Selasa, 5 Jun 2012

.

.


Analisa Berita

Posted: 04 Jun 2012 06:19 AM PDT

Kerana Takut Terpaksa Buat Gimik
688 Ahli Pas Sertai Umno: Fauzi Tanding Larut?

Penyertaan bekas Ketua Siasatan Jenayah (KSJ) Bukit Aman Fauzi Shaari ke dalam perjuangan Pas dua minggu lalu telah dirasai dan mula memberi kesan kepada Umno khasnya Umno Perak. Walaupun penyertaan Fauzi itu atas kesedaran diri untuk memperjuangkan Islam tetapi ia sudah mula dibaca oleh orang Umno Perak terutamanya di kawasan kelahiran Fauzi di parlimen Larut, kononya Fauzi bakal diletak bertanding di kerusi Parlimen Larut.

Fauzi bersama pemimpin Pas di pentas Himpunan Hijau.
Keresahan ini tergambar apabila Umno bahagian Larut Perak yang diketuai oleh seorang timbalan menteri terpaksa membuat gimik mentah stail lama untuk melemahkan Pas Perak kononnya 688 orang ahli Pas menyertai Umno. 

Mereka itu 360 dari Titi Kasai dan 328 dari Felda Ijok keluar kerana kecewakan dengan perjuangan Pas yang tidak Islamik lagi.

Berita kemasukan ahli Pas itu dilaporkan oleh PB utama negara ini, Utusan Malaysia yang kini edarannya semakin merudum. Khabarnya edaran Utusan di bawah 80,000 setiap hari.

Semua orang tidak mempercayai akan laporan berbayar berita berkenaan. Akhbar itu yang menjadi lidah Umno akan melaporkan apa saja untuk memburukkan pembangkang termasuklah akan melaporkan tahi berwarna kuning pun sebagai emas dan juga tergamak menabur fitnah.

Tidak ada munasabah langsung dengan berita berkenaan. Ia dibuat adalah kerana sudah ada kegerunan dan rasa takut Umno dengan kemunculan Fauzi yang bakal menjadi mujahid Pas. Walaupun belum kedengaran desas desus Fauzi bakal diletakkan disitu atau mana-mana kerusi pada pilihan raya akan datang namun ia sudah pun mengelabahkan hati pemimpin Umno di situ terutamanya ahli parlimennya Hamzah Zainuddin yang kini sudah mulai nampak liang lahad politiknya sudah terbuka luas.

Munabsah juga kalau Hamzah mulai merasai takut kerana dalam pilihan raya lalu beliau menang dengan majoriti tipis 1,191 undi sahaja. Hamzah berdepan dengan calon Pas, Dr Mohd Dhari Othman yang meraih 13,967 undi manakala Hamzah mendapat 15,878.

Dalam Parlimen Larut mempunyai tiga kerusi Dun iaitu Selama, Kubu Gajah dan Batu Kurau. Di Selama BN hanya menang dengan 355 sahaja. Calonnya Mohamad Daud Mohd Yusuf mendapat 5,240 manakala calon Pas Abu Hassan Mohammad mendapat 4,855.

Di kerusi Kubu Gajah pula calon BN Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar menang hanya 66 undi sahaja. Raja Zainuddin mendapat 4,114 manakala calon Pas Mohd Nazri Din mendapat 4,048.

Hanya dikerusi Batu Kurau BN agak ke depan berbanding dengan Pakatan Rakyat. Di kerusi ini BN menerusi calonnya Mohamad Najmudin Ilias mendapat 7,023 manakala Hamid Ali PKR mendapat 4,584. Najamuddin menang dengan majoriti agak besar sebanyak 2,439 undi.

Memandangkan sambutan dan selera rakyat yang makin bertambah kepada Pakatan Rakyat akhir-akhir ini kemungkinan besar kerusi parlimen Larut dan dua kerusi Dun akan terlepas kepada Pakatan Rakyat dalam pilihan raya akan datang. Realiti inilah menyebabkan gimik mentah itu terpaksa dilakukan.

Anihnya di sini dan nampak berita kemasukan ahli Pas ke dalam Umno itu rekaan dan merupakan perang saraf apabila hanya ahli Pas yang menyertai Umno tetapi tidak ada ahli PKR khasnya dari keturunan Cina dan India. Seharusnya akhbar PB itu perlu menambah ada juga orang Cina dan India meninggalkan parti mereka dan menyatakan sokongan kepada BN.

Mungkin dengan perkembangan ini Pas Perak boleh memikirkan untuk benar-benar meletakkan bekas pegawai tinggi polis kelahiran Batu Kurau itu untuk berdepan dengan Hamzah Zainuddin dalam pilihan raya akan datang. Kalau ini terjadi pasti orang yang sanggup memperalatkan isteri untuk kepentingan politiknya itu akan menggelupur bagaikan ayam kena sembelih dengan pisau tumpul. [wm.kl.9:18 pm 05/06/12]

Rencana Khas

Posted: 04 Jun 2012 04:44 AM PDT

Beringat Sebelum Terkena
Udin Anak Yassin Tidak Perlu Terlalu Mempercayai Mahathir

Udin anak Yassin menyokong teori dikemukakan bapa angkat dan juga mentor politiknya Mahathir Mohamad yang mengatakan pembangkang akan membuat kekacauan dengan mengadakan tunjuk perasaan jika mereka (oposisi) kalah dalam pilihan raya nanti.

Penerimaan idea dan psywar Mahathir oleh Udin anak Yassin ini menunjukkan pemikiran politik beliau kini dikuasai atau diseluputi 'politikal haiwan' tidak berhati perut Mahathir. Nampaknya untuk melonjak naik dan menjatuhkan Najib, Udin anak Yassin sedia bermain kotor seperti Mahathir amalkan selama ini dalam menjatuhkan satu persatu lawan-lawan dan pesaing politiknya baik dari dalam Umno atau di luar Umno.

Udin anak Yassin harus waspada dengan Mahathir.
Perkembangan ini perlu dibimbangi oleh Ha Najib Razak. Wajar kalau Najib merasai cuak dengan gerak geri dan 'kuntai' pemikiran siasah Udin anak Yassin. Kenyataan dan praktikal politik Udin anak Yassin perlu diawasi kalau Najib mahu selamat. Ada tanda-tanda makrifat menunjukkan Udin anak Yassin sedang giat mengasah senjata untuk melakukan pembajakan (rampas kuasa) dari belakang ke atas Najib paling lewat selepas pilihan raya umum ke-13 kelak.

Najib harus faham dan senantiasa beringat di dalam politik tidak ada apa yang mustahil dan realitinya akan datang bila-bila masa saja tidak kira malam atau siang, dalam tangis atau tawa. Berdasarkan apa diamalkan Mahathir - yang mengamalkan politik mulut manis jubur masam, Udin anak Yassin juga tidak berbeza jauh dari itu apa lagi kalau Udin merasakan Umno tidak selamat untuk membolehkan beliau menjadi PM. Udin sanggup melakukan 'harakiri' dalam politiknya.

Umum sudah tahu hubungan Udin anak Yassin dengan Mahathir dan apakah ikrar dan persefahaman Udin dengan bekas PM itu. Mahathir menjadi guru kepada Udin dalam proses untuk naik. Mereka sedia melaksanakan barter trade dalam politik. Ada pertukaran jasa dan budi di antara Udin dengan Mahathir. Mahathir akan memastikan Udin naik ke atas menjadi presiden Umno kemudian PM, selepas itu Udin hendaklah membalas budi dan jasa Mahathir dengan mengambil anaknya Mukhriz sebagai  timbalannya. Bayaran ke atas konsultasi politik Mahathir untuk Udin sangat mahal.

Siapa boleh menafikan kalau di dalam 'puad' Mahathir, (puad itu hati nubarilah..) tidak ada keinginan untuk mengangkat atau melihat anaknya Mukhriz naik ke atas kemudian mengambil tempatnya yang pernah didudukinya. Apa yang berlaku dalam keluarga Tun Razak itulah juga diingini Mahathir. Semua mahu mencipta sejarah dan menjadi lagenda. Mahathir sebagai seorang bernafsu besar dan suka mencipta sejarah dirinya tidak akan melupai perkara itu.

Makanya serangan Mahathir kepada Najib untuk mencapai cita-cita ini bukan rahsia lagi. Dengan jelas Mahathir menunjukkan sikap tidak sebulu dan senokhtah dengan Najib apabila beliau menolak pendekatan dan stail politik Najib. Ejekan Mahathir kepada konsep 1Malaysia diperkenalkan Najib menjelaskan apa yang ada didalam hati dan pemikiran Mahathir. Walaupun penolakan itu secara humour tetapi itu adalah hakikatnya, bahawa Mahathir tidak senang dengan transformasi politik Najib terutamanya berhubung bangsa Malaysia sehinggakan menggadai kepentingan Melayu.

Mahathir tidak gemar cara politik Najib bukan saja kerana membawa gagasan baru 1 Malaysia saja tetapi sikap lunak Najib kepada Cina dan India sehingga sanggup melayani apa sahaja permintaan Cina dan India (BN) benar-benar merimaskan Mahathir. Mahathir tidak suka dengan cara Najib kerana ia seakan melepaskan ikatan dan pagar yang dibina sebelum ini. Mahathir mahu Najib kekalkan apa yang dilakukan sebelum ini iaitu bersikap 'rasis' kepada Cina dan jangan terlampau memberi muka.

Bagi Mahathir, Najib terlalu murah dan jinak. Terlalu lembik dan kehilangan keberanian dalam berdepan dengan orang Cina dan kaum-kaum lain. Ini tidak disukai Mahathir dan apa dilakukan Najib satu ;pengkhianatan' Najib kepada benteng dan keampuan politik Melayu dibina Mahathir.

Ada kuliha juga bagi Mahathir dengan apa dilakukan Najib itu. Tetapi seperkara Mahathir lupa Najib terpaksa melunakkan keadaan Umno kerana waktu ini Umno bukan sekukuh dan sekuat zaman Mahathir. Apabila Umno kini sudah hilang kuasa majoriti dua pertiga dan bukan menjadi "orang keramat dan berkuasa" lagi kepada BN... maka Najib terpaksa merombak segala ikatan itu. Najib juga terpaksa buat kerana demi mempertahankan sisa-sisa kekuatan Umno kalau ia masih ada. Keanjalan politik Najib demi mempertahankan kuasa Umno sekaligus menjaga maruahnya.

Selain itu Najib juga perlu berkerja kuat mengubah pendekatan, cara berkawan dan juga penerimaan konsep BN secara meyeluruh kerana kekuatannya kini telah terombak. Dirombak oleh Anwar Ibrahim dan juga Pas. Hari ini Najib atau Umno tidak boleh berbohong lagi dengan 'mengecung' Cina dan India dan masyarakat lain kerana pembohongan dan 'pengecungan' itu didedahkan Anwar.

Anwar pula akan melakukan apa saja untuk membalas atas segala dendam kekecewaanya atas segala perbuatan kejam Mahathir selama ini. Situasi ini tidak difahami oleh Mahathir mengenai Najib yang terpaksa berlunak dan bersikap toleransi melampau itu. Keadaan atau pun dosa-dosa menimpa Umno hari ini yang ditinggalkan Mahathir menjadikan Najib resah gelisah dan dalam keadaan dilema.


Keadaan-keadaan atau realiti politik itulah menggambarkan akan konflik di antara syaksiah politik Mahathir dengan Najib. Dalam konflik dan suasana inilah Udin anak Yassin mengambil kesempatan dengan berpihak kepada Mahathir dengan harapan dia mendapat keuntungan besar.  Ada unsur khianati oleh Udin anak Yassin kini dengan mereputkan jambatan bakal dilalui Najib.  Bagi Udin kebergantungan kepada Mahathir atau menjadi Mahathir sebagai penasihat dan master mind politik penting kerana jawatan TPM bila-bila masa boleh hangus dan Udin akan tergolek kalau tidak kena cara.

Kebergantungan orang politik yang lemah dan tidak ada kekuatan diri kepada orang lain seperti Udin anak Yassin kepada Mahathir adalah biasa. Udin yang tahu dirinya lemah tanpa memiliki wisdom dan kehebatan peribadi terpaksa mengadakan junjung untuk naik. Dalam soal ini Mahathir si kayu reput itulah dijadikan junjung oleh Udin anak Yassin.

Jadi apabila Udin cepat menangkap dan memakan idea Mahathir tidak menghairankan. Udin anak Yassin bukan saja akan menyambut teori mengenai kemungkinan berlaku tunjuk perasaan itu saja tetapi lebih jauh dari itu. Udin akan terus menjaja sambil memberi gambaran buruk untuk persaingnya di luar Umno iaitu Anwar Ibrahim.

Tidak bermakna jabatan salam kemas, paduan hati juga kemas?
Dalam pada itu Udin boleh membaca apa yang dilemparkan Mahathir itu atau beliau sudah pun mendapat terjemahan mantik-mantik dan mesej politik Mahathir. Ada kemungkinan Mahathir melemparkan teori itu sebagai persiapan bahawa yang akan melakukan kekacauan nanti bukan pembangkang (Pakatan Rakyat) tetapi UBN sendiri. Jika dilihat kepada latihan-latihan amali politik UBN kini sudah menampakkan ada tanda-tanda akan berlaku kekacauan dalam pilihan raya akan datang.

Hari ini ahli Umno sudah diajar bersikap biadab, kurang ajar ataupun jahat. Beberapa peristiwa yang berlaku iaini gangguan ke atas ceramah pembangkang memberi tanda akan kejahatan itu akan berlaku. Jadi bila sudah sampai masanya untuk bertindak orang-orang Umno tidak kekok-kekok lagi untuk melakukannya.

Secara peribadi saya setuju dengan apa digambarkan Mahathir itu. Tetapi saya tidak setuju kalau kekacauan itu bakal dilakukan oleh pembangkang tanpa turut sama meletakkan kekacauan itu di bahu UBN. Yang begitu ghairah dan membuat persiapan untuk melancarkan kejahatan kini, bukan PR tetapi UBN.

Di sini saya ingin mengingatkan kepada Udin anak Yassin beliau tidak terikut dan termakan sangat dengan teori Mahathir. Saya bimbang kalau beliau sudah memerut kepada Mahthir sehingga menjadi murid menyebarkan bayangan politik jahat bekas PM itu lama kelamaan Udin sendiri akan jadi jahat juga dan berpotensi menjadi lebih jahat. Hari ini walaupun Udin sudah berubah dari memiliki keperibadian Muhyuddin Mohd Yassin, tetapi ia masih boleh diperbaiki.

Menjadi tanggungjawab Udin yang dulunya sebagai Muhyuddin untuk membaik pulih Umno secara baik kemudian menjadi pemimpin yang akan menyemarakkan agama. Muhyuddin bererti, 'pembawa' atau 'penghidup' agama, maka jangan jadi sebagai orang membunuh agama kerana menjadi murid kepada Machiavelli bernama Mahathir. [wm.kl.7:30 pm 05/06/12]

Tiada ulasan: