Sabtu, 30 Jun 2012

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Berita Gembira Kepada Mereka Yang Tidak Handsome !

Posted: 30 Jun 2012 06:20 AM PDT

Kalau muka anda tidak hensom, jangan mudah berasa kecewa. Anda boleh mencuba nasib anda dan memenangi hadiah yang boleh mengembirakan anda.

Tang Shuquan dari pekan Chengdu, China, bertahun-tahun berusaha membuat mukanya berubah bentuk menjadi paling hodoh. Atas usahanya itu dia mendapat ganjaran berupa hadiah US$15,706 dan pingat Guinness bagi muka yang paling hodoh di dunia.

Shuquan, yang kelihatan normal apabila dia tidak melakukan aksi mukanya, boleh menonjol rahangnya setakat ini sehingga ia meliputi bibir dan menggigit hidung.

Shuquan mula membuat persembahan kebolehannya itu di khalayak ramai sejak 10 tahun lalu, dan dikenali sebagai Raja Muka Cacat oleh media Cina, menurut AP.


Shuquan bersaing dalam persembahan World Guinness Records di Itali pada bulan Mac, dan akhirnya telah dianugerahi pingat Guinness.

Apa lagi, mulakan latihan ke atas muka anda , mana tahu anda juga ada bakat semula jadi.

Meruntuhkan Bangunan SAR - Fitnah Umno Semata- Mata

Posted: 29 Jun 2012 08:08 PM PDT

Ipoh, 30 Jun : Dalam satu sessi penerangan di sini, Ust Radzi Zainon telah memberikan penjelasan mengenai rentetan isu sekolah agama rakyat Taman Desa Aman.

Menurutnya, beliau berasa kesal kerana telah dihalau oleh Hamidah Osman sewaktu beliau dan Ahli Parlimen, Dr Lee Boon Chye datang ke majlis Ramah Mesra dan Dialog Bersama Rakyat dan dituduh sebagai penceroboh sedangkan tujuan mereka ke majlis tersebut adalah untuk mencari titik tolak ke arah penyelesaian.

Beliau berharap, semua perkara dapat diselesaikan dan tidaklah timbul pandangan negatif antara satu sama lain setelah hari itu.Tetapi, 16 Jun itu, kami dihalang untuk mengambil bahagian, memberikan pandangan kepada pihak Yang Berhormat ( Adun Sungai Rapat).

Ust Radzi menjelaskan, "Secara prinsipnya, PAS mahupun PKR tidak pernah menentang atau menghalang mana-mana sekolah rakyat.Tidak pernah wujud dalam sejarah dimana PAS menentang, menghalang , lebih-lebih lagi mahu merobohkan.

Seruan 'fi sabilillah' mereka mengatakan kami nak robohkan, sebab itu pada 1 Julai ini mereka nak berkumpul . Bagi saya, ini adalah fitnah paling jahat . Surat fitnah diedar berleluasa di sekitar Parlimen Gopeng mengatakan saya, bersama Major (B) Yaakub dan Encik Megat Ikmal merupakan dalang-dalang dan penghasut kepada pembinaan sekolah agama rakyat ini" katanya dengan kesal.

Menurutnya lagi, kehadirannya dan Encik Megat Ikmal adalah untuk melahirkan rasa simpati kepada penduduk-penduduk yang terlibat yang majoritinya adalah berbangsa Cina; terutama yang menghadap bahagian – padang tersebut.

"Mereka telah menghantar satu memorandum kepada Datuk Hamidah Osman pada 4 Mei, 2012.Memorandum yang sama dihantar kepada Datuk Rashidi, Datuk Bandaraya Ipoh pada tarikh yang sama.

Mereka meminta diadakan dialog dan sessi taklimat dan mereka ingin bertanya berkenaan pembinaan suatu binaan diatas padang permainan Taman Desa Aman, tetapi tidak dihiraukan oleh Datuk Hamidah." Terang Radzi.

Menurut Radzi, itulah perkara pertama yang mereka mahu tahu sebab mereka sendiri keliru dan tidak pasti kerana bangunan yang didirikan tidak ada 'signboard' memaklumkan mengenai projek tersebut dari segi nama projek, nama kontraktor , kelulusan dan sebagainya sebagaimana lazimnya.

Tiada tembok penghadang keselamatan kawasan Pembinaan secara
terbuka dan keadaan ini pasti membahayakan orang ramai.

Radzi memberi tahu, bahawa salah seorang penduduk yang prihatin, adalah bekas kakitangan MBI dan dia tahu prosedur-prosedur yang berkaitan.

"Jadi setelah 20 hari mereka bersabar setelah menghantar memo kepada DUN Sungai Rapat, yang merupakan Exco Kanan Negeri Perak,tapi malangnya, beliau tidak memberikan respon dan tidak ada maklum balas , barulah mereka memaklumkan kepada YB Dr Lee Boon Chye kerana mereka yang terlibat ini berbangsa Cina dan kurang faseh berbahasa Melayu dan merasakan lebih selesa berurusan dengan Ahli Parlimen Kawasan tersebut.

Setelah dipersetujui, maka satu pertemuan diaturkan untuk bersama mereka pada 24 Mei 2012."

Jadi apa yang kita nampak bahawa kesilapan yang berlaku adalah kerana sikap Datuk Hamidah tidak mahu melayan dan tidak mahu bertanggung jawab keatas pembinaan tersebut.Ini merupakan punca kenapa mereka memanggil Dr Lee Boon Chye dan Ust Radzi Zainon berjumpa dengan mereka.

Jika Datuk Hamidah berjumpa mereka, selesaikan masalah, berbincang hati ke hati, berunding dengan mereka, perkara ini tidak akan sampai ke peringkat sebagaimana sekarang.

Radzi berkata, rentetan yang kedua ialah pada 29 Mei, 2012 dimana mereka mengajak kami bersama mengadakan untuk sidang akhbar di padang berkenaan kerana penghantaran memo pada 4 Mei yang lepas itu masih tidak memberi kesan apa-apa pun.

"Sewaktu mengadakan sidang akhbar tersebut mereka menaikan sepanduk dan sebagainya. Tetapi pada sepanduk-sepanduk tersebut hanya merupan tulisan 'Bangunan Tanpa Kelulusan' dan 'Rampas Tanah Rakyat'.

Gambar yang kononnya mereka mengadakan demo waima mereka sekadar
mengadakan sidang akhbar bersama Dr Lee Boon Chye dan Radzi Zainon

Tidak ada perkatan yang mengatakan membantah atau menghalang pembinaan sekolah rakyat kerana ketika itu mereka sendiri pun tidak tahu bahawa bangunan tersebut adalah sekolah agama rakyat atau pihak Umno mahu dirikan bangunan bilik gerakan Umno," jelas Radzi.

(Umno/BN tuduh mereka mendakan demo menentang pembinaan sekolah agama rakyat walhal keadaan sebenarnya adalah satu sidang akhbar membantah projek membina satu bangunan tanpa kelulusan diatas tanah lapang yang di gazet sebagai padang permainan.)

Dihalau keluar dari dewan - anak-anak jadi mangsa Umno yang
kononnya prihatin terhadap SAR

Radzi berkata, "Anak-anak kita dikeluarkan dari dewan dibelakang surau Desa Aman tersebut dan terpaksa belajar di bawah khemah berpanas dan berhujan selama dua minggu itu adalah semata-mata bertujuan untuk memberikan laluan kepada Umno menggunakan dewan tersebut sebagai bilik Gerakan mereka dalam menghadapi Pilihanraya yang digembargemburkan ketika itu.

"Ini terbukti dengan pengakuan dalam blog Sungai Rapat Online mengenainya – Umno mahu menggunakan dewan tersebut sebagai bilik gerakan bagi persiapan pilihanraya (Sila klik di sini).

Lawatan kami secara mengejut ke khemah tempat anak-anak kita belajar itu menyebabkan pada hari yang sama di sebelah petang itu juga, Hamidah telah mengarahkan mereka supaya kembali semula ke dalam dewan seperti biasa," terang Radzi.

Tiada ulasan: