ALHUSSEYN |
Beli Wakil Rakyat : Tak Sebut Nama Pun Sudah Terasa Baunya .... Posted: 08 Jun 2012 01:00 AM PDT ![]() "Sejak 2008, saya sudah senaraikan beberapa orang yang mahu saya keluar parti, sehingga sanggup menunggu berjam-jam di luar rumah saya. Mereka letak kereta di depan rumah saya. "Hari ini, Exco Kerajaan Negeri Perak seorang wanita, saya tidak mahu beritahu namanya, tapi jika dia cabar saya, saya akan sebut semua nama dalam senarai saya yang datang ke rumah dan pejabat saya di Kapar. Semua saya ada," jelas beliau lagi. Baca di sini ![]() |
Seorang Aktivis Umno bahagian Gopeng Muncul Diatas Pentas Ceramah PR Posted: 07 Jun 2012 06:45 PM PDT ![]() Seorang aktivis Umno bahagian Gopeng telah muncul atas pentas ceramah mendedahkan beberapa perkara mengenai kepincangan Umno Gopeng. Buat masa ini, saya tidak mahu mendedahkan siapa individu tersebut hingga disuatu masa yang sesuai nanti, insya' Allah. Cukuplah sekadar memaparkan wajahnya di sini (berbaju putih, bersama YDP Kawasan, Hj Rahim). Perkara ini tentunya akan membuat Hamidah BP semakin meroyan kerana banyak perkara mengenai Hamidah BP akan dibongkar! Siaplah kau Hamidah! Hangitlah kau dibuatnya nanti! ![]() Rata-rata yang hadir adalah peminat fanatik Aishah, terutamanya para suri rumah yang sebelum ini jarang keluar untuk mendengar ceramah politik. Namun kerana adanya Aishah, mereka ini beramai-ramai datang untuk menemuinya. Inilah tarikan istimewa Aishah yang mampu mengimbau ramai peminatnya untuk bernostalgia bersamanya. ![]() Kesian melihatkan keadaan karaoke Hamidah Osman @ Hamidah BP yang berlangsung longlai bersebelahan. Tidak ramai yang hadir. Lihatlah gambar karaoke Hamidah BP yang diadakan sempena malam Jumaat tadi ... ![]() Ustaz Huri Alias telah memulakan majlis dengan lagu-lagu ketuhanan menggersik sanubari mereka yang menghayati senikatanya. Antara kata-kata yang memukau pendengar ialah :
![]() Ust Radzi telah menyingkap pembohongan Hamidah BP yang menyibarkan fitnah mengenai sekolah agama rakyat. Anda boleh baca mengenainya di sini . Memang Hamidah BP ni seorang pemfitnah yang tegar! Budak-budaknya pun samseng Kampung Dusun. Lihatlah apa yang diaorang lakukan kepada horn speaker ceramah kami malam tadi sebagai melepaskan perasaan marah kerana karaoke mereka tidak mendapat sambutan. Bak kata pepatah, tak dapat tanduk, telinga dipulas! ![]() |
You are subscribed to email updates from al-Husseyn To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan