Sabtu, 30 Jun 2012

Biaqpila

Biaqpila


KEPUTUSAN LIGA SUPER 30/6/2012

Posted: 30 Jun 2012 07:50 AM PDT

Published with Blogger-droid v1.7.4

LIVE: KEDAH VS TERENGGANU

Posted: 30 Jun 2012 06:10 AM PDT

KLIK DI SINI

Perlawanan Tamat: Kedah 2-1 Terengganu

KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

Dirogol Ketika Mandi Sungai

Posted: 30 Jun 2012 02:00 AM PDT


KUALA KUBU BHARU - Pendarahan banyak pada kemaluan membongkar perbuatan sumbang seorang remaja berusia 16 tahun yang mengakui disetubuhi teman lelakinya.

Ibu remaja terbabit yang mengetahui perkara itu telah membuat laporan polis sehingga membawa kepada tangkapan teman lelaki anaknya itu.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Norel Azmi Yahya Affendi berkata, perkara itu hanya disedari ibu remaja terbabit selepas dua hari hubungan sulit dilakukan.

"Menurut fakta kes, mangsa (remaja wanita) diajak oleh suspek (lelaki) terbabit untuk melakukan hubunganseks di kawasan Air Terjun Sungai Balak, Jalan Genting - Batang Kali dekat
sini pada 24 Jun lalu.

"Pengadu datang bersama dua sepupu dan tiga rakannya ke kawasan air terjun itu untuk mandi. Tetapi suspek berusia 22 tahun telah mengajak mangsa ke kawasan jauh sedikit daripada tempat mandi mereka.

"Suspek kemudian telah memujuk dan memaksa mangsa untuk melakukan hubungan seks tapi mangsa tak nak dan menghalangnya, namun mangsa dikatakan tidak berdaya melawan dan suspek terus rogol mangsa," katanya kepada Sinar Harian di sini semalam.

Menurut beliau, selepas kejadian itu mangsa balik ke rumah tanpa memberitahu sesiapa mengenai kejadian itu.

Jelasnya, hanya dua hari kemudian mangsa mengalami pendarahan yang banyak pada kemaluan sehingga diketahui ibunya dan mangsa menceritakan perkara sebenar.

Norel berkata, bertindak atas makluman mangsa, polis berjaya menangkap suspek di rumahnya di Kampung Kuantan, Batang Kali.

"Suspek mengaku melakukan hubungan itu dengan remaja wanita itu dan ia dilakukan pertama kali," katanya.

Beliau berkata, mangsa kini ditahan di Hospital Selayang kerana mengalami kesan koyak pada kemaluan.

Norel Azmi memberitahu, kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.

SH


KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

CARA UMNO BN PERTAHAN AJARAN ISLAM

Posted: 29 Jun 2012 09:00 PM PDT



DEY MACHA!!!
PERCAYAKAH ANDA INILAH CARA UMNO BN PERTAHANKAN ISLAM
KAH! KAH! KAH!

DEPA INGAT PERTAHANKAN ISLAM MACAM PERTAHANKAN K-POP
SEBAB TU KITA KENA TOLAK UMNO BN
TOLAK SAMPAI KE DASAR LAUT
KAH! KAH! KAH!




KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

TURKI BERSEDIA MENYERANG SYRIA

Posted: 29 Jun 2012 06:00 PM PDT


Turki menempatkan senjata antipesawat dan kelengkapan perang lain di sepanjang sempadannya dengan Syria, lapor televisyen semalam, beberapa hari selepas tentera Syria menembak jatuh jet tentera Turki menyebabkan ketegangan kedua-dua negara.Konvoi kecil trak tentera yang menunda senjata antipesawat, memasuki pangkalan luar tentera di kampung Guvecci, yang berdepan pangkalan luar tentera Syria di seberang sempadan dan lokasi tentera dan pemberontak negara itu bertempur beberapa bulan lalu, lapor televisyen TRT.

Beberapa senjata antipesawat juga ditempatkan di beberapa kawasan lain sepanjang sempadan. Beberapa trak dilihat membawa pelancar roket.

Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan, Selasa lalu memberi amaran mana-mana unit tentera Syria yang mendekati sempadannya akan dianggap ancaman.

Sekutu Turki, pasukan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) menyatakan sokongan kepada Ankara dan mengutuk serangan Syria tetapi tidak menyebut mengenai serangan ke atas Damsyik.

Penempatan tentera itu dibuat sebelum Presiden Abdullah Gul mempengerusikan mesyuarat Majlis Keselamatan Kebangsaan semalam, lapor TRT. Mesyuarat itu, yang dihadiri anggota Kabinet dan pegawai kanan tentera, dijangka memberi tumpuan kepada ketegangan dengan Syria.

Turki dan Syria mempunyai hubungan rapat sebelum kebangkitan bermula Mac 2011, tetapi sejak itu Turki menjadi pengkritik terhadap rejim Syria dan berulang kali menggesa Presiden Bashar al Assad supaya meletak jawatan ketika 33,000 rakyat negara itu mendapatkan perlindungan di Turki.

Turki turut memberikan tempat kepada kumpulan pembangkang awam selain beratus-ratus anggota tentera berpaling tadah mempunyai kaitan dengan Tentera Bebas Syria.

Seorang menteri Syria kelmarin, berkata tentera negaranya tersalah sangka pesawat Turki ditembak jatuh itu milik Israel.

Menteri Penerangan Syria, Omran al-Zoebi, memberitahu rangkaian A Haber di Turki kelmarin, negaranya tidak mahu sebarang krisis dengan Turki.

Al-Zoebi berkata, jet Turki dan Israel kebanyakannya buatan Amerika membawa kepada kesilapan tentera Syria yang menyangka ia jet Israel. – AP

kl-today


KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

Tiada ulasan: