Biaqpila |
- KEPUTUSAN EURO2012 23/6/12
- LIVE EURO2012: Germany vs Greece
- Sekolah Tawar Kurikulum Seks Praktikal
- Alat Mengesan Laptop Dalam Kereta
- Akibat Melakukan Hubungan Seks Ketika Haid
- UTUSEKS PERLU DISUNATKAN
- 10 Maut Pesawat Tentera Terhempas Atas Rumah
- KEPUTUSAN EURO2012 22/6/12
Posted: 22 Jun 2012 01:47 PM PDT |
LIVE EURO2012: Germany vs Greece Posted: 22 Jun 2012 11:40 AM PDT Live Streaming Video Football : UEFA Euro 2012 Monday (23 June) 02:45 (GMT +8) KLIK DI SINI KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK |
Sekolah Tawar Kurikulum Seks Praktikal Posted: 22 Jun 2012 05:00 AM PDT MEMPELAJARI proses reproduksi manusia secara teori sudah biasa dalam pelajaran biologi. Namun bila teori tersebut dilanjutkan dengan praktikal, ini sudah tidak biasa lagi. Sebuah sekolah di Austria menawarkan praktikal pelajaran seks kepada siswa-siswi yang berumur 16 tahun keatas. Seperti dilaporkan Daily Mail, orang awam pada umumnya menilai masalah seksual adalah sesuatu yang alami dan dapat dipelajari dengan sendirinya. Tetapi pendapat tersebut rupanya tidak ada dalam kamus seorang Ylva Maria Thompson, seorang pengetua sekolah asal Sweden yang membuka sekolah seks internasional pertama di dunia. Sekolah tersebut mengajar kepada siswa-siswinya bagaimana cara menjadi seorang 'pecinta yang hebat'. "Pendidikan inti kami tidak teori sahaja, tetapi sangat praktikal. Penekanannya lebih kepada bagaimana menjadi kekasih yang baik, seperti mengetahui posisi seksual, teknik membelai, ataupun fitur anatomi," terang Thompson. Sekolah yang diberi nama The Austrian International Sex School ini terletak di Wina dan menawarkan pelajaran tersebut dengan biaya 1,400 poundsterling. "Bagi yang sudah berusia 16 tahun keatas, dapat mendaftarkan dirinya," ucapnya. Thompson menjelaskan siswa akan tinggal di asrama campuran blok lelaki dan wanita, di mana mereka diharapkan dapat mempraktikkan "pekerjaan rumah" mereka. Sementara itu, jurucakap sekolah tersebut, Melodi Kirsch, menilai sekolah seks ini akan mendapat kejayaan besar. Menurutnya, pengetua sekolah telah bekerja dalam waktu yang lama untuk idea ini dan telah menerima banyak sokongan. Namun di pihak lain, keberadaan sekolah ini sendiri diprotes oleh para penunjuk perasaan kerana dinilai kontroversi. "Ini hanya dibungkus dalam sebuah cara yang sangat stylish. Tetapi intinya itu hanya menjual seks," kata seorang penunjuk perasaan.(IH/Pelbagai sumber) ibnuhasyim KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK |
Alat Mengesan Laptop Dalam Kereta Posted: 22 Jun 2012 12:00 AM PDT Inductive amplifier adalah sejenis alat menguji pendawaian elektrik yang digunakan oleh juruelektrik bagi mengesan masalah kepada pendawaian dan kabel elektrik. Alat inilah yang digunakan penyangak jalanan untuk mengesan kereta yang tersimpan laptop didalamnya. Ia adalah alat tanpa memerlukan bateri untuk mengesan wayar elektrik yang terputus walaupun ditanam di dalam dinding simen. Cara ia mengesan adalah dengan menguatkan medan elektronik disekitar wayar atau alatan elektrik dan alat ini akan menukarkan ia dengan terus memberikan bacaan kepada penggunanya. Oleh itu,cuba pertimbangkan bebrapa langkah untuk mengelakkan kecurian laptop anda dibawah ini.. 1) Cabut bateri laptop dan letakkan di dalam ruangan yang berasingan. Ataupun bawak je bateri laptop tu dan letak dalam Handbag. Tapi teknik ni belum tentu berkesan kerana mungkin pencuri akan gunakan alat yang lebih canggih lagi.. 2) Simpan laptop di dalam Periuk Stainless Steel. Ini akan membiulkan alat tersebut dan tidak dapat mengesan laptop ada dalam kereta. 3) Jangan tinggalkan laptop dalam kereta. Bawa sahaja ke mana jua anda pergi… =) Berjaga-jaga kerana alat ini senang untuk didapati di kedai elekrik ataupun di eBay dengan harga USD60 sahaja.! - celapak it kongsiberita KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK |
Akibat Melakukan Hubungan Seks Ketika Haid Posted: 21 Jun 2012 09:00 PM PDT Pengharaman Seks Semasa Haid Islam mengharamkan melakukan hubungan seks antara suami dan isteri ketika waktu haid. Hukum ini telah dijelaskan oleh Allah Ta'ala didalam firman Nya yang bermaksud:"Dan mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad), mengenai (hukum) haid. Katakanlah: "Darah haid itu adalah kotoran dan mendatangkan mudarat". Oleh sebab itu hendaklah kamu menjauhkan diri dari perempuan (jangan bersetubuh dengan isteri kamu) dalam masa datang darah haid itu, dan janganlah kamu hampiri mereka (untuk bersetubuh) sebelum mereka suci. Kemudian apabila mereka sudah bersuci maka datangilah mereka menurut jalan yang diperintahkan oleh Allah kepada kamu. SesungguhNya Allah mengasihi orang-orang yang banyak bertaubat, dan mengasihi orang-orang yang sentiasa mensucikan diri." (Surah Al-Baqarah 2:222) Didalam Hadis Nabi Muhammad s.a.w banyak memperkatakan hal ini, diantaranya sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: "Sesiapa yang menyetubuhi wanita yang sedang haid ataupun menyetubuhi wanita di saluran duburnya ataupun mendatangi tukang tenung nasib dan mempercayainya, sesungguhnya dia telah kufur dengan apa yang diturunkan ke atas Muhammad." (Riwayat Ahmad dan Tarmuzi) Imam Al Ghazali merumuskan hukum ini di dalam Ihya Ulumuddin dengan berkata, "Janganlah suami menyetubuhi isteri yang sedang haid dan juga jangan sesudah haid sebelum si isteri menyempurnakan mandi wajib terlebih dahulu, kerana yang demikian itu diharamkan dengan dalil Al-Quran." Kajian Mengenai Bahaya Seks Ketika Haid Melakukan hubungan seks ketika haid mempunyai banyak risiko, menurut kajian yang dijalankan oleh Dr. Diana Antoniskis (MD)dari Kumpulan Penyelidikan dan Pendidikan (The Research And Education Group) yang beribu pejabat di Oregon, dalam artikel yang bertajuk Women With HIV Infection, risiko jangkitan kuman HIV meningkat di kalangan wanita yang mengadakan hubungan seks ketika haid ataupun dengan lelaki yang tidak berkhatan. Pusat Pengawalan dan Pencegahan Penyakit (Centers for Disease Control And Prevention) di Amerika, pada Perhimpunan kesebelas Pertubuhan Antarabangsa Berhubung Penyakit-Penyakit Jangkitan Seksual di New Orleans yang diadakan pada 27 hingga 30 Ogos pada tahun 1995 melaporkan,menjauhi hubungan seks ketika haid ataupun ketika mengalami pendarahan di bahagian farajadalah penting untuk mengurangkan risiko dijangkiti kuman HIV bagi lelaki dan wanita. Laporan itu juga menjelaskan, wanita yang mengadakan hubungan seks ketika haidmeningkatkan risiko dijangkiti AIDS sebanyak enam kali ganda. Persetubuhan pada waktu haid juga boleh mengakibatkan pendarahan yang teruk ke atas wanita. Kajian yang dilakukan oleh Dr. Winnifield Cutler dan rakan-rakannya dari Institut Athena Bagi Kesihatan Wanita diChester Springs menunjukkan, wanita yang hampir putus haid atau perimenopausal, yang kerap mengadakan hubungan seks ketika haid sering kali mengalami masalah pendarahan yang teruk daripada biasa. Kebiasaannya kes-kes seperti ini akhirnya terpaksa menjalani pembedahan berisiko tinggi untuk membuang rahim atau hysterectomy dan ovari atau ovariectomy. Penemuan ini dilaporkan di dalam Journal of Psychosomatic Obstetrics and Gynaecology pada tahun 1996. Bagi golongan wanita, tiub fallopian dan ovari mereka boleh diserang kuman bakteria sehingga menyebabkan keputihan, sakit dan demam yang kuat. Risiko untuk menghidap penyakit ini adalah tinggi di kalangan mereka yang melakukan hubungan seks ketika haid. Hal ini disebabkan, kebiasaannya tiub fallopian dan ovaridilindungi daripada serangan bakteria oleh bahan asid yang terdapat di kawasan faraj atau vagina. Ketika wanita itu didalam keadaan haid, kawasan faraj menjadi alkali justeru memudahkan kuman untuk membiak dan mendatangkan penyakit terutamanya apabila berlaku persetubuhan pada waktu itu. Oleh yang demikian, hukum pengharaman persetubuhan ketika haid oleh agama Islam adalah amat baik kerana ia mendatangkan banyak manfaat dari sudut kesihatan. Walaubagaimanapun Islam tidak melarang diantara suami isteri bergurau senda dan bergaul mesra semasa haid, asalkan perbuatan itu tidak membawa kepada persetubuhan. Menurut Hadith yang diriwayatkan oleh Bukhari, Aisyah pernah ditanya oleh Masruq bin Ajdak,"Apakah yang boleh dilakukan oleh suami semasa isterinya sedang dalam keadaan haid?"Lalu Aisyah menjawab, "Apa-apa sahaja kecuali bersetubuh." (Hadith Sahih Bukhari) Wallahu'alam…. HasnulHadiAhmad.Com Rujukan: Dr. Danial bin Zainal Abidin (M.B.Ch.B., Universiti Alexandria) Pengarah Urusan Danial Zainal Consultancy (M) Sdn. Bhd. dan Penulis bagi PTS Publications & Distributors Sdn Bhd KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK |
Posted: 21 Jun 2012 08:26 PM PDT Klik gambaq untuk besaqkan... DEY MACHA!!! UTUSEKS MALAYSIA MEMANG HARAMJADAH BAPAK PROPAGANDA NI SEBENAQNYA KENA DISUNATKAN BARULAH AMAN DUNIA DARI FITNAH KAH! KAH! KAH! BANGANG PUNYA WARTAWAN UTUSEKS OTAK SAMA LEVEL DENGAN LEMBU NFC RAFIZI LETAK JAWATAN CEO BUKANNYA LOMPAT PARTI KAH! KAH! KAH! INGAT FITNAH INGAT UTUSEKS INGAT BANGANG INGAT UTUSEKS KAH! KAH! KAH! KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK |
10 Maut Pesawat Tentera Terhempas Atas Rumah Posted: 21 Jun 2012 06:17 PM PDT Pesawat tentera udara terhempas di kawasan perumahan berhampiran lapangan terbang Halim Perdana Kusuma, Jakarta, Indonesia hari ini. - Foto EPA Sejumlah 10 orang terbunuh, tujuh daripadanya anggota Tentera Nasional Indonesia-Angkatan Udara (TNI-AU) manakala tiga lagi orang awam, apabila sebuah pesawat Fokker F-27 milik TNI-AU terhempas di kawasan perumahan Rajawali dekat Pangkalan Udara Halim Perdanakusuma, petang Khamis. Jurucakap TNI-AU berkata pembantu juruterbang itu Leftenan Satu Paulus Adi, iaitu satu-satunya mangsa yang terselamat dalam nahas itu tetapi cedera parah, meninggal dunia di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Pusat TNI-AU (RSPAU) Jakarta malam ini. Pesawat milik tentera udara Indonesia terhempas di kawasan perumahan. – Foto ihsan Metro TV Tiga orang awam yang terbunuh merupakan penghuni sebuah rumah yang ditimpa pesawat itu iaitu dua kanak-kanak dan seorang wanita. Sekurang-kurangnya 12 penghuni beberapa rumah yang turut rosak kerana ditimpa pesawat itu, cedera dan dirawat di hospital. Pesawat malang itu berlepas pada pukul 1.30 petang dari pangkalan udara berkenaan untuk latihan rutin sebelum ia terhempas menimpa lapan rumah dalam kompleks perumahan Halim Perdanakusuma pada pukul 2.40 petang. - Bernama/Sinar KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK |
Posted: 21 Jun 2012 04:08 PM PDT |
You are subscribed to email updates from Biaqpila™ To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan