DIALOG RAKYAT |
- Kelembapan ekonomi, reformasi perlahan akan gugat populariti BN
- SPR: Penamaan calon PRU13 selesai awal
- NGO bergabung jadi pemerhati PRU13
- Umno paksa warga emas berlakon keluar PAS
- Skandal Wang Asing BNM 1992-93: Ziarah Semula
- MPM: Rakyat Selangor tak perlu layan pemeriksaan daftar pengundi PKR
- Pelajar UiTM Khalid dibicara Jumaat ini
- Majlis peguam perlu respons sebelum 14 Jun berhubung EGM
- Kes Adun Sri Muda, tunggu Mahkamah Rayuan
- Kerana Takut Terpaksa Buat Gimik: 688 Ahli Pas Sertai Umno: Fauzi Tanding Larut?
- Isu WWW1 : No Plat Dimenangi Sultan Johor RM520,000! Dedah? @ Sembunyikan @ Tutup Terus?
- Rebet Cukai Taksiran Bagi Rumah Mesra Alam Di PJ
- Isu Sampah: Selangor Selamatkan RM100 Juta Duit Rakyat
- Penjenayah Scorpene kebal tindakan undang2
- Najib tak malu perlekeh Pakatan Rakyat kemudian ciplak
- BEBAL MUHYIDDIN DAN MAHATHIR TIDAK JAUH BEZANYA
- MCA dan MIC kuda tunggangan UMNO sejak Merdeka
- Pengundi Johor bakal cetus ‘tsunami’ politik kedua
- Rais & Muhyiddin jadi ‘perawi’ Mahathir
- 18 Sertai Ekspedisi Memancing Hilang Di Laut China Selatan
- Bersih 3.0: Empat Mohon Bicara
- Macam nak pergi medan perang
- Tampil kemuka rakaman video
- Nurul Izzah bahas usul tergempar penjualan dokumen rahsia negara berkaitan Scorpene
- Tiada pilihan lain kecuali UBAH untuk kebaikan kita bersama
Kelembapan ekonomi, reformasi perlahan akan gugat populariti BN Posted: 05 Jun 2012 02:42 AM PDT MALAYSIA CHRONICLE KUALA LUMPUR, — Kelewatan melakukan pilihan raya mungkin menyebabkan penurunan sokongan pengundi terhadap Barisan Nasional (BN) dengan krisis hutang di Eropah, menjadikannya lebih sukar untuk BN melaksanakan pemberian wang tunai untuk meraih populariti, kata penganalisis. Pentadbiran Najib (gambar) melambat-lambatkan proses transformasi perundangan, dan ekonomi akan mengakibatkan penurunan sokongan daripada kumpulan minoriti Cina dan India berdasarkan kaji selidik Merdeka Center. "Tangguhkan pilihan raya akan mengeruhkan keadaan. Perlu diingat, ada krisis di Eropah, dan ia mungkin akan melibatkan Malaysia," kata Faisal Hariz, penganalisis politik dari Kuching kepada The Malaysian Insider. Pakar ekonomi beranggapan penyingkiran Greece daripada Kesatuan Eropah (EU) akan menurunkan perkembangan China kepada 6.4 peratus tahun ini daripada 9.2 peratus pada 2011. Malaysia bersama dengan negara Asia yang lain telah meningkatkan perdagangan dengan China sejak bertahun lalu dan gergasi Asia itu kini merupakan rakan dagang terbesar. Spekulasi menjangkakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mungkin akan mengumumkan pilihan raya dilaksanakan selepas membentangkan Bajet 2013 pada 28 September, sebulan selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri. Kemungkinan pilihan raya paling awal adalah pada 21 Julai apabila bulan Ramadhan bermula. Pentadbiran Najib telah membelanjakan rakyat apabila memberikan imbuhan tinggi kepada kakitangan awam dengan peningkatan kos sara hidup, memberikan voucher buku kepada pelajar, dan RM500 kepada keluarga berpendapatan rendah di bawah program Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M), yang menyaksikan sokongan Najib melonjak. "Pemberian-pemberian seperti itu hanya akan menjadi gangguan daripada isu pokok bagaimana negara ini di bentuk dan sama ada ianya transformasi yang sebenar atau tidak. "Kerajaan boleh menambah lebih banyak dalam bajet akan datang, namun sokongan pengundi Melayu mungkin sudah berada di kemuncak," kata pensyarah politik dan hubungan antarabangsa ini. Beliau menjelaskan, kaji selidik Merdeka Center menunjukkan 79 peratus pengundi Melayu berpuas hati dengan Najib, meningkat daripada 74 peratus pada Febuari. Namun pensyarah Universiti Sarawak itu berkata terdapat "peningkatan ketara dalam sokongan terhadap pembangkang dalam kalangan Melayu walaupun bantuan diberikan, akan menyokong PR." "Sebelum subsidi "feel-good faktor" kerajaan perlu melaksanakan PRU. Jika BN tunggu lebih lama, ia akan kehilangan undi Melayu kerana faktor itu semakin susut," kata Faisal. Beliau berkata pengundi bukan Melayu melihat kerajaan kekurangan keupayaan politik untuk melaksanakan transformasi. Beliau menjelaskan pentadbiran Najib dilihat berundur ke belakang apabila mengenakan polisi yang mengutamakan Bumiputera di bawah Model Ekonomi Baru (NEM). Keengganan kerajaan untuk membebaskan tahanan di Kem Kamunting di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) walaupun telah memansuhkan akta tersebut turut mengurangkan sokongan pengundi. Faisal menjelaskan kerajaan juga bertindak "ganas" apabila mengambil tindakan terhadap perusuh pada perhimpunan 28 April menurunkan sokongan pengundi China yang rata-ratanya merupakan pengundi bandar. Seorang penganalisis politik lain, James Chin, berkata," masyarakat India telah mula kembali kepada PR." Beliau menjelaskan kaji selidik Merdeka Center mendapati 72 peratus masyarakat India berpuas hati dengan Najib berbanding 80 peratus pada Febuari, turun lapan peratus dalam masa tiga bulan. Beliau menambah penurunan itu daripada penyokong setia India BN berpindah kepada Pakatan Rakyat (PR) berikutan kekecewaan terhadap BN dalam menangani isu mereka. "Ia mungkin disebabkan program kerajaan untuk komuniti India tidak berhasil," kata pensyarah di Sunway Monash University ini, dan memberikan contoh masyarakat India yang tiada kerakyatan. Wan Saiful Wan Jan, pengasas "think-tank" Institute for Democracy and Economic Affairs (IDEAS) turut menggesa pilihan raya dilaksanakan secepat mungkin. Beliau berkata adalah sukar BN akan menarik undi pengundi atas pagar dengan keadaan ekonomi yang perlahan dan pengundi telah membuat keputusan. "Fakto utama Melayu kembali kepada BN adalah ketakutan hilangnya kuasa politik. Strategi seperti ini dilihat berhasil. "Strategi menunggu ini akan menguntungkan PR kerana mereka boleh mendedahkan lebih banyak skandal dan tuduhan kerajaan tidak menjalankan tugas," kata Wan Saiful said. Beliau memberi amaran sokongan BN akan pudar jika pilihan raya dilewatkan. "Saya tidak rasa Najib akan beroleh kemenangan dua pertiga majoriti. Rating Najib tidak akan diterjemahkan kepada undi. Mungkin kepada beliau secara peribadi, bukan untuk Umno," katanya.--The Malaysian Insider | ||
SPR: Penamaan calon PRU13 selesai awal Posted: 05 Jun 2012 02:23 AM PDT KUALA TERENGGANU - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjangka proses penamaan calon pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan selesai menjelang 10.30 pagi susulan pemansuhan proses pamer dan bantah. Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar berkata, tanpa proses itu, tugas memastikan calon yang mahu bertanding bersih dan layak terletak pada pegawai pengurus pilihan raya. "Dengan pemansuhan ini, kita jangka penerimaan kertas pencalonan amat awal, sekitar pukul 9 hingga 10 pagi berbanding sehingga tengah hari pada PRU sebelum ini. "Oleh itu, nama-nama calon ini dijangka diisytiharkan menjelang 10.30 pagi dan tempoh bertugas SPR menjadi singkat, namun harus diingatkan tanggungjawab kita akan meningkat sebab semua kuasa terletak kepada pegawai pengurus," katanya ketika berucap pada taklimat pilihan raya umum ke-13 bagi pegawai pengurus dan penolong pegawai pengurus negeri Terengganu, di sini hari ini. Beliau juga menjangka SPR berdepan cabaran yang lebih hebat pada pilihan raya umum akan datang susulan beberapa peraturan baru yang dikuatkuasa kali ini. - Bernama | ||
NGO bergabung jadi pemerhati PRU13 Posted: 05 Jun 2012 02:21 AM PDT SHAH ALAM - Enam pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bakal bergabung menjadi satu pasukan pemerhati dalam negeri pada pilihan Raya Umum (PRU) ke -13, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof. Katanya, perbincangan bersama NGO terbabit telah dilakukan oleh satu jawatankuasa yang dilantik dipengerusikan Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar. Menurutnya, pemilihan NGO itu menepati etika dan syarat-syarat yang ditetapkan sebagai pemerhati, antaranya mereka tidak berpihak kepada parti politik, tidak mengganggu proses pilihan raya dan menghantar laporan secepat mungkin kepada SPR. "Penggabungan itu kelak memudahkan mereka sebagai satu pasukan dan menjadi pemerhati di 222 buah kawasan Parlimen seluruh negara. "Secara asasnya mereka telah bersetuju untuk bergabung, namun perbincangan dalam sedikit masa lagi untuk menentukan kawasan pemerhati, " katanya kepada Sinar Harian, semalam. Namun Abdul Aziz enggan mendedahkan nama NGO terbabit kerana perbincangan masih dilakukan. Abdul Aziz berkata, selain pemerhati dalam negeri, SPR juga telah menjemput negara luar sebagai pemerhati antarabangsa. "Malaysia sering kali menjadi pemerhati asing di negara luar seperti Indonesia, Thailand, Bosnia dan beberapa buah negara lagi. Justeru, SPR telah menjemput mereka menjadi pemerhati pada PRU kali ini, namun keputusan muktamad masih belum lagi diperoleh," katanya. Katanya, pemerhati dari luar negara juga perlu menepati etika dan syarat ditetapkan, dengan tidak berpihak dengan parti politik dan tidak campur tangan dalam proses pilihan raya. Abdul Aziz ketika ditanya akan inisiatif Suruhanjaya Hak Asasi manusia (Suhakam) menjadi pemerhati pada PRU kali ini, beliau menjelaskan perlunya perbincangan dilakukan terlebih dahulu. | ||
Umno paksa warga emas berlakon keluar PAS Posted: 05 Jun 2012 02:19 AM PDT MALAYSIA CHRONICLE LARUT-Seorang warga emas Mohd Sulaiman Abd Wahab mendakwa dirinya menjadi mangsa dipergunakan Umno BN dalam drama '688 ahli PAS masuk Umno' di Larut kelmarin. Beliau yang lebih dikenali sebagai Pak Su Mat ketika menerima kunjungan Dewan Pemuda PAS Larut semalam berkata, sebenarnya hanya dua orang sahaja yang menyertai Umno bukannya 688 seperti yang dilaporkan media Umno. "Saya hanya dipergunakan untuk kepentingan nafsu serakah Umno. "Memang wujud ahli PAS di sini menyertai Umno, tetapi hanya 2 orang, bukannya 688 seperti yang dilaporkan," katanya mendedahkan perkara sebenar. Malah, Pak Su Mat turut mempelawa PAS kawasan Larut agar menganjurkan satu ceramah dirumahnya bagi membongkarkan pembohongan Umno tersebut. Kediamannya pula hanya bersebelahan dengan kediaman Abdul Wahab Mahmud, tempat berlangsungnya lakonan majlis penyerahan borang 688 ahli PAS menyertai Umno itu. Sementara itu Ketua Penerangan PAS Larut, Mohd Akmal Kamaruddin berkata drama malam kelmarin itu adalah pembohongan terancang Umno dan pengulangan skrip lama bagi tujuan meraih sokongan masyarakat di sini terhadap parti itu. "Ini adalah kali ketiga mereka membuat pembohongan serupa, mungkin disebabkan mereka berasa cemas dan tergugat setelah melihat momentum sokongan masyarakat di sini terhadap PAS dan Pakatan Rakyat yang semakin meningkat," katanya. Menurut Akmal lagi, pihaknya telah membuat semakan di setiap cawangan dan mendapati tidak wujud sejumlah yang dinyatakan bertindak keluar parti. Beliau turut membuat cabaran kepada Umno bahagian Larut agar mengemukakan bukti kukuh seperti sijil atau nombor keahlian kesemua 688 ahli PAS seperti yang dinyatakan bagi membuktikan kesahihan dakwaan tersebut. Sebelum ini cabaran yang sama pernah dibuat beliau kepada Umno bahagian Larut apabila laporan akhbar Sinar Harian bertarikh 18 April 2012 melaporkan 360 ahli PAS di kawasan ini bertindak keluar parti,namun sehingga ke hari ini cabaran tersebut tidak diendahkan mereka. "Yang sebetulnya bukan ahli PAS menyertai Umno, tetapi ahli Umno yang menyertai Umno. Semuanya hanyalah lakonan semata-mata," ujar Akmal lagi.-Harakahdaily | ||
Skandal Wang Asing BNM 1992-93: Ziarah Semula Posted: 05 Jun 2012 02:17 AM PDT MALAYSIA CHRONICLE Pada hari Rabu, 30 Mei 2012, awal pagi, saya menerima satu pesanan ringkas yang berbunyi: "Salam Dr. Rosli. Kaifahal? Saya Syed Mikael dari Penang Institute. Berhajat besar utk menjemput tuan hadir memberi pdgn dlm satu forum khas bertajuk "Bank Negara Forex Scandal: When Government Becomes Speculator." Forum ini bakal diadakan pada 2.30 ptg, Sabtu ini 2 Jun 2012 di Dewan Sri Pinang, Padang Kota Lama, Pulau Pinang. Selain tuan, CM Lim Guan Eng dan DS Anwar Ibrahim turut jd panelis. Ini adalah permintaan pribadi DSAI kpd tuan. Harap dapat hadir." Keempat, masa yang ada memang suntuk dan amat sukar bagi saya untuk membuat persediaan, tambahan lagi, ini bukan subjek yang mudah. Kelima, maudhu' yang akan dibicarakan sudah lama saya tinggalkan. Kali terakhir saya berbicara mengenainya ialah pada April 2006 bila pemberita akhbar Malaysiakini menemubual saya mengenainya. Betul, saya ada menulis mengenainya tetapi saya kena mentelaah kembali tulisan-tulisan itu kerana banyak perinciannya yang saya telah lupa. Keputusan saya: saya kena tolak undangan. Namun, hati saya terus berbolakbalik di antara hendak kata ia atau tidak. Saya akhirnya menalipon Syed Mikael menyatakan, dengan hati yang berat dan rasa terbeban, "setuju." Perkiraan saya ialah saya memang akan ke utara dan program mingguan di Rembau pun telah dibatalkan kerana ramai ahli yang akan ke Kedah menyertai perhimpuan hijau dan setelah berjanji kepada ibu, saya akan berada di Rembau pada pagi Ahad itu, Insya Allah. Saya dan isteri ke Pulau Pinang pada hari Khamis 31 Mei bertolak dari Subang Jaya pada pukul 5 pagi dan sampai di Pulau Pinang pada pukul 8.30 pagi. Kami menginap di Hotel Equitorial. Berbekalkan sedikit maklumat yang saya telah kumpulkan sebelum bertolak, saya memerapkan diri di bilik hotel, mentelalah bahan yang saya bawa dan melayari internet untuk bahan tambahan dalam menyediakan satu power point presentation untuk dibentangkan di dalam forum. Isteri saya merungut kerana saya tidak membawa beliau bersiar-siar di Pulau Pinang. Hendak menziarahi saudara mara pun terpaksa dilupakan. Dia reda sedikit bila pada sebelah senjanya, kami keluar makan malam di restoran Pak Su di Sungai Dua dan makan durian dari dusun Pak Su sendiri yang turut dijaja di situ. Kembali ke hotel saya terus menyambung kerja hingga lewat malam. Sesudah subuh, hari Jumaat, 1 Jun, dalam hujan yang lebat, kami memandu kereta ke Alor Setar. Program di Alor Setar memang menyemarakkan semangat perjuang tetapi meletihkan. Bila kembali dari Alor Setar pada dinihari, Sabtu 2 Jun, saya menginap di Hotel Penaga, di Hutton Lane. Se awal selepas sembahyang subuh, saya menyambung kerja menyiapkan ppp. Ianya siap pada pukul 12.30 petang dan terus saya emelkan kepada Syed Mikael kerana saya telah berjanji akan emel kepada beliau pada sebelah pagi. Saya terlewat. Saya tiba di Dewan Sri Pinang pada pukul 2.00 petang. Forum bermula pada kira-kira pukul 3.30 petang kerana DSAI yang berkereta dari Kuala Lumpur terperangkap di dalam kesesakan lalu lintas di Lebuhraya Utara-Selatan. Perjalanan mengambil masa lima setengah jam berbanding 3-4 jam jika tiada kesesakan. Kepada kira-kira 400 hadirin dan hadirat di majlis forum itu saya memberitahu ada sekurang-kurang lapan isu utama yang mengundang jawapan berkaitan dengan tajuk forum itu (forum diadakan dalam Bahasa Inggeris). Saya kongsi isu-isu dan jawapan yang saya kemukakan di forum itu dengan pembaca Harakah. Pertama, wajarkah Bank Negara Malaysia (BNM) berspekulasi di pasaran pertukaran wang asing? Tidak. BNM tidak boleh sama sekali terlibat di dalam kegiatan spekulasi di dalam pasaran wang kerana risiko kerugian daripada kegiatan ini amat tinggi. Fungsi sebenar BNM adalah sebaliknya, iaitu, memerangi kegiatan spekulasi. Di dalam pasaran pertukaran wang asing khususnya, fungsi teras BNM ialah menjaga dan melindungi nilai Ringgit Malaysia (MYR) berbanding nilai matawang asing khususnya matawang rakan dagang utama negara seperti Dolar Amerika (USD), Ringgit Singapura, Paun British (GBP), Deutch Mark (DM), Yen, Swiss Franc, French Franc dan sebagainya. BNM mesti melindungi MYR dari serangan spekulatif dan menjaga nilai pertukaran MRY supaya sentiasa stabil dan pasaran wang setiasa cukup kecairan. Kedua, bilakah BNM mula terlibat di dalam kegiatan spekulasi di dalam pasaran pertukaran wang asing? BNM mula melibatkan diri di dalam kegiatan spekulasi di pasaran pertukaran wang apabila Tan Sri Jaffar Hussien (arwah) dilantik Gabenor pada tahun 1985. Gabenor-Gabenor sebelum beliau – Tun Ismail Ali (arwah) dan Tan Sri Aziz Taha (meletak jawatan) – semuanya menentang kegiatan spekulasi matawang. Malah, mereka sentiasa mempertahankan BNM sebagai badan yang harus bebas dari campur tangan pemerintahan. Kerana tidak rela dijadikan "budak suruhan" kepada Menteri Kewangan yang mengarahkan Tan Sri Aziz berbuat sesuatu yang bertentangan dengan prinsip dan etika bank pusat, beliau memilih meletakkan jawatan. Mungkin, antaranya, beliau enggan berspekulasi di pasaran wang asing. Isyarat bahawa BNM akan bersepekulasi di pasaran pertukaran wang asing disebut di dalam satu syarahan yang disampaikan oleh TSJH di Delhi dalam tahun 1989. Beliau menyebut bahawa beliau telah menambahkan dimensi ketiga dan keempat kepada pengurusan rizab BNM, iaitu, mengoptimamkan keuntungan dan membangunkan kemahiran berurusniaga di dalam pasaran wang asing. Sebelum ini, teras utama pengurusan rizab adalah menjaga dan melindunigi nilai MYR dan mengekalkan kecairan di dalam pasaran. Sejak dari itu bermulalah penglibatan BNM dalam kegiatan spekulasi di pasaran wang asing dalam skala besar dengan tujuan menjana keuntangan maksimam sehingga mengkesampingkan teras utama pengurusan rizab. BNM bukan lagi berspekulasi di dalam pasaran untuk menjaga nilai ringgit tetapi berjudi dengan harapan mendapat untung besar dan segera. Bila ada pihak yang bertanya kenapa BNM berspekulasi secara besar-besaran sedangkan tidak ada mana-mana bank pusat yang berbuat demikian, maka TSJH sering memberi alasan "untuk mempertahankan nilai ringgit dan mengawal inflasi." Ini terbukti falsu kemudiannya apabila kerugian besar akibat berjudi terdedah dan nilai pertukaran asing MYR merudum dalam tahun 1997-98 diserang spekulator. Ketiga, Berapa besar dana digunakan BNM untuk berjudi di dalam pasaran pertukaran asing? Kerana ketiadaan penyiasatan, jumlah dana terlibat sukar diperinci. Tetapi, pakar-pakar pasaran memang mengetahui bahawa pada satu ketika BNM (sebelum skandal terdedah) adalah pemain terbesar di dalam pasaran pertukaran wang asing di dunia. Lawannya hanyalah George Soros, "penyangak matawang." Akhbar Reuter pernah melaporkan bahawa BNM adalah "sebuah kuasa yang dominan di dalam pasaran pertukaran wang sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Bahawa, BNM telah menjana keuntungan yang agak lumayan dari kegiatan itu sejak sebelum tahun 1992-93, telah mendorong BNM untuk bermain di dalam pasaran pertukran asing dalam skala yang semakin besar." Pedagang-pedagang matawang asing biasanya berjual beli dalam lot USD1 juta, USD5 juta dan paling tinggi USD 10 juta. Tetapi BNM berniaga dalam lot USD 50 juta dan kadang-kadang dalam lot USD1 bilion (dalam istilah pasaran, ini dipanggil satu ela) dalam sehari. Amat jarang sekali peniaga matawang asing berjual beli dalam lot yang besar. Penanding yang paling hampir kepada BNM dalam kegiatan jual beli di dalam pasaran pertukaran asing ini ialah pengurus-pengurus dana Jepun. Itu pun mereka berani bermain paling tinggi dalam lot USD50 juta dan setakat sekali atau dua kali setahun. BNM bermain dalam lot-lot besar ini setiap hari. Ertinya, BNM memang berjudi di dalam pasaran, satu aktiviti yang tidak ada kena-mengena langsung dengan fungsi "mempertahankan nilai ringgit dan mengawal inflasi." Strategi BNM ialah membeli dahulu sesuatu matang wang dalam jumlah beberapa bilion USD dan setelah urusan pertama ini selesai (selang beberapa minit sahaja), ia akan membeli beberapa billion USD lagi. Ini menjana kejutan di dalam pasaran dan pedgang-pedagang lain menjadi panik dan akan tergesa-gesa membeli matawang berkenanan. Akibatnya, harga akan naik dan ketika itulah BNM menjual pegangannya dan menjana keuntungan lumayan. Akhirnya, pedagang-pedagang lain akan tahu helah ini dan bila mereka tahu, mereka akan bertindak balas. Maka bertemulah buku dengan ruas. Dalam tahun 1992, BNM berjudi di dalam Paun British (GBP). Ia membeli dengan jangkaan GPB akan naik nilai. Pada masa yang sama, George Soros membuat "short selling" ke atas GBP (jual dulu dan beli kemudian) kerana dia menjangka nilai GBP akan jatuh di masa hadapan. Jangkaan soros tepat. Nilai GBP jatuh. BNM rugi USD5.5 bilion dan Soros untung USD1.7 bilion. TSJH berbohong dengan mengumumkan bahawa BNM hanya rugi di atas kertas sebanyak RM9.3 bilion. Hanya kemudian (dalam tahun 1993) beliau mengakui BNM rugi RM10.1 bilion. Pakar-pakar membuat anggaran bahawa kerugian sebesar itu hanya boleh terjadi kalau BNM berspekulasi dalam pasaran sebanyak US27-33 bilion. Jumlah ini 5 kali ganda jumlah rizab BNM pada masa itu dan lebih besar dari nilai asset BNM, iaitu, USD20.7 bilion ketika itu, bermakna BNM sudah bankrap. Ini bukan hendak menjaga nilai ringgit dan mengawal inflasi, ini berjudi sakan. Perjudian BNM di dalam pasaran pertukaran wang asing ini telah dikesan oleh bank pusat Amerika (Federal Reserve Bank) dan Gabenornya pada masa itu, Alan Greenspan telah menggesa BNM menghentikan segera perbuatan itu. Tetapi, BNM buat pekak badak. Ia terus bermain judi dan akhirnya rugi besar lagi dalam tahun 1993. Akhbar "Malaysia Business" melaporkan bahawa pada kemuncaknya, BNM pernah berspekulasi di dalam pasaran pertukaran wang asing sehingga RM270 bilion (USD90-100 bilion). Pedagang-pedagang matawang asing BNM amat agresif dan digelar "pembuli pasaran" (market bully). Mereka seolah-oleh diberi oleh bos mereka cek kosong, berbelanja ikut suka. Yang sebenarnya, yang berjudi itu seorang sahaja, iaitu Nor Mohamed Yakcop. Khabarnya (berita yang hangat di kalangan kakitangan BNM), apa yang beliau buat ialah beliau berjual beli menggunakan komputer orang lain - pegawai-pegawai di bawah beliau. Beliau akan bergerak dari satu komputer ke satu komputer sehingga pasaran melihat BNM mempunyai ramai pedagang matawang asing yang agresif walhal yang agresif hanya seoarng sahaja. Beliau selalu datang mesyuarat lambat dan ketika mesyuarat sedang berjalan, keluar pergi ke kamar dagangan (dealing room). Beliau membuat laporan palsu kepada Gabenor tetapi kerana dia licik, maka Gebenor percaya semua laporan sehinggalah "nasi telah menjadi bubur" barulah Gabenor sedar orang yang dipercayainya selama ini telah bermain kayu tiga dengan beliau, buat cerita dongeng. Keempat, berapa besarkah kerugian yang ditanggung BNM akibat dari perjudian itu? Memang sukar diketahui dengan tepat tanpa penyiasatan. YB Lim Kit Siang pernah menyebut di parlimen bahawa jumlah kesemua kerugian ialah RM30 bilion, satu jumlah yang amat menggerunkan. Inilah jumlah kerugian yang paling kerap disebut di kalangan pemain pasaran. BNM mengakui kerugian sebanyak RM10.1 bilion dalam tahun 1992 dan RM5.7 bilion dalam tahun 1993. Jumlahnya RM15.8 bilion, kira-kira setengah dari anggaran pakar. Jumlah yang diakui oleh BNM itu memang secara muslihat direndahkan. Sebahagian kerugian itu disorokkan melalui menilai semula pegangan emas BNM pada harga pasaran yang telah menjadi lebih tinggi berbanding harga mula-mula ia dibeli dan menilai pelaburan BNM dalam saham tersenarai dan beberapa lagi harta yang lain. BNM juga menggunakan "creative accounting" bagi menyorok kerugian. Kerugian telah ditukarkan menjadi "harta" dengan mencipta istilah baru perakaunan, iaitu, "deferred expenditure" atau "perbelanjaan tertunda" – wang telah dibelanjakan dahulu tetapi akan dibayar secara ansuran kemudian. Ini adalah penipuan. TSJH, seorang akauntan bertauliah, telah menderhakai profesyen beliau sendiri. Kelima, siapakah yang bertangungjawab di atas kerugian? BNM berjudi sakan di pasaran pertukaran matawang asing semasa Tun Daim Zainuddin (TDZ) menjadi Menteri Kewangan. Semua orang maklum, TDZ ini seorang spekulator besar dalam pasaran saham. Beliau menjana kekayaan melalui spekulasi di pasaran saham. Dengan nada angkuh beliau pernah dilaporkan berkata: "Apa yang saya jana di pasaran saham itu hanyalah duit poket saya." Diyakini bahawa arahan "pergi buat duit di pasaran pertukaran asing" kepada BNM datangnya dari TDZ dan tentunya direstui oleh Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad (TMM). Umum mengetahui kedua-dua mereka rapat, bagaikan isu dengan kuku. Arahan itu dilaksanakan kerana BNM memiliki seorang Gabenor yang berwatak "Yes Man" bukan macam Tun Ismail Ali dan Tan Sri Aziz Taha. Harus diingat TDZ – kerana gagal menundukkan Tan Sri Aziz Taha dengan arahan tidak munasabah - telah berjaya menekan Tan Sri Aziz sehingga beliau meletak jawatan. Gabenor TSJH pula mempunyai "Yes Man" lapisan kedua, iaitu, Nor Mohamed Yakcop. Pada peringkat BNM, kerugian gergasi ini adalah tanggungjawab TSJH dan Nor Mohamed Yakcop sepenuhnya. Mereka, walaubagaimana pun mengambil arahan daripada dan membuat laporan terus kepada TDZ dan TMM mengenai permainan mereka di pasaran matawang ini. Pegawai tinggi BNM yang lain tidak tahu apa-apa. Timbalan Gabenor pada masa itu, Tan Sri Dr. Lin See Yan diketepikan. Sesungguhnya, mereka berdua telah terpesong jauh dari batasan (went overboard) dalam memperjudikan harta BNM di pasaran pertukaran asing. Mereka bukan berspekulasi tetapi berjudi secara cuai dan tidak bertanggung jawab dengan tidak mengendahkan langsung tentang keselamatan harta BNM dan harta negara. Mungkin mereka bernafsu besar untuk mengalahkan Goerge Soros yang dikenali sebagai "raja perompak" (robber baron) itu bertujuan memenangi hati bos mereka bahawa mereka mempunyai kepakaran tanpa tolok banding di dalam urusniaga matawang asing. Jadi, empat orang adalah orang yang harus dipertanggungjawabkan sepenuhnya di atas kerugian gergasi yang ditanggung BNM akibat perjudian di pasaran pertukaran asing – Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad, Menteri Kewangan, Tun Dain Zainuddin, Gabenor, Tan Sri Jaffar Hussein dan Nor Mohamed Yakcop. Bila Dato Sri Anwar Ibrahim mengambil alih sebagai Menteri Kewangan dalam tahiun 1991, BNM memang sudah terperangkap di dalam perjudian di pasaran. Beliau dinafikan maklumat mengenai keterdedahan BNM dalam pasaran pertukaran asing – berapa besar pelaburan, untung atau rugi, semuanya disembunyikan dari beliau. Beliau mendapat maklumat serpihan dari pihak ketiga. Beliau, seperti yang diakui. pernah meminta maklumat terperinci dari Gabenor TSJH tetapi beliau disuruh pergi memintanya daripada Perdana Menteri. Bila DSAI dilantik Menteri Kewangan, kerugian telah menggunung - "nasi telah menjadi bubur." Apa yang boleh beliau buat hanyalah memberhentikan pendarahan dan itu beliau telah berjaya buat. Beliau "membuang" Gabenor dan Nor Mohamed Yakcop dari BNM pada pertengahan tahun 1994 selepas pembentangan laporan Tahunan BNM 1993 yang mendedahkan kerugian dari spekulasi wang asing itu. Beliau juga melarang sama sekali BNM dari bersepekulasi di pasaran matawang asing. Larangan ini berkuatkusa hingga kini. Penganalisis merasakan beliau akhirnya membayar kos yang tinggi atas tindakan beliau itu – difitnah, dibuang kerja dan dipenjara 6 tahun. Orang yang memberi arahan supaya BNM berspekulasi di pasaran wang asing adalah TMM dan TDZ dan "kerja kotor" diserahkan kepada TSJH dan NMY untuk melaksanakannya. Jadi, TSJH dan NMY mempunyai pelindung. Sebab itu mereka bebas, tidak didakwa langsung. Keenam, Kenapakah orang yang bertanggungjawab dibiarkan lepas-bebas? Nor Mohamed Yakcop dipaksa meletak jawatan pada Julai 1994, satu hukuman yang amat ringan berbanding jenayah yang telah beliau lakukan terhadap negara. Malah, beliau kemudiannya diberi habuan lebih besar – kembali ke BNM dan menjadi menteri kabinet. TSJH juga dipersilakan meletakkan jawatan tetapi dengan segera beliau dilantik menjadi Timbalan Pengerusi PNB sebagai habuan. Sejak dari itu, beliau hidup murung – jarang mendapat liputan media - dan dua tahun kemudian beliau menginggal dunia akibat penyakit barah. Perdana Menteri dan TDZ pula tida siapa yang berani sentuh. Buat penyiasatan mereka tidak mahu. Mereka tidak lut undang-undang. Ketujuh, kenapakah skandal kerugian pertukaran asing BNM tidak disiasat? Ini adalah kerana, pertama, pemimpin tertinggi negara nampaknya terlibat dan bersekongkol dalam perjudian ini. Kedua, penyiasataan mungkin mendedahkan banyak kepincangan dan perkara buruk yang boleh membawa kacau bilau politik kepada golongan berkuasa. Ketiga, perincian-perincian skandal ini mungkin terlalu mengerikan (too gruesome) kepada umum dan boleh menyebabkan malu besar kepada golongan berkuasa, sekiranya didedahkan. Keempat, wujud unsur-unsur jenayah di dalam skandal berkenaan yang boleh menyebabkan orang bertanggungjawab masuk penjara bukan masuk kabinet seperti yang berlaku sekarang. YB Lim Kit Siang telah mencadangan di Parlimen supaya Suruhanjaya PenyiasatanDiraja ditubuhkan untuk menyiasat skandal kerugian pertukaran asing ini tetapi cadangan tidak langsung diendahkan. Kelapan, patutkah PR (jika memerintah) menyiasat kembali skandal ini? Di Mongolia, dua orang bekas Gabenor dan tiga orang kakitangan bank pusat negara itu telah didakwa dimahkamah atas tuduhan kecuaian dan melebihi kuasa sehingga menyebabkan kerugian USD90 juta di pasaran pertukaran asing. TSJH dan NMY telah melakukan kesalahan yang lebih besar dan menyebabkan kerugian gergasi, maka sudah sewajarnya mereka di bawa ke muka pengadilan. Mereka mestilah disiasat. Jenayah yang terlibat termasuklah kecuaian, menyalahgunakan kuasa, memalsukan akaun, memesongkan maklumat, pecah amanah, konspirasi dan rasuah. Aktiviti spekulasi yang dibuat sebenarnya berlawan dengan prinsip-prinsip utama bank pusat. Bank pusat sepatutnya membanteras spekulasi. Manakan boleh BNM melibatkan diri di dalam kegiatan spekulasi di pasaran matawang asing secara besar-besaran? Kerugian wang rakyat terlalu besar untuk dilupakan begitu sahaja. Maka wajiblah kerajaan PR menubuhkan Suruhanjaya Diraja untuk menyiasat skandal ini walaupun ia telah terlewat 20 tahun. Penulis mengucapkan terima kasih kepada Penang Institute kerana memberi ruang kepada penulis untuk berkongsi maklumat dengan orang ramai. -Dr. Rosli Yaakop | ||
MPM: Rakyat Selangor tak perlu layan pemeriksaan daftar pengundi PKR Posted: 05 Jun 2012 02:07 AM PDT SINAR HARIAN Pengerusi Biro Politik dan Governan Majlis Perundingan Melayu (MPM) Datuk Seri Dr Mohd Hilmi Ismail berkata kerajaan negeri tidak berhak melakukan pemeriksaan itu kerana ia di bawah bidang kuasa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). "(Semakan daftar pengundi) bukan kerja orang awam, kerajaan negeri atau parti, ia kerja SPR. Bagi saya tindakan ini adalah taktik pembangkang yang nak mencari helah untuk memperlecehkan SPR. "Pembangkang nak cari salah siap-siap supaya bila mereka tewas pilihan raya umum nanti ada alasan untuk mereka tuduh SPR tak telus dan sebagainya," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini. Mohd Hilmi juga menyeru pihak pembangkang supaya bersikap sebagai orang yang budiman dalam menghadapi pilihan raya umum dengan mematuhi segala peraturan yang telah ditetapkan. Baru-baru ini kerajaan negeri Selangor mengumumkan pelaksanaan program 'Selangorku Bersih' bagi membersihkan senarai daftar pengundi secara besar-besaran dengan penglibatan masyarakat setempat. - Bernama | ||
Pelajar UiTM Khalid dibicara Jumaat ini Posted: 05 Jun 2012 02:02 AM PDT SHAH ALAM - Penuntut jurusan undang-undang Universiti Teknologi Mara (UiTM), Khalid Mohd Ismath akan dibicarakan oleh lembaga tatatertib universiti itu, Jumaat ini, antara lain berkaitan dengan isu Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). Khalid, 22, yang juga Presiden Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (Kami) berkata, beliau dikenakan tiga tuduhan iaitu tidak menghadiri ujian bulanan, menggunakan laman Facebook berbaur ugutan bunuh terhadap polis dan menghina Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan kalungan bunga pada demonstrasi hapuskan PTPTN. Pertuduhan akan dibuat di Mahkamah UiTM ini pada jam 9 pagi mengikut Akta Institusi-institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976. "Saya akan berbincang dengan peguam dahulu sama ada ia perlu atau tidak saya hadir ke perbicaraan tersebut," katanya kepada Sinar Harian hari ini. Menurutnya, setakat ini beliau mengambil keputusan untuk menangguhkan pengajian bagi mencari ketenangan ekoran kontroversi dilaluinya. | ||
Majlis peguam perlu respons sebelum 14 Jun berhubung EGM Posted: 05 Jun 2012 02:01 AM PDT KUALA LUMPUR - Majlis Peguam Malaysia diberi tempoh sehingga 14 Jun ini untuk memberi respons terhadap saman dikemukakan oleh seorang peguam yang mencabar satu notis bagi mengadakan mesyuarat agung luar biasanya (EGM) pada 11 Mei. Hakim Mahkamah Tinggi Datuk John Louis O'Hara juga menetapkan 13 Jun ini sebagai tarikh selanjutnya bagi pengurusan kes tersebut selepas bertemu dengan kedua-dua pihak dalam kamarnya hari ini. Pada 16 Mei lalu, Mohd Khairul Azam Abdul Aziz, memfailkan saman dengan menamakan badan peguam tersebut, Majlis Peguam, presidennya Lim Chee Wee dan setiausahanya, Tony Woon Yeow Thong sebagai defendan menuntut satu perisytiharan supaya diputuskan bahawa notis bertarikh 4 Mei untuk memanggil EGM itu sebagai tidak sah dan tidak selaras dengan Akta Profesion Guaman 1976. Peguam Tan Sri Dr Abdul Aziz Abdul Rahman dan Shaharudin Ali mewakili plaintif dan Idza Hajar Ahmad Idzam bertindak bagi pihak defendan. Ketika ditanya mengenai perkara tersebut, Shaharudin memberitahu pemberita bahawa Majlis Peguam dikehendaki memfailkan pernyataannya sebelum 14 Jun dan plaintif pula perlu memberi jawapan sebelum 21 Jun. Shaharudin berkata peguam di pihak defendan memberitahu mahkamah bahawa ketiga-tiga defendan iaitu Majlis Peguam, Lim dan Woon bercadang membatalkan saman tersebut. Beliau berkata ketiga-tiga pihak itu juga akan menghadkan isu kepada satu persoalan sahaja sama ada notis memanggil EGM itu sebagai tidak sah atau tidak mengikut peruntukan dalam akta berkenaan. Dalam pernyataan tuntutan, Mohd Khairul Azam, yang menganggotai Peguam Malaysia dan juga Majlis Peguam, mendakwa bahawa notis memanggil EGM itu dikeluarkan kurang daripada tujuh hari sebelum 11 Mei, selain menyatakan bahawa anggota majlis tersebut tidak dimaklumkan dengan sewajarnya. Mohd Khairul Azam mendakwa bahawa Woon telah mengeluarkan notis EGM pada 4 Mei, tanpa menyebut sama ada Majlis Peguam sudah memutuskan dalam mesyuarat mereka sebelum itu untuk mengadakan EGM. Beliau berkata usul yang dibincangkan dalam EGM itu melanggar Akta Hasutan 1948 kerana membincangkan perkara yang di luar bidang kuasa undang-undang yang mengawal selia pihak defendan. Mohd Khairul Azam mendakwa bahawa anggota-anggota Majlis Peguam sudah diprejudis melalui usul berkenaan dan 14,189 anggota majlis diletakkan dalam keadaan skandal menerusi perbincangan secara terbuka serta bidang profesion mereka dicemuh. EGM tersebut meluluskan usul dengan 939 undi menyokong 16 menentang meminta Ketua Polis Negara dan Kementerian Dalam Negeri memohon maaf di atas penggunaan kekerasan yang berlebihan terhadap penunjuk perasaan dan wartawan semasa perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April lepas. - Bernama | ||
Kes Adun Sri Muda, tunggu Mahkamah Rayuan Posted: 05 Jun 2012 01:59 AM PDT SHAH ALAM - Mahkamah Sesyen di sini semalam menangguhkan perbicaraan kes Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sri Muda, Shuhaimi Shafiei yang didakwa atas Akta Hasutan sehingga 9 Julai depan sementara menunggu keputusan Mahkamah Rayuan. Hakim Slamat Yahya menetapkan tarikh itu selepas dimaklumkan peguam Aston Paiva berhubung notis mengetepikan tuduhan oleh Shuhaimi yang telah difailkan ke Mahkamah Rayuan. "Mahkamah Rayuan menetapkan 4 Julai ini untuk perbicaraan kes. "Sementara itu, Mahkamah Tinggi telah membenarkan kes di Mahkamah Sesyen ditangguhkan sehingga keputusan Mahkamah Rayuan didengar," katanya. Pada 7 Februari tahun lalu, Shuhaimi dikenakan tuduhan di bawah Akta Hasutan 1948 berhubung kenyataan di blognya yang menyentuh kemelut pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor. Dia didakwa menerbitkan artikel bertajuk "pandangan saya berasaskan undang-undang tubuh kerajaan negeri Selangor 1959" yang didakwa mengandungi ayat-ayat menghasut. Jika sabit kesalahan, Shuhaimi, 43, berdepan hukuman penjara maksimum tiga tahun, denda tidak melebihi RM5,000 atau kedua-duanya sekali. Beliau yang juga anggota Majlis Pimpinan Pusat PKR didakwa melakukan kesalahan itu di pusat khidmatnya di Kota Kemuning di sini, pada 30 Disember 2010. Pada 1 April tahun lalu, Shuhaimi memfailkan notis usul di Mahkamah Tinggi di sini bagi mengetepikan tuduhan terhadapnya atas alasan akta tersebut tidak sah, bercanggah dengan Fasal 10 Perlembagaan Persekutuan. Bagaimanapun, mahkamah itu menolak permohonan Shuhaimi dan permohonan diteruskan di Mahkamah Rayuan. | ||
Kerana Takut Terpaksa Buat Gimik: 688 Ahli Pas Sertai Umno: Fauzi Tanding Larut? Posted: 05 Jun 2012 01:53 AM PDT MSO Penyertaan bekas Ketua Siasatan Jenayah (KSJ) Bukit Aman Fauzi Shaari ke dalam perjuangan Pas dua minggu lalu telah dirasai dan mula memberi kesan kepada Umno khasnya Umno Perak. Walaupun penyertaan Fauzi itu atas kesedaran diri untuk memperjuangkan Islam tetapi ia sudah mula dibaca oleh orang Umno Perak terutamanya di kawasan kelahiran Fauzi di parlimen Larut, kononya Fauzi bakal diletak bertanding di kerusi Parlimen Larut.
Mereka itu 360 dari Titi Kasai dan 328 dari Felda Ijok keluar kerana kecewakan dengan perjuangan Pas yang tidak Islamik lagi. Berita kemasukan ahli Pas itu dilaporkan oleh PB utama negara ini, Utusan Malaysia yang kini edarannya semakin merudum. Khabarnya edaran Utusan di bawah 80,000 setiap hari. Semua orang tidak mempercayai akan laporan berbayar berita berkenaan. Akhbar itu yang menjadi lidah Umno akan melaporkan apa saja untuk memburukkan pembangkang termasuklah akan melaporkan tahi berwarna kuning pun sebagai emas dan juga tergamak menabur fitnah. Tidak ada munasabah langsung dengan berita berkenaan. Ia dibuat adalah kerana sudah ada kegerunan dan rasa takut Umno dengan kemunculan Fauzi yang bakal menjadi mujahid Pas. Walaupun belum kedengaran desas desus Fauzi bakal diletakkan disitu atau mana-mana kerusi pada pilihan raya akan datang namun ia sudah pun mengelabahkan hati pemimpin Umno di situ terutamanya ahli parlimennya Hamzah Zainuddin yang kini sudah mulai nampak liang lahad politiknya sudah terbuka luas. Munabsah juga kalau Hamzah mulai merasai takut kerana dalam pilihan raya lalu beliau menang dengan majoriti tipis 1,191 undi sahaja. Hamzah berdepan dengan calon Pas, Dr Mohd Dhari Othman yang meraih 13,967 undi manakala Hamzah mendapat 15,878. Dalam Parlimen Larut mempunyai tiga kerusi Dun iaitu Selama, Kubu Gajah dan Batu Kurau. Di Selama BN hanya menang dengan 355 sahaja. Calonnya Mohamad Daud Mohd Yusuf mendapat 5,240 manakala calon Pas Abu Hassan Mohammad mendapat 4,855. Di kerusi Kubu Gajah pula calon BN Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar menang hanya 66 undi sahaja. Raja Zainuddin mendapat 4,114 manakala calon Pas Mohd Nazri Din mendapat 4,048. Hanya dikerusi Batu Kurau BN agak ke depan berbanding dengan Pakatan Rakyat. Di kerusi ini BN menerusi calonnya Mohamad Najmudin Ilias mendapat 7,023 manakala Hamid Ali PKR mendapat 4,584. Najamuddin menang dengan majoriti agak besar sebanyak 2,439 undi. Memandangkan sambutan dan selera rakyat yang makin bertambah kepada Pakatan Rakyat akhir-akhir ini kemungkinan besar kerusi parlimen Larut dan dua kerusi Dun akan terlepas kepada Pakatan Rakyat dalam pilihan raya akan datang. Realiti inilah menyebabkan gimik mentah itu terpaksa dilakukan. Anihnya di sini dan nampak berita kemasukan ahli Pas ke dalam Umno itu rekaan dan merupakan perang saraf apabila hanya ahli Pas yang menyertai Umno tetapi tidak ada ahli PKR khasnya dari keturunan Cina dan India. Seharusnya akhbar PB itu perlu menambah ada juga orang Cina dan India meninggalkan parti mereka dan menyatakan sokongan kepada BN. Mungkin dengan perkembangan ini Pas Perak boleh memikirkan untuk benar-benar meletakkan bekas pegawai tinggi polis kelahiran Batu Kurau itu untuk berdepan dengan Hamzah Zainuddin dalam pilihan raya akan datang. Kalau ini terjadi pasti orang yang sanggup memperalatkan isteri untuk kepentingan politiknya itu akan menggelupur bagaikan ayam kena sembelih dengan pisau tumpul. | ||
Isu WWW1 : No Plat Dimenangi Sultan Johor RM520,000! Dedah? @ Sembunyikan @ Tutup Terus? Posted: 05 Jun 2012 01:46 AM PDT Isu WWW1, no plat yang telah dimenangi oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim telah menjadi isu hangat dikalangan rakyat Malaysia. Walaubagaimanapun semakan kami mendapati daripada bahan-bahan tinggalan sejarah ketika ini sebenarnya keturuan Sultan Johor sememangnya terkenal dengan kekayaan yang dimiliki mereka. Daripada mana datangnya kekayaan (keturunan raja Johor) yang ada sekarang ini? Kami kurang pasti. Tetapi, berdasarkan catatan sejarah, sebelum Sultan Ibrahim membuat bidaan no plat WW1 sehingga mencecah RM520,000 Sultan Johor sebelum ini telah pun menderma sejumlah kapal terbang perang British, Skuadron A untuk kegunaan Unit Anzac di Malaya yang bernilai US$31,500 sekitar tahun 1940. Nenenda Sultan Ibrahim pernah menderma sejumlah lori bomba yang diterimanya dan diserahkan kepada Australia Sultan Ibrahim sendiri pernah menderma 8 biji Harley Davidson dan juga 9 Holden Supercars kepada unit PDRM Biasanya nak dapatkan nombor 1 adalah cukup-cukup sukar melainkan anda merupakan kalangan ahli politik yang cukup berpengaruh ataupun juga anda terdiri daripada kelompok istana. Nombor plat seperti ini biasanya dikhaskan untuk ahli politik kanan atau menteri-menteri di Wilayah Persekutuan atau pun juga orang-orang Istana (jika negeri-negeri yang mempunyai Sultan atau Raja). Negeri-negeri lain yang hanya mempunyai Gabenor sahaja pun masihh lagi mudah untuk mendapatkan nombor 1 asalkan beliau dekat dengan Ketua Menteri ataupun Timbalan Ketua Menteri contohnya. Sebenarnya, ' isu WWW 1′ tidak harus menjadi kontroversi kepada semua. Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor, Sultan Ibrahim boleh memanggil Hishammuddin Tun Hussein, yang berasal dari Johor dan menghubungi sepupunya yang juga merangkap Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak dan JPJ untuk memberikan nombor plat WWW1 itu kepada Duli Yang Maha Mulia. Habis cerita. Mungkin Sultan Johor mahu berlaku jujur dengan mengambil keputusan untuk menggunakan saluran yang betul bagi mendapat nombor plat yang menjadi idaman Sultan Johor? Mungkin? Cuma, kadang kami sendiri pun tak faham dan berasa agak pelik. Kenapa perlu membayar, sedangkan Sultan sendiri boleh mendapatkannya secara percuma. Boleh dapat percuma (free) tetapi mahu membayarnya? Kan…dan jadi isu dan permainan politik di Malaysia.
Jikalau benar mana-mana Sultan mahu membeli no plat dengan niat mahu membantu rakyatnya melalui sumbangan ikhlas kepada kerajaan, bukan begini caranya yang terbaik. Sebaliknya, adalah lebih baik salurkan terus kepada rakyat anda sendiri dengan duit RM500,000 kepada rakyat itu adalah lebih baik. Daripada dahulu, nombor 1-9 untuk orang tertentu sahaja. Tidak perlu untuk bida seperti yang ada sekarang ini. Sekarang ini sudah terbuka kepada umum. Setiapnya ada implasikinya tersendiri. . Terbaru, JPJ telah mengeluarkan kenyataan mahu mempertinbangkan semula langkah mengumumkan nama pembida yang memenangi bidaan nombor pendaftaran kenderaan pada masa depan kerana didakwa mungkin memberi pelbagai tafsiran terutama mengenai kekayaan mereka. Apa pendapat anda pula mengenai cadangan ini? | ||
Rebet Cukai Taksiran Bagi Rumah Mesra Alam Di PJ Posted: 05 Jun 2012 01:36 AM PDT PETALING JAYA : Pemilik rumah di Petaling Jaya yang berjaya menjadikan rumah mereka supaya lebih mesra alam berpeluang mendapat rebat cukai taksiran di antara 10 hingga ke 100 peratus. Rebat ini ditawarkan kepada pemilik rumah yang mengurangkan penggunaan tenaga dan air rumah mereka, menguruskan sisa buangan, menjimatkan bahan api pengangkutan dan lain-lain. Timbalan Datuk Bandar Petaling Jaya, Puasa Mohd Taib berkata, skim tersebut bagi mengurangkan pencemaran karbon serta memupuk sikap dan komitmen mesra alam di kalangan penduduk. "MBPJ komited untuk menjadikan bandar ini sebagai perintis kepada usaha memelihara dan memulihara alam sekitar," ujarnya. "MBPJ memperuntukkan RM100,000 bagi skim rebat tahun ini dengan mensasarkan 200 pemilik rumah yang berjaya akan menerimanya," katanya. Antara aspek penting yang diambil kira bagi skim ini ialah sikap pemilik rumah dalam menjimatkan penggunaan air dan elektrik serta elemen dan komponen mesra alam hijau. Ia hanya terbuka kepada pemilik perumahan individu termasuk rumah banglo, berkembar, teres, rumah pangsa dan kondominium. Kata Puasa, bagi tahun ini, pemilik rumah yang layak akan menerima rebat cukai taksiran dan jumlah itu akan dikreditkan ke dalam akaun cukai mereka bagi tahun 2013. Peruntukan kali ini merupakan peningkatan berbanding tahun lalu, di mana MBPJ memperuntukan RM18,174. Beliau berkata demikian ketika merasmikan skim tersebut di Ibupejabat MBPJ hari ini. | ||
Isu Sampah: Selangor Selamatkan RM100 Juta Duit Rakyat Posted: 05 Jun 2012 01:34 AM PDT SHAH ALAM: Sejak distruktur semula Ogos tahun lalu, sejumlah RM100 juta berjaya diselamatkan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor dalam pengurusan sisa pepejal di negeri ini. Perkara ini dinyatakan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ketika merasmikan Majlis Penyerahan Lori Kompaktor Kepada Majlis Bandaraya Shah Alam dan Majlis Bandaraya Petaling Jaya di sini, semalam. "Daripada kajian UPEN (Unit Perancang Ekonomi Negeri), kita dapat mengurangkan kos pentadbiran dan pengurusan sampah. "Jadi, saya akan bentangkan satu kertas yang mana penjimatan yang kita buat hampir RM100 juta dari perbelanjaan sebelumnya di antara RM350 juta hingga RM400 juta. "Kesan penstrukturan semula dapat kita lihat hasilnya, kos semakin berkurangan dari sebulan ke sebulan," ujar beliau. Menurut Abdul Khalid, daripada hasil penjimatan ini, Kerajaan Negeri akan mengembalikan kepada rakyat dalam bentuk pemotongan cukai pintu rumah pangsa kos rendah sebanyak 25 peratus sebagai langkah menjaga kebajikan rakyat negeri itu. Abdul Khalid turut mencabar Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan berbincang mengenai isu penstrukturan sampah yang dilaksanakan Kerajaan Negeri kini. Jelasnya, Kementerian Perumahan tidak faham tentang pengurusan sampah dengan teliti. Tetapi membiarkan penyelewengan, kebocoran dan akhirnya rakyat terpaksa membayar caj lebih mahal dari sepatutnya. "Jadi saya cabar Kementerian Perumahan untuk duduk sama-sama dengan kita dan wakil UPEN (Unit Perancang Ekonomi Negeri) Selangor, Saudara Azhar, lihat hasil keputusan pengambilalihan pengurusan pelupusan sampah daripada Alam Flora Sdn Bhd. "Saya boleh tolong buatkan kira-kira. Kosnya cuma satu cawan teh sahaja untuk saya terangkan bagaimana usaha memantau kualiti, memantau kos dan usaha memantau kecekapan yang dapat diterjemahkan kepada manfaat untuk rakyat Selangor," kata Abdul Khalid lagi. Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan diterajui oleh Menterinya, Datuk Seri Chor Chee Heung. Abdul Khalid turut memberikan contoh perbandingan dengan membandingkan harga lori pemampat sampah yang dibeli oleh Kumpulan Darul Ehsan Bhd (KDEB) dengan pembeli lain. "Contohnya Alam Flora, ketika mereka umumkan pembelian, saya lihat mereka membeli dengan harga RM100,000 lebih mahal daripada kompaktor yang kita beli. "Ketika saya masih di peringkat kajian untuk penilaian harga kompaktor, saya lihat Negeri Sembilan juga membeli dengan harga yang mahal walaupun Menteri Besar Negeri Sembilan pernah menjaga syarikat pengangkutan. "Ini kerana kita beli, tiada komisyen, tiada orang tengah, orang tepi, orang belakang sebagai agen," beritahunya. | ||
Penjenayah Scorpene kebal tindakan undang2 Posted: 04 Jun 2012 10:51 PM PDT Oleh Masdar Wahid KUALA LUMPUR: Ketua Koordinator Jingga 13, Fariz Musa mempersoal apa keistimewaan Abdul Razak Baginda yang begitu kebal dari tindakan undang-undang walaupun terbukti beliau terlibat dalam skandal pembelian kapal selam Scorpene. Ini kerana katanya, sehingga kini Abdul Razak kekal bebas sedangkan skandal itu jelas memalukan Malaysia kerana wujudnya elemen rasuah. "Jingga 13 hairan kenapa Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan polis hingga kini membisu terhadap pemilik syarikat Terasasi (Hong Kong) Sdn Bhd iaitu Razak Baginda dan bapanya yang membocor dan menjual rahsia negara kepada DCNS. "Ini jelas pengkhianatan kepada negara kerana pentadbiran (Datuk Seri) Najib (Razak) membiarkan penjenayah ini bebas tanpa diambil tindakan," kata Fariz yang juga Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN dalam satu kenyataan. DCNS, ialah syarikat pembuat kapal selam Perancis yang membina dan menjual kapal selam kepada negara dunia ketiga termasuk Malaysia. Sehubungan itu, Jingga 13 mendesak kerajaan Malaysia mengambil tindakan tegas terhadap semua yang terlibat dalam skandal itu termasuk Najib Razak yang merupakan Menteri Pertahanan ketika itu. "Jingga 13 menyelar sikap berdiam diri ATM dan polis terhadap skandal ini dan mendesak tindakan tanpa belas kasihan wajib diambil demi maruah, kedaulatan dan keselamatan negara. "Menteri Pertahanan dan Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia ketika itu juga wajar diambil tindakan untuk disiasat dan dipertanggungjawabkan," kata Fariz lagi. Abdul Razak merupakan bekas penganalisis politik dan pembantu rapat kepada Najib semasa beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri. Beliau menjadi terkenal dalam tahun 2006 apabila beliau didakwa bersubahat dalam pembunuhan ngeri model sambilan Mongolia, Altantuya Shaariibuu pada 16 November 2006. Abdul Razak didakwa bersubahat dengan Cif Inspektor Azilah Hadri, dan Koperal Sirul Azhar Umar dari Unit Tindakan Khas (UTK) Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, melakukan pembunuhan model itu. Bagaimanapun, pada 31 Oktober 2008, Mahkamah Barisan Nasional mendapati kes tersebut 'prima facie' dan Razak telah dilepaskan dan dibebaskan. | ||
Najib tak malu perlekeh Pakatan Rakyat kemudian ciplak Posted: 04 Jun 2012 10:48 PM PDT Oleh Aisha Geoffrey KUALA LUMPUR: "Najib tak malu, dalam memperlekehkan Pakatan Rakyat, diam-diam meniru satu persatu," kata Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli. Beliau berkata demikian mengulas ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bahawa kerajaan bertanggungjawab adalah yang memulangkan hasil kepada rakyat dan bukan menjanjikan sesuatu yang tidak mungkin ditunaikan atau akhirnya memudaratkan negara. Najib turut memberi contoh janji pihak tertentu (Pembakang) yang hendak menurunkan harga minyak, menghapuskan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), tol dan meletakkan gaji minimum yang tinggi. "Dari awal Disember 2010 ketika Pakatan lancarkan Buku Jingga lagi, Najib berulang kali mengatakan negara akan bankrap dengan segala tawaran yang Pakatan sediakan. "Dalam diam Najib akhirnya meniru juga apa yang Pakatan laksanakan contohnya bila negeri Pakatan menyalurkan bantuan rakyat antaranya Jom Shopping dan bantuan untuk warga emas, BN juga meniru kaedah yang sama dengan memberi bantuan seperti Skim Bantuan Rakyat 1Malaysia," kata Rafizi ketika dihubungi Keadilan Daily. Rafizi turut memberi contoh apabila Najib menolak cadangan Pakatan yang menawarkan penurunan harga dan pemansuhan tol tetapi dalam diam akhirnya turut berbuat demikian untuk mendapat kepercayaan rakyat. "Kita tidak bimbang beliau nak perlekehkan cadangan Pakatan Rakyat tetapi apa yang memalukan ialah apabila seorang Perdana Menteri mencuri idea dan berbohong kepada rakyat," katanya. "Kita tahu dalam beliau memperlekehkan tapi dia meniru kerana beliau sedar semua cadangan Pakatan adalah hasrat rakyat dan digunakannya untuk mendekati mereka," kata beliau lagi. | ||
BEBAL MUHYIDDIN DAN MAHATHIR TIDAK JAUH BEZANYA Posted: 04 Jun 2012 10:40 PM PDT MUHYIDIN nampaknya begitu tertekan untuk menghadapi kebangkitan rakyat yang luar biasa dan tidak sabar menanti Parlimen dibubarkan. Nampaknya kenyataan si lembam ini semakin lama semakin tolol jadinya. Bermula dengan dakwaan beliau bahawa peserta Himpunan Hijau Menuju Putrajaya yang baru berakhir di Alor Setar, Kedah baru-baru telah diupah sebagaimana peserta-peserta BERSIH 3.0 juga telah diupah. Sememangnya mentaliti pemimpin Umno adalah `upah' dan 'upah'. Mereka anggap semua rakyat adalah berotakkan lembu seperti mereka. Justeru itu, tidak pelik kebelakangan ini mereka mengumumkan `upah' demi `upah' kepada rakyat agar rakyat bisa dilembukan. Dari segenap bandar dan kampong hingga ke kawasan felda, tidak terkecuali akan cuba di`upah' oleh puak ini. Tanpa `upah' siapa lagi mahu sebut nama Umno? Terbaru, si lembam terus menunjukkan kebodohannya yang tidak kurang dengan kebodohan Mahathir Kutty. Si lembam ini bersetuju dengan pendapat Mahathir Kutty bahawa sekiranya PR tewas di dalam PRU akan datang, maka PR akan membuat huru-hara dengan demontrasi. Kedua-dua tokoh yang otaknya terletak di kepala lutut ini tidak sedar bahawa sudah berapa kali Pembangkang tewas di dalam PRU dan telah berapa banyak rekod yang menunjukkan Pembangkang melakukan huru-hara. Baca di SINI. Pertamanya, jika kita mahu mengguna pakai teori mamak Mahathir Kutty dan si lembam itu bahawa jika PR tewas di dalam PRU akan berlaku huru-hara, maka untuk mengelakkan berlakunya huru-hara adalah lebih lojik diberi kemenangan kepada PR. Ertinya, jika PR menang dan menjadi Pemerintah maka tiada berlaku huru-hara. Keduanya, dakwaan si lembam bahawa semua peserta Himpunan Hijau Menuju Putrajaya telah diupah, maka secara tidak langsung si lembam mengakui kekuatan kewangan PAS. Bayangkan jika belum menjadi Kerajaan Pusat lagi PAS telah memiliki dana yang begitu banyak, maka lojiknya PAS atau PR tidak mempunyai masalah untuk memimpin negara ini. Pendek kata, PAS bukan parti lekeh atau parti yang sentiasa mengharapkan derma, bahkan PAS yang memberi `upah' kepada setiap yang hadir. Ertinya, dakwaan Umno selama ini bahawa PAS adalah parti mengutip derma ternyata bercanggah dengan dakwaan Muhyidin. Jelas, Umno semakin terdesak sehinggakan kenyataan pimpinan mereka menjadi bahan ketawa rakyat. Maka lojik dan munasabahlah pemimpin Umno amat takut untuk berdebat dengan Ketua Pembangkang kerana jika ini lah standard hujah pimpinan Umno, aku gerenti Najib atau Muhyidin akan terkincit di atas pentas debat itu nanti./wfauzdin.blogspot.com | ||
MCA dan MIC kuda tunggangan UMNO sejak Merdeka Posted: 04 Jun 2012 10:39 PM PDT Roketkini.com BATU GAJAH: UMNO sering mempropagandakan kononnya PAS dan PKR adalah kuda tunggangan DAP manakala MCA dan MIC pula cuba mengelirukan pengundi kononnya DAP diperalatkan oleh PAS dan PKR. Hakikatnya ialah MCA dan MIC merupakan kuda tunggangan UMNO sejak merdeka hingga ke hari ini, malah kepimpinan UMNO yang menguasai Barisan Nasional telah menerapkan budaya 'pak angguk' di mana MCA dan MIC hanya mengikut telunjuk UMNO. Menurut Timbalan Pengerusi DAP Perak V. Sivakumar, tohmahan BN terhadap PKR, DAP dan PAS selama ini adalah tidak berasas kerana ketiga-tiga parti Pakatan Rakyat itu berada pada landasan yang sama dalam memperjuangkan kebajikan dan keadilan kepada rakyat serta menyelamatkan Malaysia daripada kronisme, nepotisme dan korupsi. "UMNO masuk kampung orang Melayu untuk berkata PAS adalah kuda tunggangan DAP manakala MCA masuk kampung baru Cina untuk berkata DAP kuda tunggangan PAS. "Sekarang masalahnya siapa tunggang siapa? Dalam Pakatan Rakyat tidak ada siapa yang tunggang siapa. Setiap parti dalam Pakatan Rakyat mempunyai prinsip perjuangannya yang tersendiri. "Tidak ada ruang untuk mana-mana parti untuk tunggang parti lain seperti mana yang didakwa oleh BN," katanya. Beliau yang juga ADUN Tronoh berkata, BN tidak ada modal yang mantap untuk kempen pilihan raya umum akan datang kerana telah tercicir daripada landasan perjuangan untuk membela rakyat jelata berikutan amalan rasuah, salah guna kuasa, fitnah dan samseng yang makin menjadi-jadi. "Setiap hari sokongan rakyat semakin terhakis kepada Barisan Nasional kerana tindak-tanduk mereka menggalakkan budaya samseng dan fitnah yang berterusan juga melemahkan lagi kedudukannya. "Sentimen perkauman sengaja diungkitkan untuk meraih undi daripada kumpulan sasaran mereka," tambah beliau. Menurutnya, beliau yakin rakyat Malaysia lebih pintar dan tidak mudah terpedaya dengan fitnah dan tipu muslihat BN kerana sudah semakin sedar bahawa tradisi 'naik kuda' itu merupakan amalan parti-parti politik dalam komponen BN. "Semata-mata kerana UMNO-BN mengamalkan perbuatan itu, janganlah pula membawa budaya itu untuk dibandingkan dengan parti-parti politik Pakatan Rakyat yang berdiri sama tinggi, duduk sama rendah," ujarnya. – Roketkini.com | ||
Pengundi Johor bakal cetus ‘tsunami’ politik kedua Posted: 04 Jun 2012 10:34 PM PDT Roketkini.com PONTIAN: Lanskap politik Johor kian berubah dan bakal mengepalai 'tsunami' politik kali kedua pada pilihan raya umum ke-13 apabila melihat kepada usaha berterusan Pakatan Rakyat membela masalah rakyat Johor. Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub berkata, demografi politik Johor yang hampir sama dengan Selangor memungkinkan tsunami 2008 berulang. "Kita lihat pada 2008, kawasan-kawasan yang UMNO boleh menang berbelas ribu undi boleh jatuh ke tangan Pakatan Rakyat sedangkan ia merupakan 'kawasan Melayu', iaitu kubu kuat UMNO-BN sebelumnya seperti Shah Alam, Kuala Selangor, Hulu Langat dan sebagainya," katanya kepada Roketkini. Menurutnya, sambutan hangat orang Johor kini terhadap program Pakatan Rakyat adalah satu petanda besar bahawa rakyat negeri kubu kuat UMNO ini sudah kian terbuka untuk mendengar dan menilai isu serta dasar yang diperjuangkan Pakatan Rakyat. "Kita mendapat sokongan drastik dari masyarakat Tionghua terutama selepas 2008 dan nampaknya sekarang sokongan dari masyarakat Melayu semakin bertambah. Sambutan orang muda juga amat dirasakan dalam setiap program dan ceramah anjuran Pakatan Rakyat," tambah beliau. Menurut beliau lagi, selain isu nasional seperti skandal wang ternak lembu digunakan untuk beli kondo mewah NFC dan skandal PKFZ yang menjadi ketakutan UMNO-BN, isu-isu tempatan seperti bayaran pampasan pengambilan tanah yang tidak adil oleh kerajaan negeri di Tanjung Pelepas turut membuatkan kerajaan negeri bimbang dengan kedudukan mereka. Katanya, bantahan kuat rakyat Johor dalam isu pengambilan tanah itu boleh dilihat dalam himpunan tanah yang berlangsung di Angsana seminggu selepas perhimpunan Bersih 3.0 April lalu yang berjaya menghimpunkan sekitar lima ribu orang peserta. Salahuddin yang pada masa ini merupakan Ahli Parlimen Kubang Kerian (Kelantan) telah mengumumkan untuk kembali ke negeri asalnya Johor bagi membantu Pakatan Rakyat dalam kempen PRU13. Difahamkan, kerusi-kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri milik parti-parti komponen BN juga seperti MCA, MIC dan Gerakan juga bakal tumbang kepada Pakatan Rakyat. Johor mempunyai 26 kerusi Parlimen dan 56 kerusi DUN. Pada masa ini, BN memiliki 25 kerusi Parlimen dan menguasai kerajaan negeri dengan 50 kerusi DUN. – Roketkini.com | ||
Rais & Muhyiddin jadi ‘perawi’ Mahathir Posted: 04 Jun 2012 10:25 PM PDT Aspan Alias Rais Yatim sekarang sudah bercakap tentang sikap "gentleman" satu topik yang sangat tidak relevan jika Rais yang bercakap tentangnya. Apa yang dimaksudkan oleh Rais tentang "gentleman" ini saya tidak tahu dan susah untuk difahami. Mungkin "gentleman" kepada Rais itu ialah "kalau den bantai kau, kau diam ajo, kalau kau bantai den, den kojoan kau balik dan kau diam ajo". Rais mahukan semua pihak menjadi "gentleman" dan ikut sahaja tindak tanduk BN tanpa banyak soal. Bagi Rais, "kok terghimpit, biar kek ateh, kok tokughong biar kek luar, kok bojalan boduo den jalan kek tongah". Saya mengenali Rais ini sikit-sikit, walaupun sudah berpuluh tahun tidak berjumpa. Dia bijak orangnya. Silat politiknya penuh berseni. Dia menjatuhkan kawan-kawan seperti pun ada seninya. Rais meminta Anwar supaya menjadi "gentleman" dan melalui pilihanraya ini dengan sikap itu. Apa yang Rais maksudkan ini sama-sama-lah kita fahami. Rais seperti Muhyiddin, seirama menyanyikan lagu Mahathir, yang negara akan kecuh dan huru hara jika Pakatan Rakyat kalah dalam pilihanraya ini. Pakatan Rakyat akan membuat kecuh jika kalah dan mereka ini seolah-olah bercakap tentang cara BN berfikir dalam keadaan BN sedang menghadapi hujung-hujung usianya. Yang saya tahu BN lah yang akan melakukan segala kejahatan yang Mahathir, Muhyiddin serta Rais sebutkan ini. Tanda-tanda awalnya memang kita telah lihat. Saya sendiri mengalami diganggu oleh pihak Umno Baru semasa berceramah di Pekan beberapa bulan yang lalu. Dimana-mana pihak Umno Baru telah menggunakan samseng dan budak-budak jahat untuk mengganggu ceramah dan kegiatan Pakatan Rakyat. Jika BN kalah budaya ini akan kita lihat dengan lebih buruk lagi. Itulah sebabnya pihak PR telah mengecam tindakan Umno Baru dan BN yang menzahirkan rasa ketakutan menghadapi kekalahan dengan menggunakan samseng-samseng. Sekarang menggunakan Pekida pula untuk melakukan kerja-kerja buruk ini bagi mengganggu proses demokrasi yang sedang berjalan dinegara ini. BN lah yang sepatutnya bersikap "gentleman" dan janganlah ganggu program pihak lain. Bersedialah dengan sikap "gentleman" yang disebut oleh Rais Yatim itu. Jika kalah, terima kekalahan itu dengan "gentleman" dan jangan melakukan kerja-kerja hina kerana tidak dapat menerima kekalahan yang ditentukan oleh rakyat. Kepada Rais, buatlah liputan tentang politik negara ini dengan "magnanimous" dan hentikan membuat liputan berat sebelah melalui RTM yang anda kuasai. Kata-kata seperti ini dimulakan oleh Dr Mahathir dan begitulah bunyinya Rais memberikan respon terhadap kata-kata Mahathir yang sedang hendak menakut-nakutkan rakyat itu. Mahathir memangnya menggunakan isu huru-hara ini di setiap pilihanraya. Bagi Mahathir yang perlu menang hanyalah Umno dan parti-parti halal yang lain tidak berhak untuk mendapat sokongan rakyat. Semua orang tahu motif Mahathir mengeluarkan kata-kata ugutan ini tetapi saya begitu hairan Rais, seperti Muyiddin juga, seolah-olah memilih untuk menjadi perawi kepada kata-kata Mahathir. Kalau hendak menjadi perawi kepada Mahathir pun biarlah ianya dilakukan oleh pemimpin yang bawahan sedikit, tetapi Rais memilih untuk merendahkan mertabat beliau dengan menjadi perawi kepada kata-kata Dr Mahathir ini. Kalau theori Mahathir mengatakan jika PR kalah keadaan akan menjadi huru-hara ia merupakan satu ugutan kepada rakyat. Tetapi, jika kita hendak berbahas tentang alasan Mahathir yang negara akan huru-hara jika PR kalah telahan itu merupakan telahan yang meleset, kerana yang kalah nanti adalah BN. Bagaimana huru-hara itu akan berlaku? Huru-hara akan berlaku jika BN kalah maka yang akan melakukan huru-hara itu adalah BN terutamanya Umno. Masakan PR yang menang akan melakukan huru-hara itu? Dalil-dalil huru-hara itu memang ada kerana yang akan kalah nanti ialah BN. BN khususnya Umno telah membawa Pekida, RELA dan berbagai bagai kumpulan silat untuk bersama Umno sekarang ini. Antaranya adalah silat gayung, silat lincah dan bermacam-macam lagi yang sedang mendapat perhatian Najib akhir-akhir ini. Selain dari kumpulan silat itu, individu yang pandai bersilat pun ramai dalam Umno sekarang. Salah seorang dari yang pandai bersilat itu adalah Rais Yatim sendiri. Tetapi silat Rais ini silat politik yang sangat halus. Selama ini Rais bukannya kekal dalam kerajaan kerana mempunyai kepimpinan politik, tetapi beliau ini pandai bersilat politik. Kehalusan silatnyalah yang telah menjadikan Mohamad Hasan menjadi korbannya sekarang ini. Nanti orang ramai akan tahu bagaimana Mohamad Hasan dijadikan mangsa silat mahaguru silat politik terhandal ini. Silat politik beliau begitu hebat sehinggakan beliau berjaya menunjukkan yang di Jelebu tidak ada seorang pun yang boleh memimpin sejak 40 tahun dahulu kecuali beliau seorang. Tetapi ada diantara yang mengenali beliau ini berkata yang Rais Yatim ini tidak boleh dijadikan kawan. Dengan Rais ini, ibarat kata "nak berniaga durian" pun tidak boleh dengannya kerana modal orang lain yang keluar tetapi untungnya dia seorang yang kebas. Menjadi perawi kepada Mahathir itu adalah sebahagian dari silat beliau kerana pilihanraya akan sampai. Lagi dekat pilihanraya lagi lincah silatnya nanti. Sama-samalah kita tengok. Silat boto-boto tok! — aspanaliasnet.blogspot.com | ||
18 Sertai Ekspedisi Memancing Hilang Di Laut China Selatan Posted: 04 Jun 2012 10:21 PM PDT MIRI: Seramai 18 orang dari Miri dan Bintulu dilaporkan hilang apabila mereka gagal untuk kembali selepas menyertai ekspedisi memancing luar pesisir sejak 1 Jun. Ahli keluarga bagi mereka yang hilang telah membuat laporan di balai polis Bintulu dan Miri, Isnin. Ketua Polis Bintulu, Supt Madang Usat mengesahkan polis telah menerima laporan. "Ya, mereka (keluarga) dalam laporan berkata orang-orang di atas kapal masih tidak kembali sejak memulakan ekspedisi memancing mereka ke Laut China Selatan dari pantai Miri pada 1 Jun. "Oleh kerana kes ini berlaku di luar pesisir, kami telah merujuk perkara itu kepada pihak berkuasa maritim untuk bantuan. "Setakat ini (pada pukul 4 petang Isnin), kami masih belum mengesan bot nelayan. Kami tidak pasti di mana bot berada dan apa yang telah berlaku kepada mereka di atas kapal," katanya ketika dihubungi The Star. Ditanya sama ada misi mencari dan menyelamat melalui udara akan dijalankan, Madang berkata belum ada keputusan dibuat. Keluarga mangsa juga telah menghubungi pusat khidmat SPDP Bintulu untuk mendapatkan bantuan dalam berhubung dengan pihak berkuasa. Ketua informasi SPDP Chan Jet Hui memberitahu The Star, Isnin, bahawa ahli parlimen Bintulu Datuk Seri Tiong King Sing telah dimaklumkan tentang kes itu. "Beliau (Tiong) telah menasihatkan keluarga untuk memberi maklumat sebanyak mungkin kepada pihak polis dan juga menggesa pihak berkuasa untuk menjalankan carian dengan segera. "Pusat perkhidmatan SPDP juga membantu mengumpul maklumat daripada keluarga. Setakat ini, mereka (keluarga) memberitahu kita terdapat antara 13 dan 18 orang di atas kapal. "Kita juga tahu bahawa orang yang hilang bukan nelayan - mereka hanya memancing sebagai hobi dan menyewa bot untuk tujuan itu kerana ia adalah cuti Hari Gawai. "Mereka telah pergi pada 1 Jun dan sepatutnya kembali pada 3 Jun," kata Chan. | ||
Bersih 3.0: Empat Mohon Bicara Posted: 04 Jun 2012 10:18 PM PDT KUALA LUMPUR: Tiga individu yang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini pada Selasa mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan bagi tuduhan mengakibatkan kecederaan pada perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April lalu. Kesemua mereka, Farhan Ibrahim, G.N. Rajesh Kumar dan Tangam Raju mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan menjadi ahli kumpulan yang menyalahi undang-undang dengan tujuan melanggar perintah mahkamah yang dikeluarkan oleh Majistret Zaki Asyraf pada 26 April. Mereka didakwa di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan. Sementara itu seorang lagi peserta demonstrasi Bersih 3.0, Mohd Safuan Mamat, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan menyebabkan kecederaan kepada wartawan Mohd Azri Mohd Salleh. Hakim menetapkan tarikh perbicaraan bagi Farhan, Rajesh dan Tangam pada 2 Julai depan manakala tarikh perbicaraan Mohd Safuan ditetapkan pada 4 hingga 7 September depan. | ||
Posted: 04 Jun 2012 10:15 PM PDT KUALA LUMPUR – Rancangan seorang lelaki untuk melakukan sesuatu dengan sepucuk pistol Caliber 9mm jenis Taurus dan sebutir bom tangan terbantut apabila dia ditahan selepas terlibat dalam kemalangan di Jalan Selar, Taman Permata, Cheras di sini semalam. Tembelang lelaki berusia 37 tahun yang memiliki rekod jenayah berkaitan loteri haram tersebut terbongkar apabila polis yang tiba selepas dihubungi orang ramai mendapati suspek sedang memegang pistol tersebut di tangan kiri dalam kejadian pukul 6 pagi itu. Difahamkan, sebelum polis tiba, suspek memegang pistol yang ketika itu berada di bawah dadanya menyebabkan orang ramai tidak menyedarinya. Suspek dikatakan gagal melarikan diri selepas dia terbaring lemah di tengah jalan selain mengalami luka di muka, tangan dan kaki akibat kemalangan itu. Selain itu, dia juga sedang mabuk. | ||
Posted: 04 Jun 2012 10:12 PM PDT PUTRAJAYA – Panel Penasihat Bebas bagi menyiasat perhimpunan Bersih 3.0 meminta orang ramai termasuk wartawan, syarikat akhbar dan Majlis Peguam mengemukakan rakaman video bagi mendapat gambaran sebenar insiden pada 28 April itu. Pengerusi panel itu, Tun Haniff Omar berkata, pihak yang membuat 140 laporan polis termasuk kekerasan yang didakwa dilakukan oleh anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM), turut diminta tampil memberi maklumat. "Polis sendiri membuat 80 laporan dan mereka telah memberi jaminan untuk berlaku adil terhadap setiap dakwaan. "Justeru, jika ada pihak yang mempunyai maklumat dari sudut lain boleh tampil memberi maklumat kepada panel siasatan ini," jelasnya selepas mesyuarat kedua panel itu di sini semalam. Turut hadir, Timbalan Ketua Setiausaha (Pendaftaran dan Imigresen) Kementerian Dalam Negeri, Datuk Alwi Ibrahim. | ||
Nurul Izzah bahas usul tergempar penjualan dokumen rahsia negara berkaitan Scorpene Posted: 04 Jun 2012 05:04 PM PDT KEADILAN DAILYKUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar dijangka membahaskan usul tergempar berhubung penjualan dokumen rasmi sulit Kementerian Pertahanan Malaysia mengenai kapal selam Scorpene kepada syarikat pertahanan Perancis pada sidang Parlimen Jun ini.Permohonan usul bagi menangguhkan mesyuarat di bawah Peraturan Mesyuarat 18 (1) dan 18 (2) itu akan diserahkan beliau kepada Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia dalam masa terdekat. "Saya akan memohon agar satu usul tergempar pada sesi Parlimen akan datang seperti yang didakwa Suaram (Suara Rakyat Malaysia) di Bangkok pada 30 Mei lalu yang menggugat keselamatan dan kedaulatan negara," katanya dalam satu kenyataan. Nurul Izzah berkata, rakyat juga berhak menuntut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memberi kenyataan segera berhubung perkara ini kerana ia membabitkan keselamatan negara. "Jika (dakwaan) benar, wujud kemungkinan bahaya besar kepada keselamatan negara kerana maklumat rahsia pertahanan yang lain mungkin (turut) dijual kepada agen asing. "Jika tiada respon segera, rakyat harus sedia menerima akibat dari keselamatan dan kedaulatan negara yang tergugat," kata Naib Presiden KEADILAN itu lagi. Peguam Perancis, Joseph Breham sebelum ini mendakwa syarikat pertahanan Perancis, DCNS membayar 36 juta euro (RM142 juta) kepada Terasasi (Hong Kong) Ltd untuk mendapatkan dokumen penilaian Tentera Laut Malaysia terhadap kapal selam Scorpene yang bakal dibeli. Abdul Razak Baginda dan bapanya, Abdul Malim Baginda adalah pengarah Terasasi, sebuah syarikat yang muncul dalam siasatan Suaram ke atas DCNS, dalam kes penjualan dua kapal selam Scorpene kepada Malaysia. Pada 3 Jun lalu, Suaram mendesak kerajaan menjelaskan peranan Terasasi berhubung dakwaan menjual rahsia negara ini dan menuntut siasatan penuh dibuat, juga terhadap pegawai tinggi Kementerian Pertahanan dan Tentera Laut Malaysia. Penasihat Suaram, Kua Kia Soong dipetik berkata, ia adalah satu kesalahan serius di bawah Akta Rahsia Rasmi dan boleh dihukum penjara seumur hidup jika didapati bersalah. Sidang Parlimen kali ini dijadual bermula pada 11 Jun ini. | ||
Tiada pilihan lain kecuali UBAH untuk kebaikan kita bersama Posted: 04 Jun 2012 05:01 PM PDT Roketkini.com Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang berkata, rakyat perlu bergerak bersama dalam satu suara perpaduan untuk menghapuskan wajah hodoh rusuhan 13 Mei yang digunakan sebagai satu senjata untuk menanam perasaan takut dan untuk menimbulkan rasa gentar kepada para pengundi. Katanya, rakyat juga perlu memecahkan hegemoni politik UMNO-BN yang telah membenarkan golongan elit dan kroni mereka mengeksploitasikan rakyat semua kaum untuk kepentingan agenda politik dan ekonomi mereka sendiri. Menurutnya, rakyat juga mesti berani menghentikan politik perkauman yang diamalkan UMNO-BN yang menggunakan kaedah "pecah dan perintah" di mana selama ini masyarakat masih hidup dengan rasa was-was antara satu sama lain. "Dalam PRU ke-13 ini, rakyat Malaysia mestilah bersatu padu dengan Pakatan Rakyat untuk menunjukkan yang rakyat Malaysia, tanpa mengira kaum, agama atau kawasan mampu bersepakat di bawah payung satu gabungan politik untuk mengakhiri rasuah, penyalahgunaan kuasa dan segala bentuk penindasan, ketidakadilan dan penganiayaan. "Dan paling penting, untuk menyelamatkan demokrasi di Malaysia agar sistem dua gabungan parti akan wujud di Malaysia – satu keperluan penting sekiranya Malaysia menjadi sebuah negara yang benar- benar demokratik," katanya sewaktu melancarkan jentera PRU13 DAP Perak di sini kelmarin. Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur berkata, sikap para pemimpin UMNO-BN seperti Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang mahu memuat naik kompilasi video Bersih 3.0 dalam laman sesawang Kementerian Dalam Negeri, jelas mempersendakan jaminan kerajaan bahawa mereka serius untuk mengadakan penyiasatan bebas terhadap insiden ganas sewaktu perhimpunan BERSIH 3.0 pada 28 April lalu. Katanya, sikap Hishammuddin yang juga Naib Presiden UMNO jelas membuktikan sikap berpihak dan tidak adil kerana siasatan belum pun dimulakan untuk mencari punca kejadian ganas yang mana mangsanya termasuk polis, wartawan, jurugambar dan peserta-peserta BERSIH 3.0 sendiri yang diserang oleh polis. Beliau mengingatkan semua pihak bahawa semangat 250,000 peserta BERSIH 3.0 perlu dijadikan teladan kerana mereka telah berani bersuara: * Sebagai rakyat Malaysia patriotik yang cintakan tanahair; dan * Sebagai pemangkin kepada generasi akan datang untuk memastikan Malaysia akan menjadi lebih baik dan lebih makmur daripada kezaliman, ketidakadilan dan kuku besi UMNO-BN sekarang. – Roketkini.com |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan