Selasa, 5 Jun 2012

Era Pasca

Era Pasca


DAP akan rompak 1Billion jika menang PRU!

Posted: 05 Jun 2012 12:28 AM PDT

DAP akan rompak 1Billion jika menang PRU akan datang.. dan duit hasil rompak itu akan di agih kepada rakyat Sabah. Ini adalah perancangan mereka yang tak pernah terpikir kerajaan sedia ada buat.. Kerajaan UMNO BN hanya tahu rompak duit rakyat dan menabung kemudian beli cincin.. kihkihkih

DAP mencadangkan penubuhan Dana Wakaf Sabah bernilai RM1 bilion untuk membina modal insan di negeri bawah bayu melalui usaha pendidikan, ekonomi dan pembasmian kemiskinan.

Pembinaan modal insan untuk Sabah dapat dijayakan melalui pelaksanaan 3E:
* Education – menyediakan peluang pendidikan yang bermutu;
* Economy - Meningkatkan taraf ekonomi Bumiputera Sabah; dan
* End poverty – Membasmi kemiskinan seluruh negeri Sabah.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, dana itu akan memberikan bantuan wang kepada golongan miskin, menyediakan peluang ekonomi yang saksama, menawarkan biasiswa kepada mereka yang memerlukan dan memasang wi-fi internet percuma di tempat-tempat awam bukan sahaja di bandar-bandar tetapi juga di kampung-kampung.

"Pulau Pinang sudah menyediakan wi-fi percuma di tempat-tempat awam di seluruh Pulau Pinang. Jika Pulau Pinang boleh melakukannya, Sabah juga boleh," katanya merasmikan majlis perayaan Pesta Kaamatan yang bertemakan "Menuai Masa Depan" di sini Isnin malam lalu.

Beliau yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata, urus tadbir baik di Pulau Pinang telah membuktikan bahawa sebuah kerajaan yang berjiwa rakyat boleh menjadikan sesebuah negeri atau negara nombor satu dari segi pelaburan dan juga menjadi bandar yang paling sesuai didiami di Malaysia.

"Jika Pulau Pinang boleh melakukannya (tanpa banyak sumber asli), Sabah dengan kekayaan sumber asli dan tenaga manusia boleh menjadi bersih, hijau, selamat dan sihat.

"Kita hanya perlu berani untuk berubah. Perubahan akan bebaskan kita semua," ujarnya.

Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan berkata, Sabah merupakan salah satu negeri yang terkaya di Malaysia tetapi salah urus pentadbiran dan salah guna kuasa menyebabkan negeri tersebut menjadi salah satu yang paling korup seperti yang boleh dilihat dengan kadar kemiskinan yang tertinggi di Malaysia.

"Masanya sudah tiba untuk menghormati rakyat Sabah dan membenarkan mereka untuk hidup dengan martabat.

"Sejak 1963, Barisan Nasional telah menggagalkan Sabah, bukan sahaja dengan memberi balik hanya 5% hasil minyak dan gas tetapi juga dengan menetapkan gaji minima RM800 sebulan untuk Sabah dan Sarawak berbanding RM900 sebulan di Semenanjung Malaysia," katanya.

Menurutnya, Sabah mempunyai liputan bekalan air yang kedua terendah, peningkatan populasi yang "tidak dapat dijelaskan", bilangan pendatang tanpa izin (PTI) yang paling tinggi, kadar kemiskinan yang paling tinggi, bekalan tenaga elektrik yang paling kurang efisyen serta antara negeri yang paling korup.

Beliau menambah bahawa bekalan tenaga elektrik di Sabah begitu teruk sehingga "orang kata bahawa Sandakan itu bukan Sandakan tanpa gangguan bekalan elektrik".

"Hanya bulan lepas sahaja, terdapat gangguan elektrik yang begitu besar sehingga bandar Kota Kinabalu telah dilumpuhkan," tambah beliau lagi.

Guan Eng berkata, masanya sudah tiba untuk semua pihak, khususnya rakyat Sabah sendiri untuk menangani lima isu utama, iaitu:

1. Menegaskan 20 Perkara dalam Perjanjian Malaysia yang telah membuka jalan untuk penyertaan Sabah, Sarawak, Singapura dan Malaya untuk membentuk Malaysia pada 16 September 1963, untuk memastikan pematuhan penuh termasuk menghormati hak agama rakyat Kristian untuk menggunakan kalimah "Allah" dalam Kitab Injil di Sabah yang telah digunakan dengan baik dan aman sejak bedekad-dekad lamanya.

2. Meningkatkan perjanjian perkongsian hasil sumber asli minyak dan gas Sabah daripada 5% sekarang kepada 20%.

3.Menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja untuk menyiasat punca peningkatan PTI yang melebihi penduduk tempatan dan memeriksa aliran masuk PTI yang tidak terkawal dengan matlamat untuk menghukum pegawai-pegawai yang menyalahgunakan kuasa mereka untuk memberi PR dan kerakyatan kepada PTI.

4. Menghindari perampasan tanah dan rasuah (apakah yang telah berlaku kepada RM500 juta Saham Amanah Sabah yang telah berkurangan kepada kurang daripada RM100 juta?) agar wang yang disimpan boleh digunakan untuk membina infrastruktur jalan raya, longkang dan liputan bekalan air dan bekalan elektrik yang cekap.

5. Menyediakan dana wakaf Sabah bernilai RM1 bilion yang akan menyampaikan 3E.

Baca dan Sebar.

Pesanan : Satu Pages fb baru nama 'PR supporter' (khas kepada penyokong PR) telah diwujudkan oleh rakan blogger pada 19.2.2012. Sasaran 1 Juta sebelum 13 March 2013. Sila klik di sini http://on.fb.me/zKwAgs untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih Mohon Like "Like" di bawah juga. 

1st LUMPOHkan sumber wang Barisan Nasional

Posted: 04 Jun 2012 06:13 PM PDT

Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru kepada golongan peminjam supaya tidak membuat bayaran kepada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Anwar menyatakan demikian kepada 10,000 orang dalam satu ceramah di kawasan parlimennya, Permatang Pauh pada malam Sabtu lalu, menurut laporan akhbar berbahasa Cina Sin Chew Daily.

Akhbar itu memetik Anwar sebagai berkata, Pakatan Rakyat didakwa akan memansuhkan PTPTN dalam tempoh setahun sekiranya pilihan raya diadakan pada tahun ini dan jika Pakatan berjaya menawan Putrajaya.

Skim pinjaman itu akan digantikan dengan pendidikan percuma dari peringkat sekolah rendah sehingga pengajian tinggi, untuk semua rakyat Malaysia, kata Anwar lagi.

Beliau juga mengulangi tawaran Pakatan untuk mengurangkan harga minyak dalam tempoh sehari selepas Pakatan Rakyat membentuk kerajaan, menurut laporan itu.

Kenyataannya itu menerima kritikan keras daripada setiausaha pengelola kebangsaan MCA Datuk Tee Siew Kiong yang berkata Anwar bertindak dengan tidak bertanggungjawab melalui saranannya kepada peminjam untuk melanggar undang-undang.

"Demi meraih sokongan daripada pengundi muda, Anwar menggunakan langkah populis untuk mendapatkan undi dalam cita-citanya untuk mengambil alih sebagai perdana menteri.

"Apa yang menyedihkan, beliau nampaknya bangga dengan kenyataan tidak bertanggungjawab itu.

"Hanya pemimpin (Pakatan Rakyat) yang berani menunjukkan keingkaran kepada undang-undang seperti itu.

Pesanan : Satu Pages fb baru nama 'PR supporter' (khas kepada penyokong PR) telah diwujudkan oleh rakan blogger pada 19.2.2012. Sasaran 1 Juta sebelum 13 March 2013. Sila klik di sini http://on.fb.me/zKwAgs untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih Mohon Like "Like" di bawah juga. 

Tiada ulasan: