Blog-list Malaysia |
- Zalim Dan Macam Binatang..
- Artis Hairie Othman Kini Bersama Pas
- Misteri Dan Dalang Skandal Bank Negara Terungkai
- Nakhoda Pakatan Terus Diserang - Umno Semakin Panas Kepala!
- Nama Isa Samad Ditolak Dari Lembaga Pengarah KPF
- PANAS - Ahli Parlimen BN Menikus Dicabar Anwar
Posted: 20 Jun 2012 11:35 PM PDT Bekas tahanan ISA dakwa ramai dipukul, dikencing Seorang bekas tahanan ISA mendakwa, para tahanan bukan sahaja dipukul malah turut "dikencing" oleh pihak berkuasa kem tahanan di Kamunting, Perak dalam satu kejadian berdarah pada 2004. Menurut Yazid Sufaat yang dibebaskan daripada ISA pada 2008, mendakwa tindakan itu dilakukan oleh "kira-kira 100 orang" anggota Unit Keselamatan Penjara (UKP) yang memakai kelengkapan anti-rusuhan. Insiden itu bukan dilakukan oleh polis, seperti yang didakwa dalam satu nota yang didakwa diseludup keluar oleh kakitangan kem. Yazid mendakwa, anggota UKP itu membariskan mereka mengadap satu tembok dan kemudiannya meludah dan kencing ke atas mereka. "Jika saya jumpa mana-mana antara mereka lagi, saya akan kencing di atas kepala mereka (sebagai balasan)," katanya kepada Malaysiakini ketika ditemui semalam. Dalam kejadian pada Disember itu, penyeksaan fizikal ke atas tahanan warga Malaysia berlaku dalam tempoh sehari suntuk, namun ia berlarutan selama beberapa hari ke atas tahanan warga asing, dakwa Yazid. Tambahnya, ada di antara rakan-rakannya yang patah tangan dan rusuk, selain luka-luka serius dan menerima banyak jahitan. http://www.malaysiakini.com/news/201506 |
Artis Hairie Othman Kini Bersama Pas Posted: 20 Jun 2012 04:41 PM PDT Kita sudah tahu banyak Artis yang kebelakangan ini mula secara terang-terangan menyokong perjuangan Pakatan Rakyat, Bermula dari Pak jabit yang sedari dulu memang ideologi politiknya bersama Pakatan Rakyat, kemudian kemunculan Bob Lokman di atas pentas PAS. Kemudian beberapa artis lain menunjukkan kecenderungan menyokong pakatan Rakyat, antaranya Wardina Safiya, Arwahyarham Bob Kuman yang akhir hayatnya mendekatkan diri kepada Islam, penyanyi Aishah yang beberapa kali menceritakan pengalamannya atas pentas PAS, Abby Abadi dan Dayangku Intan. Malah malam tadi bertempat di Stadium PJ, Kelana Jaya, Petaling Jaya, Selangor Sham Kamikaze seorang pemain gitar yang disegani dalam industri seni tanah air bertindak moderator dalam satu program bersama Ustaz Azhar Idrus. Ini membuktikan perjuangan Pakatan Rakyat tidak lagi asing dari golongan pengiat seni tanah air. Kini seorang lagi Artis dikatakan telah berceramah diatas pentas PAS untuk menyokong pakatan rakyat secara terbuka. Pelakon Hairie Othman dikatakan malam tadi telah berceramah diatas Pentas PAS, Sila lihat gambar dibawah. Benarkah Hairie berceramah di atas pentas Pakatan Rakyat, mungkin bagi ramai orang ia agak pelik, jarang sekali artis muda mahu menentang arus. Namun jika disoroti beberapa perkara yang dilakukan oleh hairie sebelum ini, adalah tidak mustahil langsung beliau telah naik dan berceramah diatas pentas Pakatan Rakyat, ini berdasarkan sokongan beliau terhadap Pakatan Rakyat tidak diselindungkan. Terdahulu beberapa hari lepas sekeping gambar menunjukkah Hairie dan seorang lagi rakan seni sedang duduk menjamu selera bersama seorang pemimpin PAS. |
Misteri Dan Dalang Skandal Bank Negara Terungkai Posted: 20 Jun 2012 07:10 AM PDT Maka skandal kehilangan wang dan mengapa berlaku KETIRISAN wang ini hingga rakyat mendapat susah hingga 7 keturunan adalah berpunca dari IBLIS IBLIS yang menipu rakyat Malaysia dengan cara terhormat!! Maka wajarlah di wujutkan satu TRIBUNAL siasatan JENAYAH bagi membongkar Skandal skandal ini agar pelakunya di hadap ke muka pengadilan. Ikuti sambungan SKANDAL BNM seterusnya… ~ King Jason Jika terlepas baca episod pertama yang lalu [SINI]. Jadi,empat orang adalah orang yang harus dipersalahkan dan bertanggungjawab sepenuhnya di atas kerugian gergasi yang ditanggung Bank Negara [BNM] akibat perjudian di pasaran pertukaran wang asing : 1-Tun Mahathir Mohamad - Perdana Menteri waktu itu 2-Tun Daim Zainuddin – Menteri kewangan 3- Tan Sri Jaafar Hussein – Gabenor Bank Negara 4- Nor Mohamed Yakcop – Timbalan menteri kewangan Perjudian BNM di pasaran pertukaran wang asing ini di kesan bank pusat Amerika [Pederal Reserve] dan gebenornya pada masa itu,Alan Greenspan telah mengesa BNM menghentikan segera perbuatan itu.Tetapi BNM buat pekak badak.Ia terus bermain judi dan akhirnya rugi besar lagi dalam tahun 1993. Akhbar "Malaysia business"melapurkan bahawa pada kemuncaknya,BNM pernah berspekulasi di dalam pasaran pertukaran wang asing sehingga RM270 billion [USD90-100 bilion] Pedagang pedagang matawang asing BNM amat agresif dan digelar PEMBULI PASARAN [market bully]. Sebenarnya yang berjudi itu seorang sahaja,iaitu Nor Mohamed Yakcop.Khabarnya (berita yang hangat dikalangan staff BNM) apa yang beliau buat ialah berjual beli mengunakan komputer orang lain – pegawai pegawai di bawah beliau. Beliau selalu datang mesyuarat lambat dan ketika mesyuarat sedang berjalan,beliau pergi ke kamar dagangan (dealing room).Beliau membuat laporan palsu kepada gabenor tetapi kerana licik,maka Gabenor percaya semua laporan sehinggalah "NASI MENJADI BUBUR" barulah gabenor sedar orang yang dipercayai selama ini telah bermain kayu tiga dengan beliau,buat cerita dongeng. KEEMPAT Berapa besarkah kerugian yang di tanggung BNM akibat perjudian itu? Memang sukar diketahui dengan tepat tampa penyiasatan,Lim Kit Siang pernah menyebut di parlimen jumlah kerugian ialah RM30 bilion,satu jumlah kerugian yang amat mengerunkan.inilah kerugian yang paling kerap disebut dikalangan pemain pasaran. BNM mengakui kerugian RM10.1 bilion dalam tahun 1992 dan RM5.7 bilion dalam tahun 1993.jumlahnya RM15.8 bilion.Kira kira setengah anggaran pakar.Jumlah diakui BNM secara muslihat direndahkan. BNM juga menggunakan "creatif accounting" bagi menyorok kerugian.Kerugian ditukar menjadi "harta"debgan mencipta istilah baru perakaunan,iaitu"diferred expenditure" atau "perbelanjaan tertunda" – wang telah dibelanjakan dahulu tetapi akan dibayar secara ansuran kemudian.Ini adalah penipuan.Tan Sri Jaafar Hussein, seorang akauntan bertauliah,menderhakai profesyen beliau sendiri. KELIMA Siapakah yang bertanggungjawab di atas kerugian BNM? BNM berjudi sakan di pasaran pertukaran asing semasa Tun Daim Zainuddin menjadi menteri kewangan. Semua orang maklum, Tun Daim Zainuddin seorang spekulator besar dalam pasaran saham.Dengan nada angkuh beliau pernah di lapor berkata "Apa yang saya jana di pasaran saham itu hanyalah duit poket saya". Arahan Daim,direstui Mahathir Diyakini bahawa kedua – dua mereka rapat,bagaikan isi dengan kuku.Arahan ini dilaksanakan kerana BNM memiliki seorang gabenor yang berwatak "Yes Man" bukan macam Tun Ismail Ali dan Tan Sri Aziz Taha. Harus diingat Tun Daim Zainuddin – kerana gagal menundukkan Tan Sri Aziz Taha dengan arahan tidak munasabah – telah berjaya menekan Tan Sri Aziz sehingga beliau meletak jawatan.Gabenor Tan Sri Jaafar Hussein pula mempunyai "Yes Man" lapisan kedua,iaitu Nor Mohamed Yakcop. Pada peringkat BNM,kerugian gergasi ini adalah tanggungjawab Tan Sri Jaafar Hussein dan Nor mohamed Yakcop sepenuhnya.Mereka bagaimanapun mengambil arahan dan membuat laporan terus kepada Tun Daim Zainuddin dan Tun Mahathir Mohamad mengenai permainan mereka di pasaran matawang ini. Pegawai tinggi BNM yang lain tidak tahu apa apa.Timbalan gabenor BNM pada masa itu,Tan Sri Dr. Lin see Yan diketepikan.Sesungguhnya,mereka berdua telah terpesong jauh dari batasan (went overboard) dalam memperjudikan harta BNM di pasaran pertukaran asing. Mereka bukan berspekulasi tetapi berjudi secara cuai dan tidak bertanggungjawab dengan tidak mengendahkan langsung keselamatan harta BNM dan harta negara. Mungkin mereka bernafsu besar untuk mengalahkan Goerge Soros [baca komen G.Soros di SINI] yang dikenali "Raja Perompak" (Robber Baron),bertujuan memenangi hati bos mereka bahawa mereka mempunyai kepakaran tampa tolok banding dalam urusniaga matawang asing. Jadi,empat orang adalah orang yang harus dipertanggungjawabkan sepenuhnya di atas kerugian GERGASI yang ditanggung BNM akibat perjudian di pasaran pertukaran asing 1-Tun Mahathir Mohamad - Perdana Menteri waktu itu 2-Tun Daim Zainuddin – Menteri kewangan 3- Tan Sri Jaafar Hussein – Gabenor Bank Negara 4- Nor Mohamed Yakcop – Timbalan menteri kewangan Apabila Datuk Sri Anwar Ibrahim (DSAI) ambil aleh menteri kewangan dalam tahun 1991,BNM sudah terperangkap dalam perjudian di pasaran.Beliau dinafi maklumat mengenai – Berapa besar pelaburan? Untung atau rugi? Semuanya disembunyikan dari pengetahuan DSAI. DSAI pernah meminta maklumat terperinci dari Gabenor Tan Sri Jaafar Hussein tetapi disuruh pergi memintanya daripada perdana menteri.Bila DSAI dilantik Menteri Kewangan,kerugian telah mengunung – " nasi telah menjadi bubur".Apa yang boleh DSAI buat ialah menghentikan pendarahan. Anwar "membuang" gabenor dan Nor Mohamed Yahcop dari BNM pertengahan 1994 selepas pembentangan laporan tahunan BNM 1993 mendedahkan kerugian dari spekulasi wang asing itu.DSAI juga melarang sama sekali BNM dari berspekulasi di pasaran matawang asing.Larangan ini berkuatkuasa hingga hari ini. Penganalisis mengatakan Anwar akhirnya membayar kos yang tinggi atas tindakan beliau itu – di fitnah,dibuang kerja dan dipenjara selama 6 tahun. Orang yang memberi arahan supaya BNM berspekulasi di pasaran wang asing adalah Tun Mahathir dan Tun Daim dan Proksinya diserahkan kepada Tan Sri Jaafar Hussein dan NMY untuk melaksanakannya. Jadi, Tan Sri Jaafar Hussein dan NMY mempunyai pelindung,Sebab itu mereka bebas,tidak di dakwa langsung. KEENAM Kenapakah orang yang bertanggungjawab dibiarkan lepas bebas? Nor Mohamed Yaccop dipaksa meletak jawatan pada julai 1994,satu hukuman yang agak ringan berbanding jenayah yang beliau lakukan terhadap negara.Malah beliau kemudiannya diberi habuan lebih besar – kembali ke BNM dan menjadi menteri kabinet. Tan Sri Jaafar Hussein juga dipersilakan meletak jawatan tetapi dengan segera beliau dilantik menjadi timbalan pengerusi PNB sebagai habuan.Sejak dari itu,beliau hidup murung – jarang mendapat liputan media dan beliau meninggal dunia akibat penyakit barah.mati bersama rahsia rahsia BNM. Kebal undang undang Tun Mahathir Muhamad dan Tun Daim Zainudin pula tiada siapa yang berani sentuh.Buat penyiasatan mereka tidak mahu.Mereka tidak lut undang undang. KETUJUH Kenapakah skandal kerugian pertukaran asing BNM ini tidak disiasat? Lim Kit Siang mencadangkan perlimen supaya Suruhanjaya Penyiasatan diraja ditubuhkan untuk menyiasat skandal kerugian pertukaran wang asing ini tetapi cadangan tidak langsung diendahkan. KELAPAN Patutkah PR [jika memerintah] menyiasat kembali skandal ini? Di Mongolia,dua bekas gabenor dan tiga kakitangan bank pusat negara itu didakwa dimahkamah atas tuduhan kecuaian dan melebihikuasa hingga menyebabkan kerugian USD90 juta di Pasaran pertukaran asing.di Malaysia rugi 30 bilion masih tutup kes. Tan Sri Jaffar Hussein dan Nor mohamed Yakcop melakukan kesalahan yang lebih besar dan menyebabkan kerugian gergasi,maka sewajarnya dibawa ke muka pengadilan,jenayah yang terlibat termasuk,kecuaian,menyalahgunakan kuasa. memalsukan akaun, memesongkan maklumat, pecah amanah, konspirasi dan rasuah. Kerugian wang rakyat terlalu besar untuk dilupakan begitu sahaja.Maka wajiblah kerajaan PR menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Draja untuk menyiasat skandal ini walaupun ia terlewat 20 tahun. *Dr Rosli Yaakop adalah bekas timbalan Gabenor Bank Negara.Beliau merupakan pengurus senior di BNM ketika skandal matawang berlaku. Dipetik dari - http://kingofgoblok.blogspot.com/2012/06/episod-2-4-iblis-dalang-skandal-bank.html |
Nakhoda Pakatan Terus Diserang - Umno Semakin Panas Kepala! Posted: 20 Jun 2012 05:15 AM PDT Berputar-putar kepala pemimpin dan pakar strategis Umno mencari mangsa untuk dilahap bagi mengenyangkan perut busuk menjelang pilihan raya umum ke 13. Tektik memburukkan peribadi telah mengambil alih politik kekerasan dan samseng yang telah dicubakan sebelum ini di beberapa buah negeri. Umno menyedari politik kekerasan dan mafia sudah tidak laku lagi. Politik hutan rimba itu ditolak oleh rakyat khasnya generasi muda. Ternyata beberapa siri ugutan, mengkhianati harta benda pemimpin Pakatan Rakyat seperti memancitkan tayar kereta, merosak permis, lontar batu dan sebagainya tidak memberi bekas kepada pembangkang. Malahan makin dilakukan ugutan, kekasaran, semangat orang ramai yang simpati kepada pembangkang makin meninggi. Pemimpin pembangkang pula seakan tidak sedikitpun pedulikan kepada politik mafia itu. Umno jadi mati akal dan buntu. Kerana itu Umno menukar tektik menyerang peribadi pula. Mereka cerita dan membuat fitnah. Skrip-skrip kejahatan ditulis kemudian dilakonkan. Satu demi satu para pemimpin pembangkang yang berpotensi diserang hendap. Kisah-kisah lama, termasuk laporan dan siasatan SPRM ke atas pemimpin Pakatan dibuka kembali seluasnya dengan penuh dramatik dan terancang. Orang yang sebelum ini dipergunakan menjadi alat dan 'mengurikan' diri, diugut atau diberi upah atau menyuarakan semula segala kisah-kisah dan cerita rekaan itu. Tindakan ini menyebabkan sesetengah orang yang menjadi alat sakit dan mengalami tekanan jiwa kerana terpaksa melakukan sesuatu kejahatan bukan atas kerelaan mereka menjadi semakin sakit jiwa serta ada yang bermenung panjang di malam hari membawa ke dini Subuh. Kisah timbalan presiden PKR Mohamed Azmin Ali yang kononnya memiliki kekayaan berjuta-juta ringgit dengan memiliki saham diungkit semula. Digunakan darah daging Azmin sendiri untuk membusukkan dan menjatuhkan reputasi Azmin. Kes itu sudah pun selesai 17 tahun lalu dan seharusnya tidak ada lagi mulut dan ***** gatal menyebutkannya dan mengenyehkan kisah itu. Celakanya orang-orang yang dulunya dapat membeli rokok dengan wang Azmin turut menjadi juara dan saksi utama. Tetapi kerana kebutuhan perut, memerlukan wang untuk membeli gincu dan bedak untuk mengkosmetikkan wajah agar cepat dipinang ia dilakukan. Orang ini terpaksa sanggup menungging punggung kepada anggota keluarganya sendiri dan hilang rasa hormat dan peribadi seorang perempuan demi itu semua. Dia memerlukan kosmetik bagi 'menjangokkan' dirinya agal tidak selamanya menjadi anak dara tua yang tidak pernah tersentuh. He he... Apabila ada orang sanggup membuka aib orang lain dan menyuburkan fitnah, maka ia disambut oleh media penjilat buntut. Media itu pun melalaklah memperbesarkan cerita sudah selesai itu. Wartawan dan pengarang di media berkenaan pun menjadi naif senaif-naifnya bukan saja melangkah etika kewartawanan tetapi menunjukkan diri seolah-olah bodoh kerana menyiarkan cerira basi. Minda kewartawanan juga jatuh melerek ke dalam car - longkang kerana ditekanan dari atas ataupun kerana ketiadaan kekuatan diri. Jika media berkenaan ada maruah mereka tidak akan memainkan isu yang sudah lapok itu dan tamat itu. Sebelum ini ia sudah runyai dan hanyir memainkan isu berkenaan. Tetapi ternyata orang yang hendak dijadikan mangsa, Azmin Ali tidak juga hancur. Kebenaran tetap akan ampuh meskipun sebesar mana kepalsuan dan fitnah yang direkakan. Maruah wartawan dan media berkenaan juga hancur lebur. Isu Azmin memiliki kekayaan sudah pun reda. Umno pening kepala dan gagal untuk mengerutukan kepala rakyat. Rakyat tidak sedikit pun mempersoalkan integriti Azmin dengan pendedahan semula perkara itu sebaliknya rakyat meludah kahak kepada media PB itu. Betapa ia didedah penuh dramatik tetapi orang ramai tidak mempercayainya. Azmin bukan dicemuh tetapi rasa simpati dan sokongan moralnya menjadi semakin hebat lagi. Beliau sendiri tentunya akan jadi bertambah semangat untuk menentang kemungkaran dan kejahatan yang dihalakan kepadanya. Selepas Azmin tidak berjaya dimakan dan diganggu mindanya, Umno berpaling pula kepada Anwar Ibrahim. Tidak habis-habis Umno meliwat Anwar dari depan dan belakang. Ada kalanya isu berulang-ulang dimainkan. Semua orang digunakan untuk memalu dan menghancurkan Anwar. Pembalasan terhadap Azmin dan Anwar ini bergilir-gilir kerana Umno melihat nyawa dan roh PKR terletak di dalam diri kedua manusia ini. Kaki pukul, kaki betia, ibu ayam, perempuan sundal digunakan. Dari jenis orang seburuk-buruk moral hingga kepada orang yang berdarjat tinggi sampai ke bekas Perdana Menteri diguna atau pun ikut menjadi tuku, gergaji, sesiku, pahat dan sebagainya untuk memusnahkan Anwar. Yang belum digunakan ialah raja dan sultan. Tidak mustahil juga kalau terdesak dan Umno boleh mempengaruhi sultan dan raja, akan ada raja dan sultan gila bertitah agar menolak Anwar atau menolak Pakatan Rakyat? Isu atau modal terbaru untuk memburukkan Anwar ialah kononya Anwar mengawal akaun induk semasa menjadi menteri kewangan dulu bernilai RM3 billion. Sepatutnya cerita ini tidak diungkitkan lagi kerana umum sudah tahu apa dan mengapa sebab cerita itu didedahkan dalam Utusan Malaysia. Orang waras dan sempurna akalnya tidak akan sentuh lagi kerana ia sudah selesai. Isu ini sudah pun dibincang hangat 13 tahun lalu dan sudah pun ditutup oleh SPRM? Tetapi kerana pemikiran Umno tidak stabil, kepalanya berasap kepanasan maka isu ini terus diungkit. Ia akan dibangki selagi Anwar ada di atas dunia ini. Tindakan ini juga menunjukkan Umno sudah kehabisan modal dan kekeringan idea untuk menjahamkan Anwar. Segala formula dan teori jahiliah digunakan namun ia tetap menghampakan. Sudah habis iktiar dilakukan tetapi rakyat tetap menyokong dan menyokong Anwar. Selain Azmin dan Anwar, Umno juga turut mengintip dan menyerang Naib Presiden Pas Husam Musa menerusi media massanya. Hari ini geger di media massa PB yang kononnya berlaku penyelwengan dalam syarikat Kelantan Golden Trade Sdn. Bhd yang menguruskan dinar dan dirham di Kelantan. Direkakan cerita kononya berlaku penyelewengan menyebabkan berpuluh juta pembelian dinar dan dirham oleh KGT hilang. Husam dituduh bertanggungjawab dan menuntut menjelaskan apa yang berlaku. Untuk menampakkan tuduhan itu sebagai real diwujudkan orang-orang yang hanya ada nama tetapi tidak ada anggota (hantu) kononnya tertipu atau ditipu oleh syarikat pengurusan dirham dan dina itu. Husam telah pun membuat cabaran supaya tuduhan itu dibuktikan. Beliau meminta agar orang yang mendakwa ditipu itu tampil ke hadapan. Sehingga menjelang Maghrib ini orang yang dimaksudkan masih belum tampil lagi. Sebenarnya orang sudah faham apa yang dilakukan atau pun didedahkan oleh media PB yang memetik dari laporan sebuah blog itu. Ia bukan kebenaran tetapi ilusi bloger berkenaan yang berdendam dan sakit hati berulam jantung dengan Husam. Seribu cerita boleh dilakukan untuk memburukkan Husam khasnya dan kerajaan Kelantan amnya. Kerja sebegitu tidak perlu dirasakan hairan dan pelik kerana sebelum ini bloger itulah juga yang menukar skrip dan membuat suntingan untuk memuji Husam menjadikan Husam sebagai ratu Cik Siti Wan Kembang. Jadi kalau hari ini dia jadi sebaliknya tidak pelik kerana kerja-kerja menulis skrip dan suntingan itu yang memerlukan upahan (hingga mencecah ribuan ringgit) boleh dipindah hanya dengan menekan butang di keyboard sahaja. Kesimpulannya isu-isu peribadi yang ditimbulkan oleh meida PB atas arahan Umno itu kenapa menjadi pilihan mereka kerana orang yang mereka serangan itu adalah wira dan master mind di dalam perjuangan hari (PR) hari ini. Sudah semestinya untuk mengekang kemaraan Pakatan Rakyat mereka harus memusnahkan para nahhoda dan panglima ini terlebih dulu. Bila panglima ini cedera atau pun tempang maka mudahlah untuk mereka menguasai negeri kerana para awak-awak yang tinggal tidak sukar untuk mereka musnahkan. Jerkah pun para awak-awak itu akan lari, tetapi tidak dengan nakhoda-nakhoda ini. [wm.kl.7:46 pm 20/06/12] http://msomelayu.blogspot.com/2012/06/rencana-khas_3812.html |
Nama Isa Samad Ditolak Dari Lembaga Pengarah KPF Posted: 20 Jun 2012 03:11 AM PDT Kemaskini 4.30 petang. Walaupun dicatat dalam agenda mesyuarat, mesyuarat agung tahunan (AGM) Koperasi Permodalan Felda (KPF) Malaysia Berhad tidak meneruskan pelantikan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad sebagai anggota lembaga pengarahnya. Keputusan itu dicapai dalam AGM ke-31 koperasi itu di ibu pejabatnya di Kuala Lumpur pagi tadi. Menurut perwakilan, nama Isa cuba dicalonkan perwakilan sewaktu agenda memilih anggota lembaga berlangsung namun ditolak kerana keahliannya dibekukan mahkamah buat sementara waktu. Di bawah Undang-undang Kecil fasal 36(1) dan 36(2), Lembaga Felda dikehendaki melantik tiga orang calon dari kalangan ahli koperasi untuk menganggotai Lembaga KPF. Dalam buku agenda mesyuarat, Isa antara tiga calon yang dinamakan Felda untuk menganggotai Lembaga KPF bagi sesi 2012/2013. Dua lagi nama yang dicalonkan, dilantik dalam mesyuarat hari ini. Malaysiakini |
PANAS - Ahli Parlimen BN Menikus Dicabar Anwar Posted: 20 Jun 2012 01:20 AM PDT Ketika membahas Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan sebentar tadi, beliau diganggu oleh suara-suara dari beberapa MP Barisan Nasional dengan jeritan "RM3 bilion, RM3 bilion!" Anwar lantas memaklumkan Speaker untuk memberi laluan dan mencabar Ahli Parlimen BN itu membangkitkan isu RM3 bilion itu supaya beliau dapat menjawab di Parlimen. "Sila-sila…Sila bangun Yang Berhormat. Bangkitkan isu ini. Saya cabar kepada Yang Berhormat semua," cabar Anwar. Tetapi setelah dua kali diulang, tiada seorang pun berani bangun atau menyahut cabaran tersebut. Anwar selanjutnya menjelaskan bahawa SPRM sendiri pada tahun 2009 (ketika itu BPR) menyatakan tuduhan itu tidak berasas berdasarkan pengakuan bersumpah bekas pengarah siasatan badan itu, Abdul Razak Idrus (gambar bawah). Akuan bersumpah itu dibuat setelah sepasukan pengawai BPR ke Singapura dan United Kingdom untuk menyiasat dakwaan tersebut. Sebelum itu, Muhyiddin Yassin juga bising mencabar Anwar mendedahkan akaun mengenai isu RM3 bilion tetapi membisu apabila Anwar mencabar Timbalan Perdana Menteri itu supaya sama-sama mendedah akaun. |
You are subscribed to email updates from BlogList Malaysia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan