Blog-list Malaysia |
- Parpukari jadi beruk bila, proposal RM18 juta projek video ditolak
- Kedah Darul Disko.. Kerajaan Pas Kedah Tidoq Ka?
- Ceramah Hairie Othman Di Pentas Pas Malam Tadi
- PKR Selangor Sengaja Cari Penyakit
- Dakwaan beli MP: Khalid dedah rakaman kedua
Parpukari jadi beruk bila, proposal RM18 juta projek video ditolak Posted: 21 Jun 2012 09:56 PM PDT Parpukari kelam-kabut dan dah jadi beruk kena belacan bila dapat tahu proposalnya, projek video Tahun Melawat Perak ditolak oleh Tourism Perak. Apa lagi dia mula menyerang Pengurus Besar Tourism Perak Ahmad Fathil. Dan seperti biasa dengan tangisannya Parpu menuduh Fathil merupakan halangan bagi Zurah10 dan Hamidah nak buat duit dari peruntukan RM18juta untuk program ini. Seboklah si Zurah10 ni beriya-iya nak membuang Fathil dari tourism Perak. Kononnya Fathil tidak menerima arahan dari Midah, tapi lebih cenderong kepada menurut arahan Dato Setiausaha Kerajaan Negeri. Di luar pulak Zurah10 dan Parpu sedang sebok menyebar fitnah kononnya Dr Zambri tak suka kepada Fathil ini dan sedang mengarahkan pegawai-pegawainya membuang Fathil. Inilah strategi adu-domba Parpukari dan Zurah10 dalam menyamun peruntukkan TMP. Apa tidaknya baru 2 bulan 2012 tapi peruntukan RM18 juta itu separuh sudah digunakan. Kesannya kosong! Pergilah ke Perak tidak ada terasa tahun ini merupakan tahun Melawat Perak. Yang ada setakat billboard yang jelek dan langsung tidak menarik perhatian. Dengar-dengar cerita dari teman-teman di Perak Kontrak Billboard ini milik satu syarikat yg Zurah10 merupakan rakan kongsi tidur. Yang ada program-program picisan yang kosnya berjuta-juta. Program exco-exco lain diberi kos serpihan kerana Zurah10 dan Parpu tak dapat komisen. Tidak heranlah Zurah10 boleh beli alphard dan mercedez manakala Parpu pula dengan Camry barunya. Sebelum ini si buntal ni hanya mampu berkereta Iswara buruk yang dah nak kena tarik dua tiga kali. Malang sungguh rakyat Perak, dipermainkan oleh Exco Kanan dan adiknya yang tamak haloba serta seorang blogger oportunist seperti Parpukari Stout. Jika BN tewas di Perak inilah tiga orang punca rakyat jemu dan jelik dengan ketamak-halobaan mereka. http://yomamaparpu.blogspot.com/2012/02/parpukari-jadi-beruk-bila-proposal-rm18.html |
Kedah Darul Disko.. Kerajaan Pas Kedah Tidoq Ka? Posted: 21 Jun 2012 03:47 PM PDT Tu dia aihhhh..... MB lena ka? EXCO lena ka? YB lena ka? SENATOR lena ka? DATUK BANDAR lena ka? D.O lena ka? AHLI MAJLIS lena ka? Penyokong PAS lena ka? Penyokong UMNO lena ka? Penyokong PR lena ka? Penyokong BN lena ka? Ini benda tak elok dan maksiat Takan nak bagi KEDAH jadi macam BUKIT BINTANG kot? Pihak Penguatkuasaan mana? Siapa boleh bagi lulus lesen nie? Siapa yang bagi kebenaran ada benda nie? PENULIS RASA TERCABAR !!! dan terpanggil mengapa Kedah yg di perintah oleh kerajaan baru seolah-olah menghalalkan pusat-pusat hiburan tumbuh seperti cendawan sedangkan ini kerajaan Pas yang menperjuangkan Islam... dimana pemimpin-pemimpin Pas yang mahu mencegah amar makruf nahi mungkar...! Siapa sangka kerajaan yang memerintah Kedah menbiarkan pusat-pusat hiburan tumbuh seperti cendawan di sekitar Alor Setar dan bandar-bandar besar dan kecik di Kedah, sakit mata memandang sakit hati lagi kita yang berugama Islam yang memerangi gejala sosial, apa dah jadi dengan slogan negara Islam dan Kedah sejahtera kini. Kini 4 tahun memerintah kelab malam baru dan besar tumbuh seperti cendawan, di sekitar TESCO Mergong saja ada 3-4 kelab malam dan di di pusat bandar jalan Putra kelab malam 2 masih kekal beroperasi dan tidak dikira di bandar-bandar besar di seluruh kedah..!!! Di sekitar Alor Setar kelab malam yang terletak di pinggir ibu kota menyajikan 'hidangan' yang menjolok mata apabila penari wanita tempatan dan asing yang berbikini bergabung tenaga demi menarik perhatian lelaki miang berkunjung ke situ saban malam. Wanita-wanita tempatan dan Siam itu hanya memakai coli serta seluar dalam sebelum mempamerkan aksi-aksi yang dapat mencairkan lelaki. Tempat beraksi pula sangat strategik kerana pemilik kelab menyediakan pentas dan tiang setinggi kira-kira tiga meter untuk membolehkan penari melakukan aksi panas yang akan mendapat sorakan pengunjung. Dimana exco kerajaan tempatan, ahli-ahli majlis yang memantau premis-premis ini di benarkan beroperasi, bila di tanya kepada exco dan ahli majlis... jawapan yang sama kita tak boleh buat apa-apa? Siapa yang berkuasa ..!!! Jika exco dan ahli majlis tak berkuasa siapa lagi...? Yang meluluskan lesen dan premis ini beroperasi sebenarnya DO dan Dato bandar Alor Setar..? Siapa DO Alor Setar dan siapa Dato Bandar Alor Setar bukan kah mereka di bawah kuasa kerajaan yang memerintah, jika benar D.O dan Dato Bandar Alor Setar sila bagi arahan dan tukar atau pecat mereka sebagai D.O dan Dato.Bandar, mereka bukan saja jadi pengkhianat kepada pemerintah malah mereka juga telah melanggar sebagai peguasa seorang yang berugama Islam di Kedah ini... Rakyat bukan mahu jawaban yang berbelit-belit tapi rakyat mahu kerajaan yang sedia ada tunai janji sebagai pemerintah yang memerintah negeri seperti negeri yang pemerintahnya berugama Islam, jangan cemarkan nama Islam jika kita tak manpu mengikut perintah Islam.... Note: Sila Letak Jawatan kpd pihak2 yg berkenaan jika tak mampu mengalas amanah-nya Sumber di sini dan di sini |
Ceramah Hairie Othman Di Pentas Pas Malam Tadi Posted: 21 Jun 2012 06:04 AM PDT |
PKR Selangor Sengaja Cari Penyakit Posted: 21 Jun 2012 05:21 AM PDT Di tengah-tengah kehangatan isu penolakan dalaman terhadap Faekah Husin, tiga aktivis NGO hari ini tampil mengadakan sidang media menyatakan sokongan mereka terhadap pegawai kanan menteri besar Selangor. Individu tidak berapa dikenali daripada Pertubuhan Kemajuan dan Kebajikan Rakyat (Pro-Rakyat) itu menolak kempen mendesak Faekah meletakkan jawatan yang giat berjalan, terutamanya di Internet. "Kami menyokong sepenuhnya Cik Faekah sebagai setiausaha (politik) MB dan kami menolak sebarang usaha untuk menyingkirkan beliau. "Beliau amat berdedikasi walaupun umum mengetahui beliau juga tegas," kata Setiausaha Pro-Rakyat Mohd Naquib Carmeil yang mengaku bercakap atas kapasiti individu. Bagaimanapun, ketiga-tiga individu berkenaan menyatakan yang mereka tetap menyokong kepimpinan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali. Namun, motif sebenar ketiga-tiga individu itu mengadakan sidang media itu bagaimanapun tidak diketahui. Malaysiakini difahamkan mereka mempunyai hubungan dekat dengan exco negeri Yaakob Sapari yang dilihat sebagai 'orang' Azmin. Langkah itu juga menimbulkan tanda tanya sama ada mereka dihantar Azmin untuk meredakan ketegangan itu atau sekadar mengambil langkah sendiri selepas 'bertukar kem'. Dalam sidang media di bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri di Shah Alam itu, kumpulan 'rakyat prihatin' itu turut disertai Ketua Penerangan Pro-Rakyat Ahmad Tarmizi Sulaiman dan ahli exco Abdul Halim Abdullah. Sidang media itu sebelum ini menjadi perhatian media apabila dijangka menambahkan lagi kehangatan isu yang disifatkan media sebagai "ribut pejabat MB" itu. Kempen menggunakan tag #pecatfaekah dan #kamisayangselangor di Twitter itu memaksa Ketua Penerangan PKR Selangor Shuhaimi Shafie menggesa ketua umum parti Datuk Seri Anwar Ibrahim campur tangan. |
Dakwaan beli MP: Khalid dedah rakaman kedua Posted: 21 Jun 2012 03:33 AM PDT Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad hari ini mendedahkan video klip dan audio kedua berdurasi 30 saat berhubung dakwaan cubaan membeli ahli parlimen Pakatan Rakyat dari PKR oleh seorang agen BN. Dalam sidang media sebelum ini, beliau mendakwa agen tersebut adalah bekas Ketua Pemuda PKR Kedah PKR Zamil Ibrahim (bawah). Dalam pendedahan video klips terbaru hari ini, Khalid turut mengedarkan transkrip kepada media perbualan Zamil yang didakwanya lebih kurang 31 ahli parlimen PKR yang "tidak akan disenaraikan semula" untuk didekatinya. "Memang ada usaha gigih, teratur dan tersusun, bukan sembang kosong, dia dah senaraikan identiti orang yang tidak puas hati. "Matlamat untuk nak beli MP (PKR) ini... Inilah demokrasi negara kita tercabar dengan budaya politik wang," katanya. Dalam pendedahan itu juga, beliau juga menamakan seorang lagi individu yang didakwanya sebagai agen BN untuk berbuat demikian. Zamil pada 14 Jun lalu ketika dihubungi tidak mengesahkan atau mengiyakan dakwaan memainkan peranan dalam dakwaan rundingan supaya wakil rakyat Pakatan berpaling tadah. Zamil juga menafikan dakwaan bahawa beliau merupakan seorang ejen Umno dan "tak ada kena mengena dengan Umno." |
You are subscribed to email updates from BlogList Malaysia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
4 ulasan:
Make a list of your strengths, skills, qualities, accomplishments in life. So, borrow only that much which you need, and which you think you would be able to repay back easily., mac tools for windows. Usually the tooth is bleached to realize whitening. kvpnc checkpoint
Presuming that the cyst is not creating much uneasiness, the aim is to give time for the cyst to go away on its own. If for the initial training, you can try 5 cm. how to set up a vpn windows xp. With these payment options, there are no chances of your card getting hacked or your information to get stolen. Most physicians and midlevel providers are capable of self learning., vpn uk streaming. Considered as the structural arrangement of the interior area, it is an art of excellent space management. vpn client cisco oracle
This theory also greatly explains the various struggles that exist among stakeholders in a society. This consort brings before you the prizewinning products which crapper lonely do the rest of job in removal of pests. default network card. They are extremely professional in their client handling and facilitating of property deals. Psychologists will gather the info of living being through various sources which includes personality behavior, performance, aptitude tests, through deep observations, questionnaires, etc., translational research network. Heart filled with their own views and ideas, will never hear the voices of others. a queueing network
Though this format is a little extra challenging, don't let it scare you. One day she took off her wig and decided to go through her normal day that way just to see what happened., ppp dial in. There are two options available for you the lace front wig and the full lace wig. private liveshowcom
Catat Ulasan