Kelab Greenboc |
- [VIDEO] Azan Ditawar RM5 Juta Lompat Parti
- Seorang Kakitangan Awam Dibicarakan Kes Khalwat Dengan Pembantu Kedai
- Anwar Saman Tak Boleh, UMNO Saman Boleh?
- Gantung Ambiga: Pemimpin MIC Kecam MP UMNO Sri Gading
- Mahathir Kini Takut Nasib Mubarak Bakal Menimpanya!
- Menunggu Detik Yang Serupa Berlaku Di Negara Kita!
[VIDEO] Azan Ditawar RM5 Juta Lompat Parti Posted: 28 Jun 2012 12:41 AM PDT Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail dari KEADILAN mendedahkan, beliau pernah ditawar RM5 juta untuk lompat ke parti BN. Menurutnya, tawaran itu dibuat pada tengahari 27 Januari 2010 di sebuah hotel bertaraf lima bintang di Kuala Lumpur. Kata Azan, lebih 12 Ahli Parlimen Pakatan Rakyat diberi tawaran sama, dan diatur dengan kemas dan licik. "Sebagai contoh, Ahli Parlimen tidak akan 'lompat' pada masa yang sama. Tawaran juga tidak dibuat oleh perancang, tetapi diwakili seorang tokoh yang dihormati dan pernah ada kedudukan tinggi dalam kerajaan. "Jumlah tawaran juga bergantung pada rundingan. Ada yang melebihi RM5 juta seperti yang disebut dalam rakaman video," jelasnya pada sidang media di Parlimen semalam. Beliau menambah, beberapa bukti lain seperti video dan tokoh yang terlibat akan didedahkan, selepas segala maklumat disusun dengan teratur. Pada 21 Jun lalu, Ahli Parlimen Pakatan Rakyat menayangkan klip video berdurasi 30 saat yang dirakam di sebuah restoran di Lembah Klang. Klip video tersebut menunjukkan rundingan di antara Ahli Parlimen KEADILAN dan agen Umno, didakwa bekas Ketua parti (Kita) Kedah, Zamil Ibrahim. Kegagalan Zamil menafikan dakwaan tersebut menguatkan lagi kebenaran ini dan peranan beliau sebagai agen Umno. Dalam pada itu, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata, siri-siri pendedahan akan terus dibuat supaya gambaran sebenar akan menjadi lebih jelas. Katanya, penampilan Azan sebagai saksi utama untuk menunjukkan memang ada rundingan rahsia untuk memujuk Ahli Parlimen Pakatan Rakyat lompat parti. "Kita juga mahu rakyat tahu setakat mana kerajaan Umno BN ambil berat soal demokrasi. "Tindakan ini juga membuktikan mereka tidak menghormati pilihan rakyat, hanya ingin menang pilihan raya dengan apa-apa cara," kata Khalid. -KD |
Seorang Kakitangan Awam Dibicarakan Kes Khalwat Dengan Pembantu Kedai Posted: 27 Jun 2012 11:54 PM PDT Dungun – Seorang kakitangan awam mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan atas satu tuduhan khalwat dalam perbicaraan di Mahkamah Rendah Syariah Dungun, pagi kelmarin. Gambar: Remaja lelaki dari Kampung Paya (kanan) yang dituduh berkhalwat dengan jurujual wanita masuk ke dalam kenderaan pegawai penguat kuasa syariah. Tertuduh lelaki, 36, yang berasal dari Pulau Serai Dungun dituduh mengikut Seksyen 31(a) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Takzir Negeri Terengganu 2001 kerana didakwa berkhalwat bersama pasa-ngannya, seorang wanita berstatus ibu tunggal berumur 37 tahun. Menurut fakta kes, tertuduh lelaki, seorang kakitangan Kementerian Kesihatan itu ditahan dalam satu serbuan oleh sepasukan pegawai penguat kuasa syariah di sebuah chalet di Jalan Paka. Dungun kira-kira jam 2.13 pagi, 23 Mac lalu. Ketika serbuan dilakukan, selepas pintu dibuka oleh tertuduh lelaki, pemeriksaan menemui seorang wanita yang sedang berbaring dalam bilik berkenaan dan soal siasat mendapati mereka tiada hubungan muhrim. Selepas kertas pertuduhan dibacakan, tertuduh perempuan yang berasal dari Kuala Klawang, Negeri Sembilan dan bekerja sebagai pembantu kedai di sebuah kedai makan berdekatan pekan lama Kuala Dungun itu, bagaimanapun mengaku bersalah dan dikenakan denda RM2,500 atau tiga bulan penjara sekiranya gagal menjelaskan denda. Penolong Pegawai Kesihatan berkenaan yang difahamkan bertugas di Pejabat Kesihatan Dungun dan sudah berkahwin itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan memohon dibicarakan. Hakim Syarie, Shamsuddin Ngah memutuskan kesnya akan disebut semula pada 24 September depan nanti dengan wang jaminan sebanyak RM2,000 untuk membolehkan dia dibebaskan sebelum menunggu tarikh perbicaraan akan datang. Sementara itu, dalam kes berasingan, seorang jurujual wanita berumur 19 tahun didenda RM2,500 kerana didapati bersalah berkhalwat dengan pasangannya, remaja lelaki berumur 19 tahun di sebuah hotel di sini kira-kira jam 12.10 pagi pada Februari lalu. Gadis berasal dari Padang Jambu dan pasangan lelaki dari Balai Besar itu yang masing-masing membuat pengakuan bersalah menjelaskan denda. Kesalahan khalwat mengikut Seksyen 31(a) dan (b) Enakmen kesalahan Jenayah Syariah Takzir Negeri Terengganu 2001 boleh membawa hukuman denda maksimum RM3,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan. -SH ULASAN GB Tanpa hudud, semua tak takut melakukan dosa. |
Anwar Saman Tak Boleh, UMNO Saman Boleh? Posted: 27 Jun 2012 09:20 PM PDT Mahathir: Anwar saman untuk tutup mulut PUTRAJAYA - Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang "begitu galak" memfailkan saman sekarang sebenarnya merupakan pendekatan kegemaran Ketua Pembangkang itu untuk menutup mulut orang lain. Kata beliau, ini kerana, apabila sesuatu perkara dirujuk kepada mahkamah, ia tidak lagi boleh dibincang secara umum untuk mengelak berlaku subjudis. "Seperti yang anda tahu, beliau telah menyaman saya dan selama empat tahun saya tak boleh membuka mulut. Itulah cara beliau berkempen, menyekat orang daripada bercakap, sedangkan beliau percaya kepada kebebasan bersuara dan perkara seumpamanya. "Tapi, apabila orang bersuara, beliau hendak tutup mulut mereka dengan menyaman semua orang," katanya kepada pemberita di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini hari ini. Dr Mahathir berkata demikian apabila diminta mengulas laporan akhbar yang menyebut bahawa bekas rakan Anwar, Senator Datuk S. Nallakarupan, menuduh Ketua Pembangkang itu menggunakan saman untuk menyekat perbuatan buruknya didedah kepada umum. Terdahulu, Dr Mahathir menerima kunjungan hormat Presiden Guinea Alpha Conde, yang melakukan lawatan rasmi pertama beliau ke Malaysia. Mengenai pertemuan mereka yang berlangsung selama lebih kurang setengah jam, Dr Mahathir berkata Conde ingin mengetahui lebih mendalam tentang negara ini dan mempelajari cara kerajaan membangunkan Malaysia untuk beliau contohi dalam membangunkan Guinea. Sebelum itu, Conde mengadakan perjumpaan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan kedua-dua pemimpin bersetuju mengkaji bidang baru hubungan dua hala antara Malaysia dan Guinea. Najib dan Conde juga menyaksikan upacara menandatangani memorandum persefahaman mengenai kerjasama dalam bidang pengajian tinggi oleh Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Khaled Nordin dan Menteri Kerjasama Antarabangsa Guinea Prof Datuk Koutoub Moustapha Sano. Najib juga meraikan presiden itu pada majlis jamuan tengah hari di kediaman rasmi beliau di Seri Perdana di sini. - Bernama Ulasan GB Oh macam itu ker? Satu hala sahaja. Anwar saman UMNO tak boleh sebab dikatakan tutup mulut, tapi UMNO saman Anwar tak apa? Bloody nonsense, a hipocrite of the highest degree, isn't he? |
Gantung Ambiga: Pemimpin MIC Kecam MP UMNO Sri Gading Posted: 27 Jun 2012 06:18 PM PDT Tanpa perlu memikir panjang terhadap perkataannya, seorang pemimpin MIC telah meminta supaya ahli parlimen Sri Gading dikenakan hukuman gantung sampai mati, dengan mendakwa ahli parlimen berkenaan berakal pendek. S Vell Paari melancarkan serangan kerasnya itu terhadap MP Sri Gading Mohamad Aziz yang telah mencadangkan agar Ambiga digantung kerana didakwanya seorang pengkhianat. Ahli Jawatankuasa Kerja Pusat MIC tersebut menyatakan bahawa kesemua parti, termasuk di pihak pembangkang, mempunyai perangai sedemikian di dalam barisan kepimpinannya. "Untuk Mohamad Aziz, beliau perlu dihukum gantung kerana mempunyai IQ yang sangat rendah. Saya percaya ada orang yang telah menjatuhkan sesuatu barang ke atas kepalanya sewaktu beliau masih kecil (menyebabkan beliau jadi demikian)," tambahnya. "Inilah caranya bagaimana kita menembak diri sendiri. Seperti yang dinyatakan oleh seorang yang lain, BN yang sebenarnya yang telah membuatkan Ambiga dan Bersih begitu popular sehingga menjejaskan BN," katanya. Vell Paari berkata MP Umno juga telah mengambil sikap perkauman dengan mensasarkan Ambiga tetapi tidak ke atas Pengerusi bersamanya iaitu A Samad Said. Beliau bercadang untuk membawa hal ini didalam mesyuarat AJK Kerja Pusat MIC yang dijadualkan hari ini untuk mendesak pemimpin parti menyuarakan tentangan mereka terhadap kenyataan yang begitu sensitif itu. "Komuniti India marah dengan serangan bertubi-tubi ke atas Ambiga dan sudah sampai masanya MIC tidak lagi boleh berdiam diri. "Ini bukan soal nak memenangi hati pengundi tetapi hal gangguan ke atas seseorang yang dihormati seperti Ambiga perlu dihentikan," ujarnya. Vell Paari juga mengkritik Mohamad Aziz kerana menyamakan tindakan Ambigadengan Al-Mau'nah yang ahlinya telah dihukum gantung kerana menderhaka kepada Yang di-Pertuan Agong . Menyifatkannya sebagai sesuatu yang aneh, pemimpin MIC ttersebut mengingatkan MP Umno berkenaan bahawa Yang Dipertuan Agong telah pun berkenan untuk menerima kedatangan pemimpin Bersih. "Senjata yang ada pada mereka hanyalah baju T kuning dan botol air mineral, ia bukanlah alat-alat yang biasa digunakan untuk menjatuhkan raja. "Lebih 100,000 orang menyertai perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April, jadi kita nak hukum gantung semua tu?" tanya beliau. Vell Paari juga menyuarakan kesedihannya yang Sri Gading, pada satu ketika merupakan kerusi bekas PM Tun Hussein Onn, sekarang sudah jatuh ke tangan seorang politikus yang "tidak berkebolehan dan berakal pendek ". Ahli Parlimen Seri Gading, Datuk Mohamad Aziz dalam persidangan Parlimen semalam, yang mencadangkan agar penganjur perhimpunan Bersih, Datuk Ambiga digantung sampai mati dengan mengaitkannya sama seperti militan Al-Maunah kerana cuba menimbulkan kekacauan dan menjatuhkan kerajaan Yang di-Pertuan Agong "Penderhaka hendaklah dihukum sekras mungkin," katanya. Ahli Parliemn itu juga menekankan beliau sanggup bermandian darah untun negara, dan ucapannya telah disambut dengan sorakan dari kalangan ahli-ahli parlimen UMNO. Mengulangi permintaannya supaya Najib Tun Razak menghubungi Ambiga untuk perbincangan, Vell Paari juga meminta pihak berkuasa agar menarik semula tindakan undang-undang ke atas pemimpin Bersih. Belia berkata lagi para peniaga yang menyembur cat di jalanraya di depan kawasan rumah Ambiga sepatutnya di dakwa kerana merosakkan harta awam. "Pihak polis dan DBKL terpaksa berkawal di kawasan rumah Ambiga kerana peniaga-peniaga dan para pemprotes ini. "Jadi tidakkah sepatutnya DBKL menghantar notis kepada para peniaga untuk menuntut bayaran kerja lebih masa dan elaun makanan untuk kakitangannya sebagaimana para peniaga itu melakukan hal yang sama ke atas Ambiga?" tanya beliau. -FMT (terjemahan bebas GB) Gantung Ambiga sampai mati: DAP mahu lapor polis |
Mahathir Kini Takut Nasib Mubarak Bakal Menimpanya! Posted: 27 Jun 2012 05:02 PM PDT Takut dipenjara, Mahathir dibayangi Hosni Mubarak – Anwar AMPANG 27 Jun: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad masih dibayangi nasib yang menimpa kawan baiknya, bekas Presiden Mesir, Hosni Mubarak kerana takut berdepan kejatuhan BN dalam pilihan raya umum akan datang. Beliau mengulas dakwaan Mahathir kononnya Pembangkang berminat untuk menjatuhkan kerajaan ala 'Arab Spring'. Menurut Anwar, Mahathir begitu risau jika hukuman penjara seumur hidup ke atas Mubarak turut dirasainya. "Kita tengok Dr Mahathir masih lagi mewakili pandangan mereka. Dia sebenarnya masih merasai kehilangan Hosni Mubarak. "Dr Mahathir mewakili zaman lampau, dia mengikuti pandangan Hosni Mubarak, (Presiden Zimbabwe) Mugabe, dan kita sedang melihat sekarang tamatnya pasca Mugabe, Mubarak, tetapi kebangkitan rakyat," katanya selepas Majlis Pelancaran dan Diskusi Buku Islam dan Melayu, Martabat Umat dan Daulat Rakyat karya Datuk Dr Siddiq Fadzil di sini malam semalam. Anwar berkata, sikap Mahathir itu seolah-olah beliau tidak gembira dengan kebangkitan rakyat, sebaliknya masih mempertahan pentadbiran kuku besi Mubarak. "Rakyat Mesir berasa lega dan syukur kehilangan Hosni Mubarak," katanya. Beliau yang bangga dengan kejayaan parti Ihkwanul Muslimin yang memenangi pilihan raya di Mesir itu turut mengucapkan tahniah. "Kita sambut baik kemenangan Mohamed Morsi dan partinya, kita bangga majlis tentera juga mengiktiraf. "Ini menunjukkan suara rakyat itu harus dihormati. Beliau (Morsi) telah dipenjara, dihina dan dilemparkan dengan pelbagai tuduhan, tetapi masih ada kekuatan dan mendapat sambutan rakyat," kata Anwar. Morsi, presiden Mesir yang pertama dilantik selepas kebangkitan rakyat menyingkirkan bekas presiden Hosni Mubarak pada Februari tahun lalu. -KD Dr M: Tak perlu jatuh k'jaan ala 'Arab Spring' di M'sia Ulasan GB Kura-kura dalam perahu, pura-pura tak tahu. Che Det kata: "Kita di sini ingin 'Arab Spring' tapi soalnya adakah kerajaan terlalu zalim? Adakah kerajaan tidak beri perhatian kepada nasib rakyat, tidak membangunkan dan memajukan negara?" Kalau kami hendak catatkan kezaliman dan salahlaku kerajaan UMNO BN selama ia memerintah Malaysia tidak cukup ruangnya di blog ini. Tetapi Gb cuba mengimbau SATU sahaja iaitu selepas pilihanraya 1999, sewaktu PAS berjaya memerintah dua negeri iaitu Kelantan dan Terengganu, kamu yang bernama Mahathir Muhammad yang menjadi Perdana Menteri waktu itu telah menukarkan "royalti" kepada wang ehsan", malah kamu nafikan pemberian wang ehsan itu kepada Kelantan dan Terengganu semata-mata kerana ia diperintah oleh PAS. Kamu sanggup membatalkan perjanjian royalti tersebut dengan membelakangkan konsep federalisma yang tercatat di dalam Perlembagaan dan kemudiannya PM-PM selepas kamu mengikut jejak langkah kamu menyekat pembangunan khususnya di kelantan apabila Kelantan masih terus diperintah oleh PAS. Bukankah itu ZALIM namanya? Kamu manusia, tetapi manusia yang tidak berhati perut menzalimi rakyat Kelantan yang majoritinya berbangsa Melayu beragama Islam sendiri. Kamu khuatir kerajaan PAS Kelantan kuat dengan adanya pemberian royalti/wang ehsan itu, maka itu disekat. Bukan sahaja wang ehsan disekat, malah pembangunan yang wajib dilaksanakan oleh kerajaan Pusat pun disekat. Allah tetap Maha Mengetahui hati busuk kamu dan kamu akan tetap menerima balasan di sisiNya dan Allah memperpanjangkan umurmu untuk kamu lihat sendiri kejatuhan parti kamu dengan digantikan oleh parti yang pemimpinnya taat kepada Allah dan RasulNya! |
Menunggu Detik Yang Serupa Berlaku Di Negara Kita! Posted: 27 Jun 2012 08:05 AM PDT Ribuan rakyat Mesir melakukan sujud syukur di Dataran Tahrir selepas pengumuman Dr Muhammad Mursi menang sebagai Presiden Mesir. Ulasan GB Tak mampu untuk GB menahan air mata melihat rakyat Mesir yang begitu gembira sehingga mmereka sujud syukur tak kira di mana mereka berada sewaktu Dr.Mursi diumumkan sebagai Presiden baru mesir. Percaya atau tidak, suka atau tidak, detik yang sama akan berlaku di negara kita, tidak berapa lama lagi. Rejim "Mubarak" di negara ini akan tetap hancur binasa! Ya, sepastinya dengan izin dan kuasa Allah swt! Kerana begitulah janjiNya di dalam Surah Al-A'raf :128 إِنَّ الأَرْضَ لِلّهِ يُورِثُهَا مَن يَشَاءُ مِنْ عِبَادِهِ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِينَ Sesungguhnya bumi ini kepunyaan Allah, diwariskannya kepada sesiapa yang Ia kehendaki dari hamba-hamba-Nya; dan kesudahan yang baik adalah bagi orang yang bertaqwa. |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan