DUNIACACAMARBA |
- [Video] Alat Mainan Seks DISANGKA Cendawan
- [Video] Ceramah Anwar di Sabak Bernam Tidak Dapat Sambutan? Lihat Gambar, Tonton Video!
- Guru Terima 5 Jahitan Kerana Dibelasah Pelajar
- [Video-Wajib Tonton] Husam Musa Jawab Fitnah Skandal Dinar Emas & Expo Perdagangan Dunia Islam - Iran - Syiah
- [Wajib Baca] FGVH: Siri Pengkhianatan Melayu Terbesar
- Lelaki Rabun Didakwa Cabul 2 Orang Gadis Serentak
- Seks Bebas: Remaja Separuh Bogel Dicekup
[Video] Alat Mainan Seks DISANGKA Cendawan Posted: 21 Jun 2012 05:25 AM PDT [MyNewsHub] China – Akibat terlampau ghairah kerana menyangka mendapat berita ekslusif, seorang wartawan muda dari China mendapat malu besar dan menjadi bahan ketawa selepas menyangka alat mainan seks yang ditemui sekumpulan penduduk kampung sebagai cendawan. Peristiwa berkenaan berlaku selepas stesyen televisyen Xi'an mendapat panggilan daripada penduduk di kampung Liucunbu mengenai penemuan benda tersebut ketika mereka sedang menggali perigi. Xi'an kemudiannya menghantar wartawan Yunfeng Ye ke tempat lokasi. Setibanya di perkampungan itu, dia kemudiannya membuat ulasan panjang lebar mengenai penemuan `cendawanan' berkenaan termasuk bentuknya. "Kira boleh melihat ia menyerupai mulut, manakala di bahagian sebelah lagi ada lubang yang menghubungkan antara satu sama lain. Ia amat lembut seolah-olah seperti daging,'' lapornya dalam laporan berita di televisyen berkenaan. Yunfeng turut mendakwa ia merupakan cendawan yang digunakan untuk perubatan iaitu `taisui' yang memerlukan keadaan tertentu untuk menanamnya. Bagaimanapun, selepas laporan berkenaan disiarkan, stesen televisyen itu menjadi bahan ketawa apabila orang ramai tampil memberikan penjelasan bahawa `cendawan' itu sebenarnya adalah alat seks untuk lelaki. Yunfeng teruk dibelasah selepas kejadian itu. Ramai yang menyifatkannya sebagai tidak cerdik. "Mereka tidak dapat membuat perbandingan antara silikon dan tanaman organik'. "Ia langsung tidak nampak seperti cendawan. Mereka ini tidak buat penyelidikan dulu ke sebelum menyiarkan laporan seperti ini,'' itu antara kecaman yang diterimanya dalam laman web. Sehari selepas program itu diterbitkan, stesen televisyen berkenaan telah menyiarkan permohonan maaf menerusi laman web Sina Weibo. "Program kami malam tadi telah menjadi bahan ketawa,'' kata kenyataan itu yang turut melahirkan kekesalan di atas laporan yang salah itu. | ||
[Video] Ceramah Anwar di Sabak Bernam Tidak Dapat Sambutan? Lihat Gambar, Tonton Video! Posted: 21 Jun 2012 01:52 AM PDT Beberapa blog pro-UMNO melaporkan bahawa ceramah Anwar di Sabak Bernam tidak mendapat sambutan. Gambar-gambar di bawah disiarkan untuk menyokong dakwaan mereka: Cuba tonton video ini: Cuba lihat gambar-gambar di bawah ini: Untuk makluman, ceramah ini diadakan pada hari bekerja (malam Rabu), namun sambutan sangat menggalakkan dan Keadilan Daily menganggarkan 2000 orang di kawasan sekitar berhimpun di lokasi ceramah.
Video-video lain: | ||
Guru Terima 5 Jahitan Kerana Dibelasah Pelajar Posted: 21 Jun 2012 01:10 AM PDT
[HM] KUALA TERENGGANU: Seorang guru sebuah sekolah menengah di Chalok, Setiu, menerima lima jahitan di kepalanya apabila dibelasah seorang pelajar tingkatan lima yang berselisih faham dengannya, kelmarin. Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang, guru berusia dalam lingkungan 30-an itu dikatakan menegur pelajar berkenaan, menyebabkan remaja berkenaan berang dan bergegas pulang ke rumahnya sebelum mengambil sebatang cota. Tidak lama kemudian, pelajar berusia 17 tahun terbabit kembali ke sekolah yang terletak kira-kira empat kilometer dari rumahnya bersama abangnya berusia 21 tahun dan seorang rakan abangnya berusia lingkungan 20-an. Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintendan Rohaizat Abd Ani, berkata pelajar itu kemudian terus memukul gurunya di bahagian kepala dengan cota berkenaan menyebabkan guru lelaki terbabit rebah dalam keadaan kepalanya berlumuran darah. Beliau berkata, orang ramai termasuk pengawal keselamatan sekolah yang menyedari kejadian kemudian membantu meleraikan pergaduhan itu dan guru berkenaan dikejarkan ke Hospital Setiu. "Akibat kecederaan itu, guru berkenaan menerima lima jahitan di kepala. Dia kemudian membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Setiu pada petang kejadian. "Susulan laporan itu, polis menahan pelajar bersama dua lelaki terbabit. Siasatan kita juga mendapati suspek bebas daripada pengaruh dadah atau rekod jenayah lampau," katanya. Rohaizat berkata, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan dan ketiga-tiga suspek direman tiga hari bermula semalam. P/s: DCM pernah menyentuh hal ini beberapa kali sebelum ini. Pelajar sekarang terlalu dimanjakan oleh ibu bapa dan sistem pendidikan. Kalau guru menjeling murid pun boleh dikenakan tindakan, maka terimalah akibatnya sekarang! | ||
Posted: 21 Jun 2012 12:29 AM PDT | ||
[Wajib Baca] FGVH: Siri Pengkhianatan Melayu Terbesar Posted: 20 Jun 2012 11:55 PM PDT [HD] Umno meneruskan siri-siri mengagalkan bangsa sendiri setelah sekian lama menghapuskan tulisan jawi, bahasa Melayu yang dipinggirkan dalam Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dan kegagalan dalam Dasar Ekonomi Baru. Terbaru, aset Felda yang berharga milik rakyat Malaysia yang majoritinya orang Melayu menjadi mangsa penggadaian seterusnya. Ladang, tanah dan segala perniagaan milik sepenuhnya warga Felda dan negara, difaraidkan sesama sendiri dan syarikat asing melalui usaha penyenaraian di Bursa Saham. Apa yang memilukan, peneroka dan kakitangan Felda yang berpuluh tahun membangunkan Felda, diberikan saham terkecil iaitu 2.5 peratus dan 3 peratus sahaja. Tetapi mereka sanggup memberi ruang kepada Syarikat Asing dari luar negara memegang sekitar 20 peratus saham dalam Felda Global Ventures ini. Tidak mustahil dimasa akan datang syarikat asing atau mereka yang tidak kena mengena dengan Felda yang akan menjadi pemilik aset berharga Felda ini setelah saham-sahamnya terjual. Bagi PAS, bukan sekadar masalah pengagihan saham tersebut yang utamanya, tetapi melibatkan tanah-tanah Felda dan aset berharga milik rakyat dan negara ini satu pengkhianatan. Apatah lagi menyerahkan urusan sebesar itu dikendalikan oleh individu yang terpalit dengan rasuah yang diakui partinya sendiri. Ini adalah satu pengkhianatan kepada bangsa Melayu yang mendiami kawasan Felda dan seluruh negara. PAS menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia, khususnya warga Felda supaya segera menggantikan Umno yang lama memerintah dan terus bertindak gagal dengan memberi undi kepada PAS dan rakan-rakan Pakatan Rakyat. Kita tidak punyai masa yang lama lagi untuk menunggu berapa banyak lagi aset negara berpontensi terjual di bawah pemerintahan Umno BN hari ini. Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang Presiden PAS | ||
Lelaki Rabun Didakwa Cabul 2 Orang Gadis Serentak Posted: 20 Jun 2012 08:07 PM PDT [SH] KUALA TERENGGANU - Seorang lelaki yang mengalami masalah rabun dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini, semalam atas dua pertuduhan mencabul dua gadis di lokasi dan waktu yang sama, tujuh tahun lalu. Bagaimanapun, tertuduh, Abdul Aziz Ab Rahman, 45, dari Jalan Panji Alam, di sini, mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan selepas kedua-dua pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Noradila Ab Latif. Mengikut pertuduhan pertama, dia yang turut menghidap penyakit kencing manis dan jantung itu didakwa pada 21 September 2005 jam lebih kurang jam 12 tengah hari di sebuah rumah di Tanah Lot Batu 10, Gong Badak, di sini, telah menggunakan kekerasan jenayah kepada mangsa yang ketika itu berusia 24 tahun dengan niat mencabul kehormatan mangsa. Manakala bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa melakukan jenayah sama terhadap seorang lagi mangsa yang berusia 21 tahun di lokasi dan waktu yang sama. Dengan itu, tertuduh didakwa telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara boleh sampai 10 tahun atau denda atau sebatan atau dengan mana-mana dua daripada seksaan itu jika disabitkan kesalahan. Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa, Inspektor Miky Anak Dunstan Muda manakala tertuduh tidak diwakili peguam. Sejurus pengakuan tidak bersalah tertuduh direkodkan, Noradila kemudiannya menetapkan 15 Julai depan sebagai tarikh sebutan semula kes dan membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM4,000. | ||
Seks Bebas: Remaja Separuh Bogel Dicekup Posted: 20 Jun 2012 07:06 PM PDT [SH] KULIM - Gara-gara takut dicekup, sepasang kekasih berusia antara 17 dan 18 tahun yang sedang melakukan hubungan seks melarikan diri ketika didekati kumpulan penduduk kira-kira jam 3.45 pagi, di pondok rehat sebuah taman perumahan, di sini semalam. Aktivis badan bukan kerajaan (NGO) Kulim, Mohd Rashdan Yaakob, 30, berkata, dia menerima maklumat penduduk yang curiga dengan kehadiran motosikal diletakkan di dalam pondok rehat di situ. Menurutnya, ketika dia bersama tiga penduduk lain mendekati lokasi pasangan terlibat, si perempuan menyedari kehadiran mereka. "Mulanya disangka motosikal Honda yang ada dalam pondok rehat itu mungkin dicuri memandangkan terdapat beberapa laporan kehilanganmotosikal hari ini, jadi kami membuat intipan. "Memang kami nampak motosikal, tetapi suspek terlibat tidak ada. Setelah kami berada kira-kira 10 meter dari pondok itu, baru kami terdengar suara perempuan. Kami buat rancangan menahan kedua-dua mereka, namun pasangan perempuan yang memakai baju kurung tiba-tiba bangun dan melarikan diri dengan motosikal," katanya. Mohd Rashdan berkata, pasangan lelaki yang ada di pondok itu tidak dapat melarikan diri lebih jauh kerana tidak berseluar, tetapi masih berbaju. Menurutnya, setelah ditahan pihaknya menasihati remaja lelaki terbabit berhubung perbuatannya bersama pasangan yang tidak baik dan berdosa sebelum dia dilepaskan. Katanya lagi, perlakuan maksiat melibatkan remaja semakin membimbangkan dan kebanyakan mereka melakukannya terdiri kalangan remaja dan pelajar sekolah. "Selain padang permainan, pasangan terlibat akan melakukan hubungan seks bersama kekasih di bangunan tinggal. Sepanjang minggu ini, tiga pasangan kekasih berjaya ditahan dalam keadaan mengaibkan. "Mereka ditahan selalunya beri alasan, keluarga telah mengetahui hubungan mereka atau sudah bertunang atau akan bernikah tidak lama lagi," katanya. Menurutnya, hukuman denda mahupun penjara terhadap pasangan remaja yang kebanyakannya tidak mempunyai duit poket sendiri bukan cara positif mendidik masyarakat. Menurutnya, antara cara adalah dengan mengadakan dialog bersama penduduk atau menasihati golongan berkenaan dan memberi tumpuan kepada pelajar bermasalah. "Kalau hendak berkeras pun biar kena pada tempatnya. Sebagai orang awam yang sering berhadapan masalah seperti ini, saya dan rakan lain lebih selesa sekiranya pasangan terlibat dinasihati. "Lagipun yang ditahan, didenda dan penjarakan adalah orang Islam dan bukan beragama lain yang boleh tersenyum kerana tidak dikenakan sebarang tindakan," katanya. |
You are subscribed to email updates from DUNIACACAMARBA (DCM) To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan