Era Pasca |
Hakim tanya mengapa k'jaan 'layan' permintaan BERSIH Posted: 26 Jun 2012 09:08 PM PDT Seorang peguam kanan persekutuan 'dihujani soalan' dari Hakim Mahkamah Tinggi hari ini apabila beliau tidak dapat menyatakan dengan jelas pendirian kerajaan terhadap Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH). Hakim Mahkamah Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas, Datuk Rohana Yusof kelihatan keliru dengan perintah Menteri Dalam Negeri mengisytiharkan BERSIH sebagai pertubuhan haram pada 1 Julai 2011, tetapi membenarkan perhimpunan duduk bantah BERSIH 3.0 pada 28 April tahun ini. Rohana bertanya mengapa kerajaan "melayan" permintaan BERSIH untuk menganjurkan perhimpunan tersebut. Jawapan yang diberikan oleh Peguam Persekutuan Azizan Md Arshad adalah kerajaan membenarkan BERSIH 3.0 kerana Akta Perhimpunan Aman telah dikuatkuasakan. Katanya, pengharaman BERSIH tidak ditarik balik dan skop arahan yang dikeluarkan tahun lalu itu termasuk BERSIH 2.0, BERSIH 3.0 dan semua aktivitinya. Hakim Rohana yang kelihatan tidak puashati dengan jawapan tersebut, bertanya jika menteri dalam negeri mengharamkan BERSIH dan semua aktivitinya, bagaimana pula menteri mengiktiraf perhimpunan BERSIH 3.0 di bawah undang-undang lain. Beliau seterusnya memetik Parti Komunis Malaya (PKM) sebagai contoh dan bertanya sama ada pertubuhan yang diharamkan itu boleh memohon untuk mengadakan perhimpunan di bawah akta yang sama. "Bolehkah (setiausaha agung PKM) Chin Peng memohon untuk mengadakan perhimpunan atas kapasiti peribadinya?" soal Tommy Thomas, peguam utama yang mewakili Pengerusi Bersama BERSIH, Datuk S Ambiga dan 14 yang lain. Tommy (kiri), dalam hujahnya mendakwa BERSIH adalah sebuah pertubuhan yang tidak diperbadankan yang mana diiktiraf oleh Common Law, dan tidak terletak di bawah bidang kuasa Akta Pertubuhan. "Oleh itu, apabila menteri yang digunakan Seksyen 5 Akta Pertubuhan Akta untuk mengisytiharkan BERSIH 2.0 sebagai pertubuhan haram, ini adalah ultra vires," katanya. Tommy juga berkata BERSIH telah dinafikan hak untuk didengar sebelum perintah itu dikeluarkan, dan ini bertentangan dengan keadilan asasi. Azizan menyangkal bahawa Akta Pertubuhan tidak menyatakan hak untuk didengar apabila menteri membuat keputusan. Beliau juga berkata orang yang tepat untuk membuat keputusan mengenai isu-isu berkaitan keselamatan negara dan ketenteraman awam adalah Menteri Dalam Negeri, dan mahkamah tidak boleh mempersoalkan keputusan itu. Pesanan : Satu Pages fb baru nama 'PR supporter' (khas kepada penyokong PR) telah diwujudkan oleh rakan blogger pada 19.2.2012. Sasaran 1 Juta sebelum 13 March 2013. Sila klik di sini http://on.fb.me/zKwAgs untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih Mohon Like "Like" di bawah juga. |
EDISI MEMALUKAN: Presiden UMNO terima anugerah Demokrasi Palsu Peringkat Antarabangsa Posted: 26 Jun 2012 09:07 PM PDT KENAPA TV3 & UTUSAN X SIARKAN, KAMU NI BUTA @ PEKAK? INI CERITA PELARIS PERNIAGAAN KAMU YG BAWAK UNTUNG BESAR. BAGI AHLI & PENGAMPU UMNO BACA DAN FAHAMI. ITU PUN KALAU BOLEH BACA LA... Artikel dengan tajuk 'A 21st-century checklist of the new autocrats' telah disiarkan pada 8 June lalu oleh akhbar The Globe and Mail. Ianya telah ditulis oleh Ketua Biro Beijing Mark Mackinnon, pengamal media yang telah memenangi anugerah, yang pernah menemuramah beberapa orang pemimpin politik dunia yang kontroversi. Antaranya Ketua Pembangkang Burma Aung San Suu Kyi, Mikhail Gorbachev, bekas Perdana Menteri Thailand Thaksin Shinawatra dan Raja Abdullah II dari Jordan. Dalam artikel itu Mackinnon membahagikan pemimpin politik kepada empat kategori iaitu false democrats, mad egotists, violent populists dan callous capitalists. Najib telah diletakkan dalam kategori yang pertama iaitu "false democrat." Dalam Bahasa Malaysia ialah 'Pengamal Demokrasi Palsu' dan dalam bahasa yang lebih sopan pula 'Penipu Demokrasi' kalau tak silap aku lah.. Terkini: "Kementerian Luar sedih dengan artikel dalam akhbar Kanada yang mengkategorikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai "demokrat palsu", dengan meletakkannya sebaris dengan autokrat lain dunia." Akan lebih banyak "haramjadah" menimpa Najib lagi selepas ini. Beliau sendiri pernah "mengharamjadahkan" rakyatnya sendiri, dan itulah yang beliau akan perolehi kembali. Najib digelar PENGAMAL DEMOKRASI PALSU. Kasihan, sampai hati depa mengatakan PM kita macam tu. Puak lembUMNO dan kutu kutunya kena buat demo ni... Bantah & Duduk versi lembu.. DEMOKRASI yang UMNO lakukan semuanya tipu belaka! Memalukan negara kita di mata dunia. Isu scorpene buatkan imej Najib jadi busuk! Pesanan : Satu Pages fb baru nama 'PR supporter' (khas kepada penyokong PR) telah diwujudkan oleh rakan blogger pada 19.2.2012. Sasaran 1 Juta sebelum 13 March 2013. Sila klik di sini http://on.fb.me/zKwAgs untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih Mohon Like "Like" di bawah juga. |
You are subscribed to email updates from Era Pasca To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan