DIALOG RAKYAT |
- Tangguh Tayang Video BERSIH 3.0 Bukti KDN Hilang Punca
- Isu PTPTN: Kerajaan BN Takut dengan Keberanian, Keupayaan PR
- Unisel Umum Pembekuan PTPTN Ditarik Balik
- Scorpene Scandal (USD500 Juta) Mendapat Liputan Berita Harian Kemboja, Kanada dan Juga Hong Kong!!
- Pembantu kedai curi beg tangan menantu Presiden Pas dipenjara
- Petronas jangka harga minyak turun
- PKR mahu jaminan Khaled isu PTPTN-Unisel tak berulang
- Sekatan PTPTN Ke Atas Unisel Ditarik Balik, Sahkan Balas Dendam Kenyataan Anwar
- Altantuya: Najib dicabar saman Phnom Penh Post
- Keputusan kes Mahfuz, Salahudin 3 September
- Demo anti PTPTN: UiTM gantung Khalid 3 semester
- Pemuda PAS gesa Malaysia tutup kedutaan Syiria
- Sejauh manakah kesahihan kerajaan BN yang terpilih?
- Beku PTPTN: Umno BN amal politik ‘zaman batu’
- Ikatan dilancarkan secara rasmi, Umno lama jadi pegangan
- Gamis kecam beku PTPTN pelajar, tuntut kerajaan mohon maaf
- Felda wujudkan pasukan khas tangani pembangkang
- Dokumen sulit: TPM sekali lagi tak mahu ulas
- ANAK dakwa menteri 'salahguna kuasa' kecualikan Isa
- Kadir: PAS sekarang seperti Umno zaman Tunku
- Menteri: BERSIH, Belajarlah dari buku 1M'sia
- Satu lagi IPT di S'gor berdepan risiko PTPTN dibeku?
- Muhyiddin: 'Adil' untuk PTPTN uji dasar PKR
- Nurul Izzah fail usul Scorpene di Parlimen
Tangguh Tayang Video BERSIH 3.0 Bukti KDN Hilang Punca Posted: 08 Jun 2012 04:02 AM PDT SHAH ALAM : Kegagalan Kementerian Dalam Negeri(KDN) menyiarkan kompilasi video kononnya berlaku keganasan semasa perhimpunan BERSIH 3.0 membuktikan KDN ada menyembunyikan sesuatu daripada masyarakat. Perkara ini dinyatakan oleh Pengarah Propaganda Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Edy Noor Reduan yang menyifatkan usaha penyiaran video itu semakin tidak relevan kerana dua bulan kejadian itu berlalu. Katanya, video itu mengambil masa terlalu lama untuk disiapkan dan berkemungkinan terdapat unsur-unsur suntingan untuk meletakkan kesalahan di sebelah pihak sahaja. "Lebih malang apabila desakan SAMM sebelum ini berkenaan rusuhan polis langsung tidak diberi perhatian seolah-olah aksi memukul demonstran itu adalah 'SOP' yang betul. "Rakyat menunggu dengan sabar apakah klip keganasan polis akan dimuatkan dalam siaran tersebut ataupun tidak. Namun sehingga hari ini 'suntingan' masih tidak siap dan ia jelas membuktikan KDN hilang punca," katanya. Berbanding KDN, katanya, SAMM lebih komited memberi gambaran sebenar terhadap insiden yang berlaku semasa BERSIH 3.0 apabila hanya mengambil masa seminggu untuk menerbitkan dokumentari berdurasi 49 minit. Jelasnya, dokumentari yang dihasilkan dalam bentuk DVD itu lengkap merangkumi peristiwa BERSIH 1.0, 2.0 dan 3.0, selain memberi fokus kepada tuntutan perhimpunan itu. Beliau berkata, dokumentari bertajuk "Merdeka Rakyat" itu akan menjelaskan segala punca sehingga lahirnya perjuangan BERSIH sejak kali pertama ia dilancarkan pada 2006 sehingga 28 April 2012. Tambahnya, tayangan video itu akan disiarkan pada malam Pidato Perdana Merdeka Rakyat peringkat Kelantan di Ketereh hari ini. "Adalah menjadi peranan anak muda SAMM untuk berdepan dan memintas propaganda penuh helah oleh regim yang zalim. Selain itu, semua pihak juga perlu saling menyebarkan maklumat bagi mengambus penipuan," ujarnya. | |||
Isu PTPTN: Kerajaan BN Takut dengan Keberanian, Keupayaan PR Posted: 08 Jun 2012 03:59 AM PDT SHAH ALAM: Terkejut dengan keberanian dan keupayaan Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor yang bersedia untuk menampung pembiayaan pendidikan pelajar Universiti Selangor (Unisel) selain desakan pelbagai pihak, akhirnya Kerajaan Pusat akur dan menarik semula pembekuan pinjaman Perbadanan Tinggi Pinjaman Tabung Nasional (PTPTN). Speaker Dewan Negeri Selangor (DNS), Datuk Teng Chang Kim dalam reaksinya berkata, tindakan bolak-balik (flip flop) Kerajaan Pusat ini jelas menunjukkan mereka sebenarnya takut dengan keupayaan Kerajaan Negeri yang akhirnya membuatkan pemimpin Umno-BN menjilat air liur mereka semula. Tindakan kononnya ingin 'menguji' Kerajaan Negeri sebenarnya mampu menjadi 'senjata makan tuan' kepada Umno-BN memandangkan sebelum ini mereka begitu mendabik dada mampu merampas kembali Selangor dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13). "Mereka menguji sehari dan mendapati kerajaan Pakatan Rakyat adalah serius dalam perkara ini. Ini membuktikan pentadbiran Pakatan Rakyat memang mampu untuk membiayai perbelanjaan di peringkat IPTA ini. "Atas sebab itu mereka terpaksa membuat keputusan untuk menarik balik keputusan sebelum ini," katanya. Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid dalam satu kenyataan semalam mengumumkan, pencairan aset hartanah seluas 500 ekar yang diperolehi hasil penyusunan semula hutang TALAM yang dianggarkan bernilai RM30 juta bagi membantu pelajar yang teraniayai akibat dari tindakan kerajaan Umno-BN membekukan PTPTN. Tidak sampai 24 jam selepas itu, pihak PTPTN mengumumkan penarikan semula pembekuan pinjaman tersebut yang menyaksikan Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) turut menerima nasib sama. Sebelum ini beberapa pimpinan Umno-BN dengan lantang memuji langkah sekatan yang dikenakan terhadap dua IPT milik kerajaan Selangor namun Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin berpendirian sebaliknya. Teng turut menegaskan, Kerajaan Negeri tidak mempunyai sebarang masalah untuk membiayai pendidikan di negeri ini sekiranya pembayar cukai membuat bayaran kepada Kerajaan Negeri dan bukannya kepada Kerajaan Pusat. Katanya, Pakatan Rakyat tetap realistik dan optimis untuk melaksanakan pendidikan percuma sekiranya berjaya menakluki Putrajaya dalam PRU-13. | |||
Unisel Umum Pembekuan PTPTN Ditarik Balik Posted: 08 Jun 2012 03:52 AM PDT SHAH ALAM : Pembekuan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) terhadap pelajar-pelajar baru Universiti Selangor (Unisel) secara rasminya ditarik balik, umum Naib Canselor Unisel, Prof. Dr Anuar Ahmad. Menurut Dr Anuar, pihaknya menerima surat daripada Pejabat Menteri Pengajian Tinggi awal pagi tadi berkenaan penarikan pembekuan pinjaman tersebut. "Dengan penarikan itu, pelajar-pelajar baru kini boleh mula memohon kembali pinjaman PTPTN bermula malam ini atau selewat-lewatnya esok pagi. "Kami juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak yang menyumbang kepada keputusan yang menggembirakan ini termasuk pihak kementerian dan Kerajaan Negeri," jelas beliau dalam satu sidang media di Unisel sebentar tadi. Mengelak untuk mengulas lanjut alasan yang dikemukakan pihak kementerian mengenai pembekuan yang dikenakan sebelum ini, Dr Anuar bagaimanapun tidak menolak segalanya berpunca daripada perbezaan ideologi politik. "Kami sebagai pentadbir tidak mahu melibatkan diri atau memberi komen mendalam berkenaan perkara ini tetapi kami juga tidak mahu pendidikan pelajar-pelajar Unisel terganggu. "Atas sebab itu, kami mengikut segala prosedur yang digariskan, kami membuat rayuan secara hitam putih seperti yang diminta, kami mengadakan perbincangan dengan Ketua Eksekutif PTPTN, Agos Cholan bagi mengembalikan hak pelajar-pelajar untuk mendapatkan pinjaman," ujarnya lagi. Beliau yang juga dilihat enggan memberi sebarang komen berkenaan keprihatinan dan inisiatif yang diambil Kerajaan Negeri berhubung isu tersebut bagaimanapun menerima baik idea pendidikan percuma. "Namun semuanya bergantung kepada keberdayaan sesebuah kerajaan yang memerintah asalkan perjalanan pendidikan berjalan baik. "Kami juga akan sentiasa patuh pada dasar yang ditunjangi mana-mana kerajaan yang memerintah," ulasnya sambil menambah Kerajaan Negeri banyak membantu dalam mengurangkan kos operasi Unisel. Sebelum ini, PTPTN membekukan pinjaman kepada Unisel dan KUIS kedua-duanya di bawah kerajaan Pakatan Rakyat Selangor sehingga mencetuskan pelbagai reaksi bantahan pelbagai pihak terhadap tindakan tersebut. | |||
Scorpene Scandal (USD500 Juta) Mendapat Liputan Berita Harian Kemboja, Kanada dan Juga Hong Kong!! Posted: 08 Jun 2012 03:48 AM PDT BERITA SEMASA[Scopene Scandal] Tiada sebab dan siapalah kami untuk menuduh serta meletakkan kesalahan pada yang lain sebelum seseorang benar-benar dibuktikan bersalah. Setiap negara ada sistem undang-undangnya tersendiri. Tetapi, jika mahkamah mahu memanggil individu yang dirasakan sesuai bagi untuk menjadi saksi dalam membantu siasatan dan dalam pada masa yang sama ruang yang ada nanti semasa prosedur mahkamah nanti boleh digunakan bagi membersihkan namanya pun masih tidak diendahkan, natijahnya yang tidak boleh dielakkan adalah timbulnya pelbagai spekulasi orang ramai dan masyarakat luar yang terus memerhatikan perjalanan kes berprofil tinggi, Scopene scandal ini. Scorpene Scandal : Laporan Berita Harian Kanada (Vancouver Sun)Setakat semakan yang kami lakukan ketika ini, antara portal berita yang telah menyiarkan laporan berita bakal Scorpene Scandal ini antara lainnya adalah portal berita dari Kanada, Hong Kong juga tidak ketinggalan dan portal berita juga negara jiran Malaysia, Kemboja juga tutrut memberikan liputan mengenai Scandal Scorpene ini.
Scorpene Scandal : Laporan Berita Harian Hong Kong (Ming Pao)Pemberita Hong Kong Ming Pao contohnya sudah mulai mengikuti secara dekat perkembangan kes berprofil tinggi ini. Antara butiran yang terkandung dalam laporan berita yang dikeluarkan oleh Ming Pao ini antara lainnya menyebut :
Scorpene Scandal : Laporan Berita Harian Kemboja (The Phnom Penh Post)Terdapat dua ayat yang berjaya menarik perhatian berdasar laporan berita yang dikeluarkan oleh The Phnom Penh Post :
Jikalau di Malaysia liputan berita sebegini, kurang mendapat tempat dikalangan pemberita media arus perdana baik daripada media elektronik mahupun media cetak. Dan, dua kenyataan yang kami petik berdasarkan laporan berita The Phnom Penh Post memberikan satu isyarat yang mana besar kemungkinan Pilihanraya Umum ke 13 akan diadakan tidak lama lagi. Mungkin? P/S : Kami berharap saksi yang dipanggil dapatlah kiranya memberikan kerjasama bagi melancarkan penyiasatan kes yang dijalankan mahkamah Perancis ketika ini, apatah lagi ia melibatkan nama dan kepentingan negara. Dipanggil menjadi saksi bukan bermakna seseorang itu bersalah, tetapi apabila nama disebut berkali-kali pun masih tidak diendahkan, itu semua yang akan menimbulkan persoalan dikalangan ramai pihak…. PP/S : Bagi kami tuduhan yang dilemparkan media asing kepada pemimpin no 1 negara Malaysia bagi Scorpene Scandal ini cukup berat. Pertama, didakwa terima rasuah. Keduanya, terlibat dalam kes pembunuhan gadis Mongolia. Kalau di Malaysia, "hayat pemberita" seperti di atas mungkin tidak lama. Tetapi bagaimana pula dengan pemberita media asing ini? Adakah cukup sekadar berdiam diri? | |||
Pembantu kedai curi beg tangan menantu Presiden Pas dipenjara Posted: 08 Jun 2012 03:42 AM PDT KUALA TERENGGANU – Seorang pembantu kedai dipenjara seminggu dan didenda RM2,500, gara-gara mencuri beg tangan menantu Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Tertuduh, Ahmad Muhaimin Mustafa, 20, yang berasal dari Kampung Seberang Baruh Kiri, di sini, juga berdepan hukuman penjara selama sebulan jika gagal membayar denda, setelah mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu di sini, semalam. Berdasarkan pertuduhan, tertuduh pada 21 Mei lalu, kirakira jam 9.10 malam bertempat di dalam Kedai Nasi Arab Al-Fateh, Jalan Sultan Mahmud, telah mencuri beg tangan milik Farhaana Husainy Hasbullah, 32. Beg tangan tersebut mengandungi barang bernilai kira-kira RM500, dan tertuduh didapati telah melakukan kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan. Tertuduh yang berpakaian lokap kemudiannya mengaku bersalah sebaik pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Noradila Ab Latif, manakala pendakwaan dijalankan Inspektor Arrasyiddin Atcha. Berdasarkan fakta kes, anak kepada Presiden Pas iaitu Muhammad Khalil Abdul Hadi, 35, yang juga seorang pensyarah berada di dalam Kedai Nasi Arab Al-Fateh, Jalan Sultan Mahmud pada 21 Mei lalu. Kira-kira jam 9.10 malam, tiba-tiba datang seorang lelaki, yang kemudiannya terus mengambil beg tangan isterinya iaitu Farhaana yang diletakkan di atas meja makan. Muhammad Khalil kemudiannya terus memegang baju lelaki tersebut dan berlaku pergelutan antara dia dan lelaki berkenaan. Lelaki itu berjaya ditangkap dengan bantuan orang ramai. Orang awam kemudiannya telah menghubungi pihak polis dan Muhammad Khalil telah menyerahkan lelaki tersebut kepada polis. | |||
Petronas jangka harga minyak turun Posted: 08 Jun 2012 03:38 AM PDT SINAR HARIAN KUALA LUMPUR - Petroliam Nasional Bhd (Petronas) menjangka harga minyak mencatatkan penurunan berikutan keadaan ekonomi yang tidak menentu, kata Ketua Pegawai Operasi dan Naib Presiden Eksekutifnya (perniagaan hiliran), Datuk Wan Zulkiflee Wan Ariffin. "Kami tidak begitu yakin bagi suku-suku akan datang disebabkan keadaan ekonomi yang tidak menentu dan China serta India juga mula menunjukkan pertumbuhan lemah," katanya kepada pemberita di pelancaran penyelesaian teknologi minyak dan gas baharunya di sini, hari ini. Majlis pelancaran itu diadakan di hari terakhir Persidangan Gas Sedunia ke-25. Sementara itu, Wan Zulkiflee berkata Petronas berupaya menampung bekalan minyak bagi loji penapisnya susulan sekatan ke atas Iran bermula lewat bulan ini. "Kami mempunyai sumber kami. Selagi kami boleh mendapatkan jenis minyak yang betul dan berkualiti bagi loji penapis kami, kami masih boleh bertahan," katanya. Beliau berkata margin penapis akan berada di bawah tekanan tetapi Petronas akan memastikan pengurusan kos operasi yang lebih baik. "Margin penapisan akan berdepan dengan banyak cabaran, tetapi selagi kami mencatatkan prestasi lebih baik berbanding pesaing kami, itulah yang kami sasarkan," katanya. Petronas memperkenalkan lima penyelesaian teknologi dan teknikal baharu berkaitan industri yang akan mengoptimumkan nilai pengeluaran hidrokarbon dan meningkatkan kecekapan operasi, produktiviti dan keselamatan dalam persekitaran operasi minyak dan gas. Lima penyelesaian itu adalah dalam bahagian penghapusan pencemar, sistem pembaikan saluran paip, pengesanan gas merbahaya dan kebakaran, sistem penyeliaan meter tepat masa dalam talian dan sistem pengasingan cecair dan gas bersepadu. Penyelesaian tersebut, Branded HycaPure Hg, Pipeassure, FnGmap, Smartcen dan Sep -- iSys, dibangunkan oleh Petronas dengan rakan kongsi teknologi strategiknya. --Bernama | |||
PKR mahu jaminan Khaled isu PTPTN-Unisel tak berulang Posted: 08 Jun 2012 03:31 AM PDT SHAH ALAM - PKR menyambut baik keputusan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menarik balik pembekuan pinjaman kepada penuntut Universiti Selangor (Unisel) dan Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (Kuis), tetapi mahu jaminan Menteri Pengajian Tinggi bahawa perkara yang sama tidak akan berulang. Pengarah Strateginya, Rafizi Ramli berkata, pengumuman tidak rasmi bahawa PTPTN telah membatalkan arahan pembekuan pinjaman kepada pelajar Unisel disambut dengan lega. "Saya mengingatkan Khaled supaya jangan sekali-kali cuba memperjudikan masa depan dan kebajikan pelajar demi kepentingan politik Umno. "Sebagai orang yang bertanggungjawab mengarahkan pembekuan pinjaman PTPTN, beliau wajar memberi jaminan bahawa PTPTN tidak akan membekukan pembiayaan kepada mana-mana institusi atau pelajar yang layak menerimanya," katanya. Rafizi juga berkata, PKR akan terus mendesak menteri terbabit mengeluarkan jaminan agar tindakan kebudakan-budakan oleh PTPTN di Unisel tidak akan berulang lagi. Pagi tadi, Sinar Harian Online membawa laporan bahawa PTPTN telah membatalkan pembekuan kemudahan pinjaman kepada penuntut Unisel. Perkara itu disahkan oleh Pemangku Naib Canselor Unisel, Prof Dr Anuar Ahmad kepada Sinar Harian. "Ini hasil perbincangan bersama pihak PTPTN yang dipengerusikan Ketua Eksekutif PTPTN, Agos Cholan di pejabat PTPTN jam 11 pagi tadi. "Saya kini dalam perjalanan untuk bertemu dengan Menteri Besar Selangor (Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim) memaklumkan perkara ini," katanya. Tindakan PTPTN membekukan kemudahan pinjaman berhadapan dengan reaksi yang pelbagai. Semalam, Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berkata, PTPTN tidak wajar menyekat penuntut Unisel daripada terus menikmati kemudahan pinjaman agensi itu walaupun pembangkang berpendirian ia patut dimansuhkan. Katanya, para penuntut tidak seharusnya menjadi mangsa dalam perbalahan antara PTPTN dan Kerajaan Selangor. Kelmarin, pemimpin-pemimpin PKR termasuk Menteri Besar Selangor mengecam tindakan PTPTN menyekat kemudahan pinjaman kepada pelajar Unisel. Mereka mendakwa PTPTN mengambil tindakan itu atas arahan Khaled. Rafizi mendakwa Khaled menyekat kemudahan PTPTN kepada penuntut-penuntut Unisel. "Saya mencabar Datuk Seri Khaled Nordin untuk menjelaskan kepada rakyat sama ada tindakan menyekat pinjaman PTPTN kepada pelajar Unisel ini adalah arahan beliau sendiri? "Jika itu benar, tindakan itu perlu dikutuk dan beliau wajar meletakkan jawatan kerana mengamalkan politik berdendam yang tidak lagi sesuai dengan arus politik mutakhir," kata beliau. Dalam kenyataannya petang ini, Rafizi juga berkata bahawa pihaknya menyambut baik pengumuman Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim semalam akan mengadakan dana RM30 juta untuk membantu penuntut Unisel yang terkesan dengan pembekuan pinjaman PTPTN. Katanya, mereka mengalu-alukan pengumuman Menteri Besar Selangor bagi memberi dana sebanyak RM30 juta dalam membantu penuntut Unisel yang terjejas ekoran pembekuan bantuan kewangan oleh PTPTN. "Saya mengalu-alukan pengumuman Menteri Besar Selangor berhubung penubuhan dana RM30 juta untuk membantu pelajar-pelajar Unisel yang terkesan dengan pembekuan pinjaman PTPTN baru-baru ini. "Iltizam PR untuk melakukan yang termampu bagi memastikan kebajikan pelajar tidak terjejas adalah sangat bertentangan dengan sikap tiga orang Menteri Umno iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin, Khaled dan Datuk Seri Noh Omar yang gembira dengan kesusahan pelajar demi permainan politik mereka," katanya lagi. Katanya, kemarahan rakyat dari pelbagai lapisan masyarakat, kumpulan mahasiswa, orang kebanyakkan hinggalah pimpinan Barisan Nasional (BN) akhirnya mendesak Khaled dan PTPTN menghentikan tindakan menjadikan pelajar itu sebagai mangsa keadaan ekoran arahan menyekat pinjaman kepada pelajar-pelajar Unisel tersebut. | |||
Sekatan PTPTN Ke Atas Unisel Ditarik Balik, Sahkan Balas Dendam Kenyataan Anwar Posted: 08 Jun 2012 03:26 AM PDT KELAB GREENBOC PTPTN tarik balik pembekuan pinjaman siswa Unisel, KUIS Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) mengambil keputusan untuk menarik balik pembekuan pemberian pinjamannya kepada siswa Universiti Selangor dan Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS). Sebelum ini, PTPTN telah membekukan pinjaman kepada Unisel dan KUIS - kedua-duanya di bawah kerajaan Pakatan Rakyat Selangor - sehingga mencetuskan pelbagai reaksi bantahan pelbagai pihak terhadap tindakan tersebut. Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dilaporkan berkata tindakan pembekuan pinjaman PTPTN itu dibuat untuk memberi peluang kepada kerajaan Selangor yang mahu pendidikan di negara ini, termasuk di peringkat tinggi, diberi secara percuma. Tindakan itu juga diambil ekoran kenyataan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta pelajar supaya jangan membayar balik pinjaman PTPTN dan berjanji ianya akan dimansukan jika Pakatan menawan Putrajaya dalan pilihan raya umum akan datang. Sementara itu, seorang pegawai tinggi PTPTN ketika menjawab SMS daripada wartawan Malaysiakini, mengesahkan keputusan menarik balik pembekuan pinjaman kepada Unisel dan KUIS. "Pejabat menteri pagi ini telah mengeluarkan surat (supaya) pinjaman PTPTN diteruskan kepada Unisel dan KUIS," katanya yang tidak mahu namanya disebut. "Eloknya hubungi pejabat YB menteri," katanya dalam SMS tersebut. Khaled seterusnya mengesahkan tindakan menarik balik pembekuan pinjaman siswa Unisel. Beliau dilaporkan Utusan Online sebagai berkata, tindakan terbaru itu diambil ekoran "rayuan dan penjelasan Unisel bahawa ia tidak berniat untuk memberi pendidikan percuma kepada pelajar." "Unisel juga mengakui bahawa PTPTN penting untuk pelajar justeru mengambil kira penjelasan dan keseriusan Unisel mengenai perkara ini saya telah meminta PTPTN menarik balik pembekuan itu pagi ini,'' katanya seperti dipetik laman itu. Perkara itu turut disahkan seorang pegawai kanan kerajaan Selangor yang dihubungi Malaysiakini hari ini. Pegawai yang enggan namanya didedahkan itu berkata siswa berkenaan boleh membuat permohonan pinjaman tersebut bermula malam ini. -mk Sekat PTPTN, Mahasiswa mahu undi BN lagi? Unisel: Politik dendam sebelum Umno BN dikuburkan | |||
Altantuya: Najib dicabar saman Phnom Penh Post Posted: 08 Jun 2012 03:19 AM PDT
KUALA LUMPUR: Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) menggesa Datuk Seri Najib Razak menyaman akhbar The Phnom Penh Post yang berpengkalan di Kemboja kerana melaporkan perdana menteri itu pernah dipertemukan dengan Altantuya di Paris. Pengerusi SAMM, Badrul Hisham Shaharin berkata, perdana menteri juga patut menyaman wartawannya bagi membersihkan namanya dan juga nama negara. "SAMM mendesak Najib Razak di atas kapasiti Perdana Menteri, menyaman akhbar The Phnom Penh Post serta penulis artikel di ruangan Regional Insider yang bernama Roger Mitton. "Pendedahan beliau bukan sahaja memalukan negara... malah mengundang persepsi sangat buruk terhadap kredebiliti seorang Perdana Menteri beragama Islam yang sebelum ini pernah bersumpah kononnya tidak mengenali penterjemah yang dibunuh tanpa motif iaitu Altantuya Shaaribu," katanya dalam satu kenyataan. Menurut Badrul, pendedahan akhbar itu antara lain mengatakan Najib Razak telah dipertemukan dengan Altantuya Shaaribu oleh Razak Baginda di Paris. Turut didedahkan ialah pembahagian skandal rasuah sebanyak USD160 juta antara Najib, Razak dan beberapa pemimpin Umno. Beliau turut memetik laporan akhbar itu yang antaranya menyatakan seperti berikut: "Soon after meeting her in Hong Kong, Razak took her off to tour Europe in his red Ferrari, wining and dining at all the best spots and finally ending up in Paris where they met Najib....It is alleged that the $160 million was split between Razak, Najib and other figures in the United Malays National Organisation, the dominant party in Malaysia's ruling National Front coalition". Sehubungan itu tegas Badrul, Najib sebagai seorang ketua negara tidak harus berdiam diri kerana laporan oleh wartawan The Phnom Penh Post itu adalah sangat serius dan telah dilulus-terbit untuk tatapan seluruh dunia. "Yang akhirnya mengundang persepsi - Malaysia mempunyai seorang perdana menteri yang terpalit jenayah rasuah, termasuklah jenayah pembunuhan. "Yang memalukan negara bukan demonstrasi rakyat tetapi imej negara akan terjejas kerana beberapa pemimpin negara yang terpalit skandal jenayah terus menerajui negara tanpa ada keberanian membersihkan imejnya," tegasnya. | |||
Keputusan kes Mahfuz, Salahudin 3 September Posted: 08 Jun 2012 03:18 AM PDT
KUALA LUMPUR: Mahkamah Sivil Baharu (NCvC) Kuala Lumpur semalam menetapkan tarikh 3 September ini bagi keputusan kes dua Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar dan Salahudin Ayub menyaman kerajaan. Keputusan itu dibuat hakim Prasad Sandosham Abraham selepas mendengar keterangan lima saksi bagi pihak defenden semalam. Mereka adalah Inspektor Mohd Zaidi Mad Zizat, Supritenden Aida Abdul Hamid, ASP R.Muthusamy, ASP Zulkifli Osman dan Jurugambar Polis Ganeson. Sementara itu, ketika memberi keterangan semalam, Zaidi mengaku telah menangkap dua pemimpin PAS pada hari perhimpunan Bersih 2.0 tahun lalu di luar kawasan larangan yang ditetapkan Mahkamah Majistret. Beliau juga mengaku kedua-duanya bukan ditangkap ketika menyertai perhimpunan itu. Pengakuan itu direkodkan ketika menjawab pertanyaan peguam plaintif, Abdul Aziz Hamzah. Pada 8 Ogos tahun lalu kedua-dua mereka memfailkan saman malu terhadap empat pihak iaitu Kerajaan Malaysia, Ketua Polis Negara, Ketua Polis Daerah Brickfields dan Zaidi. Ianya ekoran dakwaan penangkapan salah terhadap mereka di KL Sentral pada 9 Julai lalu sempena himpunan Bersih 2.0 di ibu negara. Saman tersebut difailkan menerusi syarikat guaman Tetuan Faiz Fadzil & Co bersama peguam Zulhazmi Sharif. Kedua-dua Naib Presiden PAS itu menuntut ganti rugi am, ganti rugi teruk dan gantirugi teladan, kos serta lain-lain relif atau perintah yang difikirkan sesuai oleh mahkamah. | |||
Demo anti PTPTN: UiTM gantung Khalid 3 semester Posted: 08 Jun 2012 03:14 AM PDT
KUALA LUMPUR: Penuntut jurusan undang-undang Universiti Teknologi Mara (UiTM), Khalid Mohd Ismath digantung pengajian selama setahun setengah selepas didapati bersalah menyertai perhimpunan anti-PTPTN. Hukuman yang disampaikan oleh panel disiplin UiTM itu berkuat kuasa September depan sehingga suku pertama 2014. Khalid dibicara pagi tadi oleh lembaga tatatertib UiTM atas tiga pertuduhan ke atasnya iaitu kesalahan ponteng kelas dan peperiksaan, tulisannya di facebook ke atas pasukan polis dan juga penglibatan dalam perhimpunan anti PTPTN di Dataran Merdeka April lalu. Beliau tidak ditemani peguam kerana kerana perbicaraan tersebut hanya perbicaraan khas bagi pelajar. Kira-kira 30 aktivis mahasiswa hadir memberikan sokongan kepada beliau walaupun dihalang masuk ke kawasan UiTM Shah Alam. | |||
Pemuda PAS gesa Malaysia tutup kedutaan Syiria Posted: 08 Jun 2012 03:08 AM PDT
KUALA LUMPUR: Hampir 100 orang menyertai demonstrasi di hadapan bangunan Kedutaan Syiria hari ini bagi membantah tindakan kejam regim Bashar Assad melakukan pembunuhan beramai-ramai ke atas rakyatnya. Himpunan anjuran Dewan Pemuda PAS Pusat itu bermula dari Masjid Tabung Haji sejurus selesai solat Jumaat sebelum berarak ke bangunan kedutaan itu di Jalan U-Tant. Mereka melaungkan slogan 'Hancur Bashar', 'Selamatkan Syiria', 'tutup Kedutaan Syiria'. Mereka turut membawa poster dan kain rentang bertulis 'Stop children killer now' dan 'Assad=hitler' serta mengibarkan bendera Syiria. Minggu lalu, di Houla menyaksikan pembunuhan beramai-ramai membabitkan kematian lebih 100 penduduk, hampir separuh daripadanya adalah kanak-kanak. Biarpun pembunuhan itu dinafiakan Bashar Assad, namun Penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa (PBB) dan pembangkang negara itu mempunyai sangkaan kuat bahawa pembunuhan itu dilakukan tentera pro kerajaan. Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz ketika menyampaikan ucapan pada himpunan itu hari ini mendesak agar Kerajaan Malaysia menutup dengan segera Kedutaan Syiria dan menghalau mereka dari bumi Malaysia. "Kita berkumpul ini adalah tanda sokongan kita sebagai umat Islam yang menentang kekejaman Bashar, yang mana telah memalukan umat Islam di seluruh dunia. "Kerajaan Malaysia perlu bertindak tegas dalam hal ini, sepatutnya kerajaan jangan lepas tangan dan mesti menutup kedutaan dengan segera," jelasnya. Tambahnya lagi, tindakan penutupan kedutaan ini adalah sebagai tanda bahawa kita menentang kekejaman yang dilakukan oleh Bashar. Menurutnya lagi, demo bantahan ini akan terus dilakukan jika suara rakyat Malaysia dan umat Islam tidak didengari oleh kerajaan. "Ini merupakan perhimpunan kali kelima dilakukan terhadap bantahan kekejaman tersebut dan jika kerajaan tidak mengambil apa-apa tindakan kita akan meneruskan perhimpunan ini pada masa akan datang. Pada perhimpunan kali ini tiada memorandum diserahkan kepada pihak kedutaan, kerana sehingga sekarang tidak ada jawapan langsung diperoleh terhadap memorandum yang diserahkan sebelum ini. Himpunan aman yang turut disertai rakyat Syiria itu berakhir kira-kira jam 3 petang. Turut menyertai perhimpunan tersebut adalah Ketua Penerangan DPPM, Riduan Mohd Nor dan juga Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Kamaruzzaman Mohammad. LIHAT VIDEO: Malaysia didesak halau duta Syria | |||
Posted: 08 Jun 2012 03:01 AM PDT Umno dapat penyokong palsu, dakwa PASMujahid Yusof Rawa berkata, mereka menghadiri program kerana diupah atau dikerah. Fokus Perak PETALING JAYA: Terkini Umno Perak mendakwa mereka telah mendapat semula pengundi Melayu yang sebelum ini menjadi punca utama parti itu kalah besar dalam pilihan raya umum 12. Perkiraan itu berdasarkan kehadiran ahli dalam mesyuarat cawangan Umno yang sedang diadakan di seluruh negeri itu. Ketua Umno Bukit Gantang, Datuk Rosli Husin berkata, mereka yang tidak pernah datang dari 2008 kini sudah kembali. "Lebih mengejutkan orang PAS turut datang ke program kita, sesuatu yang tidak pernah berlaku sebelum ini," katanya. Rosli juga yakin BN akan merampas semula Parlimen Bukit Gantang yang dimenangi bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin dalam pilihan raya kecil 2009. Nizar tidak laku Katanya, ceramah Nizar sudah tidak laku, manakala PKR Perak hanya menumpang kepada PAS. Bagaimanapun, ahli Parlimen PAS Parit Buntar, Mujahid Yusof Rawa menafikan Umno telah mendapat sokongan sebenar dan tulin. "Mereka menghadiri program Umno kerana mendapat upah atau dikerah oleh jabatan kerajaan. "Kalau ukuran menghadiri majlis diambil kira, ia bukan sokongan tulin," kata pemimpin PAS itu. Mujahid yakin dengan sokongan pengundi Cina, Pakatan Rakyat akan merampas semula Perak dalam pilihan raya umum 13. | |||
Sejauh manakah kesahihan kerajaan BN yang terpilih? Posted: 08 Jun 2012 02:50 AM PDT Viktor Wong, Malaysia Chronicle Pelbagai khabar angin tersebar baru-baru ini mengenai berkemungkinan besar pilihanraya umum ke-13 (PRU13) akan diadakan tidak lama lagi pada tahun ini dan jika ia benar-benar berlaku, rakyat akan sekali lagi keluar mengundi dan parti yang memperolehi jumlah kerusi parlimen yang paling banyak akan mengambil-alih tampuk pemerintahan kerajaan pusat. Keputusan PRU yang lalu Berbalik kepada pilihanraya umum ke-12 (PRU12) yang diadakan pada tahun 2008 yang lalu, daripada jumlah pengundi berdaftar seramai 10.9 juta orang, dilaporkan hanya 70 peratus sahaja yang telah keluar mengundi pada pilihanraya tersebut. Berdasarkan keputusan PRU12 yang lalu, Barisan Nasional (BN) memperoleh lebih kurang 52 peratus undi dan memenangi 140 daripada 222 kerusi parlimen, manakala Pakatan Rakyat (PR) pula berjaya memperoleh 48 peratus undi dengan kemenangan sejumlah 82 kerusi parlimen. Bagaimanapun, 30 peratus daripada 10.9 juta pengundi berdaftar tidak keluar mengundi pada hari tersebut. Jika sekiranya kadar tersebut diambil kira, BN hanya memperoleh sokongan pada 36 peratus sahaja, manakala PR pula 34 peratus. Dan jika kita berpandukan pula dengan jumlah yang merangkumi 4 juta rakyat Malaysia yang berumur 21 ke atas dan tidak mendaftarkan diri mereka sebagai pengundi, peratusan sokongan yang BN dapat hanya pada kadar 26 peratus, manakala PR pula akan mendapat 25% daripada itu. Statistik daripada PRU12 jelas menunjukkan bahawa kedua-dua gabungan parti-parti kerajaan dan pembangkang hanya memperoleh kadar undi yang lebih rendah daripada jumlah pengundi berdaftar yang tidak keluar mengundi. Oleh itu, persoalannya adalah, sejauh manakah kesahihan kerajaan BN yang ada sekarang untuk mendakwa diri mereka berhak untuk berkuasa dan memerintah negara ini? Hakikatnya adalah sejumlah besar rakyat Malaysia yang tidak mendaftarkan diri mereka sebagai pengundi merangkumi kadar lebih kurang 27 peratus daripada jumlah mereka yang layak mengundi pada keseluruhannya. Dengan itu, kedua-dua gabungan parti-parti kerajaan dan pembangkang hanya memenangi peratusan undi yang lebih rendah daripada yang dijangka oleh kerana agak ramai sekali rakyat Malaysia yang telah mencapai umur 21 tahun ke atas tidak mendaftarkan diri mereka sebagai pengundi. Kedudukan di dalam DBKL Marilah kita memerhati dengan terperinci mengenai kedudukan perwakilan di dalam Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di mana kesahihannya sebagai "pemerintah" yang sah boleh dipersoal haknya jika dipandang dari sudut demokrasi yang sebenarnya. Di dalam PRU12 yang lalu calon-calon PR telah memenangi 10 daripada 11 kerusi parlimen yang ditandingi di kawasan-kawasan di dalam bandaraya Kuala Lumpur, tetapi tidak mempunyai seorang pun wakil PR di dalam lembaga penasihat DBKL. Ahli-ahli lembaga penasihat DBKL adalah dilantik oleh kerajaan persekutuan BN sejak pembentukan bandaraya Kuala Lumpur pada tahun 1972. Ketua pemuda Gerakan Lim Si Pin adalah merupakan satu-satunya wakil BN yang menganggotai lembaga penasihat DBKL yang menasihati Datuk Bandar Kuala Lumpur di dalam urusan dan pentadbirannya pada setiap hari. Di dalam PRU12 yang lalu, Lim kalah kepada calon PKR Tian Chua hanya memperoleh sejumlah 20,330 undi. Peratusan yang Lim hnaya perolehi adalah hanya pada kadar 4.08 peratus sahaja. Dengan hanya peratusan sokongan pada kadar 4.08 peratus sahaja, Lim berupaya untuk mempengaruhi urusan, dasar dan perjalanan pentadbiran DBKL yang mengurus ibunegara tersebut jika dibandingkan dengan ahli-ahli parlimen PR yang telah dipilih oleh rakyat. Selain daripada itu, Datuk Bandar juga adalah merupakan seorang penjawat awam yang dilantik oleh kerajaan persekutuan. Sejumlah 497,741 pengundi berdaftar mengundi untuk memilih 11 ahli parlimen di dalam kawasan metropolitan tersebut, dan daripada jumlah tersebut PR memperoleh sebanyak 308,377 undi iaitu 62 peratus berbanding dengan BN yang hanya mendapat 38 peratus. Daripada statistik yang telah diketengahkan itu, ianya dengan jelas menunjukkan bahawa penguasaan kerajaan BN terhadap pentadbiran bandaraya Kuala Lumpur sememangnya bertentangan dengan amalan demokrasi dan kehendak rakyat yang bermastautin di bandaraya tersebut. Pulihkan pilihanraya kerajaan tempatan Bagi membentuk suatu perwakilan peringkat perbandaran yang akauntabel serta berasaskan kepentingan dan kehendak rakyat, cadangan untuk mengadakan pilihanraya kerajaan tempatan wajar diambil perhatian dan perlu dipulihan dengan segera. Usaha untuk memulihkan pilihanraya kerajaan tempatan adalah merupakan manifesto PR di dalam PRU12 yang lalu dan tajuk tersebut dijangka akan terus menjadi bahan kempen yang utama di dalam PRU13 yang bakal diadakan tidak lama lagi. Sejak PR berjaya menawan negeri Selangor dan Pulau Pinang pada tahun 2008, kedua-dua kerajaan negeri telah menunjukkan inisiatif dan usaha mereka untuk memulihkan pilihanraya kerajaan tempatan di negeri masing-masing. Pulau Pinang secara umumnya telah mengadakan satu pemilihan berbentuk pilihanraya terhad di mana beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mengelola pengundian tersebut untuk memilih wakil-wakil daripada kalangan NGO untuk menduduki kerusi-kerusi ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) yang telah diperuntukan untuk golongan tersebut. Baru-baru ini juga, kerajaan negeri Pulau Pinang juga telah membentangkan Rang Undang-undang Pilihanraya Kerajaan Tempatan pada sidang Dewan Undangan Negeri bagi membolehkan pilihanraya peringkat kerajaan tempatan diadakan. Walaubagaimanapun, sehingga kini Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) masih enggan memberikan kerjasama untuk menguruskan pilihanraya kerajaan tempatan tersebut dan kerajaan negeri sedang menimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap SPR di atas keengganan mereka untuk menguruskan pilihanraya tersebut. Di pihak SPR pula, pihaknya telah memberikan alasan bahawa undang-undang pilihanraya kerajaan tempatan telah dibeku dan dimansuhkan berikutan warta yang dikeluarkan oleh kerajaan persekutuan pada tahun 1976 dan oleh itu pilihanraya kerajaan tempatan hanya dapat dipulihkan jika satu rang undang-undang diusulkan di parlimen. Di negeri Selangor pula, kerajaan negeri tersebut juga telah melancarkan usaha tersebut dengan suatu bentuk pilihanraya kerajaan tempatan secara olok-olok untuk memilih 30 peratus ahli-ahli Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) sebagai suatu langkah awal percubaan. Walaubagaimanapun, pilihanraya kerajaan tempatan ini akan hanya dapat diadakan dengan lebih berjaya selepas PRU13 yang bakal diadakan pada tahun ini. Umumnya, kedua-dua BN dan PR perlu memberikan perhatian yang lebih serius terhadap pilihanraya kerajaan tempatan ini. Proses demokrasi peringkat kerajaan tempatan ini adalah merupakan suatu saluran di mana kehendak harian rakyat jelata perlu diambil kira secara lebih menyeluruh di peringkat politik tempatan. Jikalau rakyat Malaysia memandang langkah pemisahan kuasa politik di antara kerajaan persekutuan dengan kerajaan-kerajaan negeri adalah perlu, ianya juga perlu dilanjutkan ke peringkat kerajaan tempatan. Parti-parti yang kalah dalam pilihanraya peringkat negeri atau persekutuan bolehlah mengekalkan kedudukan relevan dan pengaruh mereka dengan berusaha memenangani kerusi-kerusi di dalam pilihanraya peringkat kerajaan tempatan. Dengan adanya sistem pilihanraya kerajaan tempatan ini, ianya akan dapat membantu parti-parti yang tidak memerintah untuk terus memainkan peranan mereka untuk kepentingan rakyat dan pada masa yang sama mengekalkan kedudukan mereka di mata umum secara relevan serta mengelakkan parti-parti yang memerintah daripada memonopoli sepenuhnya kuasa mutlak untuk memerintah.Malaysia Chronicle | |||
Beku PTPTN: Umno BN amal politik ‘zaman batu’ Posted: 07 Jun 2012 09:58 PM PDT
Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor mengecam tindakan zalim, angkuh dan biadap kerajaan Pusat terhadap pelajar-pelajar baru Universiti Industri Selangor (Unisel) yang ingin memohon pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) hanya kerana disebabkan oleh perbezaan ideologi politik di antara Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional. Hanya disebabkan 'dendam politik' maka Umno dan Barisan Nasional bertindak membekukan pinjaman kepada pelajar-pelajar Unisel tersebut. Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor menganggap 'keseronokan' Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Mohamed Khaled Nordin di atas arahan untuk 'membekukan' pinjaman tersebut dan kenyataan dangkal Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar yang menyatakan bahawa pinjaman tersebut akan hanya disambung sekiranya PKR mengaku salah secara jelas menunjukkan bahawa Umno dan Barisan Nasional mempraktikkan budaya politik 'zaman batu' yang cukup jijik. Hanya kerana dendam kesumat disebabkan perbezaan pandangan politik menyebabkan Umno dan Barisan Nasional hilang pertimbangan kewarasan selaku pemerintah sehingga sanggup untuk menzalimi rakyat sendiri. Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor mengingatkan Umno dan Barisan Nasional bahawa sejarah telah menunjukkan para penzalim akan dibiarkan berleluasa dan berseronok dengan kezaliman yang mereka lakukan sebelum daripada mereka 'dijatuhkan' dengan secara hina oleh Allah Taala tanpa mereka sedari. Dan insyaAllah hasil daripada kezaliman Umno dan Barisan Nasional ini, seluruh rakyat dan para mahasiswa pasti akan bangkit untuk menumbangkan Umno dan Barisan Nasional di dalam pilihanraya umum yang akan datang. Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor turut mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada Tan Sri Datuk Seri Abdul Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor di atas kenyataan beliau yang menyatakan bahawa pihak Unisel akan menggunakan aset mereka untuk membantu menangani kesusahan yang menimpa pelajar-pelajar tersebut sebagai langkah jangka masa pendek. Proses perbincangan dengan pihak kerajaan pusat untuk menyelesaikan masalah ini masih terus dijalankan. Semoga keprihatinan dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor akan dapat meringankan beban pelajar-pelajar Unisel yang dizalimi oleh Umno dan Barisan Nasional. Juga sekalung tahniah diucapkan kepada Ketua Pergerakan Pemuda Umno Malaysia, Khairy Jamaluiddin yang turut tidak bersetuju dengan pembekuan pinjaman PTPTN kepada pelajar Unisel. Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor menasihatkan Umno dan Barisan Nasional supaya berubah kepada politik yang lebih matang dan berhemah serta meninggalkan budaya politik dendam dan fitnah kerana ianya tidak membawa kebaikan kepada pembangunan masyarakat yang bertamadun. Sudah tiba masanya untuk rakyat 'menurunkan' Umno dan barisan nasional daripada tampuk kekuasaan negara kerana mereka kini semakin dikuasai oleh nafsu serakah untuk terus memerintah kerana hendak menjaga kepentingan diri dan kroni semata-mata dan bukan lagi memberikan khidmat untuk keselesaan rakyat seluruhnya. Rakyat perlu memberikan sokongan dan undian kepada Pakatan Rakyat untuk menggantikan Barisan Nasional selaku pemerintah negara bagi merealisasikan pendidikan percuma kepada seluruh rakyat sepertimana yang diperjuangkan oleh Pakatan Rakyat. Hasbullah ialah Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor. | |||
Ikatan dilancarkan secara rasmi, Umno lama jadi pegangan Posted: 07 Jun 2012 09:45 PM PDT Abdul Kadir menegaskan, beliau berpegang kepada semangat perjuangan Umno zaman menuntut kemerdekaan dahulu kerana pemimpin di zaman itu begitu mementingkan perpaduan antara kaum dan agama, yang dilihatnya semakin pudar di bawah kepimpinan kerajaan. "Ikatan hanya menyambung usaha pemimpin Umno terdahulu yang amat mementingkan perpaduan. Isu perpaduan dan agama sekarang ini dilihat menjadi isu yang dimainkan dengan meluas. "Sekarang saya lihat perpaduan dah macam jadi benda kecil. Kami ingin membawa kembali rakyat ke pangkal jalan," kata Abdul Kadir kepada pemberita ketika sidang media selepas pelancaran rasmi hari ini di sini. Bekas timbalan presiden Angkatan Amanah Merdeka (Amanah) itu juga menegaskan, parti barunya itu berjuang berlandaskan isu, malah menolak dakwaan untuk dikaitkan dengan pembangkang. "Kami parti yang berteraskan isu. Memang banyak antara isu yang kami bawa sama seperti PR, tapi ada juga beberapa perkara yang bercanggah. "Kami akan perjuangkan isu," katanya merujuk kepada pembangkang Pakatan Rakyat (PR). Beliau turut menambah," kami bukan "kuasa ketiga." Malah, bekas menteri Kabinet ini juga menegaskan, Ikatan masih belum bersedia untuk bertanding dalam pilihan raya umum ke -13 akan datang, namun dijangka akan menjadi parti terbesar dalam tempoh setahun akan datang dengan anggaran keahlian 500,000 hingga ke sejuta ahli. "Kami tidak akan bertanding pilihan raya umum kali ini. Masa sudah sangat suntuk. Tapi saya yakin kami akan jadi parti terbesar kerana isu kami adalah rakyat Malaysia. "Kami utamakan bangsa Malaysia, bukan untuk mendapatkan kuasa," tegasnya lagi yang tidak menghalang jika ada ahlinya ingin bertanding pilihan raya umum ke-13 kali ini menggunakan tiket parti lain. "Ahli kami ada banyak muka baru, berkelulusan tinggi dan bertanggungjawab. Banyak calon boleh menang, mereka boleh bertanding dengan parti lain jika nak bertanding. "Tapi ada juga pemimpin parti lain yang ingin sertai kami, namun saya tidak boleh mendedahkan identiti mereka," tambahnya. Ditanya kenapa beliau tidak menggunakan Amanah untuk perjuangannya itu, Abdul Kadir menjelaskan Amanah hanyalah sebagai NGO, dan tidak mempunyai kuasa politik. "Amanah turut dibentuk dengan tujuan sama. Tetapi pertubuhan itu adalah NGO, jadi kami buat keputusan untuk keluar Amanah dan bentuk parti politik. "Saya tidak menghalang jika ada ahli Amanah ingin sertai kami. Ramai antara ahli yang mendaftar dengan Ikatan adalah ahli Amanah," katanya dan menambah, "kami tidak akan memaksa mereka sertai Ikatan." Mengulas lanjut berkenaan keengganannya menyertai PR, Abdul Kadir menjelaskan, beliau tidak menyertai PR berikutan parti itu sudah pun mempunyai pemimpin mereka sendiri, dan jika beliau mendaftar, beliau hanya akan menjadi ahli biasa. "Mereka dah banyak pemimpin. Jika saya daftar jadi ahli, hanya jadi ahli biasa sahaja. Dengan ada kuasa, kita boleh rekrut ahli," katanya yang turut memuji kepimpinan PAS sekarang, yang menurutnya "mempunyai nilai serupa seperti Umno suatu ketika dahulu." Ikatan bagaimanapun masih lagi belum menjadi parti yang sah walaupun telah menghantar borang pendaftaran kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) pada 5 Jun lepas. Antara Ahli Jawatankuasa Tertinggi Ikatan adalah Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Mustafa Kamal Maulut, dengan tiga Timbalan Presiden, Ragunath Kesavan, Ong Hock Siew, dan Datuk Seri Bujang Ulis. Pelancaran itu turut dihadiri sekitar 100 jemputan termasuk wakil parti kerajaan dan pembangkang. Pada 19 Mac, Abdul Kadir yang merupakan bekas Menteri Penerangan dan mantan ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, meletak jawatan sebagai ahli Umno selepas 56 tahun dalam parti tersebut. Abdul Kadir hangat diberitakan pada bulan Januari apabila beliau menuduh Umno sebagai memberi sogokan antara RM200 dan RM1,000 kepada pengundi dalam pilihan raya yang lalu. Abdul Kadir yang juga bekas ahli Majlis Tertinggi Umno, bagaimanapun, menafikan bahawa beliau turut menggunakan strategi "bom" bagi memenangi pilihan raya di Kulim-Bandar Baharu yang dipegang oleh beliau sejak tahun 1978. | |||
Gamis kecam beku PTPTN pelajar, tuntut kerajaan mohon maaf Posted: 07 Jun 2012 09:41 PM PDT KUALA LUMPUR — Pertubuhan pelajar, Gagasan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) hari ini mengecam tindakan Kementerian Pengajian Tinggi membekukan pinjaman PTPTN terhadap pelajar tahun satu Universiti Selangor (Unisel). Gamis juga menuntut Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin (gambar), Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Khaled Nordin, dan Pengerusi PTPTN, Datuk Ismail Mohamed Said mengemukakan permohonan maaf kepada Unisel dan kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Selangor atas tindakan tersebut. "Tindakan tersebut jelas sekali menunjukkan sikap tidak bertanggungjawab kerajaan Malaysia dan bercanggah dengan moto 'Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan'. "Dengan peruntukan sejumlah RM43 billion yang diluluskan oleh kerajaan dan hanya RM27.5 billion yang dibayar kepada para peminjam, sepatutnya PTPTN berkemampuan menjalankan fungsinya ke atas semua IPT yang berkaitan tanpa pengecualian ke atas IPT tertentu," jelas kenyataan tersebut. Semalam, dalam respon berhubung pembekuan pinjaman tersebut terhadap pelajar tahun satu Unisel yang mendaftar April lalu, Muhyiddin menyifatkan tindakan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional itu sebagai "adil" kerana ia hanya reaksi kepada dasar PKR. Ahli Parlimen Pagoh itu bagaimanapun berkata tindakan PTPTN itu hanya bersifat sementara waktu. "Dia tangguh, bukan batal, nak periksa dulu. Adil lah. Kalau MB kata tidak perlu ambil, tidak perlu bagi lah," katanya. Gamis sebaliknya melihat KPT atau PTPTN tidak selayaknya menafikan hak para pemohon yang berkelayakan dan memohon dengan mengikut prosedur yang telah ditetapkan. "Apatah lagi tindakan itu dikenakan ke atas. mahasiswa di sebuah IPT berprestij seperti Unisel yang telah terbukti melahirkan ramai graduan berkualiti. "Kegagalan menyediakan pinjaman pengajian tersebut akan merencatkan prestasi akademik para pelajar," jelas kenyataan itu lagi. Gamis turut menambah, "pembekuan pinjaman itu juga dilihat amat jelek kerana menjadikan mahasiswa sebagai mangsa." | |||
Felda wujudkan pasukan khas tangani pembangkang Posted: 07 Jun 2012 09:37 PM PDT Felda akan melaksanakan transformasi secara menyeluruh yang melibatkan warga kerja, peneroka dan keluarga selaras dengan program-program transformasi nasional yang diperkenalkan kerajaan. Untuk itu, Felda akan memberi pengkhususan terhadap pembangunan perniagaan dan sosioekonomi serta penyediaan Rangka Tindakan Inovasi dan Transformasi yang akan merangka hala tuju Felda sehingga 2020. "Peranan kerajaan dalam perniagaan memfokuskan bahawa Felda harus berubah. Kita ada sayap perniagaan, jadi kita tidak ada masa untuk melihat peneroka kalau kita sibuk nak berniaga. "Sebab itu kerajaan perlu lihat pembangunan sosioekonomi peneroka iaitu di Lembaga Felda dan Felda Global Ventures Holdings (FGV) untuk melihat aktiviti perniagaan," kata Timbalan Pengarah Besar (Pembangunan Komuniti) Felda Faizoull Ahmad dalam temu bual eksklusif dengan Bernama hari ini. Beliau berkata rangka tindakan yang telah dirancang sejak 2010 itu menjelaskan lebih lanjut program-program yang akan dijalankan demi mencapai matlamat Felda menjadi sebuah tempat menjana ekonomi bagi kawasan luar bandar dalam tempoh lapan tahun akan datang. Program itu juga memfokus kepada mewujudkan infrastruktur yang baik di tanah-tanah rancangan Felda bagi menarik minat penduduk terutama yang berpotensi untuk menjadi modal insan yang cemerlang untuk kekal menetap di situ serta membantu memajukan kawasan berkenaan. Bagi mendidik masyarakat Felda mengenai transformasi yang dijalankan itu, Faizoull berkata penekanan utama diberikan kepada aspek pendidikan. "Ia memerlukan satu tahap pendidikan untuk memahami transformasi ini. Kita kena didik anak-anak muda melalui sekolah. "Kita bincang dengan Kementerian Pelajaran dan universiti supaya ada satu subjek yang mengajar tentang pengurusan, gaya hidup di tanah rancangan dan mengajar anak-anak muda Felda menjadi satu pasukan yang bersatu padu," katanya. Selain itu, penutur asli juga dibawa dari luar untuk mengajar bahasa Inggeris kepada murid di sekolah kawasan rancangan Felda. "Setiap tahun, kita juga membelanjakan kira-kira RM100 juta bagi pembangunan infrastruktur untuk buka minda peneroka bahawa tidak semestinya berhijrah ke bandar untuk dapat kehidupan yang selesa. "Kita juga mahu bina minda petugas supaya Felda tak jadi organisasi tertutup. Kita tak boleh buat Felda macam hak milik sendiri tapi sebenarnya hak negara. Nanti tak membangunlah, sebab kita tak mahu orang lain beri idea baru dan buat perubahan," katanya. Faizoull berkata walaupun kejayaan Felda membasmi kemiskinan boleh dibanggakan, tetapi apa yang lebih penting adalah untuk terus bergerak maju ke hadapan dan mengajar generasi baru tentang Felda yang sebenarnya. Menurutnya sebuah projek perintis telah dijalankan di Felda Tenggaroh di Mersing, Johor sejak enam bulan lepas bagi melihat keberkesanan rangka tindakan yang dirancang itu, yang merangkumi aktiviti seperti pertanian, pelancongan dan keusahawanan. Ditanya mengenai strategi Felda menangani penyebaran maklumat negatif mengenai Felda oleh pembangkang, Faizoull berkata Felda telah mewujudkan sebuah pasukan khas yang anggotanya terdiri daripada pelbagai latar belakang terutamanya dalam bidang teknologi maklumat. Pasukan itu bertanggungjawab menyiarkan maklumat menyeluruh mengenai tanah-tanah rancangan Felda serta menjawab isu-isu yang dikemukakan secara berhemah dan telus, katanya. "Tapi (pembaharuan) tak boleh jadi dalam sekelip mata. Apa yang penting kita perlu tangani isu-isu dalam Felda itu sendiri terlebih dahulu sebab kita tahu bukan semua boleh terima pembaharuan dengan mudah," katanya.- Bernama | |||
Dokumen sulit: TPM sekali lagi tak mahu ulas Posted: 07 Jun 2012 09:35 PM PDT Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sekali lagi tidak mahu memberi komen tentang soalan berkaitan siasatan pihak Perancis terhadap pembelian kapal selam Scorpene oleh Malaysia. Ditanya apa yang akan dilakukan oleh kerajaan berhubung dakwaan bahawa pihak pendakwa Perancis mendapati dokumen sulit Tentera Laut Malaysia telah dijual, beliau terus menjawab: "Tidak ada komen". Beliau mengulangi jawapan yang sama apabila ditanya sama ada kerajaan akan terus membisu walaupun perkara itu mungkin mengaitkan Perdana Menteri yang merupakan Menteri Pertahanan ketika itu, Datuk Seri Najib Abdul Razak. | |||
ANAK dakwa menteri 'salahguna kuasa' kecualikan Isa Posted: 07 Jun 2012 09:34 PM PDT Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) akan mengemukakan semakan kehakiman ke atas keputusan menteri mengabaikan peruntukan undang-undang dalam isu pelantikan Tan Sri Isa Samad sebagai ahli Koperasi Permodalan Felda (KPF). Pengerusi ANAK Mazlan Aliman berkata tindakan itu akan dijalankan kerana menteri perdagangan dalam negeri dan koperasi Datuk Seri Ismail Sabri didakwa "menyalahgunakan kuasa" dalam tindakannya itu. Menurutnya, Isa tidak memenuhi kelayakan sebagai ahli KPF kerana bekas menteri itu bukan merupakan seorang peneroka atau anggota keluarga kepada peneroka. "Malah, Isa juga bukan seorang kakitangan tetap Felda," katanya lagi yang menambah, ANAK juga akan membuat laporan polis berhubung perkara itu. Mazlan (kiri) bimbang tindakan tersebut akan membolehkan Isa dilantik sebagai pengerusi Koperasi Permodalan Felda yang pada masa ini menentang usaha penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH). "(Isa) akan rombak pengurusan kanan KPF supaya KPF juga masuk dalam penyenaraian FGVH," katanya lagi dalam satu sidang media di pejabat parti PAS hari ini. Mazlan mengesyaki perkara itu akan dijalankan ketika mesyuarat lembaga KPF pada 20 Jun nanti. Turut hadir dalam sidang media hari ini ialah penasihat ekonomi ANAK Dr Rosli Yaakop yang berkata Ismail Sabri tidak boleh mengenepikan undang-undang kecil tersebut sewenang-wenangnya. "Ia hanya boleh dibuat dengan sebab munasabah, contohnya jika KPF berada dalam krisis, tapi koperasi bukan dalam krisis. "Jadi kenapa lantik dan kecualikan Isa Samad daripada undang-undang kecil KPF," katanya lagi. Ismail Sabri pada 5 Jun lalu dilaporkan berkata, menteri berkuasa mengikut Akta Suruhanjaya Koperasi untuk mengecualikan individu tertentu daripada mematuhi kehendak undang-undang kecil KPF. | |||
Kadir: PAS sekarang seperti Umno zaman Tunku Posted: 07 Jun 2012 09:32 PM PDT Presiden penaja Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN) Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir memuji PAS dan menyamakannya seperti Umno sewaktu sewaktu kepimpinan perdana menteri pertama Tunku Abdul Rahman. Katanya, parti yang menggunakan slogan "PAS untuk Semua" itu tidak mengamalkan rasuah serta menghormati agama dan budaya kaum lain. Di samping itu, katanya, PAS menjadikan al-Quran sebagai panduan dan mengambil kira pertimbangan dosa dan pahala dalam tindakan politiknya. "(Perjuangan) Umno masa Tunku Abdul Rahman dengan PAS hari ini serupa. Beliau (Tunku) tidak angkuh, kasih kepada kaum Melayu, Cina dan India. PAS pun hormat agama dan budaya semua kaum," katanya. Bercakap sewaktu menyampaikan ucapan pelancaran (IKATAN) yang diterajuinya, Kadir bagaimanapun berkata pujian itu tidak bermaksud bahawa parti lain tidak baik, tetapi beliau "tidak sempat untuk mengenalinya". Beliau yang juga timbalan presiden Angkatan Amanah Merdeka (AMANAH) berharap IKATAN dapat memberi tumpuan terhadap pembinaan bangsa Malaysia yang bersatu padu, saksama dan bahagia. Diminta menjelaskan pujiannya kemudiannya, Kadir berkata beliau memuji PAS kerana parti itu mempunyai "banyak persamaan" dengan Umno sewaktu dipimpin oleh Tunku Abdul Rahman khususnya soal menghormati kaum dan agama lain. "Saya boleh masuk PAS tapi kawan-kawan saya tak boleh masuk PAS. "Kami percaya untuk membawa rakyat berbilang kaum secara bersama," katanya dalam sidang media selepas menyampaikan ucapannya. Sebelum menubuhkan IKATAN, Kadir sebelum ini dispekulasi akan menyertai salah satu parti dalam Pakatan Rakyat, termasuk PAS. IKATAN yang baru ditubuhkan, antaranya menjadikan semangat perlembagaan dan amanat kemerdekaan Tunku Abdul Rahman sebagai paksi perjuangannya. | |||
Menteri: BERSIH, Belajarlah dari buku 1M'sia Posted: 07 Jun 2012 09:30 PM PDT Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim berkata, peserta perhimpunan BERSIH patut menyemai nilai yang terkandung dalam buku Penyerlahan Nilai-nilai Murni 1Malaysia yang diterbitkan kementeriannya. Pihak yang merusuh dan melakukan keganasan dalam perhimpunan 28 April itu patut diberikan senaskhah buku itu, katanya kepada 400 pegawai kerajaan dan mahasiswa yang menyaksikan pelancarannya di Kuala Lumpur hari ini. Rais berkata, apa yang berlaku bukan sebahagian daripada budaya rakyat Malaysia. Beliau juga menegaskan kemerdekaan negara ini dicapai melalui rundingan dan bukannya melalui kekerasan. | |||
Satu lagi IPT di S'gor berdepan risiko PTPTN dibeku? Posted: 07 Jun 2012 09:25 PM PDT MALAYSIA KINI Ada kemungkinan pembekuan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) terhadap pelajar Universiti Selangor (UNISEL) diperluaskan ke atas sebuah lagi pusat pengajian tinggi di bawah kerajaan negeri Selangor.Dalam satu kenyataan PTPTN semalam mempertahankan keputusannya menghentikan pinjaman kepada UNISEL, badan itu juga menyebut Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS). Katanya, mereka berpendapat bahawa universiti yang ditadbir oleh Selangor, seperti UNISELl dan KUIS perlu bersedia dan komited untuk melaksanakan pendidikan percuma, dan menolak pinjaman PTPTN. Menurutnya, memandangkan kerajaan negeri Selangor komited untuk melaksanakan pendidikan percuma, maka pelajarnya tidak memerlukan pinjaman itu lagi. Ahli Parlimen Umno Kuala Krau Datuk Ismail Mohamed Said adalah pengerusi PTPTN. Dalam kenyataannya yang dilaporkan oleh akhbar Nanyang Siang Pau, PTPTN berkata pembekuan itu dilaksanakan kerana pemimpin Pakatan Rakyat dan kerajaan Selangor telah memperjuangkan idea pendidikan percuma dan menyokong gesaan supaya PTPTN dimansuhkan. | |||
Muhyiddin: 'Adil' untuk PTPTN uji dasar PKR Posted: 07 Jun 2012 09:22 PM PDT Timbalan perdana menteri menyifatkan tindakan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) membekukan pinjaman kepada mahasiswa Universiti Industri Selangor (Unisel) sebagai "adil" kerana ia hanya reaksi kepada dasar PKR. "Dia tangguh, bukan batal, nak periksa dulu. Fair lah. Kalau MB kata tak payah ambik, tak payah bagi lah," kata Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika ditanya berhubung tindakan PTPTN secara 'senyap-senyap' itu. Beliau bagaimanapun menyifatkan soalan pemberita itu sebagai "very malicious" (sangat berniat jahat). "Your question is very malicious (Soalan kamu sangat berniat jahat). Jangan hala ke situ, saya fikir semua media sini tahu," katanya lagi. Diasak lagi kenapa universiti milik kerajaan negeri pimpinan Pakatan Rakyat itu tidak dimaklumkan, Muhyiddin hanya menjawab: "Tak apalah. Dia kaji dulu." Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengesahkan PTPTN membekukan pinjaman kepada mahasiswa Unisel milik kerajaan Selangor. Pembekuan itu bertujuan memberi peluang kepada Pakatan Rakyat membuktikan mereka mampu memberikan pendidikan percuma di negeri itu, lapor Utusan Malaysia. | |||
Nurul Izzah fail usul Scorpene di Parlimen Posted: 07 Jun 2012 09:19 PM PDT MALAYSIA KINI Anggota parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar hari ini memohon Parlimen membincang isu dakwaan penjualan dokumen sulit kerajaan kepada sebuah syarikat pertahanan Perancis.Dalam suratnya kepada Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia, Nurul Izzah mencadangkannya menurut Peraturan Mesyuarat 18(1) dan (2) dengan tujuan merundingkan perkara yang melibatkan kepentingan umum. "Saya memohon agar dewan yang mulia membincangkan serta merta perkara ini yang melibatkan rahsia pertahanan negara dan perkara ini perlu dibahaskan dan diperjelaskan kepada rakyat Malaysia," suratnya dipetik. Sebelum ini, dokumen yang sangat sulit - penilaian Tentera Laut Malaysia terhadap kapal selam kelas Scorpene yang akan dibeli oleh kerajaan - didakwa telah "dibeli" oleh sebuah syarikat pertahanan Perancis. Peguam Perancis Joseph Breham, yang mewakili NGO hak asasi manusia Suaram mendakwa, syarikat berkenaan didakwa membayar 36 juta euro (RM142 juta) kepada Terasasi (Hong Kong) Ltd, kononnya untuk kerja-kerja "kejuruteraan komersial". Breham berkata hakim siasatan Perancis yang menyiasat kes yang difailkan terhadap syarikat pembuat kapal Perancis DCNS, atas dakwaan rasuah, mahu tahu tujuan bayaran itu dan meminta laporan transaksi kewangan daripadanya. Dalam suratnya hari ini, Nurul Izzah juga berkata, pendedahan itu perlu diperjelaskan kepada kerana dakwaan itu serius dan melibatkan rahsia pertahanan negara. "Dewan Yang Mulia ini juga tidak pernah dimaklumkan berkenaan dengan peranan Terasasi dan juga peranan yang dimainkan Abdul Razak Baginda dalam transaksi yang melibatkan kertas penilaian Scorpene," menurut suratnya lagi. |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan