Sabtu, 9 Jun 2012

Blog-list Malaysia

Blog-list Malaysia


Mat Zain: Polis patut siasat isu Scorpene

Posted: 09 Jun 2012 12:59 AM PDT

Mantan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (CID) Kuala Lumpur, Mat Zain Ibrahim polis perlu menyiasat dakwaan dokumen rahsia dibocorkan dan dijual kepada negara asing.

Mat Zain berkata siasatan seperti itu sepatutnya dilaklukan oleh pegawai kanan polis, terutamanya timbalan ketua polis negara Datuk Seri Khalid Abu Bakar.

Beliau memberitahu Malaysiakini bahawa siasatan seperti itu sepatutnya dilakukan pada 2006 apabila kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu berlaku.


Polis sepatutnya menubuhkan jawatankuasa tertinggi yang sekurang-kurangnya diketuai oleh Khalid untuk menyiasat perkara itu, katanya.

Mengikut Seksyen 3 Akta Polis, 1967, polis tidak semestinya menunggu sehingga laporan polis dibuat untuk menyiasat dakwaan tersebut, katanya lagi.

Beliau menyatakan demikian ketika mengulas pendedahan peguam Suaram, Joseph Breham di Bangkok pada 31 Mei bahawa sebuah syarikat pertahan Perancis membeli laporan penilaian Malaysia ke atas kapal selam kelas Scorpene dan membayar 36 juta euro (RM142 juta) kepada Terasasi (Hong Kong) Ltd), kononnya untuk "kerja-kerja kejuruteraan komersial."

Dalam wawancara eksklusif itu, Mat Zain enggan gambarnya dirakam sepenuhnya atas sebab keselamatan.

http://www.malaysiakini.com/news/200388


Gila.. Umno Buat Pertandingan Karaoke Malam Jumaat

Posted: 08 Jun 2012 10:03 PM PDT



Jika dilihat kepada banner yang terpampang, jelas nyata pertandingan karaoke anjuran Rela Maju Rapat di Taman Maju Rapat pada 7 Jun lalu bermulanya pada jam 2.30 petang. Tetapi oleh kerana pada hari dan tempat yang sama juga terdapatnya ceramah Pakatan Rakyat yang membawakan penyanyi Aishah, maka Rela yang juga macam komponen BN telah menukar program mereka kepada malam hari. Biarpun malam itu adalah malam Jumaat, karaoke tetap dikumandangkan asal dapat mengganggu ceramah PR disana.


Pihak penganjur kepada ceramah PR di Taman Maju Rapat itu berasa amat kesal kerana cara gangguan yang digunakan Umno kali ini agak keterlaluan. Nyanyian karaoke dengan dentuman bunyi yang kuat daripada sistem pembesar suara yang mengelilingi padang di taman itu (dihalakan ke tapak ceramah PR) tidak sepatutnya dilakukan pada malam Jumaat di kawasan perumahan orang-orang Islam sepenuhnya.

Tujuan diadakan pertandingan karaoke pada malam itu hanyalah untuk mengganggu ceramah PR, ini jelas apabila setelah pertandingan itu tamat, nyanyian karaoke terbuka pula untuk terus mengganggu ceramah yang sedang berlangsung.







Orang yang menyaksikan pertandingan karaoke itu tidaklah ramai, tetapi ianya tetap berterusan sehinggalah selesai ceramah PR pada malam itu.

Umno yang segan untuk mengenengahkan diri untuk menyanyi karaoke pada malam Jumaat, telah mempergunakan Rela untuk melangsungkan niat jahat mereka. Lokasi karaoke tersebut juga begitu dekat dengan tapak ceramah PR. Cuba lihat video dibawah sebagai bukti.




Oleh kerana terlalu hampir dan gangguan yang berterusan, pasti terjadi perkara yang tidak diingini.

Dikatakan seorang pendengar ceramah PR yang tidak berpuas hati kerana gangguan bunyi bising daripada nyanyian karaoke, telah meminta pihak penganjur karaoke tersebut agar memperlahankan sedikit bunyinya dan speaker mereka tidak dihalakan kearah tempat ceramah. Terjadi sedikit kekecohan apabila pihak disebelah karaoke enggan memperlahankan bunyi dan mengatakan itu adalah tugas mereka untuk menghalakan speaker ke arah tempat ceramah.

Nasib baik unit keselamatan PR berjaya mententeramkan keadaan daripada terjadi pergaduhan. Perkara gangguan pada ceramah sebegini jika diulangi lagi, pasti akan berlaku sesuatu yang tidak baik kerana emosi orang ramai yang hadir ke tempat ceramah sudah pasti tidak dapat dikawal oleh pihak penganjur.

Semoga pihak keselamatan tidak hanya melihat kejadian sebegini berterusan berlaku. Keamanan adalah milik semua.











Ini adalah speaker ceramah PR yang kemek dipijak.



http://ajijoi.blogspot.com/2012/06/rela-berkaraoke-malam-jumaat-untuk.html


Hari mengundi 15 Julai?

Posted: 08 Jun 2012 09:26 PM PDT

Menurut satu sember yang boleh dipercayai, hari mengundi pada pilihan raya 13 jatuh pada 15 Julai 2012.

Pagi tadi satu sms masuk berbunyi, "Taukeh, PRU 15hb Julai - hari mengundi.Tq".

Sementara itu, Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Dr. Junaidi mengatakan persidangan dewan rakyat yang bakal berlangsung minggu hadapan tidak akan menghalang pembubaran parlimen. Klik di sini.

Sumber yang sama turut menyatakan BN akan menang dengan majoriti yang sangat nipis iaitu 120 kerusi parlimen.

Manakala Pakatan pula akan mendapat 102 kerusi. Jika ini berlaku, kita bakal menyaksikan sesi parlimen yang menarik selepas PRU 13. Yang akan mendapat untung besar adalah rakyat!

http://networkedblogs.com/yxe6F

Video Kadir Puji Pas.. Hati-hati Jangan Sejarah Ibrahim Ali Berulang Kembali

Posted: 08 Jun 2012 08:15 PM PDT


Cemas Kerana Selangor Mampu Biayai Pelajar Punca Sekatan PTPTN Ditarik Balik

Posted: 08 Jun 2012 06:33 PM PDT

KUALA LUMPUR 8 Jun: Melihat kemampuan kerajaan Selangor menyelesaikan masalah sekatan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) melalui pengumuman Universiti Selangor (Unisel) mencairkan aset bagi membantu mahasiswanya, BN mula cemas dan mengubah taktik dengan menarik semula pembekuan pinjaman berkenaan.

Presiden Kelab Anwar Ibrahim (AIC), Saifuddin Shafi Muhammad berkata, pada peringkat awal BN menjangkakan golongan mahasiswa yang terlibat akan cemas dan panik lalu menolak dasar pendidikan percuma dan mengangkat PTPTN sebagai tunjang yang membolehkan pendidikan tinggi berlangsung.


"AIC sebagai sebuah organisasi anak muda hari ini menyelar tindakan 'flip-flop' kerajaan Umno BN yang cuba bermain tarik tali dan berpolemik tentang pinjaman PTPTN kepada dua IPTS yang dinaungi kerajaan Selangor iaitu Unisel dan Kuis (Kolej Universiti Islam Selangor)," katanya dalam kenyataan segera.

Beliau berkata demikian mengulas penarikan semula PTPTN terhadap pembekuan pinjaman terhadap siswa di Unisel dan
Kuis hari ini.

Penarikan itu dipercayai ekoran kecemburuan Kerajaan Pusat terhadap pengumuman Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibarhim semalam bahawa Unisel akan mencairkan asetnya bagi membantu siswa meneruskan pengajian.

Aset itu merupakan hartanah seluas 500 ekar yang diperolehi hasil penyusunan semula hutang Talam.

Menurut Khalid, kerajaan negeri akan membantu Unisel mengapungkan hartanah tersebut di pasaran untuk mendapatkan wang tunai.

Dianggarkan sejumlah RM30 juta boleh diperolehi hasil dari usaha ini dan sebahagian wang berkenaan akan digunakan untuk membantu pelajar-pelajar yang teraniaya akibat dari tindakan kerajaan BN membekukan PTPTN.

Tambah Saifuddin, AIC juga hairan bagaimana kerajaan yang menguruskan aspirasi rakyat dan pembinaan masa depan, bertindak dangkal dengan mengugut masa depan anak muda hanya kerana berbeza polisi dengan musuh politik.

"Seharusnya BN lebih ampuh untuk menegakkan dasar pendidikan mereka, bukan dengan membekukan pinjaman PTPTN dan membuat kenyataan dangkal malah tindakan itu adalah peluang Pakatan Rakyat melaksanakan pendidikan percuma," katanya.

Mengulas lanjut, Saifuddin percaya zaman untuk menggunakan rakyat sebagai 'tebusan' politik telah berakhir.

"Saat ini AIC yakin lonjakan sokongan yang datang dari golongan atas pagar terhadap ketelusan Pakatan Rakyat telah meningkat pada satu tahap yang membanggakan. Riwayat pemerintah zalim bakal berakhir atas satu kesilapan yang mereka sengajakan," katanya lagi.


4 Anggota Polis Disiasat Sebabkan Kematian Rakan Setugas

Posted: 08 Jun 2012 05:55 PM PDT


SUASANA MURAM...ahli keluarga menguruskan jenazah Allahyarham Mustaghni di rumah mayat HTAR, semalam.


KLANG: Berlaku kejutan dalam siasatan membabitkan seorang anggota trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan yang koma sejak awal pagi Ahad lalu sebelum disahkan meninggal dunia semalam, apabila lima anggota polis ditahan kira-kira jam 4 pagi semalam.

Lima anggota polis berusia 45 hingga 51 tahun itu ditahan selepas siasatan terkini mendapati kecederaan parah Koperal Mustaghni Tabri, 48, sehingga membawa kematiannya berpunca daripada lontaran objek seorang daripada anggota polis terbabit dan bukan akibat libasan topi keledar Mat Rempit, sebagaimana dinyatakan sebelum ini.

Mustaghni terbabit dalam kejadian itu ketika bertugas dalam operasi mencegah lumba haram di Lorong Bunga Raya berhampiran Kampung Raja Uda, di sini, jam 1.45 pagi, Ahad lalu sebelum disahkan meninggal dunia jam 11.45 pagi, semalam.

Allahyarham meninggal dunia selepas lima hari koma dan dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang.

Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah, berkata punca sebenar kematian mangsa masih disiasat, namun kecederaan disahkan bukan kerana dipukul dengan topi keledar, tetapi akibat terkena lontaran objek keras.


Peneroka Terus Ditipu Berhubung Saham FGV

Posted: 08 Jun 2012 05:40 AM PDT

"Felda prihatin, bimbang peneroka akan tanggung rugi besar jika diberi unit besar," jawapan yang diberikan oleh Wan Salman Wan Ismail, ADUN Jengka, sebagai jawapan kenapa peneroka-peneroka Felda diberikan hanya sekadar 800 unit saham.

Jawapan ini mengandungi berbagai pengertian. Pengertian pertama ialah Felda tidak yakin bahawa saham FGV ini boleh mendatangkan untung, justeru, Felda sangat berhati-hati untuk memperuntukkan saham yang besar kepada peneroka dibimbangkan bahawa peneroka-peneroka akan menanggung risiko kerugian.

Pemahaman yang kedua ialah peneroka-peneroka sebenarnya tidak layak untuk memiliki saham yang lebih besar kerana akan menghakis peruntukan saham kepada golongan bukan peneroka termasuk golongan Melayu yang diluluskan oleh MITI dan golongan korporat samada Melayu atau Bukan Melayu, samada korporat dalam Negara atau luar Negara.


Pemahaman yang ketiga ialah peneroka-peneroka sebenarnya tidak tahu perniagaan dunia saham dan saham yang akan diberikan kepada peneroka-peneroka akan hanya membebankan peneroka-peneroka.

Pemahaman yang keempat ialah penyenaraian Felda Global Ventures bukanlah untuk kepentingan Peneroka.

Secara ringkasnya, peneroka-peneroka Felda telah tertipu dengan UMNO/Felda berhubung penyenaraian ini, dan jelas membawa erti bahawa golongan peneroka tidak berhak menerima apa-apa keuntungan daripada penyenaraian ini.

Peneroka-peneroka telah pun diberikan imbuhan sebanyak RM5000.00 hasil daripada pemajakan 850,000 ekar tanah Felda Plantation dan tanah-tanah yang dikategorikan sebagai tanah-tanah yang tidak dimiliki oleh peneroka seperti tanah-tanah lapang, dan tanah-tanah yang kini digunakan untuk keperluan awam. Dijanjikan bahawa isteri kepada peneroka-peneroka akan pula menerima RM5000.00 dan kemudian anak-anak peneroka juga akan menerima RM5000.00.

Pemberian kepada isteri-isteri peneroka menimbulkan kekeliruan apabila peneroka-peneroka berkenaan mempunyai lebih dari seorang isteri.

Lebih parah yang akan menimbulkan persengkitaan didalam keluarga apakala akan dilaksanakan pemberian RM5000.00 kepada anak-anak peneroka. Sekarang pun sudah berlaku sengketa apabila anak-anak peneroka sudah mulai bertelingkah sesama sendiri mengenai pembahagian wang RM5000.00 tersebut. Wang pemberian tidaklah sebanyak mana apabila dibahagi-bahagikan tetapi keretakan didalam keluarga adalah besar dan tidak tertampung dengan pemberian sekecil itu.

Wang hasil dari pajakan tanah-tanah Felda Plantation dan tanah-tanah lain didalam rancangan Felda berjumlah RM5.6 billion, tetapi imbuhan yang diberikan kepada peneroka-peneroka hanyalah sekadar RM1.6 billion. Persoalannya baki sebanyak RM4 billion itu dipelahap oleh siapa. Sehingga sekarang tidak ada jawapan yang diberikan oleh Felda, Isa Samad atau Najib Razak, sama seperti wang yang dipinjam dari KWSP sebanyak RM6 billion. Siapa mentedarah wang itu kerana Felda tidak pernah memberikan sebarang jawapan kegunaan pinjaman sebanyak RM6 billion tersebut. Perlu diingat bahawa KWSP adalah pemegang amanah wang semua pekerja di Malaysia, bukan milik Isa Samad atau Najib Razak.

Terlalu banyak apa yang dilakukan atas nama peneroka Felda menjadi misteri yang tidak ada jawapan. Dan jawapan Felda bahawa peneroka-peneroka hanya sekadar diberikan 800 unit saham didalam FGV adalah alasan yang paling terang dan jelas bahawa Felda terus menerus menipu peneroka-peneroka didalam penyenaraian FGV ini.

http://lubokkawah.blogspot.com/2012/06/hahapeneroka-terus-ditipu-berhubung.html


Mengenang BERSIH 3.0

Posted: 08 Jun 2012 04:52 AM PDT



Tiada ulasan: