk mempertahankan sultan mereka. Yang mempertahankan sultan mereka. Yang membela sultan mereka. Baguslah. Bersungguhnya seolah-olah maruah sultan mereka sudah tercemar. Tetapi lucunya mereka bangkit begitu sekali kerana isu plat kereta. Masa isu Pulau Batu Putih, isu penjulan pasir ke Singapura, isu Jambatan Bengkok mereka tidak pun bangkit pegang lembing dan kayu untuk mempertahankan sultan mereka, mempertahankan maruah Johor yang melambak ke bumi itu. Budak kecil pun tahu dan merasa lucu dengan apa yang dilakukan oleh panglima pembela sultan. Dituduh Nizar derhaka kepada sultan mereka. Apa derhakanya? Menterjemahkan erti dan makna perbuatan derhaka pun nampaknya kurang tepat. Biarlah itu sikap dan pendirian orang Johor yang berani. Cuma saya hendak sebut kepada Nizar lain kali tidak usah gatal mulutlah soal sultan dan raja-raja ini. Zaman ini mana ada lagi zaman Mufti berani tegur sultan. Mufti yang berani kerana benar sudah pun tidak ada lagi. Jadi bila Mufti sendiri menjadi batang pisang kepada raja jangan pula kita pandai-panai hendak jadi batang balak kepada sultan. Isu lain masih banyak kalau hendak dicakapkan soal pembaziran. Cuba selidik dan kaji. Jangan soal sultan dan raja-raja. Mereka kebal dan zaman ini ramai orang hendak berlindung di sebalik kekebalan. Sejuta kali benar dan betul pun yang Nizar kata ia tidak akan menjadi benar dan betul. Saya lihat bekas MB Perak setahun ini semacam tidak berapa bijak dalam politik. Kurang bijaksana dan kurang daya politiking. Beliau yuang berada dalam sistem politik sekular harus tahu. Bahawa dalam politik sekular tiada kebenaran, tidak ada kejujuran dan tidak ada ketulusan. Kejujuran, niat baik kita pun akan dieksploitasikan menjadi isu dan dijadikan modal untuk membalun kita. Dalam hal plat kereta itu Nizar sudah pun merasai di mana kejujuran dan niat baiknya telah memakan dirinya. Semoga beliau insaf dan selepas ini gam terus soal-soal sultan dan raja dari perbicaraan politiknya. Begitu juga hasrat nak jumpa Sultan Johor dan mohon maaf rasanya tidak perlu. Lagipun raja tidak menjawab surat permohonannya. Kalau sultan tidak hendak jumpa diamkan saja, jangan kita mengada-naga hendak tunjuk berani. Silap hari bulan keberanian dan ketulusan itu akan memarahkan lagi diri kita. Nizar harus belajar dari kesilapan lalu untuk memulihkan reputasinya dalam politik. Gara-gara telah melakukan sembah derhaka kepada Sultan Perak - walau pun istilah itu ada Nizar dianggap derhaka. Parahnya konotasi dan erti derhaka atau tidak itu bukan ditentukan oleh raja dan sultan tetapi mereka yang mencari perlindungan dari istana. MSO KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK |
Posted: 15 Jun 2012 04:23 PM PDT |
You are subscribed to email updates from Biaqpila™ To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan