Sabtu, 23 Jun 2012

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


Dah Dasar Hidupnya Menipu, Dapat Bakal Menantu Pun Seorang Penipu, Fair & Square

Posted: 23 Jun 2012 12:18 AM PDT

Kes bakal menantu: Tak mustahil Najib pun boleh ditipu – Srikandi

KUALA LUMPUR, 22 Jun: Jika Daniyar Nazabayez boleh menipu bapa tirinya sendiri, tidak mustahil beliau juga boleh menipu bakal bapa mertuanya iaitu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Peringatan itu diberikan Ketua Srikandi KEADILAN, Siti Aishah Shaik Ismail mengulas mengenai bakal menantu Najib yang banyak terlibat dalam banyak kes penipuan dan jenayah.

"Takkan Najib ingin bermenantukan seorang penjenayah? Kalau bapa tirinya senidiri boleh ditipu, tak mustahil Najib pun boleh ditipu. Ini dah macam penipu (Daniyar) menipu penyamun (Najib)," katanya.

Justeru beliau mendesak Najib menyatakan pendirian terhadap status pertunangan anak perempuannya kerana ia melibatkan maruah negara dan imej Perdana Menteri sendiri.

Portal New York Post minggu lalu mendedahkan Daniyar, 24, menipu bapa tirinya Bolat Nazarbayez, seunit kondominium bernilai USD20 juta (RM60 juta).

Daniyar turut memalsukan dokumen kelulusan hingga membolehkannya belajar di Universiti Columbia iaitu tempat beliau berkenalan dengan Noryana Najwa.

Portal itu turut melaporkan ibu Daniyar, Maira Nazarbayez dikehendaki pihak berkuasa dalam kes jenayah termasuk penculikan dan peras ugut.

Bercakap kepada Keadilan Daily, Aishah berkata, penipuan dilakukan Daniyar bukan perkara remeh kerana ia melibatkan nilai yang besar dan menjadi buah mulut masyarakat dunia.

Lebih memalukan katanya, Najib juga dikaitkan dengan skandal Scoorpene dan pembunuhan model Monggolia, Altantuya Shariibu yang kini turut menjadi perhatian antarabangsa. -KD

Ulasan GB

Itulah hukum kebenaran dan keadilan. Tuhan mempertemukan dua keluarga dari satu jenis perangai yang serupa. Walau pun jauh beribu batu, tidak sukar bagi Tuhan untuk mendekatkan mereka.

Tahniah dari rakyat Malaysia.

Tun Ghafar Pernah Kata: UMNO Besar Macam Gajah Tapi Kakinya Lembik Macam Plastik

Posted: 22 Jun 2012 09:35 PM PDT

Tasek Gelugor - Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu berkata, apa yang pernah dinyatakan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri Tun Ghafar Baba kepada Umno kini menjadi kenyataan.

Menurutnya, Tun Ghafar selepas bersara sering berkata bahawa 'Umno nampak saja besar macam gajah tapi kakinya lembik macam plastik' dan kini benar-benar terjadi apabila parti itu rosak akibat perbuatan pemimpin mereka sendiri.

"Kini apa yang dikatakan oleh Tun Ghafar Baba sudah jadi kenyataan. Umno nampak gah kerana adanya media dan wang ringgit tetapi pada hakikatnya parti itu menuju keruntuhan akibat perbuatan kepimpinan mereka sendiri, " terangnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di ceramah perdana anjuran PAS Kawasan Tasek Gelugor di Padang Awam, Kampung Jarak Atas semalam.

Menurut Mohamad, beliau masih ingat lagi perkataan tersebut, disebut berulang kali oleh Tun Ghafar semasa beliau dan Ahli Jawatankuasa PAS ketika itu, Haji Subky Latif menziarahinya yang terlantar sakit.

Kejatuhan Umno juga jelas Mohamad bakal disumbang oleh sikap pemimpin generasi baru parti itu yang dilihat sudah terpesong matlamat perjuangan mereka berbanding generasi terdahulu.

Sebab itu katanya, ramai dikalangan vateran Umno kini sudah sedar dan keluar dari Umno kerana kecewa dengan sikap pemimpin yang baru yang lebih mementingkan kedudukan berbanding kebajikan rakyat.

"Ramai dalam Umno sudah terpesong perjuangan bukan seperti orang veteran.

"Ramai yang tidak tahu perit getir perjuangan yang diterokai, tahu-tahu sudah pegang jawatan yang di dalamnya kantong besar. Apa lagi berebutlah mereka mendapatkanya, " katanya.

Namun, beliau tetap memberi peringatan kepada selruh jentera Pakatan Rakyat agar tidak mengambil sikap selesa walaupun Umno diibarat gajah berkaki plastik.

"Macam Tun Ghafar kata, istilah gajah yang ditujukan kepada Umno nyata besar tapi ingat kaki dia plastik.

"Jadi kita kena ambil api dan layangkan kepada kaki plastik tersebut tentu jadi lembut dan akhirnya gajah yang besar rebah ke bumi," katanya. -HD

[VIDEO] Senaman Pungkoq Ditangguh, Dapat SMS Amaran Dari Isteri Zahid

Posted: 22 Jun 2012 07:41 PM PDT

Veteran tentera dakwa terima amaran dari isteri menteri

Persatuan Veteran Tentera Melayu menangguhkan rancangannya untuk berdemonstrasi di hadapan Kementerian Pertahanan pada 29 Jun ini, kata presidennya Mohd Ali Baharom.

Menurut Ali, penangguhan itu dilakukan kerana Menteri Pertahanan, Datuk Seri Zahid Hamidi tidak berada di pejabat Kementerian Pertahanan (Mindef) pada tarikh tersebut.

"Kami dapat risikan Datuk Seri Zahid Hamidi tiada di Mindef pada tarikh itu. Dia ingin lari ke kem komando Mersing untuk rehat selama dua hari," katanya.

Pada masa yang sama juga, Ali mendakwa isteri Zahid Hamidi juga menghantar SMS memberikan amaran kepadanya berhubung perhimpunan tersebut.

Ali kemudian menunjukkan satu kiriman SMS di telefon bimbitnya yang berbunyi: "Perlu diingat Datuk Seri Zahid Hamidi bukan sendirian dan (dia) bermaruah. Saya tak fikir orang-orang akan berdiam diri dan senang-senang nak buat kacau bilau depan Mindef".


Sementara itu, ketika dihubungi, isteri Zahid Hamidi, Datin Seri Hamidah Khamis enggan memberikan sebarang komen berkenaan dakwaan Ali itu.

Beliau sebaliknya mencadangkan Malaysiakini menghubungi Zahid sendiri berhubung perkara tersebut.

Pada masa sama, Ali berkata SMS itu tidak sedikit pun menggentarkan semangat PVTM untuk terus berdemo dan menuntut pembelaan buat veteran tentera.

"Kalau saya tiup wisel, beribu-ribu (ahli PVTM) akan turun ke Mindef. Saya tak ambil 'pot' pun dengan SMS itu," katanya dengan nada tegas dan yakin pada sidang media petang tadi.

Beliau bagaimana pun tetap menggesa Zahid mengambil berat akan kebajikan veteran tentera terutamanya mereka yang bersara tanpa pencen.

Beliau menggariskan 11 tuntutan veteran tentera dan di antaranya adalah pemberian saguhati tahunan kepada mereka yang tidak berpencen.

Ali menggesa Jabatan Hal Ehwal Veteran Tentera (JHEV) supaya mengagihkan dana rayuan Hari Pahlawan kepada presiden-presiden kelab tentera secara adil dalam program khas.

Selepas membacakan tuntutan-tuntutan itu, beliau memberikan Zahid tempoh 136 jam untuk berdialog dengan PVTM.

Jika gagal berbuat demikian, PVTM akan menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk memecat Zahid.

"Kita ramai-ramai akan turun Mindef (minta Najib) pecat Zahid Hamidi sebagai Menteri Pertahanan," katanya. -mk




Laporan sebelum ini
klik untuk baca




Kisah Seorang Wanita Tua Dengan Seekor Kucing Di Tanah Suci Mekah

Posted: 22 Jun 2012 05:18 PM PDT

Wanita ini, kerana sudah tua dan uzur, lutut pun lemah dan sentiasa sakit, menggunakan kerusi roda semasa tawaf dan saie. Dia mengupah petugas Arab menolaknya, tujuh kali pusingan tawaf dan tujuh kali berulang alik antara Bukit Safa dan Marwah.

Beliau menunaikan tawaf rukun dan saie saja. Yang sunat tak mampu kerana uzur. Lagi pun wangnya hanya cukup-cukup saja.

Namun, ada satu amalan mulia dimiliki Muslimah ini. Yakni mencontohi sunnah Nabi s.a.w., mengasihani dan menyayangi kucing di desanya.

Dia amat suka memelihara kucing. Di rumahnya banyak kucing. Dia melayan makan dan minum kucing. Dia pungut kucing yang dibuang orang, diberikan makan dan minum, dirawat dan dimandikan dengan sabun wangi.

Walaupun banyak kucing jalanan itu lemah, sakit, kurus kering atau lumpuh, tetap diambilnya untuk dirawat di rumahnya. Ada yang berkudis dan sakit serius. Pendeknya rumahnya menjadi pusat kucing kurap.

Maka terkenal lah rumahnya jadi pusat rawatan kucing. Mana-mana kucing yang mati dikuburkan di kebunnya. Demikian begitu kasih Muslimah ini kepada makhluk Allah yang lemah lembut itu.

Justeru, ada kucing-kucing peliharaannya manja, gemuk dan sihat, serta cantik-cantik belaka, berkat khidmatnya, yang ikhlas.

Tahun itu beliau berangkat, menunaikan haji dengan menggunakan perkhidmatan Tabung Haji. Gembira dan sayu nian kalbunya, kerana hajatnya untuk ke Tanah Suci, solat di Masjidilharam dan melihat Baitullah di depan mata sudah terkabul sudah.

Ingin di hatinya untuk tawaf banyak-banyak seperti orang muda dan sihat. Tetapi apakan daya, lututnya sakit manakala badan uzur. Setelah solat fardu sentiasalah beliau memanjatkan doa dan pertolongan Allah, agar hajatnya dimakbulkan.

Pada suatu hari, semasa hendak pergi solat di Masjidilharam dengan keadaan bertongkat, beliau terjumpa seekor kucing yang kurus, comot, lemah dan lapar.

Apabila kucing itu hendak bangun berjalan, ia jatuh berkali-kali. Kasihan nian wanita tua itu melihat makhluk Allah itu menderita dan sengsara di kota suci Makkah.

Lantas diambilnya kucing itu, diurutnya tubuhnya yang lemah itu. Dibelikan sebungkus nasi berlauk dan diberikan minum air zam-zam yang murni.

Dengan takdir Allah, kucing itu pulih dan sihat. Kucing itu telah menggesel kaki Muslimah tadi, lalu menjilat kedua-kedua tapak kakinya. Ajaib sungguh, kaki dan lututnya yang sakit tadi, tiba-tiba menjadi sihat dan kuat, seperti orang muda.

Muslimah tua tadi dapat tawaf sebanyak-banyaknya, ikut suka hatinya. Tertunailah hajat yang terbuku di hatinya selama ini, berkat menolong seekor kucing di Makkah yang mulia itu..


Setelah tawaf wida (selamat tinggal) dan menziarahi Masjid Nabawi, hajah yang solehah tadi berserta rombongannya bersiaplah untuk pulang ke Malaysia.

Sewaktu hendak menaiki tangga pesawat di Jeddah, Muslimah tua tadi terlopong melihat seekor kucing yang mirip kucing yang ditolongnya sewaktu di Makkah dulu.

Kucing itu duduk di sisi tangga pesawat itu sambil matanya merenung sayu padanya. Apabila Muslimah tadi sampai ke anak tangga teratas, kucing tadi ghaiblah daripada pandangannya.

Demikianlah ganjaran dan berkat orang yang mengasihi kucing, seperti Nabi kita s.a.w. mengasihinya di dunia ini, lebih-lebih besarlah pahala menunggunya di alam akhirat nanti. Amin

WallahuA'lam


Artikel berkaitan
klik untuk baca





Najib & UMNO BN Terdesak Adakan PRU Pada Musim Haji

Posted: 22 Jun 2012 08:27 AM PDT

Najib pertahan p'raya di musim haji

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mempertahankan langkah mengadakan pilihan raya ketika musim haji dengan alasan, perkara seperti itu pernah dijalankan sebelum ini.

Katanya pilihan raya ketika musim haji itu pernah diadakan sebelum ini.

"Saya takkan terikat pada apa-apa desakan pada PAS dan pemimpinnya. Dalam sejarah kita, kita pernah buat pilihan raya masa musim haji.

"Musim haji pernah diadakan masa (seorang bekas perdana menteri) pada tahun 86 atau 82," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno petang ini.

Pada ketika itu, seorang anggota jawatakuasanya dicalonkan dalam pilihan raya tersebut.

Namun calon berkenaan tidak dapat dihubungi kerana berada di Mekah pada waktu itu.
"Jadi bila dia balik, dia terimalah hakikat bahawa dia tidak dapat jadi wakil rakyat," katanya.

Dalam pada itu beliau turut mengambil peluang untuk menyindir timbalan presiden PAS Mohamad Sabu yang memintanya bertanggungjawab sekiranya pilihan raya umum diadakan pada waktu itu.

"Dia lebih daripada Tuhan tentukan soal dosa dan pahala. Sebab kita tak sekat sesiapa nak pergi haji. Dia (orang nak pergi haji) pergi haji, pergilah.

"Dan itu mesti diutamakan bukan soal apa-apa urusan lain termasuk pilihan raya. Kalau dah buat ketetapan nak tunai haji, kita mesti teruskan," kata Najib.

Pinda perlembagaan

Sementara itu, Bernama melaporkan Najib sebagai berkata bahawa Perlembagaan Persekutuan perlu dipinda jika pilihan raya umum hendak diadakan selepas tempoh mandat pentadbiran kerajaan sedia ada mencukupi lima tahun dan bukannya lebih awal.

Katanya, tiada apa-apa yang menyekat kerajaan untuk mengadakan pilihan raya umum lebih awal atau menunggu sehingga cukup tempoh lima tahun mentadbir negara.

"Perlembagaan negara membenarkan Perdana Menteri pada masa berkenaan untuk menasihati Yang di-Pertuan Agong membubarkan Parlimen, tapi tidak lewat dari tempoh lima tahun. Itu peruntukan Perlembagaan.

"Selagi tak ubah peruntukan Perlembagaan, kita tak boleh kata kita perlu buat lebih awal sebagai satu ketetapan atau sampai penghujung lima tahun sebagai satu ketetapan. Maknanya kuasa budi bicara itu dibenarkan oleh Perlembagaan," katanya.

Beliau mengulas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz di Parlimen semalam bahawa kerajaan sedang melakukan gerakan kecil-kecilan untuk mempertimbang bahawa pilihan raya umum diadakan apabila tempoh mandat pentadbiran kerajaan sedia ada mencukupi lima tahun dan bukannya lebih awal. -mk

Dr Asri: Pilihan raya waktu haji satu kesalahan

Mantan Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainal Abidin berpendapat mengadakan pilihan raya umum (PRU) sewaktu musim haji adalah satu kesalahan.

"Mengadakan PRU semasa musim haji seakan-akan sengaja solat di tempat orang lalulintas.

"Kesalahan bukan kepada yang melintas tetapi kepada yang sengaja memilih tempat solat di tempat orang ramai melintas.

"Orang yang sengaja memilih tempat lalulintas itu yang berdosa," katanya kepada Malaysiakini.

Menurutnya lagi, perkara itu sebenarnya pernah diulas ramai ulama, termasuk Ibn Hajar dalam bukunya berjudul Fathul Bari yang mengulas hadis-hadis sahih Bukhari.

Asri juga menggesa agar ulama yang mengkaji perkara itu agar "memahami dan melihat hukum pada dimensi yang lebih luas".

Polemik pilihan raya umum sewaktu musim haji mula timbul apabila Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menyeru anggota parti itu yang terlibat langsung menangguhkan ibadah tersebut jika pilihan raya berlangsung pada tempoh masa sama.

Mufti Perlis sependapat, S'gor sedikit berbeza

Seruan itu dibuatnya kerana PAS memerlukan ahli-ahlinya untuk menggerakkan jentera kempen sewaktu pilihan raya.

Turut mengulas perkara itu sebelum ini, Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya yang berpendapat pilihan raya pada musim haji tidak wajar kerana ia bakal melemahkan umat Islam.

Menurutnya, langkah itu jika dilaksanakan adalah satu tindakan tidak adil kepada umat Islam dan akan menyebabkan umat Islam lemah dari segi politik.

"Janganlah mewujudkan fitnah dan kekeliruan kepada umat Islam dalam soal ibadat mereka kerana kecelaruan dan perangai kurang cerdik orang politik," katanya seperti dilapor Sinar Harian.

Sementara itu, Mufti Selangor Datuk Mohd Tamyes Abdul Wahid pula mengambil pendirian sedikit berbeza apabila berpendapat haram bagi mereka yang pertama kali berpeluang menunaikan haji menangguhkannya demi mengundi dalam pilihan raya.

"Bagi mereka yang berniat untuk mengerjakan haji dan ini adalah kali pertama, di mana cukup bekalannya sepanjang berada di sana dan cukup bekalan yang ditinggalkan untuk ahli keluarganya di sini dan aman perjalanannya, maka hukumnya wajib.

"Jika dibatalkan niat itu hanya kerana perkara duniawi... sekiranya dia meninggal dunia sebelum sempat menunaikan haji maka matinya dalam keadaan jahiliah," beliau dipetik sebagai berkata.
-mk


Ulasan GB

Jika demikian hujjah Najib yang tetap dengan pendiriannya untuk mengadakan pilihanraya pada musim haji, kita yakin Allah swt akan memberikan balasan yang setimpal dengan denganNya kerana semata-mata untuk menang pilihanraya, beliau sanggup mengambil kesempatan mengadakannya di saat umat Islam di negara ini berada di Mekah.

Beliau terus-terusan mendedahkan kejahilan dan kejahatannya terhadap agama dan umat Islam.

Untuk jawapan dan penjelasan lanjut sila baca:






Utusan Diperintah Bayar RM450,000 Kepada Guan Eng Kerana Memfitnah

Posted: 22 Jun 2012 06:28 AM PDT

Kuala Lumpur: Mahkamah Tinggi Pulau Pinang hari ini mendapati akhbar Umno, Utusan Malaysia bersalah memfitnah Ketua Menteri Pulau Pinang dan diperintahkan membayar RM450,000 kepada Lim Guan Eng.

RM200,000 adalah untuk kerosakan yang dibuat oleh akhbar itu manakala RM250,000 lagi adalah kos mahkamah.

Utusan Melaysia dalam laporannya pada 12 Mac 2008 bertajuk "Tiada lagi DEB" mendakwa DAP akan menghapuskan DEB.

Lim mendakwa laporan itu tidak tepat kerana yang Ketua Menteri Pulau Pinang itu maksudkan dalam ucapannya adalah pentadbirannya akan menghapuskan 'kroni, rasuah dan ketidakcekapan' dalam polisinya.

Anggota Parlimen Bagan itu menuntut gantirugi kerana tulisan itu seolah-olah mendakwa beliau seorang pemimpin yang tidak bertanggung jawab dan tidak boleh dipercayai.

Walaupun beliau telah membuat beberapa kali penjelasan mengenainya, akhbar Umno itu berterusan membuat dakwaan yang sama, dakwa Lim.

Akibat dari tulisan yang berterusan itu menyebabkan protes demi protes dianjurkan oleh Umno termasuk perhimpunan yang disertai 1,000 peserta di perkarangan bangunan Komtar selepas solat Jumaat pada 14 Mac tahun berkenaan.

Sebelum ini, Mahkamah Tinggi pada Disember 2011 lalu juga memutuskan akhbar Umno itu bersalah apabila melaporkan berita bertajuk 'Kebiadapan Guan Eng'.

Mahkamah memutuskan laporan itu secara jahat memalukan Lim Guan Eng dan membuat dia dan DAP dilihat sebagai anti Melayu dan anti Islam. -HD

Inilah laporan yang menyebabkan Utusan kena RM450,000


Ulasan GB

Sebelum ini pun Utusan sudah diarahkan bayar RM200,000 kepada Lim Guan Eng kerana memfitnah Lim sebagai seorang 'rasis' dan 'anti-Melayu' dalam artikel yang disiarkan sehari selepas konvensyen Pakatan Rakyat bulan lalu.

Dan hanya baru beberapa hari lepas mahkamah putuskan Utusan bersalah memfitnah Khalid Samad. Baca SINI.

Di dalam kes saman fitnah terhadap Utusan, rasanya belum ada lagi kes yang Utusan berjaya.

Akhbar Utusan terus dan akan terus ditimpa bala hasil daripada tulisan fitnah mereka. Anda tidak boleh lari dari Hukum Kebenaran dan Keadilan. Lambat laun yang bersalah akan tetap terhukum.

Laporan sebelum ini
klik untuk baca





[VIDEO] Perompak Peluk Islam Atas Kebaikan Hati Pekedai Yang Hendak Dirompak

Posted: 22 Jun 2012 04:10 AM PDT

Kalau anda lihat klip video di bawah ini pada beberapa saat yang terawal, anda tidak akan menjangkakan apa yang berlaku di akhirnya.

Bermula sebagai satu rompakan, kemudian pekedai mengawal keadaan dengan senjata api miliknya.

Mendengar rintihan perompak, pekedai simpati dan memberikan wang serta roti kepadanya.

Ini membawa ke hati perompak itu terbuka untuk memeluk Islam.

Mungkin akan ada yang mempersoalkan perompak itu berlakon kerana ketakutan, namun perompak itu boleh bergerak keluar selepas menerima roti dan wang itu, tapi dia memilih untuk melafazkan syahadah.

Dari arah mana atau bagaimana datangnya hidayah itu memang sukar untuk diduga. Bermula sebagai rompakan, berakhir dengan berjabat tangan. -HMO



Tiada ulasan: