Biaqpila |
- LIVE EURO 2012: Spain vs France
- KEPUTUSAN LIGA SUPER 23/6/2012
- Pelajar Histeria, Nampak Lembaga Panjat Belakang
- GEMPAR...!!!MASAK KEMALUAN SENDIRI
- TAKUT BINI,TAKUT PILIHANRAYA DAN TAKUT DEBAT
LIVE EURO 2012: Spain vs France Posted: 23 Jun 2012 11:40 AM PDT Live Streaming Video Football : UEFA Euro 2012 Monday (24 June) 02:45 (GMT +8) KLIK DI SINI KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK |
KEPUTUSAN LIGA SUPER 23/6/2012 Posted: 23 Jun 2012 07:48 AM PDT |
Pelajar Histeria, Nampak Lembaga Panjat Belakang Posted: 23 Jun 2012 05:00 AM PDT POKOK SENA – Suasana di sebuah sekolah menengah di sini semalam kecoh apabila 22 pelajar perempuan diserang histeria. Kejadian dikatakan bermula kira-kira jam 10.15 pagi ketika sekumpulan pelajar yang baru menamatkan latihan sukan di padang sekolah sedang berjalan menuju ke arah kantin. Pelajar tingkatan empat, Muhammad Nabil Fikri Abdul Rahim berkata, pada masa itu, seorang pelajar perempuan daripada tingkatan yang sama dengannya, tiba-tiba jatuh pengsan dan terus meracau. "Dia jatuh di sebelah pondok pengawal," katanya. Selang beberapa minit kemudian, sekumpulan pelajar perempuan yang berada di kantin tiba-tiba turut meracau. Kejadian histeria itu turut melibatkan beberapa individu lain di pelbagai lokasi termasuk di blok bangunan yang lain juga di pintu masuk sekolah. Gambar Hiasan Ia dikatakan melibatkan 22 pelajar kesemuanya. "Keadaan kelam kabut itu berlarutan sehingga jam 1.30 petang," katanya. Menurutnya, dalam situasi kelam kabut itu, dia sendiri terdengar seorang daripada mangsa yang meracau menyebut "nak pi (pergi) kat adik" yang dirujuk kepada pelajar yang mula-mula diserang histeria di sebelah pondok pengawal. "Walhal mereka bukan adik-beradik dan tidak ada apa-apa hubungan pun," katanya. Menurutnya, daripada cakap- cakap yang didengar, kejadian itu dipercayai ada kaitan dengan gangguan makhluk halus yang marah apabila tempat mereka yang kononnya dikatakan terletak dalam kawasan sekolah itu diceroboh. "Petang kelmarin (sehari sebelum), ada kawan yang mendakwa melihat satu lembaga tidak dikenali memanjat belakang seorang pelajar lelaki yang sedang menjalani latihan sukan di padang. "Pelajar lelaki itu jatuh dan mengadu belakangnya terasa berat namun orang lain tidak nampak apa-apa," katanya. Muhammad Nabil berkata, kejadian yang melibatkan pelajar lelaki itu bagaimanapun berakhir begitu sahaja. "Tidak sangka pula ia akan jadi macam ini hari ini," katanya. Difahamkan, itu kejadian yang seumpamanya berlaku sejak sekolah itu dibuka pada 14 Jun 2010. Sementara itu, pengawal keselamatan sekolah, Kamariah Abd Ghani, 54, berkata, ketika kejadian, dia sedang bertugas dan turut melihat 20 pelajar diserang histeria dalam kawasan sekolah manakala dua lagi di luar pintu pagar sekolah. "Semua pelajar berkenaan terdiri daripada tingkatan satu hingga lima, manakala seorang pelajar tingkatan tiga turut dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) kerana terlalu lemah manakala mangsa lain diarahkan pulang ke rumah masing-masing," katanya. sumber KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK |
GEMPAR...!!!MASAK KEMALUAN SENDIRI Posted: 22 Jun 2012 10:08 PM PDT JIJIK, tanpa pegangan agama, manusia akan jadi begitu menjijikkan. Seorang artis di Jepun menjual kemaluannya sendiri untuk dihidangkan kepada sesiapa yang sanggup membayar wang sejumlah US$250 sepinggan. Tambah menghairankan, enam orang pelanggan sanggup membayarnya untuk menikmati sajian makan malam yang eksotik dan menjijikkan itu. Artis lelaki berusia 22 tahun, Mao Sugiyama hidup sebagai seorang manusia aseksual. Dia inginkan kehidupan tanpa dikekang jantina semulajadinya. Beberapa hari selepas harijadinya yang ke 22, dia telah membuat satu pembedahan membuang organ jantina dan segera menawarkannya kepada sesiapa yang berminat untuk memakannya. Di halaman Twitter dia menulis: "[Tolong retweet] Saya menawarkan kemaluan lelaki saya (lengkap, zakar, testis, kerandut)sebagai makanan dengan harga 100,000 yen. Akan dihidang dan dimasak mengikut kehendak pembeli, di lokasi yang telah dipilih" Pada 13 April lalu, lima daripada enam pelanggan yang telah mendaftar untuk memakan kemaluan Sugiyama hadir di majlis makan malam yang diadakan di salah sebuah restauran diTokyo. Tiada tindakan yang boleh diambil oleh pihak berkuasa terhadap perbuatan menjual dan memakan kemaluan seperti ini di Jepun kerana undang-undang negara itu tidak menghalang "Canibalisme". pejuang-rakyat KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK |
TAKUT BINI,TAKUT PILIHANRAYA DAN TAKUT DEBAT Posted: 22 Jun 2012 06:00 PM PDT K-POP BUDAYA KITA YANG SEBENAQ....KAH! KAH! KAH! DEY MACHA!!! PM KATA DEBAT BUKAN BUDAYA KITA KAH! KAH! KAH! DEBAT PIALA PERDANA MENTERI BUDAYA SAPA PULAK TU? KAH! KAH! KAH! RUPANYA OTAK PM KITA NI SAMA LEVEL DENGAN OTAK AHMAD MASLAN JE KAH! KAH! KAH! Najib: Debat bukan budaya kita Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak terus mengelak apabila ditanya mengenai cabaran yang dikemukakan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengadakan debat. Katanya debat tidak semestinya dilihat sebagai satu budaya tetapi mesti dilihat mengikut kepada keadaan. "Kita tengok keadaan. Kalau perlu debat antara pemimpin, perlulah ada debat. Tapi ia bukan budaya politik secara menyeluruh dalam sistem kita. "Yang penting sekali rakyat ada maklumat secukupnya (dalam) membuat pilihan. "Dan kita beri peluang parti-parti politik untuk menyiarkan manisfesto masing-masing bila sampai pada masanya," katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat majlis tertinggi Umno di ibu negara petang ini. Ditanya sekiranya lanjut sekiranya beliau menolak untuk berdebat dengan Anwar, Najib sekadar berkata rakyat ada maklumat secukupnya untuk membuat keputusan. "Saya tak kata apa. Saya kata itu bukan... Yang penting sekarang ini rakyat ada maklumat secukupnya untuk membuat keputusan sama ada agenda kita lebih baik atau pembangkang," katanya. Najib turut berkata, bukan soal debat yang menjadi keutamaan, sebaliknya, maklumat kepada rakyat mesti dikhabarkan. "Sama ada kemampuan kita laksanakan, tunaikan ataupun pembangkang (yang) lebih meyakinkan rakyat," kata Najib lagi. PKR S'gor makin serius Sementara itu, mengulas mengenai perkembangan yang berlaku dalam PKR Selangor, Najib berkata kemelut dalaman yang melanda parti pembangkang itu menunjukkan perbalahan di antara pemimpin parti itu semakin serius. Bernama melaporkan Najib sebagai berkata rakyat sudah bijak membuat penilaian mengenai perpecahan serius yang melanda kepimpinan PKR Selangor sehingga ada pemimpinnya meletak jawatan secara tiba-tiba. Menjawab satu soalan, Najib berkata andaian bahawa kemelut PKR itu berpunca daripada masalah individu tertentu dalam parti tersebut kini terzahir secara terbuka. "Punca itu masing-masing kena buat kesimpulan apa punca perbalahan itu, tetapi nampaknya perbalahan semakin serius," katanya seperti dipetik dalam laporan tersebut. MK KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK |
You are subscribed to email updates from Biaqpila™ To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan