Selasa, 12 Jun 2012

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


Gadis Dirogol Bergilir-gilir Lima Lelaki

Posted: 12 Jun 2012 07:00 AM PDT


[HM] KAJANG - Kegembiraan seorang wanita berusia 19 tahun mandi disebuah kolam renang berhampiran rumah adik lelakinya berakhir tragedi apabila menjadi mangsa rogol bergilir-gilir dalam kejadian di sebuah hotel bajet di Bandar Tasik Kesuma, dekat Semenyih, di sini.

Sember berkata, sebelum kejadian kira-kira jam 5 petang itu, mangsa bersama adiknya pergi ke kolam berkenaan untuk mandi dan kerika mahu menukar pakaian di bilik persalinan, seorang lelaki tidak dikenali menceroboh masuk ke bilik itu dengan memanjat tembok.

"Terkejut melihat keadaan itu, mangsa cuba melarikan diri, namun gagal selepas dihalang seorang lagi lelaki yang berada di depan pintu bilik persalinan berkenaan.

"Kedua-dua lelaki itu menolak mangsa berkenaan ke dalam bilik berkenaan dan merogolnya serta memaksa mangsa melakukan seks oral," katanya di sini, semalam.

Menurut sumber, selepas dirogol, dua lelaki itu memaksa mangsa dan adiknya menaiki motorsikal sebelum dibawa ke sebuah hotel bajet.

Katanya, suspek membawa adiknya ke sebuah restoran sebagai umpan.

Sebaik tiba dihotel berkenaan, mangsa dikatakan ditarik masuk ke dalam sebuah bilik hotel yang dihuni tiga lelaki lain dan dipaksa membuka pakaian sebelum dirogol bergilir-gilir selama dua jam.

Kelima-lima lelaki berkenaan menghantar mangsa pulang ke rumah sebelum mangsa menceritakan kejadian kepada ahli keluarga dan membuat laporan di balai polis Semenyih, Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komissioner Ab Rashid Ab Wahab mengesahkan menerima laporan berkenaan dan berkata, siasatan lanjut masih dijalankan.

Pelajar IPTA Dicekup Berpelukan dengan Penganggur

Posted: 12 Jun 2012 05:17 AM PDT


[SH] DUNGUN – Seorang pelajar perempuan sebuah institusi pengajian tinggi awam berdekatan, dicekup pihak berkuasa dalam keadaan berpelukan bersama teman lelakinya atas katil bertingkat di dalam sebuah stor pusat cuci kereta, dekat sini, pagi kelmarin.

Pelajar perempuan terbabit dipercayai bertandang ke tempat mencuci kereta yang bakal dibuka itu, sebaik menamatkan kuliahnya untuk memadu asmara bersama teman lelakinya yang difahamkan seorang penganggur.

Namun pelajar IPTA yang berasal dari kampung Cacar, Paka yang sama sekali tidak menyangka bahawa teman lelakinya itu penagih bagaimanapun terkedu seketika, apabila menerima kehadiran sepasukan anggota polis narkotik yang melakukan serbuan di tempat berkenaan.

Susulan penangkapan tersebut, remaja perempuan yang merupakan seorang pelajar kejuruteraan awam dan anak seorang pesara syarikat swasta di Paka itu, terpaksa diserahkan kepada pihak Jabatan Agama untuk tindakan lanjut kerana disyaki berkhalwat.

Sementara itu, teman lelakinya yang berasal Kampung Durian Mas itu juga didapati positif dadah jenis methapethamine setelah menjalani unian saringan air kencing dan disiasat mengikut seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Kedua-dua pasangan terbabit bakal menghadapi pendakwaan di Mahkamah Rendah Syariah pada 9 Julai 2012 nanti atas kesalahan berkhalwat mengikut seksyen 31(b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Takzir Negeri Terengganu 2001.

Jika sabit kesalahan hukuman denda maksima RM3,000 atau tidak melebehi dua tahun penjara boleh dikenakan ke atasnya.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Dahlan Mohd Noor mengesahkan tangkapan terbabit.


 P/s: Mula-mula berpeluk...




Utusan Malaysia Putar Belit Isu Tangguh Haji untuk PRU 13

Posted: 12 Jun 2012 03:14 AM PDT


Berita Sebenar:

[Selangorku] SHAH ALAM, 12 JUN : PAS sekali lagi menegaskan hanya ahli parti yang terlibat secara langsung dalam pilihan raya sahaja diminta untuk menangguh ibadah haji sekiranya Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) berlangsung pada tarikh tersebut.

Penangguhan itu tegas Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man itu hanya merujuk kepada calon, wakil calon serta pengarah pilihan raya parti itu.

Kenyataan yang disuarakan Tuan Ibrahim itu sekaligus menolak dakwaan media pro Umno-BN yang mengatakan kononnya tindakan parti itu adalah tidak berlandaskan Islam dan seolah-olah mempermainkan hukum agama.

"Kita minta hanya kepada calon sahaja. Ini bukan soal mempermainkan hukum Allah, tetapi bagi saya buat pilihan raya pada musim haji itu seolah-olah menunjukkan Kerajaan Pusat meletakkan rakyat dalam situasi serba salah.

"Kalau buat musim haji, kesannya cukup besar kepada rakyat. Kita harap kerajaan tidak buat (pilihan raya). Kalau hendak dibuat juga, ahli parti yang terlibat memang kita minta dia tangguh dahulu, bukan pengundi," katanya.

Tuan Ibrahim juga berkata, jika pilihan raya diadakan pada musim haji ia akan mendatangkan kesukaran bagi pengundi yang dipilih untuk pergi ke Makkah.

Katanya, keputusan terhadap perkara itu bergantung kepada Kerajaan Pusat kerana mereka mempunyai kuasa untuk menentukan tarikh pilihan raya sebenar.

"Katakanlah kerajaan adakan pilihan raya pada waktu itu, dan calon tersebut namanya naik dan dalam waktu sama dipilih untuk pergi haji, dia tidak akan berada di situ sepanjang waktu berkempen.

"Haji sememangnya tidak boleh ditangguh, ibadah haji tetap berlaku. Cuma sekiranya kerajaan tetap mengadakan pilihan raya pada musim haji, mereka telah menafikan hak rakyat untuk keluar mengundi," ujarnya.

Terdahulu Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mendakwa Umno-BN menafikan hak sebahagian besar rakyat jika mengadakan PRU-13 pada musim haji tahun ini.

Hadi menyatakan, hanya segelintir umat Islam yang dapat membezakan di antara wajib mudayyak yang tidak boleh ditangguh dan wajib muwassaa yang boleh ditangguh.

Beliau menegaskan,Umno yang memisahkan politik daripada agama tidak peduli kepada musim haji yang menafikan hak sebahagian besar rakyat, kerana kaedahnya wajib menang dengan apa cara sekali pun.



"Perogol Ampang" Target Budak Bawah Umur Terima Hukuman

Posted: 12 Jun 2012 02:00 AM PDT

KWONG MUN (depan) dan Aidil dibawa ke Mahkamah Sesyen Ampang semalam atas tuduhan merogol gadis bawah umur.

[Kosmo] AMPANG JAYA - Taktik seorang kerani penghantar surat dan ejen insurans mengumpan kad prabayar tambah nilai untuk mendapatkan imbuhan seks daripada dua gadis bawah umur memakan diri apabila masing-masing dihukum penjara 15 tahun dan empat sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam.

Hakim Roszianayati Ahmad menyabitkan tertuduh Aidil Rashid, 38, dan Lee Kwong Mun, 36, atas dua tuduhan rogol setiap seorang selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie.

Beliau mengarahkan hukuman mereka berjalan serentak mulai semalam.

Aidil didakwa merogol gadis pertama berusia 14 tahun antara Mei dan Jun 2010 di sebuah rumah pangsapuri di Lembah Jaya di sini pada pukul 3 dan 3.30 petang dan mengulangi perbuatan serupa terhadap mangsa kedua berusia 13 tahun antara April dan Jun 2010 di tempat sama.

Kwong Mun juga didakwa merogol kedua-dua gadis yang sama di pangsapuri tersebut antara Ogos 2009 dan Jun 2010 dan pada Mei 2010 pukul 9 dan 9.30 malam.

Kedua-dua tertuduh tinggal berjiran di kawasan itu.


Berita Terdahulu:

[Kosmo] AMPANG JAYA - Taktik seorang kerani penghantar surat dan ejen insurans mengumpan kad prabayar tambah nilai untuk mendapatkan imbuhan seks daripada dua gadis bawah umur memakan diri apabila masing-masing dihukum penjara 15 tahun dan empat sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam.

Hakim Roszianayati Ahmad menyabitkan tertuduh Aidil Rashid, 38, dan Lee Kwong Mun, 36, atas dua tuduhan rogol setiap seorang selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie.

Beliau mengarahkan hukuman mereka berjalan serentak mulai semalam.

Aidil didakwa merogol gadis pertama berusia 14 tahun antara Mei dan Jun 2010 di sebuah rumah pangsapuri di Lembah Jaya di sini pada pukul 3 dan 3.30 petang dan mengulangi perbuatan serupa terhadap mangsa kedua berusia 13 tahun antara April dan Jun 2010 di tempat sama.

Kwong Mun juga didakwa merogol kedua-dua gadis yang sama di pangsapuri tersebut antara Ogos 2009 dan Jun 2010 dan pada Mei 2010 pukul 9 dan 9.30 malam.

Kedua-dua tertuduh tinggal berjiran di kawasan itu.

[PANAS] Alamak, Bakal Menantu Najib Didakwa Menipu Seunit Kondo Bernilai RM20 Juta dan Menggunakan Dokumen Palsu

Posted: 12 Jun 2012 12:30 AM PDT


[MK] Dokumen mahkamah Amerika Syarikat mendakwa warganegara Kazakhtan Daniyar Nazarbayev, yang bertunang dengan anak perempuan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, terlibat dalam penipuan.

Dokumen mahkamah yang difailkan di Mahkamah Agung Manhattan mendakwa, dia menipu bapa tirinya seunit kondominium bernilai AS$20 (RM62 juta) dan memasuki Universiti Columbia menggunakan dokumen palsu.


Menurut The New York Post hari ini, dokumen mahkamah itu menyebut, Daniyar memalsukan dokumen untuk memberikan gambaran bahawa dia berkelulusan daripada sekolah tinggi di Kazakhstan.

Bagaimanapun, sumber akhbar itu berkata, dia sebenarnya bersekolah di Switzerland dan tidak menamatkan pelajaran.

Rekod Columbia masih menunjukkan Daniyar masih dalam senarai bekas pelajar dan bergraduasi pada 2010.

The New York Post melaporkan jurucakap Columbia sudah dihubungi tetapi enggan mengulasnya.


 P/s: Memalukan!!!


Dato' Onn Perisik British? Sultan Johor Raja Pertama Sain Malayan Union?...

Posted: 11 Jun 2012 11:00 PM PDT



Kredit paparan skrin: Manjung Mari

P/s; Tidaklah mahu saya menambah atau memberikan komen tentang perkara di atas. Untuk pengetahuan anda, Zaharin juga sebelum ini mendedahkan 2000 anggota polis menyamar sebagai peserta Bersih 3.0 di dinding FBnya. Sehingga kini, tiada siasatan dibuat terhadap kenyataannya itu.



[Video-Wajib Tonton] Menteri UMNO Didakwa Berkata: “Raja-raja Melayu akan saya seret ke jalan raya dan akan kami campakkan ke dalam kawah.”

Posted: 11 Jun 2012 08:02 PM PDT



[Selangorku] Seorang Kerabat Diraja Negeri Sembilan, mendedahkan Almarhum Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Ja'afar Tuanku Abdul Rahman pernah menerima panggilan ugutan dari seorang menteri kanan Umno pada tahun 1993.

Tunku Harny Tunku Hanan, anak saudara kepada Almarhum Tuanku Ja'afar, berkata panggilan tersebut dibuat ketika isu pemindaan Perlembagaan terhadap kuasa Raja-raja Melayu pada tahun itu.

Tunku Harmy Tunku Hanan berkata beliau mengetahuinya setelah diberitahu oleh Almarhum Tuanku Ja'afar sendiri melalui satu panggilan telefon.

"Jadi tuan-tuan, ada suatu malam kira-kira jam 11.00 malam, saya mendapat satu panggilan telefon daripada Almarhum Tuanku Jaafar masa tu dia adalah Timbalan Yang Dipertuan Agung.

"Dia tanya, Harmy buat apa tu? Tak tidur ke? Belum Tuanku.

"Ni esey ni dapat panggilan telefonlah. Telefon apa Tuanku?

"Tadi ada senior minister baru telefon sekejap tadi, dia kata, Tuanku … kalau Tuanku tak hendak sain isu (pindaan) perlembagaan ini, saya akan tiupkan seruling pemberontakan di seluruh negara.

"Raja-raja Melayu akan saya seret ke jalan raya dan akan kami campakkan ke dalam kawah," ujar Tunku Harmy yang enggan mendedahkan indentiti menteri kanan itu.

Tunku Harmy berkata demikian ketika berucap dalam program "Diskusi Isu Terkini Lembah Pantai" semalam.

Menurut Tunku Harmy, tindakan menteri kanan tersebut membuktikan sikap sebenar pemimpin Umno-BN yang tidak menghormati Raja-raja Melayu.

Tambah beliau, ketika itu pemimpin Umno-BN mengadakan kempen menjatuhkan maruah Raja-raja Melayu di seluruh negara.

Tunku Harmy turut menggesa masyarakat memikirkan perkara yang sanggup dilakukan pemimpin Umno-BN terhadap rakyat sekiranya mereka terus berkuasa.

"Itu Raja, yang tuan-tuan hormat dia nak masukkan ke dalam kawah. Yang tuan-tuan ni disiang-siangnya, disalai-salai, dibuang, diberi makan anjing," kata beliau.

Tunku Harmy yang merupakan sepupu kepada baginda Dipertuan Besar Negeri Sembilan hari ini, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.














[Gambar] Rakam Gambar Adik "Berwajah Ngeri"

Posted: 11 Jun 2012 06:06 PM PDT

Gambar asal adiknya berdiri di Jalan Kuala Kangsar untuk mengabadikan
perkataan IPOH sebelum pulang ke Sabah.
Wajah lembaga menggantikan imej pada rakaman wajah Belly.

[SH] IPOH – Seorang pemandu lori tidak sangka gambar yang dirakam untuk kenangan menjadi sebaliknya apabila muncul lembaga berambut panjang menggantikan wajah adiknya.

Menceritakan kejadian pada malam Jumaat minggu lalu, La'aba Lata, 38, berkata, gambar tersebut dirakam atas permintaan adiknya, Belly Lata,22, untuk mengabadikan perkataan 'IPOH' sebelum pulang ke Sabah.

Menurutnya, gambar tersebut dirakam pada jam 9.30 malam di Jalan Kuala Kangsar bersebelahan dengan Kawasan Pelancongan dan Rekreasi Gunung Lang.

"Ketika merakamkan gambar, saya tidak nampak apa-apa namun, ketika Belly memeriksa kamera digital dalam kenderaan, dia terus menjerit sambil kata tidak mahu lihat lagi.

"Mulanya saya berasa pelik.

Setelah melihat dengan mata sendiri, kami lihat lembaga perempuan berambut panjang seolah-olah mahu terkam adik.

"Dalam gambar itu, wajah adik tidak kelihatan langsung," katanya ketika ditemui Sinar Harian di sini, semalam.

La'aba berkata, mereka juga turut diganggu sepanjang malam selepas tiba di rumah di Taman Chepor Impian.

"Saya pernah dengar kawasan tersebut tidak sesuai untuk anak-anak kecil kerana sering diganggu sehingga menangis tapi tak sangka, saya pula yang terkena.

"Namun, malam tersebut, rumah kami pula diganggu dengan bunyi orang berjalan di atas bumbung selain bunyi orang buka pintu. Nasib baik, kami diganggu malam itu sahaja," katanya.

Katanya, semua rakan yang melihat gambar tersebut berasa terkejut dengan imej wajah lembaga tersebut yang jelas kelihatan apabila dibesarkan.
 
 
 

Tiada ulasan: