Rabu, 13 Jun 2012

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Politik Malaysia paling kotor di bawah pentadbiran Najib – Cucu Mahatma Ghandi

Posted: 13 Jun 2012 06:10 AM PDT



Oleh Masdar Wahid

PANDAN : Cucu kepada tokoh pemimpin politik tersohor India, Mahatma Ghandi berkata, beliau tidak pernah melihat politik di dunia sekotor pentadbiran Datuk Seri Najib Razak kerana Perdana Menteri itu membiarkan prasangka buruk sesama kaum dan mempertahan penipuan dalam pilihan raya di negara ini.

Perkara itu diungkap Raj Mohan Ghandi kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail semasa pemimpin KEADILAN ini dipelawa bertemunya di India baru-baru ini.

"Politik Malaysia lebih kotor dari politik India. Saya (Raj Mohan) 'follow' politik Malaysia. Saya tidak pernah melihat politik di dunia sekotor politik di bawah Datuk Najib. Ini Raj Mohan kata (kepada saya)," kata Anwar.

Beliau berkata demikian pada Ceramah Merdeka Rakyat yang turut dihadiri Azizah; Timbalan Presiden, Azmin Ali; Pengarah Strategi, Rafizi Ramli, pimpinan Pakatan Rakyat dan kira-kira 5,000 hadirin pelbagai kaum di Taman Seraya dekat sini malam tadi.

Ketua Pembangkang itu turut menegaskan Raj Mohan akan datang sendiri ke Malaysia pada tahun ini untuk bercakap sendiri mengenainya.

"Insya Allah akhir tahun ini, dia (Raj Mohan) akan cakap sendiri di Malaysia," kata Anwar yang turut menunjukkan gambar beliau bersama Azizah dan isteri Raj Mohan, Usha kepada hadirin melalui tayangan skrin.

Anwar berkata, beliau boleh bersahabat dengan Raj Mohan kerana cucu kepada pemimpin India itu memiliki idealisme yang sama dengan beliau iaitu memberi keadilan pada semua rakyat.



Anwar turut memetik ucapan Mahatma Ghandi semasa hayatnya berbunyi: 'Majoriti India Hindu jangan zalim, jangan hina orang Islam, Kristian dan penganut Buddha India, mereka rakyat kita, rakyat India dan kita mesti bangga menjadi rakyat India'.

Berbeza dengan Malaysia di bawah pentadbiran Najib kata Anwar, Presiden Umno itu hanya membisu dengan isu skandal rasuah pemimpin Umno selain membiarkan orang Melayu menghina bangsa sendiri melalui perlakuan memalukan.

"(Apabila sekumpulan Melayu) tunjuk punggung pada (Datuk S) Ambiga, Najib diam. (samseng Umno) Baling batu dalam ceramah, Najib diam, Menteri terlibat rasuah Lembu, Najib diam. Apa Najib buat? Dia cuma pemangku Menteri Wanita.



"Dalam sejarah dunia, inilah kali pertama seorang lelaki jadi Menteri Wanita," kata Anwar disambut gelak dan tepukan hadirin.

Najib melantik dirinya sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat baru-baru ini selepas penyandang jawatan itu, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dikait dengan skandal rasuah projek lembu keluarganya.

Anwar turut melahirkan keyakinan beliau bahawa sejahat manapun taktik Umno dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang termasuk memanipulasi daftar undi, beliau yakin semua itu pasti gagal menghalang kuasa dan perancangan Allah.

"Najib, dengar abang Anwar cakap. Kamu boleh tipu, guna warga asing sebagai pengundi, tetapi kena ingat, kuasa rakyat itu dengan izin Allah boleh mengatasi perencanaan jahat kamu," kata Anwar lagi.

Siapa Berdusta? Dulu Kata BERSIH 3.0 Haram Sekarang Tidak?

Posted: 13 Jun 2012 05:48 AM PDT


Fatwa haramkan BERSIH 3.0 tak pernah dikeluarkan

KELAB GREENBOC

Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan tidak pernah mengeluarkan sebarang fatwa berhubung pengharaman demonstrasi jalanan di ibu negara pada 28 April lepas sepertimana yang didakwa parti pembangkang, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Mashitah Ibrahim.

Katanya, jawatankuasa itu sebaliknya hanya mengeluarkan kenyataan media sebagai nasihat daripada anggota muzakarah jawatankuasa berkenaan yang bersidang awal bulan lepas.

"Perkara ini telah dipersetujui oleh semua ahli muzakarah supaya nasihat mengenai penglibatan umat Islam yang bertindak sebagai perusuh jalanan yang telah membawa kerosakan dan musibah kepada negara dikeluarkan melalui satu kenyataan media," katanya.

Mashitah berkata demikian ketika menjawab ucapan penangguhan oleh Ahmad Kasim (PKR-Kuala Kedah) mengenai fatwa pengharaman perhimpunan jalanan yang didakwa dikeluarkan oleh jawatankuasa berkenaan.

Menjelas lanjut Mashitah turut menegaskan bahawa anggota jawatankuasa itu yang dilantik atas perkenan Majlis Raja-Raja tidak mempunyai sebarang kepentingan politik melainkan untuk kepentingan agama dan ummah.

"Oleh itu nasihat jawatankuasa fatwa adalah bebas daripada pengaruh mana-mana pihak dan tidak terikat dengan kepentingan individu mahupun mana-mana organisasi," katanya.

Mashitah berkata antara isi kandungan kenyataan media itu menyebut anggota muzakarah memandang serius tindakan sebahagian masyarakat, khususnya umat Islam yang bertindak sebagai perusuh jalanan seperti mana yang berlaku pada demonstrasi itu yang telah membawa kerosakan dan musibah kepada negara.

"Sebagai umat Islam seharusnya kita mensyukuri keamanan, kemakmuran dan perpaduan yang telah dinikmati dan diwarisi sekian lama.

"Pegangan Ahli Sunnah Waljamaah yang menjadi tunjang pegangan kita sebagai umat Islam di Malaysia sejak sekian lama wajib kita pertahan daripada apa jua anasir negatif kerana pegangan inilah yang menjadi perisai kepada umat Islam daripada terjebak dengan perlakuan yang dimurkai oleh Allah dan rasulnya," katanya.

Mashitah berkata sebagai sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi, banyak saluran perbincangan yang lebih bermanfaat boleh dilaksanakan tanpa perlu menggadai keamanan negara.

Justeru, mereka yang terlibat di dalam demonstrasi itu khususnya umat Islam perlu sedar dan insaf bahawa perbuatan itu bukan ajaran Islam kerana Islam tidak pernah menyuruh umatnya secara tidak hak mengancam nyawa sesama manusia, menimbulkan huru hara dan merosakkan negara demi mencapai sesuatu agenda, katanya.

Persidangan Dewan disambung esok - Bernama

Demo cetus huru-hara haram, kata j'kuasa fatwa


Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia hari ini memutuskan haram untuk umat Islam menyertai perhimpunan atau demonstrasi yang bertujuan tidak baik, melanggar undang-undang serta mencetuskan huru-hara dan kekacauan dalam negara.

Pengerusinya Prof Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin berkata jawatankuasa memandang serius isu itu di mana sebahagian umat Islam telah bertindak sebagai perusuh jalanan dalam banyak perhimpunan atau demonstrasi termasuk seperti yang berlaku pada perhimpunan di ibu negara 28 April lepas.

"Tindakan merusuh, membawa kacau bilau dan merosakkan harta benda awam adalah suatu perbuatan yang ditegah Islam. Malah niat untuk menjatuhkan negara yang sah di sisi undang-undang melalui penganjuran demonstrasi seumpama itu juga haram di sisi agama.

"Sesiapa juga tidak boleh buat, tidak (boleh) bersetuju ke arah (usaha) mendatangkan kemudaratan, keresahan, menjadikan rusuhan sesama kita hingga berpecah, apatah lagi kalau berlaku pertumpahan darah," katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan muzakarah ke-99 jawatankuasa itu di Sepang.

Sehubungan itu, katanya umat Islam yang menyertai demonstrasi itu perlu insaf kerana tindakan itu bukan daripada ajaran Islam kerana Islam tidak pernah menyuruh umatnya bertindak sedemikian sehingga mengancam nyawa sesama manusia demi mencapai sesuatu agenda.

Abdul Shukor berkata sebagai sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi, banyak saluran perbincangan yang lebih bermanfaat boleh dilaksanakan tanpa menggadaikan keamanan negara.

Beliau berkata turut dibincangkan dalam muzakarah itu adalah gejala Lesbian, Gay, Biseksual, Transgender dan Transeksual (LGBT) yang tidak memerlukan pengeluaran sebarang fatwa kerana ia jelas haram di sisi Islam.

Selain mengelak daripada terjebak dalam seks songsang seumpama itu, Abdul Shukor berkata umat Islam juga diminta tidak terlibat secara langsung atau tidak langsung dengan sebarang gerakan, sokongan atau kempen mengenai LGBT.

"Untuk orang yang menunjukkan sokongan dan simpati kepada LGBT pun haram juga. Tugas menghapuskan gejala ini adalah tugas semua umat Islam dan jika kita sokong perkara yang tidak baik itu dikatakan bersubahat dan berdosa jawabnya," katanya.

Beliau berkata tindakan menyanjung pemimpin yang menyokong LGBT juga perlu dielakkan kerana Islam sendiri menyenaraikan ciri-ciri pemimpin yang boleh dipilih antaranya bermoral tinggi, patuh ajaran agama, berpengetahuan dan amanah.

Abdul Shukor berkata muzakarah turut menyeru pihak berkuasa untuk mengambil tindakan bagi menyekat gejala seks songsang daripada terus berleluasa.

Dalam pada itu, beliau berkata pemimpin, individu atau media dinasihat menghentikan sikap suka mendedahkan secara terbuka perkara-perkara keji yang didakwa dilakukan mana-mana pihak.

"Ini kerana perbuatan mendedahkan keaiban orang lain lebih-lebih lagi yang berkait dengan hubungan seksual amat ditegah Islam. Jika bertujuan untuk menghapuskan kemungkaran, serahkan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan tugas," katanya. -
Bernama

Demo: Hormati keputusan Majlis Fatwa, kata Jamil Khir

KUALA TERENGGANU - Keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan yang mengharamkan umat Islam menyertai perhimpunan atau demonstrasi yang mencetuskan hura-hara perlu dihormati dan dipatuhi semua pihak.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, jawatankuasa itu dianggotai oleh mereka yang dilantik oleh Majlis Raja-Raja dan setiap keputusan dibuat tanpa campur tangan daripada mana-mana pihak.

"Majlis fatwa sudah putuskan (haram menyertai demonstrasi yang mencetuskan huru-hara). Jadi, kita serahkan kepada Majlis fatwa kerana ia (jawatankuasa) dilantik oleh raja-raja," katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas menghadiri majlis kesyukuran sempena penganjuran Karnival Al-Hijrah peringkat negeri Terengganu, di sini hari ini.

Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Al-Hijrah Media Corporation Bukhari Che Muda.

Dipetik Bernama, Jamil Khir mengulas keputusan muzakarah jawatankuasa berkenaan yang mengharamkan umat Islam menyertai perhimpunan atau demonstrasi yang bertujuan tidak baik, melanggar undangan-undang serta mencetuskan huru-hara dan kekacauan dalam negara.

Jamil Khir berkata beliau juga melihat tindakan pemimpin Pas mempertikaikan keputusan jawatankuasa berkenaan sebagai perkara biasa dalam politik.
-SH

Ulasan GB

Sekejap kata haram sekejap kata tidak.

Bagaimana rakyat hendak menghormati Majlis Fatwa Kebangsaan?

Dan agensi berita nasional, BERNAMA sendiri dahulu melaporkan kenyataan Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan yang menyatakan demo BERSIH 3.0 itu haram, kini agensi berita yang sama menerbitkan kenyataan dari timbalan menteri di JPM menafikan fatwa pengharaman demo BERSIH itu pernah dikeluarkan.

GB sudah ulas dahulu di SINI. Petikan:

DASAR pertama yang ditetapkan Islam, ialah: bahawa asal sesuatu yang dicipta Allah adalah halal dan mubah. Tidak ada satupun yang haram, kecuali kerana ada nas yang sah dan tegas dari syari' (yang berwenang membuat hukum itu sendiri, iaitu Allah dan Rasul) yang mengharamkannya. Kalau tidak ada nas yang sah --misalnya kerana ada sebahagian Hadis lemah-- atau tidak ada nas yang tegas (sharih) yang menunjukkan haram, maka hal tersebut tetap sebagaimana asalnya, iaitu mubah.

Sepatutnya fatwa itu berbunyi, haram bagi sesiapa "mencetuskan huru-hara dalam demo", bukannya "demo cetus huru-hara haram".

Kerana, tiada siapa tahu demo yang mana bakal ada huru-hara, demo yang mana tiada huru-hara.

Sama seperti demo BERSIH tempohari. Demo tersebut telah berlansung aman sehingga ada pihak yang telah sengaja mencetuskan huru-hara di saat demo hampir berakhir.

Jadi bagaimana hendak menghukumkan demo itu haram sedangkan "huru-hara" itu sengaja diada-adakan oleh pihak tertentu untuk memburukkannya?

Kalau begitulah fatwa Majlis Fatwa Kebangsaan, maka demo untuk memperingati UMNO pada 11 Mei nanti juga adalah haram kerana ia mungkin saja boleh mencetuskan huru-hara?

Kita berharap Majlis Fatwa Kebangsaan bertindak adil dan saksama, fatwa yang hendak dikeluarkan perlulah bersandar kepada ilmu bukan bersandar kepada UMNO.

Hukum kebenaran dan keadilan tetap menang akhirnya. Dan siapa yang pendusta tampak nyata!

Perang siber BN-Pakatan melihat emel ‘spam’ bertambah

Posted: 13 Jun 2012 05:34 AM PDT

 
 
KUALA LUMPUR — Adakah anda telah menerima emel spam yang berkaitan dengan kesusahan masyarakat India Malaysia dan kekurangan perhatian dari Pakatan Rakyat (PR) kebelakangan ini? Ataupun peningkatan Malaysia dalam indeks daya saing dunia yang dibuat oleh sekolah perniagaan global Switzerland, IMD?

Emel-emel ini kelihatan datang dari penyokong Barisan Nasional (BN) yang telah menambahkan aktiviti online mereka dalam satu peperangan dengan PR untuk memenangi hati dan minda penyokong.

The Malaysian Insider telah menerima sejumlah emel spam yang ditulis oleh penyokong BN yang ghairah (eager) untuk menuntut sebahagain ruang siber, pada masa di mana spekulasi kuat tentang tarikh pilihan raya umum yang akan datang masih berterusan.

Kebanyakan emel spam menyentuh isu komuniti India, dengan tajuk seperti "Malaysian Indian Welfare Association holds protest against Selangor government" ("Persatuan Kebajikan Kaum India Malaysia berprotes terhadap kerajaan Selangor") dan "Betrayal and opportunism: the tales of the 3 newest Indian champions" ("Pembelotan dan opportunism: cerita tiga jaguh India yang terbaru").

"Pakatan yang cedera telah melancarkan satu siri serangan, kerana sekarang sudah nyata bahawa kaum India telah muak dengan mereka dan memilih untuk menaruh keyakinan mereka semula dalam BN (yang dipimpin oleh) Najib Razak" dakwa satu emel bertajuk "Desperate to regain Indian support, Pakatan starts lying about BN" ("Terdesak untuk mendapat semula sokongan India, Pakatan mula membohong tentang BN").

Emel itu mendakwa PR telah memperkecilkan "usaha konkrit yang diambil oleh pentadbiran Najib, mereka (PR) juga telah menyebarkan pembohongan yang berniat jahat dan bahaya".

Emel itu juga menyenaraikan "usaha konkrit" kerajaan untuk menangani masalah dokumentasi dan pendidikan komuniti India, termasuklah pemberian biasiswa dan bantuan kewangan kepada sekolah Tamil.

Jumlah pengundi kaum India yang puas hati dengan pemimpinan perdana menteri telah menurun dari 80 peratus pada bulan Februari kepada 72 peratus pada bulan Mei, berdasarkan tinjauan pendapat yang dilakukan oleh syarikat bebas Merdeka Center.

Satu emel lagi yang bertajuk "Citizenship for Bangladeshi votes — another made-up cyber war production" ( "Kewarganegaraan untuk undi Bangladeshi — satu lagi produksi perang cyber yang direka") telah mendakwa bahawa cybertrooper PR telah menggodam laman web millik satu unit dari Pejabat Perdana Menteri Bangladesh.

Emel itu mendakwa bahawa maklumat palsu kemudian telah diletakkan di laman web itu, di mana ia dinyatakan bahawa warganegara Bangladesh diberi kewarganegaraan Malaysia kalau mereka mengundi untuk BN.

"Akhirnya, adakan ada sebarang bukti bahawa pekerja Bangladesh yang memegang IC Malaysia telah dibenarkan untuk mengundi untuk BN di sebarang pilihan raya, memandangkan mereka telah berada di Malaysia untuk beberapa pilihanraya yang lalu?" emel itu menulis.

Isu ini telah timbul September lalu di mana Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menafikan dakwaan tersebut.

Sumber memberitahu The Malaysian Insider bahawa ahli strategi BN sedang menawarkan duit untuk penyokong untuk memulakan blog yang mesra-BN walaupun Facebook dan Twitter telah menggantikan blog sebagai bidang utama untuk mendapatkan pengaruh dan kongsi berita.

Aktiviti cybertrooper BN di laman web jaringan sosial Twitter juga telah meningkat, dengan serangan ke atas pemimpin PR dan para aktivis.

Pada Rabu lalu, The Malay Mail melaporkan Datuk Seri Rais Yatim berkata beliau menjangka 10,000 akaun Twitter yang pro-BN akan muncul dan menyebarkan maklumat.

"Kalau orang terus tweet bahawa 'Bersih itu bersih', orang akan percaya bahawa gerakan (Bersih) itu tulen. Tweet balas dan mula berkata bahawa Bersih itu 'kotor'," ("If people keep tweeting that 'Bersih is bersih', people will believe that the movement is genuine. Tweet back and start saying that Bersih is 'kotor' (dirty)," ), Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan itu dilaporkan berkata.

Minggu lalu, Ketua Barisan Nasional Penang, Teng Chang Yeow, dilaporkan oleh The Malay Mail berkata bahawa BN Penang akan menyediakan 40 "cybertrooper dan askar padang" untuk pilihan raya.

Bernama melaporkan bulan lalu bahawa Pemuda BN Sabah akan menganjurkan satu bengkel cybertrooper selama tiga hari untuk 85 ahli Pemuda BN, di mana mereka akan diajar kemahiran dan batas undang-undang dalam perang siber.

Pada November tahun lalu, Najib telah menyuarakan sokongannya untuk blogger dan pengguna social media yang pro-BN, dan mengelar mereka sebagai "angkatan tentera baru" BN.

Beliau berkata bahawa dunia online adalah ruang pertempuran baru di antara BN dan PR, dan blogger pro-kerajaan perlu melawan "pembohongan dan kenyataan separuh benar" pembangkang.

Rafizi dijangka bertanding di Pandan pada PRU13

Posted: 13 Jun 2012 05:29 AM PDT


Rafizi Ramli: Tulang belakang dalam pendedahan skandal Pusat Fidlot Nasional. — Foto fail
 
 
PANDAN— Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli yang menjadi tulang belakang dalam pendedahan skandal Pusat Fidlot Nasional (NFC) dijangka akan berhadapan dengan Datuk Seri Ong Tee Keat dalam pilihan raya umum akan datang dalam merebut kerusi Parlimen Pandan.
 Nama beliau secara tidak sengaja telah disebut dalam ceramah malam tadi oleh pemimpin PKR Datuk Dr Tan Tee Kwong sewaktu ceramah di kawasan Pandan, dan penduduk di kawasan berkenaan kemudiannya mula bersalaman dan mengambil gambar dengannya.

Rafizi bagaimanapun tidak mengesahkan perkara berkenaan pencalonan tersebut, namun beliau menjelaskan telah menghabiskan masa sekitar tujuh bulan kebelakangan ini di kawasan Pandan dengan PKR.

Rafizi berkata, jika beliau dipilih sebagai calon di Pandan menentang Ong, beliau akan cuba menentang bersungguh-sungguh, yang mana menurutnya "agak menakutkan, sebenarnya."

"Beliau (Ong) mempunyai sokongan yang kuat (di Pandan) - kami perlu mengakuinya, namun saya yakin beliau tidak akan mampu bertahan dalam tsunami selepas ini," katanya.

Ong (kanan) merupakan bekas presiden MCA yang dijangka mempunyai peluang yang besar untuk menang pada pilihan raya umum akan datang.

Bekas Menteri Pengangkutan itu sangat popular di kawasan Pandan dan merupakan antara beberapa nama besar MCA yang berjaya memenangi kerusi selepas tsunami politik pada 2008.

Menurut Rafizi, ia hanyalah "kesesuaian" yang menyebabkan Ong mampu mendapatkan kerusi di Pandan, dan menambah lebih 60,000 pengundi di kawasan berkenaan mengundi berdasarkan garisan perkauman.

Beliau menjelaskan PKR telah memenangi undi Melayu, dengan segmen terbesar masyarakat Cina di Pandan mengundi untuk Ong dan Adun Teratai, Jenice Lee dari DAP.

"Jika dilihat kerusi Adun dan Parlimen, Pakatan Rakyat (PR) memperolehi hampir 10,000 undi majoriti dalan (dua) kerusi negeri, tapi kita tewas 2,000 undi di kerusi Parlimen.

"Jadi jelas dilihat adakah ia sebab Ong, ataupun perkauman?

"Selepas bekerja keras selama tujuh bulan ini di Pandan, saya fikir ia bukan sebab Ong. Ia berpunca daripada garisan perkauman dan kesesuaian," katanya.

Rafizi mengingatkan pada 2008, PR baru ditubuhkan dan PAS, PKR, dan DAP telah berkempen secara berasingan.

Dengan memastikan jentera pilihan raya ketiga-tiga parti bekerjasama kali ini, PKR akan berpeluang untuk menawan Pandan daripada Ong.

Rafizi menegaskan, teknik untuk mendapatkan undi adalah dengan memberikan penerangan meluas kepada penduduk Pandan, iaitu perubahan kerajaan persekutuan.

"Ong menggunakan isu tempatan, sampah, jalan raya, dan sebagainya. Namun silap jika PR ikut langkah beliau.

"Sudah tentu beliau akan bercakap mengenai "track record" beliau. Ini bukan sebab Ong Tee Keat. Ini adalah berkenaan gambaran yang lebih luas.

Rafizi turut menjelaskan beliau akan bertanding secara "underdog", selepas 22 tahun memerintah, nama Ong sudah menjadi sangat sinonim dengan komuniti Cina.

Kawasan Pandan adalah kerusi campuran yang mengandungi 55 peratus bukan Melayu dengan pengundi di bawah umur 40 merupakan lebih separuh daripada pengundinya.

"Ini sebabnya, ia berdasarkan demografi, Pandan sangat sesuai untuk Pakatan. Ia kerusi campuran. Pendidikannya bagus, saya rasa ia akan jadi persaingan sengit," katanya.

Forum air Selangor: Langat 2 bukan penyelesaian

Posted: 13 Jun 2012 05:24 AM PDT

RISWANDI RAZAK, NURULFATIHA MUAH & HARIZ AIZAT BIN MAHYUDIN

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim
 
 
SHAH ALAM - Projek pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 bukan jalan terbaik untuk meningkatkan kadar bekalan air bersih di Lembah Klang Sebaliknya, perbincangan Forum Air Selangor 2012 merumuskan, wujud keperluan untuk memastikan penyusunan semula industri air di negeri ini perlu dilaksanakan segera bagi memastikan rakyat menerima perkhidmatan air yang lebih baik.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, forum tersebut diadakan bertujuan untuk membincangkan penyusunan industri air di Selangor seperti termaktub dalam Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (Akta 655).

Menurutnya, Akta 655 membolehkan perjanjian di antara syarikat konsesi air digantikan dengan usaha penyusunan semula air di negeri ini. "Sebelum ini, kita dikhabarkan bahawa Selangor akan mengalami krisis air dan kerajaan  Malaysia terpaksa membina terowong untuk menyalurkan air dari empangan di Pahang.

"Namun, berdasarkan forum ini, jika akal kita panjang dan mengambil kira cara yang lain, nampaknya air dari Pahang bukanlah satu isu serius kepada rakyat Selangor," katanya dalam ucapan penggulungan Forum Air Selangor 2012,  di sini, semalam.

Beliau berkata, Kerajaan Negeri telah membuat beberapa cadangan sekiranya perjanjian ini dimansuhkan dan penyusunan semula air dilakukan, tarif air hanya akan berlaku tiga tahun sekali dan tidak melebihi 12 peratus.

"Ini berbeza jika perjanjian ini diteruskan, kerana harga air perlu dinaikkan sehingga 52 peratus," katanya. Ketika ditanya apakah langkah terakhir Kerajaan Negeri sekiranya penyusunan semula air ini tidak dapat dilaksanakan, beliau  berkata, pihaknya akan perjelaskan kepada rakyat tentang situasi sebenar isu ini.

"Langkah terakhir kita adalah bertemu dengan Kerajaan Pusat bagi mendesak mereka menunaikan tanggungjawab seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. "Namun, jka ini tidak berhasil, saya akan perjelaskan perkara  ini kepada rakyat Selangor apa yang Kerajaan Negeri telah usahakan," katanya.

Berhubung ketiadaan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) dalam forum itu, Abdul Khalid menegaskan syarikat konsesi air itu tidak dijemput kerana pernah menyaman Kerajaan Negeri. "Kita hanya menjemput mereka yang  akan memberikan kita maklumat dan menolong usaha penyusunan semula industri air di Selangor," katanya.

Dakwaan krisis air mula 2012 tak tepat

Posted: 13 Jun 2012 05:21 AM PDT

RISWANDI RAZAK, NURULFATIHA MUAH & HARIZ AIZAT BIN MAHYUDIN

SHAH ALAM - Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago mempersoalkan kenyataan Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Noriah Kasnon pada Julai 2010 bahawa negeri ini akan mengalami krisis air bermula 2012.

Menurutnya, kenyataan ini sebenarnya bertujuan untuk menyokong projek penyaluran air Pahang ke Selangor dan pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2.

"Kini kita sudah berada enam bulan dalam 2012, isu krisis air ini tidak berlaku. "Malah, kita masih mempunyai jumlah bekalan air yang banyak untuk menampung keperluan di Negeri Selangor," katanya dalam sesi pembentangan Forum  Air Selangor 2012, semalam.

Menurutnya, dakwaan itu sama seperti kenyataan Pengerusi Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) Tan Sri Rozali Ismail, bahawa krisis akan bermula pada 2016 hingga 2017.

Mubarak kemuka senarai 21 calon PRU13 kepada Perdana Menteri

Posted: 13 Jun 2012 05:19 AM PDT

SINAR HARIAN

Menjelang PRU 13
 
Menjelang PRU 13 
 
 
KUALA LUMPUR - Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) mengemukakan senarai 21 calon mereka kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini, kata Pengerusinya Tan Sri Abdul Aziz Rahman.

Katanya senarai calon berkenaan diyakini boleh menjadi calon boleh menang bagi Barisan Nasional (BN) pada pilihan umum ke-13 dan dan ia juga selari dengan kenyataan Perdana Menteri usia tidak diambil kira sebagai calon.
  
"Calon kitar semula dari anggota Mubarak ini mempunyai potensi untuk memberi kemenangan kepada BN kelak berdasarkan pengalaman dan pengaruh mereka dalam bidang politik," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat anggota Majlis Tertinggi Mubarak dan majlis makan tengah hari bersama kumpulan bekas menteri-menteri kabinet BN di sini, hari ini.
  
Antara yang hadir pada majlis itu ialah Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Abu Zahar Ujang, bekas Menteri Pertahanan dan Menteri Luar Negeri, Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail dan bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abu Hassan Omar.
  
Ditanya sama ada kesemua senarai calon yang dicadangkan Mubarak itu akan dipilih oleh Perdana Menteri, Abdul Aziz menyerahkannya kepada Najib membuat keputusan muktamad mengenainya.

Mengenai mesyuarat anggota Majlis Tertinggi Mubarak, Abdul Aziz berkata Mubarak telah menubuhkan Jawatankuasa Majlis Penasihat Pendidikan dan Majlis Penasihat Golongan Veteran.
  
"Jawatankuasa Majlis Penasihat Pendidikan ini akan diketuai oleh bekas Timbalan Menteri Pendidikan dari tahun 1999 hingga 2004, Datuk Seri Abdul Aziz Shamsuddin.
  
"Jawatankuasa ini akan memberi cadangan kepada kerajaan apakah langkah-langkah yang boleh diambil untuk menambahbaik sistem pendidikan negara termasuk di peringkat universiti," katanya.
  
Majlis Penasihat Golongan Veteran pula akan memberi idea dan pendapat dalam bidang politik, ekonomi dan sosial dalam menjayakan program transformasi kerajaan.
  
Ia akan bukan sahaja terdiri dari anggota Mubarak tetapi akan melibatkan negarawan, beberapa tokoh ekonomi, aktivis dari badan bukan kerajaan dan cendekiawan dalam pelbagai bidang, katanya.

Dalam pada itu, beliau akan mengadakan pertemuan dengan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud dalam masa yang terdekat untuk menubuhkan cawangan Mubarak di negeri itu.
  
Sehingga kini, Mubarak mempunyai 780 anggota di seluruh negara dengan cawangan di lima negeri dan bercadang untuk menambahnya pada masa depan, katanya.
  
Selain itu, Mubarak akan menganjurkan perhimpunan dan seminar bersama anak-anak dan cucu-cucu kepada anggota Mubarak yang dijadual berlangsung pada Julai atau Ogos depan di Kuala Lumpur yang bertujuan menyemai budaya cintakan negara kepada mereka.
  
Katanya anggota Mubarak juga akan mendekati golongan belia di seluruh negara kerana mereka merupakan pengundi baru dan jumlah mereka adalah ramai untuk PRU ke-13 dan perlu diberi penerangan mengenai para pejuang kemerdekaan negara dan apa yang dilakukan oleh BN untuk memakmurkan negara sehingga rakyat menjalani kehidupan yang selesa sekarang.
  
Dalam pada itu, beliau menggesa kerajaan agar memantau pergerakan warga asing kerana ada segelintir daripada mereka terlibat dalam pelbagai kejadian jenayah sehingga ia membimbangkan rakyat tempatan menjalani kehidupan harian. - Bernama

Bakal menantu Najib yang hebat

Posted: 13 Jun 2012 04:26 AM PDT

Larry Celona dan Dareh Gregorian,NYP,
NEW YORK: Menipu bapa tirinya yang mempunyai kaitan dengan Kazakhtan,  menipu pembelian Plaza kondo yang bernilai US20 juta, juga didapati memasuki University Columbia dengan cara menipu, kata kertas dakwaan terhadapnya.

Daniya Nazarbayev (gambar) – yang bapa tirinya ialah adik kepada presiden Kazakhtan Nursultan Nazarbayev – memasuki kolej menggunakan sijil palsu yang ditipu daripada sebuah sekolah tinggi yang beliau tidak pernah hadiri, tambah kertas dakwaan tersebut.

Semasa permohonan, Daniyar telah dituduh menyatakan bahawa beliau seorang graduan daripada sekolah tinggi di Kazakhstan. Sebenarnya beliau telah bersekolah di sebuah sekolah tinggi di Switzerland dan gagal mendapat ijazah, kata sumber.

Bukan itu sahaja, bahkan nama terakhir Daniyar yang berpengaruh juga adalah palsu, kata kertas pendakwaan itu.

Nama bapanya yang sebenar ialah Kesikbayev. Ibu beliau, Maira, didakwa telah menukar sijil kelahiran beliau selepas beliau berkahwin dengan Bolat Nazarbayev pada 2001.

Perkahwinan tersebut berakhir tahun lepas.

Daniyar, sekarang 24, telah mendapat ijazah daripada Columbia pada 2010.
Menurut satu sumber yang rapat, dakwaan telah dibawa kepada pengetahun Universiti Columbia, namun tidak pasti samada pegawai institusi tersebut telah mengambil tindakan.

Nama Daniyar masih tercatat di dalam direktori alumni institusi tersebut.

Seorang wakil Columbia enggan memberikan sebarang ulasan.

Tuduhan tersebut adalah sebahagian daripada surat saman Bolat terhadap Maira dan anaknya di Mahkamah Tinggi Manhattan, di mana beliau dituduh mengambil kesempatan ke atas kepercayaan beliau untuk merampas Plaza kondo dan dua lagi apartmen bernilai jutaan ringgit di Wall Street.

Bolat berkata beliau mendapati Maira mempunyai beberapa nama samaran – dan beliau dikehendaki oleh Interpol dan pihak berkuasa Kazakhtan untuk jenayah yang meliputi peras ugut dan culikan.

Akan tetapi, Maira, 50 kini menetap bersama anaknya di kondo di The Plaza, yang mempunyai empat bilik, apartmen keluasan 4,000 kaki persegi dilengkapi dengan 3.5 tandas.

Ia telah disenarai sebagai tempat yang berharga sewa US68,000 sebulan.

Beliau tidak dapat dihubungi untuk sebarang ulasan. Apartmen tersebut tidak mempunyai sebarang nombor telefon dan The Post tidak dibenarkan oleh pengawal keselamatan Plaza untuk mengetuk pintu beliau.

Daniyar, bagaimanapun dilaporkan hilang.


(Daniyar bertunang dengan Nooryana Najwa)

Di dalam kertas saman, peguam Bolat berkata mereka sedang mencari beliau di lima negara, termasuk Malaysia di mana beliau dikatakan telah bertunang dengan anak perdana menteri, Nooryana Najwa, kata seorang sumber yang mereka temui di Columbia.

Bolat cuba membeli sebuah apartment di New York pada 2008, dan Maira serta Daniyar telah memperolehi kebenaran daripada beliau untuk membuat perjanjian tanpa kehadiran beliau.

Saman tersebut berkata Daniyar sepatutnya meletakkan nama apartment itu di bawah nama bapa tirinya, tapi menambah nama ibunya bersama.

Lapan bulan selepas itu, ibunya menjual apartment tersebut kepada Daniyar pada harga US1, kata kertas pendakwaan.

Berita diterjemah daripada New York Post – bertarikh Jun 11, 2012.

Pilihan raya musim haji khianati hak muslim

Posted: 13 Jun 2012 04:24 AM PDT

Salmiyah Harun,
KUALA LUMPUR: Pilihanraya pada musim haji adalah satu pengkhianatan terhadap rakyat di dalam menunaikan hak mereka sebagai seorang muslim yang beriman, demikian tegas Timbalan Ketua Pemuda PAS Malaysia Nik Mohd Abduh Nik Aziz.

Katanya, ibadah haji boleh ditangguhkan oleh kehadiran kewajiban lain yang perlu disegerakan dan disempitkan terhad waktunya seperti pilihanraya.

Bahkan katanya, asasnya orang muda yang berkemampuan berhak memilih tarikh hajinya sendiri dengan keluasan masa kurniaan Allah.

Tambahnya, kerajaan mestilah mempertegaskan secara pasti bahawa pilihanraya tidak akan diadakan pada musim haji demi keselesaan rakyat menetapkan tarikh ibadah haji masing-masing.

"Oleh kerana tarikh pilihanraya yang samar disebabkan was-was seorang perdana menteri, PAS mencadangkan bukan mewajibkan umat Islam agar memilih untuk menangguhkan haji jika wujud kebarangkalian berlakunya pilihanraya pada musim haji iaitu Oktober dan November nanti," katanya.

Katanya, undi adalah satu persaksian atau syahadah di hadapan Allah bahawa setiap muslim wajib memilih Islam sebagai satu ugama dan cara hidup yang tidak mungkin ditinggalkan.

Malangnya, kata beliau Umno melihat sebaliknya bahkan undi boleh dibeli dengan sekampit gula demi survival sekularisme.

Tegasnya, PAS melihat penyertaan rakyat dalam pilihanraya adalah satu kewajiban agama yang mesti ditunaikan.

Manakala Umno pula, katanya, melihatnya sebagai satu kewajiban warganegara yang tidak sama dengan kewajiban agama.

"Umno terus dengan otak sempitnya, melihat urusan politik dan kepimpinan negara sebagai terpisah daripada ugama," katanya di laman Facebooknya.

Justeru, baginya isu ini satu perbahasan hukum yang menarik untuk memahamkan masyarakat Islam mengenai hukum mengundi dalam pilihanraya umum untuk memilih kepimpinan negara.

"Kerajaan jangan asyik menghina diri sendiri dengan mengugut rakyat dengan kemungkinan kuota haji ditarik balik kerana aksi berani anak-anak muda menolak politik kotor umno di tanah suci umat Islam dengan peragaan baju Bersih," katanya.

Ambiga, 9 lain fail tuntutan cabar Akta Perhimpunan Aman

Posted: 13 Jun 2012 04:23 AM PDT

SINAR HARIAN

Ambiga
 
 
KUALA LUMPUR - Pengerusi Bersih 2.0,  Datuk S. Ambiga dan sembilan lagi, memfail tuntutan balas di Mahkamah Tinggi untuk mengisytihar Akta Perhimpunan Aman 2012, tidak mengikut perlembagaan.

Defendan sebagai alternatif memohon mahkamah untuk mengisytihar Seksyen 6 akta itu sebagai tidak mengikut perlembagaan.

Kumpulan itu, yang memfail tuntutan berkenaan melalui Tetuan Tommy Thomas juga memohon gantirugi umum dan teruk, selain kos daripada plaintif, kerajaan Malaysia, lapor Bernama.

Pada 15 Mei, peguam kanan persekutuan bagi pihak kerajaan dan Jabatan Peguam Negara memfail saman terhadap defendan, menuntut gantirugi khas kerosakan berjumlah RM122,000 sebagai kos membaiki kenderaan polis, faedah, kos dan relif lain yang difikir wajar oleh mahkamah.

Dalam pernyataan tuntutan itu, kerajaan sebagai plaintif, menamakan Ambiga, Maria Chin Abdullah, Zaid Kamarudin, Haris Fathillah Mohamed,  K. Arumugam, S.Arul Prakkash, Wong Chin Huat, Dr Ahmad Farouk Musa, Toh Kin Woon dan Andrew Khoo sebagai defendan.

Pas mahu jaminan PM tiada PRU13 musim haji

Posted: 13 Jun 2012 04:18 AM PDT

Wartawan Sinar Harian

Menjelang PRU 13
 
Menjelang PRU 13 
 
 
SHAH ALAM - Pas mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memberi jaminan tidak akan mengadakan pilihan raya umum pada musim haji tahun ini.

Ketua Penerangannya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, jaminan tersebut perlu bagi menghilangkan kebimbangan jemaah haji berhubung hak mereka sebagai pengundi.

"Perdana Menteri tidak seharusnya membiarkan hampir 30,000 umat Islam berada dalam situasi tidak menentu kerana sebahagian mereka ada dicadangkan sebagai calon, wakil calon dan pengarah pilihan raya," katanya dalam satu kenyataan pagi ini.

Malah kata beliau, selagi tiada jaminan, ia akan menyebabkan mereka serba salah antara meneruskan hasrat atau menangguhkannya dulu.

"Kalau mereka sebagai pengundi tidak seberat tekanan sekiranya dipilih sebagai calon, wakil calon dan pengarah pilihan raya. Tambahan pula, seandainya pilihan raya diadakan dalam musim haji ini bermakna kerajaan Umno menafikan hak 30,000 umat Islam untuk menunaikan hak demokrasi mereka untuk mengundi," katanya lagi.

Semalam, Ketua Penerangan Umno, Ahmad Maslan berkata, beliau kesal dengan kenyataan Pas kerana sebagai parti Islam, ia meletakkan pilihan raya lebih penting daripada ibadah haji yang merupakan Rukun Islam kelima.

"Kita tidak tahu bila pilihan raya, tapi dia sudah buat spekulasi sebegitu. Kita tidak boleh letak parti lebih dari agama. Jangan anggap parti ini agama. Itu perkara yang tidak betul. Tanyalah ulama mana sekali pun," katanya.

Ahmad yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri diminta mengulas laporan sebuah akhbar yang menyebut Tuan Ibrahim meminta angggotanya menangguhkan ibadah haji kerana parti itu menjangka pilihan raya umum diadakan pada musim haji antara September dan Oktober.

Tuan Ibrahim, yang membuat kenyataan itu menerusi portal rasmi kerajaan Selangor berkata, penangguhan ibadah haji itu dianggap wajar kerana Pas memerlukan jentera parti untuk melaksanakan gerak kerja semasa pilihan raya umum.  

Ahmad berkata, Tuan Ibrahim sepatutnya memohon maaf dan menarik balik kenyataannya itu, yang menunjukkan Pas menjunjung pilihan raya melebihi agama.

Dalam kenyataannya hari ini, Tuan Ibrahim juga berkata, tindakan Perdana Menteri yang bermain teka-teki dalam rahsia tarikh pilihan raya telah menyebabkan banyak spekulasi terhadap apakah tarikh pilihanraya yang besar.

"Keadaan ini amat tidak sihat untuk negara kerana sangat mengganggu perancangan pelbagai pihak.

"Pas melihat kebimbangan Perdana Menteri untuk mengisytiharkan tarikh pilihan raya membuktikan bahawa prospek Pakatan Rakyat untuk menawan Putrajaya sudah menjadi satu kemungkinan yang boleh berubah menjadi realiti di sanubari BN," katanya lagi.

Undi rakyat tumbangkan BN, bukan garam dan botol

Posted: 13 Jun 2012 04:15 AM PDT

Harakahdaily,

KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) merasa lucu dengan kenyataan Datuk Seri Nazri Aziz bahawa 'garam dan botol' yang digunakan oleh peserta Bersih adalah untuk menumbangkan kerajaan.

 "Bagi DPPWP, alasan Datuk Seri Nazri adalah jawapan 'paling tidak cerdik' yang pernah diucapkan oleh seorang menteri kabinet Malaysia," KATA Timbalan Ketuanya, Mohamad Suhaimi Abdul Aziz.

Katanya, ia bukan sebagai justifikasi bagi menggambarkan betapa negatifnya himpunan Bersih 3.0, sebaliknya ia menggambarkan betapa lemahnya intelek seorang pemimpin negara ini dalam menilai perhimpunan tersebut.

Menurutnya, DPPWP tidak boleh membayangkan tahap ketakutan Nazri dan pemimpin Umno yang lainnya berada dalam darjah tertinggi sehingga boleh menafsirkan botol air mineral dan garam sebagai faktor tumbangnya kerajaan.

"Jika ini gambaran mereka, ini bermakna kerajaan pimpinan Umno BN berada dalam keadaan gawat dan amat goyah sehingga botol air dan garam mampu menggoncang kerajaan," ujarnya dalam satu kenyataan.

DPPWP, ujarnya merasakan Nazri sudah tidak boleh berfikir dengan waras sehingga sanggup berimaginasi dengan sesuatu yang di luar kotak pemikiran rakyat negara ini.

Katanya, umum mengetahui bahawa himpunan Bersih 3.0 diadakan pada waktu tengah hari dan dalam keadaan beratus ribu rakyat hadir menyertainya.

"Sudah pasti peserta membawa air botol sebagai bekalan bagi menghilangkan dahaga dalam cuaca yang amat panas itu.

"Ia juga digunakan bagi merawat jika peserta terkena gas pemedih mata atau air kimia yang dipancutkan oleh trak FRU," ujarnya.

Selain itu, jelasnya para peserta himpunan terlebih awal dinasihatkan membawa garam untuk dikemam bagi mengelakkan kepedihan akibat ditembak dengan gas pemedih mata.

Katanya, DPPWP yakin rakyat tidak terfikir pun bagaimana air mineral dan garam boleh dijadikan senjata untuk menumbangkan kerajaan yang gagah di sebalik segala kuasa yang mereka miliki.

"Seharusnya Datuk Seri Nazri Aziz sedar, kerajaan mempunyai segala agensi kerajaan yang patuh dan setia dengan segala arahan pemimpin negara.

"Mereka mempunyai tentera, polis, Rela, Cawangan Khas (SB) dan lain-lain pasukan keselamatan yang jumlahnya amat ramai," katanya lagi.

Menurutnya, mustahil botol dan garam boleh menumbangkan kerajaan jika pasukan keselamatan ini dikerah menjaga keselamatan pentadbiran negara.

Selain itu, ujarnya kerajaan mempunyai undang-undang yang ketat dan menyebelahi mereka.

Jelasnya, negara ini mempunyai peraturan, perlembagaan dan undang-undang yang perlu dipatuhi oleh semua pihak.

Sebenarnya, kata beliau Nazri tidak perlu menuduh 'botol air dan garam' sebagai faktor tumbangnya kerajaan.

"Kerajaan akan tumbang hanya melalui undi rakyat dalam PRU ke 13.

"Rakyat kini mampu melihat suasana politik dengan pemikiran yang cerdik dan itulah sebenarnya kegerunan utama BN!," ujarnya lagi.

Curi royalti': Pemimpin Umno wajar dikena hudud

Posted: 13 Jun 2012 04:14 AM PDT

Mijie Yusoff,

KUALA KRAI: Pemimpin Umno antara pihak pertama yang wajar dikenakan hukuman di bawah hudud kerana mencuri wang royalti minyak milik rakyat Kelantan.

Pengerusi PKR Johor, Datuk Chua Jui Meng berkata, royalti sebanyak 5 peratus yang wajib dibayar kepada Kelantan setiap tahun dinafikan pemimpin Umno sehingga sekarang.

"Kalau hukum hudud sudah dapat dilaksanakan di Kelantan merekalah orang pertama yang boleh dikenakan hukuman potong tangan kerana 'mencuri' wang royalti.

"Kalau ramai pemimpin Umno hilang tangan nanti ia sudah tidak pelik lagi kerana kesalahan mencuri duit royalti rakyat Kelantan," katanya pada ceramah menuju Putrajaya di sini malam tadi.

Hadir sama anggota Exco kerajaan negeri, Dato' Mohd Amar Abdullah, Ketua Pemuda PAS Kelantan, Abdul Latif Abdul Rahman, Adun Manek Urai, Mohd Fauzi Abdullah, Adun Guchil, Tuan Zamri Ariff Tuan Zakaria dan wakil-wakil kaum.

Orang ramai termasuk penduduk Tionghoa dan India memenuhi sekitar tempat ceramah berlangsung di perkarangan Dewan Sri Guchil.

Chua yang juga bekas Menteri Kesihatan berkata, beliau pernah ditawarkan MCA jawatan penting dalam syarikat milik kerajaan dengan bayaran gaji lumayan sebelum menyertai PKR.

"Tetapi saya menolak. Apa guna emas dan perak yang banyak kalau akan tinggalkannya juga akhirnya.

"Lagi pun semua orang tahu Umno dan BN banyak terpalit dengan isu rasuah. Sedangkan ada hadis yang menyebut 'orang yang memberi dan menerima rasuah akan masuk neraka'," katanya.

Beliau juga meluahkan rasa hairan rakyat negara ini seperti ditipu kerana harga kereta nasional di Malaysia jauh lebih mahal berbanding yang dipasarkan di luar negara.

Misalnya kereta Proton Waja dijual di Malaysia dengan harga RM70,000 tetapi di Arab Saudi kereta sama hanya berharga RM33,000.  Begitu juga harga kereta di Langkawi lebih murah berbanding di tempat lain di negara kita.

"Ini kerana kerajaan mengenakan cukai yang tinggi terhadap kereta nasional biar pun rakyat sendiri terbeban," katanya.

Oleh itu beliau berharap pengundi di kawasan parlimen Kuala Krai mengekalkan kemenangan yang ada sekarang pada pilihan raya umum ke-13 nanti.

Seorang lagi bekas pegawai kanan sertai PAS

Posted: 13 Jun 2012 04:13 AM PDT

Harakahdaily,


(Haji Rahman [tiga dari kiri]  menerima sijil keahlian seumur hidup beliau dari Wahid dengan diperhatikan kakitangan Pejabat Agung PAS)


KUALA LUMPUR: Seorang lagi bekas pegawai kanan kerajaan menyertai PAS hari yang menampakkan kebanjiran mereka ke dalam parti itu tidak boleh disekat lagi.

Hari ini, Hj Abdul Rahman Taib, mantan Pengarah Kanan Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) menerima sijil PAS beliau.

Pesuruhjaya PAS Terengganu, Haji Abdul Wahid Endut berkata fenomena bekas Pegawai kanan kerajaan menyertai PAS tidak dapat disekat lagi.

Seorang demi seorang mula tertarik dengan perjuangan PAS yang memartabatkan Islam dengan Melayu menjadi terasnya.

Beliau ditemui ketika menyerahkan Sijil Keahlian PAS kepada Hj Abdul Rahman dalam satu majlis ringkas meraikan beliau di Pejabat Agung PAS sebentar tadi.

Sebelum menyertai PAS, Hj Abdul Rahman pernah menyertai UMNO di kampongnya, Bukit Petiti, Manir, Terengganu.

Beliau mula tertarik untuk menyertai PAS setelah pertama kali hadir program Dailog Anak Terengganu di Perantauan (Perantau)  dengan PAS pada bulan Mac, 2012 dan kemudiannya menyertai PAS pada bulan Mei, 2012.  

Turut hadir dalam majlis penyerahan Sijil Keahlian Seumur Hidup PAS adalah kakitangan Unit Keahlian Pas Pusat diketuai oleh Pegawai Keahlian, Puan Noriah Mohd Yunus dan Setiuasaha Perantau, Suhaimi Embong.

Ketika menceritakan mengapa pula beliau menyertai PAS, Abdul Rahman Taib berkata, kerana jawatan kanannya dalam LPP, beliau kerap diundang untuk bersama pemimpin Umno dalam siri-siri ceramah.

Beliau yang berasal dari Kampung Manir berkata, dalam ceramah-ceramah tersebut, apa yang dikatakan oleh pemimpin Umno tidak sama dengan apa yang dilakukan
mereka.

Rawatan Secara 'Panadol'


Sebagai contohnya, kata Abdul Rahman, pemimpin Umno sebenarnya bukanlah mahu menyelesaikan masalah rakyat tetapi hanya memberi rakyat kesenangan sementara.

"Sebagai contoh, mereka ini(pemimpin Umno) mengatakan kalau kita nak selesaikan satu-satu masalah, buat macam 'panadol' tak payah selesai secara serius satu-satu isu itu,

"Contoh kalau ada banjir, kalau ada bantuan beri supaya rakyat seronok sahaja, seronok seminggu dua minggu pun cukup, tak payah bagi mereka (rakyat) kekal senang selama-lamanya,"jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Program Selamat Tinggal Umno di Chukai pada 26 Mei lalu.

Justeru, beliau menyedari perkara tersebut dan 'berubah' dari menjadi ahli Umno kepada menjadi ahli PAS dan bersedia memberikan khidmatnya supaya PAS dapat menggantikan Umno di negeri Terengganu pada pilihanraya umum ke-13 akan datang.

"Sebagai makhluk Allah semuanya tidak kekal semua berubah, saya dan rakan-rakan semua berubah, dulu daripada Umno telah masuk PAS,

"Makhluk mesti berubah, cuma Umno sahaja dengan slogannya dulu, kini dan selamanya, seolah-olah tidak berubah, menentang fitrah Allah SWT,"tambahnya.

Bersih 3.0 di Saudi 'panaskan' Dewan Rakyat

Posted: 13 Jun 2012 04:09 AM PDT

SINAR HARIAN

KUALA LUMPUR - Kedutaan Arab Saudi telah menghantar nota diplomatik kepada Kementerian Luar Malaysia berikutan tindakan segelintir rakyat Malaysia yang mengadakan perhimpunan Bersih di bandar sudi Makkah dan Madinah pada 26 April lepas, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Luar Senator A.Kohilan Pillay berkata, tindakan Ketua Dewan Pemuda Pas, Nasrudin Hassan at-Tantawi menganjurkan perhimpunan Bersih di Makkah dan Moktar Senik di Madinah yang membabitkan pelajar serta rakyat Malaysia di negara itu, adalah amat dikesali dan menjejaskan imej negara.

"Tindakan mereka menyaksikan Kedutaan Arab Saudi menghantar nota diplomatik kepada Wisma Putra kerana perbuatan itu melanggar undang-undang Arab Saudi.

"Bagaimanapun, tindakan ke atas mereka tertakluk kepada kerajaan Arab Saudi," katanya.

Isu itu timbul ketika Kohilan menjawab soalan Datuk Juslie Ajirol (BN-Libaran) yang mahu tahu tindakan yang boleh dilakukan oleh kedutaan Malaysia di negara asing terhadap rakyat Malaysia yang sering memutarbelit fakta dan memberi persepsi yang salah terhadap negara sendiri.

Dipetik Bernama, Kohilan berkata, kerajaan berharap supaya golongan yang menganjurkan perhimpunan Bersih supaya tidak terlalu taksub dengan fahaman politik sehingga sanggup mencemari tempat suci di Mekah dan Madinah.

Ketika itu, Khalid Samad (PKR-Shah Alam) bangun dan cuba memperlekeh Kohilan yang didakwa tidak faham makna sebenar perkataan umrah.

"Umrah tu perhimpunan la," kata Khalid yang kemudian mencetuskan pertikaman lidah antara Khalid dengan beberapa penyokong kerajaan terutama Datuk Mohamad Aziz (BN-Sri Gading).

Mohamad Aziz bangun menyanggah kenyataan Khalid yang disifatkannya telah memperalat ibadah untuk agenda politiknya.

"Jangan kata umrah itu perhimpunan... umrah dan haji itu satu ibadah, jangan Pas putar hukum agama sesuka hati. Jangan bercakap mengenai Islam kalau tidak tahu," kata Mohamad.

Kohilan kemudian mengejutkan anggota dewan apabila beliau membacakan maksud Surah Al-Baqarah ayat 197 mengenai keperluan umat Islam mengerjakan ibadat Haji secara tertib dan tidak berbantah-bantahan.

Parlimen: Usia bersara pekerja swasta 60 tahun

Posted: 13 Jun 2012 04:07 AM PDT

SINAR HARIAN

Dr Subramaniam
 
 
KUALA LUMPUR - Pekerja sektor swasta hanya boleh bersara wajib setelah mencapai umur 60 tahun, yang ditetapkan sebagai umur persaraan minimum apabila Rang Undang-undang Umur Persaraan Minimum 2012 berkuat kuasa.
  
Rang undang-undang itu dibaca kali pertama pada Persidangan Dewan Rakyat di Parlimen hari ini oleh Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Dr S.Subramaniam.
  
Rang undang-undang itu memperuntukkan bahawa seseorang majikan tidak boleh membersarakan secara pramasa seorang pekerja yang belum mencapai umur persaraan minimum.
  
Menurut rang undang-undang itu, walau apapun umur persaraan minimum, seorang pekerja boleh bersara apabila mencapai umur persaraan pilihan yang telah dipersetujui dalam kontrak perkhidmatan atau perjanjian kolektif.
  
Bagi pekerja yang memilih untuk bersara lebih awal daripada umur persaraan minimum, kontrak perkhidmatan atau perjanjian kolektif yang ditandatangani sebelum itu akan disifatkan terbatal apabila akta ini berkuat kuasa.

Rang undang-undang itu turut memperincikan bahawa pekerja yang dibersarakan secara pramasa, boleh mengadu secara bertulis kepada Ketua Pengarah Tenaga Kerja dalam tempoh 60 hari dari tarikh persaraan.
  
Sekiranya Ketua Pengarah berpuas hati aduan itu berasas, arahan boleh dikeluarkan kepada majikan untuk mengembalikan semula pekerja itu kepada pekerjaan asalnya, dan membayar semula tunggakan gaji bermula dari tarikh pekerja itu dibersarakan secara pramasa sehingga tarikh pengembalian semula kerja tersebut.
  
Sebagai pilihan, Ketua Pengarah juga boleh mengarahkan supaya majikan membayar pampasan kepada pekerja itu tidak lebih dari amaun keseluruhan gaji yang sepatutnya diterima dari tarikh dia dibersarakan sehingga tarikh pekerja tersebut mencapai umur persaraan wajib.
  
Sekiranya arahan itu tidak dipatuhi, majikan boleh didenda tidak lebih RM10,000 jika disabitkan kesalahan.
  
Sementara itu, rang undang-undang ini tidak terpakai bagi seseorang yang diambil secara tetap, sementara atau kontrak dan dibayar emolumen oleh kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri, badan berkanun atau pihak berkuasa tempatan.
  
Ia juga tidak terpakai bagi seseorang yang bekerja dalam tempoh percubaan, pekerja bukan warganegara, perkhidmat domestik, seseorang yang waktu kerjanya kurang daripada 70 peratus waktu bekerja biasa pekerja sepenuh masa dan pelajar yang diambil bekerja secara kontrak untuk tempoh sementara.
  
Seseorang yang telah bersara pada umur 55 tahun atau lebih sebelum penguatkuasaan rang undang-undang ini, dan kembali bekerja selepas itu, juga tidak tertakluk kepada akta ini. - Bernama

'Garam dan botol air boleh guling kerajaan'

Posted: 13 Jun 2012 04:04 AM PDT

Wartawan Sinar Harian

Datuk Seri Mohamed Nazri Abd Aziz
Datuk Seri Mohamed Nazri Abd Aziz
 
 
KUALA LUMPUR -  Garam dan botol air mineral yang menjadi 'perisai' peserta perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April lalu tidak harus dipandang remeh kerana ia mungkin boleh menjadi instrumen berkuasa untuk menjatuhkan kerajaan, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ni.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, kuasa garam dan botol air mineral mungkin boleh menjadi seperti kuasa telefon bimbit yang menyebabkan jatuhnya regim berpengaruh di Mesir dan Tunisia.

"Jadi jangan remehkan kuasa garam dan botol...kerajaan yang berpengaruh di Mesir dan Tunisia jatuh hanya dengan telefon bimbit sahaja Yang Berhormat, jadi jangan diremehkan," katanya.

Mohamed Nazri berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur) yang bertanya sama ada kerajaan bersedia meminta maaf kerana mendakwa perhimpunan Bersih 3.0 sebagai cubaan rampasan kuasa oleh pembangkang.

"Adakah perdana menteri sedia minta maaf dan tarik balik dakwaan cubaan rampasan kuasa...bolehkah garam dan botol air mineral gulingkan kerajaan," soal Lim.

Terdahulu, menjawab soalan asal Lim, Mohamed Nazri berkata perhimpunan jalanan di ibu kota pada 28 April lepas itu sememangnya merupakan percubaan untuk menggulingkan kerajaan oleh pembangkang.

"Cubaan itu dilaksanakan melalui taktik seumpamanya yang digunapakai di Dataran Tahrir di Mesir, Green Square di Libya dan Martyrs' Square di Syria,"

kata Mohamed Nazri bagi menjawab soalan tambahan lain oleh Lim yang meminta kerajaan menyatakan bukti dakwaan bahawa perhimpunan itu adalah satu cubaan rampasan kuasa oleh pembangkang untuk menjatuhkan kerajaan.

Beliau berkata keengganan pihak penganjur perhimpunan haram itu berkompromi dan tindakan ganas serta provokatif sebahagian peserta Bersih 3.0 pada hari berkenaan mencermikan matlamat mereka yang sebenar iaitu untuk melihat pihak berkuasa bertindak balas bagi menegakkan undang-undang dan melindungi kepentingan awam.

"Mereka menggunakan insiden yang berlaku bagi membuktikan kepada masyarakat Malaysia dan antarabangsa bahawa kerajaan Malaysia bertindak ganas terhadap perhimpunan yang kononnya aman.
"Ia bermatlamat menimbulkan kesan berantai yang akhirnya berhasrat menjatuhkan kerajaan yang dipilih secara demokratik," katanya.

Mohamed Nazri berkata, matlamat dan niat murni majoriti peserta perhimpunan Bersih 3.0 juga telah dirampas oleh pihak pembangkang yang mempunyai agenda untuk memberi tekanan kepada kerajaan.

"Ia dilakukan kerana ada pihak-pihak tertentu yang tidak yakin bahawa melalui pilihan raya yang bebas dan adil seperti yang dilaksanakan kini, mereka akan berpeluang untuk membentuk kerajaan, katanya.

Beliau berkata, sebagai tindakan yang bersifat preamtif, pihak ini cuba menimbulkan kesangsian di hati dan fikiran rakyat bahawa sistem pilihan raya negara ini adalah tidak adil dan tidak bebas.

"Jika mereka kalah di dalam pilihan raya yang diadakan kelak, maka mereka akan mendabik dada bahawa mereka telah dibuktikan benar," katanya. - Bernama

MB Kedah: Ahli Pas boleh tunai haji, calon tunggu

Posted: 13 Jun 2012 03:58 AM PDT

ROSNANI SAAD

Menjelang PRU 13
 
Menjelang PRU 13 
 
 
ALOR SETAR - Tidak ada halangan untuk ahli Pas di Kedah mengerjakan haji walaupun kemungkinan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) diadakan ketika musim haji, namun calon yang bakal bertanding perlu berada dalam negara.

Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, tuntutan kewajipan menunaikan ibadat haji hanya sekali seumur hidup dan oleh itu, memadai jika mereka sudah memenuhinya.

"(Tunai) haji wajib sekali, yang sudah pi (pergi), nak pi buat apa lagi, cukup sekali, orang nak buat pilihan raya, dia nak pi ke lain, itu untuk orang yang sudah pi haji la.

"Ahli (kalau) nak pi, pi la tapi calon sahaja jangan dok pi, sat lagi (nanti) orang nak undi calon, calon dok pi Makkah," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco Kerajaan Negeri, hari ini.

Menurutnya, jika benar PRU13 bakal diadakan ketika musim haji, terpulang kepada ahli sama ada mahu  meneruskan niat itu atau menangguhkannya.

"Pi banyak orang pun tak apa, tak jejas (persediaan pilihan raya), ada ramai lagi, yang tu yang nak mengundi nanti, setakat dua org pi, nak heran apa.

"(Jika ada ahli yang ingin tangguh ibadat haji) itu ikut suka dia, dalam Islam, yang nak pi haji kena ada berkemampuan dan berkeupayaan, keupayaan ini termasuklah jalan selamat, duit cukup, badan sihat, ada orang jaga anak di rumah, bila semua dah 'clear', tidak ganggu (ibadat), baru boleh pi," katanya.

Dalam perkembangan sama, Azizan berkata, tiada keputusan yang dibuat dalam mesyuarat Ahli Jawatankuasa (AJK) Pas Pusat berhubung isu penangguhan ahli daripada menunaikan ibadat haji seperti yang didakwa diperkatakan Ketua Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

"Saya baru balik dari Kuala Lumpur, mesyuarat AJK Pas pusat, tidak pernah buat keputusan pun, mungkin dia (Tuan Ibrahim) cakap atas kapasiti ketua penerangan, kita tidak tahu.

"Saya tidak mahu kata apa-apa, tidak diputuskan apa-apa, saya tidak dengar (sendiri), takut dia (Tuan Ibrahim) cakap lagu (macam) lain, orang tulis lagu lain, adakah dia maksudkan pengundi, calon atau orang yang sudah pi tetapi nak pi lagi," katanya.

Ketua Penerangan Pas itu didakwa mengeluarkan kenyataan meminta semua ahli Pas yang terlibat secara langsung dalam pilihan raya untuk menangguhkan ibadat haji bagi memberi laluan kepada PRU13.

Malah, Tuan Ibrahim dalam satu kenyataan kemudiannya menjelaskan bahawa penangguhan itu hanya merujuk kepada calon, wakil calon serta pengarah pilihan raya parti itu.

Dewan Rakyat tolak usul bincang kekejaman Syria

Posted: 13 Jun 2012 03:53 AM PDT

Salmiyah Harun,
 
KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat menolak usul yang dikemukakan Salahuddin Ayub (PAS-Kubang Kerian) bagi membincangkan kekejaman pembunuhan yang kini sedang berlaku dengan rakusnya di negara Syria.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Panglima Pandikar Amin Mulia menolak usul tersebut kerana tidak mahu campur tangan dalam kemelut yang berlaku di negara itu.

Menurut Salahuddin, usul tersebut sebagai menyatakan keprihatinan dalam soal kemanusiaan terhadap nasib rakyat Syria yang kini berdepan dengan pembunuhan.

Kini katanya, Presiden Bashar Al-Assad sedang memerangi rakyatnya dengan cara yang amat kejam dan tidak berperikemanusiaan apabila menggunakan senjata berat seperti meriam dan bedilan kereta kebal bagi menghalang bantahan yang sudah sekian lama berlaku.

"Malaysia salah satu anggota OIC perlu memainkan peranan pro-aktif terhadap bantahan kepada pemerintah Syria yang menggunakan kekejaman dan pembunuhan tidak terkawal. Mana mungkin kita negara OIC tidak berbuat apa-apa dalam isu ini," katanya dalam sidang media di lobi Parlimen.

Beliau juga menafikan perbincangan isu ini sebagai tindakan campur tangan sebaliknya mahu melahirkan pandangan bagi mengelakkan rakyat tidak berdosa terus menjadi mangsa.

Malah katanya, Dewan Rakyat pernah meluluskan dan  membahaskan usul pembunuhan beramai-ramai di Tak Bai Thailand, di Lubnan dan Jordan antara tahun 2004 hingga 2008.

"Atas isu kemanusiaan usul tersebut diluluskan untuk dibahas, malangnya kali ini kita usulkan isu di Syria yang hampir sama sebelum ini, ditolak," katanya.

Apa yang berlaku di Syria, bagi Salahuddin ianya bertambah meruncing berikutan serangan senjata berat tidak mengenal siapa sasarannya menyebabkan orang tua, wanita dan kanak-kanak turut terbunuh.

Kekejaman ini, katanya perlu dihentikan segera dan Malaysia perlu menghantar signal jelas kepada pemerintah Syria atas kekejaman yang dilakukan.

Jelasnya, Malaysia perlu mengambil pendirian tegas memulakan protes bantahan dengan mengarahkan penutupan Kedutaan Syria di Kuala Lumpur sebagai bantahan awal.

Sementara itu, Datuk Kamarudin Jaffar (PAS-Tumpat) akan mengusulkan agar Dewan Rakyat turut membincangkan masalah pembunuhan warga Rohingya di Mynamar.

"Kita desak Malaysia sebagai anggota Asean bertanggungjawab membantu menyelesaikan isu tumpahan darah yang berlaku di Myanmar, dalam masa terdekat ini," katanya dalam sidang media bersama.

Kalau sekadar nasihat tak payah guna Majlis Fatwa

Posted: 13 Jun 2012 03:51 AM PDT

Hazayani Zakaria,

KUALA LUMPUR: "Kalau hendak beri nasihat, tidak perlu sampai guna Majlis Fatwa Kebangsaan," kata Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat, Ustaz Nik Muhammad Zawawi Salleh.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Mashitah Ibrahim bahawa Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan hanya memberi nasihat mengenai penglibatan umat Islam dalam demonstrasi jalanan.

Mashitah dilaporkan menafikan bahawa Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan mengeluarkan sebarang fatwa mengharamkan demonstrasi jalanan di ibu negara pada 28 April lepas.

Sebaliknya beliau berkata ia merupakan kenyataan media yang dikeluarkan sebagai nasihat daripada anggota muzakarah jawatankuasa berkenaan yang bersidang awal bulan lepas.

"Kalau sekadar nak beri nasihat, tidak perlulah melalui Majlis Fatwa Kebangsaan. PAS sangat dukacita dengan kenyataan yang tidak bertanggungjawab itu," kata beliau kepada Harakahdaily hari ini.

Justeru beliau menasihati Mashitah agar lebih konsisten dalam mengeluarkan sebarang kenyataan terutamanya melibatkan soal agama.

"Mashitah sepatutnya lebih berhati-hati dalam berpolitik dan mengeluarkan kenyataan.

"Atau mungkin dalam hati kecil beliau sendiri mengakui tuntutan Bersih tapi tak boleh nyatakan pendirian sebab berada dalam Umno," katanya.

Nik Zawawi juga berkata, walaupun Majlis Fatwa Kebangsaan tidak menyebut secara khusus berhubung himpunan Bersih 3.0, namun kenyataan itu dikeluarkan tidak lama selepas Bersih 3.0 diadakan.

"Walaupun kenyataan itu umum, tak sebut Bersih, tapi dalam waktu dan suasana ketika itu, nampak ia dituju kepada Bersih.

"Sepatutnya sebelum fatwa dikeluarkan, kena jelaskan punca fatwa dikeluarkan. Kena jelaskan bila demonstrasi jadi haram, bila harus, bila jadi wajib," tegasnya.

Tambah beliau lagi, kenyataan majlis fatwa itu seolah-olah sebagai cara untuk Umno melepaskan diri.

"Majlis fatwa keluarkan kenyataan mengenai demonstarasi jalanan ketika itu mesti ada kepentingan politik.

"Seolah-olah diperalat Umno supaya mereka boleh lepaskan diri," katanya.

Kami Juga Nak Taraf Bumiputera Tanpa Mengira Bangsa Bagi Warganegara Malaysia Lahir Selepas 1957. Ini Usul Kami!!

Posted: 12 Jun 2012 10:57 PM PDT

Hak Bumiputera di malaysia Kami Juga Nak Taraf Bumiputera Tanpa Mengira Bangsa Bagi Warganegara Malaysia Lahir Selepas 1957. Ini Usul Kami!!

Staff Berita Semasa 
 
Usul seperti ini bagi kami tidak mengejutkan, ini kerana sekitar tahun 1980an, parti MCA dalam AGM mereka pernah membuat usul mengatakan orang Melayu pun pendatang seperti mereka juga. Kali ini PPP mahu membawa usul supaya setiap warganegara Malaysia yang lahir selepas merdeka diberikan taraf bumiputera tanpa mengira bangsa. 

Bumiputera di Malaysia : PPP Cadang Bumiputera Untuk Semua Kaum

Konvensyen Parti Komponen BARISAN NASIONAL Parti Progresif Penduduk (PPP) Wilayah Persekutuan petang semalam meluluskan usul agar warganegara Malaysia yang lahir selepas merdeka diberikan taraf bumiputera tanpa mengira bangsa. Perwakilan dari cawangan Bukit Petaling, Kamaraj Marappan mencadangkan usul itu dan dipersetujui tanpa sebarang bantahan oleh perwakilan-perwakilan konvensyen.
"Saya cadangkan agar Datuk Seri Najib Razak menimbang usul ini dengan baik dan memberi perhatian agar semua rakyat berbilang kaum dilayan dengan adil dan saksama selaras dengan gagasan 1Malaysia. "Dasar kerajaan adalah untuk melindungi hak rakyat dan saya percaya dasar ini boleh diubah untuk alaf ini dan untuk menentukan masa hadapan kita," kata Kamaraj.
Menurutnya lagi, cadangan itu digagaskan agar tiada lagi pihak memanipulasi isu bumiputera dan bukan bumiputera untuk kepentingan mereka.

"Kita tidak harus memberi ruang kepada mana-mana pihak untuk memanipulasi isu-isu seperti ini dan terus menjuarai rakyat bukan bumiputera," katanya.

Sewaktu ditemui Malaysiakini, Kamaraj mengakui usul yang digagaskan agak sensitif. Namun, beliau bersetuju bahawa ia digagaskan untuk membuka ruang perbincangan baru dalam arena politik Malaysia. Buat masa ini, status 'bumiputera' merujuk kepada warganegara berketurunan Melayu, orang Asal, serta pribumi Sabah dan Sarawak. Bumiputera mempunyai beberapa keistimewaan antaranya berhubung tanah rizab dan kuota universiti.
Bumiputera di Malaysia Kami Juga Nak Taraf Bumiputera Tanpa Mengira Bangsa Bagi Warganegara Malaysia Lahir Selepas 1957. Ini Usul Kami!! 

Bagi kami pemberian status bumiputera boleh diberikan, boleh tetapi hendaklah bersyarat. Contohnya boleh berbahasa kebangsaan dengan baik. Duduk di negara ini sudah berpuluh tahun, tetapi masih lagi tak fasih lagi berhasa Malaysia?  dan tidak lupa juga sekolah vernakular dihapuskan sama sekali dan tidak lupa juga kedudukan agama Islam dan institusi beraja haruslah dihormati oleh semua rakyat di Malaysia tanpa konpromi. Semua rakyat Malaysia wajib bersekolah di sekolah kebangsaan di mana semua kaum belajar "di bawah satu bumbung".  Macam mana nak jadi bumiputera jikalau bahasa kebangsaan sendiri pun tidak mampu bertutur dan memahaminya dengan baik? Tapi nak tuntut macam-macam?
Itu sebablah perlunya ada pemimpin yang ada pendirian dan berani membuat keputusan. Jangan di depan cakap lain, tetapi belakang cakap lain. Sekolah wawasan yang mempunyai garapan dan halatuju yang cantik "hilang ditelan bumi"
Kenapa kami berani katakan begitu? Jikalau disemak semula realiti yang berlaku sekarang ini satu demi satu hak bumiputera dibuang dan sekarang ini hanya tinggal sekelumit kecil sahaja. Contohnya?
  1. Kuota IPTA – telah dihapuskan
  2. Biasiswa IPTA – telah dihapuskan
  3. Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MeCD) – telah dihapuskan
  4. Projek-projek kerajaan – Kalangan bumiputera sekarang ini hanya mengambil komisen sahaja tetapi 90% dapat kepada Cina
  5. Tanah rizab Melayu yang ditinggalkan oleh penjajah British hanya tinggal sekangkang kera sahaja. Daripada 3 juta hektar tanah rizab Melayu pada tahun 1957, hanya 1.7 juta hektar pada tahun 1995, iaitu merosot hampir 44% daripada jumlah asal iaitu bersamaan 1.2% kemerosotan setiap tahun. Data terkini?
  6. Kuota rumah untuk bumiputra – banyak tak terjual akhirnya berlakunya pertukaran status kepada bukan bumiputra
  7. Pemilikan AP – bakal dihapuskan pada tahun 2015. Sekarang ini hanya tinggal hapus 2015. Yg tinggal skrg hanya AP yang agak terhad.
  8. Proton – yang menjadi sanjungan dan kebanggaan kerajaan, orang Melayu dan rakyat Malaysia selama ini sebagai kereta Nasional sudah pun berjaya "ditelan" oleh DRB Hicom
  9. GLC-GLC lain – kerajaan dalam process melupsukan pegangan. Sesiapa boleh beli selepas ini
  10. Ada lagi nak tambah senaraiannya?
Kami sebenarnya daripada dahulu cukup tidak bersetuju dengan wujudnya sekolah vernakular.  Jikalau masih wujud lagi sekolah seperti ini, jangan kita sebut usaha ke arah mewujudkan perpaduan.
Jikalau disingkap perpaduan antara kaum di Malaysia tahun sekitar tahun 1940, 1950 dan juga 1960 an, kekuatan antara kaum boleh dikatakan agak kuat ketika itu. Ibarat seperti saudara-mara walaupun mereka terdiri daripada kalangan yang berbangsa Cina, Melayu dan India. Acap kali juga kita selalu mendengar cerita bagaimana harmoninya, meriahnya hubungan antara kaum zaman zaman atuk nenek kita dulu.
  • Melayu, Cina, India, Singh, semua boleh duduk semeja, bergelak ketawa, bertepuk tampar
  • Bukan maknanya zaman sekarang tiada lagi pemandangan sebegitu, cuma amat, amat jarang kelihatan. Banyak terjadi sekarang ni ' race segregation' . Dalam restoren mamak umpamanya, memang ada cina, India, Melayu…multiracial. Tetapi natijahnya, Melayu duduk dengan Melayu, Cina duduk dengan Cina. India pun mcam itu juga.
Ramai orang-orang tua Cina dahulu yang mahir membaca Jawi contohnya. Mereka boleh hidup dalam rumpun erti kata sebenar. Tetapi lewat 70an, kami boleh katakan di sini menjadi titik tolak pengasingan kamum menjadi-jadi sehinggalah sekarang ini.
  1. Cina kutuk Melayu
  2. Melayu kutuk Cina
  3. India kutuk Melayu
  4. Melayu kutuk India
Berbanding apa yang berlaku sekarang ini. Daripada tiada kelihatan ada berlakunya masalah perkauman, tetapi kelihatan seperti sentiasa mahu diada-adakan masalah antara kaum sekarang ini? Siapa yang menghasut mereka? Apa tujuan mereka sebenarnya?

Punca Utama Masalah Antara Kaum?

Sekolah Vernakular Kami Juga Nak Taraf Bumiputera Tanpa Mengira Bangsa Bagi Warganegara Malaysia Lahir Selepas 1957. Ini Usul Kami!! 

Apabila kita selidik semula punca utamanya, kita sendiri boleh nampak dengan jelas. Sememangnya Malaysia sebuah negara majmuk sepatutnya dah lama diharamkan sama sekali NGO-NGO yang mempunyai sentimen perkauman yang keterlaluan ditambah pula sekolah-sekolah jenis kebangsaan yang sememengnya menjadi punca perpecahan kaum sejak awal minda kanak-kanak lagi. Daripada kecil lagi mereka tidak dibiasakan bergaul antara sesama-sama kaum. Apabila mereka sudah meningkat dewasa, budaya bercampur antara kaum menjadi asing bagi mereka.
  1. Apabila ditanya anak-anak muda Cina sekarang ini contohnya, mereka boleh katakan yang mereka tiada seoarang pun kawan Melayu
  2. Ini kerana sedari anak mereka kecil lagi, ibu mereka beranak di Hospital chinese meternity, sekolah tadika cina, sekolah rendah jenis kebangsaan, masuk universiti UTAR, kerja syarikat Cina…..hatta beli barangan pun di kedai kaum mereka sendiri
  3. Bila masa mereka-mereka ini ada peluang untuk bercampur dengan kaum lain di Malaysia?
  4. Apabila mereka membaca berita di media-media arus perdana terlalu banyak dan kerapkali disogokkan dengan berita yang berbaur perkauman? Ditambah pelbagai sentimen perkauman yang ditiupkan ketika ini bagi melaga-lagakan hubungan antara kaum di Malaysia ini secara halus
Disinilah apa yang kami perhatikan antara punca perpecahan kaum berlaku. Seharusnya kita mengubah dan membuang jauh-jauh yang berkaitan perkauman ini agar semua bangsa Malaysia menghormati satu sama lain seperti Indonesia….Ya…benar sama sekali, Indonesia ini ada masa perlakuan sebilangan rakyat Indonesia agak "pelik" tetapi dalam hal ini kami memuji Indonesia kerana bijak menanganinya.

13 Mei 1969 Kami Juga Nak Taraf Bumiputera Tanpa Mengira Bangsa Bagi Warganegara Malaysia Lahir Selepas 1957. Ini Usul Kami!! 

Kita memandang ke belakang zaman dahulu dengan meneliti semula sejarah Malaysia,  di mana Rusuhan Antara Kaum pada tahun 1969 menjadi penanda aras kalangan sesetengah pemikir dan pemerhati politik di mana berlaku jika berlaku lagi perbalahan antara kaum, maka episod 13 Mei 1969 pasti akan berlaku lagi. Selama ini kita diberitahu dan dimomokkan insiden 13 Mei 1969 adalah lebih kepada pembahagian ekonomi antara kaum di malaysia. Adakah itu antara punca utamanya? Selain daripada itu?
  1. Jikalau disemak semula laporan-laporan yang ditulis oleh diplomat-diplomat British yang berada di British High Commission di Kuala Lumpur pada 13 Mei 1969 Foreign & Commonwealth Office (FCO) di London, dokumen2 tersebut telah "declassified" untuk bacaan umum menyatakan ia merupakan sebahagian tindakan secara halus merupakan tindakan kalangan orang politik peringkat tertinggi ketika itu, bagi menjatuhkan Perdana Menteri ketika itu, Tunku Abdul Rahman
  2. Jikalau dilihat keadaan negeri-negeri di sekitar utara tanahair, adakah mereka ini tidak tergugut dan terancam dengan peningkatan ekonomi orang Cina terhadap orang Melayu ketika itu? Mengapa tragedi 13 Mei 1987 ia banyak berkisar di sebahagian kawasan di negeri-negeri tertentu sahaja termasuk di Kuala Lumpur?
Sekadar pandangan dan pemerhatian daripada kami. Sampai bila nak bagi bangsa Melayu bertongkat? Jikalau dihapuskan pun sistem Bumiputera ini, adalah bangsa Melayu akan menjadi umpama "melukut di tepi gantang" pada masa akan datang?

Itu yang menghairankan kami sebenarnya, kenapa kita mesti sentiasa merasa terancam di rumah sendiri dengan Melayu telah ada segala-galanya. Bilangan majoriti, Raja sebagai penanung, hak-hak istimewa orang Melayu, Perlembagaan, kuota-kuota….??

Jadi segala benda dan segala ketakukan, rasa terancam sehingga dikatakan orang Melayu bakal tergadai suatu hari ini. Benarkah? Atau ia hanya mainan dan psiko untuk kepentingan sendiri yang sebenarnya direka-reka dengan harapan dapat menakutkan orang Melayu dengan harapan orang melayu akan terus mencari "tempat bergantung"?

P/S : Apa respon dan pendapat anda pula dengan usul yang dibawa oleh PP ini yang berhasrat mahu status bumiputera diberikan kepada semua kaum? Apa alasan anda?

Air Bawah Tanah Mampu Menampung Permintaan Di Selangor

Posted: 12 Jun 2012 10:49 PM PDT





SHAH ALAM : Air bawah tanah mampu menjadi sumber air alternatif bagi menampung permintaan di Selangor yang akan meningkat selari dengan pertumbuhan penduduk dan industri di masa akan datang.

Pengerusi Water Resources Erinco Sdn.Bhd, Azuhan Mohamed berkata, kajian dan pembangunan sistematik sumber air bawah tanah menunjukkan ianya bersih dan selamat daripada pencemaran.

Azahan turut berkata, air sungai boleh digunakan sewaktu musim hujan dan air bawah tanah digunakan sewaktu musim kemarau dengan mengepam air tanah ke sungai.

Katanya, air bawah tanah adalah air yang memenuhi ruang-ruang diantara butiran pasir dan ceruk batu di dalam tanah.

Menurut Azahan, kekurangan sumber air atas tanah dan kualitinya yang semakin tercemar mengharuskan kerajaan membangunkan pengalian dan penggunaan air bawah tanah.

"Kesan kitaran air semulajadi bermula daripada penyejatan air di permukaan bumi dan turunnya hujan menyebabkan kewujudan air bawah tanah.

"Walaupun air tanah adalah selamat, namun ianya amat mudah untuk dicemari dan memerlukan pakar yang sesuai untuk mengenalpasti kawasan yang sesuai untuk memulakan proses penggalian," katanya.

Beliau berucap ketika membentangkan kertas kerja di Forum Air Selangor di Shah Alam Convention Centre hari ini.

Forum sehari ini turut dihadiri Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohamed Khusrin Munawi, ahli-ahli parlimen dan ADUN.

Menurut Azahan, air bawah tanah adalah selamat kerana ditapis secara semulajadi oleh pasir dan batu bagi membuang bahan pencemar. Ini mampu menjimatkan kos rawatan air seperti yang dilakukan sekarang.

Namun, beliau menyatakan pembangunan air tanah memerlukan pakar-pakar khusus dalam bidang ini bagi mengenalpasti kawasan terdapatnya air tanah yang bersih.

Penduduk Lapor Polis Alamat Rumah Diguna 15 Individu Tidak Dikenali

Posted: 12 Jun 2012 10:42 PM PDT





AMPANG: Bimbang dengan keselamatan keluaga, bekas ketua kampung Kampung Pandan, Arshad Ahamad membuat satu laporan polis di IPD Ampang Jaya ekoran penemuan nama 15 individu meragukan yang di daftarkan di alamat rumahnya sebagai pengundi.

Berdasarkan semakan Daftar Pemilih 2011 yang dipaparkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), terdapat 19 nama yang didaftarkan dan hanya empat daripada mereka merupakan ahli keluarga Arshad di alamat no 10, Lorong C 8, Kampung Pandan.

Menurut Arshad, laporan ini dibuat bukan atas dasar politik sebaliknya bimbang keselamatan keluarga kerana khuatir alamat berkenaan digunakan untuk aktiviti jenayah.

Katanya, individu berkenaan tidak dikenali melainkan isteri dan tiga adik ipar beliau.

"Keraguan dan kebimbangan yang berlaku terhadap diri saya kalau alamat saya digunakan untuk aktiviti jenayah oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. Keselamatan keluarga saya boleh tergugat memandangkan anak-anak saya masih bersekolah.

"Ini bukan masalah isu politik,  saya merasakan ini adalah isu keselamatan," katanya.



Menurutnya, pada tahun 2008 beliau membuat semakan yang sama dan tidak menemui nama individu yang meragukan.

Laporan polis sama turut dibuat oleh Ketua JKKK Kampung Pandan, Mahadi Ab Rashid yang turut bimbang keselamatan penduduk kampung ekoran perkara ini.

Dalam laporannya memberitahu, terdapat 30 nama didaftarkan di rumah yang tidak bernombor dan No 1, Lorong Kemajuan Kampung Pandan.

Sementara itu, Exco Selangor yang juga Adun Cempaka, Iskandar Abdul Samad memaklumkan, terdapat jumlah yang lebih tinggi di daftarkan di alamat lain seramai 43 orang.

Hasil semakan menemui, hanya lapan nama yang benar-benar mendaftar di alamat berkenaan dan selebihnya adalah nama meragukan.

Menurutnya, DUN Cempaka mempunyai 32,000 orang pengundi berdaftar pada tahun 2008 dan kini menyaksikan pertambahan 8,000 orang pengundi berdaftar menjadikan jumlah keseluruhan 40,000 orang.

Katanya nama-nama ini akan dipamerkan di tiga lokasi iaitu Pejabat JKKK Kampung Pandan, Pejabat Ahli Majlis Jalan Pandan Indah 3/2, Pandan Indah dan Pejabat Ahli Majlis Jalan pandan 4,  Pandan Jaya.

"Kita bagi SPR tempoh sebulan untuk bertindak, kalau tidak kita akan pamerkan nama ini dan menawarkan RM50 kepada mereka yang mempunyai nama seperti yang dipaparkan untuk memberikan penjelasan.



"Kalau nama mereka masuk secara tidak sengaja, kita tidak ada masalah. Tapi yang bertanggungjawab kini adalah SPR," katanya.

Ujar beliau lagi, tindakan bersepadu daripada Kerajaan Negeri akan dibuat sekiranya semua usaha ini gagal menemukan jalan penyelesaian bagi memastikan daftar pemilih dibersihkan sebelum PRU-13.

Bekas menteri didedah cuba ugut Sultan

Posted: 12 Jun 2012 08:02 PM PDT

KL TODAY



 
 Seorang Kerabat Diraja Negeri Sembilan, mendedahkan Almarhum Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Ja'afar Tuanku Abdul Rahman pernah menerima panggilan ugutan dari seorang menteri kanan Umno pada tahun 1993. 

Tunku Harny Tunku Hanan, anak saudara kepada Almarhum Tuanku Ja'afar, berkata panggilan tersebut dibuat ketika isu pemindaan Perlembagaan terhadap kuasa Raja-raja Melayu pada tahun itu.

Tunku Harmy Tunku Hanan (gambar) berkata beliau mengetahuinya setelah diberitahu oleh Almarhum Tuanku Ja'afar sendiri melalui satu panggilan telefon.
"Jadi tuan-tuan, ada suatu malam kira-kira jam 11.00 malam, saya mendapat satu panggilan telefon daripada Almarhum Tuanku Jaafar masa tu dia adalah Timbalan Yang Dipertuan Agung.

"Dia tanya, Harmy buat apa tu? Tak tidur ke? Belum Tuanku.

"Ni esey ni dapat panggilan telefonlah. Telefon apa Tuanku?
"Tadi ada senior minister baru telefon sekejap tadi, dia kata, Tuanku … kalau Tuanku tak hendak sain isu (pindaan) perlembagaan ini, saya akan tiupkan seruling pemberontakan di seluruh negara.

"Raja-raja Melayu akan saya seret ke jalan raya dan akan kami campakkan ke dalam kawah," ujar Tunku Harmy yang enggan mendedahkan indentiti menteri kanan itu.

Tunku Harmy berkata demikian ketika berucap dalam program "Diskusi Isu Terkini Lembah Pantai" semalam.

Menurut Tunku Harmy, tindakan menteri kanan tersebut membuktikan sikap sebenar pemimpin Umno-BN yang tidak menghormati Raja-raja Melayu.

Tambah beliau, ketika itu pemimpin Umno-BN mengadakan kempen menjatuhkan maruah Raja-raja Melayu di seluruh negara.

Tunku Harmy turut menggesa masyarakat memikirkan perkara yang sanggup dilakukan pemimpin Umno-BN terhadap rakyat sekiranya mereka terus berkuasa.

"Itu Raja, yang tuan-tuan hormat dia nak masukkan ke dalam kawah. Yang tuan-tuan ni disiang-siangnya, disalai-salai, dibuang, diberi makan anjing," kata beliau.

Tunku Harmy yang merupakan sepupu kepada baginda Dipertuan Besar Negeri Sembilan hari ini, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.

Peluang saksama ancam siapa?

Posted: 12 Jun 2012 07:58 PM PDT

Oleh Mazir Ibrahim



Sewaktu di bangku sekolah hingga ke peringkat menengah, saya memang aktif bersukan. Semua jenis sukan pernah saya wakili, baik di peringkat rumah sukan, sekolah hinggalah ke daerah – Bolasepak, sepaktakraw, bola baling dan hoki.

Namun ada beberapa jenis sukan yang saya minati tetapi terhalang untuk menyertainya kerana masalah yang tidak dapat difahami oleh seorang pelajar sekolah. Antaranya bola keranjang dan tenis meja atau ping pong.

Sukan ini biasanya disertai murid dari kalangan kaum Cina manakala murid Melayu yang melihat ramai Cina menyertainya, tidak terasa ghairah untuk sama-sama menyertai sukan-sukan tersebut. Secara tidak langsung, 'galakan' ini menjadi budaya bila mana "lu Cina pergi main bola keranjang, gua Melayu main sepaktakraw". Inilah antara beberapa ungkapan murid-murid yang masih diingati.

Dalam babak-babak hidup yang lain, saya pernah menolong bonda berniaga seketika di bulan Ramadhan di mana ibu pernah mengajak jiran kami dari kaum Cina untuk turut sama berniaga. Perniagaan kami ini hanya kecil-kecilan, ia lebih kepada budaya, minat dan keseronokan untuk memeriahkan lagi suasana Ramadhan.

Sampai di tapak bazar, tiga empat peniaga lain berbisik kepada bonda. "Ini Cina mana? Buat apa dia ikut sama berniaga di sini? Siapa bawa dia ke mari?". Puas bonda menerangkan tapi peniaga Melayu masih kurang selesa.

Diringkaskan cerita, oleh kerana semangat bonda yang tidak mahu keseronokan berniaga di bulan Ramadhan terganggu, selang beberapa hari, jiran Cina kami itu telah  turut sama menolong di gerai kami, semua itu atas desakan bonda.

Berpecah-pecah

Peristiwa-peristiwa terpencil ini mendatangkan beberapa persoalan kepada kita mengenai kesaksamaan peluang. Adakah dengan memecah-mecahkan kegiatan ekonomi atau sukan mengikut sesuatu kaum ini maka kita telah dianggap berlaku adil?

Adakah dengan mengagih-agihkan aktiviti seperti itu telah memberi peluang yang saksama kepada kaum Melayu, Cina dan India di Semenanjung khususnya?

Jika ada Cina yang berniaga makanan halal di bazar Ramadhan, adakah peluang perniagaan peniaga Muslim atau Melayu akan tergugat? Adakah dengan hanya menggalakkan anak-anak Cina bergiat aktif dalam sukan bola kerajang, maka pasukan Malaysia akan mampu menyertai kejohanan dunia?

Atau, dengan hanya kaum Melayu sahaja yang menyertai sukan sepaktakraw maka itu akan mengekalkan tradisi sukan tersebut ? Walau pun kita terus gagal bersaing dengan kaum bukan Melayu seperti bangsa Siam dan Jepun?

Pekerjaan ikut kaum?

Pengalaman ini hanya dalam aspek yang pernah saya alami. Bagaimana dengan bidang yang lain? Adakah sektor awam di jabatan-jabatan kerajaan persekutuan atau negeri hanya 'digalakkan' untuk mereka yang Melayu sahaja? Galakan ini tidak dilakukan dengan rasmi, sebaliknya dengan cara berbisik-bisik.

Pernah seorang kawan berseloroh dengan lawak kaum: "Nak cari orang Cina dalam perkhidmatan awam, kita boleh jumpa dalam PDRM, nak cari kaum India dalam perkhidmatan awam, dulu ada dalam LLN (sekarang TNB) atau KTM, kini boleh lihat dalam JKR dan majlis bandaran". Malah ada yang menyebut, "Melayu jadi petani di kampung kerana orang Cina telah penuh berniaga di pekan dan bandar".

Bagi sesetengah orang jenaka itu mungkin rasis bunyinya. Namun apakah sebenarnya realiti yang ada dulu dan sekarang adalam masyarakat kita yang pelbagai kaum ini?

Peluang saksama

Peluang yang saksama pada mana-mana kaum dalam apa-apa bidang pastinya akan memberi perubahan pada demografik sosial, ekonomi, sukan hinggalah politik. Malah dimensi sesuatu bidang itu juga akan turut berubah menjadi lebih meriah dan harmoni.

Dari segi persaingan pula, pastinya ia akan lebih sihat kerana masing-masing akan berlumba-lumba untuk lebih cekap dan terbaik.

Jangan pula ada yang keliru tentang 'kesaksamaan peluang' dengan 'sama rata'. Peluang saksama bererti membuka peluang yang adil untuk semua tanpa mengira kaum, agama dan jantina. Sama ada berjaya atau tidak selepas itu, terpulang kepada mereka yang diberi peluang saksama.

Istilah 'sama rata' pula bermaksud tanpa mengira usaha atau kelayakan, ia mesti dipaksakan untuk semuanya menjadi setara. Ini pernah dijadikan eksperimen di negara-negara komunis dulu, dan terbukti ia gagal kerana tiada persaingan sihat, menjadikan rakyat malas berusaha kerana tiada insentif dan berlaku penipuan dan kronisme.

Keadilan menjadi teras 

Paling utama ialah semua rakyat Malaysia boleh mendapat layanan seadilnya kerana potensi dan bakat setiap anak-anak Malaysia inilah yang ingin kita cungkil dan majukan. Tanpa keterbukaan amat sukar kemajuan diri dicapai. Hasil dari kemajuan ini tidak lain dan tidak bukan adalah untuk membantu sesuatu kumpulan masyarakat yang miskin dan yang memerlukan juga.

Hanya kelompok yang kurang berilmu sahaja yang akan melihat peluang saksama ini akan mengancam kedudukan kelompoknya, ini adalah manifestasi kepada sifat tidak mahu bersaing secara sihat.

Para pemimpin UMNO melihat agenda kesaksamaan peluang sebagai musuh kaum Melayu, kononnya.
Walau pun ramai sudah sedar bahawa alasan itu hanya untuk para pemimpin tersebut terus mencucuk hidung orang Melayu.

Contoh ironi penentangan UMNO terhadap peluang saksama adalah bila mana kerajaan UMNO-BN mahu menghapuskan atau menarik balik subsidi rakyat (seperti harga petrol dan diesel serta pinjaman PTPTN di Selangor baru-baru ini), pandai pula mereka memberi alasan bahawa masyarakat Melayu boleh dan mesti berani bersaing.

Jadi, agenda peluang saksama ini memberi ancaman kepada siapa sebenarnya?

Ketahuilah, sebelum wujudnya kelompok Melayu elit bernama UMNO di tanah air kita, sudah ramai pelayar dan pedagang Melayu yang merantau ke pelusuk dunia menunjukkan bakat dan kebolehan mereka.

Mereka berani bersaing dengan bangsa lain di rantau ini, malah dari benua lain, tanpa bergantung kepada subsidi atau kuota kaum daripada mana-mana empayar Melayu, sama ada Sriwijaya atau Melaka. Adakah sejarawan UMNO tidak sedar akan hal ini? – Roketkini.com

Tiada ulasan: