Kerabu Bersuara ® |
- Fatmi: Tindakan Pas tangguh haji keterlaluan
- Rakaman Ceramah Merdeka Rakyat, Pandan 12/06/2012
- Pelajar berhutang, kroni kaya – Rafizi
- Tuduhan sorok RM3 bilion: Saya sedia disiasat semula – Anwar
- 'KJ boleh jadi PM pada hari tua'
Fatmi: Tindakan Pas tangguh haji keterlaluan Posted: 13 Jun 2012 04:42 AM PDT KOTA BAHARU - Tindakan PAS yang meminta anggota parti itu menangguhkan ibadah haji bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13 adalah keterlaluan, kata Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Datuk Mohd Fatmi Che Salleh. |
Rakaman Ceramah Merdeka Rakyat, Pandan 12/06/2012 Posted: 12 Jun 2012 09:29 PM PDT |
Pelajar berhutang, kroni kaya – Rafizi Posted: 12 Jun 2012 09:24 PM PDT KUALA LUMPUR 12 Jun: Sistem pendidikan tinggi negara berasaskan pada dua tiang, iaitu hutang kepada pelajar dan mengkayakan kroni, kata Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli. Berucap di Kampung Pasir Baru, Lembah Pantai malam semalam, Rafizi berkata, pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran ke universiti dipaksa berhutang. "Baru sahaja keluar universiti, (pelajar) sudah menanggung beban hutang (sehingga) RM20,000 hingga RM30,000," katanya. Katanya lagi, tiang kedua iaitu mengkayakan kroni apabila Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN) terpaksa meminjam dana daripada bank dan agensi seperti Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP). "Bermula pada tahun 1998, mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir menetapkan PTPTN tidak akan dapat peruntukan kerajaan, sebaliknya perlu buat pinjaman dari bank. Justeru, kata beliau lagi, jelas pihak mana yang akhirnya mendapat keuntungan melalui sistem pendidikan tinggi di Malaysia. Isu pinjaman PTPTN mula menjadi perhatian selepas Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan dasar pendidikan percuma jika Pakatan Rakyat menang dalam pilihan raya umum ke-13. Pengumuman itu disokong pelbagai pihak, termasuk golongan mahasiswa yang berdemonstrasi menuntut pemansuhan hutang PTPTN Mei lalu. Terbaru, kerajaan Umno BN menarik balik sekatan pinjaman PTPTN pelajar baru UNISEL dan KUIS selepas Menteri Besar Selangor mengumumkan bantuan RM30 juta kepada pelajar yang terjejas. |
Tuduhan sorok RM3 bilion: Saya sedia disiasat semula – Anwar Posted: 12 Jun 2012 07:49 PM PDT KUALA LUMPUR 13 Jun: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sedia disiasat semula berhubung isu pemilikan 20 akaun induk bernilai RM3 bilion sebagaimana yang didakwa bekas Penolong Gabenor Bank Negara, Datuk Abdul Murad Khalid. Kata Anwar, beliau bersedia disiasat secara terbuka walaupun pada tahun 1999 kes berkenaan telah disiasat dan ditutup Badan Pencegahan Rasuah (BPR), kini Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). "Isu ini sengaja diulang, ini helah kerajaan untuk hadapi pilihan raya, tak mengapalah…, walaupun kes ini telah disiasat dan ditutup, saya rela disiasat secara terbuka," katanya pada sidang media di Parlimen semalam. Sebelum ini, Abdul Murad telah mengedarkan akuan berkanun itu pada Oktober 1999 yang antara lain mendedahkan pemilikan kira-kira 20 akaun induk Anwar bernilai lebih RM3 bilion. Pengarah Siasatan BPR, Abdul Razak Idris sebelum ini juga pernah membuat akuan bersumpah bagi membuktikan bahawa siasatan telah dijalankan dan ditutup kerana tiada kes. Isu ini berbangkit semula baru-baru ini apabila Panel Penilaian Operasi SPRM mencadangkan Timbalan Presiden KEADILAN, Azmin Ali disiasat semula berkaitan dakwaan memiliki aset dan saham yang melebihi pendapatan penjawat awam antara 1995 dan 1997. Dalam sidang media itu, Anwar mengemukakan satu kenyataan bersumpah (SD) yang membebaskannya daripada dakwaan mempunyai aset dan wang tunai bernilai RM3 bilion. Kenyataan bersumpah itu dibuat oleh Abdul Razak. Anwar berkata, beliau akan mengambil tindakan undang-undang berhubung penyiaran laporan tersebut. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Ahad lalu dilapor berkata, Anwar perlu tampil memberi penjelasan berhubung perkara sama. Katanya, jika Anwar merasakan dakwaan berkenaan tidak betul, beliau perlu mengambil tindakan terhadap mereka yang mendedahkannya. Bagaimanapun, Anwar pada hari yang sama berucap pada program Dialog Ekonomi di Petaling Jaya menyambut cabaran Muhyiddin dan bersedia menyerahkan segala dokumen pemilikan hartanya dengan syarat Timbalan Perdana Menteri itu terlebih dahulu mengisytiharkannya. Ketua Umum KEADILAN itu juga sedia untuk disiasat sepenuhnya berhubung dakwaan berkenaan dan menyerahkan semua akaun terbabit. "Jika Muhyiddin setuju, maka siasatan itu perlu disegerakan," katanya. |
'KJ boleh jadi PM pada hari tua' Posted: 12 Jun 2012 07:08 PM PDT Wartawan Sinar Harian SHAH ALAM - Bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin mengingatkan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin supaya bertindak bijak untuk memastikan peluangnya menjadi perdana menteri pada masa depan tidak terjejas. Zainuddin yang lebih dikenali sebagai Zam berkata, Khairy telah melakukan kesilapan di tangga awal pendakiannya, namun diberi peluang oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang tidak mengamalkan politik balas dendam. "Khairy dan beberapa orang rakannya tidak dapat membasuh tangan, bahawa percaturan politik mereka telah memberikan sumbangan ke arah ketidak setabilan politik dalam parti dan juga keruntuhankepada asas-asas ikatan perpaduan negara yang diletakkan oleh Perdana Menteri kedua, Tun Abdul Razak Hussein dan diperkukuh serta digemilangkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad," tulis dalam entri blognya, www. zamkata.blogspot.com yang bertajuk, Khairy boleh jadi PM pada hari tua, semalam. Menurutnya, dalam beberapa hal, percaturan ini dilanjutkan sehingga selepas Tsunami 2008, yang menampakkan ada usaha untuk membawa Datuk Seri Anwar Ibrahim kembali ke dalam Umno sehingga ke peringkat membawa pasport antarabangsa kepadanya untuk berubat patah tengkuk di luar negara. "Tetapi ternyata Khairy salah membaca sikap orang Umno," tulis Zam. Dalam menghadapi pilihan raya 2008, sesetengah media menjadi alat kepada memecahbelahkan Umno dan asas ketatanegaraan dengan laporan negatif terhadap orang yang tidak disukai oleh bakal pemimpin muda. "Yang paling menyedihkan ialah Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Syed Razak Syed Zain dihina dan diperkecil dalam keadaan dia sakit, pada hal dia berjasa besar kerana pulihkan kekuatan BN di Kedah." Zam menulis, berita-berita sensitif yang menyakitkan hati orang Melayu dan Islam dipermainkan dengan bebas oleh media berkenaan. "Sorak megah pilihan raya 2004 berakhir dengan kehilangan maruah pada 2008 kerana kesombongan dan keegoan beberapa orang muda yang 'berkuasa'. Apabila saya buat kenyataan yang disiarkan Utusan Malaysia dan Sinar Harian, bahawa Tsunami 2008 menggagalkan cita-cita pemimpin muda dalam Umno untuk mengambil alih kuasa, salah seorang dari tingkat 4 telah menelefon dan memarahi Utusan," kata Zam. Menurutnya, terlalu banyak kesilapan Khairy dan rakan-rakannya untuk diceritakan semula, tetapi ini bukanlah masanya. "Ini adalah masa untuk lebih memfokuskan kepada pemulihan perpaduan dan seperti kata Tun Dr Mahathir, walaupun dia tidak suka seseorang calon, tetapi jika itu pilihan parti, maka dia akan mengundinya. "Demikianlah juga dengan Khairy, sekalipun dosanya terlalu besar kepada keruntuhan asas-asas perpaduan negara kerana idealismenya dan kerana nafsu politiknya, tetapi Khairy harus diberikan kesempatan untuk memperbaiki kesilapannya, dan dia sedang melakukan ini sekarang. Kesempatan ini diberikan oleh Datuk Seri Najib yang memahami erti politik dan tidak ada perasaan membalas dendam, sekalipun usaha untuk mencegah kenaikannya, dilakukan sehingga saat terakhir," katanya. Zam mengakui, Khairy kembali menyerlah kerana kegigihannya. "Bakat dan karisma politiknya terserlah," kata beliau. |
You are subscribed to email updates from Kerabu Bersuara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan