Blog-list Malaysia |
- Akhirnya PTPTN Akui Kebodohan Tindakan Mereka
- Separuh Masyarakat Cina Yakin Dengan Pakatan Rakyat
- Anwar Hanya PM Sementara - Hasan Jati Meroyan Lagi
- Sekat PTPTN - Khairy Bidas Kebodohan Khaled Nordin Menteri Umno
- Towkey Sekinchan Ikan Bakar Tak Mahu Bertindak Ke Tolong Penyiaga Melayu Ni?
- Mahathir Tak Pernah Takut Siapapun Kecuali Kalah Dalam Pilihanraya
- PTPTN - Kerajaan Selangor Akan Guna Dana Negeri Bantu Pelajar Unisel
- Perut Busuk Menteri Umno Tarhadap Anak Muda Melayu
Akhirnya PTPTN Akui Kebodohan Tindakan Mereka Posted: 08 Jun 2012 12:44 AM PDT PTPTN tarik balik pembekuan pinjaman siswa Unisel, KUIS Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) mengambil keputusan untuk menarik balik pembekuan pemberian pinjamannya kepada siswa Universiti Selangor dan Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS). Sebelum ini, PTPTN telah membekukan pinjaman kepada Unisel dan KUIS - kedua-duanya di bawah kerajaan Pakatan Rakyat Selangor - sehingga mencetuskan pelbagai reaksi bantahan pelbagai pihak terhadap tindakan tersebut. Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dilaporkan berkata tindakan pembekuan pinjaman PTPTN itu dibuat untuk memberi peluang kepada kerajaan Selangor yang mahu pendidikan di negara ini, termasuk di peringkat tinggi, diberi secara percuma. Tindakan itu juga diambil ekoran kenyataan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta pelajar supaya jangan membayar balik pinjaman PTPTN dan berjanji ianya akan dimansukan jika Pakatan menawan Putrajaya dalan pilihan raya umum akan datang. Sementara itu, seorang pegawai tinggi PTPTN ketika menjawab SMS daripada wartawan Malaysiakini, mengesahkan keputusan menarik balik pembekuan pinjaman kepada Unisel dan KUIS. "Pejabat menteri pagi ini telah mengeluarkan surat (supaya) pinjaman PTPTN diteruskan kepada Unisel dan KUIS," katanya yang tidak mahu namanya disebut. "Eloknya hubungi pejabat YB menteri," katanya dalam SMS tersebut. Sementara itu, seorang pegawai kanan kerajaan Selangor turut mengesahkan PTPTN telah membatalkan pembekuan pinjaman kepada Unisel. Pegawai yang enggan namanya didedahkan itu berkata siswa berkenaan boleh membuat permohonan pinjaman tersebut bermula malam ini. - Malaysiakini |
Separuh Masyarakat Cina Yakin Dengan Pakatan Rakyat Posted: 07 Jun 2012 09:55 PM PDT Mereka menyokong pembangkang kerana merasakan pembangkang akan membentuk kerajaan selepas ini. PETALING JAYA: Pilihan umum 2008 mencatat keputusan mengejutkan di Perak. Dan men jelang PRU 13, Perak masih menjadi rahsia sama ada kekal kepada BN atau dirampas semula Pakatan Rakyat sebagaimana 2008. Pakatan Rakyat iaitu PAS, PKR dan DAP merampas kerajaan BN pimpinan Datuk Seri Mohd Tajol Rosli dalam pilihan raya bersejarah itu. Bagaimanapun, angkara dua PKR dan seorang DAP belot, BN merampas semula Perak dalam bulan Mac 2009. BN meramalkan mereka akan menang dalam pilihan raya umum 13 dengan mendakwa tidak ada lagi kawasan hitam bagi mereka. Manakala Pakatan Rakyat sangat yakin mereka akan merampas kembali kerajaan negeri kerana menganggap negeri itu merupakan sasarannya. Perak mempunyai 59 kerusi negeri dan 24 parlimen. BN menang 13 kerusi Parlimen dan 28 kerusi DUN. Penganalisis politik Perak Prof Datuk Dr Abdul Latif Abu Bakar berkata, berdasarkan perkembangan politik terkini peluang BN dan Pakatan Rakyat 50-50 tetapi pemerintah mempunyai kelebihan sedikit. Umno harap pengundi Melayu "Kelebihan itu kerana `faktor' rakyat yang dibuat oleh Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datuk Seri Zambery Abdul Kadir. "Gabungan Pusat dan negeri ini menyebabkan sebahagian pengundi yang dalam pilihan raya umum 2008 mengundi Pakatan Rakyat telah kembali ke pangkuan BN. "Bagaimanapun, BN masih bergantung kepada pengundi Melayu kerana pengundi Cina tetap menyokong Pakatan Rakyat. "Orang Cina menyokong pembangkang kerana mereka merasakan Pakatan Rakyat akan membentuk kerajaan selepas ini. "BN pula , tidak boleh mengharapkan pengundi India sepenuhnya tetapi ramai telah kembali menyokong BN. Begitu juga pengundi atas pagar," katanya. Dr Abdul Latif menegaskan satu lagi kelebihan BN ialah Pakatan Rakyat sudah bercelaru dan sokongan kepada PKR juga merosot. Katanya, orang Melayu semakin berpecah dan jika Umno boleh menyatukan mereka, Umno akan mendapat undi yang banyak. DAP pula menggunakan perpecahan orang Melayu untuk mendapat undi dari mereka, tambah beliau lagi. |
Anwar Hanya PM Sementara - Hasan Jati Meroyan Lagi Posted: 07 Jun 2012 07:46 PM PDT Jalur Tiga (Jati) tidak menolak kemungkinan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bakal dipilih sebagai Perdana Menteri sekiranya Pakatan Rakyat (PR) berjaya mentadbir negara. Bagaimanapun, Presiden Jati, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali mendakwa, Ketua Umum PKR itu hanya akan menjadi Perdana Menteri buat seketika berikutan DAP tetap mahu jawatan berkenaan disandang Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng. Menurutnya, hakikat itu berdasarkan kenyataan Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh yang menegaskan akan terus berjuang untuk memastikan seorang bukan Melayu menyandang jawatan Perdana Menteri selagi beliau masih hidup. "Kita semua tahu Anwar akan menjadi Perdana Menteri jika PR berjaya menguasai Putrajaya, tetapi ia hanya untuk seketika dan sebagai taktik sahaja kerana Karpal sudah kata sampai mati akan perjuangkan Perdana Menteri dipegang oleh orang bukan Melayu dan bukan beragama Islam. "Karpal juga menyebut nama Lim Guan Eng sebagai Perdana Menteri dan dia (Guan Eng) boleh menjawat jawatan tersebut kerana tiada peruntukan dalam Perlembagaan menghalangnya jadi Perdana Menteri," katanya ketika menyampaikan ceramah 'Merungkai Kebenaran' di Taman Skudai Kanan, di sini, malam kelmarin. Walaupun ketika ini pakatan pembangkang bersetuju bahawa Anwar adalah calon paling layak memegang jawatan nombor satu negara, namun Karpal secara peribadi menganggap tidak ada undang-undang yang boleh menghalang jawatan itu disandang oleh calon bukan Melayu. Dalam ucapan sama, Hasan turut menyelar kegagalan Anwar untuk menyenaraikan nama-nama anggota Kabinet bayangan biarpun didesak oleh pelbagai pihak sehingga ke hari ini. Selain itu, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gombak Setia turut menegaskan hasrat PR yang mahu menjadikan Malaysia dari negara mengamalkan sistem demokrasi kepada negara republik selepas berjaya menawan Putrajaya. "Ia bukan lagi satu rahsia, sebaliknya akan menjadi kenyataan sekiranya orang ramai menabalkan Pakatan Rakyat selaku pemerintah negara selepas Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang. "Melayu akan hilang langsung apabila PR menang dan berjaya menawan Putrajaya. Mereka akan menukar Malaysia bukan lagi menjadi negara bercorak kepada sistem demokrasi, tetapi menjadikan negara sebagai republik," katanya. http://blogpolitikus.blogspot.com/2012/06/anwar-hanya-pm-sementara-kata-hasan-ali.html |
Sekat PTPTN - Khairy Bidas Kebodohan Khaled Nordin Menteri Umno Posted: 07 Jun 2012 07:36 PM PDT SHAH ALAM - Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) tidak wajar menyekat penuntut Universiti Selangor (Unisel) daripada terus menikmati kemudahan pinjaman agensi itu walaupun pembangkang berpendirian ia patut dimansuhkan, kata Khairy Jamaluddin hari ini. Ketua Pemuda Umno menegaskan, para penuntut tidak seharusnya menjadi mangsa dalam perbalahan antara PTPTN dan Kerajaan Selangor. "Walaupun terbukti Kerajaan Selangor gagal untuk memberikan pendidikan percuma kepada negeri yang ditadbir oleh mereka, perkara sebegini tidak seharusnya berlaku kerana keutamaan harus diberi kepada pelajar. "Mereka ini datang daripada pelbagai kelompok, bukan semua berkemampuan untuk membayar yuran pengajian. "Oleh itu PTPTN harus mengambil kira perkara tersebut sebelum membuat sebarang keputusan mengenai pembekuan itu," kata beliau dalam satu kenyataan SMS hari ini. Semalam, pemimpin-pemimpin PKR termasuk Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengecam tindakan PTPTN menyekat kemudahan pinjaman kepada pelajar Unisel. Unisel terletak di bawah Kerajaan Negeri Selangor. Mereka mendakwa PTPTN mengambil tindakan itu atas arahan Khaled. Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli mendakwa Khaled menyekat kemudahan PTPTN kepada penuntut-penuntut Unisel. "Saya mencabar Datuk Seri Khaled Nordin untuk menjelaskan kepada rakyat sama ada tindakan menyekat pinjaman PTPTN kepada pelajar Unisel ini adalah arahan beliau sendiri? "Jika itu benar, tindakan itu perlu dikutuk dan beliau wajar meletakkan jawatan kerana mengamalkan politik berdendam yang tidak lagi sesuai dengan arus politik mutakhir," kata beliau. Selepas mesyuarat Exco Kerajaan Negeri semalam, Khalid berkata, Kerajaan Persekutuan tidak ada hak untuk menyekat permohonan pinjaman Perbadanan PTPTN pelajar-pelajar baru yang akan mendaftar di Unisel. Sehubungan itu tegas Menteri Besar, tidak wajar mengheret pelajar yang tidak bersalah ke kancah politik. sinarharian |
Towkey Sekinchan Ikan Bakar Tak Mahu Bertindak Ke Tolong Penyiaga Melayu Ni? Posted: 07 Jun 2012 09:21 AM PDT Pendapatan peniaga-peniaga Melayu di daerah membeli-belah utama, Bukit Bintang, dijangka terjejas dengan mulanya kerja di atas projek My Rapid Transit (MRT) bernilai berbilion ringgit, berdekatan Plaza Bukit Bintang (BBP) pada tahun 2013. Ia akan bermula di ruang legar bangunan tersebut dan bangunan Yayasan Selangor yang bersebelahan dari 1 Julai bagi kerja-kerja persediaan untuk membina stesen bawah tanah. The Malaysian Insider difahamkan bahawa pemilik projek MRT Corporation Bhd telah memutuskan untuk memulakan projek dari sebelah BBP Jalan Bukit Bintang kerana rundingan dengan pemilik bangunan di seluruh kompleks membeli-belah terhenti dan masa kian suntuk untuk melengkapkan sistem MRT menjelang 2017. BBP menempatkan majoriti peniaga Melayu manakala ahli perniagaan Cina menjalankan syarikat mereka di Plaza Sungei Wang yang bersebelahan dan rumah kedai berdekatan. Keputusan untuk meneruskan kerja dengan mengambil alih bidang hadapan BBP dan Yayasan Selangor telah dibuat semalam pada mesyuarat yang dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Dasar), Datuk Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah dan dihadiri oleh pegawai dari MRT Corp, pemilik BBP UDA Holdings Bhd, pengurus Yayasan Selangor . "MRT Corp mengambil alih kawasan di hadapan kedua-dua bangunan dahulu, kemudian kawasan bawah tanah mereka untuk stesen bawah tanah, dan menjelang pertengahan 2013, semua orang akan terpaksa berpindah," sumber memberitahu The Malaysian Insider. Walaupun terpapar notis pembangunan tentang kerja-kerja untuk penyewa BBP, The Malaysian Insider difahamkan peniaga masih belum jelas tentang pampasan untuk meninggalkan kawasan itu sebelum pajakan mereka tamat tempoh kerana UDA Holdings mahu Perbendaharaan atau MRTCorp untuk menjamin bayaran. Peniaga Bukit Bintang memulakan kempen mengumpulkan tandatangan Oktober lepas untuk memberi tekanan kepada Putrajaya kembali kepada pelan asal untuk dua stesen MRT di kawasan itu. Stesen tersebut, BB Barat dan Timur BB, asalnya bertujuan untuk melingkungi daerah membeli-belah utama tetapi cadangan itu kemudiannya bertukar kepada satu stesen di bawah persimpangan sibuk Jalan Bukit Bintang dan Jalan Sultan Ismail. Pengkritik telah mempersoalkan keperluan bagi pengambilalihan wajib kedua-dua permukaan dan tanah bawah tanah kerana Kanun Tanah Negara 1965 telah dipinda pada tahun 1990 untuk membenarkan tanah bawah tanah boleh diambil tanpa menjejaskan hak permukaan. Pemilik tanah yang tidak berpuas hati telah memulakan kempen berprofil tinggi yang melibatkan protes, kempen tandatangan dan tuntutan bahawa Putrajaya telah menjalankan "land grab"(penyambaran tanah) untuk membiayai kos projek. Disesuaikan dari - http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/perniagaan-english-bukit-bintang-terancam-dengan-mulanya-kerja-mrt/ |
Mahathir Tak Pernah Takut Siapapun Kecuali Kalah Dalam Pilihanraya Posted: 07 Jun 2012 07:22 AM PDT KUALA LUMPUR 7 Jun: Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak pernah takut untuk diheret ke mahkamah selagi Umno masih berkuasa dan perkara itu adalah mustahil disebabkan polis serta institusi kehakiman negara turut dikuasai parti itu, kata Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution Ismail. "Memanglah dia (Mahathir) tidak takut kerana selagi Umno memerintah, amat mustahil untuk polis menyiasat apatah lagi mengheret dia ke mahkamah. "…Dr Mahathir yang saya kenali mempunyai dua ketakutan iaitu yang pertama takut pada kebangkitan rakyat terutama bila rakyat turun ke jalan raya bagi membantah secara aman penyelewengan atau salah laku kerajaan, pasti polis akan diarahkan bertindak kasar," jelasnya kepada Keadilan Daily. Beliau yang juga Ahli Parlimen Machang mengulas kenyataan Mahathir kononnya beliau tidak gentar untuk ke mahkamah sebagai reaksi kepada Penasihat DAP, Lim Kit Siang untuk mendedahkan skandal kewangan sepanjang 22 tahun pemerintahannya. Tambah Saifuddin, ketakutan kedua Mahathir pula ialah apabila legasi atau perkara yang dilakukan sepanjang pemerintahannya terbongkar. "Contohnya seperti wang Petronas yang digunakan beliau (Mahathir) bagi membayar hutang anaknya, Mirzan semasa krisis ekonomi 1997 hingga 1998, tapi pastinya tidak akan ada siasatan polis selagi Mahathir masih ada," katanya. Mengulas lanjut, Saifuddin berkata, kebelakangan ini, Mahathir paling banyak mengeluarkan kenyataan seolah-olah beliau yang menentukan hala tuju dan strategi Umno untuk menang pilihan raya. "Mahathir sebenarnya takut melihat kejatuhan Hosni Mubarak di Mesir serta Suharto di Indonesia yang terus diheret ke muka pengadilan dan dijatuhkan hukuman. "Perkara yang sama akan berlaku pada Mahathir jika berlaku peralihan kuasa dan desakan rakyat untuk menuntut keadilan," kata Saifuddin lagi. Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=31284 |
PTPTN - Kerajaan Selangor Akan Guna Dana Negeri Bantu Pelajar Unisel Posted: 07 Jun 2012 05:22 AM PDT Kerajaan Selangor memandang berat kesusahan yang dihadapi pelajar baru Universiti Selangor (UNISEL) yang menurutnya teraniayai ekoran tindakan kerajaan persekutuan dan menteri pengajian tinggi membekukan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kepada pelajar di universiti tersebut. "Sebagai tindakan jangka pendek, UNISEL akan menggunakan asetnya untuk membantu pelajar yang dalam kesukaran meneruskan pengajian. "Aset ini merupakan hartanah seluas 500 ekar yang diperolehi hasil penyusunan semula hutang TALAM," kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam satu kenyataan petang ini. Kerajaan Selangor, katanya, telah selesai menyusun semula hutang tersebut di mana tanah seluas 500 ekar itu telah menjadi aset UNISEL. Khalid berkata, kerajaan negeri akan membantu UNISEL mengapungkan hartanah tersebut di pasaran untuk mendapatkan wang tunai. "Dianggarkan sejumlah RM30 juta boleh diperolehi hasil usaha ini. Sebahagian wang ini akan digunakan untuk membantu pelajar yang teraniayai akibat dari tindakan kerajaan BN membekukan PTPTN," katanya. Bagaimanapun, katanya, bantuan kewangan ini hanyalah berbentuk sementara sehingga penyelesaian konkrit dicapai. "UNISEL akan memperincikan bantuan yang akan diberikan kepada pelajar-pelajar teraniayai ini dalam tempoh terdekat. "Kerajaan Selangor sangat kecewa dengan tindakan Kerajaan Persekutuan khususnya menteri pengajian tinggi yang mengaku bertanggungjawab mengarahkan pembekuan PTPTN kepada UNISEL. "Tindakan tidak bertanggungjawab dan membelakangi semangat Federalisme ini bukan sahaja menganiayai pelajar-pelajar baru, malah telah mengecewakan ibu bapa yang menaruh harapan tinggi terhadap anak-anak mereka," katanya. Khalid mendakwa Barisan Nasional telah menjadikan pelajar UNISEL dan ibu bapa mereka yang sebahagian besarnya Melayu sebagai mangsa hanya kerana perbezaan dasar politik antara Kerajaan Selangor dan Pusat. "Hal ini jelas menunjukkan BN sanggup melakukan apa sahaja untuk melaksanakan politik sempit mereka hatta menganiaya dan menggadai masa depan anak-anak muda di negara ini," dakwanya. |
Perut Busuk Menteri Umno Tarhadap Anak Muda Melayu Posted: 07 Jun 2012 04:31 AM PDT Menteri sahkan PTPTN beku pinjaman siswa Unisel Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengesahkan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) membekukan pinjaman kepada mahasiswa baru Universiti Industri Selangor (Unisel) milik kerajaan Selangor. Pembekuan itu bertujuan memberi peluang kepada Pakatan Rakyat membuktikan mereka mampu memberikan pendidikan percuma di negeri itu, lapor Utusan Malaysia. Mohamed Khaled dipetik sebagai berkata, pihaknya beranggapan Unisel bersedia memberikan pendidikan percuma kepada para pelajar, sekali gus menolak PTPTN. "Kita percaya kesungguhan kerajaan Selangor yang dikuasai PKR untuk melaksanakan pendidikan percuma, maka ia dilihat pinjaman PTPTN tidak diperlukan. "Sehubungan itu, PTPTN menangguhkan buat sementara waktu kepada para pelajar baru Unisel. Bagaimanapun, ia tidak termasuk kepada pelajar yang sedang menuntut kerana masih terikat dengan perjanjian," beliau dipetik sebagai berkata kepada akhbar Umno itu. Malaysiakini kelmarin melaporkan permohonan mahasiswa baru Unisel untuk mendapatkan pinjaman PTPTN dibekukan dan difahamkan ia dimaklumkan secara dalaman tanpa sebarang pekeliling. Tinjauan Malaysiakini di laman forum PTPTN turut mendapati terdapat jawapan bahawa pinjaman itu "ditangguhkan buat sementara waktu". |
You are subscribed to email updates from BlogList Malaysia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
19 ulasan:
buy ambien no prescription ambien side effects depression - online drugstore 24 ambien
generic lorazepam 9 mg of ativan - ativan to clonazepam conversion
diazepam 10mg 10 mg valium vs 1mg xanax - valium 1mg
ativan without prescription ativan mail order - ativan dosage 0.5
diazepam dog diazepam 5mg tablets dosage - diazepam erowid vault
buy diazepam online diazepam drug drug interactions - diazepam 5mg nhs
diazepam online diazepam online australia - can buy diazepam online
order ativan ativan vs xanax insomnia - ativan .5mg vs. xanax
buy valium online valium effects brain - cheap generic valium
diazepam 10 mg side effects taking diazepam long term - 7 mg diazepam
xanax drug xanax show up 5 panel drug test - xanax generic does look like
buy ativan ativan joint pain - lorazepam ratiopharm 1mg wirkung
cheap ativan online ativan vs xanax panic disorder - buy cheap ativan no prescription
lorazepam no prescription ativan topical - ativan constipation
lorazepam 1mg lorazepam 1mg purepac - ativan withdrawal 1 mg
order soma order soma online no prescription - soma carisoprodol uses
purchase valium valium side effects during pregnancy - generic valium vs name brand
buy generic valium online buy valium online no prescription mastercard - medication prince valium review
buy valium online smoking valium pills - valium green round
Catat Ulasan