Khamis, 21 Jun 2012

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


Buaya Sepanjang 10 Kaki Kelihatan Di Sungai Muar

Posted: 21 Jun 2012 01:27 AM PDT

Ledang - Sebuah pasar raya di Tanjung Agas, dekat sini, gempar apabila salah seorang pekerjanya melihat kemunculan seekor buaya yang timbul di permukaan Sungai Muar, berhampiran premis berkenaan, Isnin lalu.

Gambar: Antara gambar buaya timbul di Sungai Muar yang sempat dirakam Hairi.

Mahu dikenali sebagai Hairi, 32, berkata, ketika kejadian kira-kira jam 7.15 malam, dia sedang membuat rondaan di sekitar pasar raya itu.

Menurutnya, dia terlihat kelibat objek yang tiba-tiba naik dan masuk semula ke dalam air.

"Pada mulanya saya sangka batang kayu tetapi selepas diamati, barulah saya menyedari objek berkenaan adalah seekor buaya dewasa setelah lampu suluh mengenai matanya.

"Saya segera memanggil rakan yang kebetulan memegang kamera dan turut merakam kejadian ini. Reptilia ini agak besar dan panjangnya tidak kurang daripada 10 kaki, namun sejak kebelakangan ini ia kerap muncul pada waktu petang.

"Kehadiran buaya ini telah menimbulkan kebimbangan ramai kaki pancing di pinggir sungai ini," katanya. -SH

Debatkini: Prof Diraja Ungku Aziz Ucap Syabas Kepada Mujahid Yusof Rawa

Posted: 20 Jun 2012 11:43 PM PDT

Tak semena mena Prof Di Raja Ungku Aziz tokoh yang paling disegani terutamanya dalam bidang pendidikan dan seorang ahli ekonomi yang banyak menyumbang idea kepada agama, bangsa dan negara mengucapkan syabas secara terbuka kepada Dr. Mujahid Yusof Rawa dalam salah satu postingnya di Facebook.

Ucapan tersebut dibuatnya atas satu laporan yang dikeluarkan oleh Malaysiakini tentang isu Negara Islam yang berjaya diseliakan dengan baik oleh Dr. Mujahid dalam debat yang dikatakan menjadi panas apabila wakil dari MCA menyerang Hudud dan mempersoalkan isu murtad

Ucapan syabas ini sudah cukup untuk membuktikan bahawa Prof Ungku Aziz menyetujui hujah hujah yang bernas yang lahir dari Dr. Mujahid dan merupakan pengiktirafan kepada usaha penerangan Islam kepada non muslim.


Nota :
* Selama puluhan tahun dalam persekongkolan, ameno memang gagal mutlak dalam memberikan penerangan berkaitan Islam kepada sekutunya.
* Ameno menjadi punca kenapa non muslim gagal untuk memahami Islam melainkan Islam hanya difahami sebagai Agama Persekutuan
* Ameno jugalah yang menjadi biangnya sehingga non muslim berani untuk mempertikaikan Islam secara terbuka sedangkan dalam Islam, kita juga diajar untuk menghormati agama orang lain.
* Sungguh benarlah para cerdik pandai sudah kian terbuka untuk memberi sokongan
Ameno kian membusuk sampai ke usus atau dalam bahasa geografinya .. bangkai bernyawa -debik karmic


Debatkini: PAS, MCA 'perang mulut' isu negara Islam

Perdebatan mengenai masa depan demokrasi di Malaysia menjadi 'panas' apabila isu negara Islam dibahaskan oleh Naib Presiden MCA, Gan Ping Sieu dan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mujahid Yusuf Rawa.

Ketika pusingan kedua pada sesi menjawab soalan Debatkini, Gan (kanan) dilihat mengutarakan isu adakah PAS akan menukarkan perkara asas di dalam negara sekiranya menjadikan negara ini, negara Islam dan melaksanakan hudud.

Sehubungan itu, Mujahid yang juga merupakan ahli Parlimen Parit Buntar dengan lantang membidas kenyataan Gan dengan mengatakan bahawa, walaupun PAS menjadikan agama Islam sebagai asas, tetapi parti itu sentiasa membuka ruang untuk demokrasi.

Beliau juga percaya, agama Islam merupakan sebuah agama yang menghormati pilihan.

"Kita komited dengan proses demokrasi. Walaupun dasar PAS ialah Islam tetapi kami percaya, Islam itu sebagai panduan. Sebab itu kita boleh komited dengan situasi yang pelbagai kaum.

"Saya juga percaya, kita perlu membincangkan (isu murtad) dengan lebih intelektual. Ia adalah intipati dalam ajaran Islam. Ttapi ia juga adalah interpretasi.

"Berdasarkan pengetahuan saya, mereka yang meninggalkan agama ini tidak meninggalkan iman dan dalam konteks sejarah, mereka yang murtad, adalah kerana menentang sistem atau boleh dikatakan sebagai pengkhianat," katanya menjadikan murtad sebagai contoh dalam Debatkini anjuran Malaysiakini di ibu negara malam tadi.

Menjelaskan kenyataanya itu lagi, Mujahid berkata, seseorang yang murtad itu perlu memilih diantara iman dan hati naluri sendiri dan jika melakukannya kerana menghormati undang-undang, maka tiada isu mengenai murtad.

"Isunya ialah, orang yang murtad dijadikan alat politik bagi mereka yang berfikiran sempit antara dua-dua belah pihak," katanya di hadapan kira-kira 300 hadirin.

Sementara itu,sebagai membidas kenyataan Mujahid (kiri), Gan berkata, walaupun enakmen hudud tidak dilaksanakan, tetapi beliau mendakwa, PAS cuba menerapkan elemen tersebut di Kedah apabila penggubalan undang-undang bagi menghalang fatwa dicabar di mahkamah diluluskan.

"PAS kata undang-undang hudud tak boleh dilaksanakan kerana Umno takut dengan MCA. Saya amat mengambil berat tentang perkara ini. Bayangkan tekanana ke atas perdana menteri dan rakan-rakan dalam BN apabila mereka kata Umno tidak boleh laksanakan hudud.

"Saya percaya Islam itu ialah bersederhana dan tiada paksaan. Tetapi jika kami mahu ingin melaksanakan (hudud) sebagai cara hidup, maka, jauhkanlah," kata Gan.

Selain itu, Gan yang juga merupakan seorang peguam menambah, beliau turut menganggap sistem perundangan Islam atau hudud akan menjadi 'mimpi ngeri' kerana. katanya, setiap hukuman yang dikenakan bergantung sama ada banduan tersebut beragama Islam atau tidak.

Justeru, membidas kenyataan Gan, Mujahid dengan tegas berkata, tiada istilah 'Hudud PAS'.

Mujahid menjelaskan, PAS mempunyai aspirasi dengan melakukan sesuatu secara demokratik.

"Di Kelantan dan Terengganu, enakmen hudud dikenalkan secara demokratik dan kamu mungkin tidak suka tetapi dalam demokrasi, anda tidak mungkin akan membenci semuanya.

"Kita telah sampai ke peringkat di mana, kita melihat hubungan antara Islam dan negeri ini tidak secara formatif tetapi dengan cara substantif bagi menyuntik Islam kepada negara.

" Ini merupakan lonjakan terbesar PAS. Sama ada MCA atau Umno tidak suka, itu adalah masalah mereka. Kita progresif. Islam ialah meletakkan diri dalam demokrasi. Kita percaya tidak ada pemisah antara Islam dan demokrasi," kata Mujahid lagi.
-mk


[DEDAH] Opss 2020: Ini Bukti Mahasiswa Dikerah Kempen Untuk BN

Posted: 20 Jun 2012 09:48 PM PDT

Kuala Lumpur: Pro-Mahasiswa Nasional (Pro-MN) mendesak siasatan dilakukan berhubung Opss 2020 dan mahu pihak yang terlibat membuat penjelasan terbuka mengenai konspirasi ini.

Opss 2020 didakwa satu konspirasi terancang oleh Umno BN yang menggunakan institusi awam termasuk mahasiswa untuk memenangkan mereka pada pilihan raya umum ke-13.

Antara yang terlibat ialah Biro Tata Negara (BTN), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Bahagian Hal Ehwal Pelajar Universiti (HEP) setiap universiti dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

Menurut jurucakap Pro-MN, Edikoup Lakip Sediyanto, Opps 2020 menyebabkan pilihan raya kampus ditangguhkan mengakibatkan hampir keseluruhan universiti tidak mempunyai Majlis Perwakilan Pelajar (MPP).

"Opss 2020 membunuh aktivisma dan idealisma mahasiswa di kampus serta menghalang kebangkitan mahasiswa sebelum PRU ke-13 dan bertujuan menakluk kampus di Malaysia untuk menjadi pro kepada Umno BN,"
kata beliau pada sidang media di lobi Parlimen semalam.

Sidang media sempena penyerahan memorandum mengenai perkara itu kepada Sekretariat Benteng Negara Dari Jenayah (Benar) yang dipengerusikan Ahli Parlimen Jerai, Firdaus Jaafar.

Edikoup juga berkata, Opss 2020 dilakukan dengan sangat terancang melalui pertemuan-pertemuan sulit yang dirangka pejabat perdana menteri sendiri.

"Setiausaha politik KPT dan pegawai khas KPT dan pegawai KPT lain turut terlibat dalam mesyuarat bersama wakil kampus pada 25 Januari lepas," dakwanya sambil menunjukkan bukti kehadiran mereka dalam minit mesyuarat tersebut.

Sehubungan itu Pro-MN menuntut penjelasan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah berhubung perkara ini. -HD

Minit mesyuarat penyelarasan pemilihan MPP IPTA sesi 2012, Bil. 1/2012 :
Tarikh : 25 Januari 2012
Masa : 9.00 hingga 11.00 malam
Tempat : Bilik Mesyuarat Utama, Akademi Kenegaraan, Jalan Bellamy, Kuala Lumpur.
Sumber : FB Konspirasi 2020







[TERKINI] Pelakon Haire Othman Berceramah Di Pentas PAS

Posted: 20 Jun 2012 07:38 PM PDT

Kita sudah tahu banyak Artis yang kebelakangan ini mula secara terang-terangan menyokong perjuangan Pakatan Rakyat, Bermula dari Pak jabit yang sedari dulu memang ideologi politiknya bersama Pakatan Rakyat, kemudian kemunculan Bob Lokman di atas pentas PAS.

Kemudian beberapa artis lain menunjukkan kecenderungan menyokong pakatan Rakyat, antaranya Wardina Safiya, Allahyarham Bob Kuman yang akhir hayatnya mendekatkan diri kepada Islam, penyanyi Aishah yang beberapa kali menceritakan pengalamannya atas pentas PAS, Abby Abadi dan Dayangku Intan.

Malah malam tadi bertempat di Stadium PJ, Kelana Jaya, Petaling Jaya, Selangor Sham Kamikaze seorang pemain gitar yang disegani dalam industri seni tanah air bertindak moderator dalam satu program bersama Ustaz Azhar Idrus.

Ini membuktikan perjuangan Pakatan Rakyat tidak lagi asing dari golongan pengiat seni tanah air.

Kini seorang lagi Artis dikatakan telah berceramah diatas pentas PAS untuk menyokong pakatan rakyat secara terbuka.

Pelakon Hairie Othman dikatakan malam tadi telah berceramah diatas Pentas PAS, Sila lihat gambar dibawah.

Benarkah Hairie berceramah di atas pentas Pakatan Rakyat, mungkin bagi ramai orang ia agak pelik, jarang sekali artis muda mahu menentang arus.

Namun jika disoroti beberapa perkara yang dilakukan oleh hairie sebelum ini, adalah tidak mustahil langsung beliau telah naik dan berceramah diatas pentas Pakatan Rakyat, ini berdasarkan sokongan beliau terhadap Pakatan Rakyat tidak diselindungkan.

Terdahulu beberapa hari lepas sekeping gambar menunjukkah Hairie dan seorang lagi rakan seni sedang duduk menjamu selera bersama seorang pemimpin PAS.

Hairie sebelum ini pernah menempelak kenyataan seorang pemimpin Umno kelantan yang memperlekeh tindakan beberapa orang artis yang menyokong perjuangan PAS dan Pakatan Rakyat.

Didalam laman sosial facebooknya dia menulis

"saya artis jugak, kalau artis kempen/masuk UMNO x de pulak nak dijadikan isu, kenapa bila kita nak demokrat, nak berbeza pendapat selalunya dianggap pembangkang, kenapa, nak berbeza pendapat tak bole ke? mesti ikut macam lembu saja?" - hairie othman

Jika benar Hairie Othman telah memilih untuk berada di atas pentas Pakatan rakyat, ia sesuatu yang bagus, tidak ramai sebenarnya artis di dalam negara ini yang berani menentang arus gara-gara takut kelak periuk nasi mereka terjejas kerana pilihan mereka.

"tukanglawan" tahu masih ramai lagi artis yang memilih berdiam diri, kita hormati apa yang dilakukan mereka kerana kita faham risiko yang akan mereka hadapi.

Dan buat artis yang berani bersuara secara terang-terangan, anda melakukan sesuatu yang sepatutnya, tugas artis bukan sekadar menghibur , anda juga punya fungsi cukup penting dalam masyarakat sivil, tahniah. - Tukanglawan


Laporan sebelum ini
klik untuk baca



[WASPADA] Bersihkan Bahagian Atas Tin Minuman

Posted: 20 Jun 2012 05:28 PM PDT

Pada hari Ahad lalu satu keluarga bertamasya dengan membawa beberapa tin minuman. Pada hari Isnin, dua anggota keluarga terpaksa dibawa ke hospital dan ditempatkan di ruang Intensive Care Unit (ICU).

Dia meninggal pada hari rabu. Hasil autopsi merumuskan ia terkena Leptospirosis. Hal ini disebabkan pada tin minuman yang diminumnya, tanpa menggunakan gelas. Hasil ujian menunjukkan tin tersebut telah terinfeksi air kencing tikus yang sudah kering yang mengandung leptospira.

Sangat dinasihatkan agar membilas secara merata bahagian atas semua tin minuman sebelum meminumnya. Tin biasanya disimpan di dalam gudang dan langsung dihantarkan ke kedai-kedai tanpa dibersihkan.

Sebuah penelitian menunjukkan bahawa bahagian atas semua tin minuman lebih terkontaminasi dibandingkan tandas awam (penuh kuman dan bakteria.)

Jadi, bersihkan dengan air sebelum memasukkannya ke mulut untuk menghindari segala jenis kecelakaan fatal. Mohon forward pesan ini kepada semua orang yang kita sayangi.

[VIDEO] Isu RM3 Bilion: MP BN Menikus Apabila Dicabar Anwar

Posted: 20 Jun 2012 08:41 AM PDT

Kuala Lumpur 20 Jun: Wakil-wakil rakyat Umno hanya berani membuat fitnah terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui media dan 'serang hendap' tetapi menikus apabila dicabar secara berhadapan oleh Ketua Pembangkang itu di Parlimen.

Ketika membahas Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan sebentar tadi, beliau diganggu oleh suara-suara dari beberapa Ahli Parlimen Barisan Nasional dengan jeritan "RM3 bilion, RM3 bilion!"

Anwar lantas memaklumkan Speaker untuk memberi laluan dan mencabar Ahli Parlimen BN itu membangkitkan isu RM3 bilion itu supaya beliau dapat menjawab di Parlimen.

"Sila-sila… Sila bangun Yang Berhormat. Bangkitkan isu ini. Saya cabar kepada Yang Berhormat semua," cabar Anwar.

Tetapi setelah dua kali diulang, tiada seorang pun berani bangun atau menyahut cabaran tersebut.

Anwar selanjutnya menjelaskan bahawa SPRM sendiri pada tahun 2009 (ketika itu BPR) menyatakan tuduhan itu tidak berasas berdasarkan pengakuan bersumpah bekas pengarah siasatan badan itu, Abdul Razak Idrus.

Akuan bersumpah itu dibuat setelah sepasukan pengawai BPR ke Singapura dan United Kingdom untuk menyiasat dakwaan tersebut.

Sebelum itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin juga bising mencabar Anwar mendedahkan akaun mengenai isu RM3 bilion tetapi membisu apabila Anwar mencabar Timbalan Perdana Menteri itu supaya sama-sama mendedah akaun.

Parlimen sekarang sedang membahas peruntukan tambahan RM13 bilion yang dipinta oleh pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak.

Dari jumlah itu RM360 juta diperuntukan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang terpalit dengan penipuan daftar pemilih.

Anwar juga mengkritik pentadbiran Najib yang tidak cekap merancang dan mengendali ekonomi apabila unjuran defisit fiskal meningkat kepada 6.2 peratus berbanding 4.7 peratus semasa pembentangan belanjawan Oktober lepas. -KD



Anwar : Siasat Akaun Saya, Najib, Muhyiddin dan Mahathir Sekali


SABAK BERNAM 20 JUN : Datuk Seri Anwar Ibrahim, mencabar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat kesemua akaunnya, isterinya dan anak-anaknya di samping bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Muhammad.

Katanya siasatan tersebut akan membuktikan beliau tidak mengawal 20 akaun induk membabitkan aset, saham dan wang yang keseluruhannya bernilai lebih RM3 bilion seperti yang didakwa Umno-BN.

Beliau berkata, selain akaun miliknya, SPRM juga turut siasat akaun anak-anaknya di dalam dan luar negara.

"Itu cerita lama, tahun 1998, apabila keluar cerita mengenai perkara itu, saya tiada masalah. Siasatlah. Siasat akaun saya, isteri dan anak-anak dalam negeri dan luar negara.

"Tetapi siasat juga akaun bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Muhammad.

"Kajilah rekod saya termasuk (Timbalan Perdana Menteri) Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak," katanya dalam ceramah Merdeka Rakyat di Stadium Sabak Bernam.

Hadir sama Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar, MP Ampang, Zuraida Kamaruddin, MP Kapar, S. Manikavasagam dan Ketua Cabang PKR Sabak Bernam, Badrolamin Baharon.

Turut hadir Pengerusi PKR Johor, Datuk Chua Jui Meng, ADUN Hutan Melintang, S. Kesavan, ADUN Batu Caves, Amirudin Shari dan ADUN Seri Muda, Shuhaimi Shafiei.

Anwar berkata SPRM dan Kerajaan Pusat hanya mampu mengeluarkan fitnah kerana tidak berani untuk menyiasat akaunnya dan pemimpin Umno-BN.

"Sebelum ini, Badan Pencegahan Rasuah (BPR) yang dikenali sekarang sebagai SPRM sudah menyiasat kes itu serta akaun di Kuala Lumpur, Singapura dan London.

"Laporan mahkamah juga sudah dikeluarkan dan mendapati tiada kebenaran bagi tuduhan itu.

"Mereka ini hanya ulang cerita kerana mereka mahu kita membuang masa, tetapi saya tidak takut," katanya.

Dakwaan ini dibuat Bekas Penolong Gabenor Bank Negara, Datuk Abdul Murad Khalid yang pernah membuat akuan bersumpah mengenai akaun RM3 bilion yang beliau percaya membabitkan Anwar pada 1999.

Pengarah Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Mustafar Ali dilaporkan tidak menolak kemungkinan kes tersebut pernah dirujuk kepada BPR dan polis ketika itu.
-selangorku


Himpunan Hijau Ke Putrajaya Peringkat Negeri Melaka 24 Jun 2012, Di Permatang Pasir Alai

Posted: 20 Jun 2012 06:00 AM PDT


Himpunan Hijau ke Putrajaya peringkat negeri Melaka akan diadakan pada 24 Jun 2012, Ahad ini.

Program yang pada awalnya dirancang untuk diadakan di Stadium Hang Tuah terpaksa di tukar tempatnya ke Surau Ustaz Ali, Permatang Pasir, Alai, Melaka kerana tidak mendapat kelulusan dari pihak stadium.

Tujuan utama himpunan ini adalah untuk menghimpunkan ahli-ahli PAS dalam satu program bagi menzahirkan komitmen dan kesediaan PAS dalam menghadapi Pilihanraya Umum ke 13 dan menuntut ianya dikendalikan secara BERSIH, ADIL dan demokratik.

"PAS Melaka akan mengadakan program Himpunan Hijau Menuju Putrajaya peringkat negeri Melaka 24 Jun ini bagi meneruskan momentum semangat ahli-ahli di negeri ini untuk memenangkan PAS pada PRU 13 nanti," ujar Pesuruhjaya PAS Melaka, Sdra Adly Zahari.

"Timbalan Presiden PAS, Tuan Haji Mohamad Sabu menjadi tetamu utama pada program tersebut dan beliau akan menyampaikan amanat pimpinan PAS pusat kepada ahli-ahli di Melaka" tambahnya.

Adly berkata disamping itu PAS Melaka turut menjemput pimpinan-pimpinan Pakatan Rakyat Negeri bagi memeriahkan lagi program tersebut.

"Wakil daripada NGO Anti Lynas juga turut dijemput. Disamping itu Zulkifli Mohd Omar selaku pengerusi Lujnah Alam Sekitar PAS Malaysia dijangka akan turut hadir." tambah beliau.

Beliau memaklumkan bahawa tema Himpunan Hijau peringkat negeri Melaka adalah "Teknologi Hijau, Politik Hijau, Melaka Hijau" sesuai dengan slogan negeri, Melaka Maju Negeriku Sayang, Negeri Bandar Teknologi Hijau

Adly menjemput seluruh rakyat Negeri Melaka untuk hadir ke program tersebut yang akan bermula pada jam 9.00 dengan berpakaian hijau.

Acara akan dimulakan dengan Xpresi Hijau Annnnak Muda Ke Putrajaya pada jam 4.30 petang dengan solat Asar berjemaah, diikuti dengan konvoi ARC (Alternative Riding Club) serta persembahan dari Amin Iskandar, penyanyi Irwan dan Hafiz Bandboys.

Ia akan diteruskan pada sebelah malamnya dengan solat maghrib berjemaah, solat hajat dan munajat dan solat Isya berjemaah yang akan dipimpin oleh ketua Dewan Ulamak PAS Negeri Melaka, Ustaz Zulkifli Ismail.

Ceramah para pimpinan Pakatan Rakyat akan bermula jam 9.00 malam dimana Timbalan Presiden PAS, Tn Hj. Mohammad Sabu akan menyampaikan ceramah dan amanatnya di acara kemuncak pada hari tersebut.

Semua ahli PAS negeri Melaka diwajibkan hadir dan seluruh rakyat negeri Melaka dijemput untuk bersama-sama menjayakan program Himpunan Hijau Ke Putrajaya ini.

Jual Karipap Melalui Facebook, Akma Jana RM2000 Sehari

Posted: 20 Jun 2012 04:26 AM PDT

Kuantan: Seorang pengusaha karipap di Tanjung Lumpur, di sini, kini sudah mampu tersenyum lebar apabila usahanya menggunakan laman web sosial facebook untuk memasarkan hasil jualannya itu mendapat sambutan yang cukup menggalakkan.

Berbekal sebuah iPad, Fauziyatul Akma Abdul Rahman, 44, hanya perlu meneliti setiap pesanan yang dihantar pelanggannya dan dia mampu memperoleh jualan kira-kira RM2,000 sehari.

"Idea untuk menggunakan facebook bagi menjual karipap ini timbul secara tidak sengaja. Pada mulanya, saya membuka akaun facebook ini untuk mencari rakan yang sudah terpisah, namun lama-kelamaan fungsinya semakin berubah dan kini ia seakan menjadi 'lubuk' untuk saya menambah rezeki.

"Kebanyakan pelanggan lebih senang membuat tempahan menerusi facebook kerana bagi mereka ia lebih mudah daripada datang sendiri ke gerai saya. Justeru, tangan saya akan sentiasa memegang iPad ini untuk memeriksa sekiranya ada pesanan baru atau tidak. Saya akui cara ini berjaya menambah pendapatan saya," katanya.

Setiap tempahan boleh diambil sendiri pelanggan dan Fauziyatul Akma turut menyediakan khidmat penghantaran karipap ke rumah tetapi ia terhad kepada lokasi di sekitar bandar ini saja.

Karipap yang dihasilkan Fauziyatul Akma sering menjadi perhatian dan pada setiap petang, gerai kecilnya yang terletak di tepi jalan Tanjung Lumpur itu akan dikerumuni pelanggan.

Jumlah pelanggan akan bertambah dua ke tiga kali ganda pada setiap hujung minggu hingga kadangkala menyebabkan jalan utama untuk ke Kuantan itu mengalami kesesakan.

Istimewanya karipap yang dijual di gerai Fauziyatul Akma ialah ia diserahkan kepada pelanggan dalam keadaan panas kerana karipap berintikan daging, ayam, kentang dan samosa yang dihasilkan itu akan hanya digoreng apabila ditempah.

"Saya mementingkan kualiti karipap dan kepuasan pelanggan, jika karipap yang berada di dalam dulang hidangan sudah agak sejuk, pelanggan boleh meminta karipap lain yang baru digoreng.

"Karipap ini dibuat sepenuhnya menggunakan tangan terutamanya ketika proses 'mengelim' bahagian tepi karipap dan tidak menggunakan acuan seperti orang lain," katanya yang menjalankan perniagaannya itu sejak lapan tahun lalu.

Menyedari karipapnya mendapat sambutan yang cukup menggalakkan, Fauziyatul Akma turut menggajikan enam pekerja yang bertanggungjawab menghasilkan kuih berkenaan.

Pelanggan di gerai Fauziyatul Akma juga boleh memilih sendiri bentuk karipap yang diinginkan dan setiap satunya dijual dengan harga 50 sen.

"Pernah juga pelanggan mahu saya membuat karipap berbentuk bulat seakan donut dan berbentuk panjang. Kami akan cuba sedaya upaya memenuhi permintaan itu.

"Hasrat saya ialah untuk membuka beberapa cawangan di bandar ini tetapi ia memerlukan modal yang besar. Buat sementara ini, biarlah saya menumpukan perhatian kepada gerai sedia ada saja," katanya sambil memaklumkan dia turut bersedia menerima tempahan jika ada kenduri atau majlis tertentu. -HM

Tiada ulasan: