Kelab Greenboc |
- [BERGAMBAR] Ceramah Nizar - Dalam Kebun Getah Pun Orang Datang
- Dr Mursi Umum 4 Langkah Pertama Sebagai Presiden Mesir
- Isu Khatib Doa Jatuhkan Pemimpin Zalim - UMNO Terasa Pedas Kerana Termakan Cili
- TG Nik Aziz Tak Ambil Kemudahan MB - Itu Pun UMNO Dengki & Sakit Hati
- [Bergambar & Video] Blogger Adukataruna Bermandi Darah Dipukul -updated
- Haramjadah Timpa Najib Lagi: Digelar "Pengamal Demokrasi Palsu"
- Najib Baru Sedar Umno-BN Amalkan 'Perhambaan Moden' Dalam Sistem Pajak Teksi
[BERGAMBAR] Ceramah Nizar - Dalam Kebun Getah Pun Orang Datang Posted: 27 Jun 2012 01:13 AM PDT |
Dr Mursi Umum 4 Langkah Pertama Sebagai Presiden Mesir Posted: 27 Jun 2012 12:33 AM PDT Presiden Mesir yang baru, Dr.Muhammad Mursi mengumumkan empat langkah pertamanya sebaik saja beliau dengan rasminya diisytiharkan sebagai Presiden. Keempat-empat langkah itu ialah: Pertama: Menyumbangkan wang gaji Presidennya untuk kebajikan rakyat Mesir Kedua: Mengeluarkan arahan tidak menggantungkan gambarnya di bangunan kerajaan atau menerbitkan apa-apa iklan ucapan tahniah di dalam akhbar. Ketiga: Semalam beliau menerima kunjungan ibu kepada Khaled Said dan keluarga mereka yang terbunuh pada perhimpunan 25 Januari, di Istana Presiden dan mengarahkan pengawal istana untuk tidak menghalang keluarga mereka yang syahid itu dari menemuinya pada bila-bila masa. Beliau juga berjanji untuk menghukum mereka yang membunuh para peserta perhimpunan dengan mendakwa semula bekas Presiden Hosni Mubarak dan menteri dalam negeri, Habib al-Adli, serta lain-lain defenden di atas kes membunuh para demonstran. (Lebih 800 orang terbunuh dan 6,000 cedera semasa perhimpunan 25 Januari Medan-Tahrir.) Keempat: Mengarahkan pihak keselamatan mengurangkan bilangan kenderaan bagi mengiringinya bertujuan tidak mahu mengganggu pergerakan lalulintas rakyat awam dan rkata, pihak tertinggi pasukan keselamatan juga meminta Mursi dan menolak permintaan pihak keselamatan yang meminta keluarga beliau berpindah ke Villa As-Salam bersebelahan Istana Itthadiyah akan tetapi Mursi tetap mahu kekal tinggal di kediamannya sebelum ini di Tajammuk. "Saya Tidak Mahu Rakyat Benci Saya Hanya Kerana Kenderaan Saya"- Mursi Ulasan GB Demikian sikap seorang "pemimpin Islam" lebih kurang sama kisahnya dengan MB Kelantan dan Kedah. Itulah "wasatiyyah". Mungkin Najib, Jamil Khir dan lain-lain pemimpin UMNO perlu belajar lagi apa itu wasatiyyah dengan mengunjungi Presiden baru Mesir selepas ini jika malu dan enggan untuk belajar dari MB Kelantan dan Kedah. |
Isu Khatib Doa Jatuhkan Pemimpin Zalim - UMNO Terasa Pedas Kerana Termakan Cili Posted: 26 Jun 2012 09:39 PM PDT Saya doa jatuhkan pemimpin zalim - Khatib BUKIT MERTAJAM: Khatib yang didakwa mendoakan supaya kerajaan digulingkan dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang ketika menyampaikan khutbah di sebuah masjid di sini Jumaat lalu, menegaskan doanya itu ditujukan kepada pemimpin zalim dan rasuah. Katanya, doa yang beliau baca itu adalah umum dan tidak ditujukan kepada mana-mana parti atau kerajaan. Menurutnya, ia hanya ditujukan kepada pemimpin zalim dan amal rasuah. "Saya tak sebut pun nak jatuhkan kerajaan BN (Barisan Nasional) atau PR (Pakatan Rakyat). Kenapa individu berkenaan perlu terasa hati? "Saya hanya berdoa, tujukan pada pemimpin yang zalim, yang rasuah supaya dikalahkan (dalam pilihan raya). Sepatutnya tak timbul sebarang isu, sebab saya tak sebut atau tujukan pada kerajaan pun," katanya sebagaimana dilaporkan oleh Sinar Harian. Khatib itu menjadi guru sekolah di kawasan utara sebelum bertukar ke negeri lain baru-baru ini, bersetuju bercakap dengan Sinar Harian dengan syarat, namanya tidak disiarkan 'atas faktor tertentu'. Beliau kesal dengan cerita mengenai perkara itu yang disifatkan sebagai putar belit pihak tidak bertanggungjawab. Beliau memberi amaran akan mengambil tindakan undang-undang terhadap media jika nama dan tempat beliau bertugas disiarkan. Beliau tampil memberi penjelasan selepas Umno Pulau Pinang kelmarin meminta Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang menyiasat seorang khatib yang dikatakan mendoakan Kerajaan Pusat digulingkan dalam PRU akan datang. Timbalan Pengerusi Umno Negeri, Datuk Musa Sheikh Fadzir dilaporkan Bernama sebagai berkata, tindakan khatib itu boleh disifatkan sebagai menghasut dan memecahbelahkan umat Islam. -HD Jawatankuasa kariah kesal isu diperbesar |
TG Nik Aziz Tak Ambil Kemudahan MB - Itu Pun UMNO Dengki & Sakit Hati Posted: 26 Jun 2012 07:16 PM PDT Nik Aziz: 'Saya tak ambil kemudahan MB' SHAH ALAM - Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan usaha membersihkan pentadbiran beliau daripada rasuah bermula dari dirinya sendiri. Gambar: Kesederhanaan (wasatiyyah) kehidupan TG Nik Aziz. Menikmati mee celup sendirian tanpa berpengawal dirakam di sebuah warung. Menurutnya, beliau tidak pernah menggunakan peruntukan menteri besar seperti kenderaan untuk ahli keluarga, rumah, perabot dan kemudahan lain. Beliau berkata, menteri besar tidak boleh mengambil rasuah kerana mereka juga seorang manusia yang akan dihitung sama ada masuk syurga atau neraka. "Saya tidak ambil kerana saya tahu pegang jawatan ini (menteri besar), sama ada masuk syurga atau neraka, saya tidak mahu masuk neraka. "Pembantu rumah pun saya cari sendiri, pengawal keselamatan tiada, kereta yang sepatutnya dua, saya ambil satu sahaja, malah kereta keluarga saya beli sendiri," katanya dalam ucaptama Wacana Ilmu Buku Rasuah, di sini, semalam. Beliau berkata, rasuah tidak dapat dihapuskan melalui undang- undang, sebaliknya melalui perubahan akhlak dalam diri sendiri. "Perkara ini mesti difikirkan oleh rakyat kerana selagi sekular menguasai manusia tiada agama, masalah tidak akan selesai," katanya. Mengulas dakwaan penyelewengan dalam pentadbiran Kelantan Golden Trade Centre Sdn Bhd (KGT), beliau memberi jaminan tidak akan menghalang anak syarikat Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) itu disiasat. "Sesiapa hendak siasat, 25 jam saya bagi, bukan 24 jam," katanya. Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin pada 24 Jun lalu memberi tempoh tiga minggu kepada Kerajaan Negeri Kelantan untuk menyiasat secara terperinci berhubung dakwaan terbabit. Awang Adek berkata, hasil siasatan terhadap pengeluar mata wang dinar dan dirham itu harus didedah kepada rakyat, dan jika ada pihak yang mempertikaikannya, kementerian akan mengarah Bank Negara Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti membuat siasatan. KGT adalah anak syarikat PMBK yang mengeluarkan, menempa, mengedar, menjual syiling dinar dan dirham Kerajaan Negeri Kelantan. -SH Perbelanjaan Berhemah Punca Kelantan Bebas Rasuah |
[Bergambar & Video] Blogger Adukataruna Bermandi Darah Dipukul -updated Posted: 26 Jun 2012 05:01 PM PDT Beberapa keping gambar yang memaparkan salah seorang aktivis Gabungan Profesional Tuntut Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas ke Negeri Kelantan (Royalti) dalam keadaan berlumuran darah tersebar sejak pagi tadi. Beliau merupakan pengendali blog adukataruna.blogspot.com atau nama sebenarnya Khairul Nizam Abdul Ghani. Malaysiakini melaporkan Aduka menerima tiga jahitan akibat kecederaan itu. Difahamkan berlaku kejadian tumbuk menumbuk di antara aktivis Royalti Minyak Kelantan dengan kumpulan yang dipercayai penyokong Umno. Menurut Aduka, beliau yang menyertai perhimpunan Pra-Himpunan Royalti Menjunjung Titah Tuanku Sultan Kelantan telah dipukul oleh sekumpulan 15 orang yang disyakinya sebagai anggota Pemuda Umno. Tinjauan di laman Facebook Dato Nik Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan mendapati beliau menyiarkan satu ucapan takziah terhadap aktivis Menuntut Royalti Minyak Kelantan yang menjadi mangsa. Di bawah ini kenyataan media yang dimaksudkan. Rakaman Takziah dan Simpati YAB Tuan Guru Nik Abdul Aziz Kepada Mangsa Keganasan Himpunan Menyokong Royalti Minyak 1. Saya telah diarahkan oleh YAB Tuan Guru Datuk Bentara Setia Menteri Besar Kelantan untuk merakamkan ucapan takziah dan simpati terhadap lima orang mangsa keganasan pihak yang tidak dikenali semasa Himpunan Menyokong Royalti Minyak di hadapan Kota Darulnaim pada pagi ini Isnin 26 Jun 2012. 2. Beliau yang sedang berada di Shah Alam, Selangor bagi menyampaikan ucaptama di Majlis Wacana Ilmu Mengenai Rasuah anjuran Kerajaan Negeri Selangor pada hari ini juga turut melahirkan rasa kesal terhadap insiden ini yang disifatkan tidak wajar berlaku sekiranya semua pihak menghormati hak bersuara yang telah dijamin di dalam perlembagaan. 3. Justeru, YAB Tuan Guru telah menyampaikan sumbangan tanda simpati kepada semua mangsa yang terlibat. Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh YB Datuk Abdul Fattah Mahmood, ahli Exco kerajaan Negeri Kelantan sebagai mewakili YAB Tuan Guru Menteri Besar Kelantan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu ketika semua mangsa sedang membuat laporan polis sebentar tadi. 4. YAB Tuan Guru juga turut merakamkan setinggi-tinggi terima kasih di atas sokongan yang telah ditunjukkan oleh rakyat Kelantan terhada usaha kerajaan negeri menuntut royalti minyak dan pendaratan gas yang telah dinafikan oleh kerajaan pusat. Juga terima kasih kepada pihak keselamatan yang telah memberikan kerjasama di dalam memastikan perhimpunan aman ini berjaya dilaksanakan. Yang menjalankan tugas, AHMAD FADHLI BIN SHAARI, Setiausaha Akhbar, YAB Menteri Besar Kelantan. Bertarikh : 26 Jun 2012 sumber:freemalays Cerita ringkas R berdarah |
Haramjadah Timpa Najib Lagi: Digelar "Pengamal Demokrasi Palsu" Posted: 26 Jun 2012 07:46 AM PDT Artikel dengan tajuk 'A 21st-century checklist of the new autocrats' telah disiarkan pada 8 June lalu oleh akhbar The Globe and Mail. Ianya telah ditulis oleh Ketua Biro Beijing Mark Mackinnon, pengamal media yang telah memenangi anugerah, yang pernah menemuramah beberapa orang pemimpin politik dunia yang kontroversi. Antara mereka yang telah ditemuramahnya ialah Ketua Pembangkang Burma Aung San Suu Kyi, Mikhail Gorbachev, bekas Perdana Menteri Thailand Thaksin Shinawatra, Presiden Israel Shimon Peres dan Raja Abdullah II dari Jordan. Dalam artikel itu Mackinnon membahagikan pemimpin politik kepada empat kategori iaitu false democrats, mad egotists, violent populists dan callous capitalists. Najib telah diletakkan dalam kategori yang pertama iaitu "false democrat." Dalam Bahasa Malaysia ialah 'Pengamal Demokrasi Palsu' dan dalam bahasa yang lebih sopan pula 'Penipu Demokrasi' kalau tak silap aku lah.. Antara yang tersenarai bersama Najib ialah Presiden Russia Vladimir Putin, Presiden Palestine Mahmoud Abbas, Perdana Menteri Ethiopia Meles Zenawi dan juga Perdana Menteri Kemboja Hun Sen. Pemimpin yang telah terkeluar dari senarai ahli kelab penipu itu pula ialah Slobodan Milosevic dan Hosni Mubarak Antara ciri-ciri utama yang membolehkan Najib mendapat gerlaran tersebut ialah beliau mengadakan demokrasi tapi tidak ada niat untuk melepaskan kuasa.. Baca nih... -Key characteristics: They hold elections but have no intention of giving up power. Serious political rivals are jailed and their parties are outlawed on legal technicalities. Mr. Putin's spin doctors call it "managed democracy" – giving voters the appearance of choice while ensuring they have very little to choose from on election day. -Reason for hope: Because they allow the trappings of democracy – opposition parties, some independent media, the very process of going through an election every few years – these false democracies create the possibility of change. Mr. Milosevic and Mr. Mubarak were ousted because citizens used the political space allowed them in a false democracy. Russia's opposition has similarly been on the advance over the past seven months. The next election in Malaysia promises to be interesting. -Reason for despair: False democracies give the impression of being freer than they really are, which means they rarely face the kind of international pressure that the really nasty regimes get. Tak percaya?? tengok nih!! Kalau tak puas hati jugak.. sila lihat di SINI Apa lagi Pemuda UMNO dan PERKASA?? Buat demo depan kedutaan Kanada cepat... ASD Ulasan GB Sebelum ini GB sudah tulis: "Bukankah GB dah kata sebelum ini, akan lebih banyak "haramjadah" menimpa Najib lagi selepas ini.... tunggu dan lihat. Apa yang GB kata sudah jadi kenyataan." Kemudian ada pula komen yang memperli GB... mana GB tahu ilmu ramalan? Ini bukan soal ramalan be dan GB juga bukan seorang tukang ramal! Tetapi bagi orang berilmu dan yang belajar dari ayat-ayat manzurah (ayat yang dipelajari dari kejadian-kejadian alam), itulah namanya SUNNATULLAH, itulah namanya hukum Kebenaran dan Keadilan, itulah namanya Golden Rule, itulah namanya Hukum Karma, itulah namanya hukum tabie dan sebagainya. Yang penipu, yang jahat, yang zalim, yang kejam akan TETAP menerima hukumannya. Dia tidak akan terlepas. Apatah lagi beliau sendiri pernah "mengharamjadahkan" rakyatnya sendiri, dan itulah yang beliau akan perolehi kembali. Terkini: "Kementerian Luar sedih dengan artikel dalam akhbar Kanada yang mengkategorikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai "demokrat palsu", dengan meletakkannya sebaris dengan autokrat lain dunia." Hukum Kebenaran Dan Keadilan tidak berpihak dan tidak pilih kasih walaupun Kementerian Luar dikatakan "sedih" dengan perlabelan itu. Ia juga pengajaran buat Anifah Aman, Menteri Luar yang begitu ketara mutakhir ini kelihatan begitu kuat "ampu bodeknya" mempertahankan Najib. Kamu Anifah saya lihat cuba menentang arus kebenaran dan keadilan... tetapi kamulah nanti yang akan tertimpa bahana dan bencananya juga selain boss kamu yang kamu tatang, Najib. Wait and see!. (Tok Guru kami pun sekali-sekala cakap guna bahasa Inggeris. Orang ugamawan tidak sebodoh yang kamu sangka, Hati mereka bersama Allah sepanjang masa!) |
Najib Baru Sedar Umno-BN Amalkan 'Perhambaan Moden' Dalam Sistem Pajak Teksi Posted: 26 Jun 2012 05:04 AM PDT Rupa-rupanya selama ini Kerajaan Umno-BN mengamalkan sistem perhambaan terhadap pengusaha teksi di negara ini. Ia kini baru disedari Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak setelah sokongan rakyat terhadap Umno-BN terhakis tegar dari hari ke hari. Najib yang juga Presiden Umno berikrar untuk menghapuskan monopoli lesen teksi oleh syarikat swasta yang disifatkannya sebagai "perhambaan moden". Kerajaan sebaliknya akan mengeluarkan lesen secara terus kepada individu di bawah satu model baru dalam satu tempoh rancangan. Ia boleh dianggap satu taktik Umno-BN untuk menumpukan undi para pemandu teksi kepada dacing dalam PRU-13 tidak lama lagi. Namun, kelompok yang dikenali sebagai "ahli politik licik" sama seperti tukang gunting rambut itu, tidak mudah diperdayakan dengan janji manis yang sepatutnya telah lama menjadi hak mereka. "Saya tak suka dengar syarikat dapat terlalu banyak lesen teksi. Era kita bagi pada syarikat individu kita akan tamatkan. Dan dalam model baru ini kita beri kepada individu dalam satu bentuk sistem baru di mana kepentingan individu kita pelihara dengan sebaik-baiknya. Sebab sistem pajak teksi ini satu bentuk perhambaan moden yg saya tak suka,"katanya yang disambut dengan sorakan oleh lebih 5,000 pemandu teksi di perhimpunan Teksi Rakyat 1Malaysia (TR1Ma) di Bukit Jalil, 24 Jun lalu. Najib yang terlalu berharap sokongan padu pemandu teksi turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM35 juta melalui Yayasan 1MDB Najib sebagai insentif kepada pemandu teksi berkenaan. Jumlah itu meliputi baucer subsidi kepada kira-kira 70,000 pemandu teksi seluruh negara untuk menukar set tayar berjumlah RM525. Kerajaan telah mengenalpasti lebih 300 pusat menukar tayar seluruh negara bagi mendapatkan tayar buatan Malaysia jenama Goodyear atau Continental. Selain itu, Kementerian Penerangan juga memperuntukkan sebanyak RM1 juta bagi memberikan perlindungan insurans, tambahnya. -sanggahtoksago |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan